8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
1/23
1
KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN BAB 6,7,8
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)
KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN
SKOP KAJIAN Maksud Khalifah Cara perlantikan Khalifah dalam Islam Syarat kelayakan menjadi Khalifah Tugas dan tanggungjawab Khalifah Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab
SOALAN STRUKTUR
Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi, sistem pemerintahan kerajaan Islam diteruskanmelalui sistem pemerintahan khalifah yang dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin.
[2markah]
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?
Dari segi bahasa, Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w bagi melaksanakan pemerintahan danpentadbiran kerajaan Islam
Dari segi agama, Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkankeharmonian umat Islam.
[2markah]
(b) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.
Lelaki yang merdeka Beragama Islam Memilki pengetahuan tentang Islam Mematuhi perintah Allah / warak Sanggup melaksanakan hukum Allah Bersifat adil Mempunyai akhlak yang baik Tubuh yang sihat dan sempurna Berfikiran cerdas Pandai mentadbir kerajaan
[2markah]
(c) Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.
Melalui musyawarah / syura Cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu Pemilihan daripada beberapa orang calon Pencalonan oleh sekelompok masyarakat Diperkukuhkan dengan baiah
[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
2/23
2
(d) Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuahnegara ?
Menjamin perlantikan pentadbir yang tepat dan berkelayakan
Menjamin pentadbiran lebih lancar Menggalakkan pemerintah berusaha menjadi pemimpin cemerlang Melantik pemerintah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam?
Memelihara kedudukan agama Islam Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
Memastikan kelicinan pentadbiran negara Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara Menjaga kebajikan rakyat Menjaga dan meneruskan najaran Allah Mengekalkan perpaduan ummah Memantapkan sistem perundangan Islam Menguruskan kewangan negara Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat. Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
SOALAN ESEI
Rajah di bawah merujuk kepada tokoh Khalifah ar-Rasyidin.
Khalifah Tempoh Sumbangan
Abu Bakar as-Siddiq 632 634 M Penyelamat Umat Islam
Umar al-Khattab 634 644 M Amirul Mukminin
JAWAPAN ESEI
(a) Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?
Menyelesaikan masalah perlantikan Khalifah. Menyatukan semula umat Islam yang berpecah-belah Bertindak tegas terhadap golongan murtad. Memerangi golongan ar-Riddah. Mempertahankan ancaman Parsi dan Rom. Menjaga kebajikan golongan mawali. Mengumpul dan menyalin semula tulisan al-Quran. Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
3/23
3
(b) Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al -Khattab sebagai Amiru l Mukmin in(Pemimpin Orang Beriman)
Politik dan Pentadbiran Menubuhkan Majlis Syura.
Dianggotai oleh orang Ansar dan Muhajirin. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
Melantik Wali / Gabenor menjadi pentadbir wilayah. Menubuhkan Jabatan Kerajaan.
Contohnya Jabatan Tentera, Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain
Untuk mengelakkan penyelewengan hakim.Hakim dibayar gaji lumayan.
Sosial Mengembangkan pengajian al-Quran
Menyediakan tempat pembelajaran al-QuranMenghantar guru agama ke pelbagai wilayah
Memperkenalkan Takwim Hijrah.Peristiwa hijrah dikira tahun pertama kalendar Hjrah.
Ketenteraan Menyusun semula sistem ketenteraan
Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.Tentera tetap diberi pakaian seragam.
Membina markas tentera di setiap bandar utama.Membina kubu pertahanan di sempadan negara musuh.
Melantik Panglima Tentera.Melucutkan jawatan Khalid al-Walid.Menggantikannya dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.
Ekonomi Memajukan bidang pertanian
Membina terusan dan tali air untuk pengairan.Eempangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir.Menggalakkan penerokaan tanah baru.Memulihkan tanah terbiar.
Memperkenalkan sistem tanahMewujudkan tanah bertuan dan tanah tidak bertuan
Memperkenalkan sistem cukai.Melaksanakan cukai jizyah dan kharaj
Mendirikan Baitulmal.Untuk menguruskan hasil negara.
[6 markah]
(c) (i) Pada pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut sehinggaberjaya meningkatkan kegemilangan negara ?
Mengamalkan ajaran Islam Memilki pengetahuan yang luas tentang Islam Mematuhi perintah Allah / warak Sanggup melaksanakan hukum Allah Bersifat adil dalam membuat keputusan Mempunyai akhlak yang baik Pandai mentadbir kerajaan Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
4/23
4
(ii) Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysiasebuah negara Islam yang disegani ?
Memelihara kedudukan agama Islam Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah Memastikan kelicinan pentadbiran negara Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara Menjaga kebajikan rakyat Menjaga dan meneruskan ajaran Allah Mengekalkan perpaduan ummah Memantapkan sistem perundangan Islam Menguruskan kewangan negara Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
[4 markah]
KERJAAN BANI ABBASIYAH
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)
KERAJAAN BANI ABBASIYAH
SKOP KAJIAN
Latar belakang pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah
Faktor kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam kegiatan keilmuan
Peranan kota Baghdad sebagai pusat intelektual
Kegiatan keilmuan di kota Baghdad
SOALAN STRUKTUR
Pada zaman kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah, kota Baghdad telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang
membawa peradaban baru dalam dunia Islam dan Barat.JAWAPAN STRUKTUR
(a) Apakah peranan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu ?
Pusat penulisan karya bahasa Arab. Pusat penulisan kajian ilmiah. Pusat penterjemahan karya Yunani
Pusat kegiatan ulama. Pusat pengajian tinggi. Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
5/23
5
(b) Nyatakan faktor yang membantu kemunculan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu.
Peranan Khalifah menggalakkan kegiatan keilmuan Pembinaan Baitulhikmah sebagaipusat aktiviti penulisan dan penterjemahan. Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan.
Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah. Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan. Penubuhan pusat pengajian tinggi. Kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu.
[2markah](c) Nyatakan cabang ilmu Islam yang berkembang di kota Baghdad.
Fikah Tafsir Hadis Sirah Tasawuf Sains
[2markah](d) Berikan dua tokoh ulama Islam yang muncul pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
Imam Malik Imam Abu Hanifah Imam Shafie Imam Ahmad ibn Hambal
[2markah](e) Pada pandangan anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
ilmu ?
Pemerintah hendaklah menggalakkan kegiatan keilmuan Menubuhkan pusat kegiatan keilmuan Menubuhkan universiti Menggalakkan masyarakat menimba ilmu pengetahuan Menggalakkan penulisan buku ilmiah Menterjemah karya asing ke dalam Bahasa Melayu Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
SOALAN ESEI
Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun, kota Baghdad telah memainkan peranan sebagai pusat
intelektual dan penyebaran ilmu.
JAWAPAN ESEI
(a) Nyatakan peranan kota Baghad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
Pusat penulisan karya bahasa Arab. Pusat penulisan kajian ilmiah. Pusat penterjemahan karya Yunani
Pusat kegiatan ulama. Pusat pengajian tinggi. Mana-mana jawapan munasabah
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
6/23
6
[6 markah]
(b) Huraikan faktor yang membantu kota Baghdad muncul sebagai pusat penyebaran ilmu.
Peranan pemerintahKhalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun menggalakkan kegiatan keilmuan
Pembinaan BaitulhikmahMenjadi pusat kegiatan ulama.
Menjalankan aktiviti penulisan dan penterjemahan. Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan.
Contohnya Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Shafie, Imam Ahmad Ibn Hambal, Ibn Ishaq dll.Ulama menyusun hadis dan menulis pelbagai ilmu.
Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah.Dijalankan mengikut tiga tahap iaitu mencatat idea, mengumpul bukti dan menyusun hasil penulisan mengikut bab.
Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan.Menambahkan keterangan dan ulasan dalam karya.
Penubuhan pusat pengajian tinggi.Menjalankan kajian dan penyelidikan.Dapatan kajian disebarkan ke Eropah.Menyumbang kepada kelahiran Zaman Renaissance.
Kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu.Menimba ilmu pengetahuan daripada sumber asing.Memulihara ilmu Eropah daripada lenyap.Memperbaiki dan meningkatkan mutu karya asalnya.
[8 markah]
(c) (i) Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan intelektual memainkan peranan penting dalam sesebuah negara ?
Dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan Dapat mewujudkan k-masyarakat Dapat melahirkan golongan cendekiawan Dapat meneroka bidang ilmu baharu Dapat memulakan k-ekonomi dalam negara
Dapat meningkatkan kajian dalam pelbagai bidang Dapat menjana kemajuan ekonomi negara Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan negara kita sebagai hub pendidikan dunia ?
Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi bertaraf dunia Menggalakkan kegiatan penulisan ilmiah Mewujudkan pendidikan bestari yang menggunakan kemudahan ICT Mengenakan yuran pengajian yang berpatutan Melahirkan tenaga pendidik yang berkualiti Mewujudkan sukatan pelajaran mengikut piawaian antarabangsa
Mana-mana jawapan munasabah[4 markah]
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
7/23
7
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)
KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
SKOP KAJIAN
Tokoh-tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia dari Semenanjung Tanah Arab
Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China
Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui India
SOALAN STRUKTUR
Pelbagai teori dikemukakan oleh sejarawan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
Dari Semenanjung Tanah ArabMelalui ChinaMelalui India
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Senaraikan tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam di atas (teori kedatangan Islam ke AsiaTenggara).
John Crawford Syed Naquib al-Attas Snouck Hungronje Emmanuel Gadinho Eredia S.Q. Fatimi
[2markah]
(b) Berikan bukti yang menyokong teori kedatangan Islam berikut :
Kedatangan Is lam m elalui China
Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
Peniaga Cina Islam sudah lama berdagang ke Asia Tenggara Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M. Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang,
Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina China. Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda. Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan
ciri-ciri seni bina China. Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga
[2 markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
8/23
8
Kedatangan Is lam melalui India
Hubungan perdagangan India Asia Tenggara sudah lama terjalin Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara. Batu marmar nisan makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India. Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat Asia Tenggara.
[2markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah penglibatan pedagang dalam penyebaran Islam di AsiaTenggara.
Menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam. Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Menunjukkan sifat mahmudah. Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam. Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam. Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam. Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan. Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan. Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
[2markah]
(d) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menerapkan Islam dalam bidang perdagangan di negara kita ?
Menghapuskan amalan riba dalam perniagaan Mengamalkan sistem ekonomi Islam Memperkenalkan sistem perbankan Islam Menyediakan peluang perniagaan sama rata kepada semua kaum Mengamalkan konsep sedekah dalam perniagaan Memberi tumpuan kepada perdagangan antarabangsa
Mana-mana jawapan munasabah [2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
9/23
9
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
SKOP KAJIAN
Faktor kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Peranan pedagang dalam penyebaran Islam
Peranan pemerintah dalam penyebaran Islam
Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
Peranan pusat kebudayaan Islam dalam penyebaran Islam Peranan ulama dan mubaligh dalam menyebarkan Islam
Sebab Islam tersebar dengan mudah
SOALAN STRUKTUR
Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.
FAKTORPENYEBARANISLAM
Peranan pedagang
Peranan kerajaan Islam
Peranan ulama
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Jelaskan cara pedagang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
Mengamalkan Islam dalam perniagaan. Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Menunjukkan sifat mahmudah. Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah. Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam. Menetap dan membuka perkampungan Islam. Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam. Berkahwin dengan wanita tempatan. Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan. Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam. Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
10/23
10
(b) Apakah usaha yang dilakukan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk menyebarkan Islamdi Asia Tenggara ?
Apabila raja memeluk Islam, negeri tersebut menjadi kerajaan Islam. Pengislaman raja menjadi ikutan pembesar dan rakyat. Kerajaan islam akan menakluki dan menaungi negeri kecil yang lain. Raja menghantar ulama untuk menyebarkan Islam di tanah jajahan
Raja memberi keistimewaan kepada penganut Islam. Raja menjadikan negerinya sebagai pusat Islam. Mana-mana jawapan munasabah.
[2markah]
(c) Bagaimanakah Kerajaan Acheh memainkan peranannya menyekat pengaruh agama Kristian di rantauAsia Tenggara ?
Menghalang penyebaran Kristian di rantau Asia Tenggara. Menaungi kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera.
Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.
Menjadi Serambi Makkah. Tempat persinggahan orang yang akan menunaikan haji. Menjadi pusat pengajian ilmu Islam. Menjadi pusat pertemuan ulama. Menjadi pusat kesusasteraan Islam.
[2markah]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah ulama memberikan sumbangan besar terhadap perkembanganIslam di Asia Tenggara ?
Berdakwah menyebarkan Islam. Mengajar asas Islam secara tidak formal. Mengajar Islam di istana, masjid, rumah dan pondok. Menubuhkan pondok, pesantren dan dayah. Menjadi penterjemah kitab Arab ke dalam bahasa Melayu. Menghasilkan karya penulisan tentang Islam
Menjadi pakar rujuk ulama lain tentang masalah agama. Menjadi penasihat raja dalam pentadbiran. Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran. Menjadikan kerajaan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah. Menjadikan Masjid Agung Demak sebagai markas dakwah.
[2markah]
(e) Apakah nilai murni yang boleh kita teladani daripada kesungguhan mereka menyebarkan Islam?
Gigih menyebarkan dakwah Tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah Bersabar walaupun menghadapi pelbagai dugaan Kreatif yang menyampaikan dakwah Berani menyuarakan kebenaran Sanggup menghadapi pelbagai risiko untuk berdakwah Mengamalkan sifat lemah lembut melayani masyarakat Mana-mana jawapan munasabah.
[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
11/23
11
SOALAN ESEI
Maklumat berikut merujuk kepada faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.
FAKTOR
PENYEBARANISLAM
Perdagangan
PerkahwinanPengislaman raja dan pembesar
Peranan mubaligh
SOALAN ESEI
(a) Terangkan faktor yang membantu yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara.
Disebabkan kegiatan perdagangan. Kesediaan masyarakat Asia Tenggara menerima Islam. Islam tersebar di Asia Tenggara melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa. Pengislaman raja dan bangsawan menjadi ikutan rakyat. Kerajaan Islam di Asia Tenggara berperanan menyebarkan Islam. Kerajaan Islam menjadi pusat kebudayaan dan keintelektualan Islam. Peranan pendakwah membantu menyebarkan Islam. Disebabkan keistimewaan agama Islam sendiri.
[8 markah]
(b) Mengapakah Islam mudah tersebar melalui perdagangan ?
Pedagang Islam dari Arab, China dan India berdagang di Asia Tenggara. Pedagang menggunakan perniagaan untuk menyebarkan Islam. Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Pedagang menunjukkan sifat mahmudah.
Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah. Pedagang membawa ulama bersama mereka Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam. Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam. Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan. Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan. Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah. Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
[4 markah]
(c) (i) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima Islam ?
Islam mudah difahami Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam Agama Islam dianuti oleh pemerintah Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam di negara kita?
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
12/23
12
Menganjurkan tilawah al-Quran Menjalankan pentadbiran secara Islam Melaksanakan undang-undang Islam Menjalankan perbankan Islam Memperkenalkan sistem pajak gadai Islam Melancarkan kempen mengamalkan budaya Islam Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
SOALAN ESEI
Maklumat di bawah berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Tokoh Teori
John Crawford Islam dibawa dari Tanah Arab
Emanuel Gadinho Eredia Islam dibawa melalui China
Snouck Hungronje Islam dibawa melalui India
JAWAPAN ESEI
(a) Terangkan bukti yang menyokong teori di atas (teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara).
Teor i Kedatangan Is lam Dari Tanah Arab
Pedagang Arab mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.Pedagang Arab yang berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun.
Mereka menetap dan membina perkampungan.Ada yang berkahwin dengan wanita tempatan.Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam.
Wujudnya perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara.Ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke-7 M.
Terdapat persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan kesusasteraan Arab.Penggunaan perkataan Arab dalam penulisan.Tulisan jawi telah diambil daripada tulisan Arab.
Terdapat persamaan adat resam dan kebudayaan orang Melayu dengan budaya Arab.Contohnya amalan menghormati tetamuContohnya tarian dabus dan zapin berasal dari Arab
Karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Tanah Arab.Contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan pengislaman Sultan Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh Ismaildari Tanah Arab.Raja Pattani Phya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said dari Arab.
Penulisan kitab Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.Kitab yang ditulis menggunakan rujukan dari Tanah Arab.
[9 markah]
Teor i Kedatangan is lam Melalui India
Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara sudah lama terjalinGujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.Pedagang India Islam dari Gujerat dan Pantai Koromandel menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.
Makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.Batu marmar nisan dan makam tersebut menyamai marmar di India
Masyarakat Asia Tenggara ada hubungan dengan India dari segi budaya.
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
13/23
13
Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat di Asia Tenggara.[9 markah]
Teor i Kedatangan Is lam Melalui China
Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Arab. Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton. Apabila peniaga Cina Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia
Tenggara. Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M. Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, dan penemuan batu nisan di Pekan, Pahang menunjukkan
bahawa Islam telah sampai ke kawasan pantai Timur Tanah Melayu menerusi Laut China Selatan. Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina di China. Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda. Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan
ciri-ciri seni bina China. Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga adalah pengaruh daripada China.
[9 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islamdi Asia Tenggara ?
Pedagang Islam dari Arab, China dan India menjalankan perdagangan di Asia Tenggara. Pedagangan menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam. Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Pedagang menunjukkan sifat mahmudah. Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah. Pedagang membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam. Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam. Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam. Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan. Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan. Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah. Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam. Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah Islam tersebar dengan mudah dalam kalangan masyarakat di AsiaTenggara ?
Islam mudah difahami Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam Agama Islam dianuti oleh pemerintah Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam
Mana-mana jawapan munasabah [5 markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
14/23
14
PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP EKONOMI
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)
PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI
SKOP KAJIAN
Faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara
Sebab orang Melayu melibatkan diri dalam perdagangan selepas kedatangan Islam
Mata wang di Negeri Melayu
Pelaksanaan sistem cukai di Melaka
SOALAN STRUKTURJAWAPAN STRUKTUR
(a) Apakah faktor yang menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu ?
Kedudukan yang strategik. Pentadbiran yang licin dan teratur. Undang-Undang Laut Melaka sebagai panduan dalam perdagangan.
Sistem timbang dan sukat yang seragam. Penggunaan mata wang menggantikan sistem barter. Kemudahan di pelabuhan. Pelaksanaan sistem cukai yang seragam. Mana=mana jawapan munasabah
[2markah]
(b) Bagaimanakah cukai berikut dilaksanakan di Melaka ?
(i) Cukai Tetap
Dikenakan ke atas barangan yang diimport. Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah. Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu 6 peratus.. Pedagang dari Jepun dan China 5 peratus. Cukai dibayar sebelum urusan perniagaan dilakukan. Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar . Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.
[2markah]
(ii) Cukai Diraja
Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka. Orang asing dari Kepulauan Melayu 3 peratus. Orang asing dari tempat lain 6 peratus.
[2markah]
(c) Berikan dua mata wang yang digunakan untuk urusan perdagangan di Melaka.
Wang timah Melaka.
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
15/23
15
Wang timah Johor. Wang timah Kedah. Wang emas Johor Wang emas Kelantan
[2markah]
(e) Apakah sumbangan bidang perdagangan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negara kita ?
Memberikan pendapatan kepada negara Menggalakkan pelaburan asing Menyebabkan berlakunya pengaliran dana dari luar negara Menyediakan peluang pekerjaan Menjadi pemangkin kepada perkembangan industri Menggalakkan masyarakat tempatan berdagang Meningkatkan taraf hidup rakyat Mempercepatkan pembangunan infrastruktur Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
SOALAN ESEIJAWAPAN ESEI
(a) Mengapakah orang Melayu mula terlibat dalam kegiatan perdagangan selepas kedatangan Islam di rantauAsia Tenggara ?
Perdagangan di Laut Hindi dan China Selatan dikuasai pedagang Islam. Perniagaan adalah sumber rezeki yang besar . Mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w. Perdagangan menjadi saluran untuk menyebarkan Islam. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan. Bahasa Melayu menjadi lingua franca Orang Melayu mahir dalam perniagaan
Orang Melayu mahir membina kapal Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
(b) Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri-negeri Melayu pada abad ke-16 dan abad ke-17.
Tertulis nama sultan yang mengeluarkan mata wang. Terdapat tarikh Islam pada mata wang itu. Ditulis dengan tulisan jawi / Arab Tertulis gelaran Islam Khalifatul Muslimin dan sebagainya Mempunyai hiasan bercirikan Islam Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(c) (i) Cukai di Melaka dibahagikan kepada cukai tetap (cukai import) dan cukai diraja. Nyatakan peraturancukai tersebut.
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
16/23
16
Cukai Tetap Dikenakan ke atas barangan yang diimport. Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah. Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu 6 peratus.. Pedagang dari Jepun dan China 5 peratus. Cukai dibayar sebelum urusan perniagaan dilakukan. Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar . Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.
Cukai Diraja Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka. Orang asing dari Kepulauan Melayu 3 peratus. Orang asing dari tempat lain 6 peratus.
[6 markah]
(ii) Nyatakan kepentingan sistem mata wang dan sistem cukai terhadap pembangunan ekonomi negara.
Melicinkan urusan perdagangan Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan Menjadi pemangkin kepada perkembangan industri Menggalakkan masyarakat tempatan berdagang Meningkatkan taraf hidup rakyat Mempercepatkan pembangunan infrastruktur Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
17/23
17
PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN
BAB 6,7,8
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)
PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN
SKOP KAJIAN
Konsep pendidikan formal dan tidak formal
Aspek pendidikan tidak formal
Kaedah pendidikan tidak formal
Institusi pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional
Peranan istana sebagai pusat pendidikan
Pelaksanaan pendidikan di masjid dan surau Ciri sistem pondok
Ciri sistem madrasah
SOALAN STRUKTUR (MODEL 1)JAWAPAN STRUKTUR (MODEL 1)
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional ?
Pendidikan awal atau asuhan keluarga. Berlaku di peringkat institusi keluarga. Menekankan pengajaran nilai-nilai moral.
Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. [2markah]
(b) Nyatakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan tidak formal.
Nilai-nilai moral Kemahiran pekerjaan Hal-hal yang berhubung dengan agama Nilai-nilai budaya yang murni Pantang larang
Adat istiadat[2markah]
(c) Mengapakah aspek tersebut sangat dtekankan dalam pendidikan tidak formal ?
Melahirkan masyarakat yang mematuhi ajaran agama Menanam sifat murni dalam kalangan masyarakat Memupuk perpaduan dalam masyarakat Menyemai semangat kekitaan dalam masyarakat Melahirkan masyarakat yang mematuhi norma masyarakat Menghormati budaya Melayu Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
18/23
18
(d) Bagaimanakah pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional ?
Disampaikan melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Disampaiakn melalui teguran secara langsung
Mengajar nilai-nilai moral.
Disampaikan melalui kaedah bercerita Diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka. Disampaikan melalui pergaulan sosial
Disampaikan dalam pantang larang, adab dan adat istiadat. Disampaikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki. Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
(e) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan tidak formal perlu diberi keutamaan seiring denganpendidikan formal ?
Supaya melahirkan manusia yang seimbang antara rohani dan jasmani Agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan Supaya nilai-nilai masyarakat dapat dipertahankan Agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing Supaya masyarakat dapat menilai antara unsur baik dan buruk Melahirkan insan yang mempunyai minda kelas pertama Agar dapat melahirkan insan yang berfikir di luar kotak Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
SOALAN STRUKTUR (MODEL 2)
Rajah di bawah merujuk kepada sistem pendidikan formal yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.
SistemPendidikan
Formal
Pengajian di istanaPengajian di masjid dan surauSistem pondokSistem madrasah
JAWAPAN STRUKTUR (MODEL 2)
(a) Apakah fungsi istana sebagai pusat pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional ? ?
Pusat pengajian agama. Tempat ulama berbincang hal agama.
Tempat mengembangkan ilmu tasawuf.
Tempat menyimpan buku-buku hikayat. Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran.
[2markah]
(b) Bagaimanakah pengajian ilmu agama dijalankan di masjid dan di surau ?
Pada sebelah siang, masjid tempat kanak-kanak mengaji. Kanak-kanak mengaji al-Quran, ilmu fikah, dan fardu ain. Sebelah malam, masjid tempat orang dewasa mengaji. Orang dewasa juga belajar perkara berkaitan keagamaan
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
19/23
19
tetapi tahapnya lebih tinggi daripada tahap kanak-kanak. Mereka mengaji ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf
[2markah]
(c) Nyatakan ciri sistem pendidikan pondok.
Menekankan ilmu agama. Bertujuan melahirkan guru agama. Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat. Tidak mempunyai batasan waktu. Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian.
[2markah]
(d) Sebutkan pusat pengajian pondok yang muncul di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam
Pondok Pulai Chondongdiasaskan oleh Haji Abdul Samad bin Abdullah
Pondok Kutandibuka oleh Haji Mohamad bin Salleh
Pondok Pulau Manis
dibuka oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
Pondok Titi Gajahdibuka oleh Haji Muhamad Taib
Pondok Langgardibuka oleh Haji Muhamad Nor
[2markah]
(e) Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan formal masyarakat Melayu tradisionalyang paling sistematik ?
Menggunakan sukatan pelajaran. Dijalankan secara kelas. Dilaksanakan mengikut tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan. Diawasi oleh mudir (guru besar) Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya. Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
20/23
20
PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)
PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU
(SISTEM PEMERINTAHAN)
SKOP KAJIAN
Pengaruh kedatangan Islam terhadap institusi pemerintahan beraja
Konsep dan kepentingan daulat
Konsep jihad dan pelaksanaannya
SOALAN STRUKTUR
Rajah di bawah merujuk pengaruh Islam terhadap sistem pemerintahan masyarakat Melayu tradisional.
Perubahan SistemPemerintahan
Institusi kesultanan
Konsep daulat
Semangat jihad
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Berikan dua ciri institusi kesultanan dalam masyarakat Melayu tradisional.
Wujudnya Institusi kesultanan yang berasaskan Islam. Sultan sebagai ketua negara. Mufti menjadi penasihat sultan dalam agama dan pentadbiran. Pemerintah memakai gelaran Sultan. Sultan dianggap khalifah Allah.
Raja dianggap Zilullah fil Alamatau Khalifatul Mukminin
Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.[2markah]
(b) Pada pandangan anda, mengapakah selepas kedatangan Islam, pemerintah di Tanah Melayumula menggunakan gelaran Sultan ?
Mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu. Untuk mengukuhkan kewibawaan raja.
Untuk meletakkan raja setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain di seluruh dunia. Untuk memupuk perpaduan umat Islam.
Mana-mana jawapan munasabah[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
21/23
21
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu ?
Bermaksud kedudukan raja yang tinggi dalam masyarakat Kesucian raja Kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah Kedaulatan negara Kebebasan untuk memerintah sendiri Kebebasan melaksanakan undang-undang sendiri Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah konsep daulat diperkukuhkan ?
Titah raja adalah merupakan satu perintah yang mesti dipatuhi Titah raja adalah undang-undang Mengingkari titah raja dianggap derhaka Sesiapa yang menderhaka akan dikenakan hukuman berat
Raja dianggap ada kaitan dengan keturunan raja termasyhur Raja menggunakan bahasa dalam Adat istiadat diwujudkan untuk membezakannya dengan rakyat Raja dipercayai mempunyai keramat Pemakaian warna yang berbeza daripada rakyat biasa Mana-mana jawapan munasabah
[2markah]
(e) Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, jihad merupakan usaha menentang kemiskinan.Apakah yang dilakukan untuk menyahut seruan tersebut ?
Membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar. Memberi bantuan kebajikan kepada golongan miskin. Menyediakan bantuan modal untuk meningkatkan ekonomi golongan miskin. Memperbaiki taraf hidup masyarakat luar bandar yang miskin. Menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan Menyeru masyarakat gigih berusaha Mana-mana jawapan munasabah.
[2markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
22/23
22
SOALAN ESEI
JAWAPAN ESEI
(a) Terangkan pengaruh Islam terhadap institusi beraja dalam masyarakat Melayu tradisionalselepas kedatangan Islam.
Wujudnya sistem pemerintahan berasaskan Islam.Institusi kesultanan telah diperkenalkan.Institusi ini diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.
Sultan sebagai ketua negara.Mufti menjadi penasihat sultan.dalam hal agama Islam dan pentadbiran.Pegawai dilantik untuk menjalankan pentadbiran.Contohnya kadi, khatib, bilal, pemungut zakat penyelia baitulmal dll.
Pemerintah memakai gelaran Sultan.Gelaran Sultan mengukuhkan kedudukan dan kewibawaan raja.
Sultan dianggap khalifah Allah.Raja dianggap Zilullah fil Alam (bayangan Allah di alam).
Raja digelar Khalifatul Mukminin (pemimpin orang mukmin).Konsep dewa-raja tidak digunakan lagi.
Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.Contohnya kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.
Unsur-unsur Islam diterapkan pada nama negeri.
Contohnya Acheh Darus Salam.
Nama raja juga menggunakan nama Islam.Contohnya Sultan Mansur Syah,Sultan Mahmud Syah dan sebagainya.
Menggunakan undang-undang syariah.Contohnya Hukum Kanun Melaka (Melaka).
Contohnya Kanun Mahkota Alam (Acheh).Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas.
Lahirnya semangat jihad menentang penjajah.Semangat jihad menentang Portugis dan Belanda.Semangat jihad disebarkan melalui penulisan ulama.
[6 markah]
8/11/2019 Kerajaan Khulafa Ar
23/23
23
(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan Islam dilaksanakan diTanah Melayu ?
Sultan sebagai ketua negara. Mufti menjadi penasihat sultan.dalam pentadbiran. Kadi, khatib, bilal, pemungut zakat dan penyelia baitulmal dilantik untuk menjalankan pentadbiran.
Pemerintah memakai gelaran Sultan. Sultan dianggap khalifah Allah. Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam. Menggunakan undang-undang syariah.
[6 markah]
(c) (i) Apakah prinsip Islam yang sesuai dilaksanakan dalam sistem pemerintahan danpentadbiran di negara kita ?
Menjalankan pentadbiran secara islam Pemerintah menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Menggunakan undang-undang syariah. Melaksanakan undang-undang secara adil Mengiktiraf hak asasi rakyat Penyelesaian masalah dilakukan secara musyawarah Mengutamakan perpaduan Semnagat kerjasama membangunkan negara Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah prinsip tersebut sesuai dilaksanakan ?
Dapat melicinkan pentadbiran Memberi peluang kepada rakyat menegur pemerintah Dapat membangunkan ekonomi negara Dapat menjamin pelaksanaan undang-undang yang adil Dapat menyelesaikan masalah rakyat Menjaga kebajikan rakyat Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
Top Related