Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
1
KERANGKA KEARIFAN TEMPATAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH
Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid
PENDAHULUAN
Istilah “Kearifan Tempatan” yang digunakan dalam tajuk kertas ini, sepertimana yang tertera di
atas adalah terjemahan dari Bahasa Inggeris “Local Wisdom”, atau dalam bahasa arabnya “
احمللية احلكمة “. Samada betul atau tidak istilah berkenaan bukan menjadi persoalan lagi. Kerana
sekarang ia telah diterima umum sebagai istilah yang tepat. Sedangkan terjemahan secara harfi
bagi perkataan “Wisdom” itu sebenarnua ialah “Kebijaksanaan”. Sementara perkataan arif pula,
dalam bahasa Inggerisnya biasa diterjemahkan dengan perkataan “Learned”. Kerana itu
perkataan “Hakim yang arif” diterjemahkan dalam bahasa inggeris sebagai “Learned judge” dan
bukannya “Wise judge” Sebaliknya pula perkataan “Wise man” biasa diterjemahkan sebagai
“Orang yang bijaksana”, dan bukannya “orang yang arif”. Apa pun ini hanyalah sekadar suatu
komentar secara sepintas lalu sahaja dan istilah “Kearifan” akan digunakan dalam penulisan
seterusnya dalam makalah ini atas dasar berpegang kepada kata-kata orang yang bijaksana
“Istilah tidak patut dipertikaikan” (ال مشاحة يف االصطالح).
Dengan melupakan persoalan istilah di atas, tajuk kertas ini bertujuan untuk
menghuraikan konsep “Kearifan tempatan” (Local wisdom) dari perspektif pengajian Fiqh.
Sepertimana sedia maklum di kalangan para pelajar Syariah, sebagai satu istilah Fiqh bermaksud
“Kefahaman yang mendalam tentang maksud Syariah sepertimana yang terdapat dalam al-
Quran dan al-Sunnah”. Para fuqaha biasanya menandaskan konsep ini kepada sepotong ayat
dalam al-Quran yang berbunyi “ م اذا رجعوا اليهم نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا يف الدين ولينذروا قومه فلوال Mengapa tidah beberapa orang dari setiap gulongan itu menjadi satu gulongan) “ لعلهم حيذرون
yang mendalami agama agar mampu memberi amaran kepada kaum masing-masing apabila
kembali kepada mereka itu, mudah mudahan mereka itu berhati-hati)
Walau pun terdapat perbezaan pandangan di antara para fuqaha tentang konsep
berkenaan dalam ruang lingkup yang lebih terperinci, termasuk tentang apa maksud
“kefahaman” itu sendiri dan apakah yang menjadi perkara pokok (subject matter) baginya
namun khusus bagi tujuan kertas ini cukup dengan menerima kenyataan bahawa secara
akademiknya “Fiqh” itu perlu bermaksud memahami kehendak sebenar Syariah, sepertimana
yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah dalam konteks realiti yang ada. Ini kerana, dari
segi logic atau mantiq (املنطق ) Fiqh bukan sekadar “Tasawur” (التصور )atau memahami sesuatu
sebagai suatu gejala atau “Mazhar” ( املظهر ) tetapi lebih mendalam dari itu, iaitu “Tasdiq”( التصديق ) yang bermaksud memahami perkaitan antara gejala tadi dengan kewujudan realiti baru dalam
hidup. Satu contoh secara tipikal bagi para pelajar ilmu logic ( علم املنطق) di peringkat rendah ialah
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
2
hubungan antara naik matahari dengan adanya siang hari, atau dalam bahasa arab di sebut
sebagai” اذا طلعت الشمس فالنهار موجود “ ) Apabila naik matahari maka hari pun menjadi siang )
Maka kalau setakat memahami bahawa matahari telah naik, tanpa hubung kaitnya dengan
kewujudan siang hari bukanlah satu kefahaman (“Fiqh”) yang dimaksudkan. Sebaliknya ia
sekadar satu kefahaman yang dangkal dan tidak memberi ilmu baru. Selain dari memahami
perkaitan sebab musabab ( السببية )antara dua gejala berkenaan, kefahaman tentang unsur yang
menjadi “Syarat” ( الشرط) kepada terjadinya gejala kedua dianggap sebagai “Fiqh” yang lebih
mendalam. Mengambil contoh perkaitan antara naik matahari dan terjadinya siang seperti di
atas tadi, fiqh yang lebih mendalam akan melihat kepasa “Syarat” berlakunya perkaitan antara
dua gejala itu tadi? Misalnya, “Syarat” kita tidak berada di kemuncak Qutub Selatan atau Qutub
Utara. Kerana dalam daerah seperti itu siang dan malam tidak ditentukan mengikut naik atau
jatuh matahari, sekurang-kurang nya bagi tujuan bersolat dan berpuasa. Lebih jauh dari itu Fiqh
akan meneliti satu faktor lain lagi yang berkaitan rapat dengan hubungan antara matahari dan
siang tadi. Faktor tersebut biasa disebut sebagai “Halangan” ( املانع ) yang menghalang dari
terjadinya gejala kedua itu tadi , yang biasa juga disebut sebagai “Natijah” ( النتيجة ). Dengan
mengambil contoh perkaitan antara matahari dan siang hari itu tadi Fiqh akan memberi
perhatian kepada gejala ketiga, iaitu suasana terang benderang. Maksudnya, bila naik saja
matahari maka hari akan bertukar menjadi siang. Dalam suasana seperti itu cahaya akan
menjadi terang-benderang. Kecuali di tempat yang tidak dimasuki oleh cahaya dari luar,
misalnya ruang yang bertutup rapat. Maka jawapannya, perkaitan yang lazim (املالزمة) antara
matahari, siang dan cahaya yang terang benderang itu tertakluk kepada adanya syarat dan
tiadanya halangan.
Dalam Methodologi Hukum Islam, iaitu Usul Fiqh ( الفقهأصول ) segala natijah yang terjadi
itu diistilahkan sebagai “Hukum” (احلكم), iaitu objektif utama “Fiqh”. Kerana itu para ulama
Usul Fiqh mendefinasikan “Fiqh” sebagai “معرفة األحكام الشرعية العملية من أدلتها التفصيلية “
(Memahami hukum amali Syarak berasaskan dalil (fakta) yang terperinci). Kemudian,
berasaskan kepada definasi itu “Hukum” hukum telah dibahagi kepada dua jenis. Pertama:
Hukum “Tugasan”, atau “Hukum Taklifi” ( التكليفياحلكم ), iaitu yang menetukan perlu atau tidak
perlu dilakukan sesuatu mengikut ketentuannya. Keduanya: Hukum “Petanda” atau “Hukum
Wadh’I” ( الوضعي الحكم ), iaitu yang dijadikan tanda atau alamat (عالمة) kepada adanya terhadap
adanya sesuatu realiti. Secara mudahnya, dalam bahasa biasa, “Hukum Taklifi “itu ialah yang
berkait dengan ketentuan secara substantive. Sementara “Hukum Wadh’I” itu ialah ketentuan
secara prosedor.
Kemudian, hukum taklifi atau ketentuan secara substantif itu dibahagikan kepada lima
berasaskan kaedah pemberatan tertentu secara positif atau negatif. Pertamanya “Wajib” ( الواحب ), iaitu positif mesti. Keduanya “Mandub” atau disebut juga “Sunnah” ( املندوب /السنة ), iaitu
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
3
Positif galakan. Ketiganya “Mubah” ( املباح ) iaitu positif pilihan. Keempatnya “Makruh” (
iaitu negatif mesti. Sementara ,( احلرام ) ”iaitu negative pilihan, dan kelimanya “Haram ( املكروه
Hukum Wadh’i, atau ketentuan secara procedural pula dibahagikan kepada tida. Pertamanya
“Sebab” ( السبب ), maksudnya sebab kepada berlakunya sesuatu. Keduanya “Syarat” ( الشرط), maksudnya syarat yang membolehkan sesuatu itu berlaku dan ketiganya ialah “Halangan” (
maksudnya yang menghalang dari berlakunya sesuat meskipun sebab dan syaratnya sudah ,(املانع
ada.
Kesimpulannya “Fiqh” bukan sekadar memahami sesuatu dalam konsepnya yang
umum. Tetapi sebaliknya memahami dengan secara mendalam berasaskan method tertentu
sepertimana yang dihuraikan dalam Methodologi Penyelidikan Hukum Islam atau “Usul Fiqh” (
yang boleh diterjemahkan ,( االجتهاد) ”Kerana itu ia berkait rapat dengan “Ijtihad .( أصول الفقه
sekarang sebagai “Penyelidikan yang seriaus lagi bermutu tinggi dalam bidang hukum”. Dari
perspektif ini, ia bukan bersifat kefahaman yang berasaskan kepada ikutan atau “Taqlid” ( التقليد ) semata-mata, samada dengan secara mendalami pandangan para fuqaha terdahulu, apa lagi
memahaminya sahaja tanpa apa-apa ulasan atau review.
SUMBER DATA
Berasaskan kepada konsep di atas, Fiqh ada dua sumber data. Pertamanya sumber yang bersifat
statik, iaitu yang diistilahkan sebagai “Thawabit” ( الثوابت ) dan satu lagi yang bersifat dinamik,
iaitu yang diistilahkan sebagai “Mutaghaiyirat” ( املتغريات ). Yang dimaksudkan dengan
“Thawabit” , atau sumber static itu ialah idealism yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Ia biasa disebut sebagai “Sumber asas” atau “Prime sources” ( املصادر األصلية ) yang cakupannya
“Komprehensif” ( الشمول), iaitu merangkumi semua perkara. Kebenarannya “Mutlaq” ( املطلق ), iaitu tidak boleh dicabar dan bidangkuasanya pula universal ( صاحل لكل زمان ومكان ), iaitu
merentasi masa dan tempat. Sumber ini tidak akan pernah berubah sejak daripada wahyu mula
duturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. sampailah ke hari kiamat. Sementara yang
dimaksudkan dengan sumber dinamik atau “Mutaghayirat” pula ialah persekitaran hidup
semasa yang disimpulkan oleh para fuqaha dalam beberapa istilah seperti “Urf” ( العرف ) , atau
kebiasaan setempat, “Maslahah” ( املصلحة ), iaitu kepentingan semasa dan sebagainya. Berbeza
dengan sumber prima diatas, “Sumber skunder, atau “Secondary sources” ( املصادر التبعية ) ini tidak
bersifat “komprehensif”, iaitu tidak merangkumi semua perkara, sebalaiknya dalam sesetengah
perkara sahaja. Ia juga tidak “Mutlaq”, maksudnya boleh dicabar kebenarannya, dan tidak
universal, iaitu berubah dan berbeza-beza berasaskan kepada perubahan dan perbezaan zaman
dan tempat.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
4
Secara umumnya, sumber jenis pertama itu, iaitu “Thawabit” menyediakan data yang
bersifat idealism Islam tentang perkara berkenaan. Contoh paling mudahnya ialah idealism
tentang keadilan yang terdapat dalam firman Allah “ ابلعدل واالحسان ان هللا أيمر “ (Allah
menyuruh bersikap adil dan penuh saksama). Maka dengan memahami ayat berkenaan serta
merujuk berpulu-puluh ayat lain serta juga hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut tentang
keadilan, seseorang penyelidik yang mahir dan seriaus akan dapat merumuskan gagasan atau
konsep serta teori dan idealism “Keadilan” itu dalam Syariah Islam. Tetapi ceritanya tidak akan
berhenti setakat itu. Dalam merealisasikan teori keadilan berkenaan dalam sesuatu persoalan
tertentu beliau akan bertembong dengan beberapa persoalan lain yang berkait dengan
pendekatan. Kalau dikatakan bahawa “Keadilan” itu secara idealnya ialah “Memberi peluang
yang sama”, maka bagaimanakah caranya ia direalisasiakn dalam bidang ekonomi di Malaysia
sekarang, yang jurangnya terlalu besar antara para pendatang Cina dan para Bumiputra Melayu?
Adakah dengan mengamalkan kaedah meritokrasi agar semua mereka boleh bebas berebut
antara satu sama lain? Apakah adil namanya apabila semua mereka dibiarkan berlawan bola di
padang yang tidak rata?. Semua jawapan ini tidak akan diperolehi dari sumber static atau
“Thawabit” tadi. Tetapi sebaliknya dari sumber “Mutaghayirat”, misalnya dengan mengambil
kira segala perbezaan yang ada pada waktu idealism berkenaan direalisasikan.
Oleh kerana realiti yang menjadi asas kepada sumbar dinamik itu berbeza dari satu
masyarakat ke satu masyarakat maka data yang akan diperolehi juga akan berbeza. Dari sinilah
lahirnya pengaruh nilai tempatan atau “Local values” ( القيم احمللية ) yang akan mewarnakan
hukum berkenaan. Malah selanjutnya pula akan lahir apa yang diistilahkan dalam kertas ini
sebagai “Kearifan Tempatan” atau “Local Wisdom” ( احلكمة احمللية )
LATAR BELAKANG SEJARAH
Dalam sejarah “Fiqh” kearifan tempatan ini berkait rapat dengan perkembangan pengajian
tersebut ke pelbagai daerah dan negeri di seluruh negara Islam pada waktu itu. Pengiktirafan
terhadap pengaruh tempatan dalam ilmu fiqh ini dapat dilihat pada nama tempat yang dikaitkan
dengan ilmu berkenaan. Sebagai contoh, Fiqh Mekah ( فقه مكة ), Fiqh Madinah ( فقه املدينة ), yang juga secara bersama dikenali sebagai Fiqh Hijaz ( فقه احلجاز ). Selain itu ialah Fiqh Iraq ( فقه Fiqh ,( فقه البصرة ) Fiqh Basrah ,( فقه خراسان ) Fiqh Khurasan ,( فقه الشام ) Fiqh Syria ,( العراق
Andalusia ( قه األندلسف ) dan lain lagi. Setiap Fiqh ini mempunyai pengaruh tempatan masing-
masing setakat yang dibenarkan oleh methodologi Pengajian Fiqh, atau “Usul Fiqh” yang
merupaka garis panduan umum yang diterima baik oleh hampir semua mazhab fiqh yang ada.
Secara methodologinya, kepelbagaian daerah yang dijadikan sebagai nama bagi setiap
Fiqh berkenaan menimbulkan persoalan tentang sejauh mana pengaruh tempatan terhadap
pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama hukum. Malah lebih daripada itu
pengaruh terhadap penggunaan “’Urf” atau budaya hidup setempat dan “Maslahah” atau
kepentingan masyarakat setempat terhadap para fuqaha dalam menentukan hukum? Secara
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
5
umum, hal seperti itu dapat dilihat melalui ulasan para ahli sejarah pengajian fiqh yang rata-rata
menyebut Fiqh Mekah lebih konservatif, Fiqh Madinah lebih pragmatic, Fiqh Iraq lebih libral,
sementara Fiqh Andalusia pula lebih dogmatic. Sifat-sifat ini antara lain dikatakan terhasil
daripada pengaruh budaya hidup tempatan di daerah masing-masing. Maka di bawah pengaruh
budaya hidup masing-masing daerah ini masing-masing para fuqaha telah menggunakan
kearifan atau wisdom masing-masing terutama dalam menyelsaikan persoalan persoalan yang
rumit. Antara contohnya, fatwa Abu Hanifah tentang harus bersolat dengan membaca
terjemahan al-Quran dalam bahasa Farsi. Sebabnya ialah kerana pada waktu itu orang Iraq yang
rata-rata berbangsa Farsi tidak mampu membaca al-Quran dalam bahasa Arab. Bagaimana pun
fatwa beliau itu diberikan oleh beliau sekadar untuk sementara waktu sahaja. Selepas beberapa
waktu beliau menarik balik fatwanya itu apabila menyedari orang orang Iraq pada waktu itu
sudah mula mampu membaca al-Quran yang diturunkan dalam bahasa arab itu.
Al-Imam Malik, kerana kedudukan Madinah sebagai tempat dimana wahyu
direalisasikan telah mengambil pendirian yang tegas menolak hadis dhaif yang bertentangan
dengan budaya dan cara hidup penduduk Madinah. Sebabnya jelas, iaitu proses pembudayaan
hidup berasaskan kehendak wahyu pada zaman Rasulullah s.a.w. dan khulafa` al-Rasyidin telah
menjadikan masyarakat Madinah sebagai manefastasi kepada kehendak wahyu itu sendiri. Bak
kata para pengulas sejarah perkembangan Fiqh Imam Malik menerima amalan para penduduk
Madinan ( (عمل أهل املدينة sebagai hadis yang tidak diriwayatkan tetapi sebaliknya dihayati oleh
masyarakat berkenaan. Dengan kata lain, beliau menerima amalan penduduk Madinah sebagai
hadis yang telah direalisasi dalam masyarakat berkenaan dan tidak lagi perlu diriwayatkan
kerana amalan berasaskan kepadanya sudah begitu popular.
Malah al-Imam al-Syafi’I telah membina satu pandangan baru ( القول اجلديد ) apabila
beliau beraktiviti di Mesir memandang kepada budaya hidup yang berbeza di kalangan
masyarakat di situ berbanding dengan masyarakat Iraq yang menjadi latar belakag kepada
pembinaan pandangan lamanya ( القول القدمي)
Malah kalau diperhatikan dalam kitab-kitab fiqh klasik terdapat banyak fatwa yang
berasaskan kepada realiti setempat. Dalam konteks perbincangan ini, ia boleh disifatkan juga
sebagai sebahagian daripada “Kearifan tenmpatan” pada waktu fatwa-fatwa berkenaan
dikeluarkan. Ambil saja contoh air yang disebut sebagai sah untuk dibuat bersuci. Mengikut apa
yang tercatat dalam fiqh klasik, ia dikelaskan kepada tujuh jenis air, iaitu: air hujan, air laut, air
sungai, air mata air, air telaga, air salji, dan air embun. Fatwa tentang air yang boleh dibuat
bersuci ini meskipun tidak memenuhi kreteria kearifah tempatan secara sepenuhnya tetapi ia
boleh menjadi hujah bagaimana pemikiran fiqh yang berasaskan “nilai tempatan” ( القيم احمللية ) itu mempunyai kedudukan yang mantap dalam sejarah fiqh.
REALITI DI NUSANTARA
Pepatah Melayu “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali” boleh ditunjulkan sebagai
satu contoh kearifan para fuqaha tempatan dalam membentuk prinsip hukum Islam dalam
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
6
masyarakat Nusantara. Prinsip ini boleh disifatkan sebagai terjemahan yang bijak kepada hadis
Rsulullah s. a.w. yang berbunyi “ عن شيئ فانتهوا اذا أمرتكم بشيئ فافعلوا ما استطعتم واذا هنيتكم “ yang
menjadi asas kepada kaedah “ Menolak keburukan lebih diutamakan daripada menghasilkan
kebaiakan” ( دفع املفسدة مقدم على جلب املصلحة )
Adalah dipercayai terdapat banyak kearifan atau wisdom seperti ini dalam pepatah dan
peribahasa Melayu. Namun kertas ini tidak mampu menyebut yang selain dari satu ini kerana
kajian mendalam belum dapat dilakukan. Adalah dicadangkan bagi mereka yang berminat di
bidang ini agar melakukan kajian yang komprehensif di bawah tajuk “Kearifah Fiqh dalam
pepatah dan pribahasa Melayu”.
Yang lebih banyak ialah dalam bidang hukum cabang ( فقه الفروع ). ] Dalam bidang
ibadat, khabarnya, menyapu muka selepas memberi salam kedua selpas solat tidak diamalkan di
dunia Islam yang lain. Sampai sekarang ini apa asasnya kearifan ini belum dianalisa. Antara
contoh lain ialah wirid secara berjemaah selepas menunaikan solat. Bagi sesetengah pengulas,
kearifan ini berasaskan kepada latar belakang perkembangan Islam di daerah sini. Pada
peringkat awal, bukan senang bagi orang awam unrtuk menghafal wirid dan doa yang tentunya
dalam bahasa arab. Maka adalah suatu langkah pendidikan yang sangat berfaedah apabila wirid
dan doa secara berjemaah itu dilakukan, terutama dalam masyarakat bawahan yang tidak
terpelajar.
Antara contoh lain ialah solat hajat secara berjemaah. Besar kemungkinan latar
belakangnya sama saja dengan latar belakang bagi wirid dan doa lepas solat secara berjemaah,
iaitulah berasaskan objektif pendidikan umum. Tunggu kubur dan membaca al-Quran di
atasnya, kelihatannya sebagai langkah bijak dalam proses Islamisasi adat Melayu yang pada
masa sebelum itu mengamalkan Langkah seperti itu sebagai adat turun menurun. Membaca
talqin di atas kubur, meskipun ada hadis yang berbunyi “ لقنوا مواتكم ال اله اال هللا” tetapi boleh juga
di masukkan ke dalam kategori ini. Kata sesetengah pengulah, objektif nya bukan untuk
mengajar si mati dalam kubur, tetapi sebaliknya mereka yang masih hidup yang hadir majlis
perkebumian itu.
Samalah juga dengan majlis tahlil pada malam jumat. Ia lebih bersifat sebagai amalan
tempatan yang terpuji. Dalam majlis seperti itu para Jemaah mendapat peluang untuk
berhimpun beramai-ramai melakukan ibadat yang sama. Ia boleh menjadi satu acara yang
memberi galakan dan menimbulkan minat untuk beribadat.
Dengan kata lain, apa yang biasanya disebut oleh sesetengah kalangan merupakan
kearifan tempatan dalam usaha membantu masyarakat setempat melakukan ibadat masing-
masing. Bukan menjadi persoalan samada amalan seperti itu benar-benar sesuai dengan
kehendak Islam yang sebenarnya. Tetapi ternyata dalam kehidupan beragama di daerah ini ia
telah menjadikan amalan agama dalam masyarakat tempatan lebih mantap dan meriah.
Dalam bidang kekeluargaan, pembezaan antara maskahwin dan hantaran boleh menjadi
contoh kepada kearifan tempatan ini. Kerana ia memberi implikasi yang jelas dalam kes
perceraian sebelum berlaku persetubuhan, dimana yang akan dibahagi dua ialah maskahwin,
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
7
tidak termasuk hantaran (atau belanja hangus dalam istilah Kelantan). Wang sumbangan untuk
majlis perkahwinan (pengelen- dalam istilah Kelantan) merupakan satu sistem takaful yang jelas.
Meskipun ia tidak bersifat paksaan tetapi sudah menjadi budaya yang dihormati umum.
Paling masyhur adalah hukum mengenai harta sepencarian. Kearifan ini diusulkan oleh
Syeikh Ahmad al-Fatani dengan alasan perbezaan budaya hidup antara masyarakat Arab di
Timur Tengah dan masyarakat Melayu di Nusantara. Kata beliau, adalah menjadi adat bagi
masyarakat Islam di bawah angina, iaitu gelaran kepada masyarakat Islam di Nusantara,
bahawa para isteri turut sama melakukan kerja mencari nafkah bersama suami. Maka kalua
terjadi perceraian atau kematian suami maka harta keluarga berkenaan perlu dibahagi dulu
sebagaita sepencarian sebelum dibahagi pusaka.
Penerimaan perempuan sebagai Raja yang memerintah merupakan satu lagi kearifan
yang besar di daerah Nusantara. Hasilnya di Acheh pemerintahan seperti itu berlangsung selama
empat keturunan (1641M- 1699M) dengan sokongan para ulama. Sedangkan secara klasiknya
wanita tidak dibolehkan menjadi penguasa, apa lagi menjadi raja. Begitu juga dengan
pemerintahan dua putri Raja, iaitu Cik Siti Wan Kembang dan anak angkatnya Putri Sadong di
negeri Kelantan selama lebih dari 60 tahun (1610M- 1671M). Ia merupakan kearifan yang jelas
para ulama tempatan pada waktu itu yang memberi laluan Yang selesa kepada pemerintahan
seperti itu pada waktu itu. Sedangkan secara klasiknya Islam tidak pernah membenarkan
perempuan menjadi pemerintah biasa, apalagi Raja.
PENUTUP
Apa yang tersebut di atas hanyalah prinsip sepintas lau tentang kearifan di bidang Syariah
sepertimana yang tersorot dalam sejarah perkembangan fiqah. Begitu juga bagaimana ia terjadi
di sepanjang zaman, termasuk beberapa contoh di Nusantara. Tujuannya ialah untuk
menegakkan satu teori bahawa kearifan (Wisdon) adalah satu nilay universal yang boleh
diterima pakai dalam apa saja bidang ilmu, termasuk ilmu Syariah dan dalam mana-mana
masyarakat sekali pun.
Khusus dalam Syariah Islam, selain berbagai kaedah dalam usul fiqh yang
membenarkannya terdapat beberapa kaedah lain yang biasa dikenali dengan berbagai-bagai
nama. Antaranya ialah Fiqh al-Waqi’ ( فقه الواقع ) yang banyak melihat secara rasional
terhadap realiti hidup semasa dalam menentukan hukum. Antara kaedah lain ialah Maqasid
Syariah ( املقاصد الشرعية ) dan Siyasan Syar’iyah ( السياسة الشرعية ) yang begitu luas sekali
aplikasinya. Maqasid Syariah merupadan kaedah umum penentuan hukum berasaskan
pendekatan Maslahah ( املصلحة ) atau kepentingan semasa dan setempat yang terbuka kepada
siapa sahaja yang layak untuk menggunakannya. Sementara Siasah Syar’iyah pula lebih
merupakan polisi semasa yang hanya boleh digunakan oleh para pemerentah sebagai satu jalan
keluar dari kebuntuan yang dihadapi dalam usaha merealisasikan hukum berasaskan kaedah
biasa sepertimana yang terdapat dalam methodologi penyelidikan Hukum Islam atau “Usul
Fiqh” ( أصول الفقه ).
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
8
Di daerah Nusantara secara khusus, kearifah seperti ini sentiasa berlaku dalam ruang
yang cukup luas. Ia merangkumi berbagai dimensi bermula dari perkara ibadat sampailan politik
dan seterusnya. Namun oleh kerana kertas ini tidak didokong oleh apa-apa penyelidikan secara
mendalam maka contoh-contoh yang diberikan tidaklah komprehensif sebagaimana sepatutnya.
Adalah dipercayai contoh-contoh dalam perkara muamalat mungkin lebih banyak. Tetapi
kesempatan untuk menyemak warisan persuratan dalam bidang Fiqh yang ditulis atau
difatwakan di daerah ini tidak ada bagi menjadikan kertas ini lebih komprehensif.
Bagaimana pun adalah jelas, bahawa kearifan atau lebuh tepatnya “Kebijaksanaan”
tempatan (Local Wisdom) ini merupakan satu ruang yang cukup luas dan sentiasa terbuka bagi
para fuqaha semasa dalam usaha mereka untuk menjadikan hukum Islam lebih releven dengan
keadaan semasa sesuai dengan prinsip “Kesesuaian Syariah Islam bagi setiap zaman dan tempat
Bagi tujuan tersebut berbagai kajian yang seriaus dan .( صآلحية الشريعة االسالمية لكل زمان ومكان )
mendalam hendaklah diadakan. Malah agar ianya cukup fokus, satu unit penyelidikan yang
khusus perlu ditubuhkan di Akademi ini bagi melihat hal seperti itu, misalnya di bawah nama
“Unit kajian Fiqh semasa dan setempat” atau lebih fokus lagi “Unit Fiqh Lokal”.
وابهلل التوفيق واهلداية
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
9
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM TRADISIONAL DI MALAYSIA DALAM
MEMBENTUK IDENTITI MELAYU-ISLAM
Luqman Haji Abdullah
Abdul Karim Ali
Muhammad Ikhlas Rosele
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
PENDAHULUAN
Pendidikan Islam di tanah air kita bermula dengan kaedah pendidikan yang tidak formal selari
dengan perkembangan dakwah Islam. Dari segi sejarahnya apabila pendakwah Islam dari luar
datang ke Melaka pada awal abad ke 14M agama Islam telah mulai tersebar di Melaka yang
mana rumah-rumah guru, surau, masjid termasuk istana sultan merupakan antara pusat
pendidikan Islam yang banyak membantu penyebaran Islam di negeri berkenaan. Pengajian
tahap awal ialah al Quran, membaca dan menulis jawi dan dilangsung ke peringkat lebih tinggi
dengan pendedahan kepada asas ilmu-ilmu Islam seperti tauhid, fiqh, tasawwuf, falsafah dan
sejarah Islam. Perkembangan pendidikan inilah kemudiannya telah melahirkan pendidikan
tradisional dalam bentuk skala yang lebih besar dan formal pada ketika itu yang dikenali sebagai
sistem ‘pondok’ iaitu apabila Islam telah tersebar ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu hasil
dari tersebarnya pengaruh pendidikan Islam yang datang dari Acheh dan Pattani yang mana
kedua-dua ini merupakan pusat pendidikan Islam yang lebih awal dari Tanah Melayu. Sistem
pendidikan ini sebenarnya yang telah membentuk nilai-nilai keintelektualan dalam masyarakat
Melayu sehingalah berlaku pemodenan dalam sistem pendidikan Islam dalam bentuk sistem
madrasah dan sekolah. Pengajian tradisional yang bersifat turathi ini adalah penting dalam
disiplin ilmu Islam dalam membentuk jati diri pelajar agama kerana ia mempertahankan legasi
literatur Islam yang lahir dalam sejarah perkembangan ilmunya.
Walaupun dari segi asasnya, corak pendidikan ini masih dikekalkan dalam sistem
pendidikan Islam moden dengan perubahan dari segi bentuk dan kurikulum sebagai respon
kepada perkembangan semasa yang memerlukan pengajian Islam lebih kompetitif dengan realiti
yang ada, keadaan ini telah sedikit sebanyak menjejaskan keunikan pendidikan tradisional yang
telah berjalan sekian lama. Perkembangan ini ada aspek kelebihan dan kekurangannya yang
boleh dibincangkan dan ditambahbaik aspek-aspek tertentu supaya tradisi yang ada tidak
terhakis.
Apa yang jelas pengaruh sistem pendidikan tradisional masih lagi bertapak dalam
masyarakat Melayu moden dan merupakan antara penyumbang kepada pembentukan identiti
melayu muslim di negara ini. Sifat sifat berpegang kuat kepada prinsip agama, menghomati
guru, penekanan kepada ilmu turath Islam, pengajian berasaskan mazhab samada dalam fiqh
atau akidah, amalan beragama yang seragam, budaya khidmat kepada komuniti, tolong
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
10
menolong dalam kejiranan, budaya bekerja sendiri adalah antara budaya melayu yang
sememangnya diterapkan dalam sistem pendidikan tradisional.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM TRADISIONAL DI NUSANTARA
Ahli-ahli sejarah mengatakan bahawa pengajian bentuk begini adalah diwarisi dari Acheh,
Indonesia dan Pattani yang telah pun menerima Islam lebih awal dari Tanah Melayu dan pernah
menjadi pusat pendidikan Islam yang masyhur. Kedatangan Islam ke Sumatera dalam abad ke
7M atau ke 8M telah berjaya mengislamkan raja pada ketika itu. Dikatakan raja Perlak iaitu
Sultan Sayyid Maulana Abdul Rahim Syah (864 –888) adalah yang menyokong kuat penubuhan
pusat pengajian pondok yang dikenali dengan dayah seperti Dayah Bukit Ce Berek dan Dayah
Cot Kala.
Pendidikan yang berasaskan pondok ini terus berkembang dalam pusat-pusat
pemerintahan Islam selepas itu iaitu di Samudera Pasai dan Acheh. Di Acheh secara khususnya
selepas mengambilalih Melaka sebagai pusat penyebaran Islam selepas taklukan Portugis pada
tahun 1511M, institusi pondok ini disuburkan dengan dokongan sultan-sultan yang memerintah.
Apabila Patani pula muncul sebagai pusat penyebaran Islam selepas kedatangnn Belanda ke
Acheh pengajian bentuk ini dikukuhkan lagi di rantau berkenaan.
Di Malaysia antara negeri yang banyak pusat pengajian pondok tradisional ialah
Kelantan, Terengganu dan Kedah dan ini dapat dikesan dari segi sejarahnya di sekitar abad 18M
– 19M. Walaubagaimanapun tidak terdapat catatan sejarah yang jelas tentang tarikh atau tahun
bermulanya bentuk pengajian begini di Tanah Melayu.
Para pengkaji sejarah menyatakan yang paling jelas kewujudan pondok adalah di sekitar
abad ke 18M dan ke 19M masehi iaitu dengan pengaruh dari Pattani ke atas negeri-negeri
Kelantan, Terengganu dan Kedah. Dari segi sejarahnya selepas kejatuhan Acheh, Pattani telah
bangkit menjadi pusat pengajian Islam yang terkemuka. Ulama-ulama Pattani telah berjaya
mempertahankan pendidikan Islam menerusi pengajian pondok dan ia terus bertahan sehingga
masa kini khususnya di empat buah wilayah Selatan Thai iaitu Patani, Yala, Narathiwatat dan
Satun. Dengan perkembangan demikian pengaruh pengajian pondok mulai tersebar ke negeri-
negeri yang berdekatan dengannya di Tanah Melayu dan sehingga sekarang pengaruh tersebut
masih dirasai jika dilihat kepada identiti pondok di tanah air sekarang. Walaupun Melaka
dikatakan sebagai tempat terawal di Tanah Melayu yang menjadi pusat penyebaran Islam tetapi
konsep pengajian berorientasikan pondok tidak dapat dikesan di situ walaupun tidak dinafikan
kemungkinan kewujudannya dalam masa tersebut kerana pengaruh dari Jawa.
Ramai penulis menyatakan negeri terawal yang mewujudkan pusat pengajian pondok di
Tanah Melayu ialah ialah Terengganu iaitu dalam abad ke 18M. Ia bermula dengan seorang
ulama tersohor di Terengganu dari keturunan Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad
iaitu Syeikh Abdul Malik bin Abdullah telah mengasaskan institusi pengajian pondok di Pulau
Manis, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Acheh dan Mekkah dan apabila
pulang dari pengajiannya beliau telah mengasaskan pondok tersebut. Beliau dikenali
kemudiannya sebagai ‘Tok Pulau Manis’. Ulama-ulama Pattani juga ramai yang datang ke
Terengganu dalam masa pertembungan antara orang-orang Islam dengan Kerajaan Siam.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
11
Antaranya ialah Sheikh Daud bin Abdullah al Fatani yang datang ke Pulau Duyung dan Haji
Wan Abdullah bin Muhammad Amin yang terkenal dengan ‘Tuk Syeikh Duyung’. Mereka ini
telah turut memain peranan dalam pendidikan Islam di Terengganu. Ulama dari Patani yang
membuka pengajian pondok ialah Syeikh Abdul Kadir iaitu pondok Bukit Bayas.
Perkembangan ini menunjukkan pengaruh Patani pada waktu itu dalam sejarah pengajian
pondok di Terengganu yang kemudiannya diikuti dengan penubuhan pondok-pondok lain dalam
negeri tersebut.
Perkembangan ini kemudiannya turut berlaku di Kelantan apabila Kelantan muncul
sebagai pusat pengajian pondok yang terkenal dalam abad ke 19M. Gelaran ‘Serambi Mekah’
kepada Kelantan adalaha disebabkan perkembangan ini. Ada juga catatan sejarah yang
menyatakan perkembangan pendidikan Islam di Kelantan adalah bermula sejak kurun ke 16M
lagi tetapi sejarah mencatatkan kecemerlangan Kelantan sebagai pusat pengajian yang
berorientasikan pondok adalah pada abad ke 19M dengan kemuculan pondok-pondok yang
terkenal seperti Pondok Pulau Chondong, Pondok Kubang Pasu, Pondok Tuan Padang, Pondok
Tok Semian, Pondok Tok Selehor, Pondok, Padang Jelapang dan Pondok Kenali. Dalam
perkembangan yang lewat sedikit lahirnya pondok-pondok seperti Pondok Bunut Payong,
Pondok Lubok Tapah, Pondok Pasir Tumboh, Pondok Kubang Bemban, Pondok Sungai
Durian, Pondok Banggol Kulim dan Pondok Lemal.
Perkembangan yang sama berlaku di Kedah. Menurut Haji Abdullah Ishak, di sekitar
tahun 1870-an terdapat sekurang-kurangnya lapan buah pondok, antaranya Pondok Haji
Muhammad Taib, Pondok Haji Muhammad Noor, Langgar, Pondok Haji Muhammad Salleh,
Penaga, Pondok Haji Sahak, Pulau Pisang, Pondok Haji Muhammad Tamin, Anak Bukit dan
Pondok Engku Bidaul Hafiz, Yan. Dalam awal abad ke 20 beberapa buah pondok lagi
diasaskan antaranya Pondok Kubang Bogor, Pondok Lubok Kawah, Pondok Gajah Mati,
Pondok Merbok dan Pondok Padang Lumat. Pondok-pondok ini diasaskan oleh para tuan guru
yang berkaliber pada masa berkenaan. Di awal kurun berikutnya banyak pondok-pondok lain
yang telah dibuka dan mempunyai bilangan pelajar yang ramai sehingga mencecah 1200 orang
pelajar dengan bilangan tempat tinggal pelajar dalam bentuk pondok-pondok kecil sejumlah
sehingga 700 buah.
Di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
institusi pondok juga turut berkembang cuma tidak serancak apa yang berlaku di tiga buah
negeri yang disebut di atas. Apa yang boleh disimpulkan ialah institusi pondok ini adalah satu
khazanah keilmuan yang telah tercipta dalam sejarah dakwah dan pendidikan Islam tanah air.
Kebergantungan masyarakat kepada institusi berkenaan sebagai sumber ilmu Islam adalah
sangat terserlah. Dalam konteks pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu institusi pondok
adalah satu sistem yang dianggap formal kerana kebergantungan masyarakat kepada institusi
tersebut di samping pengajian di surau dan masjid.
SISTEM PENDIDIKAN PONDOK TRADISIONAL DAN KEDUDUKANNYA DALAM
PENDIDIKAN MODEN
Apabila disebut pendidikan pondok dan terma itu dimasyhurkan dalam sejarah pendidikan
Islam maka sudah tentu ia merujuk kepada satu sistem yang tersendiri yang membezakannya
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
12
dengan sistem pendidikan moden. Perkataan “pondok” pada asalnya merujuk kepada rumah
kecil yang didirikan untuk penginapan sementara. Dalam perkembangan sistem pendidikan
pondok ia bermula apabila tuan guru mengadakan kelas pengajian di surau atau masjid, atau di
rumah beliau, kemudiannya mendapat sambutan daripada pelajar untuk menadah kitab dengan
tuan guru secara sepenuh masa maka timbullah idea untuk membina pondok-pondok kecil di
sekitar tempat pengajian tersebut bagi kemudahan pelajar. Pelajar-pelajar yang tinggal di
pondok-pondok ini dikira sebagai pelajar tetap yang mengikuti kelas pengajian yang diberikan
oleh tuan guru mengikut jadual harian yang ditetapkan. Dari sinilah bermulanya pembentukan
satu sistem pengajian yang lebih tersusun yang dikenali kemudiannya dengan pengajian pondok.
Di Indonesia pusat-pusat pengajian begini terkenal dengan panggilan desa keputihan yang
mungkin dikaitkan dengan warna pakaian serba putih yang dipakai oleh pelajar-pelajar di tempat
berkenaan. Bentuk pengajian begini di sebelah Jawa dikenali dengan pesantren, di Madura
dipanggil penjentren dan di Minangkabau dikenali sebagai surau.
Seseorang tuan guru adalah sangat penting dalam pengajian pondok kerana
ketokohannya dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan juga daya kepimpinannya yang menjadikan
beliau sebagai idola (tok guru centric) dalam komuniti pondok dan sangat dihormati.
Kelangsungan sesebuah pusat pengajian pondok akan bergantung kepada sejauhmana
kemampuan pondok tersebut dalam menyediakan generasi pelapis kepada tuan guru yang ada.
Selalunya sesebuah pondok itu akan berakhir hayatnya apabila tidak ada pewaris utama kepada
tuan guru berkenaan seperti anak, menantu atau murid yang dapat meneruskan legasi tuan guru
berkenaan. Kebanyakan tuan guru pondok-pondok yang ada khususnya sehingga tahun-tahun
1990an dan di awal abad ke 21 adalah lahir dari sistem pengajian pondok di Pattani atau di
Masjidil Haram di Mekah dan tidak kurang juga yang lahir dari pondok-pondok di tanah air.
Sistem pengajain pondok yang ada di Pattani adalah sama dengan sistem yang ada di Mekah
sekurang-kurangnya sehingga akhir abad ke 19 M. Keikhlasan tuan guru adalah juga ciri utama
kepada pengajian pondok. Tidak ada yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar dan
pengajian adalah bersifat terbuka kepada semua pihak. Tuan guru tidak meraih habuan material
daripada khidmat yang diberikan. Bagi seorang tuan guru harapannya ialah murid-muridnya
dapat menimba ilmu dan seterusnya berkhidmat kepada masyarakat dan menyambung legasi
gurunya.
Manakala pelajar pula adalah terdiri dari pelbagai lapisan umur kerana pendidikan
pondok tidak meghadkan umur tertentu. Pelajar yang umurnya seawal yang baru boleh berdikari
dengan kehidupan seharian sehinggalah kepada warga emas boleh diterima untuk memasuki
pondok. Begitu juga tidak ada tempoh tertentu yang dihadkan. Seseorang pelajar boleh menetap
selama yang diingini dan tidak kurang juga yang berkahwin dan terus menetap di pondok. Bagi
yang telah menguasai ilmu yang dipelajari mereka akan keluar dari pondok samada berkhidmat
sebagai guru agama bebas atau bagi yang mempunyai kelebihan ilmu yang tinggi akan berusaha
membuka pondok sendiri. Ada juga yang terus akan berkhidmat di pondok berkenaan dengan
menjadi kepala telaah dan melakukan apa-apa khidmat yang boleh membantu pondok. Sistem
kepala telaah ini sangat banyak membantu kelangsungan sesebuah institusi pondok di samping ia
juga sebagai penanda aras kepada hiraki ilmu di kalangan pelajar-pelajar pondok. Khidmat
kepada pondok adalah juga sebahagian dari sistem ini. Dengan senario begini terbentuklah
warga pondok yang terdiri dari pelajar remaja, dewasa, kelamin dan warga emas dan ia akan
menjadi semakin besar. Perkembangan ini berlaku secara tidak dirancang, tetapi ia adalah hasil
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
13
keunikan sistem Pendidikan pondok sendiri yang bersifat pemusatan terhada tok guru (tok guru
centric).
Jadual 1: Hiraki Pengajian Pondok
Dari segi kurikulum, pengajian yang ada adalah subjek-subjek agama sahaja dalam
semua bidang dari pengajian Quran, tauhid, fiqh, tafsir, hadis, tasawuf, nahu, saraf, balaghah
dan mantiq. Pengajian adalah bersifat menadah kitab dari kulit ke kulit. Kitab-kitab yang
digunakan adalah kombinasi dari kitab-kitab jawi dan arab. Sebagai contoh dalam ilmu tauhid
kitab-kitab dalam Bahasa arab yang digunakan ialah seperti Hasyiah al Syarqawi, Hasyiah al Bajuri
dan beberapa syarah kepada matan jauharah. Dalam bahasa jawi adalah seperti Aqidah al Najin, al
Dur al Thamin, Faridah al Faraid dll. Dalam bidang fiqh kitab-kitab yang digunakan adalah
bermula dari Safinat al Naja, Fath al Qarib, Fath al Mu’in, al Iqna’ dan Hasyiah Qalyubi dan
Umayrah di samping kitab-kitab jawi seperti Sullam al Mubtadi, Munyat al Musolli, Sabil al
Muhtadin dan lain-lain yang kebanyakannya hasil tulisan ulama Pattani. Dalam bidang nahu
kitab-kitab yang popular digunakan adalah seperti Matn al Ujrumiyyah dan syarahnya seperti al
Mukhtasar, al Mutammimah, Ibn Aqil dan al Usymuni. Dalam bidang tafsir kitab yang digunakan
ialah seperti Tafsir al Jalalayn. Manakala dalm bidang hadis kitab yang digunakan ialah Riyadh
al Solihin, Mukhtasar Abi Jamrah dan Sunan Abi Daud.
Satu perkara yang sangat ditekankan dalam pengajian pondok ialah pengajian tasawwuf.
Antara kitab-kitab yang digunakan ialah seperti Minhaj al Abidin dan Syarh al Hikam. Kedua-dua
kitab tersebut di kebanyakan pondok akan diulang baca walaupun telah beberapa kali khatam.
Manakala kitab jawi yang popular digunakan dalam bidang ini ialah seperti Sayr al Salikin,
Hidayat al Salikin dan Syarah Hikam Tok Pulau Manis. Pendekatan kesufian adalah sebagai satu
identiti utama bagi dalam pendidikan pondok yang dizahirkan dalam bentuk penekanan kepada
aspek kerohanian seperti solat jemaah dan melazimi bacaan awrad dan hizb tertentu.
Melihat kepada kurikulum yang ada pengajian pondok adalah berorientasikan mazhab
Shafi’i dari segi fiqh, al Ashairah dari segi akidah dan tasawuf adalah lebih kepada aliran al
Ghazali. Kewujudan pengajian begini adalah berasaskan senario sejarah yang tersendiri dan
yang telah membentuk kesatuan amalan dan akidah dalam masyarakat nusantara sejak sekian
lama.
Tuan Guru
Kepala Tela'ah
Murid Khusus
Murid Umum
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
14
Dalam pengajian begini surau atau masjid adalah antara fasiliti utama yang mana
halaqah pengajian kebanyakannya diadakan di situ. Ini ada kaitan dengan penekanan kepada
solat jemaah dan aspek-aspek kerohanian dalam pendidikan pondok yang mana surau atau
masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk aktivit-aktiviti yang menjurus kepada aspek-aspek
berkenaan. Oleh itu masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat ilmu.
Inilah sebenarnya yang telah terlaksana dalam sejarah Islam. Masjidil Haram di Mekah, Masjid
Nabawi di Madinah dan masjid al Azhar di Mesir telah sekian lama menjadi pusat ilmu dan
bukan sahaja sebagai pusat ibadah khususiah. Dalam pendidikan yang menjadi masjid sebagai
sebahagian daripada sistem sudah tentu dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kualiti
akhlak dan keagamaan yang tinggi.
Sistem tradisional begini mempunya kekuatan yang tersendiri berbanding dengan sistem
moden yang ada di sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah. Aspek-aspek kekuatan inilah yang
membentuk identiti pondok yang mempunyai kelainan dengan system moden.
Sistem pengajian pondok dalam waktu-waktu selepas merdeka sehingga kepada tahun-
tahun 1970an dan 80an menyaksikan penurunan yang mendadak apabila banyak pondok-
pondok yang terus mati atau ditukar kepada sistem persekolahan samada dalam bentuk Sekolah
Agama Rakyat (SAR) atau sekolah di bawah kelolaan kerajaan. Keadaan ini sebenarnya ada
kaitan dengan gerakan reformasi yang berlaku dalam tahun-tahun 50an yang mana antara
intipati gerakannya ialah penubuhan madrasah-madrasah dengan penambahan subjek-subjek
akademik seperti georafi, matematik, sains dan sebagainya bagi membentuk pelajar lebih bersifat
kompetitif dan dapat menyambung pelajaran ke universiti-universiti seperti al Azhar. Dengan
kewujudan madrasah dan sekolah arab kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anaka-anak
ke pondok semakin menurun dan hasilnya banyak pondok-pondok ditukar kepada sistem
madrasah. Bagi pondok-pondok yang masih bertahan dengan sistem tradisional pula ia berakhir
dengan kematian tuan guru dan tidak ada pengganti yang sanggup meneruskan kepimpinan
pondok. Ini yang banyak berlaku termasuk di negeri-negeri utama yang berkembang pengajian
pondok seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada masa ini pondok tradisional yang masih banyak beroperasi adalah di Kelantan dan
Kedah. Tidak dinafikan sebahagian yang beroperasi itu telah ada modifikasi dengan
penambahan sistem persekolahan sebagai tambahan kepada sistem pondok yang asal dengan
mengekalkan ciri-ciri pondok yang asal dari segi penekanan dan pembawaan. Tidak kurang juga
pondok-pondok baru yang dibuka dengan mengadakan bahagian tahfiz al Quran sebagai salah
satu bidang pengajian dengan membuat penambahan pengajian kitab kepada pelajar-pelajar
tahfiz.
Dengan kedudukan yang ada kepada pengajian pondok yang semakin menurun ada
usaha tertentu telah dijalaankan bagi memastikan pengajian pondok terus kekal tetapi dengan
sedikit modifikasi. Di Kelantan, sebagai contoh, pada tahun 1984 telah ditubuhkan Pondok
Moden di Kandis, Bachok yang diletakkan di bawah Yayasan Islam Kelantan. Pondok Moden
ini telah diusahakan hubungan dengan al Azhar sehingga pada satu ketika pelajar lepasan
pondok ini diterima terus ke tahun tiga di Universiti al Azhar, Mesir. Pada tahun 1994 pula
beberapa buah pondok di Kelantan iaitu Pondok Lubok Tapah, Pondok Sungai Durian dan
Pondok Pasir Tumboh telah berusaha menubuhkan Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB)
untuk membantu pondok-pondok di bawah naungannya terus bertahan. Antara usaha yang
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
15
dilakukan ialah memberi bantuan kewangan dan berusaha menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh pondok-pondok. PPPB juga telah menubuhkan Kuliah Pondok Darul Naim
yang bertempat di sebelah Pondok Pasir Tumboh bagi memberi peluang pelajar-pelajar pondok
menyambung pelajaran ke institusi-institusi luar.
Secara realitinya pondok bukan lagi merupakan aliran perdana walaupun ada pondok
yang masih kekal dan pondok-pondok baru juga ada ditubuhkan di merata tempat. Manakala
pondok-pondok baru yang ditubuhkan kebanyakannya adalah bersifat tambahan kepada
pengajian tahfiz dan bukan merupakan pondok tradisional dalam bentuk yang dibincangkan di
atas. Dari segi survival pondok faktor penentunya ialah kewujudan tuan guru yang lahir dari
sistem yang sama untuk meneruskan legasi pondok yang sedia ada atau membuka pondok baru.
Kalau dilihat kepada trend yang ada masih ada pelajar yang mengikuti pengajian ini samada di
tanah air sendiri atau di Pattani dan tidak kurang juga di Yaman. Mereka inilah nanti yang akan
menentukan kelangsungan pengajian pondok. Faktor yang kedua ialah minat pelajar yang ingin
mengikuti pengajian di pondok dengan sistem tradisional tersebut. Dari segi realitinya sambutan
masyarakat kepada sistem masih ada sama ada dalam bentuk pengajian secara sepenuh masa di
pondok, secara tidak sepenuh masa atau dalam bentuk daurah-daurah jangka pendek yang
disertai oleh pelajar-pelajar peringkat universiti. Situasi ini adalah sebagai suatu pelengkap
kepada sistem pengajian moden atau merupakan respon kepada serangan-serangan pemikiran
yang di luar dari kerangka yang sedia ada.
Kelangsungan pengajian ini juga perlu dilihat dari segi pengajian yang bersifat turath dan
tradisi. Ia mungkin bukan lagi dalam bentuk pondok sebagaimana yang ada tetapi boleh juga
dalam bentuk pengajian yang diberi penekanan dalam sistem moden. Dalam bentuk begini para
tuan guru ini bukan lagi menerajui pondok sebagai sebuah institusi tetapi memberi sumbangan
keilmuan turath yang dimiliki kepada sistem persekolahan atau universiti yang moden. Dalam
keadaan sekarang trend ini telah pun berlaku apabila pondok-pondok menjadi tumpuan pelajar-
pelajar sekolah dan juga universiti untuk menimba ilmu semasa cuti atau atas asas sambilan.
Ertinya ia tetap meyumbang dan ada sesuatu yang dimilikinya yang diperlukan oleh sistem
moden.
PENDIDIKAN ISLAM TRADISONAL DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU
ISLAM
Melihat kepada perkembangan dan kedudukan pondok dalam sejarah perkembangan pendidikan
Islam maka kita lihat dalam konteks amalan keagamaan dan pentadbirannya terbentuk satu
uniformiti dalam aspek-aspek fiqh, akidah dan tasawuf. Dalam aspek fiqh penekanan kepada
fiqh Shafie dalam pembentukan kurikulum pendidikan Islam kebangsaan dan juga sekolah-
sekolah agama dan madrasah sama ada swasta atau kerajaan peringkat negeri masih utuh dan
kelangsungannya dilihat tidak tergugat pada umumnya. Begitu juga pengajian di peringkat
masjid-masjid dan surau pengajarannya adalah berasaskan fiqh Shafie yang diperkukuhkan lagi
dengan peruntukan dalam enakmen-enakmen pentadbiran agama di negeri-negeri yang
menekankan kepada uniformiti dalam pengajaran agama. Manakala dalam fatwa terdapat
enakmen yang memperuntukkan keutamaan dalam berfatwa mestilah berasaskan pandangan
muktamad dalam mazhab Shafie sebelum berpindah kepada pandangan-pandangan dalam
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
16
mazhab yang lain. Perkara yang sama juga ditekankan dalam bidang akidah yang mana ia
berasaskan kepada aliran Ashairah khususnya dalam pengajian yang dikenali dengan sifat dua
puluh. Dalam bidang tasawuf secara umumnya yang diajar di peringkat masyarakat dan juga di
peringkat ilmuwan adalah berasaskan tasawuf al Ghazali. Semua ini dapat dikesan melalui
kitab-kitab yang digunapakai dan dijadikan rujukan dalam pengajaran dan pengamalan yang
berasaskan kepada aliran berkenaan.
Disebabkan uniformiti ini apabila terdapat pandangan-pandangan dari kalangan ilmuan
yang menyalahi suasana yang sedia ada maka akan timbul ketidakselesaan dan reaksi yang
bersifat responsif dan defensif dan dalam setengah keadaan timbul suasana tegang dalam
masyarakat.
Dalam aspek yang lain pendidikan tradisional yang dibentuk dalam komuniti pondok ini
telah membentuk sifat-sifat orang Melayu yang menekankan muwafakat dalam kehidupan
masyarakat, menghormati guru, semangat kejiranan yang tinggi, berperinsip dalam pegangan
agama, berdikari, berilmu dan berhemah. Ini dapat dilihat dalam aktiviti masyarakat melayu
yang suka membuat jamuan, mengadakan aktiviti keagamaan secara kolektif mengikut
kesempenaan tertentu, memuliakan para ulama, mempertahankan status qou berasaskan ilmu
dan berjiwa juang dalam mempertahankan agama. Dari segi amalan keagamaan seharian
masyarakat Melayu banyak mengambil jalan ihtiyat yang merupakan antara ciri fiqh Shafie yang
diajar dalam sistem pendidikan tradisional.
Sifat masyarakat Melayu yang mentaati Raja lahir daripada system Pendidikan
tradisional yang menekankan ketaatan kepada ulil amri. Kerana itu didapati dalam sebarang isu
yang melibatkan pertikaian institusi raja, orang-orang Melayu akan bangkit mempertahankan
intitusi tersebut. Ini juga ada kaitan dengan penekanan kepada adab dalam kehidupan orang
Melayu yang turut boleh dilihat dalam ajaran supaya menghormati orang tua, memuliakan
tetamu, mentaati guru dan pemimpin masyarakat. Hal adab ini, adalah perkara yang sangat
utama dalam pengajian tradisional. Ia selari dengan prinsip adab sebelum ilmu.
PENUTUP
Walaupun berhadapan dengan kemodenan dan pembangunan, institusi pondok masih lagi kekal
dan mendapat permintaan. Ini dapat dibuktikan dengan pertumbuhan pondok-pondok baru di
Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan selainnya. Walaupun institusi pondok tidak berada
dalam aliran mainstream, tetapi institusi pengajian tradisional tetap memberi kesan kepada
pembentukan dan kelansungan identiti Melayu Muslim. Mereka yang lahir dari institusi ini akan
berkhidmat kepada masyarakat dalam bentuk menerajui aktiviti keagamaan di komuniti mereka.
Ini melebarkan pengaruh pengajian tradisional dalam masyarakat yang berasaskan dengan ciri-
ciri yang telah dibincangkan di atas.
RUJUKAN
Haji Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
17
Che Omar Haji Awang (1996), The Methodology of Teaching in Islam: With Special Reference to the
Traditional Educational Methods in Malaysia, disertasi doktor falsafah, University of Edinburgh
M. Kamal Hassan (1996), Towards Actualizing Islamic Ethical and Educational Principles in
Malaysian Society, Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia
Ahmad Hidayat Buang, Roslan Mohd Nor & Luqman Abdullah (2010), “The Madrasa System
in Malaysia: Its Contribution to the Nation and Challenges” in New Horizon in Islamic Area
Studies, Proceeding: IAS-AEI International Conference, Kuala Lumpur: Asia Europe Institute,
University of Malaya.
Roff, W. R. (2004). Pondoks, Madrasahs and the Production Of ‘Ulama’ in Malaysia. Studia
Islamika, 11(1): 1-21.
Nagata, J. (1997). Ethnonationalism Versus Religious Transnationalism: Nation-Building and
Islam in Malaysia. The Muslim World, LXXXVII (2): 129-150.
Zaidi Hassan (2001). Pondok: Keberadaannya di Dalam Peradaban Melayu, kertas kerja
dibentangkan di Kolokium Peradaban Melayu Kawasan Timur Laut (18 – 20 september 200).
Kota Bharu. Anjuran DBP.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
18
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
19
PERBINCANGAN DI DALAM KITAB MELAYU JAWI TENTANG FEQH ALAM
Haji Zaidi bin Hassan
الحمد هلل على دين األسالم وكمال األيمان
اللهم بحق أسرار بسم هللا الرحمن الرحيم صل على من أرسلته رحمة للعالمين كما يليق
وعلى أله وأصحابه أجمعين وأرحمنا رحمة تغنينا بها عن رحمة من سواك من خلقك برحمتك وحرمته
امين
Pendahuluan:
Manusia adalah sebahagian daripada unsur-unsur alam. Mereka berintraksi dengan unsur-unsur
yang lain pada setiap masa tanpa pengecualian. Dengan itu terbentuklah corak perhubungan di
antara manusia dan alam. Corak perhubungan ini ditentukan oleh perspektif individu dan
perspektif peradaban manusia terhadap alam itu sendiri. Perspektif inilah yang membentuk nilai-
nilai moral, atau etika seseorang atau sesuatu masyarakat. Persoalan etika menjadi soalan teras
bagi kita memahami corak perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan dengan
sekitarnya. Di antara tulisan yang membincangkan perkara ini secara mendalamialah buku
klasik Ethics & Civilization tulisan Albert Schewietzer.
Adapun sains dan teknologi adalah perkara sekunder, bukannya perkara yang teras di
dalam menentukan kesejahteraan hubungan manusia dan alam sekitar. Masyarakat kita hari ini
telah banyak mengutamakan perkara-perkara sekunder dan meminggir perkara yang teras.
Sedangkan setiap disiplin ilmu itu dan kehidupan ini mempunyai maratibnya yang sendiri.
Pengutamaan nampaknya telah diberi kepada apa yang hanya dapat disentuh oleh pancaindera,
dan setakat apa yang dapat dimanafaatkan di peringkat lahiriyyah manusia. Kita jarang bertanya
diri sendiri tentang keyakinan dan citarasa yang sebenarnya mendasari segala tindakan luaran
kita.
Oleh itu masyarakat kita perlu menilik ke dalam diri bagi mengenal dan menentukan
nilai yang selama ini kita hayati. Dan kita perlu bertanya apakah terdapat keselarasan di antara
fahaman kita dantindak-tanduk luaran kita, semada di peringkat individu mahupun masyarakat.
Atau jurang di antara kefahaman serta keyakinan kita dengan amalan semakin meluas, atau kita
kehilangan kompas kehidupan yang sepatutnya memandu kita dalam menjalani aktiviti
kehidupan.
Masyarakat Melayu telah terdedah kepada belbagai arus peradaban di zaman silamnya,
bahkan sehingga kini, masyarakat Melayu masih terdedah kepada unsur-unsur peradaban yang
berbeza. Bagaiamanpun teras utama identiti Melayu, di peringkat individu mahupunbangsanya -
adalah agama Islam. Tidak ada suatu bangsa lain di dunia, hatta bangsa Arab sendiri, yang
faktor penentu sesuatu bangsa itu agama; sebagaaimana bangsa Melayu. Bahasa Melayu
menjadi bahasa Islam bagi rantau kita. 1
1 Dari kertas kami Etika Alam Sekitar Dalam Masyarakat Melayu: Tumpuan Kajian Kandungan Kitab Jawi. 1998
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
20
SIAPA MELAYU
Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (w:1908) telah memperkenalkan bangsa Melayu
dengan menyebut:.
Iaitu himpunan kaum-kaum Melayuwiyah nisbah kepada Melayu dengan kasrah
[baris di bawah bagi huruf] mim atau difathahkan [baris di atas] nya dan
dammah [barisan di depan bagi huruf] ya. Mereka itu adalah suatu kelompok
atau golongan yang besar daripada manusia. Negeri mereka adalah sesubur-
subur negeri di dunia. Ianya terletak di antara negeri Hindi dan China dan
kebanyakan dari kepulauan Waq al-Waq2 .Dan ahli ilmu geografi menganggap
sebahagian negeri-negeri mereka sebagai negeri-negeri Indo-China. Dan
Penduduk Hejaz menamakan mereka dan golongan-golongan selain mereka dari
wilayah itu dengan sebutan ‘jawa’, dan mereka [orang jawa sebenarnya] itu
golongan yang menduduki sebuah pulau besar di sana, dan mereka bukan orang
Melayu. Dan bahasa mereka[Melayu] adalah bahasa yang paling ringan di
kalangan bahasa-bahasa penduduk rantau itu. Maka kerana inilah ianya telah
diguna-pakai kebanyakan ahli Hejaz di dalam muamalat dengan golongan-
golongan yang tersebut itu [walaupun mereka] mempunyai bahasa- bahasa yang
berbeza. Mereka adalah qaum yang bersifat ikhlas, lemah-lembut, lunak,
berperibadi baik. Maka setengah daripada keistimewaan mereka sesungguhnya
tiada terlihat di negeri mereka dan di negeri lainnya seorangpun daripada mereka
menjadi pengemis walaupun mereka bersangatan faqir. Bagi mereka ketertiban di
dalam urusan, kebolehan di dalam pertukangan, menerima pembaharuan di
dalam perusahaan, menerima pelbagai maklumat dan ilmu berserta dengan
terserlah faham mereka di dalamnya. Dan adalah bagi mereka dulunya kerajaan-
kerajaan yang besar kemudian dijajah padanya oleh tangan-tangan kerajaan-
kerajaan kuffar. Semoga Allah memelihara negeri-negeri muslimin daripada
mereka[kuffar itu] 3
Syaikh Ahmad sangat menekankan beberapa nilai positif yang ada pada bangsa Melayu yang
boleh dijadikan antara‘bahan mentah’ bagi mambangunkan bangsa4. Syaikh Ahmad menyebut:
2 Sebahagian pengkaji mengatakan Pulau Waq al-Waq itu adalah Pulau Madagascar, dan ada yang berpendapat ianya
Pulau Sumatra.Ada yang berpendapat kepulaan Mauritius, begitupundi Pulau Madagascar pun memang terdapat
masyarakat daripada rumpun Melayu. Antara lain ianya disebut dalam buku An Arab Philosophy Of History, C.
Issawi . John Murray, London. 1950. Dan juga terdapat perbincangan yang menarik dalam beberapa blog 3 Nailu al-Amani m/s2.Sebuah teks pengajian nahu Arab yang dihasilkan oleh Syaikh Ahmad, masih digunakan
sebagai teks di pengajian pondok. 4 Sikap melihat dan menilai sudut positif bangsa sendiri itu sangat penting dalam membangunkan bangsa tersebut,
sikap yang membawa percambahan dan pertumbuhan kepada nilai-nilai yang sedia ada pada bangsa tersebut.
Bukannya sikap meremeh dan memandang hina kepada bangsa sehingga diselar sebagai bangsa yang hina, haprak
dan dari segi genetiknya lemah. Nilai positif yang ada pada bangsa Melayu ini digambarkan dengan baiknya oleh
Henri Fauconnier dalam novelnya yang memenangi anugerah menangi Prix Concourt pada tahun 1930 dan buku
Ghirah tulisan Hamka.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
21
Alhamdulillah ada maruah pada jenis Melayu terlebih banyak dari setengah-setengah
jenis yang lainnya dengan dalil memuliakan mereka itu akan orang dagang yang baik
yang datang kepada negeri mereka itu istimewa Ahli al-Hijjaz
Dan jika tiada dibalas mereka itu dengan syukur sekalipun dan tiada ada pada mereka itu
banyak tipu daya dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan
meminta bersalahan setengah daripada jenis yang lain 5
Sementara dalam perlembagaan Malaysia artikel 160, Melayu ditakrifkan (sebagaimana yang
diterima pakai dalam masyarakat ketika ianya digubalkan) ialah seorang yang mesti menganut
agama Islam, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan mengamalkan adat budayat Melayu.
BAHAN RUJUKAN
Catitan ini adalah suatu usaha ringan untuk memahami sebahagian daripada isu-isu yang
berkaitan dengan alam sekitar di dalam kitab jawi, iaitu kitab-kitab agama yang ditulis dalam
bahasa Melayu oleh ulama Melayu dan dijadikan rujukan di dalam masyarakat Melayu.
Untuk tujuan perbincangan kertas ini, kitab Jawahiru as- Saniyyah [ الجواهر السنية ] yang
selesai ditulis oleh Shaikh Daud ketika berada di Taif 1252 H dan isi kandungan kitab Minhatu
al-Qarib [ منحة القريب ] bagi Shaikh Abdul Samad bin Soleh al-Kelantani yang masyhur dengan
gelaran Tuan Tabal sebagai tambahan, kitab yang siap ditulisnya pada tahun 1300H dijadikan
sandaran utama. Kitab-kitab selainnya umpama Sabila al-Muhtadin bagi Shaikh Muhammad
Arshad al-Banjari, Bughyatu al-Tullab bagi Shaikh Daud Abdullah al-Fatani, Matla’u al-
Badraini wa Majmu’u al-Bahraini juga dijadikan serandang dalam perbincangan ini.
Alam dan elemennya, serta transaksi kita dengannya dibincangkan dalam kitab
usuluddin, feqh dan akhlaq serta tasauf. Begitupun untuk tujuan perbincangan ini ditumpuan
akan diberi kepada bahagian feqah. Mungkin sedikit sentuhan dari bahagian lain itu sekadar
input maklumat latar.
Dalam perbincangan usuluddin alam dan segala ciri elemen disentuh untuk membezakan
makhluk daripada Khaliq. Alam ini disebut alam kerana ianya merupakan alamat bagi
kewujudan dan kekuasaan Allah.
Di sebut yang elemen alam:
1. Terdiri daripada jisim atau aradh
2. Jisim itu pula terdiri daripada jauhar atau jirim6
3. Jisim mempunyai sifat (I) berat, (ii) size- besar dan kecilnya (iii) mengisi ruang (iv)
tertakluk kepada arah [jihah] dalam tiga dimensi.
5 Faridatu al-Faraid m/s14 6 Higgs boson yang dianggap elementary particle di dalam particle physics
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
22
4. Elemen alam ini berkaitan antara satu sama lain dalam rangkaian dur (cycle) dan tasalsul
(web)
5. Elemen alam terarah untuk mencapai gharadh (tujuan) yang dimaksudkan -terkait
dengan sebab musabab
6. Jisim bersifat semada gerak (harakah) atau diam (sukun)
Semua elemen alam ini bersaling antara ada dan tiada, Allah sentiasa mengadakan elemen-
elemen ini di setiap ketika. Agaknya sama dengan wave theory dalam sains moden.
Dalam membicarakan tentang banyaknya para malaikat, Shaikh Daud al-Fatani menyebut:
(ketahui olehmu) maka bahawasanya malaikat sangat banyaknya kerana bahawasanya
Allah Ta’ala telah menjadi sekelian binatang yang pada bumi sekeliannya satu usyur
[1/10] burung yang ada padanya, dan sekelian barang yang di dalam bumi [daratan]
daripada burung dan lainnya sekeliannya satu usyur daripada barang yang ada
binatang di dalam laut, dan barang yang di dalam darat dan laut satu usyur daripada jin
yang pada bumi, dan sekelian yang demikian yang tersebut itu satu usyur malaikat yang
pada bumi , dan sekelian malaikat yang pada bumi dan segala yang tersebut yang di
dalam daratan dan laut satu usyur malaikat pada langit dunia, dan sekelian malaikat
yang pada langit dunia dan bumi daripada malaikat dan jin dan lainnya satu usyur
malaikat langit yang kedua …….7
Secara umumnya, dalam bahagian usuluddin, alam dan segala elemennya dijadikan objek
tafakkur untuk mengithbatkan wujud Allah serta kekuasaan dan kehebatan-Nya.
SEBUTAN KITAB FEQAH JAWI TENTANG ELEMEN ALAM SEKITAR
Di dalam bahagian feqh, persoalan elemen alam, serta intraksi kita dengan mereka adalah lebih
specific dan berbentuk legal ethics.
Bab feqh dimulai dengan rubu’ ibadah, ibadah pula dimulai dengan kitab ahkamu at-
Taharah. Dan biasanya diakhiri dengan bab ‘aqiqah, diikuti rubu muamalat yang dimulai
dengan hukum jual beli dan diakhiri dengan harta faie dan tawanan. Kemudian rubu
munakahah yang dimulai hukum nikah dan di akhiri dengan belanja sahaya, rubu jinayah
dimulai bab meluka dan membunuh diakhiri dengan mak anak [sahaya perempuan yang
melahirkan anak tuannya]
Kitab ahkam at-Taharah
Bab ini membincangkan perkara yang perlu dilakukan untuk membolehkan sembahyang, seperti
wudu’, mandi, tayammum, menghilang najis.
Medium utama yang digunakan untuk tujuan-tujuan ini ialah air, air dikategorikan
kepada 3 kategori utama:
7 Jawahiru as-Saniyyah :20-21
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
23
1. Air mutlaq - iaitu air yang dari segi hukumnya suci dan menyucikan - terdiri dari 7
sumber air- : (a)air hujan, air salji, air embun yang turun dari langit, (b)air laut, air sungai, air
matair, air telaga yang berada di bumi.
2. Air musta’mal - iaitu air yang dari segi hukumnya suci tetapi tidak menyucikan - iaitu
(a)air yang sudah terpakai untuk mengangkat hadath atau mensuci najis dalam kuantiti yang
kurang daripada 2 kolah. (b) atau air yang suci yang berubah dengan sebab sesuatu yang suci
yang larut ( مخالط ) hingga mengubah daripada nama air mutlaq seperti bercampur dengan
tepung, za’faran, syrup, madu, buahan, bersalahan dengan air yang terendam dengan sesuatu
yang tiada larut ( مجاور )seperti kayu, kapur , kemeyan atau air yang berubah kerana kiambang,
lumut atau bau belerang, atau lama tersimpan, atau berubah bau kerana dijangkiti bau dari
udara- maka semua air ini dihukumkan air mutlaq
3. Air mutanajjis - iaitu air yang terkena najis - sekiranya air atau cecair yang lain (umpama
minyak) itu kurang daripada dua kolah, maka air (atau cecair) tersebut dikira mutanajjis
walaupun tidak berubah, sekiranya air itu melebihi dua kolah dan didatangi najis yang tiada
mengubah langsung rasa, warna dan bau maka air itu dikira mutlaq. Sekiranya dikurangkan air
tersebut tetapi tidak mengurangi daripada dua kolah, atau ditambah air lain kepadanya atau
hilang dengan sendiri perubahan pada rasa, warna dan bau air tersebut -maka air itu dikira air
mutlaq. Tetapi jika ditambah kepada air mutanajjis tersebut seperti kasturi untuk
menghilangkan bau, atau dikeruhkan dengan tanah untuk menghilangkan warna - air itu tetap
najis.
Ada beberapa pengecualian kepada ketetapan tersebut, air yang kurang daripada dua
kolah tidak dikira najis sekira didatangi oleh bangkai yang tiada berdarah, atau ada darah tetapi
tidak mengalir sekiranya kita pisahkan anggotanya waktu ia masih hidup, umpama bangkai
lalat, kumbang, lipas, kala, cicak. Atau percikan air kencing yang halus yang tiada nampak pada
penglihatan orang kebanyakan
Demikian juga dimaafkan asap najis, umpama pembakaran najis, yang terkena kain atau
lainnya. Demikian menanggung seurat dua bulu najis, umpama bulu kucing kecuali bagi
pemiliknya, maka dimaafkan walaupun banyak sekalipun. Demikian juga najis, umpama tahi
tikus, atau tahi burung yang sukar untuk diperlhara daripadanya.
Kulit bangkai haiwan menjadi suci dengan disamak kecuali kulit babi dan anjing atau
keturunan keduanya walaupun mengunakan najis umpama tahi merpati untuk tujuan
menyamak.
Dibincangkan tentang najis atau tidak sesetengah perkara:
(dan demikian) suci anfahah [ انفحه ] iaitu air suci yang di dalam perut anak kambing
yang disusunya jika ada anak kambing itu belum lagi memekan ia akan yang lain
daripada susu danlagi disembelih dan jika tiada yang demikian maka najis (Dan
bersalah-salahan ulama) pada sarang labah-labah dan rumah[sarang] kelulut dan jelemu
ular dan [bisa] kala, kata setengah ulama suci ia, yang mu’tamad pada pada sarang
labah-labah dan rumah kelulut, (maka adapun) bisa ular dan kala maka iaitu najis
[Bughyatu at Tullab ; Jil.1:70]
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
24
Turut disentuh tentang asap yang terhasil dari bahan najis:
(masaalah) asap najis iaitu yang bercerai[terhasil] daripada najis dan menengahi [melalui
pembakaran] api iaitu [hukumnya ] najis, dan stengah daripadanya iaitu bukhur yang
suci dihantar di atas api yang dinyala daripada najis itupun najis jua kerana hancur
tatkala kena api, maka menajis ia akan dia, dan keluar dengan kata asap huap[wap]yang
keluar dan yang naik daripada najis dengan ketiadaan menengahi api- maka iaitu suci ,
dan kata Syaikh Ramli ‘ bermula huap yang keluar daripada jamban itu suci dan
demikian lagi angin yang keluar daripada dubur- hukumnya seperti sedawa kerana
bahawa sanya tiada tahqiq bahawa sanya ain najis tetapi dimaafkan pada sedikit pada
‘uruf daripada asap najis [Bughyatu at Tullab:Jil1:70]
Kemudian dibincangkan berkenaan bejana [mangkuk atau bekas seumpamanya] dan
bersugi. Haram menggunakan bejana emas dan perak, walaupun berukuran kecil seperti celak
mata atau pencungkil gigi atau pengorek telinga. Tetapi dibenarkan sekiranya dengan tujuan
perubatan.
Sunnat bersugi waktu setiap kelakuan dan muaakadnya ketika berwudu dan bagi
sembahyang, sebelum membaca al-Quran dan lain-lain ilmu agama, begitu juga sebelum berzikir
dan ketika berubah bau mulut dan kuning gigi.
Kemudian tentang qada hajat - sunnat memakai alas kaki dan menutup kepala baik
untuk kencing atau berak. Sebaiknya [terasing] jauh dari manusia. Jangan kencing pada air yang
tenang dan juga pada air berlari yang sedikit8, Jangan kencing ke dalam lubang yang dikorek
binatang dan pada rekahan pada bumi,pada air yang tiada deras. Jangan berhadap angin ketika
ia bertiup atau kepada sesuatu yang keras kerana memelihara daripada percikan air kencing.
Jangan pada jalan lalauan manusia, tempat berteduh di musim panas, atau berjemur di musim
sejuk, di bawah pokok buahan walaupun tidak berbuah. Jangan istinja di tempat qada hajat
melainkan pada tempat yang disedikan begitu. Sunnat muaakad dia beristibra’ pada kencing.
Jangan qada hajat dengan menghadap qiblat atau membelakangkannya kecuali ada di depannya
dinding sekurang-kurangnya 2/3 hasta tinggi dan jauhnya daripada dinding itu tidak melebihi 3
hasta.
Antara adabnya juga jangan menghadap matahari dan bulan, dan jangan kencing berdiri.
Haram kencing berak di dalam masjid walaupun di dlam bejana, begitu juga haram di atas
kubur.
8 (Dan sunat) menjauhkan orang yang qada hajat kencing atau gha-it demikian lagi berludah dan berdahak pada air
yang tenang semada sedikit airnya atau banyak - bahkan jika banyak seperti laut atau kolam yang besar tiada makruh
kecuali melainkan malam kerana air pada malam tempat kediaman jin, ini pada air yang mubah atau milik baginya.
(bersalahan) air yang disabilkan dia atau milik bagi yang lainnya dengan ketiadaan diketahui redanya maka haram
jikalau seperti laut sekalipun. (adapun) air yang mengalir maka makruh pada yang sedikit daripadanya, tiada yang
banyak. (Tetapi) yang aulanya menjauhkan dia dan dibahas oleh Imam Nawawi akan haramnya pada air yang
sedikit semada berlari atau tenang kerana bahawa sanya jadi mutanajjis dengan yang tersebut dan diradd-kan dia
bahawa dapat menyucikan dia dengan membanyakkan dan ditanggungkan perkataannnya jika jadi berlumur dengan
najis mak bahawa sanya haram [19 :Matla’ al-Badraini ]
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
25
Wajib istinja apabila keluar sesuatu yang basah dari dua saluran kencing beraknya
walaupun darah atau nanah. Air adalah lebih utama untuk digunakan, atau 3 batu atau sesuatu
yang kasap9. Menghimpunkan basahan dengan perkara kasap dan air itu yang terlebih utama.
Kemudian dibincangkan tentang wudu- diterangkan anggota wudu yang wajib dibasuh.
Kemudian dibincangkan sunnat-sunnat dalam melakukan wudu. Disunnatkan mengurangkan
air dan meluaskan kawasan yang disampaikan air melebihi had anggota yang diwajibkan.
Makruh membasuh anggota wudu lebih daripada tiga kali. Kemudian diikuti perbincangan
tentang mandi.
Disebutkan juga sunnat mandi atau berwudu selepas menanggung atau bersentuh
dengan mayat.
Di dalam bab najasah disebut arak itu adalah najis, iaitu asalnya cecair diperbuat
daripada rendaman buah-buah atau bijirin dan ianya boleh memabukkan. Sedangkan perkara
yang jamid walaupun memabukkan tidaklah najis, umpama kecubung dan ganja. Begitupun ada
arak yang dihormati dalam syara iaitu arak yang digunakan untuk penghasilan cuka atau yang
dimiliki oleh orang bukan Islam. Begitu dengan anjing dan babi serta keturunan salah satu
daripada keduanya. Bangkai iaitu binatang yang tidak disembelih mengikut syara kecuali mayat
manusia, hidupan laut dan belalang. Dikira najis juga darah yang mengalir, nanah, muntah,
kencing, tahi, mazi, danur, air liur basi, air mani anjing dan babi, susu binatang yang tidak halal
di makan10
Terdapat perbincangan dalam bab najis yang menarik di dalam kitab Sabiu al-Muhtadin
tentang madu daripada lebah:
(faedah) bermula madu yang keluar ia daripada waci ( وايى ) [lebah] itu suci ia lagi halal
memakan dia dengan nas, dan ikhtilaf ulama pada menyatakan tempat keluarnya
daripada waci, kata setengah mereka itu keluar madu itu daripada mulut waci, maka
iaitu di-isthisna’kan daripada muntah, dan kata setengah mereka itu keluar ia daripada
duburnya, maka iaitu di-isthisna’ ia daripada tahi, dan kata setengah mereka itu keluar ia
daripada lubang di bawah sayapnya, maka di-istishna’kan daripada najis laban [susu]
haiwan yang tiada dimakan, jika ada ia seperti laban, dan kata setengah mereka itu tiada
diketahui hakikat tempat keluarnya daripada waci, kerana barang yang telah
9 Tidak dapat digunakan sebagai bahan untuk istinja sesuatu yang dihormati seperti makanan anak Adam umpama
roti kering selama tiada dihanguskan dia dan seperti makanan jin umpama tulang dan jikalau dibakar hangus
sekalipun kerana tiada keluar daripada keadaannya makanan jin (adapun) makanan binatang maka harus istinja
dengan dia umpama rumput dan lainnnya [19: Matla’ al- Badraini wa majmu’ al-Bahraini] 10 Di dalam Sabilu al-Muhtadin : Syahdan dimaafkan daripada lumpur jalan raya yang diyakinkan dia kena najis dan
sukar memeliharakan daripadanya pada ghalib dan jika bercampuria dengan najasah mughalazah sekalipun dan
berlain-lainnya yang dimaafkan itu pada masa dan tempatnya daripada kain dan badan, maka dimaafkan pada masa
penghujan barang yang tiada dimaafkan ia pada masa kemarau , dan dimaafkan pada kaki dan kaki baju barang yang
tiada dimaafkan ia pada tangan dan pada tangan baju, dan keluar daripada kata lumpur itu ‘ain najis, maka tiada
dimaafkan daripadanya dan keluar dengan kata yang diyakinkan akan dia kena najis lumpur yang tiada diyakinkan
akan dia kena najis, maka iaitu dihukumkan dengan sucinya dan jika dizankan kena najis sekalipun kerana
mengamalkan dengan asalnya (san dimaafkan) tahi burung di dalam masjid dan jika ia banyak sekalipun kerana
musyaqqah memelihara daripadanya dengan syarat jika ada ia kering lagi tiada sengaja menyentuh ia tetapi tiada
dimaafkan yang demikian itu pada badan dan pakaian atas itlaq pada qaul yang mu’tamad [180 j:1- Sabilu al-
Muhatadin]
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
26
diriwayatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman ‘alaihi as-salam adalah ia menghendaki
mengenal hakikat tempat keluar madu dari waci, maka diperbuatkannya baginya tempat
daripada kaca dan dimasukkan sekelian waci itu ke dalam kaca supaya dilihatnya dan
diketahuinya betapa keluar madu daripada waci, maka tiba-tiba
dilipakan[meliputkan/menutupkan] oleh waci akan sekelian keliling kaca dengan tanah
hingga tiadalah kelihatan barang yang di dalamnya, maka jadi tiada diketahui oleh Nabi
Allah Sulaiman akan hakikat yang demikian itu. [38-39 Sabilu a-Muhtadin]
Begitu juga tentang tentang biji buahan yang ditelan dan diberakkan oleh haiwan
umpama kopi luwak:
(masaalah) jikalau memakan binatang akan biji bijian kemudian maka dimuntahkannya
atau diberakkannya akan dia maka ditilik kepada biji itu, jikalau ia keras sekira-kira jika
ditanam niscaya tumbuhlah ia- maka iaitu suci dengan dibasuh dan halal dimakan dan
jika tiada seperti demikian itu maka iaitu najis [ 35 Sabila al-Muhtadin]
Shaikh Daud al-Fatani di dalam kitabnya Bughyatu at-Tullab [79:J-1] menyebut:
(dan demikian lagi) suci jebat yang diambil dari peluh tenggulung darat [Viverricula
Malacecensis] dan dimaafkan bulunya jika sedikit yang lekat pada jebatnya keira-kira 3
helai atau kurang (dan demikian lagi) suci ulat sutera dan telurnya yang keluar
daripadanya ulat sutera (dan demikian lagi) suci telur madu dan anak-anaknya yang
menetas daripada telurnya seperti ulat yang lainnya jua (kata setengah ulama) Tiap-tiap
haiwan bahawa sanya ada kalanya bertelur dan ada kalanya beranak, maka tiap-tiap
haiwan yang nyata jirim daun telinga seperti manusia dan kuda dan kucing dan barang
sebagainya maka iaitu beranak, dan tiap-tiap haiwan yang tiada jirim daun telinga
seperti hayam dan segaka burung dan lalat dan ibu madu dan barang sebagainya iaitu
bertelur .Dan ibu madu seperti dikata orang yang sudah biasa dengan dia -bertelur tetapi
adalah telurnya seperti melukut kemudian jadi anak tetapi belum bergerak kemudian
bertambah besar maka jadi bergerak kemudian hilang geraknya pula hingga besar dan
keras maka bergeraklah jadi ibu madu. (Dan haram memakan) anak madu itu jika kecil
sekalipun yang belum bergerak tetapi telurnya maka iaitu halal hukumnya, maka adapun
yang dibala’kan pada setengah manusia memakan anak madu itu maka jahilnya dan
salahnya dan wajib diingkarkan dia
Dalam menyucikan najis, ianya di kategorikan kepada tiga kelas:
1. Najis mughalazah: iaitu anjing dan babi serta keturunan salah satu daripada kedua haiwan
ini. Perlu dibasuh dengan tujuh kali basuhan dan salah satu basuhan itu dengan air
tanah, dan sunnah menggunakan air tanah pada basuhan yang pertama.
2. Najis mukhafafah: iaitu air kecing kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah
dan hanya meminum susu ibunya, maka memadai dipercikkan air di kawasan yang
terkena kencing tanpa memerlukan air mengalir
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
27
3. Najis mutawasittah: iaitu selain daripada kedua kategori itu, hendaklah dihilangkan ain
najis serta bau, warna dan rasanya bagi najis yang ada aininya. Sedangkan najis hukmi,
memadailah dengan sekali lalu air. Sekiranya air yang digunakan untuk membasuh najis
itu tiada mempunyai bau, warna dan rasa najis, serta tiada bertambah beratnya selepas
membasuh, maka air itu dikira musta’mal, bukannya air najis.
Makruh melebih-lebih mencucurkan air dalam berwudu’ pada anggota wudu’ jikalau ia
mengambil wudu di tepi sungai sekalipun, tetapi makruh itu pada air yang yang tiada
diwaqafkan (adapun) air yang diwaqafkan akan wudu’ maka haramlah melebih-lebihi
mencucurkan air [83-84: Sabilu al-Muhtadi]
Tayammum pula ialah mengantikan air dengan debu tanah bagi tujuan mengangkat
hadath kecil atau besar dengan sebab ketiadaan air, atau air ada tetapi tidak mencukupi11 atau
mahal harganya, atau sakit yang menghalang penggunaan air.
Kitab as-solah
Dalam kitab as- solah dibincangkan tanda-tanda masuk dan habis waktu bagi setiap sembahyang
lima waktu. Waktu zuhur masuk dengan gelincirnya matahari sehingga bayang sesuatu itu sama
panjangnya dengan sesuatu itu. waktu fadilatnya dari masuk waktu sehingga bayang 1l4
daripada sesuatu, waktu ikhtiyar dari bayang 1/4 sehingga menjadi 1/2 sesuatu, waktu jawaz
dari bayang 1/2 sehingga sama panjangnya. Waktu asar apabila bayang sesuatu itu lebih
panjang dari sesuatu itu - dan waktunya dibahagi kepada empat: waktu fadilat- dari masuk
waktu asar sehingga panjang bayang 1 1/2 seuatu, waktu waktu ikhtiyar- dari 1 1/2 panjang
bayang sehingga 2 kali panjang bayang, waktu jawaz- tiada karahah -daripada 2 kali panjang
bayang sehingga kuning-kuning langit, waktu jawaz serta karahah- dari waktu kuning-kuning
langit sehingga tenggelam matahari. Awal waktu maghrib dari waktu tenggelam matahari
sehingga habis syafaq merah. Awal waktu isya’ ialah habisnya syafaq merah hingga terbit fajar
sodiq. Waktu subuh masuk dengan fajar sodiq, iaitu garisan yang rata di tepi langit sehinggalah
naik matari. Sunnat diakhiri solat zuhur sekira amat panas bagi orang yang mahu sembahyang
berjamaah. Haram sembahyang sunnat yang sebabnya mutaakhir kecuali di Makkah pada waktu
selepas solat subuh sehingga naik matahari sekadar 7 hasta, di waktu rembang-rembang
matahari sehingga gelincir kecuali pada hari jumaat, dan selepas solat asar sehingga jatuh
matahari.
Di antara syarat sembahyang itu ialah masuk waktu, tiada berhadath, suci tubuhnya,
kainnya dan tempat sembahyang daripada najis yang tiada dimaafkan, menghadap qiblat kecuali
di dalam peperangan dan solat sunnat di dalam musafir.12
11 Disebut di dalam kitab feqah, sekiranya kita mempunyai wang tetapi tidak melebihi daripada keperluan kita untuk
kegunaan kita, orang di bawah tanggung-jawab kita, mereka yang bersama kita, haiwan yang dihormati daripada
tunggangan, peliharaan bahkan kepada anjing liar yang tidak menyerang manusia, maka kita wajib bertayammum
apabila wajib sembahyang. 12 Tentang menentukan arah qiblat, Sabila al-Muhtadin menyebut:
(maka) yang maujud daripada kalam segala imam kita syafi’iyyah bahawa dalil yang terlebih kuat dilalah-nya atas
qiblat iaitu bintang qutb [north star] (kata) Shaikh Ibn Hajar di dalam Tuhfah bahawa yang terlebih daif daripada
segala dalil qiblah itu angin dan terlebih kuat daripadanya bintang qutb syimali dan iaitu masyur dan berlain-lainan
dilalah bintang qutb atas qiblah sebab berlain-lainan [kedudukan] negeri, maka negeri Masir hendaklah menjadikan
orang yang sembahyang akan bintang qutb berbetulan dengan belakang tellinga kirinya, dan pada negeri Iraq
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
28
Makruh sembahyang pada tempat penyembelihan, tempat tahi, pada tengah jalan, pada curang
bukit, tempat lalu air, dan sunnat diadakan satrah semada dipacak sesuatu yang melebihi 2/3
hasta, atau hujung sejadahnya atau dibuat garisan.
Ketika bermusafir dengan tujuan yang harus dari segi syara’ serta perjalanannya melebihi
dua marhalah, maka bolehlah diqasarkan sembahyang yang empat rakaat dan dijama’kan zuhur
dan asar, serta maghrib dan isya’.
Sembahyang berjamaah itu sunnat muakkad, dan terafdalnya sembahyang subuh.
Perkara yang dapat diuzurkan sembahyang jumaat dan jamaah antaranya hujan yang
membasahkan kain dan tiada jalan yang teduh dari hujan, sakit atau berada di samping orang
yang hampir mati atau orang yang sakit, atau angin atau ribut yang kuat terutama pada malam,
juga kerana memakan sesuatu yang berbau tidak disenangi umpama bawang putih.
Sembahyang jumaat diwajibkan ke atas lelaki, yang bermukim, sihat tubuh badan dan
tiada mempunyai keuzuran yang lain. Ianya perlu didirikan di dalam negeri atau kota itu sendiri
dan paling kurang didrikan oleh empat puluh oarng yang sempurna. Sunnat yang yang akan
menghadiri jumaat untuk mandi, memakai pakaian berwarna putih, mengerat kuku dan
mengandam misai dan bulu yang lain, memakai bauan.
Di dalam sembahyang-sembahyang sunnat, terdapat sembahyang gerhana matahari dan
gerhana bulan, kaifiat yang akmalnya ialah sembahyang dua rakaat, yang setiap rakaat
mengandungi dua ruku, dan panjang sembahyang itu sepanjang waktu gerhana. Begitu juga
dengan sembahyang kerana gempa bumi atau halilintar yang kuat dan berpanjangan.
Begitu juga sembahyang istisqa’ kerana meminta Allah turunkan hujan ketika kemarau
berpanjangan.
Mereka yang menyertai sembahyang istisqa itu sunnat berpuasa 3 hari, hadir
sembahyang untuk berdembahnyang di lapangan dengan khusyu dan banyak beristighfar,
dibawa bersama orang-orang tua, kanak-kanak dan haiwan ternakan. Sekiranya terdengar petir
sunnat membaca [ سبحان هللا من يسبح الرعد بحمده والمال ئكة من خيفته ], makruh dikatakan turun hujan
kerana jatuh bintang itu dan ini dan sunnat dikatakan turun hujan dengan kurnian Allah,
jangan dipandang mata mengikut panahan kilat
berbetulan bintang itu dengan belakang telinga kanannya dan pada negeri Yaman berbetulan ia dengan hadapannya
yang pihak lambung kiri dan pada negeri syam berbetulan ia pada belakangnya. (syahdan) adalah bintang qutb
syimali itu tiada kelihatan ia pada tiap-tiap negeri yang ada ia pada khatulistiwa dan pada tiap-tiap negeri yang ada
ia pada pihak janub yakni selatan seperti negeri banjar dan negeri Jawah, maka tiada dapat dinegeri itu mengambil
dalil tas qiblah dengan bintang qutb kerana tiada kelihatan ia melainkan dengan wasitah bait al-ibrah yakni pedoman
dan barang sebagainya kerana hujung jarum pedoman yang berhadap kepada pihak utara itu berbetulan dengan
bintang qutb . (dan) kelihatan bintang qutb pada tiap-tiap negeri yang ada ia pada pihak syamal yakni utara seperti
negeri Makkah dan Madinah dan negeri Acheh dan kebanyakan negeri Melayu, dan adalah tinggi bintang itu
daripada tepi langit dengan kadar jauh negeri itu daripada khatulistiwa seperti demikian itu dan tingginya di Madinah
duapuluh empat darjah majburah kerana jauh Madinah dari khatulistiwa seperti demikian itu (maka jika) ada jauh
negeri pada khatulistiwa itu sembilan puluh darjah niscaya adalah tinggi bintang itu sembilan puluh darjah iatu
berbetulan dengan atas kepala isi negeri itu, maka di dalam negeri itu tiada dapat mengambil dalil dengan bintang
qutb kerana tiada baginya dilalah atas qibalah. . …
[188- 189 Sabila al-Muhtadin]
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
29
Bab al-Janaiz- yang membincangakan pengurusan jenayah. Antara lain disebutkan
mengkebumikan mayat itu pada lubang yang kedalamannya paling kurang boleh menegah bau
busuk dan gangguan binatang buas. Sunat dijirus air mengiringi tanam dan diletakkan anakbatu
dan pelepah tamar [atau kelapa] atau pohon selasih, antaranya tujuannya supaya debu tanah
terpelihara daripada ditiup angin dan mengambil sempana akan dia.
Kitab az zakah
Terdapat enam jenis zakat: (1) zakat haiwan ternakan, (2) zakat matawang- emas dan perak (3)
makanan ruji daripada tumbuhan yang mengenyangkan (4) matabenda perniagaan (5) maadin -
galian emas serta perak dan rikaz - harta penemuan (6) zakat fitrah
Zakat haiwan ternakan -melibatkan unta, lembu kerbau, kambing biri-biri.
Memperlihatkan kepada kita pembahagian unta berdasarkan umur dan jantinanya: binti makhad
(anak unta betina yang berumur setahun memasukki dua) ibn labun (anak unta jantan yang dua
berumur dua tahun memasukki tiga), hiqqah (unta betina tiga tahun memasukki empat), jaza’ah
(unta betina empat tahun memasukki lima) dan pembahagian zakat yang agak complicated.
Bagi lembu - tabi’ (anak jantan berumur setahun memasukki dua), musinnah (lembu
betina berumur dua tahun memasukki tiga)
Zakat hasil tumbuhan- zakat diwajibkan ke atas bijiran yang menjadi makanan asasi,
begitu juga buah tamar dan anggur13,zakat diwajibkan apabila bijirin sudah memberat atau buah
tersebut sudah makar, walaupun zakatnya akan dikeluarkan selepas tuaian dan apabila setiap
nau’nya [species] cukup nisabnya sebanyak 5 ausaq atau 300 gantang bijiran yang bersih dari
hampa dan jerami ruman serta buahan yang sudah kering.
Sekira hasil tumbuhan yang dizakatkan itu diairi dengan hujan, air mata, air yang
dimasukkan daripada sungai atau dari punca-punca selain yang tiada memerlukan kepada
belanja- maka zakatnya 1/10 daripada hasil. Dan sekiranya memerlukan belanja untuk
pengairan maka zakatnya 1/20 darihal hasil.
Apabila bijiran sudah memberat, maka qaul yang kuat dalam mazhab kita- haram kita
makan, jual atau tasrifkan dengan cara lain sehingga terlebih dahulu diasingkan bahagian
zakat.14
Zakat Galian emas dan Perak serta Rikaz- disyaratkan mencapai nisab tetapi tidak
haul, serta dikira nisabnya dari hasil daripada kawasan perlombongan yang sama. Zakat bagi
galian emas dan perak yang cukup nisab ialah 2.5%. Bagi zakat rikaz [harta peninggalan zaman
jahiliyyah yang tersembunyi dalam bumi], zakatnya adalah 1/5 dari jumlah penemuan,
sekiranya mencapai nisab.
13 Perbincangan tentang wajib zakat sagu bagi penduduk Nusa Tenggara di Indonesia di mana sagu adalah makanan
rugi mereka. Antaranya ialah Fatwa Habib Abdullah bin Muhammad Soleh az Zawawi (w:1924). 14 Shaikh Daud al-Fatani dalam Tuhfatu ar-Raghibin membawa qaul mazhab Imam Ahmad dan qaul sebahagian
daripada ulama mazhab kita yang membenarkan dimakan bijirin sekadar uruf setempat.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
30
Di antara pihak yang layak menerima zakat [asnaf) ialah faqir dan miskin. Faqir adalah
seseorang yang tiada baginya suami, tiada bapa, tiada nenek, tiada anak dan cucu yang memberi
nafkah yang memadai dan tiada baginya harta dan tiada usaha yang halal yang layak dengan dia
yang memadai hajatnya daripada makanan dan pakaian dan tempat kediaman dan sekelian yang
tidak dapat tiada bagi dirinya dan baki mereka yang wajib atasnya nafqah…… pg114)
Kitabu as-Siyam
Puasa Ramadan menjadi wajib dengan sempurna 30 hari sya’ban atau ikrar seorang yang adil
yang dia melihat anak bulan Ramadan. Puasa mempunyai kewajiban: niat, menahan diri dari
makan dan minum, menahan diri dari jima’ dan mengeluarkan air mani dengan sengaja,
menahan dari dari muntah yang disengaja, tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga tubuh
dari timbul fajar sodiq sehingga terbenam matahari.
Dikecualikan kewajiban berpuasa ke atas orang yang tidak islam, belum baligh, tidak
beraqal, tidak berkuasa, bermusafir, bimbang kesihatan diri atau anak kecil semada dalam
kandungan mahupun yang sudah dilahirkan sekiranya berpuasa.
Sunnat dilewatkan makan sahur dan diawalkan berbuka puasa. Sunnat muakkad
meninggalkan berdusta, mengumpat berkata keji dan berterawih di malam harinya. itikaf di
masjid. Sunnat juga meninggalkan berbekam, mengucap isteri, merasa makanan. Sunnat banyak
membaca al-Quran , berzikir terutama di hari dan malam kesepuluh terakhir Ramadan.15
Kitabu al-Hajji wa al-’Umrah
Diwajibkan keduanya ibadat haji dan umrah ke atas orang islam yang aqil baligh,
berkemampuan dari belanja dan selamat perjalanannya.
Haji mempunyai miqat zamani [masa] dan miqat makani [tempat]. Miqat zamani
bermula syawal sehingga malam kesepuluh dhu al-hijjah. Sementara miqat tempat bergantung
kepada arah mendatangi Makkah.
Di antara perkara yang diharamkan ke atas orang yang berihram semada haji atau
umrah ialah berburu haiwan daratan, sekiranya dibunuh burung kaswari (ostrich)- fidyahnya
seekur unta, sekiranya dibunuh rusa, seladang -fidyahnya satu lembu, kijang -fidyahnya satu
kambing, arnab atau yang seumpama- fidyahnya satu anak kambing berumur setahun, merpati-
fidyahnya kambing. Dan bagi haiwan yang tiada umpama - dinilai harganya dan diberi makanan
untuk disedeqahkan kepada faqir miskin, atau puasa sehari untuk nilaian secupak makanan.
Haram juga orang yang berihram dan tidak berihram mengerat atau mencabut pokok
kayu atau rumput yang ada di tanah haram , sekiranya dikerat pokok yang besar -denda seekor
15 Puasa terutama di bulan Ramadan merupakan latihan untuk menjinakkan jiwa daripada terikut kehendak nafsu,
membersihkan diri dengan mengikatnya kepada kehendak Tuhan, makan ketika diizinkan, berhenti makan minum
dan hubungan kelamin ketika dilarang, menghampirkan diri kepada Allah dengan ibadat sunnat, umpama terawih,
itikaf dan tilawah
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
31
lembu atau tujuh kambing, atau dibayar harga dengan dibeli makanan untuk disedeqahkan
kepada faqir miskin, atau berpuasa sehari untuk nilai secupak.16
Bab as-Saidi wa az-Zibahi
hukum tentang memburu dan menyembelih. Dalam bab ini dibincangkan hukum menyembelih,
haiwan yang disembelih perlu dipotong saluran pernafasan [halkum]dan pemakanannya
[mari]dengan sekali kerat sekiranya berkuasa ketika ada hayat mustaqirrah, yang mana hayat
mustaqirrah itu dikenali dengan ada tiga perkara: melihat dengan ikhtiar, bersuara dengan
ikhtiar dan bergerak dengan ikhtiar dan alamatnya memancar darah ketika disembelih atau
gerak yang kuat mengikuti sembelihan. Sekiranya masih ada hayat mustamirrah, sembelihan
masih boleh dimakan, tanda adanya hayat mustamirrah ialah ada nafasnya.
Sunnat disembelih di pangkal leher bagi haiwan yang panjang lehernya umpama unta
dan di bahagian atas leher bagi haiwan yang pendek lehernya umpama lembu dan kambing.
Serta dihadapkan haiwan itu diatas lambung kiri serta menghadap ke arah qiblat. Sunnat
membaca basmalah. Menggunakan alat sembelihan, umpama pisau yang tajam yang bukan
dibuat daripada bahagian binatang, umpama tulang, gigi atau kuku.
Disebut di dalam Matla’u al-Badrain;
(tanbih) haram ditembakkan perburuan dengan peluru kerana bahawa sanya ia
menghanguskan dan menyegerakan akan matinya pada ghalib dan jika pada binatang
yang besar sekalipun seperti barang yang tersebut di dlam Tuhfah melainkan jika sanagt
mahir yang menembaknya bahawa sanya ia mengenakan umpama sayap burung yang
besar maka melumpuhkan ia jua [87: Matla’u al-Badrain]
Kitab al-At‘imah -
Menyatakaan hukum halal dan haram dari segi makanan. Binatang yang dimakan oleh orang
Arab yang “mempunyai keluasan” [bukan yang terdesak] dan yang mempunyai “tabiat yang
baik” [bukan daripada orang yang makan sebarang yang ada], maka hukumnya halal dimakan
kecuali haiwan yang ditegah syara’ seperti himar dan baghal. Haram memakan daging haiwan
yang mempunyai taring yang digunakan untuk memburu haiwan lain - umpama harimau.
Haram memakan burung yang menggunakan kukunya dalam memburu haiwan lain - umpama
helang, burung hantu. Haram juga memakan merak, burung layang-layang. Haram makan
haiwan yang hidup dua alam, di daratan dan di dalam air.
Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani menyebut dalam Fatawa al-Fataniyyah
tentang haiwan ‘gondang’
Maka jika adalah ia binatang yang dinamakan dia orang Melayu [sebagai] gondang,
maka iaitu setengah daripada binatang yang maklum daripada binatang air dan jikalau
adalah ia kuat bertapanya [bertahan] di atas darat, dan setengah daripada kelakuannya
keluar ia daripada air kepada yang dekat dengan air kerana umpama bertelur sekalipun,
Maka menyebut ulama pada dobit [ ضابط] binatang yang haram dimakan itu bahawa
16 Seakan konsep santuary yang mana dipelihara kehidupan di kawasan yang ditentukan, kawasan tanah haram yang
merupakan tanah yang memberi keamanan bukan sahaja kepada manusia, bahkan haiwan dan tumbuhan.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
32
hidup ia di dalam air dan atas darat dengan bersamaan, maka atas dobit ini hendaklah
dihukumkan dengan halal gondang itu kerana yang maklum daripada kelakuannya
bahawa sanya tiada pandai ia mencari makan di atas darat seperti mencari makan ia di
dlam air atas kelakuan yang bersamaan bahkan tiada mencari makan ia sekali-kali di
atas darat , hanya hidupnya [di atas darat] itu dengan kuat bertapanya sahaja serta ada
basah-basahan dan air di dalam kulitnya itu, dan apabila ditiarap akan dia niscaya lekas
matinya seperti barang yang telah dikhabarkan kepada hamba oleh beberapa orang yang
kepercayaan dan tela memfatwa oleh Shaikh Abdul Hadi al-Abyar al-Misri setengah
daripada ulama yang besar di Masir tatkala hamba angkatkan soal daripada hukum
binatang itu kepadanya dengan halal makannya dan meng‘ilah ia akan halalnya itu
dengan bahawa sanya ia setengah daripada beberapa bagi binatang gewang kerana
kulitnya itu ada padanya bagi menyerupai dengan kulit gewang yang makruf di dalam
laut dan telah mentasrihkan oleh Shaikh Ramli dengan halal binatang gewang itu.
Adapun binatang yang satu lagi yang terlebih kecil daripadanya yang kadar besar-besar
ibu tangan itu yang rupanya dan tabiatnya seperti rupa dan tabiat gondang yang tersebut
itu, maka iaitu lah binatang yang dianamakan dia dalam Bahasa Melayu ‘kecar’ dan
zahirnya pada hamba sekarang ini bahawa sanya ia halal dimakannya seperti gondang
yang tersebut itu…..
[177-178 Fatawa al-Fataniyyah]
Harus dimakan binatang laut tetapi haram binatang dua alam (amphibian):
(syahdan) halal memakan barang yang hidup di dalam laut atau di dalam air yang lain
daripada laut yang tiada hidup di darat melainkan dengan hayat yang mazbuh ia
dengan tiada lama, maka dinamai akan dia ikan jikalau serupa ia dengan binatang yang
haram akan dia sekalipun seperti rupa anjing dan babi dan barang sebagainya [259-260
Sirat al-Mustaqim]
Kitab Ahkami al-Buyu’-
Jual beli itu dikategorikan kepada tiga (1) menjual sesuatu ‘ain yang dilihat, hukumnya harus
yakni sah. (2) menjualkan sesuatu dengan disifatkan diri perkara tersebut, serta dapat dihasilkan
perkara tersebut- dikira sah jika dipenuhi syaratnya (3) menjual sesuatu yang tiada di tempat
jual-beli yang tiada memenuhi syaratnya- dikira tiada sah jual belinya.
Di syaratkan juga perkara yang dijual-beli itu suci atau yang dapat disucikan, maka tiada
sah jual beli gading gajah, sumbu badak , tiada sah berjual-beli binatang melata umpama ular
atau kala17. Sah pula jual beli gajah kerana kita dapat gunakan di dalam perang atau mengangkat
17 Di dalam Matla’ [m/s:93-94]:
“Maka tiada sah menjual segala binatang yang melata pada bumi seperti ular dan kala dan kabur kerana tiada
manafaat yang muqabalah akan dia dengan harta, dan tiada dii’tibarkan segala manafaat yang disebutkan dia pada
khasiatnya, dan di istisnakan umpama yarbu’ dan dob dan lebah ulat suteradan lintah kerana menghisap darah dan
fa’rah al-misk kerana sucinya pada qaul yang asoh, dan sah menjual beli tembakau kerana sucinya dan lagi dapat
mengambil manafaat dengan dia iaitu dipanaskan air dengan dia. Dan umpama seperti [perkara-perkara] dibuat
bertaruh [berjudi] ini jika kita kata haram isti’mal-nya, dan jika kita kata dengan harusnya maka bahawa sanya adalah
ia dapat mengambil manafaat dengan dia iaitu dihisapkan dia kerana tembakau itu daripada sesuatu yang mubah dan
tiada dalil atas haramnya , maka isti’mal akna dia itu mengambil manafaat dengan dia pada wajah yang harus. (Dan
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
33
barangan, begitu juga kera untuk boleh dilatih memetik buahan, atau burung bayam yang cantik
sebagai hiburan18. Syarat sah jual beli itu termasuk pihak menjual berkuasa untuk menyerahkan
perkara yang dibeli, dan pihak pembeli berkuasa pula untuk menyerahkan bayaran kepada
penjual.
Di dalam kitab Matla’ al-Badrain [m/s:93] di sebut:
Hendaklah ada suci ‘ainnya atau mutanajjis yang dapat disucikan dia dengan
dibasuhnya, maka tiada sah menjual sesuatu yang najis seperti anjing dan khamar dan
gading gajah dan sumbu badak dan lainnya daripada segala yang najis ‘ainnya dan jika
dapat disucikan dia dengan berubah sekalipun seperti khamar dan kulit bangkai, (dan
tiada sah) jual mutanajjis yang tiada dapat disucikan dia lagi asing dengan sendirinya
seperti cuka dan laban dan tiap-tiap sesuatu yang cair yang mutanajjis, demikian minyak
yang mutanajjis - tiada sah dijualkan dia kerana tiada dapat disucikan dia pada qaul
yang rajihnya dan tiada sah dijual air yang mutanajjis jikalau dapat disucikan dia
dengan dibanyakkan dia pada yang sedikitnya dan dengan hilang berubahnya pada yang
banyak sekalipun, adapun yang tiada asing dengan sendirinya seperti bumi yang dibina
akan dia dengan bina yang tercampur dengan tahi dan rumah yang dibinakan dengan
najis dan sahaya yang padanya wisyam [tatoo] yakni yang dicucukkn dengan jarum dan
dihitamkan dia sah dijualkan sekeliannya kerana najis itu mengikut bagi yang lainnya
serta menyeru hajat [ada desakan keperluan] kepada yang tersebut - maka aqad atas yang
sucinya dan masuk najis itu atas jalan mengikut dengan dipindahkan tangan [pindah
hak milik] jua. Dan jika bersedeqah atau dihibbah dengan matabenda najis -sah
segala yang tersebut atas jalan memindahkan tangan [pindah hak milik] tiada atas jalan
memiliki akan dia [dengan berjual-beli]
Tuan Tabal membuat tambahan dalam bab ini:
Ini suatu faedah bermula yang terafdal segala usaha itu berhuma [tanaman kontang] atau
buat bendang kemudian maka bekerja kepandaian seperti menjahit dan bekerja membuat
rumah dan lainnya, kemudian maka berniaga, tetapi kata beberapa ulama berniaga
[itu] terlebih afdal jika sunyi ia daripada tipu daya dan khianat, kerana warid
daripada hadith bahawasanya orang berniaga yang kepercayaan yang benar ia itu serta
segala anbiya dan siddiqin dan segala orang yang mati syahid dan daripada hadith pula
barang siapa berniaga pada suatu perkara maka tiada laba padanya maka hendaklah ia
berpindah daripadanya kepada yang lainnya.(Dan kata Imam al-Ghazali) sayugia maka
orang yang bekerja dan yang berniaga bahawa diqasadkan mendiri fardu kifayah kerana
tiada sah) menjual binatang buas seperti segala bagai harimau yang tiada manafaat dengan dia umpama bauat
berburu atau menunggu [menjaga] dan sah yang ada manafaatnya seperti dubag’ kerana dimakan dia dan fahd kerana
berburu dengan dia dan gajah berkenderakan dia dan buat berperang dengan dia dan keran kerana suruh menunggu
dan ‘indalib kerana berjinak-jinak dengan suaranya dan burung merak berjinak-jinak dengan warnanya dan kucing
negeri kerana menolak dengan dia umpama tikus yang sudah diajar akan dia , adapun kucing hutan maka tiada sah
dijualnya melainkan yang ada padanya manafaat seperti musang yang diambil akan zubab-nya, demikianlah tersebut
di dalam Tuhfah ” 18 Tuan Tabal menyebut tentang haram berjual beli najis: (tetapi tersebut) di dalam Hasyiyah Ibrahim al-Bajuri harus
memindahkan tangan daripada najis dengan dirham yakni harga semada daripada dirham atau lainnya (dan bermula)
jalannya itu bahawa berkata empunyanya “aku menggugurkan hak aku daripada ini dengan bahagian-bahagian”
maka jawab orang yang menerimanya “aku terimalah”.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
34
sekelian pekerjaan maka ditinggalkan ia niscaya binasa kehidupan dan binasa sekelian
makhluk dan lagi lagi tersebut di dalam hadith: “tiada makan seseorang akan makanan
sekali-kali terlebih baik daripada bahawa makan ia daripada pekerjaan tangannya.
(Dan) kata Imam Nawawi di dalam kitab : “tiada haram berjual beli atau mengambil
upah dengan orang kebanyakan hartanya haram dan tiada haram pulamakan
daripadanya dan ingkar ia akan perkataan Imam al-Ghazali yang mengharamkan ia
akan yang demikian itu tetapi diikut akan dia oleh Imam an-Nawawi pada syarah
Muslim (dan jikalau) umumlah haram pada segala bumi maka harus di isti’mal
daripadanya kadar hajat jua , tiada harus lebih daripada itu19
Shaikh Muhammad Arshad al-Banjari menyebut perkara yang lebih kurang sama dalam
kitabnya Sabila20
Bab arRiba -
Dilarang berjual beli beberapa matabenda dengan matabenda yang sama, umpama emas dengan
emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam
kecuali dengan tiga syarat:
(1) Bersama timbangan atau sukatan bagi mata benda yang serupa
(2) jualabeli secara tunai
(3) menerima harga dan barangan sebelum bercerai antara pembeli dan penjual.
Jikalau barang jualan dan matabenda pertukarannya daripada jenis yang berbeza - maka
syaratnya yang tadi itu tiada, umpama perak dengan beras, tamar dengan garam, garam dengan
emas, perak dengan emas. Begitu juga dengan air perahan anggur atau cuka anggur dengan
anggur. Begitupun tiada sah berjual beli daging dengan haiwan.
Haram juga memisahkan anak dengan ibu sebelum anaknya mumayiz semada jual-beli,
dihibbah, digadai- dan makruh selepas anaknya mumayiz sebelum balighnya. Begitu juga
makruh memisahkan haiwan daripada anaknya yang menyusu walaupun anaknya sudah dapat
memakan makanan lain atau menyusu susu yang lain, dan haram memisahkan sekiranya
anaknya hanya meminum susu ibunya. Tiada sah jual-beli anak haiwan di dalam kandungan,
kecuali anak dalam kandungan itu dikira sebagai sebahagian daripada ibunya.
Haram orang bandar [orang negeri] memperdaya orang desa [orang dusun] daripada
menjual sendiri barangan mereka dengan membeli barangan tersebut dengan harga yang di
bawah harga pasaran sebelum dia sampai ke tempat jualan dan tidak mengetahui harga pasaran.
19 Mukasurat 101 Minhah al-Qarib. 20 “(Syahdan) sunnat bagi manusia bahawa berusaha pada menghasilkan nafkah dan belanja dirinya dan isi rumahnya
barang sedapatnya, maka jika lemah ia daripadanya maka hendaklah dihasilkannya nafkah dan belanja dirinya jua
(dan tiada haram) berjual beli dengan orang kebanyakan daripada hartanya haram dan tiada haram memakan
daripada hartanya. (Bermula) usaha yang terafdal itu berhuma kerana bahawa sanya manafaatnya itu terlebih umum
dan yang mengerjakan dia terlebih hampir kepada tawakkal dan terlebih sejahtera daripada perdaya dan khianah. Dan
yang mengiringi berhuma itu berusaha dengan kepandaian dirinya seperti menjahit atau menyurat atau bertukang
atau barang sebagainya kerana bahawa sanya pada demikian itu lelah menuntut yang halal terbanyak dan
mengiringinya berniaga”. [262 Sabila al-Muhtadin]
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
35
Haram juga membatalkan persetujuan jualbeli yang telah ditetapkan atau sengaja menaikkan
harga barangan yang tidak pun dibelinya. Haram menjual anggur kepada pembuat arak, taji
ayam bagi orang yang menyabung, menjual hamba lelaki yang tampan kepada peliwat, menjual
apiun kepada pemadat, kerana ianya usaha menolong berbuat maksiat.
Faslu fi al-Khiyar -
Khiyar majlis harus untuk selama tiga hari tiga malam untuk memilih semada untuk sepakat
berjual beli selama belum berpisah. Khiyar syarat pula mengambil kira terdapat aib pada barang
jualan bagi sipembeli atau bayaran untuk harganya oleh sipenjual.
Setengah daripada aib itu umpama memerahkan muka, mengerintingkan rambut, atau
akhlaqnya yang buruk bagi sahaya perempuan, atau disangkanya haiwan jantan bagi haiwan
yang dikhasi atau bengkeng, atau buahan yang rosak di dalamnya - maka jika ingin dibatalkan
jual-belinya -hendaklah diserahkan kepada penjual seberapa segera yang dapat. Maka ketika itu
jangan digunapakai barangan yang telah mempunyai aib itu setelah mahu mengkembalikan
barangan kepada sipenjual.
Qabad [penyerahan dan bertukar milik barangan jualan] dengan menyerah barangan atau
untuk sebahagian barangan -diserah kuncinya [atau sekarang ini geran] umpama bagi rumah,
kapal atau kebun. Sebelum qabad perlulah dikira jumlah, atau disukat, atau ditimbang atau
diukur size barangan yang dijual-beli itu.
Bab Bay’ie al-Usuli wa ath-Thimar -
Umpama yang dikatakan usul itu adalah jual-beli tanah atau pokok bagi pohon yang berbuah:
tanah itu dikira usul, yang dikira furu’ adalah halamannnya, binaan di atasnya, pagarnya,
tanamannya kecuali diadakan syarat pengecualian atau bagi tanaman semusim. Dan bagi jualan
binatang, furunya termasuk besi bagi kasutnya
Faslu fi Bayani Hukmi Bay’ie at-Tamri wa az-Zar’ie wa Buduwwi Solahihi-
Yang membicarakan hukum jual-beli buah kayu, perhumaan [bendang yang ada tanaman
buahan atau bijirin] dan buahan yang nyata masak mekar buahnya.
Harus dijualbeli buah-buahan yang sudah masak mekar [belum ranum] semada tanpa
syarat atau bersyarat dikerat, atau gugur dari pokoknya. Dan sekiranya buahnya belum masak
mekar- hendaklah disyaratkan dikerat [dipetik. Begitu juga harus dijual bendang dengan tanpa
syarat atau bersyarat dituai, hendaklah buah itu nyata masak mekar- sampai sebahagian
buahnya kepada peringkat makar yang dikehendaki, dengan melihat alamat umpama bertukar
warna kepada warna merah atau hitam atau kuning, keras bijinya bagi gandum dan padi, berair
bagi timun. Wajib atas penjual untuk menjirus tanaman itu selama ada buah yang akan dituai.
Dan hendaklah diperhalusi sekiranya bagi pokok yang berbuah berperingkat-peringkat,
umpamanya dengan mensyaratkan apa yang boleh dituai -dan tinggalkan yang masih muda.
Tiada sah menjual haiwan yang mengandung tanpa menjual anak dalam kandungannya,
atau sebaliknya. Sekiranya dijual padi yang sudah keras bijinya dipohonnya, hendaklah
dikecualikan bahagian zakatnya daripada dijual, zakat itu wajib ke atas pemilik yang menanam
padi.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
36
Tiada sah menjual buahan yang terselindung dengan kulit yang tiada lagi diperlulan bagi
kelangsungan buah itu seperti, tiada sah dijual gandum yang masih berkulit, berbeza daripada
padi. Seperti tiada sah menjual kelapa yang masih berkulit semada yang di atas pokok mahupun
yang telah gugur, begitupun ada qaul yang disebut dalam kitab Minhaj yang mengatakan sah
jual-beli tersebut. [minhatu al-Qarib- 112]
Kitabu ar-Rahnu -
Antara syarat sah pada barangan yang digadai itu ada ‘ainnya yang sah dijual-beli, tiada sah
digadaikan hutang, atau manafaat umpama persetujuan menduduki rumah, sah digadaikan ain
yang dikongsi dan ain yang dipinjam. Begitu juga anak tanpa ibu atau sebaliknya, sekiranya
gadaian tidak dapat ditebus, maka anak dan ibu itu hendaklah dijualkan bersekali - lebihan harga
jualan daripada jumlah hutang dipulangkan kepada pengadai.
Harus bagi orang yang mengadai mengambil manafaat daripada ‘ain yang digadainya
kecuali yang dapat mengurangkan harga nilai ain tersebut - umpama dia menyuruh hambanya
yang sudah digadai, bercucuk tanam di tanahnya, menunggang kenderaan , atau duduk di
rumah yang sudah digadai.
Adapun yang memegang gadaian haram dia mengambil manafaat dari ain yang digadai
kepadanya, sekiranya dia bersetubuh dengan hamba yang digadai - dikira zina yang diwajibkan
hukum had.
Kitabu as-Sulhi -
Disebut dalam bab ini hukum yang berkaitan dengan jalan awam yang luas - haram berbuat
binaan, bertani, tempat duduk yang akan menyebabkan jalan itu menjadi sempit dan
memudaratkan pengguna. Begitu juga haram membina/ mengeluar beranda [rausyan] yang
menyuntukkan pengguna jalan tersebut baik yang bejunjung atau daripada haiwan yang
membawa muatan. Begitu juga tiada harus diadakan pintu atau jendela pada tingkat atas yang
menghadap jalan yang mati [jalan persendirian] yang mengganggu privasi ahlinya kecuali
dengan persetujuan mereka tidak pada tingkat bawah bangunan. Tiada harus bagi mereka yang
berkongsi benteng pagar yang sama untuk melakukan apa yang dapat memberi mudarat kepada
fungsi benteng pagar itu kecuali dengan persetujuan yang terlibat - dan harus mengerjakan apa
yang tiada memberi mudarat umpama menyandar kayu [atau membuat mural] yang tiada
memberi mudarat. Sekiranya benteng pagar itu tertentu untuk seseorang, maka orang lainnya
tiada harus mengerjakan sesuatu ke atas benteng pagar itu kecuali dengan reda tuannya - hal ini
mungkin terkjadi pada jalan bagi laluan yang dipinjam atau disewa bagi tempuh masa yang
tertentu.
Kitabu al-’Ariyyah -
Antara disyaratkan pada barangan yang dipinjamkan itu adalah perkara yang boleh diambil
manafaatnya dari segi syara’ - tiada harus meminjam umpama himar yang lesu kerana tiada
dapat ditunggang, atu alat-alat permainan yang haram. Serta kekal ‘ainnya - tiada sah meminjam
makanan untuk dimakan, lilin untuk dipasang, dakwat untuk menulis
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
37
Harus bagi orang yang meminjam mengambil manafaat dengan perkara yang dipinjamkan
sebagaimana yang diizinkan atau yang seumpama atau yang kurang mudaratnya. Umpama
dipinjamkan tanah untuk bertanam gandum, maka sah bertanam sya’ir [barley] dan tidak
sebaliknya, atau dipinjamlan untuk bertanam jagung, maka sah bertanam jagung dan tidak
sebaliknya.
Jika dipinjamkan tanah untuk binaan - serta disyaratkan diruntuhkan ketika
mengembalikan pinjaman itu- maka perlu diruntuhkan oleh yang meminjam, atau pemberi
pinjam membayar harga binaan kepada peminjam, atau dibayar harga pada kadar harga binaan
dan belanja mencabut/meruntuh binaan. Atau dituntut sewa bumi dari yang asalnya meminjam.
Kedua pihak yang memberi pinjam dan peminjam mempunyai hak untuk memasukki tanah
tersebut dan mengambil manafaat atas kadar dan aspek masing-masing.
Sah dipinjamkan kambing untuk mendapatkan susunya, atau dipinjamkan pokok kayu
untuk mendapat buahnya.
Sekiranya pemberi pinjaman mahu semula tanah yang dipinjamkan, sedangkan terdapat
tanaman yang semusim yang belum dituai - maka ditangguhkan penyerahan sehingga tanaman
itu dituai - sekiranya tiada taksir pihak peminjam. Sekiranya kelewatan tuaian kerana taksir
peminjam- maka dicabut tanaman tersebut.
Kitabu al-Ghasbi -
Ianya tentang hukuman merampas hak orang lain secara tidak benar, termasuklah menunggang
haiwan milik orang lain, bahkan duduk di atas hamparan orang lain secara paksa. Wajib orang
yang merampas mengkembalikan apa yang dirampas dan dibayar ganti rugi kepada kerosakan
atau kerugian pemilik. Jangan ditumpahkan arak kafir zimmi sekiranya dia tidak menzahirkan
minumnya, dan wajib dikembalikan arak yang dirampas dari mereka.
Jika merampas gandum dan dikisar, wajib pulangkan kepada pemilik tanpa apa-apa
bahagian untuk perampas. Dan jika perbuatannya menyebabkan harga gandum itu berkurangan,
hendaklah dia bayar yang terkurang itu. Sekiranya dirampas kain dan dicelup warna, sekiranya
dapat dihilangkan celupannya -wajib dihilangkan warna celupan supaya seperti asalnya dan
dikembalikan kepada pemiliknya, jika jadi kurang harganya - hendaklah dia bayar yang
terkurang itu. Sekiranya dengan celupan itu harganya menjadi lebih mahal, maka lebihan harga
itu dibahagi antara yang merampas dan pemiliknya.
Sekiranya gandum yang dirampas itu dicampur dengan gandum yang lain, jika dapat
diasingkan gandum asal dan gandum yang dicampur- maka hendaklah diasingkan. Sekiranya
campuran itu tiada dapat diasingkan dan gandum yang dicampur itu lebih baik, harus
dikembalikan kepada pemilik, sekiranya gandum itu kurang baik, maka dibayar harganya
kepada pemilik.
Jika dirampas kepingan kayu- digunakan pada binaan atau peralatan, umpama membuat
lunas perahu, jika masih eluk- maka hendaklah dikeluarkan serta dipulangkan serta dibayar
harga yang kurang. Sekiranya sudah rosak maka dibayar harga kepada pemiliknya.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
38
Bab al-Musaqah -
Hukum berkaitan mengairi pertanian, umpama tamar dan anggur. Aqad nya hendaklah specific
tentang pengairan kebun - mempunyai tempuh masa: umpama sehingga berbuah pokok itu pada
ghalibnya, serta diketahui kadar upahnya. Bidang tugas itu mengikut ghalib/ ‘uruf amalan
setempat; umpama kerja-kerja yang membantu pokok berbuah dan menyuburkannya umpama
membersih saliran air, dan tembuk saliran mengkahwinkan debu bunga jantan kepada bunga
betina, membuat para bagi pokok yang menjalar. Sedangkan membaiki-pulih elemen kekal
umpama pagar atau saliran adalah tanggung-jawab pemilik. Upahnya kerja pengairan ini
dimabil dari bahagian hasil buah apabila dituai.
Dalam qaul yang rajih, amalan mukhabirah [ مخابرة ] dan muzara’ah [ مزارعة] , iaitu
pawah semada benih itu daripada pekerja dan hasilnya dibahagi dua, atau benihnya dari pemilik
tanah tiada harus kecuali keduanya -mukhabirah dan muzara’ah itu mengikuti bagi aqad
musaqah. Begitupun Imam an Nawawi memilihkan qaul yang mebolehkan. Dan berkata Imam
Sulaiman al-Bujairimi di dalam Hasyiyah-nya pandangan yang amalan kedua ini harus itulah
yang sayugiakan difatwa sekarang ini kerana meraikan ahli zaman ini. [136: minhatu al-Qarib]
Begitupun sekiranya memilih untuk beramal engan qaul yang rajih dalam mazhab, maka
helah untuk membolehkan muzra’ah itu ialah pemilik mengupah pekerja dengan setengah
daripada benih dan setengah manafaat tanahnya, seperti dipinjamkan setengah tanahnya kepada
pekerja untuk ditanam. Kerana hasil buah itu bagi pemilik benih, danyang bekerja hendaklah
dibayar upahnya.
Kitabu al-Ijarah -
Membincangkan hukum berkaitan sewaan. Sewaan mempunyai dua bahagian: (1)sewa ‘ain -
sewaan bagi sesuatu yang tertentu bagi tempuh masa yang tertentu (2) sewa zimmah [service]-
sewaan bagi menghasilkan sesuatu maksud - tanpa tertentu kepada sesuatu atau seseorang secara
khusus. Hendaklah tahu jenis, kadar yang disewakan dan sifatnya serta berkemampuan untuk
menyerah sewaan dan kekal ‘ainnya. Tiada sah sewa sekiranya syarat sewaan separuh daripada
hasil, umpama mengisar gandum. Atau sewa rumah dengan kadar belanja membaiki rumah,
sewa binatang deangan memberi makanan kepada binatang tersebut.
Tiada sah sewa sewa lilin atau gaharu untuk dibakar, dinar dirham walaupun untuk
perhiasaan kerana itu bukan tujuan keduanya, sewa anjing untuk memburu sekalipun, atau yang
tidak dapat mencapai matlamat seperti sewa orang buta untuk mmerhati sesuatu, sewa hamba
yang hilang, sewa tanah pertanian yang tiada air, atau sewa perempuan yang haidh untuk
membersih masjid, atau menyewa seseorang untuk melaksanakan ibadat wajib bagi pihak orang
yang menyewa.
Jika binasa haiwan yang disewa atau roboh rumah yang disewa pada tengah tahun, dan
pemiliknya tiada membaiki - maka sewaan itu dikira faskhah.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
39
Kitabu Ihya’i al-Mawat -
Sunnat bagi yang berkuasa untuk menghidupkan bumi yang mati21 - tidak dapat menampung
kehidupan tumbuhan mahupun haiwan di bumi negri Islam hatta di Tanah haram sekalipun
kecuali di Arafah, Muzalifah, Mina. Sekiranya di negeri orang kafir, jadi milik orang kafir
sekiranya dia yang hidupkan, dan milikorang Islam sekiranya dia yang hidupkan kecuali
sekiranya ada persefahaman bahawa kawasan tersebut hanya untuk mereka. Sekiranya
dahulunya kawasan tersebut pernah dihidupkan oleh orang jahiliyyah, yang kemudiannya
menjadi tanah mati- maka sekiranya dihidupkan oleh orang Islam, maka ianya menjadi
miliknya, jika diketahui pemilik asalnya maka dikembalikan, jika tiada diketahui pemiliknya
maka diserahkan kepada pemerentah untuk membuat keputusan.22
Kawasan harim [public parks] tidak dapat dimiliki oleh perseorangan- iaitu kawasan
tanah lapang yang diambil manafaat oleh orang awam umpama tempat perhimpunan duduk
manusia, tempat buang sampah, tempat berjemur di musim sejuk, tempat berteduh di musim
panas, bahkan di sekeliling telaga awam itu ada kawasan harimnya- yakni kawasan di sekeliling
telaga yang perlu untuk mengarai dan mencebuk air serta tempat haiwan berjalanuntukmenarik
timbanya. Jika air itu dari umpama paya, maka harim itu kawasan di sekitar yang membolehkan
air paya itu tiada kering.
Jika kawasan kontang itu dihidupkan secara beramai-ramai, maka masing-masing
mendapat bahagian tanah mengikut kadar di dalam uruf setempat. Sekiranya dilebihkan
kawasannya daripada uruf setempat sehingga menyebabkan kerosakan kepada binaan rakan
sebelahnya, wajib atasnya ganti-rugi berdasarkan kawasan yang dia melampaui dari ghalib
setempat itu, atau dia meletupkan ledakan yang merosakkan binaan atau usaha orang lain, atau
dia menahan air dari memasukki kebunnnya sehingga rosaknya binaan dan usahan rakannya
yang bersebelahan - dia perlu membayar ganti-rugi.
Kawasan yang dihidupkan untuk pembinaan rumah hendaklah dipagar atau ditandai
sempadannya, jika untuk kandang haiwan, hendaklah dipagar kelilingnya dan didirikan pintu
masuknya. Jika untuk bendang dibuat batasanya dan disediakan tempat lalu air dan diratakan
tanahnya sekiranya memerlukan air selain daripada air hujan. Dan sekiranya hendak dibuat
kebun dibuat sempadannya dan pohon pada sebahagiannya.
Orang yang awal menghidupkan sesuatu bumi itu berhak untuk memiliki bumi, atau
bumi yang dianugerahi oleh pemerentah - maka bumi tersebut tertentu baginya dan tiada harus
bagi orang lain menerokai bumi tersebut. Sekiranya ditinggalkan bumi tersebut untuk masa yang
21 Di dalam Matla’ [m/s:124]:
Dan hadith “barang siapa menghidupkan bumi yang mati baginya pada menghidupkan dia pahala dan barang yang dimakan
oleh yang menuntuti rezki daripadanya”- maka adalah ia baginya sedeqah” riwayat akan dia oleh Nasai dan lainnya, dan
mensahihkan dia Ibn Hibban. Dana dikehendaki “dengan yang menuntut rezki itu’ iaitu manusia dan binatang dan
burung. 22 Contoh Ihya al-mawat sangat jelas umpamanya adalah yang diusahakan di Uzbekistan. Kawasan gurun yang
gersang pada awalnya ditenggelamkan dengan air hasil cairan salji, kemudian akan ditanam tanaman melon untuk
empat atau lima musim, kerana tanaman melon dapat tumbuh di tanah yang mempunyai kadar kemanisan yang agak
tinggi, kemudian akan ditanam dengan padi untuk empat hingga lima musim pula, ini juga untuk memulihkan kadar
kemananisan tanah, hanya kemudiannya barulah ditanam dengan tanaman lain umpama apple, pear,cherry, delima
dan lain-lainnya.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
40
lama tanpa uzur, maka pihak pemerentah mempunyai hak untuk memberi kata dua. Sekiranya
dia minta tangguh, hendaklah diberi tanggung bagi tempuh yang tertentu sebelum pihak
pemerentah membatalkan hak miliknya. Pihak pemerentah juga mempunyai hak untuk
menegahkan bahagian-bahagian tertentu daripada diterokai kerana kawasan tersebut akan
digunakan untuk pusat himpunan haiwan jizyah atau zakat dan lainnya, atau akan dibina
sesuatu di atasnya.
Tiada sesiapapun dapat menahan seseorang daripada menggunakan jalanraya, atau
duduk padanya atau berjual sekiranya tidak mengganggu penggunaan jalan tersebut. Begitu juga
harus bagi seseorang yang melazimi sesuatu tempat awam menandai tempat duduknya, yang
datang awal akan didahulukan untuk memilih tempat. Tiada harus orang lain memindahkan
seseorang dari tempat duduknya di tempat awam, bahkan di masjid, tempat mengajar dan
belajar, saf sembahyang selagi dia berada di situ [kecuali memang terdapat peraturan dan
susunan yang telah ditentukan]
Pengeluaran galian itu adakalanya (1) tidak memerlukan usaha yang banyak, umpama
minyak tanah [agaknya bitumen], batu batan atau galian [felsphar, barite, tanah liat ] yang
berada di atas permukaan atau perhampiran dengan permukaan bumi , dan (2) ada galian yang
memerlukan usaha dan kepakaran untuk mendapatnya seperti emas, perak, tembaga, timah,
besi dan lainnya.
Di dalam Matla’ [m/s:127]:
“(dan barang siapa) menghidupkan bumi yang mati kemudian maka nyata padanya
salah suatu daripada ma’adin yang zahir dan[atau] yang batin -jadi miliknya, kerana ia
daripada suku-suku [ sebahagian] bumi dan sanya telah ia memilik akan buminya dengan
dihidupkan dia, dan keluar dengan nyatanya [atau katanya?] barang yang apabila
diketahui akan dia dahulu daripada dihidupkan buminya, maka sanya memilik ia akan
ma’adin yang batin , tiada yang zahirnya seperti barang yang dirajih oleh Ibn Rif’ah
dan lainnya. Adapun tempat keduanya maka tiada jadi milik dengan dihidupkan serta
diketahui dengan keduanya kerana fasad qasadnya kerana galian itu tiada dijadikan
rumah dan kebun dan bendang atau umpamanya”
Galian yang tidak memerlukan usaha yang banyak dan diketahui umum mahupun
galian yang memerlukan usaha dan kepakaran tiada menjadi milik kepada yang
mengusahakannya kerana ianya suatu usaha yang tidak menghidupkan tanah yang mati -kerana
menghidupkan itu bermaksud membaikkan- sedangkan usaha perlombongan itu membinasakan
bumi- ianya tidak dapat dijadikan milik perseorangan tetapi bersekutu semua muslimin pada
haknya umpama pada padang ragut dan mataair yang keluar daripada bukit. Sekiranya banyak
yang datang, maka didahului yang dahulu, jika bersamaan maka dibuang undi, diberi kadar
hajat dan kemampuan masing-masing.
Adapun air yang mubah umpama air sungai, atau air yang melimpah atau mataair yang
kelaur daripada bukit - semua mempunyai hak yang sama. Sekiranya terdapat keperluan untuk
air dari sumber itu, maka didahulukan kepada yang paling hampir kepada sumber air,
diladungkan air sehingga paras dua tumit, kemudian dilepaskan kepada yang berikutnya
sehingga masing-masing yang berkehendak itu mendapat bahagian selagi tersisa air tersebut,
serta diasingkan tanah yang tinggi daripada tanah yang rendah dalam pembahagian air.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
41
Sekiranya seseorang itu menggali telaga pada bumi yang mati supaya memudahkan
orang yang lalu lalang, yang menggali itu mempunyai keutamaan ke atas orang lain dari segi
penggunaan air tersebut selagi dia tinggal di situ, sekiranya ditinggal tempat itu dan
kemudiannya dia kembali, maka haknya sama dengan orang lain. Sekiranya digali telaga di
bumi yang mati untuk dimilikinya atau digali di dlam tanah miliknya sendiri, maka dialah
pemilik telaga tersebut tetapi wajib atasnya memberi kepada orang lain dan haiwan yang
muhtaram apa yang lebih daripada hajatnya sekiranya mereka tidak mendapati air dari sumber
yang lain.
Kitab al-Luqatah:
Membicarakan tentang hukum memungut barang yang terjumpa. Sunnat bagi orang yang
amanah megambil barang yang yang ditemuinya, dan sah serta makruh bagi orang yang fasiq,
orang murtad dan kafir. Jika yang dipungut itu kanak-kanak atau orang gila, walinya perlu
segera mengambil balik kanak-kanak atau orang gila itu dengan kadar yang segera, selepas ianya
diwar-warkan, sekiranya lewat- mereka perlu membayar kepada orang yang memunggut.
Dan untuk haiwan, sekiranya ditemui umpama ternakan di padang ragut dan dikira
ianya selamat daripada ancaman binatang buas atau seumpamanya, maka tiada harus dipungut,
sekiranya tiada selamat dari ancaman binatang buas- maka haruslah dipungut. Jika orang yang
menjumpai haiwan itu mahu memiliki haiwan yang ditemuinya, dia perlu war-war terlebih
dahulu atau sekiranya dia mahu menjualnya hendaklah dia mendapat perentah kebenaran
hakim terlebih dahulu, sekiranya dimakannya, hendaklah dia membayar harga kepada
pemiliknya apabila diketahuinya.
Begitu juga harus dipungut selain haiwan, umpama makanan, pakaian, emas dan perak-
sekiranya yang dipungutnya itu sesuatu yang mudah binasa, maka haruslah dimakan dan dikira
harganya atau dijualnya, sekiranya sesuatu yang lambat rosaknya umpama ratab, yang akan
selepas kering menjadi tamar dengan beberapa usaha, hendaklah dipertimbangkan mana yang
lebih baik semada untuk dijual atau disimpan. Sekiranya dijual - dan bertemu pemiliknya maka
usahanya untuk mengelakkan rosak itu dikira dan ditolak dari hasilan jualan, lebihannya
dipulangkan kepada pemilik, begitu juga sekiranya dipulangkan kepada pemiliknya - dia boleh
mengambil upah atas usahanya.
Orang yang menjumpai barang luqatah itu hendaklah mengetahui jenis, sifat, kadarnya,
pembungkus [kulitnya], tali pengikatn bagi barang yang ditemuinya supaya dia dapat mengawar-
warkan dengan terperinci serta dapat mengenal pasti tuan sebenarnya. Hendaklah dia war-war di
tempat perhimpunan manusia, umpama di pintu masjid selama tujuh hari pagi dan petang,
kemudian tiap-tiap jumaat untuk sekali-dua, kemudian tiap-tiap bulan selama setahun.
Kitabu an Nafaqah:
Tentang tanggung jawab suami ke atas isteri yang tidak nusyuz. Suami wajib memberi makanan
mengikut kedudukan kaya miskinnya, umpama bagi suami wajib memberi gandum [bagi negeri
yang makanan ruginya gandum] yang tiada aibnya [seperti tiada bubuk] dan tidak roti atau
hasilannya yang lain, atau isterinya boleh juga meminta harga belanja untuk membeli makanan
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
42
asas tersebut yang mencukupi. Begitu juga wajib memberi pakaian yang melengkapi bergantung
kepada tempat dan waktu. Begitu juga wajib memberi tempat duduk kediamannya serta alat
perkakas kelengkapannya.
Perkara ini dikira keperluan asas dalam kehidupan yang perlu diambil kira: makan-
minum, pakaian dan tempat tinggal.
Faslun Fima Yutlifu ad-Dawab
Tentang kerosakan harta-benda disebabkan oleh haiwan, semada kerosakan kerana dilanggar
atau dimakan binatang itu sendiri atau kerana kerosakan kerana tahi atau air kencingnya. Maka
orang yang mengawasi haiwan yang merosakkan harta benda atau mencederakan orang lain
perlu membayar ganti rugi. Sekiranya haiwan yang sudah dijaga umpam sudah ditambat atau
dikurung, tetapi terlepas tanpa kecuaian tuannya, maka tiada lah wajib gantirugi, dan sekiranya
kerana kecuian tuannya umpama tiada ditambat dengan sempurna, atau dibiar bebas tanpa
kandang- maka tuannya perlmembayar ganti rugi. Begitu juga sekiranya tuan harta itu yang cuai
umpamanya ditinggalkan hartanya di tepi jalan, atau pagarnya tiada tertutup atau tuan harta itu
tidak menghalau haiwan itu walaupun dia mampu- maka tiada perlu dibayat ganti rugi.
Bagi burung pemeliharaan yang biasanya dilepas bebas, sekiranya memakan tanaman
orang tiada ganti ruginya, sekiranya kucing yang biasa mencuri makanan umpama ikan,
sekiranya tiada dikurung oleh tuannya dan ianya mencuri, maka tuannya perlu membayar ganti
rugi. Sekiranya kucing itu tidak dari jenis mencuri, oleh itu tidak dikurung oleh tuannya - tetapi
kali itu ia mencuri, maka tiada perlu dibayar ganti ruginya.
Kitab al-Jihad.
Ianya tentang kewajiban berperang demi agama. Diantara lain disebut di dalam bab ini. Harus
bakar rumah orang kafir, kerat pohon kayunya, dan bunuh binatang sekiranya kuat sangka
dengan berbuat demikian musuh yang kafir itu dapat dikalahkan, sekiranya dapat mengalahkan
musuh kafir tanpa membinasa yang sedemikian, maka makruh untuk melakukannya. Dan
haram membinasakan haiwan yang muhtaram kecuali sekadar hajat.
Tidak diisytiharkan jihad ke atas orang kafir dengan menyerang mereka yang tiada
sampaikan dakwah sehinggalah mereka telah dibentangkan tentang Islam, mereka menolak
Islam selepas difahamkan ajarannya.
Dilarang daripada membunuh perempuan dan kanak-kanak, juga orang yang tiada
siuman. Terdapat banyak hadith yang melarang membunuh orang tua yang tiada berdaya di
dalam peperangan. Jihad adalah peperangan dengan Nama Allah, pada Jalan Allah, memusuhi
musuh Allah. Tidak melampau, tiada mengganas tanpa keperluan, tidak meliarkan manusia dari
keindahan Islam, membawa islah dan kebaikan. Terbayang dalam athar yang merakamkan
pesanan Saiyyidina Abu Bakr Radiyallahu anhu kepada ketua pasukan jihad Saiyyidina Yazid
bin Abu Sufian:
شاة امرا وال تعقرنع ختربن ا والفأين موصيك بعشر : ال تقتلن أمرأة وال صبيا والكبريا هرما وال شجرا مثمر وال بعريا أال ملأكلة وال تغرقن خنال وال حترقنه وال تغلوا وال جتبنوا
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
43
Aku berwasiat kepada engkau dengan sepuluh perkara: jangan dibunuh perempuan, tidak
kanak-kanak, tidak orang tua yang nyanyuk, tidak ditebang pokok yang berbuah, tiada
dimusnahkan binaan, jangan dibinasakan kambing, dan tidak juga unta kecuali untuk
makanan, jangan ditenggelamkan kebun tamar, dan jangan dibakar ia, jangan melampau
dan jangan jadi pengecut23
PENGAMATAN PENCATIT
1. Seluruh kejadian elemen-elemen alam merupakan petunjuk-petunjuk kepada keesaan,
keagungan, keadilan dan kebijaksaan Allah, Tuhan yang menentu, menjadikan dan mentadbir
segala makhluq. Tiada sebarang elemen yang dijadikan Tuhan secara sia-sia, Maha suci Tuhan,
semoga kita terselamat dari azab neraka, termasuk akibat tergelincir dalam transaksi kita dengan
elemen alam ini. Seakan terdapat suatu ‘grand eco-system’ yang mengaitkan keseluruhan makhluk
semada yang bernyawa atau tidak, termasuklah secara tasalsul ataupun daur. Kita akan
dipertanggung-jawab di akhirat kelak
2. Membentuk sikap sebagaimana yang disebut di dalam hadith musalsal bi al- awwaliyyat:
الرامحون يرمحهم الرمحن أرمحوا من ىف أألرض يرمحكم من ىف السماء
“Mereka yang bersifat kasihan-belas akan dikasihan-belas oleh Tuhan yang bersifat
Rahman, kasihan-belaslah kepada penghuni di bumi, kamu akan dikasihan-belas oleh
penghuni di langit”.
Termasuk kisah yang masyhur tentang seorang perempuan pelacur yang dapat masuk
syurga kerana mengasihani seekur anjing yang dahaga.
Perutusan Nabi kita sollallahu alaihi wassalam disifatkan oleh Allah:
وما ارسلناك اال رمحتة للعاملني
Dan tiada Kami utuskan Engkau kecuali sebagai rahmat seluruh alam [anbiya107]
Antara lain bermaksud perutusan baginda adalah rahmat untuk keseluruhan manusia [al-
’Araf:28] [al-Saba:28], ia juga bermaksud perutusan baginda membawa rahmat, ketaatan dan
patuh kepada ajaran baginda adalah rahmat dalam seluruh urusan: termasuklah turunnya hujan
dan nikmat-nikmat yang lain yang membawa kebaikan kepada tumbuhan, haiwan, manusia, jin
23 Athar ini disebut di dalam Al-Muwatta’ -447/2. Dinaqal oleh Shaikh Said al-Hawwa di dlam “Al-Asasu fi as-
Sunnah wa fiqhu ha Jil.7/3302
Agak menarik untuk merujuk buku The Holy War : The Crusades And Their Impact On Today’s World oleh Karen
Amstrong, yang membandingkan Perang Suci, terutamanya sejarah Perang salib dalam tiga agama samawi - Yahudi,
Kristian dan Islam.Mengikut beliau kerana Nabi Islam juga berperanan sebagai ketua perang, maka perang dalam
syariat Islam itu ada peraturannya - do & don’t, ada ethics-nya, sedangkan dua agama lain itu , tiada mempunyai
hukum syariat tentang peperangan, mereka melakukan tindakan tanpa panduan hukum dan kadang-kala secara
keganasan.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
44
dan keseluruhan kejadian. Kecintaan kepada baginda, mencontohi baginda adalah rahmat zahir
dan batin, keamanan dan ketamaddunan secara pribadi dan hidup bermasyarakat, kepada
manusia dan persekitarannya. Beriman kepada baginda membawa rahmat yang agung di
Akhirat kelak. Sejauh mana kita beriman dan patuh kepada ajaran baginda sejauh itulah kita
akan mendapat rahmat.
3. Kerosakan yang berlaku pada alam sekitar kerapkali merupakan pamiran kerosakan yang
berlaku di dalam diri-diri kita. Allah berfirman:
رجعون ي علهملظهر الفساد يف الرب والبحرمبا كسبت أيدي الناس ليذقهم بعض الذى عملوا
Telah nyata kerosakan di daratan dan lautan dengan sebab apa yang dikerjakan oleh
tangan-tangan manusia - dirasakan kepada mereka kesan daripada sebahagian yang
mereka telah lakukan, semoga mereka kembali (kepada kebenaran pada pegangan dan
amalan) [ Rum -41]
Kesejahteraan atau kerosakan diri manusia itu berpunca daripada kesejahteraan atau
kerosakan hati dalamannnya. Sebagaimana sabdaan Rasulullah sollallahu alaihi wassallam:
القلب وهي دت فسداجلسد كله أالأال وأن يف اجلسد مضغة أذا صلحت صلح اجلسد كله وأذا فس
Allah menyebut tentang kesejahteraan ssesuatu masyarakat dan tambatannya dengan
keadaan dalaman penduduknya:
م مبا كانوا فأخذانه ذبواكرض ولكن ولو أن أهل القرى امنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء وأال يكسبون
Dan sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman dan bertaqwa niscaya Kami bukakan
ke atas mereka keberkataan daripada langit dan bumi, dan tetapi mereka mendusta, maka
Kami pegang mereka [dengan akibat buruk] dengan apa yang telah mereka usahakan
Max Weber telah mengeluarkan buku “The Protestant Ethics And The Spirit Of Capitalism”
pada tahun 1905, dia mengasaskan saranannya pada ajaran Calvinism - menekankan usaha kuat,
disiplin dalam mengaut kekayaan dan kebaikan di dunia ini adalah ibadat kepada Tuhan,
berbezaan dari Catholicism yang menganggap pengamalan rituals, pengasingan diri dari perkara
duniawi itu adalah kebaikan. Antara lain Fritjof Capra menganggap saranan The Protestant
Ethis inilah antara lain telah memberi ‘lesen’di atas nama agama untuk menjarah hasil bumi
secara rakus - dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Agaknya hal yang hampir sama
telah berlaku di kalangan ummah ini, pemahaman ibadat telah dipindahkan titik tengahnya
daripada pengabdian kepada Allah dengan melaksanakan kataatan secara khusus kepada suatu
konsep yang merangkumi kebaikan secara longgar, atas nama Hasanah fi ad-Dunya, yang tidak
lagi ditafsirkan sebagai kekhusyukan dalam sembahyang, isteri dan anak yang soleh, harta yang
halal dan mencukupi, tetapi kepada kesenangan dan kemewahan duniawi.
4. Setiap makhluk yang bernyawa mempunyai nilainya, perlu dihormati dan diberi hak mereka.
Rasulullah sollallahu alaihi wassallam bersabda:
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
45
وال يقطع رأسها وأيكلهاا ا ؟ قال يذحبهقيل وما حقه -نهامن قتل عصفورا فما فوقها بغري حقها سأله هللا ع ويطرحها
“Sesiapa yang membunuh burung ciak, dan apa yang lebih besar daripadanya tanpa hak,
Allah akan menyoalnya tentang pembunuhan tersebut”. Sahabat bertanya: “apa
haknya?”. Rasulullah bersabda: “disembelihnya dan dimakannya, tidak direpih
tengkuknya dan buangnya begitu saja”
5. Makhluk yang tidak bernyawa sekalipun mempunyai kehormatannya, umpama batu dan
tanah di tanah haram ditegah dari di bawa keluar dari tanah haram kerana ini mengurangkan ia
dari kemulian tempat duduknya, begitu juga harta dari kayu, batu dan lainnya yang telah
diwaqafkan kepada masjid, tidak boleh begitu sahaja di ‘down-grade-kan’kepada perkara
kebajikan lain bahkan kepada waqaf yang lain kecuali yang setara, yakni dipindahkan kepada
masjid juga.
6. Syariat mengajarkan tentang pembahagian [classification] air kepada beberapa kategori serta
parameters penentunya. Begitu juga dengan pembahagian najis dan kaedah penyuciannya.
Walaupun klasifiaksi itu bertujuan untuk kehidupan ibadat, tentunya ianya mentauladani kita
bagaimana untuk membahagi elemen selainnya dengan tujuan tertentu dalam klasifikasi yang
sesuai.
7. Syariat menyentuh tentang kebersihan air, tanah [umpama tanah pada jalan yang tiada terelak
dari najis haiwan] bahkan udara [hukum umpama asap hasil pembakaran bahan najis- bahkan
melihat kepada ‘ain [particels] dan athar [kesan] pada asap]. Perbincangan yang boleh
dijuruskan kepada penjagaan dari pencemaran tanah air dan udara.
8. Syari’at mengajar kita tentang kepentingan ketika serta masa dan perkiraannya, untuk waktu
sembahyang, menentukan awal bulan, masa-masa utama yang lain - mengajar kita menjadi tertib
[first thing first] dalam banyak amalan ibadat kita. Mengajar kita tentang menentukan arah
[jihah] dengan tanda-tandanya untuk menentukan arah qiblat.
9. Syariat menyentuh tentang klasifikasi haiwan, habibatnya, cara hidupnya dalam menentukan
halal haram makanan. Cara pemburuan dan penyembelihan haiwan untuk dimakan secara
berkesan. Serta peringkat umur dan jantina bagi unta dalam bab zakat.24
24 Bahkan lebih awal lagi Shaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani pernah menyarankan agar di catalogue-kan tumbuhan-
tumbuhan herba kita yang mempunyai nilai perubatan, sebagai contoh:
(Dan) telah kami harapkan bahawa membuka Allah akan hati seseorang yang mempunyai himmah yang tinggi , maka bersungguh-
sungguh ia mencubakan beberapa pohon kayu dan tumbuh-tumbuhan dan lainnya daripada barang yang ada pada bumi Melayu dan
memeriksakan pada demikian itu , maka disuratkan beberapa faedahnya, dan khasiatnya dan tingkat segala tabiatnya dan kaifiat
isti’malnya seperti barang yang memperbuatkan demikian itu oleh hukama Yunani pada masa yang dahulu dengan beribu-ribu tahun kemudian
mengambil daripada oleh hukama Arab ….
Pada hal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita hingga adalah
pada kebanyakan daripada ubat-ubat mereka itu diambil daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada memerentah diri
kita daripada jenis yang lain daripada kita. Maka bersangatanlah sayugia bagi raja-raja Melayu bahawa memalingkan himmah
mereka itu kepada mendapat barang yang tersebut dengan menyungguh-ngungguh menyuruh dan mengemarkan manusia. Pada
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
46
Al- Quran menyebut tentang makanan yang perlu diambil manusia bersifat [ حالال طيبا] pada ayat
168 al-Baqarah, 88 al-Maidah, 69 al-Anfal, 114 an-Nahl. Makanan yang baik ditafsirkan sebgai
makanan yang bermanafaat kepada tubuh dan aqal manusia.
10. Syariat mengajar kita tentang keutamaan dan kepentingan tanaman bijiran dan makanan
asasi [staple food] selainnya, sehingga selain daripada mendapat pahala usaha pertanian - ia juga
mendapat pahala besar dari menunaikan kewajiban zakat. Setiap masyarakat perlu mempunyai
makanan asasi yang mencukupi serta distribution-nya yang effective kepada golongan yang
memerlukan.
11. Syari’at mengajar kita tentang klasifikasi sosio-ekonomi anggota masyarakat, kepada
golongan miskin, faqir, orang yang dibebani hutang - tentang tanggung jawab sosial kepada
golongan yang patut dibantu. Tentang bagaimana mencapai sustainability bagi sistem itu sendiri.
Bagaimana takrifan miskin yang flexible dan syaratnya.
12. Syariat mengajar kita tentang public properties, yang tiada sepatutnya diswastakan -
umpama public parks, landfill, grazing areas, sumber air dan galian. Syariat juga mengajar kita
tentang irrigation and water distribution.
13. Syariat mengajar kita tentang town planning, sehingga tiada dibenarkan membina binaan
atau renovations yang menggangu lalu lalang di jalan, dipertimbangkan cahaya dan aliran udara
serta privacy penduduk yang sedia ada. Jika bandar itu dihias, ianya dihias dengan tanaman
pokok merimbun, air yang mengalir bersih serta bangunan yang didirikan - seumpama jika di
tempat kita yang pernah dicatit oleh Shaikh Nuruddin ar-Raniri tentang landscape di Kota
Acheh di zaman Sultan Iskandar Muda di dlam kitabnya Bustanu as-Salatin.
14. Syari’at mengajar kita supaya mengoptimakan resources yang ada, umpama berjimat dalam
penggunaan air dalam wudu walaupun ketika berada di tengah sungai, tetapi memaksimakan
kawasan basuhan air wudu.
Bahkan usaha mengoptimakan resources terbayang dalam doa Rasulullah Sollallahu
alaihi wassallam sebagaimana di dlam riwayat Imam Ahmad:
غىنر والوالقصد يف الفقأسألك خشيتك يف الغيب والشهادة وكلمة احلق يف الغضب والرضا
(Ya Allah) aku memohon takutkan Engkau di waktu terselindung dan di waktu terang-
terangan, menuturkan perkataan yang benar di waktu marah dan di waktu reda [berpuas
hati], dan I’tisad di waktu faqir dan di waktu kaya. {Ahmad]
Di waktu mewah, terdapat kecenderungan untuk membazir resources, sementara di
waktu miskin terdapat kecenderungan untuk melakukan apa saja untuk mendapat ‘easy cash’
walaupun ianya tidak sewajarnya. Umpama demi untuk mendapat easy cash berapa banyak
negara mundur menjalankan pembalakan dan perlombongan yang menjejaskan kesahteraan
alam sekitar dalam jangka masa panjang, bahkan sanggup mengimport bahan buangan toxic dan
bahan-bahan yang beresiko tinggi.
yang demikian itupada memudahkan jalanbagi demikian itu dan berdiri dengan belanja bagi demikian itu maka dapat baginya
pahala yang jazil dan berkekalan baginya sebutan yang jamil.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
47
Terdapat aspek kerohanian bagi sikap ini, apa yang dipanggil barakah. Umpama
makanan yang berkat walaupun tidak banyak tetapi mencukupi untuk lebih ramai manusia, serta
membawa kepada kesihatan dan tenaga.
Agama kita mengajar kita supaya menjalani kehidupan duniawi secara berpada
[qana’ah] bahkan zuhud, tetapi bersikap takut dan tamak kepada kehidupan akhirat. Fokus
sebegini akan mensejahterakan buakn sahaja kehidupanperibadi kita bahkan masyarakat dan
alam sekitar kita, terdapat suatu kesedaraan di dalam masyarakat dunia sekarang untuk
menjalani kehidupan secara ‘simple’, bahkan beberapa buku dtulis tentang keutamaan cara
hidup sebegini. Seperti yang ditulis oleh Edward De Bono - Simplicity atau Dominique Loreau -
L’art de la Simplicite 25
15. Seluruh unsur alam ini berpadu dalam mentaati peraturan Allah dan bertasbih kepada-Nya
وهلل يسجد يف السماوت واألرض طوعا وكرها وظالهلم ابلغدو واألصال
Kepada Allah sujud segala yang di langit dan di bumi secara ta’at dan secara paksa, dan
begitu juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang
عزيز احلكيم سبح هلل ما يف السماوت وما يف األرض وهو ال
Bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan apa yang di bumi, Dan Dia Maha Gagah
dan Maha Bijaksana
Mematuhi perentah alam dalam mengurus kehidupan di dunia ini seakan men-
synchronize-kan aktiviti kita dengan degupan alam seluruhny, mengerjakan maksiat dan
pelanggaran pula seakan kita lari serta sumbang dari rentak semesta dalam memuji-muja Allah
sebagaimana sepatutnya.
عليم مبا سبيحه وهللاوت أمل ترأن هللا يسبح له من ىف السماوات واألرض وطري صافات كل فد علم صالته يفعلون
tidakkah kamu memerhati sesungguhnya kepada Allah bertasbih apa yang ada di langit
dan di bumi, dan burung yang mengembangkan sayapnya, setiap telah mengetahui cara
berdoanya dan tasbihnya, Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan [41-
an-Nur]
ولقد ءاتينا داود منا فضال ايجبال أويب معه والطري وألنا له احلديد
Dan Kami anugerahkan kepada Daud daripada Kami kelebihan, wahai bukit gunung
bertasbihlah berulang-ulang begitu juga dengan burung-burung bersama Daud, dan Kami
lembutkan baginya besi [Saba:10]
25 Banyak lagi tulisan sebegini, sekadar menyebut buku yang ada pada saya.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
48
وما من دابة ىف األرض وال طائريطري جبناحيه أال امم أمثالكم
Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung -burung yang terbang
dengan kedua sayapnya, melainkan ummat-ummat umpama kamu [al-An’am:38]
Seakan kita berada dalam majlis zikrullah yang besar dan jamaah yang melakukan
kebajikan, disertai oleh seluruh kejadian Allah.
Kesedaran ini akan membawa kita supaya dapat menghargai elemen-elemen alam
sekeliling kita, sekiranya kita perlu menggunakan mereka, maka kita guna mereka dengan
menyebut Nama Allah yang mengusai kita dan mereka, dan patuh serta keizinan kepada
ketetapan Allah.
16. Kita diajar yang usaha menghilangkan sesuatu yang menyakiti dari jalan raya manusia itu
adalah dari cabangan iman itu sendiri.
ل: ال أله ها قو شعبة فأفضل -ن أو بضع وستو -عليه وسلم :األميان بضع وسبعون قال رسول هللا صلى هللا اال هللا وأدهنا أماطة أألذى عن الطريق واحلياء شعبة من الألميان
Rasulullah Sollallahu alaihi wassalam bersabda: Iman itu lebih daripada 70 -lebih
daripada 60 puluh cabang, maka yang paling afdalnya pengucapan اال هللا الأله Dan yang
terendahnya membuang sesuatu yang menyakitkan daripada jalan-raya, dan malu itu
salah suatu cabang daripada iman [Muttafaqun alaihi -lafaz Muslim]
Sekarang ini kita menyakiti manusia lain dengan perbuatan dan usaha kita yang telah
merosakkan alam sekitar, menyalur bahan toksik baik dalam bentuk pepejal, cecair mahupun gas
kepada bukan sahaja manusia lain, bahkan kepada elemen-elemen alam secara meluas.
Syara mengajar kita yang jiran kita mempunyai hak ke atas kita, kita dituntut supaya
jangan menyakiti mereka, tetapi sekarang ini pencabulan kita terhadap alam sekitar bukan
sahaja menyakiti jiran terdekat, bahkan pencemaran yang kita hasilkan sudah bersifat trans-
boundaries.
Kita diberi pahala apabila kita membersihkan masjid daripada perkara najis dan kotoran,
inshaallah kita juga diberi pahala apabila kita membersihkan bumi ini dari pencemaran, sikap ini
mengingatkan kita kepada sabda Nabi Sollallahu alaihi wassalam:
جعلت يل األرض مسجدا وطهورا
Dijadikan bagiku bumi ini seluruhnya sebagai masjid dan suci
[Al-Hakim, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Ibn Majah]
Atau dalam riwayat lain:
األرض كلها مسجد أال املقربة واحلمام
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
49
Bumi ini seluruhnya adalah masjid kecuali perkuburan dan bilik mandi
[ At-Tarmizi, ad-Darimi, ad -Daruqutni, al Baihaqi]
17. Kita perlu kembali kepada ajaran Islam dalam semua urusan termasuk intraksi kita dengan
elemen-elemen alam, tindakan kita perlu menjadi kayu pengukur kepada peradaban dunia yang
selainnya, sebagai ummah yang terbaik yang dikeluarkan bagi manusia.
دا وكذا لك جعلنا كم أمة وسطا ليكوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهي
Dan demikian Kami jadikan kamu ummat wasat agar kamu menjadi saksi [kayu
pengukur] ke atas manusia ramai, dan dijadikan Rasul ke atas kamu sebagai saksi [143
Baqarah]
Kita kembali menghayati agama fitrah, agama yang dibaratkan sebagai minuman susu,
yang tiada berubah dari keasliannya - tidak seperti arak yang berasal dari air buah atau bijirin
yang diperah kemudian menjadi arak kemudian bertukar menjadi cuka.
Ajaran-ajaran murni ini telah diwarisi oleh ulama kita dalam kitab-kitab mereka,
termasuk kita di rantau ini dengan warisan kitab jawi, maka sekarang ini kita mempunyai
pilihan semada mahu memanafaatkan pusaka mereka, atau kita pinggirkan pusaka ini sejauh
yang mungkin - kerana terpegun dengan kilauan kemodenan semasa. Walaupun tidak semua
yang berkilau itu emas.
Kita akur yang beberapa set-up dalam masyarakat kita telah berubah dengan cepat selari
dengan kemajuan sains dan teknologi, baik di arah positif dan negatifnya. Perubahan itu tidak
berhenti bahkan mungkin semakin lalu dengan momentumnya. Semakin perubahan-perubahan
berlaku dengan kuat dan cepat, maka semakinlah itulah kita memerlukan keteguhan-keteguhan
yang tetap, umpama ketika ombak dan gelombang yang membesar, maka sauh kapal yang gagah
terpacak diam itu menjadi begitu penting untuk menjamin kapal tidak hanyut dibadai
gelombang. Atau ketika bumi bergegar dan bergerak dengan dengan dahsyatnya ketika gempa
bumi, hanya bangunan-bangunan yang asasnya kukuh tidak turut bergoyang bersama gempa
yang akan selamat, tidak runtuh.
Begitulah juga ketika ombak dan gelombang, serta gempa berlaku pada nilai-nilai dan
amalan masyarakat, maka feqh thawabit yang kukuh itulah akan menyelamatkan fondisi
ummah dan menyelamatkan masyarakat dari dibawa hanyut oleh geleombang perubahan.
Membuang dan usaha melemahkan peranan sauh dan tapak asas bukan akan menyelamatkan
ummah ini, tetapi akan memparahkan lagi penderitaan ummah ini.26
26 Maryam Jamilah mengatakan Islam seakan dilambangkan oleh Kaabah, titik yang tetap yang sentiasa akan
dijadikan titik fokus untuk ummah ini mengkembalikan muka-muka mereka menghadap. Ianya tidak dilambangkan
oleh sungai yang sentiasa mengalir mengikut ketentuan perubahan muka bumi, sehingga air yang tawar itu akhirnya
akan ditelan kemanisan air laut, hilanglah sifat asalnya.
Perumpamaan nilai-nilai yang tetap itu dengan sauh dan fondisi bangunan itu dicontohi dari tulisan Stephen Covey.
Seakan jelas kewajaran mengambil pendekatan mendahulukan teks [al-Quran, sunnah, aqwal ulama] sebelum
kontaks-nya [waqi’e], Maulana Abul Hassan an-Nadwi berkali mengulangi sekiranya Saiyyidina Abu Bakar
mengambil kira kontaks, tiadalah perang yang diketuai Saiyyidina Usamahbin Zaid radiyallahu anhu menentang
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
50
أنك أنت العليم احلكيمسبحانك ال علم لنا أال ما علمتنا
حلقبنا ابر وقالو ا احلمد هلل الذى هداان هلذا وما كنا لنهتدى لو ال أن هدىناهللا لقد جاءت رسل
دعوىهم أن احلمد هلل رب العاملنيواخر
Rabi’ al-Awwal 1440
Dar Nur az Zahrah & Depan Masjid Salor
.
Rom, tiadalah perang menentang golongan murtad, bahkan Saiyyidina Musa alaihi as-salam tidak akan bangkit
memimpin bani Israel yang serba lemah mendepani kuasa Pemerentahan Fir’aun.
Ucaptama dan Kertas Kerja Utama Seminar Hukum Islam Semasa kali ke-9 Peringkat Kebangsaan, 2018 (SHIS IX) “Kearifan Tempatan dalam Hukum Islam Semasa” 19 Disember 2018 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
51
PERBAHASAN MUSIM DAN CUACA MENURUT KACA MATA ULAMA’ FALAK DI
NUSANTARA SEMENANJUNG TANAH MELAYU
Haji Hanafiah Abdul Razak
Jabatan Mufti Johor
فروباهن مىشه دان جىاج منىروت كاج مات علناء فلم
د نىشنتارا مسننجىغ تانه ماليى
حال إحوال فلك مساس
فمبهتاغ
حاج حنفه بن عبد الرزاق جابنت مفيت جوهر
فندكاتن علمو فلك
Sundial Falak Klasik
فهدكاتو تريادف تض عهصر أتام •
2أغني داى فغاريح -1
2أاى داى فرانهح -2
. تابراى يجو داى قدر تـمـبـ أت سستو لمفايهح -3
تـقــم مــتـوـار دان تـقــم بـلـن دضـنـا فـاك •
, أنـتـق منال تــض عنصر تـرسـبـت ـائــت أغـن
.أان دان هـجن
Sundial Falak Klasik
مـج –احلىت بروج : مىشه كنارو
فتري دسبمى الت برمال كدغارن ضري دان فاناهن
سمت مالك سباض إشار دان عالم
تــفـن أغني بـارت الت ـغ مـعـاقــبـتـلـن -1
هـجـن لـبـت دان اغــن كـنـخـاغ دان رـبـت
. د تغـى الت
هـمـبـسـن أغـن بـارت ـغ مـمـبـاا هـجـن -2
.دداراتـن دغـن تــفـن اغــن ـغ فـرالهـن
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
Sundial Falak Klasik
أفريل -احلنل بروج : مىشه كنارو
م -الثىر بروج : آخر كنارو مىشه
أغـو بـارت ـغ مـمـبـاا يـجـو دداراتـو دغـو تــفـو -2 «القاصف » غ دناملو اغــو ـغ تضر
. الت مـهـجـ كـدارت أغـو بـارت مـمـبـاا ربـت در أر -1رـبـت مـال فـراليـو داى مـغـاالمـ سـسـتـو سرتا بـاقـ أغــو بـارت ـغ مـمـاا –سـاقـ -2
.الت سـمـاكــو تـهـاغ اـلـو سـمــسـا / أغــو بـارت مـجـبـبـلـو الت بـرامـبـق داى يــدفـو الت تــفـو -3
. تـمـق داى كـاال / تـهـجـغ / دداسـر الت داى تـركـادغ الو مـهـجـ كمـارا تــض بـرادـق يـغـض كـفـد تـجـ ألنـو بـسـر أمـبـق -4
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
Sundial Falak Klasik
جىن -اجلىزاء بروج : بارت دايا مىشه
جىال -الصرطان بروج : مىشه بارت دايا
تــفـن أغني بـارت داـا ـغ مـعـاقــبـتـلـن
/ هـجـن لـبـت دان اغــن كـنـخـاغ دان ضـري
. فـتري در أري تـغـضـارا
بـارت داـا مـال د فـغـاريـ الــ أغــو سـالتـو أغــو -1 2سـمـ يـمـبـسـهـح مـاســغ –داى اغــو أتـارا ـغ بـرسـمـغ
.داى فـانس تـرـق 2مـمـباا كـفـد يـجـو سـلـجـفبـا كـاـ -أغــو سـالتـو ـغ فـانـس مـمـبـلـــلـو بـا -2
. رانـم مـاسـق
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
Sundial Falak Klasik
أوكىس -بروج األشـد : دايا آخر بارت مىشه
شفتنرب -الصنبلة بروج : بارت الوت مىشه
مـهـهـجـقـلـو أاى مـاســ بـريــمـفـى دالغــت الترـبـت مـاسـ ممهدا دالتو دغـو كمجنلو سـسـلال
. أغت تمر الت
دغـو أغــو تـغـضـارا أغــو بـارت الت مـغـاسائـالت , فـتــر ددارتو / ضـر , سـمـاكــو لـمـ
بـرضـمـرا داى بـرامـبـق
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
Sundial Falak Klasik
أوكتىبر -املسان بروج : فرتىكارن مىشه
فـرتـكـارى مسم در ألرياى أغني بارت كفد
ألرياى أغني تمربارت مساكني مل يمبسهح مهلاال أغني أغني•
دافت دراسلو أغني , تمر برسدا مغمبن أل .تمر برسمغ سم دغو اغني بارت
أغني تمر ممف مهرباغلو ددانو فكء • مال كماتو أراقلو أاى در تمر •
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
Sundial Falak Klasik
نـىؤيـنـبـر -الـعـقـرب بروج : مىشه أوتـارا
أغني أتـارا غ سجق مال مهربـس ماسق كـراغ •
أدارا أنـتـق مماتلو أغني تمر الت غ فانس الللمفايو أر يجو سفهجاغ تربـهــ أاى غ باثق مغعاقبتلو
.تض فل يغض أمفت فل يار , برغ برغ بـتـربـاغـو د ر أر أتارا كسالتو •
بـضــتـ جـا أرس الت سمت مالك غ مغالري در أتارا كسالتو مساكني برتهاض مغعاقبتلو أر الت فاسغ
.بسر مممف
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
Sundial Falak Klasik
ديصنرب -القىس بروج : تـغـلىجىه مىشه
جانىار -اجلدى بروج : مىشه تـغـلىجىه
أغني تمر الت برتف كهخاغ دغو جرايو يجو•أغــو تمر الت مـجـبـبـلـو الت بـرامـبـق داى تــفـو •
اـلـو سـمــسـا دداسـر الت داى تـركـادغ / يــدفـو الت . تـمـق داى كـاال / تـهـجـغ / الو مـهـجـ كمـارا
أغني تمر الت برتف كهخاغ دغو جرايو يجو• تــض بـرادـق يـغـض كـفـد تـجـ ألنـو بـسـر أمـبـق•
. تـمـق داى كـاال / تـهـجـغ / الو مـهـجـ كمـارا •
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
مالدية 1865: جـدوال تـاهـىنـن تــىفـن أغـن ددارت دان دالوت دمسننجىغ تانه ماليى
Sundial Falak Klasik
فربوار -بروج الدلى : مىشه كنارو
أغني تمر الت برتف كهخاغ دغو برتال أرس -1
.ضـرقـلـهـح سـرتـا تـضـر يـمـبـسـهـح
تــغـضـ دتـغـ التـو داى مـغــمفـاس الت بـرأمـبـق -2 .ضـانـس دتـفــو فهـتـا
أغـو ضـانس ـغ مـغـحـاصــمـلـو فـتــغ بـمــغ د تـغـ -2 «العاصف» التـو د كـهـالـ دغـو نـام اغــو
Top Related