i. Amalan-amalan bilik darjah yang berkesan yang dilaksanakan oleh guru
prasekolah bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
yang sihat, cergas dan selamat.
a. Pemakanan kanak-kanak
Gambar 1: Menu Standard Prasekolah
- Menu Standard Prasekolah ini ditampal di pintu dapur.
Jenis makanan untuk sarapan pagi dan kudapan pagi sepanjang menjalani PBS.
Tarikh PBS Sarapan Pagi Kudapan Pagi (Rehat)
30 Mac 2014
(Ahad)
Biskut Marie + Milo
2
Bihun goreng + Ribena + Buah oren
31 Mac 2014
(Isnin)
Kek pisang + Milo Kuetiaw goreng + Pisang
1 April 2014
(Selasa)
Roti bersama marjerin + MiloNasi Putih + Sayur bayam + Ikan
2 April 2014
(Rabu)
Roti goreng + Milo Mi goreng + Betik
3 April 2014
(Khamis)
Bijirin sarapan + MiloBubur nasi + Tembikai
b. Persekitaran Prasekolah
Luar Bilik Darjah
3
Pagar pintu
c. Penjagaan Kesihatan
5
Dapur
Sabun pencuci tangan disediakan untuk menjaga kebersihan serta kesihatan murid.
Terdapat senarai barang dilabelkan pada peti sejuk dan almari-almari.
d. Keselamatan
6
Rak untuk letak berus gigi dan ubat gigi
Murid-murid menggosok gigi selepas makan.
Taman permainan prasekolah tersebut berumput dan mempunyai carpet di bawah setiap alat permainan supaya mengelakkan murid-murid cedera semasa bermain. Selain itu, alat permainan dijaga dengan baik dan tidak berkarat.
e. Pendidikan Seksualiti
7
Tandas prasekolah tersebut mempunyai carpet di dalam dan di luar tandas.
Kasut telah disediakan untuk murid-murid.
Pengelap kaki juga disediakan.
Tandas prasekolah tersebut diasingkan mengikut jantina.
ii. Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh guru prasekolah.
8
Guru prasekolah tersebut menggunakan kad gambar semasa mengajar murid-murid.
Kreativiti: Murid-murid mewarnakan lembaran kerja yang diberi oleh guru.
Hari Pertama (30 Mac 2014 / Ahad)
Aktiviti Luar
- Prasekolah ini melakukan aktiviti luar pada hari Isnin dan hari Rabu setiap minggu.
9
Hasilan murid-murid.
Guru prasekolah menyuruh murid-murid beratur sebelum pergi padang untuk melakukan aktiviti luar.
Guru prasekolah memimpin murid-murid memanaskan badan.
Hari Kedua (31 Mac 2014 / Isnin)
Guru menunjuk cara berwarna supaya hasilan murid lebih cantik.
10
Murid kumpulan A lompat dengan satu kaki ke arah kumpulan B dan murid kumpulan B lompat dengan satu kaki ke arah kumpulan A.
Guru prasekolah memimpin murid-murid membuat cooling down dan tarik nafas.
Aktiviti Luar
11
Hari Keempat (2 Mac 2014 / Rabu)
Murid-murid membawa bola dengan mengelilingi skitel secara zig zag.
Murid-murid menyepak bola ke dalam gol.
iii. Kaedah pentaksiran kemajuan murid yang dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi menilai perkembangan dan kemahiran kanak-kanak dalam Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika.
12
Rak yang simpan fail
Portfolio murid
(Tan Yan Yi) Butiran peribadi
Isi Kandungan Portfolio Murid Tersebut (Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika)
* Sila rujuk lampiran
13
Hasil kerja Tan Yan Yi
Rekod Perkembangan Kemajuan Murid (Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika)
Kreativiti Perkembangan Fizikal, Keselamatan dan
Kesihatan
Refleksi
Pengalaman Berasaskan Sekolah 2
Saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima
hari (30 Mac 2014 hingga 3 April 2014) di Prasekolah SJK (C) Kulai 1. Prasekolah SJK (C)
Kulai 1 ini dibuka sejak tahun 2008. Tujuan PBS ini adalah untuk memberi kefahaman
kepada para guru pelatih opsyen Prasekolah tentang alam persekolahan prasekolah dan
juga memahami perspektif seorang guru prasekolah. Saya telah membuat pemerhatian
mengenai amalan-amalan bilik darjah, strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran serta
kaedah pentaksiran kemajuan kanak-kanak yang dilaksanakan guru prasekolah bagi
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Melalui program ini, saya akan dapat
memahami bagaimana guru prasekolah mengajar, bagaimana murid belajar dan juga
bagaimana amalan-amalan bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru prasekolah. Program
ini juga memberi peluang kami untuk menyesuaikan diri di prasekolah.
Merujuk kepada Teori Keperluan Maslow, faktor keperluan murid merangkumi
keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan
kendiri. Keperluan asas seperti makanan dan minuman perlu dipenuhi oleh kanak-kanak
supaya membantu mereka membina kecergasaan badan, mempunyai tubuh badan yang
sihat dan mempraktikkan amalan kesihatan yang baik. Oleh itu, saya telah membuat
pemerhatian dalam aspek pemakanan di prasekolah tersebut. Makanan yang berkhasiat
dan yang dapat memenuhi selera mereka adalah amat penting. Guru prasekolah dan
pembantu prasekolah tersebut menyediakan sarapan pagi dan kudapan pagi yang
berkhasiat untuk murid-murid. Guru akan memastikan murid-murid makan habis supaya
murid-murid mendapat makanan yang mencukupi. Kanak-kanak akan berasa cepat bosan
dengan pemakanan yang sentiasa sama dihidangkan kepada mereka. Oleh yang
demikian, guru prasekolah dan pembantu hendaklah menyediakan makanan yang
berlainan setiap hari. Apabila saya merujuki menu standard prasekolah, saya mendapati
makanan dan minuman yang disediakan oleh pembantu prasekolah tersebut tidak
mengikut menu standard prasekolah yang telah ditetapkan. Malahan tidak mengikut menu
standard prasekolah tetapi makanan yang disenaraikan dalam menu standard prasekolah
telah disediakan kepada murid-murid walaupun tidak mengikut hari dan minggu yang
ditetapkan. Perkara yang penting ialah murid-murid boleh mendapati makanan yang
berkarbohidrat dan berprotein.
14
Saya telah membuat pemerhatian tentang persekitaran prasekolah tersebut.
Persekitaran merupakan ruang interaksi yang penting dalam perkembangan diri kanak-
kanak. Perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh perkembangan diri dan
respons terhadap apa yang berlaku disekelilingnya. Menurut Froebelion, taman kanak-
kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan. Persekitaran prasekolah tersebut telah
memenuhi syarat ini. Dinding luar bilik darjah dan dalam bilik darjah telah dicat dengan
warna yang terang. Mural-mural, gambar-gambar, huruf dan nombor telah dipenuhi pada
dinding. Selain itu, terdapat taman permainan di luar bilik darjah. Alat permainan luar
seperti papan gelongsor, buaian dan jambatan telah ditempatkan di taman permainan itu.
Alat-alat permainan tersebut dijaga dengan baik dan tidak berkarat. Terdapat juga carpet di
bawah setiap alat permainan tetapi carpet itu tidak bersih kerana dipenuhi dengan rumput
kering. Guru prasekolah perlu mengambil perhatian terhadap kebersihan taman
permainan.
Di samping itu, guru prasekolah tersebut telah menjaga bilik darjah dengan baik
dan kemas. Contohnya, kawasan bilik darjah, tandas, sudut alat permainan dan sudut
bacaan dijaga dengan bersih dan kemas. Murid-murid telah dididik supaya sentiasa
menjaga kebersihan bilik darjah. Kawasan atau ruang yang bersih dan kemas penting
kepada guru dan murid-murid kerana melalui ruang yang selesa dan mencukupi ini guru
boleh merancang pelbagai aktiviti pembelajaran dan murid-murid boleh melakukan aktiviti
dalam keadaan yang selesa dan selamat. Selain itu, pembantu prasekolah tersebut telah
menjaga dapur dengan bersih. Barang-barang telah disusun dengan kemas dan senarai
barang telah dilabelkan pada peti sejuk dan almari-almari supaya mudah dicari. Kebersihan
dapur sangat penting kerana kekotoran dapur akan menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
Oleh yang demikian, guru prasekolah dan pembantu berperanan penting bagi memastikan
dapur sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas supaya mengelakkan kedatangan
serangga dan haiwan seperti lalat dan tikus yang membawa jangkitan penyakit.
Dari aspek kesihatan, guru prasekolah tersebut telah melaksanakan dengan
berkesan. Misalnya, guru dan pembantu prasekolah tersebut telah menyediakan makanan
yang seimbang dan berkhasiat kepada murid-murid bagi memastikan kanak-kanak
bertumbuh dan berkembang dengan sihat. Selain itu, sabun pencuci tangan telah
disediakan di sinki untuk menjaga kebersihan serta kesihatan murid. Guru telah mendidik
murid-muridnya sentiasa menjaga kesihatan diri iaitu murid-murid akan mencuci tangan
15
sebelum makan dan selepas pergi tandas. Di samping itu, guru juga selalu mengingati
murid-murid menggosok gigi selepas makan.
Keselamatan perlu dipenuhi oleh kanak-kanak. Pihak prasekolah mestilah
menyediakan tempat pelajaran yang selamat supaya kanak-kanak dapat perlindungan dari
kemalangan, kecederaan dan ancaman. Peti pertolongan cemas yang lengkap telah
disediakan dan diletakkan di atas rak buku. Selain itu, saya telah membuat pemerhatian
tentang keselamatan di taman permainan dan tandas di prasekolah tersebut. Saya
mendapati taman permainan prasekolah tersebut berumput dan mempunyai carpet di
bawah setiap alat permainan supaya mengelakkan murid-murid cedera semasa bermain.
Alat permainan luar dijaga dengan baik dan tidak berkarat. Tandas prasekolah tersebut
mempunyai carpet di dalam dan di luar tandas. Guru menyediakan kasut kepada murid-
murid untuk pergi tandas. Pengelap kaki juga telah disediakan di luar tandas. Carpet, kasut
dan pengelap kaki yang telah disediakan akan mengelakkan murid terjatuh dari kelicinan.
Dari aspek pendidikan seksualiti, tandas prasekolah tersebut diasingkan mengikut
jantina. Murid-murid diajar pergi tandas mengikut jantina mereka. Pendidikan seksualiti
hendaklah dididik sejak kecil supaya kanak-kanak dapat menjaga anggota seksualiti diri
sendiri.
Saya juga membuat pemerhatian strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran
yang diaplikasikan oleh guru prasekolah tersebut. Guru prasekolah tersebut mengajar tema
Cita-cita Saya pada minggu itu. Pada hari Ahad iaitu 30 Mac 2014, guru prasekolah
menjalankan aktiviti rutin dengan bahasa Inggeris untuk mengajar tema Cita-cita Saya. Dia
menggunakan kad gambar semasa mengajar murid-murid. Dia telah menggunakan teknik
soal jawab semasa melaksanakan proses pengajaran. Selepas rehat, guru prasekolah
memberi lembaran kerja kepada murid-murid dan menyuruh murid-murid mewarnakan.
Guru menjelajah dan menunjuk cara berwarna yang betul semasa dia nampak sesetengah
murid berwarna tidak cantik. Selepas itu, guru menilai hasilan murid-murid dan memuji
murid yang berwarna dengan cantik. Dia juga menampal hasilan yang cantik di papan
penyataan.
Prasekolah ini melakukan aktiviti luar pada hari Isnin dan hari Rabu setiap minggu.
Pada hari Isnin (31 Mac 2014), guru membawa murid-murid pergi padang untuk
melaksanakan aktiviti luar. Pada mulanya, guru memimpin murid-murid memanaskan
badan. Selepas itu, guru menunjuk cara lompat dengan satu kaki. Guru membahagikan
16
murid kepada empat kumpulan dan guru menerangkan cara melaksanakan aktiviti
tersebut. Akhirnya, guru memimpin murid-murid membuat cooling down dan tarik nafas.
Dalam proses pelaksanaan aktiviti luar ini, saya mendapati sesetengah murid tidak dapat
membuat dengan baik kerana mereka belum bersedia untuk melakukan aktiviti tersebut
dan mungkin sesetengah murid tidak memberi perhatian semasa guru memberi
penerangan. Pada pandangan saya, guru prasekolah tersebut perlulah memastikan semua
murid adalah bersedia barulah memulakan penerangan dan menjalankan aktiviti.
Pada hari Rabu (2 Mac 2014), guru membawa murid-murid pergi dewan untuk
bermain futsal. Selepas memanaskan badan, guru menunjuk cara membawa bola dengan
mengelilingi skitel secara zig zag. Selepas murid-murid membawa bola dengan
mengelilingi skitel secara zig zag, guru pula menunjuk cara menyepak bola ke dalam gol
sebelum dilaksanakan oleh murid-murid. Semua murid bermain dengan gembira. Mereka
lebih suka bermain futsal jika berbanding dengan lompat dengan satu kaki. Secara
keseluruhan, saya mendapati guru prasekolah tersebut banyak menggunakan teknik tunjuk
cara semasa mengajar murid.
Semasa saya membuat pemerhatian mengenai kaedah pentaksiran kemajuan
murid yang dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi menilai perkembangan dan kemahiran
kanak-kanak dalam Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, saya mendapati
kebanyakan murid boleh mencapai objektif pengajaran guru. Namun, saya berasa guru
prasekolah tersebut kurang memberi pengajaran dalam Tunjang Perkembangan Fizikal
dan Estetika. Dia lebih berfokus kepada pengajaran Tunjang Komunikasi. Pada pendapat
saya, guru prasekolah tersebut haruslah memperbanyakkan aktiviti yang berkaitan dengan
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika seperti membuat kraf tangan kerana menurut
Froebelion, kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
Secara keseluruhan, saya telah mempelajari banyak perkara yang baru mengenai
cara pengurusan prasekolah sepanjang saya berada di sekolah ini. Saya mendapati diri
saya telah mengalami perubahan dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang guru
prasekolah yang bertanggungjawab dan berdedikasi.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SJK (C) Kulai 1
terutamanya guru besar, guru prasekolah dan pembantu prasekolah yang telah banyak
memberi bantuan kepada saya sepanjang program PBS ini. Saya berasa amat bersyukur
17