Laporan Refleksi:
Secara kesimpulan,melalui aktiviti Malam Anugerah Tahunan Kolej ke-18, saya mendapati
bahawa diri saya telah berjaya mempelajari kemahiran Kreatif dan innovatif. Ini kerana saya baru
mengetahui menjadi seorang ajk cenderamata bukan satu kerja yang mudah, malah kami perlu
sentiasa mengeluarkan idea idea yang kreatif dalam melaksanakan tugas cenderamata di program
ini.
Pada awalnya, apabila saya dipilih sebagai AJK cenderamata , saya mendapati jawatan
tersebut adalah amat memerlukan kemahiran kreatif dan inovatif. Hal ini demikian, peranan ajk
cenderamata meliputi tugas seperti mereka bentuk sijil , mencari cenderamata yang murah dan
menarik untuk perasmi, rakan kerjasama serta hadiah cabutan bertuah. Pada mulanya, saya tidak
mempunyai idea untuk mereka bentuk sijil yang bersesuaian dengan tema MATK iaitu “Garden”.
Saya perlu memasukkan latar belakang yang bersesuaian pada sijil supaya kelihatan cantik dan
kemas. Ini amat memerlukan kreatif saya untuk mereka bentuk sijil tersebut. Melalui pencarian di
laman web, saya berjaya mencari gambar yang sesuai sebagai latar belakang sijil tersebut.
Selain itu, kami juga perlu mencantikkan dulang yang akan digunakan pada malam MATK.
Kemahiran Inovatif amat diperlukan untuk menghiaskan dulang dengan color ribbon yang terhad.
Seperti gambar yang ditunjukkan saya bersama ajk cendermata melipat ribbon dan melekatkannya
pada setiap sisi dulang dan akhirnya kami berjaya mencantikkan dulang tersebut dengan daya
kreativiti dan inovatif.Di samping itu, kami juga telah mengembangkan daya kreatif dan inovatif
dalam membuat “crown queen & princess”.Hal ini demikian sekiranya kami membeli “crown” di
pasaran adalah amat mahal dan tidak berbaloi. Oleh itu, exco cenderamata telah memberi cadangan
kepada kami supaya membuat “crown” tersebut dengan kami sendiri. Seperti gambar yang saya
telah tunjukkan merupakan hasilan kami dalam mereka bentuk “crown” .
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa melalui program MATK, saya telah berjaya
menerapkan kemahiran kreatif dan inovatif semasa menjalankan tugas sebagai seorang
cenderamata. Walaupun modal yang diperuntukkan untuk bahagian cenderamata agak kecil tapi
dengan daya kreatif dan inovatif, kami masih berjaya menyiapkan semua tugas cenderamata .Saya
berasa amat untung kerana dapat mempelajari sesuatu kemahiran yang baru.Akhirnya, saya ingin
berterima kasih kepada semua AJK MATK , tanpa kerjasama semua, program kami pasti tidak dapat
dijalankan sedemikian dengan lancar.