Latar Belakang
Sejarah Penubuhan
Melaka amat di kenali kerana keunikan sejarahnya.Sejarah Melaka bermula apabila
Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut
takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit,
baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam.
Setelah di usir dari Temasik oleh penjajah dari Siam,pada tahun 1396,beliau dan
pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiaanya ke Sungai Ujong sebelum
di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.Setelah tiba di Bertam,baginda telah
melihat anjing buruannya di tendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan
keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.
Baginda telah banyak bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya
memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka.Maka baginda telah membuat
keputusan untuk membuka negerinya sempena nama pohon tersebut.Pilihan Parameswara begitu
tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik.Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat
Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat
Yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan.Kedatangan pedangang-pedangang Arab serta
pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikannya sebagai pelabuhan entrepot yang
sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun.Parameswara yang telah memeluk Islam
melalui seorang ulama dari Jedda pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri
Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang telah terulung di
Rantau ini.Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur.
Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China,
Kain dari Gujerat dan Coromandel di India,kapur barus dari borneo,cendana dari Timur,buah
pala dan bunga cengkih dari Molucas,emas dan lada hitam dari Sumatera serta Timah dari
Tanah Melayu.Namun demikian,kemasyuran Melaka telah bermula seiring dengan keadaan di
mana negara-negara Eropah sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa mereka ke
benua Timur dan Melaka merupakan antara bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka.
Pada Tahun 1509,Diego Lopez De Squera dari Angktan di Raja portuga merupakan angkatan
Portugis pertama telah tiba di Melaka.Selepas serangan bertubi-tubi pada tahun 1511,Melaka
akhirnya telah berjaya ditawan oleh angktan portugis yang di ketuai oleh Alfonso D’
Albuqueque. Sultan Mahmud Syah,pemerintah Melaka ketika itu,telah berundur ke Johar dan
setelah bertapak di situ,orang Melayu cuba menyerang kembali orang portugis adalah pembinaan
kota A’Famosa sebagai benteng pertahanan mereka.Kota A’Famosa telah memantapkan lagi
kuasa Portugis di Melaka selama 130 tahun.Sehinggalah pada tahun Melaka akhirnya jatuh ke
tangan Belanda melalui serangan dan pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak.Bandar
Melaka hampir musnah dan dalam tempoh satu setengah abad,Belanda atau perjanjian London
1824 yang mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda,British di bahagian selatan
Selat(kepulauan Indonesia).Pada tahun 1795,semasa Peperangan Napaleon,Melaka telah
diserahkan kepda Syarikat Hindia Timur Inggeris sementara bagi mengelakkan ia ditawan
oleh negara Perancis. Melaka telah dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1818,
melalui Perjanjian Venice.Melalui Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London 1824
yang mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda,British kembali menguasai Melaka
serta kawasan utara selat dan Singapura manakala Belanda di bahagian selatan selat
(Kepulauan Indonesia).
Dari tahun 1826,Melaka ditadbir oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpakaian di India.
Pada tahun 1827,Negeri-negeri Selat(iaitu Melaka,Pulau Pinang dan Singapura) telah menjadi
Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah pemerintahan Pusat di London.British telah
meneruskan kuasanya di negeri-negeri Melayu sehinggalah berlakunya Perang Dunia ke-2.
Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945,British kembali menyambung
penguasaannya sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan merdeka oleh Y.M
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Penrdana Menteri Malaya yang pertama pasa 31 Ogos 1957.
Undang-Undang Kecil
Undang-Undang Kecil bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah adalah di gubal oleh Bahagian
Perundangan iaitu:-
Undang-Undang Kecil Gudang (MPMT)1979
Undang-Undang Kecil Menkompaun Kesalahan-Keslahan(MPMT)1982
Undang-Undang Kecil Pengandali Makana(MPMT)1982
Undang-Undang Kecil Rumah Urut(MPMT)1982
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan(MPMT)1982
Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar(MPMT)1982
Undang-Undang Kecil Taman(MPMT)1983
Undang-Undang Kecil Iklan(MPMT)1983
Undang-Undang Kebersihan Awam(MPMT)1983
Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut(MPMT)1983
Undang-Undang Kecil Yuran Lesen Garaj Motosikal(MPMT)1984
Undang-Undang Kecil Stor Kayu dan Kerja Kayu(MPMT)1984
Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian(MPMT)1984
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing(MPMT)1984
Undang-Undang Kecil Pelesenan Perdagangan,Perniagaan dan Perindustrian(MPMT)1984
Undang-Undang Kecil Kawalan dan Penyeliaan Tempat-Tempat Makan(MPMT)1985
Undang-Undang Kecil Ternakan Ayam dan Itik(MPMT)1985
Undang-Undang Kecil Penjaja(MPMT)1985
Undang-Undang Kecil Penjaja(MPMT)1985
Undang-Undang Kecil Dewan Perbandaran(MPMT)1985
Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu dan Kerbau(MPMT)1987
Undang-Undang Kecil Nama Premis(MPMT)1988
Undang-Undang Kecil Panggung dan Tempat Hiburan Awam(MPMBB),1987
Undang-Undang Kecil Pasar Malam/Sehari (MPMBB)1989
Undang-Undang Kecil Pilihan raya(MPMBB)1990
Undang-Undang Kecil Vandalisma(MPMBB)1991
Peraturan-Peraturan Menyewa Dewan Serbaguna(MPMT)1986
Cara Perlantikan
Kronologi MBMB melantik anggotanya :-
1.Mesyuarat Dalam Majlis
2.Pegiklanan Jawatan
3.Penjualan Borang Permohonan
4.Tapisan Borang Permohonan
5.Panggilan untuk Peperiksaan
6.Tapisan untuk Temuduga
7.Panggilan Temuduga
8.Calon yang berjaya dalam Temuduga dan Peperiksaan dipanggil untuk melaporkan diri
Peranan
Ekonomi
- MBMB sebagai kerajaan tempatan yang menyediakan kemudahan kepada penduduk
bandaraya berniaga.Contoh :Mewujudkan permis-permis perniagaan untuk menggalakkan
perniagaan
Kemasyarakatan
- MBMB mewujudkan kerjasama dengan masyarakat untuk memberikan perkhidmatan
kepada masyarakat.
- Kerja-kerja yang dilakukan oleh MBMB adalah melibatkan pembaikan jalan,
lampu jalan,longkang,perkhidmatan,mengangkut sampah dan lain-lain.
- MBMB menerima aduan daripada masyarakat dan akan menyelesaikan aduan
yang diterima secepat mungkin melalui piagam pelanggan yang telah mewujudkan.
Kebudayaan
- MBMB mempunyai Badan Kebudayaannya sendiri yang melibatkan artis-artis
Budaya dan Kombo MBMB.
- Badan Kebudayaan ini akan mempersembahkan tarian daripada semua kaum.
- Badan Kebudayaan memelihara kesenian dan kebudayaan setiap kaum yang
ada Kombo MBMB memainkan muzik-muzik asli dan kontemporari seiring
peredaran zaman.
Perayaan
- MBMB menyambut ulang tahun pengisytiharan pada setiap 15 April setiap tahun
- Perayaan yang di sambut melibatkan aktiviti-aktiviti yang dirangka selama sebulan
Bermula seawal penghujung Mac hingga awal Mei setiap tahun
- MBMB juga menyambut pengisytiharan Bandaraya Warisan Dunia pada setiap
7 Julai bermula pada tahun 2008.
SENARAI KANDUNGAN
Bil Aspek Muka Surat
1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Objektif Kajian 4
5. Kaedah Kajian 5
6. Hasil Kajian
i. Institusi Pentadbiran Tempatan 6
ii. Latar Belakang 7-8
iii. Peranan 9-10
iv. Perkembangan 11-12
7. Rumusan 13
8. Lampiran 14-16
9. Rujukan 17
Perkembangan
Sumber Kewangan
- Sumber kewangan MBMB adalah melalui kutipan cukai taksiran harta atau lebih di kenali
sebagai cukai pintu.
- Cukai pintu akan di kutip setiap 6 bulan sekali bagi meringankan beban penduduk.
- Cukai dikutip berdasarkan penilaian harta(Rumah,Bangunan,Permis Perniagaan dan
lain-lain) yang berada di bawah kawasan pentadbiran MBMB(Peta kawasan pentadbiran
ada di websites MBMB)
- Sumber yang lain adalah melalui kutipan lesen perniagaan,kompaun serta denda,sewa
beli(Stadium,Dewan dsb)
Pembangunan Prasarana
- Pembangunan fizikal yang di lakukan oleh MBMB melibatkan perancangan strategik
yang dirangka umtuk membangunkan kawasan-kawasan yang di kenal pasti seperti
kawasan yang mempunyai nilai pelancongan ataupun nilai komersial.
- MBMB juga membina jalan bagi kemudahan penduduk
- Memberikan layanan dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan MBMB
Perancangan Masa Hadapan
- MBMB mendapat pengiktirafan 4 Bintang pada tahun lepas dan kami merancang untuk
mendapatkan penarafan 5 bintang dan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan/Kerajaan
Tempatan yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada yang lebih baik kepada
yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada penduduknya.
- Merancang untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk
bandaraya.Mewujudkan bandaraya yang dinamik,maju dan cemerlang.
Saranan Dan Harapan
- Di peringkat MBMB,menyarankan kepada semua penduduk bandaraya untuk menanam
sikap untuk bekerjasama dan semangat untuk kemakmuran bandaraya.
- Menyarankan agar penduduk dan pelancong untuk tidak membuang sampah dan
bersama-sama memelihara kebersihan persekitaran supaya kita bersama-sama dapat
menikmati pemandangan yang bersih dan taraf hidup yang lebih baik.
- Harapan MBMB adalah untuk menjadikan Bandaraya Melaka sebagai bandar yang bersih
dan indah serta mempunyai pembangunan yang tidak membelakangkan cara hidup,budaya
asal usul Rakyat Malaysia.Bandar seperti lebuh pesisir pantai di kawasan Klebang
- Bangunan yang di bina kebiasaannya akan memberikan impak kepada perniagaan ataupun
kepada daya tarikan pelancong.
RUMUSAN
Saya berasa syukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.Dengan menghasilkan kerja kursus ini,saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
peranan dan tanggungjawab yang di mainkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk
kesejahteraan rakyat.Saya sedar akan tanggungjawab Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
sangat berat dan perlukan kerjasama daripada rakyat negeri Melaka.Pelbagai kemudahan
yang di sediakan telah berjaya menarik minat pelancong datang seterusnya meningkatkan
ekonomi negeri Melaka dan menjadikan sebuah negeri yang maju di Malaysia.
RUJUKAN
1.Puan Hapipah Binti Mohamed,35 Tahun,No.5,Lorong 3,Jalan Sp 5,Taman Seri Pandan
75250 Melaka.
2.Majlis Bandaraya Melaka Bersejrah,No.1,Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh,Hang Tuah
Jaya,75450,Melaka.
3.Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, http://www.mbmb.gov.my.
4.Laporan Tahunan 2009 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Jabatan Perundangan
Fungsi
Bahagian Pentadbiran
-Menguruskan surat-surat/fail-fail Jabatan
-Menyediakan laporan prestasi bulanan
-Mengawal dan menyediakan anggaran belanjawan Jabatan
-Menguruskan anggota Jabatan
-Memastikan standard MS ISO 9001:2000 di patuhi
-Menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan kualiti Jabatan.
JABATAN KEWANGAN
Objektif:
Memperkukuhkan pengurusan kewangan dan perakaunan supaya lebih teratur,bersistematik serta
mematuhi keperluan perundangan bagi memastikan operasi dan aktiviti jabatan di jalankan
dengan lancar dan berkesan.
Fungsi:
-Menguruskan surat-surat Jabatan,fail dan dokuman hasil(bil rampai)
-Pengurusan pendahuluan diri pelbagai daripada anggota/jabatan(kelulusan,daftar,pelarasan dan
mendapatkan balik)
-Menguruskan permohonan dan penutupan akaun bank
-Menguruskan bekalan borang-borang kewangan terkawal seperti Pesanan Kerajaan,Borang
Perolehan,Bil Rampai dll.
-Mengendalikan urusan kehilangan dan pelupusan dokumen atau borang terkawal.
-Menguruskan proses bayaran emolumen dan elaun kepada anggota dan Ahli Majlis
-Pengurusan mesyuarat jabatan.
-Pemantauan kepada program-program kualiti jabatan(ISO,5S)
-Pengurusan cuti anggota jabatan kewangan
-Pengurusan pinjaman daripada luar(bank,kerajaan)
JABATAN KEJURUTERAAN
Objektif:
Menerima,memproses serta menyemak semua permohonan bagi kelulusan pelan-pelan jalan dan parit,kerja-kerja tanah serta lampu awam.
Fungsi:
-Melakukan lawatan dan pemeriksaan ke tapak-tapak pembinaan perumahan,perdagangan
dan perindustrian.
-Menyediakan laporan dan surat sokongan bagi jalan dan parit serta lampu awam bagi
pengeluaran Sijil Kesempurnaan Menduduki
-Bertanggungjawab ke atas penyediaan serta pengurusan tender dan sebut harga bagi
projek-projek pembangunan Majlis agar menepati jadual dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan
-Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan bangunan-bangunan Majlis.
-Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan sistem saliran dan parit dalam kawasan Majlis
-Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan-jalan dalam kawasan bandar dan jalan-jalan
mukim/kampung
-Bertanggungjawab ke atas pengurusan serta penyelenggaraan stor dan woksyop Majlis.
-Menguruskan pembelian kenderaan serta bertanggungjawab ke atas penyelenggaraannya.
-Memproses serta menimbang permohonan untuk mengadakan lampu awam serta lampu
isyarat dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
-Bertanggungjawab untuk mengumpul,menyusun serta menyimpan semua jenis rekod dalam
Jabatan ini dengan baik dan teratur.
JABATAN PELESENAN DAN KESIHATAN
-Merancang dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti perniagaan,perindustrian dan IKS di
kawasan Majlis Bandaraya bertujuan merancakkan pertumbuhan ekonomi sesuai dengan slogan
“Makmur perniagaan,Makmur Bandaraya”.
-Menerima dan memproses dalam tempoh maksima 14 hari,permohonan-permohonan lesen
perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBMB.
-Menentukan semua perniagaan mengikut undang-undang yang berkaitan
-Mengawal dan membasmi nyamuk,lilati dan anjing liar.
-Meningkatkan penguatkuasaan dari segi kebersihan dan syarat-syarat lesen perniagaan
-Meningkatkan kefahaman dan kesedaran ke arah budaya niaga yang sihat kepada
pelesen-pelesen melalui taklimat,dialog dan kursus.
-Mengawal dan mengekalkan tahap kesihatan persekitaran bandaraya melalui aktiviti-aktiviti
pembasmian nyamuk,lilati dan anjing liar.
-Mengawal dan mengekalkan tahap kesihatan persekitaran bandaraya melalui aktiviti-aktiviti
Pembasmian nyamuk,lilati dan anjing liar.
-Menguruskan tandas awam di seluruh kawasan bandaraya.
JABATAN KAWALAN
-Memastikan permohonan kelulusan pelan-pelan bangunan yang diberikan selaras dengan dasar
dan peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974(Akta 133)
-Memproses permohonan pelan-pelan bangunan dan Sijil Layak Menduduki bagi mendapatkan
Kelulusan Datuk Bandar
-Bertidak sebagai urus setia Mesyuarat Express Bangunan di peringkat Majlis
-Menguatkuasakan Akta Jalan Parit dan Bangunan(1974) dan undang-undang Kecil Bangunan
Seragam(1984)
-Menerima dan membuat siasatan ke atas setiap bentuk aduan dari orang ramai dengan bangunan
dan disusuli dengan penguatkuasaan yang selaras dengan peruntukan undang-undang
yang ada.
JABATAN PENGINDAHAN BANDAR
-Menjalankan projek-projek pengindahan di dalam kawasan MBMB.
-Memantau dan mengawal selia kerja-kerja pembersihan yang di jalankan oleh pihak kerajaan
dan swasta – Southern Waste Management
-Menyediakan perkhidmatan hiasan bunga pasuan untuk upacara-upacara rasmi bagi pihak
Kerajaan dan juga swasta.
-Memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan landskap untuk kawasan-kawasan yang
Terletak di dalam kawasan MBMB-seperti tebang dan cantas pokok
-Membaiki alat permainan kanak-kanak serta menyelenggarakan dari semasa ke semasa.
-Menyumbang anak benih pokok renek untuk upacara pengindahan dan gotong-royong
-Menyediakan khidmat nasihat tentang perlandskapan kepada pihak sekolah dan juga agensi
Lain yang berminat
-Menerima dan meluluskan permohonan pelan landskap untuk tujuan pembangunan
-Memberi sokongan kelulusan sijil layak menduduki kerja-kerja landskap dan kawal selia
-Menguruskan tapak semaian di Batu Berendam,Melaka.
-Menerima aduan awam dan mengambil tindakan dalam masa 48 jam.
-Menerima tempahan untuk hiasan bunga pasuan
-Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan taman-taman awam,MBMB
-Melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan.
-Melaksanakan projek-projek landskap dengan peruntukan Jabatan Landskap Negara
-Mewakili mesyuarat rasmi bagi pihak MBMB.
JABATAN PENILAIAN HARTA
-Menilai semua harta yang terletak di dalam kawasan kadaran MBMB untuk dikenakan Cukai
Taksiran Harta.
-Menilai semua harta yang dimiliki/diduduki oleh Kerajaan Negeri,Kerajaan Persekutuan
dan Badan Berkanun yang terletak di dalam kawasan kadaran MBMB untuk dikenakan
Sumbangan Membantu Kadar.
-Menjalankan kerja-kerja pindaan senarai nilaian pada setiap penggal untuk dikuatkuasakan
Pada 1 Januari dan 1 Julai pada setiap tahun.
-Mewujudkan sistem pengumpulan data penilaian Cukai Taksiran Harta dan Sumbangan
-Membantu Kadar di dalam sistem komputer.
-Menguruskan hartanah milik Majlis seperti rumah pangsa 9 Tingkat,Tanah Pajakan dan sebagai
dengan baik bagi memperoleh pulangan yang optima.
-Mengeluarkan bil-bil Cukai Taksiran Harta dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas
Pemilik yang gagal menjelaskan Cukai Taksiran Harta.
-Memberi kefahaman yang berkesan kepada pelanggan tentang Cukai Taksiran Harta
-Menentukan sewa pasaran hartanah milik Majlis.
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
-Bertanggungjawab memastikan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sentiasa
peka,maju dan tidak ketinggalan dalam arus perkembangan IT yang pesat pada masa kini.
-Memastikan kesemua sistem aplikasi Majlis berfungsi dengan baik
-Mewujudkan sistem kerja berkomputer dan sistematik,cekap dan cepat dalam kesemua
urusan pentadbiran Majlis
-Memastikan setiap anggota berpengetahuan dan mahir dalam menggunakan sistem berkomputer
-Bertanggungjawab mengkaji dan mengenal pasti peraturan kerja yang perlu di komputerasikan
JABATAN PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA
-Mengumpul dan menyediakan laporan maklumat mengenai masyarakat dan infrastruktur dalam
kawasan Majlis
-Melakukan lawatan dan pemeriksaan di kawasan pentadbiran Majlis.
-Bertanggungjawab ke atas penyediaan serta pengurusan sebut harga bagi projek kemasyarakatan
dan rumah pangsa
-Bertanggungjawab untuk menyelia serta mengawasi pelaksanaan projek kecil kemasyarakatan
dan rumah pangsa.
JABATAN PENHURUSAN PREMIS PERNIAGAAN DAN KHIDMAT PELANGGAN
-Menguruskan permohonan penyewaan gerai/kiosk/pasar Majlis
-Mengurus dan memantau kutipan sewa dan deposit gerai/kiosk/pasar dan kompleks perniagaan
Majlis
-Menguruskan hal ehwal penyelenggaraan gerai/kiosk/pasar dan kompleks perniagaan
-Menerima dan menyelaraskan tindakan aduan berkaitan dengan gerai/kiosk/pasar dan kompleks
perniagaan
-Menguruskan acara dan promosi untuk kompleks perniagaan Majlis.
-Menguruskan perkhidmatan Kaunter Khidmat Pelanggan
-Menyediakan aktiviti komunikasi melalui telefon
JABATAN PENGURUSAN dan KHIDMAT PELANGGAN
-Menguruskan perjawatan dan penempatan anggota
-Bertanggungjawab terhadap rekod perkhidmatan,cuti
-Menyelaras gaji dan elaun
-Menyelaras peperiksaan perkhidmatan untuk pengasahan jawatan
-Mengurus penyediaan Laporan Nilaian Prestasi semua anggota
-Mengurus dan memantau sistem HRMIS
-Mengurus penganugerahan Bintang Kesabaran,Anugerah Khidmat Cemerlang
-Mengurus urusan pencen anggota
-Menyediakan laporan statistik,data perjawatan setiap bulan dan bajet perjawatan
-Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Perlantikan dan Kenaikan Pangkat ,Jawatankuasa
Rayuan Tatatertib,Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan,Panel Pembangunan Sumber Manusia.
JABATAN LOGISTIK DAN FASILITI
-Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan fasiliti yang melibatkan kerja-kerja pembaikan
perabot jalan,pondok bas,dan tampal jalan yang di laksanakan secara pembahagian dalam
kawasan bandar
-Menyediakan segala peralatan logostik(khemah/pentas)untuk kegunaan rasmi dan awam
Setelah mendapat tempahan daripada Jabatan Hal Ehwal Koporat dan Antarabangsa Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah
-Memantau dan menyelenggara Loji Rawatan Kumbahan MBMB supaya mematuhi piawaian
yang telah di tetapkan oleh SPAN/JAS
-Menyelenggara,mengurus dan mentadbir pembelian kenderaan,jentera dan mesin MBMB
dengan berkesan
-Mentadbir dan mengurus sistem penyimpanan dan penyelenggaraan bekalan stok yang selamat,
sistematik dan berkesan.