JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
MANUAL PENGGUNA : RESPONDEN
Panduan Menggunakan Sistem ejob
Survei Guna Tenaga Gaji & Upah Suku Tahunan
Kemaskini April 2019
CORE TEAM MALAYSIAN BUREAU OF LABOUR STATISTICS
1 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
1. Akses Dari Laman Web Jabatan a. Untuk capaian ke sistem, taip https://www.dosm.gov.my pada
pelayar web.
b. Pilih menu Responden seperti Paparan 1.
Paparan 1
c. Pautan ke sistem Survei Guna Tenaga/Gaji & Upah Suku
Tahunan (Quarterly Employment/Salaries & Wages Survey) akan dipaparkan pada skrin seperti Paparan 2. Klik pada pautan tersebut dan menu utama sistem akan dipaparkan di Paparan 3 (muka surat 2).
Paparan 2
2 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
Paparan 3
2. Pilihan Bahasa Pilihan bahasa ‘Bahasa Melayu’ atau ‘English’ yang terdapat pada paparan utama sistem seperti Paparan 4 di bawah.
Paparan 4
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 3
3. Log Masuk Pertama Kali
a. Pada paparan antara muka utama seperti di Paparan 5, klik
Aktifkan Akaun (Pertama Kali).
Paparan 5
b. Antara muka seterusnya akan dipaparkan seperti di Paparan 6.
Masukkan NEWSS ID dan EJOB ID dan klik butang Hantar. NEWSS ID dan EJOB ID akan dibekalkan oleh pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia. NEWSS ID ialah kod 12 digit dan EJOB ID merangkumi abjad dan digit (contoh: EJOB001234).
Paparan 6
4 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
c. Seterusnya, masukkan maklumat Nama Penuh, Nama Pengguna dan Alamat E-mel pada paparan seperti di bawah dan klik butang Hantar. Nama Pengguna akan digunakan untuk mengakses sistem dan dicadangkan menggunakan nama pertubuhan seperti di Paparan 7.
Paparan 7
d. Sila pastikan alamat e-mel yang dimasukkan adalah sah. Kata
laluan akan dihantar melalui alamat e-mel tersebut.
e. Seterusnya, kotak dialog seperti di Paparan 8 akan dipaparkan. Kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel yang dimasukkan pada langkah (c). Simpan maklumat Nama Pengguna dan Kata Laluan sebagai maklumat log masuk sistem.
Paparan 8
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 5
4. Log Masuk
a. Untuk log masuk sistem, masukkan Nama Pengguna dan Kata
Laluan pada antara muka seperti di Paparan 9. Seterusnya, klik butang Hantar. Setelah log masuk berjaya, paparan antara muka seperti Paparan 10 akan dipaparkan.
Paparan 9
Paparan 10
6 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
5. Pengisian Survei
5.1 Makluman Umum
a. Paparan 11 mengandungi Maklumat Umum. Konsep dan definisi serta panduan mengisi survei ini boleh dimuat turun dengan klik pada pautan KONSEP DAN DEFINISI & Panduan Mengisi Survei Guna Tenaga /Gaji & Upah Suku Tahunan (SGTGU) 2019 di perkara 3.
Paparan 11
b. Sebelum memulakan pengisian, klik Survei di Paparan 12.
Paparan 12
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 7
c. Seterusnya, antara muka seperti di bawah akan dipaparkan.
Paparan 13
8 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
5.2 Soalan : Maklumat Pengenalan
a. Isi maklumat yang diperlukan dalam medan Maklumat Pertubuhan dan Maklumat Perhubungan seperti di Paparan 14.
Paparan 14
b. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Seterusnya seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke antara muka sebelumnya, tekan butang Kembali.
Paparan 15
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 9
5.3 Soalan : Maklumat Cawangan
a. Soalan ini perlu diisi sekiranya data yang dilaporkan dalam soal
selidik ini adalah termasuk cawangan lain.
b. Pada antara muka seperti di bawah, klik pada butang Tidak (jika data yang dilaporkan termasuk cawangan lain) dan masukkan maklumat bagi Ibu Pejabat dan cawangan yang berkaitan.
Paparan 16
10 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
c. Bagi menambah maklumat cawangan, isi maklumat yang diperlukan pada medan seperti di Paparan 17 dan klik butang Tambah Cawangan dan maklumat akan dipaparkan pada jadual di Paparan 18.
Paparan 17
Paparan 18
d. Untuk menghapus maklumat cawangan, klik butang Padam dan
maklumat tersebut akan dihapuskan.
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 11
e. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat cawangan
yang telah diisi semasa suku tahun sebelumnya, sila klik butang
Sunting pada Paparan 19 isi maklumat yang betul pada Paparan
20.
Paparan 19
Paparan 20
f. Sila tanda ‘Ya’ pada kotak yang disediakan sekiranya pertubuhan yang dimiliki oleh responden merupakan hak milik perseorangan atau perkongsian dan tiada pekerja diambil bagi perniagaan ini. Sebaliknya, jika perniagaan ini mengambil pekerja, tandakan ‘Tidak’ seperti Paparan 21.
Paparan 21
12 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
g. Jika responden klik ‘Ya’, paparan seterusnya akan ke Paparan 22. Sekiranya ‘Tidak’ responden boleh menekan butang Simpan & Seterusnya. Paparan antara muka seterusnya akan ke soalan survei seperti di Paparan 23.
Paparan 22
Paparan 23
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 13
h. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Seterusnya seperti Paparan 24 di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya.
Paparan 24
5.4 Soalan : Bulan Pertama Suku Tahun (JANUARI 2019/APRIL 2019/JULAI 2019/OKTOBER 2019).
a. Gerakkan kursor pada ikon untuk mendapatkan keterangan mengenai medan pada soalan.
b. Pada paparan bulan pertama seperti di Paparan 25, 26 dan 27 di bawah, isi maklumat yang diperlukan.Tekan butang ‘Tab’ pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor ke medan seterusnya.
Paparan 25
SOALAN PEKERJAAN & KEKOSONGAN BAGI BULAN PERTAMA
14 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
Paparan 26
SOALAN PEKERJA BERGAJI & JAM BEKERJA BAGI BULAN PERTAMA
Paparan 27
SOALAN GAJI & UPAH BAGI BULAN PERTAMA
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 15
c. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Seterusnya seperti di bawah untuk ke soalan seterusnya. Untuk ke antara muka sebelumnya, klik butang Kembali.
Paparan 28
5.5 Soalan : Bulan Kedua Suku Tahun (FEBRUARI 2019/MEI 2019/OGOS 2019/NOVEMBER 2019).
a. Pada bulan kedua seperti di Paparan 29, 30 dan 31 di bawah, isi maklumat yang diperlukan. Tekan butang ‘Tab’ pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor ke medan seterusnya.
Paparan 29
SOALAN PEKERJAAN & KEKOSONGAN BAGI BULAN KEDUA
16 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
Paparan 30
SOALAN PEKERJA BERGAJI & JAM BEKERJA BAGI BULAN KEDUA
Paparan 31
SOALAN GAJI DAN UPAH BAGI BULAN KEDUA
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 17
b. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Seterusnya seperti di bawah untuk ke soalan seterusnya. Untuk ke antara muka sebelumnya, klik butang Kembali.
Paparan 32
5.6 Soalan : Bulan Ketiga Suku Tahun (MAC 2019/JUN 2019/SEPT 2019/DEC 2019).
a. Pada paparan gaji & upah seperti di Paparan 33, 34 dan 35 di bawah, isi maklumat yang diperlukan. Tekan butang ‘Tab’ pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor ke medan seterusnya.
Paparan 33
SOALAN PEKERJAAN & KEKOSONGAN BAGI BULAN KETIGA
18 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
Paparan 34
SOALAN PEKERJA BERGAJI & JAM BEKERJA BAGI BULAN KETIGA
Paparan 35
SOALAN GAJI DAN UPAH BAGI BULAN KETIGA
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 19
b. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang
Simpan & Seterusnya seperti di bawah untuk ke soalan
seterusnya. Untuk ke antara muka sebelumnya, klik butang
Kembali.
Paparan 36
c. Sekiranya responden memasukkan nilai yang salah bagi medan Gaji Pokok (L). Paparan ralat akan dipaparkan seperti di Paparan 37 dibawah.
Paparan 37
5.7 Pengakuan, Hantar & Cetak
a. Masukkan kesemua maklumat yang diperlukan pada
medan-medan seperti paparan di bawah.
Paparan 38
20 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
b. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Cetak atau Simpan & Selesai seperti paparan di bawah untuk ke paparan seterusnya. Untuk ke antara muka sebelumnya, tekan butang Kembali pada sebelah kiri paparan antara muka.
Paparan 39
c. Setelah kesemua maklumat lengkap dan pengakuan telah
disahkan, klik butang Simpan untuk menyimpan jawapan dalam
fomat PDF. Pengemaskinian tidak dapat dilakukan sekiranya
maklumat telah dihantar. Untuk pengemaskinian maklumat, anda
boleh menghubungi pejabat DOSM Negeri yang berkaitan.
d. Untuk mencetak borang survei, klik butang Cetak pada antara muka seperti di bawah.
Paparan 40
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 21
e. Seterusnya, antara muka seperti di bawah akan dipaparkan. Pada antara muka tersebut, kesemua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan.
Paparan 41
22 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
6. Kemas kini Akaun
a. Klik menu Akaun Saya, seterusnya klik pada menu Kemas kini Akaun untuk pengemaskinian akaun pengguna seperti di Paparan 42.
Paparan 42
b. Pengemaskinian maklumat akaun boleh dilakukan seperti di Paparan 43.
Paparan 43
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 23
7. Kemas kini Kata Laluan
a. Klik menu Akaun Saya, seterusnya klik pada menu Kemas kini Kata Laluan untuk pengemaskinian kata laluan pengguna seperti di bawah.
Paparan 44
b. Pengemaskinian kata laluan boleh dilakukan seperti di Paparan 45.
Paparan 45
24 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
8. Lupa Kata Laluan
a. Pada paparan utama sistem, klik pada Lupa Nama Pengguna/Kata Laluan (Responden) seperti di Paparan 46.
Paparan 46
b. Masukkan maklumat pada bahagian Lupa Nama Pengguna/Kata Laluan seperti antara muka di bawah. Seterusnya, klik butang Hantar.
Paparan 47
PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN | 25
c. Seterusnya, kotak dialog seperti Paparan 48 akan dipaparkan dan kata laluan baharu akan dihantar pada e-mel yang telah didaftarkan atas nama pertubuhan anda.
Paparan 48
9. Hubungi Kami
a. Untuk menghubungi DOSM berkenaan sebarang masalah,
maklumat pegawai yang boleh dihubungi telah disediakan pada paparan utama sistem seperti Paparan 49 di bawah.
Paparan 49
26 | PANDUAN PENGGUNA: RESPONDEN
b. Bagi maklumat perhubungan di peringkat DOSM Negeri, klik pautan seperti paparan di atas dan antara muka seperti di Paparan 50 di bawah akan dipaparkan.
Paparan 50
Top Related