3.2.2 MEDIUM PENGHANTARAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Mengenalpasti pelbagai jenis kabel secara bertulis dengan betul
• Mengenalpasti pelbagai jenis media penghantaran secara bertulis dengan betul
MEDIUM PENGHANTARAN
Digunakan untuk menghantar data di dalam rangkaian
Pemilihan jenis-jenis medium adalah berkait rapat dengan jenis topologi , protokol dan saiz rangkaian
Medium Penghantaran
Berkabel (Wired) Tanpa Kabel (Wireless)
Medium Berkabel (Wired)
Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair Cable)
Medium kabel ini selalu digunakan dan ia terdiri daripada beberapa
wayar berwarna dan berpembalut yang dipiuhkan untuk mencipta medan magnet dan seterusnya
mengurangkan gangguan hingar
Biasanya terdapat 8 wayar yang membentuk empat pasangan dan disambung
dengan menggunakan penyambung RJ-45 pada
kedua-dua hujung
Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair Cable)
Kabel Tidak Berlapik Pasangan Terpiuh (Unshielded Twisted
Pair / UTP)
Kabel Berlapik Pasangan Terpiuh (Shielded Twisted
Pair / STP)
Kabel UTP dan STP
Digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang
Kabel ini tidak sesuai untuk rangkaian yang melebihi daripada 100 meter kerana data dan maklumat yang dihantar mungkin akan hilang
Kabel Sepaksi (Coaxial)
Kabel ini mempunyai satu wayar tembaga yang terletak di tengah-tengah yang bertindak sebagai media pengalir elektrik
Manakala lapik pintalan besi antara wayar tembaga dengan lapisan plastik pula bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan hingar
Jenis topologi rangkaian cincin yang menggunakan kabel ini untuk menghubungkan antara komputer – komputer. Ia disambung menggunakan penyambung Bayone-Neill-Concelman (BNC) pada kedua-dua hujung.
Kabel ini menyokong pautan jarak jauh dan menawarkan kadar penghantaran data yang lebih tinggi
Ia juga digunakan untuk menyambung TV dengan penerima gelombang TV.
Kabel Gentian Optik
Kabel ini diperbuat daripada gentian kaca atau silika yang lebih nipis dari rambut manusia. Ia menggunakan denyutan cahaya cahaya dalam menghantar data di dalam rangkaian
Isyarat akan diubah kepada denyutan cahaya dan ditembak oleh laser melalui gentian optik yang berpembalut. Cahaya itu akan bergerak dan membias di sepanjang pembalut kabel pada kelajuan tinggi
Ia digunakan untuk pautan jarak jauh atau pautan antara benua.
Medium Tanpa Kabel (Wireless)
Inframerah (IR)
Teknologi infra merah adalah penghantaran data dalam bentuk inframerah tanpa melalui wayar
Kaedah ini terhad pada satu kawasan yang kecil sahaja iaitu dalam lingkungan 5 meter. Kadar pemindahan data ialah kurang 10 Mbps
Teknologi ini boleh digunakan untuk rangkaian komputer tanpa wayar. Contoh penggunaan lain adalah unit kawalan jauh TV
Gelombang Radio
Gelombang Radio
Bluetooth Wireless-Fidelity (WiFi)
Bluetooth
Menggunakan frekuensi radio 2.45 GHz iaitu standard komunikasi IEE 802.15.1 untuk menghantar maklumat dalam jarak dekat iaitu dalam linkungan 10 meter secara maksima
Teknologi Bluetooth banyak digunakan sebagai pelengkap telefon bimbit, PDA dan lain – lain. Ia adalah alternative bagi infra merah.
Wireless-Fidelity (WiFi)
Sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang memerlukan access point dan kad WiFi yang dipasang di dalam komputer bagi membolehkan komunikasi berlaku.
Teknologi WiFi menggunakan spesifikasi IEE 802.11a/b/g/N yang membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 hingga 100 Mbps.
Satelit Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 transponder yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat.
Satelit bertindak sebagai stesen penghambat (relay) di antara satu stesen bumi dengan stesen bumi yang lain.Ia digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk mikrogelombang (microwave)
Aktiviti
• Jawab soalan yang telah disediakan
Kesimpulan
Medium penghantaran
Berkabel
Kabel pasangan terpiuh
Kabel sepaksi
Kabel gentian optik
Tanpa kabel
Inframerah
Gelombang radio
Satelit
Top Related