Aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah yang menjurus ke arah pemupukan nilai dan etika.
Pengenalan
Kegiatan Kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dipelajari di bilik darjah. Selain itu, kokurikulum merupakan satu saluran
pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-
aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah
dipelajari di bilik darjah.
Matlamat aktiviti kokurikulum ke atas pemupukan nilai dan etika.
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid
harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,
mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak
mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang
positif.
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:
i. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan;
ii. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi murid-murid;
iii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan
di antara sekolah;
iv. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi;
v. Membina dan meningkatkan disiplin murid;
vi. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
vii. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala
antara sekolah dan masyarakat;
viii. Mewujudkan sekolah berwatak.
Bagi merealisasikan matlamat ini, Kementerian Pelajaran telah menambahkan bilangan
pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab, kelab sukan dan permainan serta
mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua
murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.
1.1Badan Uniform - Tunas Kadet Remaja Sekolah
Matlamat
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.
Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong
Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet
Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada
Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20
orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama
penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman,
beramal , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras
dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke
arah Wawasan 2020.
Strategi
Langkah-langkah dan strategi untuk memantapkan kokurikulum sebagai suatu
komponen pendidikan yang penting demi kegemilangan bidang
pendidikan negara pada masa hadapan , dalam hal ini salah satunya melalui
pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. Melalui pasukan
ini boleh membantu proses pembinaan insan, membantu proses pembelajaran
murid. Pelaksanaan pasukan ini pada masa kini telah berjalan dengan lancar,
landasan untuk pembangunannya sudah terbina.
Pelaksanaan
Aktiviti Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah ini dilaksanakan pada
setiap hari Rabu (minggu kedua dan keempat setiap bulan) sebagai salah satu
aktiviti ko-kurikulum. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi ialah
selama sejam sahaja bermula jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi.
Penerapan nilai dan etika kepada pembangunan sahsiah murid
Penganjuran aktiviti Badan Uniform TKRS ini berjaya memberi impak yang positif
kepada semua ahlinya iaitu murid-murid. Perubahan sikap positif yang ditunjukkan
oleh mereka memberi petanda bahawa aktiviti yang dijalankan memberi manfaat
kepada mereka.
Melalui Tunas Kadet Remaja Sekolah, murid-murid ini akan dilatih supaya lebih
berdisiplin kerana sejarah penubuhan badan beruniform ini bermula dengan
ketenteraan. Selain itu, para pelajar akan didedahkan kepada kemahiran kehidupan
seharian melalui perkhemahan dan kemasyarakatan. Sebagai contoh, dalam setiap
aktiviti perkhemahan akan diadakan pertandingan kawad kaki , para ahli akan
mempelajari cara-cara untuk memberikan arahan serta memimpin sesebuah
organisasi. Hasil positifnya, maka akan lahirlah pemimipin yang cekap, berilmu,
dinamik, inovatif dan kreatif.
1.2Persatuan - Persatuan Bola Sepak
Matlamat
Penubuhan Kelab Bola Sepak dilakukan untuk menyahut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Murid yang sihat dan cergas akan menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam segala aspek. Selain itu, penubuhan Kelab Bola
Sepak juga menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan ‘1 Murid, 1 Sukan’. Selain
itu, ia juga berkesan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid yang
menyertainya. Antara matlamat penubuhannya di sekolah rendah ialah :
i. Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan ahli persatuan.
ii. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti
bola sepak.
Strategi
Penyertaan kepada Kelab Bola Sepak dibuka kepada murid-murid tahap satu dan
dua. Penggabungan kedua-dua tahap ini sengaja dilakukan untuk beberapa tujuan.
Antaranya ialah untuk memudahkan pengurusan dan juga memberi peluang kepada
murid untuk mempelajari kemahiran tertentu daripada rakan-rakan yang lain. Ini
merupakan satu langkah yang bijak untuk menyemai semangat bersatu-padu antara
mereka.
Selain itu, terdapat juga perlawanan persahabatan di antara guru dengan murid
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Langkah ini diambil untuk mengeratkan
silaturrahim antara guru dan murid. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara guru
dengan murid tidak hanya terbatas dalam bilik darjah sahaja, tetapi melibatkan
seluruh persekitaran sekolah. Strategi yang diambil ini berjaya memupuk nilai-nilai
murni dalam kelompok Kelab Bola Sepak.
Pelaksanaan
Aktiviti Kelab Bola Sepak dilaksanakan juga pada setiap Hari Isnin pada pukul 2.30
hingga 3.30 petang. Murid-murid yang menyertai kelab ini akan menjalani latihan
secara teori dan amali selama sejam secara berkumpulan.
Penerapan nilai dan etika kepada pembangunan sahsiah murid
Latihan yang dijalankan secara berkumpulan memerlukan murid sentiasa
berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung, nilai-nilai
murni dapat disemai dalam diri mereka. Antara kesan baik yang dilihat melalui
perwatakan ahli-ahli Kelab Bola Sepak ini ialah, mereka semakin menghormati
antara satu sama lain, lebih bertanggungjawab dan berani mencuba sesuatu yang
baru. Sebagai contoh, terdapat seorang murid yang telah dilantik menjadi kapten
pasukan mula mengubah perilakunya menjadi seorang murid yang lebih
bertanggungjawab berbanding sebelum ini.
1.3Kelab - Program Kelab Usahawan Muda
Matlamat
Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu pendekatan pembudayaan
keusahawanan kepada pelajar sekolah menengah. Ianya mula diperkenalkan pada
tahun 1989 dengan penglibatan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Petaling
dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur. Pada ketika itu program
dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Kemudian program ini dipindahkan kepada Kementerian Perusahaan Awam mulai
tahun 1990.
Pada tahun 1995 Kementerian Perusahaan Awam telah diperluaskan skop tugasnya
dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan
kemudiannya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Selaras dengan itu, Program Usahawan Muda telah diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada 9 April 2009,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan, dan
program ini dipindahkan dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI). Kini, Kelab Program Usahawan Muda mula
ditubuhkan di sekolah rendah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid
dengan lebih awal. Antara matlamat penubuhannya ialah :
i. Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar
sekolah.
ii. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan
perniagaan dengan berkesan.
iii. Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman.
iv. Menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya yang menarik.
v. Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
Strategi
Program Usahawan Muda (PUM) memberikan pendedahan dan pengalaman
kepada murid-murid mengenai penubuhan sistem operasi dan pembubaran syarikat
berdasarkan model koperasi. Pelajar akan terlibat di dalam program latihan “hands-
on” selama sembilan bulan di sekolah masing-masing. Pada penghujung latihan
tersebut, pelajar akan membentangkan akaun untung rugi hujung tahun syarikat
berkenaan. Sejumlah 13,372 pelajar dari 682 buah sekolah menyertai Program
Usahawan Muda.
Selain program “hands-on” penubuhan dan pembubaran syarikat, Program
Usahawan Muda(PUM) ini juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen
PUM Negeri, Konvensyen PUM Nasional dan Kem Keusahawan.
Pelaksanaan
Aktiviti Kelab Program Usahawan Muda ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu
(minggu pertama dan ketiga setiap bulan) sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum.
Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi ialah selama sejam sahaja
bermula jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi.
Penerapan nilai dan etika kepada perkembangan sahsiah murid.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelab ini lebih kepada keusahawanan. Jadi hal ini
memerlukan murid untuk lebih berinteraksi dan komunikasi dengan masyarakat luar.
Murid-murid juga diajar cara untuk berkomunikasi dengan berkesan disamping
mengamalkan adab bercakap dengan betul. Murid-murid juga dapat menjalinkan
hubungan silaturrahim sesama mereka. Murid juga dilibatkan dengan dunia
perniagaan yang sebenar. Contohnya, pada Hari Sukan Sekolah, murid daripada
kelab ini dikehendaki membuka gerai jualan di padang sekolah. Murid bukan sahaja
mendapat pendedahan awal tetapi mereka juga dapat mempraktikkan apa yang
telah mereka pelajari.
4.0 Keberkesanan Aktiviti Ko-kurikulum dalam Menerapkan Nilai dan Etika.
Beberapa data telah dikumpul untuk dianalisis. Seramai 20 orang murid telah
diminta untuk menjawab soalan di dalam borang soal selidik berkenaan dengan
aktiviti ko-kurikulum yang telah mereka sertai. Berikut adalah keputusan dan hasil
dapatan yang berjaya direkodkan:
4.1 Bola Sepak
Bola sepak0
2
4
6
8
10
12
14
16
Keberkesanan Penerapan Nilai dan Etika :Kelab Bola Sepak
Ya Tidak
Graf 1.0 Menunjukkan keberkesanan penerapan nilai dan etika dalam permainan bola sepak.
Berdasarkan graf di atas, seramai 15 orang murid bersetuju bahawa Kelab Bola Sepak
berjaya menerapkan nilai dan etika dalam kalangan ahlinya. Walaubagaimanapun,
terdapat juga 5 orang murid yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Berdasarkan kepada hasil dapatan, murid yang tidak bersetuju mungkin didorong oleh
beberapa faktor. Pertama, perjumpaan untuk mengadakan aktiviti kelab terlalu singkat.
Ini menjadikan tempoh interaksi sesama mereka dengan ahli yang lain menjadi begitu
terhad. Kedua, ahli kelab yang ramai menyebabkan murid tidak berpeluang membuat
latihan dengan secukupnya. Tambahan pula, setor sukan tidak menyediakan alatan
yang secukupnya buat murid-murid.Namun, melalui persatuan ini guru dapat
menerapkan nilai moral dan etika. Antaranya ialah aktiviti kelab ini dapat
menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama,
ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan ketepatan membuat
keputusan. Ia memberi peluang kepada murid-murid memperkukuhkan dan
memperkayakan pendidikan jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain-
lain.
Cadangan Penambahbaikkan:
Aktiviti berpersatuan ini akan menjadi lebih berkesan jika murid diberi ruang masa
yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti mereka. Selain itu, kepelbagaian bentuk
aktiviti semasa tempoh berpersatuan juga boleh membantu murid untuk menimba ilmu
berkenaan dengan nilai dan etika secara tidak langsung. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan ialah pertandingan bola sepak. Pertandingan ini akan mengeratkan
silaturrahim serta merapatkan jurang antara murid Tahap 1 dan Tahap 2.
4.2 Tunas Kadet Remaja Sekolah
Tunas Kadet Remaja Sekolah 02468
101214161820
Keberkesanan Penerapan Nilai dan Etika :
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Ya Tidak
Graf 1.1 Menunjukkan keberkesanan penerapan nilai dan etika.
Analisis graf :
Berdasarkan graf, seramai 18 orang murid bersetuju bahawa Tunas Kadet Remaja
Sekola berjaya menerapkan nilai murni dan etika dalam pembentukan sahsiah murid-
murid manakala baki 2 orang menyatakan sebaliknya. Kejayaan ini dikesan disebabkan
oleh beberapa faktor. Pertama, tempoh interaksi murid dalam aktiviti ko-kurikulum ini
agak panjang dan ini memberi peluang kepada mereka untuk bersosialisasi sesama
anggota yang lain. Kedua, aktiviti yang diaturkan meliputi 'indoor' serta 'outdoor' dan
kebanyakan aktiviti ini memerlukan kekuatan berpasukan dan kesepaduan. Sepanjang
melaksanakan tugasan yang diberi, mereka akan didedahkan dengan pelbagai nilai dan
etika yang baik. Nilai murni seperti berdisiplin, berani, saling membantu dan etika
sebagai seorang anggota unit beruniform dipraktikkan sepanjang tempoh masa latihan.
Berdasarkan kepada latihan kawad yang mereka jalani, konsep hukuman dan ganjaran
yang diberi menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam melaksanakan apa jua
pergerakan. Bagi mereka yang kurang bersetuju mungkin kerana mereka kurang
menggemari aktiviti ‘outdoor’ dan lasak.
Cadangan penambahbaikkan :
Aktiviti badan beruniform ini akan lebih berkesan jika guru menyeimbangkan
aktiviti ‘indoor’ dengan aktiviti ‘outdoor’. Guru tidak seharusnya fokus kepada aktiviti
‘outdoor’ sahaja. Antara aktiviti yang bole dijalankan ialah pertolongan cemas. Aktiviti
ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba pengetahuan dan pengalaman
tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan serta menggunakan pengetahuan yang
dipelajari dalam mata pelajaran sains. Dengan ini murid yang kurang menggemari
aktiviti lasak seperti kawat kaki tidak akan rasa terpinggir sekaligus tidak dapat
menerapkan nilai dalam dirinya.
4.3 Program Usahawan Muda
Persatuan Us-ahawan Muda
0
5
10
15
20
25
Keberkesanan Penerapan Nilai dan Etika :Persatuan Usahawan Muda
Ya Tidak
Graf 1.2 Menunjukkan keberkesanan penerapan nilai murni dan etika dalam Persatuan
Usahawan Muda
Analisis graf :
Berdasarkan graf, jumlah 100% murid setuju menunjukkan bahawa Persatuan
Usahawan Muda berjaya mencapai matlamatnya dalam menerapkan nilai murni dan
etika dalam pembentukan sahsiah murid-murid. Kejayaan ini didorong oleh beberapa
faktor antaranya pertama, aktiviti-aktivti yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Setiap
kali perjumpaan diadakan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih kepada kegiatan sosial
seperti penghasilan produk, jual beli dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini
memerlukan murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.
Ini bermakna guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dan etika dalam percakapan
tersebut.
5.0 Penutup
Kesimpulannya, Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang
dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,
unit beruniform dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti
kokurikulum. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan di
samping dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.
Aktiviti kokurikulum turut berperanan membentuk sahsiah dan perwatakan para pelajar
yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yakni meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini , aktiviti kokurikulum seperti
sukan dan permainan serta kelab dan persatuan amat memerlukan semangat
kerjasama daripada setiap ahli. Aktiviti sebegini akan dapat menyemarakkan semangat
berpasukan dalam kalangan ahli kumpulan yang terdiri daripada berbilang bangsa
sekali gus dapat mempererat perpaduan dan integrasi kaum di negara kita sejajar
dengan Gagasan Satu Malaysia. Sesungguhnya, penglibatan ahli yang berbilang ras
dan agama dalam sesuatu aktiviti kokurikulum membolehkan mereka berinteraksi,
saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Ringkasnya, kita bukan
sahaja dapat mewujudkan perpaduan malah dapat mempererat tali silaturahim antara
kaum melalui semangat kerjasama dan bertolak-ansur.
Akhir kata, aktiviti kokurikulum bermanafaat dan penting kepada generasi pelajar di
samping merupakan antara jalan perintis untuk melahirkan barisan pelapis pemimpin
negara bangsa yang berwibawa, beriltizam dan berketrampilan.
Top Related