PUMS 99: 1 l [ TE RSITI MALAYSIA .WAH
BORA. ·G PENGESAHAN STATCS TE IS
~~~ ~_~~~~~_~ __ ~_~_n _____ ~ __ i~_~_~ __ v-_~ __ s_~ __ n ____ ~ __ e_n_~ __ M-T~_~ __ 5~~~<_S __ q_b_~ __ ~ ____________________ ___
] A2AH: .::t j~zO\\r. '0 \ d. C/IfI 0
. S'oo.~ )O\V\O\ M~OI Sc:::\tf'lS Mo.~ SOI\ 1\ S M 0\ ~OVI OV\ dloOIlI\ t' e MOl ~0V10V1
~e~..I-~\_OV"l __ d_O\_\CMfI __
SESI PENGAJIAN: '20<::'5 / 20C>~
~aya \.Jv(LvL . .. Ll~ANA jbINT\ 2...Al"-JVOO IIV
(HURUF BESAR)
nen gaku membenarkan tesis (LPS/ Satjana/ Doktor Fa1safah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti M alaysia Sabah iengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmiIik Universiti Malaysia Sabah . .., Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Si1a tandakan ( / )
SULlT
TERHAD
)'IDAK TERHAD
( .ANDATANGAN PENULlS)
.arn,tt Temp : 4 J A LAN fv\~NI 7 --,r-
~MAN_ MALIM jA~ A 7 S2.SD
=--MEL AlcA
(Mengandungi maldumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tennaktub di dalam AKTA Ri illSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telab ditentukakan oleh organisasifbadan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
DA\\N ~'->GA.'j-A.t\ . J?IN"i l \SS A.
ama Penyelia
Tarikh: 2..5 M I \ 2 0 '09 --- ~ -----------------------
------------------------------------------------------------------------------------~
. l' ATAN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, slla lampiran surat daripada pihak berkuasalorgansasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh teslS ini perlu dikel askan sebagai SULIT
* ~;s~Ed~:~ldkan sebagai tesis b agi Ijazah Doktor F alsafah dan Sarjana secara penyellai'~an , at< disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidiknn, atau Laporan Proj ek Sarjana Muda (LPSM
PENILAIAN PROGRAM MAKANAN TAMBAHAN BAGI KANAK-KANAK KEKURANGAN ZAT MAKANAN DI
KAWASAN PENAMPANG, SABAH.
NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN
TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA
SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)
SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2009
PENGAKUAN CALON
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
17 APRIL 2009
ii
NURUL UYANA BT ZAINUDDIN
HN2005-1820
PENGESAHAN
1. PENYELIA DA TIN RUGAYAH BINTI ISSA
2. PEMERIKSA 1 DR YASMIN 001 BENG HUOl
3. PEMERIKSA 2 elK ADILAH BINTI MD RAMU
4. DEKAN --f}d-' PROF MADYA Dr MOHD ISMAIL BIN ABDULLAH
iii
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan terutamanya kepada penyelia saya, Datin Rugayah binti Issa kerana telah membimbing saya melaksanakan tesis ini. Seterusnya kepada pemeriksa yang terlibat untuk menanda hasil kerja saya iaitu Doktor Yasmin Ooi Beng Hui dan Doktor Lee Jau Shya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan yang telah bersama-sama mengharungi penat lelah menjalankan kajian di Penampang iaitu Nurulakmal binti Razali. Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan bantuan dari segi sokongan moral, pengangkutan dan telah bersama-sama terlibat membantu dalam kajian ini iaitu Nor Fadhlina binti Ahmad Murad, Rasyidah binti Taib, Rusiyah binti Ramli, Amirah binti Mohamed Jalal, Shurida binti Mahamud dan Hanisah binti Elias. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Pegawai Kesihatan Penampang, Doktor Maria Suleiman, Pegawai Zat Makanan Penampang, Puan Jenny Jouti dan Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Penampang iaitu Doktor Fauzia binti Abdul Majid. Selain itu, ucapan terima kasih kepada kakitangan Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Limbanak, Klinik Desa Nosoob, Klinik Desa Moyog dan Klinik Desa Babagon antaranya ialah Ketua Jururawat iaitu Puan Soraya, Jururawat Terlatih Chatrine Takom dan Iris serta jururawat masyarakat iaitu Puan Melinah, Puan Latifah, Puan Klimit, Puan Ruziah dan Puan Sofea. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga iaitu ibu, ayah dan adik yang telah banyak memberikan sokongan dan galakan sepanjang menjalankan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih diucapkan kepada kawan baik saya yang telah banyak memberikan kata-kata semangat untuk saya meneruskan perjuangan menyiapkan tesis ini iaitu Mohammad Aliuddin bin Abu Bakar dan Mahathir bin Mukhtar serta mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak sepanjang kajian ini berjalan.
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan makanan tambahan iaitu susu tepung penuh krim dan multivitamin yang diberi dalam meningkatkan berat badan kanak-kanak kekurangan zat makanan, mengenalpasti sebab-sebab yang menyumbang kepada kegagalan program dan menilai kandungan zat makanan dalam susu tepung penuh krim. Sebanyak 52 orang responden dari Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Limbanak, Klinik Desa Babagon, Klinik Desa Nosoob dan Klinik Desa Moyog terlibat dalam temubual bersama penyelidik. Data diperolehi melalui borang soal selidik penilaian program makanan tambahan. Data dianalisa dengan menggunakan SPSS versi 12. Ujian statistik berpasangan t digunakan untuk mengkaji berat dan status kanak-kanak sebelum dan selepas menerima makanan tambahan pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan nilai p bagi berat ialah p=O.OO dan status ialah p=0.038. Ini menunjukkan ada perbezaan signifikan sebelum dan selepas kanak-kanak menerima makanan tambahan. Taburan frekuensi digunakan untuk menganalis sebab-sebab yang menyumbang kegagalan program iaitu 5.8% kanak-kanak tidak menyukai rasa susu dan multivitamin, 3.8% multivitamin tidak dimakan mengikut arahan oleh anggota kesihatan, 7.7% kanakkanak berkongsi dengan ahli keluarga lain, tahap pengetahuan ibu kurang memuaskan iaitu 42.3% ibu tidak dapat menjawab soalan berkaitan pemakanan dengan baik, 44.2% ibu tidak tahu sebab utama anak mendapat makanan tambahan dan 19.2% ibu tidak pernah melihat kad kesihatan anak mereka. Analisis proksimat dijalankan ke atas susu tepung dan nilai yang diperolehi ialah lembapan 2.85%, lemak 26.04%, protein 26.7%, serabut kasar 0%, abu 4.69% dan karbohidrat 36.3%. Nilai ini tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan nilai pada label dan komposisi nutrien dalam makanan Malaysia. Kesimpulannya pengetahuan dan kesedaran di kalangan ibubapa penting dalam meningkatkan keberkesanan program makanan ini.
v
ABSTRACT
EVALUATION OF SUPPLEMENTARY FEEDING PROGRAM FOR MALNUTRITION CHILDREN IN PENAMPANG, SABAH.
This study is to examine the effectiveness of supplementary food which is full cream milk and multivitamin which given to increase the weight of malnutrition children, to identify the factors contribute to the unsuccessful of the programme and to evaluate the nutrient content of the milk. 52 respondents involved from Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Limbanak, Klinik Desa 8abagon, Klinik Desa Nosoob and Klinik Desa Moyog for interviewing with the researcher. Data was collected from the information from the evaluation form. Data analyzed using SPSS version 12. Paired samples t tests were used to examine weight and status of children before and after received the supplementary food at the significance level of 0.05. Result showed that p value for weight was p=O.OO and status p=0.038. This showed that there is a significance differences before and after the children received the supplementary food. Frequency distribution was used to analyze factors that contribute to the unsuccessful of the programme and the results 5.8% of the children did not like the taste of the full cream milk and multivitamin, 3.8% did not eat the multivitamin according to the health workers, 7.7% shared the supplementary food among the family, level of knowledge among mothers were not satisfied which is 42,3% mothers answered wrongly the question regarding nutrition, 44.2% mothers did not know the exact reason of the children received the supplementary foods and 19.2% mothers never seen the health card of their children. Proximate analysis conducted to full cream milk and the content in the milk 2.85% moisture content, 26.04% fat, 26.7% protein, 0% dietary fiber, 4.69% ash and 36.3% carbohydrate. There was no significance difference with the value on the label and food composition of Malaysia foods. As conclUSion, knowledge and awareness among parents are important in increase the effectiveness of the programme.
vi
SENARAIKANDUNGAN
Halaman
TAlUK
PENGAKUAN CALON ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAIKANDUNGAN vii
SENARAIlADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xv
BAB 1: PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif Kajian 3
BAB 2: ULASAN PERPUSTAKAAN 4
2.1 Makanan Tambahan 4
2.2Susu 4
2.2.1 Susu Tepung Penuh Krim 4
2.2.2 Khasiat Susu 5
2.3 Vitamin Tambahan 6
2.4 Penyusuan Susu Ibu 7
2.5 Malnutrisi di Kalangan Kanak-kanak 7
vii
2.5.1 Malnutrisi Protein Tenaga
2.5.2 Kekurangan Mikronutrien
2.6 Pemakanan Kanak-kanak
2.6.1 Keperluan Tenaga Kanak-kanak
2.6.2 Keperluan Protein
2.6.3 Keperluan Lemak
2.6.4 Keperluan Zat Makanan Lain
2.6.5 Recommended Dietary Allowance
2.7 Kemudahan Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak
2.8 Kepentingan Program Makanan Tambahan di Malaysia
2.9 Program Makanan Tambahan di Negara Luar
2.10 Kawasan Kajian
BAB 3: BAHAN DAN KAEDAH
3.1 Skop Kajian
3.2 Kaedah Persampelan
3.2.1 Responden
3.2.2 susu Tepung Penuh Krim
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
3.3.1 Responden
3.3.2 susu Tepung Penuh Krim
a Penentuan Kandungan Air
b Penentuan Kandungan Abu
c Penentuan Kandungan Protein
d Penentuan Kandungan Lemak
e Penentuan Kandungan Sera but Kasar
f Penentuan Kandungan Karbohidrat
Vlll
9
10
11
13
13
13
13
14
14
15
16
17
19
19
19
19
20
20
20
21
21
22
24
25
26
27
3.4 Isu-isu Etika 27
3.5 Analisis Data 27
3.6 Jangkaan Keputusan 27
BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN 29
4.1 Demografi 29
4.1.1 Maklumat Anak 29
4.1.2 Maklumat IbubapajPenjaga 31
4.2 Keberkesanan Program Makanan Tambahan 34
4.2.1 Berat Badan Kanak-kanak 34
4.2.2 Status Berat Badan Kanak-kanak 34
4.3 Pemakanan Anak 36
4.3.1 Pemberian Susu Ibu 36
4.3.2 Pemberian Makanan Kepada Anak 37
4.3.3 Selera Makan Anak 38
4.4 Sebab-sebab Yang Menyumbang Kepada Kegagalan Program 40
4.4.1 Makanan Tambahan 40
4.4.2 Pengetahuan 42
4.4.3 Kesedaran IbubapajPenjaga Terhadap Anak Kekurangan Zat Makanan 43
4.5 Analisis Proksimat Susu Tepung Penuh Krim 44
BAB 5: KESIMPULAN 46
5.1 Kesimpulan 46
5.2 Cadangan 47
RUJUKAN 49
LAMPIRAN 53
IX
SENARAI lADUAL
Halaman JaduaI2.1: Fakta pemakanan dalam 1 tin susu tepung penuh krim
segera 5
JaduaI2.2: Penunjuk & sasaran Pelan lindakan Pemakanan Malaysia II untuk mengurangkan kekurangan protein tenaga 9
JaduaI2.3: Sukatan makanan bagi bayi yang berusia 6 hingga 12 tahun 12
JaduaI2.4: Sukatan makanan bagi kanak-kanak 1 hingga 6 tahun 12
JaduaI2.5: Dietary Reference Intakes untuk protein 13
JaduaI2.6: Aktiviti kesihatan keluarga bagi bayi sehingga seta hun 15
JaduaI2.7: Aktiviti kesihatan keluarga bagi kanak-kanak 1 hingga 6 tahun 15
JaduaI4.1: Kewarganegaraan bapa dan ibu kanak-kanak 32
JaduaI4.2: Umur, bangsa dan pekerjaan ibu 32
JaduaI4.3: Pendapatan keluarga setiap bulan 34
JaduaI4.4: Status berat badan sebelum & selepas terima makanan 35
JaduaI4.5: Pemberian susu ibu 37
JaduaI4.6: Pemberian makanan kepada anak 38
JaduaI4.7: Selera makan dan kekerapan anak makan sehari 39
JaduaI4.8: Pemberian susu dan jenisnya serta makanan Lain 40
JaduaI4.9: Pemberian makanan tambahan kepada anak 42
JaduaI4.10: Analisis proksimat sam pel susu tepung penuh krim 44
JaduaI4.11: Perbezaan kandungan makronutrien dari label, hasil kajian & nilai disarankan 45
xi
Rajah 4.1:
Rajah 4.2:
Rajah 4.3:
Rajah 4.4:
Rajah 4.5:
Rajah 4.6:
Rajah 4.7:
Rajah 4.8:
SENARAlRAlAH
Taburan umur kanak-kanak
Peratus jantina kanak-kanak lelaki dan perempuan
Taburan bilangan anak
Peratus tahap pendidikan ibu
Halaman 30
30
31
33
Peratus kanak-kanak kurang berat badan sebelum dan selepas menerima makanan tambahan 36
Bilangan kanak-kanak bermasalah menerima makanan tambahan 41
Peratus tahap pengetahuan ibu 43
Sebab anak menerima makanan tambahan 44
xii
SENARAI LAMPlRAN
Lampiran A: Susu Tepung Penuh Krim Daily Sihat, Multivitamin
Vidaylin & Pengkaji di Klinik Desa Nosoob, Penampang
Lampiran B: Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat
Lampiran C: Ujian Berpasangan T Bagi Berat
Lampiran D: Ujian Berpasangan T Bagi Status
Lampiran E: Borang Soal Selidik
Lampiran F: Taburan Frekuensi Soal Selidik
xiii
Halaman
53
55
56
57
58
68
SENARAISINGKATAN
AOAC American Official Analytical Chemist
Cu 504 kuprum sulfat
HCL asid hidroldorik
H2O air
H3B03 asid borik
H2SO4 asid sulfurik
IDD iodine deficiency disorder
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
K2S04 kalium sulfat
L liter
mL millimeter
NaOH natrium hidroksida
NCHS National Center for Health Statistics
PGK Pendapatan Garis Kemiskinan
RDA Reccomended Dietary Allowance
SD Standard Deviation
SPSS Statistical Package for Social Science
UNICEF United Nations Children's Fund
xiv
SENARAI SIMBOL
°c darjah celsius
N normaliti
M molariti
% peratus
& dan
> lebih daripada
< kurang daripada
negatif
+ positif
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Program makanan tambahan yang dilaksanakan di Malaysia merupakan program
kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bermula pada
pertengahan tahun 1997. Program ini merangkumi pemberian susu tepung penuh
krim dan multivitamin kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat
makanan. Kanak-kanak kekurangan zat makanan yang tidak layak menyertai "bakul
makanan" diberikan satu kilogram susu penuh krim setiap bulan sebagai makanan
tambahan (Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan & Pemakanan,
2006). Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan status
pemakanan di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin yang tidak layak
menerima bantuan bakul makanan (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, 2005).
Kumpulan sasaran bagi pengedaran susu tepung penuh krim ialah kanak
kanak kurang berat badan yang berumur enam bulan hingga enam tahun selain
daripada kumpulan sasaran Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan
ataupun lebih dikenali sebagai bakul makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2007). Syarat kelayakan untuk mendapat bantuan adalah bapa kanak-kanak tersebut
warganegara Malaysia, berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan tahun
2004 bagi negeri Sabah iaitu RM888 iaitu RM173 per kapita (Rancangan Malaysia
Kesembilan, 2005). Jangkamasa bantuan diberikan adalah selama tiga bulan
berturut-turut menerima satu
kilogram susu tepung penuh krim. Sekiranya keadaan memerlukan, bantuan boleh
disambung untuk satu hingga tiga bulan berikutnya. Bantuan diteruskan sekiranya
keadaan kanak-kanak masih belum pulih atau semakin teruk (Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah, 2005).
Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum bantuan susu tepung
diberhentikan iaitu setiap kes yang layak perlu diberi bantuan sebanyak satu
kilogram sebulan selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Bagi kes yang telah
menerima bantuan ulangan tam bahan, bantuan boleh diteruskan sekiranya terdapat
bekalan susu berlebihan dan diberhentikan sekiranya kanak-kanak yang mengalami
kurang berat badan teruk mengalami peningkatan berat badan dalam tempoh enam
bulan berturut-turut dan melepasi garisan negatif tiga sisihan piawai daripada
median rujukan iaitu carta pertumbuhan yang disesuaikan daripada National Center
for Health Statistics (NCHS). Kanak-kanak kurang berat badan sederhana yang
mengalami peningkatan berat badan dalam tempoh tiga bulan berturut-turut
mengikut lengkok tumbesaran akan diberhentikan bantuan (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2005).
Skor sisihan piawai yang digunakan adalah untuk menilai data antropometri
di mana kaedah ini adalah dengan mengira penyimpangan pengiraan antropometri
daripada nilai median yang dirujuk dalam bentuk sishan piawai. Sisihan piawai di
bawah nilai negatif dua dikira sebgai berisiko untuk mengalami kekurangan zat
makanan manakala melebihi positif dua pula berisiko mengalami obesiti. Klasifikasi
ini adalah berdasarkan kepada rujukan NCHS. Kanak-kanak di antara sisihan piawai
negatif dua sehingga negatif satu termasuk dalam kategori kanak-kanak kekurangan
zat makanan sedehana. Normal pula adalah apabila kanak-kanak itu berada pada
sisihan piawai negatif satu hingga sisihan piawai dua (Kandiah et at. 2007).
Kanak-kanak yang menerima makanan tambahan terdiri daripada mereka
yang berumur enam bulan sehingga berumur enam tahun. Pada peringkat bayi,
pertumbuhan dan perkembangan berlaku dengan sangat cepat. Menjelang umur
seta hun, purata bayi akan mempunyai berat badan tiga kali ganda dari berat lahir
dan panjang lebih kurang 50% daripada panjang asal. Makanan pertamanya pada
ketika ini adalah susu ibu (Miller et at. 2006). Pada peringkat bayi enam bulan,
makanan pepejal mula diperkenalkan untuk melengkapkan keperluan diet bagi
2
pertumbuhan yang normal (Endres et at. 2004). Seterusnya pada peringkat umur
yang lebih meningkat iaitu kanak-kanak petatih sering mengalami penurunan
terhadap minat pad a makanan disebabkan oleh pertumbuhan yang perlahan dan
berlakunya penurunan pada selera makan mereka (Brown et at. 2005). Kanak-kanak
pra sekolah pula iaitu ketika berumur empat hingga enam tahun perlu makan
dengan kerap pada setiap hari. Pada ketika ini, mereka telah pandai makan dengan
sendirinya berbanding sebelum ini (Endres et al. 2004).
1.2 Objektif Kajian
1. Mengkaji keberkesanan makanan tambahan yang diberi dalam meningkatkan
berat badan kanak-kanak kekurangan zat makanan yang berumur enam
bulan sehingga enam tahun.
2. Mengenalpasti sebab-sebab yang menyumbang kepada kegagalan program
makanan tambahan bagi kanak-kanak kekurangan zat makanan berumur
enam bulan sehingga enam tahun.
3. Menilai kandungan zat makanan yang terdapat dalam makanan tambahan
iaitu susu tepung penuh krim.
3
BAB2
ULASAN PERPUSTAKAAN
2.1 Makanan Tambahan
Keperluan tambahan khususnya makanan tambahan didefinasikan sebagai prod uk
yang diambil untuk dimakan sebagai tambahan di dalam diet. Pengambilan makanan
tambahan merupakan satu cara untuk memenuhi keperluan zat makanan bagi
mereka yang mempunyai pengambilan zat makanan yang rendah, keperluan
semakin meningkat atau kehilangan yang berlebihan (Grosvenor & Smolin, 2006).
2.2 Susu
Bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, hanya produk susu penuh krim sahaja yang
dicadangkan manakala bagi kanak-kanak dua hingga lima tahun produk susu rendah
lemak dibolehkan. Walaupun begitu, susu skim masih lagi tidak boleh diberikan
kepada kanak-kanak melainkan apabila umurnya meningkat (Brown, 2005).
2.2.1 Susu Tepung Penuh Krim
Menurut Akta Makanan 1983, susu tepung penuh krim atau susu penuh krim
hendaklah susu atau campuran semula yang telah dikeluarkan airnya. Susu tepung
penuh krim atau susu penuh krim kering tidak boleh mengandungi lebih daripada
lima peratus air dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 26 peratus
lemak susu. Susu tepung penuh krim atau susu penuh krim kering boleh
mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan (Lembaga Penyelidikan
Undang-undang, 2008).
Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan produk susu Daily Sihat
sebagai bahan makanan untuk rancangan makanan tambahan di Negeri Sabah. Susu
segera Daily Sihat diperbuat daripada susu lembu asli yang berkualiti tinggi. Daily
Sihat berkhasiat dan diperkaya dengan kalsium, protein dan vitamin-vitamin yang
diperlukan untuk pembesaran sihat. Penyediaan susu adalah satu gel as (200 mL) air
suam atau air sejuk dieampurkan dengan tiga sudu Daily Sihat. Susu ini tidak sesuai
bagi bayi yang berumur di bawah enam bulan (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2007).
Berat kasar kandungan susu tepung penuh krim ini mengandungi lebih
kurang 1.18 kilogram manakala berat bersih minimumnya ialah satu kilogram.
Produk susu in dibungkus oleh syarikat Gersik Trade & Marketing yang terletak di 47
M, Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 50300 Kuala
Lumpur. Jadual 2.1 menunjukkan kandungan zat makanan bagi setiap hidangan
sebanyak 60 gram seperti yang tertera pada tin produk susu tepung penuh krim
Daily Sihat.
Jadual 2.1: Fakta pemakanan dalam satu tin susu tepung penuh krim DailySihat
Saiz hidangan 60 9 Jumlah hidangan 17
Setiap 100 9 Setiap hidangan (60g)
Tenaga 512 keal 307 keal Karbohidrat 38 9 22.8 9
Protein 24.3 9 14.58 9 Lemak 28.8 9 17.3 9
Vitamin A 1050 meg 630 meg Vitamin D 12meg 7.2 meg
Sumber: Produk susu tepung penuh krim Daily Sihat, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (2005)
2.2.2 Khasiat Susu
Susu lembu merupakan antara susu pili han yang biasa diberi kepada bayi. Perbezaan
utama dalam kandungan proteinnya adalah 20 peratus berbanding susu ibu yang
mempunyai tujuh peratus protein dan perlu diubahsuai untuk keperluan man usia.
America Academy of Pediatrics tidak menggalakkan penggunaan susu lembu (susu
penuh, dua peratus atau susu skim) pad a kanak-kanak bawah umur setahun
disebabkan tahap asid linoleik, zat besi, vitamin C yang rendah (Endres et al. 2004).
5
Apabila seseorang ibu itu tidak dapat memberikari susu ibu, susu pengganti
adalah penting untuk membekalkan bayi dengan keperluan zat makanan yang
diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optima (Alles et al. 2004).
Susu mengandungi protein haiwan yang lengkap dan merupakan sejenis
makanan yang paling baik untuk kesihatan. Susu merupakan sumber utama kalsium
yang baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. Selain itu, susu turut
mengandungi laktosa iaitu sejenis karbohidrat yang membekalkan tenaga, lemak dan
juga vitamin A serta vitamin D (Phuah, 2003). Pengambilan susu formula bagi bayi
yang sihat adalah lebih kurang 20 hingga 24 oz sehari pada umur enam minggu dan
meningkat kepada 32 hingga 36 oz sehari pada umur enam bulan.
Walaubagaimanapun, jumlah ini akan menurun selepas bayi diperkenalkan kepada
makanan pepejal pada umur enam bulan. Jumlah berkurang kepada 24 oz sehari
pada umur 12 bulan. Pengambilan sehariannya berbeza bergantung kepada
pertumbuhan bayi tersebut (Endres et al. 2004).
2.3 Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan yang dibekalkan kepada kanak-kanak adalah berbentuk cecair
sirap sebelum ditukar kepada tablet pada bulan April 2008. Vitamin tambahan dalam
bentuk tablet kunyah ini dinamakan Vidaylin yang diperkaya dengan tambahan zat
besi. Vidaylin merupakan multivitamin tambahan lengkap dengan perisa epal
diperkaya dengan zat besi yang diperlukan untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak
daripada umur dua tahun. Pengambilannya adalah sebiji sehari atau seperti yang
diarahkan oleh ahli fizik. Membekalkan 12 vitamin dan zat besi penting untuk
pertumbuhan dan perkembangan sihat kanak-kanak. (Unit Pemakanan Jabatan
Kesihatan Negeri Sa bah, 2008).
Antaranya ialah vitamin A, B kompleks, C, D dan E. Vitamin A menjadikan kulit
sihat dan penting untuk penglihatan malam. Vitamin B komplek, Biotin dan asid folik
penting untuk metabolisma badan optima dan membantu pertumbuhan dan
perkembangan fizikal yang sihat. Turut penting dalam penghasilan tenaga dan
pembentukan sel darah merah. Vitamin E merupakan antioksidan yang membantu
menghalang radikal bebas daripada memusnahkan tisu badan. Vitamin C penting
untuk gusi, gigi dan tulang yang sihat, membantu menyembuhkan luka. Vitamin D
membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus daripada usus. Zat
6
besi untuk pembentukan sel darah merah dan mengelakkan anemia (Grosvenor &
Smolin, 2006).
2.4 Penyusuan Susu Ibu
Susu ibu adalah makanan dan pemakanan terbaik untuk bayi dan melindungi bayi
dari penyakit seperti cirit-birit dan jangkitan pernafasan yang boleh menjejas
kesihatan dan pembesaran bayi dan kanak-kanak (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2004). Susu ibu mengandungi kesemua makro dan mikronutrien yang penting,
seimbang dalam jumlah yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi yang sihat.
Komposisi kasein dan protein whey serta komposisi asid amino dalamnya sepadan
dengan keperluan bayi untuk metabolisme anabolik. Kandungan vitamin dan mineral
juga tinggi di dalamnya. Semakin lama penyusuan susu ibu secara ekslusif, semakin
baik untuk bayi (Whitehead et al. 2000).
Susu ialah makanan yang paling sesuai dan merupakan makanan ekslusif
untuk bayi di mana ia mengandungi faktor biologi yang terlibat untuk pertumbuhan
termasuk perkembangan tubuh badan dan otak. Susu ibu ialah cecair biologikal
heterogen yang spesifik dan sesuai untuk memenuhi keperluan nutrien dan
immunologikal bayi yang baru lahir. Pengambilan susu ibu setiap hari menghasilkan
2.5 hingga 1.4 kali daripada Recommended Daily Intake untuk vitamin A dan E
(Campos et al. 2007). Pemakanan yang optima bagi bayi termasuk penyusuan susu
ibu secara ekslusif sehingga umur enam bulan dan meneruskan penyusuan denagan
makanan pelengkap yang sesuai sehingga berumur dua tahun dan seterusnya
(Huffman et al. 2000).
2.S Malnutrisi di Kalangan Kanak-kanak
Pada tahun 1995, lebih kurang 167 juta kanak-kanak bawah lima tahun iaitu hampir
satu per tiga kanak-kanak di negara membangun mengalami kekurangan zat
makanan. Kekurangan zat makanan mengakibatkan impak yang besar dalam
penyeksaan manusia dan pelanggaran hak kanak-kanak. Hal ini menyebabkan
hampir separuh daripada kematian kanak-kanak dunia (Smith & Haddad, 2000).
Kesan utama akibat kekurangan pemakanan yang menjejaskan kanak-kanak kecil
yang sedang membesar adalah kurang berat badan dan bantut. Menurut Kajian
Kementerian Kesihatan / UNICEF yang dijalankan di seluruh negara pada 1998-2000
di kalangan kanak-kanak berumur kurang daripada enam tahun, 19.2% mengalami
kurang berat badan (kurang negatif dua sisihan piawai berat ikut umur) dan 16.7%
7
bantut (kurang negatif dua sisihan piawai tinggi ikut umur). Berdasarkan data
pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia, prevalen kurang berat badan secara
keseluruhan di kalangan kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun adalah
17.3% pada 2004 berbanding 25% pad a 1990. Sebaliknya, kajian penyelidikan
sering melaporkan prevalen kurang berat badan dan bantut di kalangan kanak-kanak
yang sama umurnya daripada keluarga miskin masing-masing melebihi 25% dan
30% (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005).
Ketiadaan jaminan kedapatan makanan yang boleh mengakibatkan
kekurangan zat makanan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kesihatan,
pendidikan pekerjaan, kedapatan makanan dan kemampuan kewangan untuk
membeli makanan. Kekurangan zat makanan boleh mengakibatkan perkembangan
kognitif dan pencapaian akademik yang lembap di kalangan kanak-kanak serta
keupayaan bekerja dan produktiviti yang rendah di kalangan orang dewasa
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Kekurangan zat makanan juga dilihat
sebagai faktor utama yang menyumbang kepada tahap pertumbuhan yang tidak baik
dan kebantutan menjelang dewasa disertai dengan pelbagai jenis penyakit. Faktor
seperti zat makanan dan pengambilan tenaga yang tidak mencukupi, penyerapan
yang tidak baik, dan peningkatan keperluan zat makanan menyumbang kepada
keadaan kekurangan zat makanan yang kronik (Brown et at. 2005).
Selain itu, amalan pengambilan makanan yang membimbangkan juga boleh
mengakibatkan zat makanan yang tidak seimbang. Pengambilan jenis makanan oleh
golongan berpendapatan rendah adalah terhad. Ini boleh menyebabkan kekurangan
zat makanan di kalangan mereka. Oi samping itu, terdapat amalan pemberian
makanan pelengkap bayi yang tidak bersesuaian (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2005).
2.5.1 Malnutrisi Protein Tenaga
Masalah pemakanan yang paling ketara di kalangan kanak-kanak di Malaysia ialah
malnutisi protein tenaga. Aras keterukan masalah pemakanan di negara ini
kebanyakkannya tergolong daripada jenis sederhana (Mohamad et at. 2003). Ini
dapat dilihat pad a kanak-kanak yang berat badannya adalah rendah berbanding
umur mereka. (Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan & Pemakanan,
2006). Malnutrisi protein tenaga biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak kerana
8
mereka bergantung kepada orang dewasa untuk mendapatkan makanan. Oleh itu,
malnutrisi protein tenga mudah berlaku ketika ketiadaan makanan.
Ketika ini, keperluan tenga dari makanan adalah tinggi mengikut saiz badan
mereka (kilogram berat badan) dan keperluan protein yang tinggi per kalori. Mereka
cendurung untuk mengalami kekurangan protein berbanding orang dewasa (Naomi,
2004). Kekurangan zat protein dan tenaga dalam bentuk kekurangan berat badan
dan kerencatan pertumbuhan masih wujud di kawasan pedalaman dan juga di
bandar, terutamanya di kalangan kanak-kanak dari golongan sosio-ekonomi rendah.
Oleh yang demikian, kemiskinan masih merupakan satu fa kto r utama yang
mempengaruhi taraf pemakanan dan kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2005). Pada tahun 2006, jawatankuasa penyelaras kebangsaan untuk makanan dan
pemakanan ada menyediakan penunujuk dan sasaran bagi mengurangkan
kekurangan protein tenaga bagi kanak-kanak di Malaysia.
Jadual 2.2: Penunjuk dan sasaran Pelan Tindakan Pemakanan Malaysia II untuk mengurangkan kekurangan protein tenaga
Petunjuk Tindakan Sasaran Peningkatan pada 2015
Kurang berat badan ketika
lahir Dikurangkan daripada 8.9% pada 2000 kepada 6%
Kanak-kanak di bawah umur
5 tahun:
• Kurang berat badan Dikurangkan daripada 10.6% pad a 2003 kepada 5%
• Bantut Dikurangkan daripada 19% pada 2000 kepada 10%
• Susut berat badan Dikurangkan daripada 13% pada 2000 kepada 6.5%
Kurang Berat Badan:
• Kanak-kanak 6 Dikurangkan sebanyak 25%
hingga 12 tahun
• Kanak-kanak 13 Dikurangkan sebanyak 25%
hingga 18 tahun
9
RU1UKAN
Alles, M.S., Scholtens, P.A.MJ. & Bindels, J.G. 2004. Current Trends in The Composition of Infant Milk Formulas. Journal of Current Pediatrics. 14: 51-63.
AOAe. 2005. American Official Analytical Chemist. Association of Analytical Chemist. Washington De.
Boyle, M. A. & Holben, D. H. 2006. Community Nutrition in Action. United States of America. Thomson Wadsworth.
Brown, J.E., Isaacs, J.S., Krinke, U.B., Murtaugh, M.A., Sharbaugh, e., Stang, J. & Wooldridge, N.H. 2005. Nutrition through the Life Cycle. Second Edition. United States of America. Thomson Wadsworth.
Campos, J.M., Paixao, J.A. & Ferraz, e. 2007. Fat Soluble Vitamins in Human Lactation. International Journal Vitamin Nutrition Research.77 (5): 303-310.
Cheah, W. L., Wan, M. W. N., Zabidi, H. & Chang, K. H. 2007. A Qualitative Study on Malnutrition in Children from the Perspectives of Health Workers in Tumpat, Kelantan. Malaysia Journal of Nutrition. 13(1):19-28.
Chitekwe, S. 2000. Report on the Evaluation of Child Supplementary Feeding Programme Implemented from October 1999 to June 2000 in three districts in Zimbabwe. UNICEF. Harare, Zimbabwe.
Endres, J.B., Rockwell, R.E., Mense, e.G. 2004. Food, Nutrition, and The Young Child. Fifth Edition. New Jersey. Pearson Prentice Hall.
Grosvenor, M.B. & Smolin, L.A. 2006. Nutrition Everyday Choices. United States of America. John Wiley & Sons.
Guthrie, H.A. & PicCiano, M.F.1995. Human Nutrition. Missouri: Mostby-Year Book Inc. Hanafiah, M.S. 2002. Keluarga dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Huffman, S.L., Green, C.P., Caulfield, L.E. & Piwoz, E.G. 2000. Improving Infant Feeding Practices: Program Can Be Effective. Malaysia Journal of Nutrition 6(2):139-146.
49
Institute of Medicine, Food and Nutrition Board. 1997. Dietary Reference Intakes for calcium, phosphorus, magnesium, vitamin D, and fluoride. Washington DC. National Academy Press Dalam Brown, J.E., Isaacs, J.S., Krinke, U.B., Murtaugh, M.A., Sharbaugh, c., Stang, J. & Wooldridge, N.H. 2005. Nutrition Through the Life Cycle. Second Edition. United States of America. Thomson Wadsworth.
Jabatan Kesihatan Negeri Sa bah, 2005. Garispanduan Pelaksanaan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan Negeri Sabah. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan & Pemakanan.2006. Pelan Tlndakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia II (2006-2015). Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang. 2008. Akta Makanan 1983 (Akta 281) & Peraturan-Peraturan (Hingga 20 Februari 2008). Selangor. International Law Book Services. 2008.
Jabatan Perangkaan.2000. Bilangan Penduduk dan Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (peratus) Mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran, 1980, 1991, 2000. Jabatan Perangkaan. 2000.
Kain, J. & Uauy, R. 2001. Targeting Strategies Used by Chilean National Supplementary Feeding Programme. Nutrition Research. 21: 677-688.
Kandiah, M., Zalilah, M.S., Chan, T.M. & Hazizi, A.S. 2007. Handbook on Nutritional Assessment Method Selangor. August Publishing.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2005. Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia. Putrajaya. Majlis Keselamatan Makanan & Pemakanan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2007. Panduan Menyelenggara Buku Rekod Pengedaran Susu Tepung Penuh Krim-KIB 1l0.Pindaan 2/ 2007. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2007.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2004. Tata Etika Produk Susu Formula Bayi. Hijau Sepadu Sdn Bhd.
Kropf, M. L., Holben, D.H., Holcomb, J.P., Anderson, H. 2007. Food Security Status and Produce Intake and Behaviors of Special Supplemental Nutrition Program for Women, Infants, and Children and Farmers' Market Nutrition Program
50
Participants. Journal of the American Dietetic Association. 107(11):1903-1908.
Maltby, J. & Day, L. 2002. Early Success in Statistics. United Kingdom: Prentice Hall.
Miller, G.D., Jarvis, Jarvis, J.K. & McBean, L.D. 2006. Handbook of Dairy Foods and Nutrition. Third Edition. National Dairy Council. United States of America. CRC Press.
Mohamad, H.R., Baharudin, O. & Suhaina, S. 2003. Pemakanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Munro, L. T. 2002. Zimbabwe's Child Supplementary Feeding Programme: A Reassessment Using Household Survey Data. UNICEF. Disaster. 26 (3): 242-261.
Ng, W.c., Zalilah, M.S.,Khor, G.L., Wan Norlida, W.N., Haslinah, A., Shashikala, 5., Mirnalini, K., Nawalyah, A.G. & Hejar, A.R. 2005. A Qualitative Study on Perceptions and Knowledge of Orang AsH Mothers on Child Health and Nutrition. Malaysian Journal of Nutrition. 11 (2): 75-88.
Nitisewojo, P. 1995. Prinsip Ana/isis Makanan. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Phuah, K.E. 2003. Pemakanan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). 2005. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bulanan Purata, Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar 2004.
Skinner, J.D. 2004. Meal and Snack Patterns of Infants and Toddlers. Journal of the American Dietetic Association. 104:565-570.
Smith, L.c. & Haddad, L. 2000. Overcoming Child Malnutrition in Developing Countries: Past Archievements and Future Choices. Dalam http://www.ifprLorg/2020/briefs/brief64.pdf pada 4 Ogos 2008.
Tee, E.S., Noor, M.L, Azudin, M.N. & Idris, K. 1997. Nutrient Composition of Malaysian Foods. Kuala Lumpur: Institute for Medical Research.
Tilman, C. 2004. Maternal and Child Nutrition in Timor Leste. Malaysian Journal of Nutrition. 10 (2)125-130.
51
Trahms, CM. & Pipes, P.L. 1997. Nutrition in Infancy and Childhood. Sixth Edition. United States of America. McGraw Hill Companies.
UNHCR/WFP Guidelines for Selective Feeding Programmes in Emergency Situations. 1999.
UNICEF. 2004. Malaysia Menempa Kejayaan di dalam Menurunkan Kadar Prevalensi Kanak-kanak yang Mempunyai Kurang Berat Badan. http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7264.html. 18 November 2004.
Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. 2007. Sukatan Makanan Bagi Bayi Yang Berusia 6 hingga 12 bulan.Melaka. Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. 2008. Laporan Bulanan/ Tahunan Susu Tepung Penuh Krim Segera. Sisitem Maklumat Pengurusan Kesihatan Keluarga. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. 2007. Panduan Pemakanan Kanak-kanak Berusia 1 hingga 6 tahun. Langkah Terbaik Untuk Anak Anda. Selangor. Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi. Laporan Tahunan dan Aktiviti Tahun 2005 Cawangan Pemakanan. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2005.
Vautier, F., Hildebrand, K., Dedeurwaedder, M., Baquet, S. & Herp, M. V. 1999. Dry Supplementary Feeding Programmes: An Effective Short-term Startegy in Food Crisis Situations. Journal of Tropical Medicine and International Health. 4(12):875-879.
Whitehead, R.G. & Paul, A.A. 2000. Long Term Adequacy of Exclusive Breast Feeding: How Scientific Research Has Led to Revised Opinions. Proceedings of the Nutrition Society. 59: 17-23.
Zuraida Mohamad Ali. 2004. Amalan Makan dan Status Pemakanan Bayi Berumur 4 hingga 12 bulan di klinik sekitar Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
52