PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
PRA 3111PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN
KANAK-KANAK
SINOPSIS
Modul ini mengandungi konsep pentaksiran dan penilaian kemajuan perkembangan
kanak-kanak. Modul kursus ini juga mendedah pelajar kepada perancangan
pentaksiran dan penilaian kanak-kanak, pengumpulan data melalui pemerhatian
tingkah laku, perbualan, penilaian hasil kerja, rakaman, temubual dengan pelbagai
pihak, perbincangan dengan ibu bapa, penilaian melalui rekod-rekod peribadi dan
penilaian melalui ujian saringan. Melalui modul ini, pelajar juga dapat memahami
penganalisisan, pelaporan dan membuat tindakan susulan, etika pentaksiran yang
meliputi garis panduan membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru-
guru prasekolah.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep, objektif, kepentingan dan prinsip-prinsip pentaksiran dan
penilaian kemajuan kanak-kanak.
Mengunakan pertimbangan sendiri dalam melaksanakan teknik-teknik pentaksiran dan
penilaian pengikut proses.
Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam menyediakan laporan pentaksiran dan penilaian
kanak-kanak.
Merancang, mengurus dan melaksanakan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak
prasekolah.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Mengenalpasti pelbagai cara pemerhatian untuk mengumpul data berkaitan kemajuan
kana-kanak.
Mengenalpasti dan mematuhi etika pentaksiran dalam melaksanakan pentaksiran dan
penilaian kemajuan kanak-kanak.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
PentaksiranDan Penilaian
Kemajuan Kanak-Kanak
Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak
Perancangan Pentaksiran dan Penilaian Kanak-Kanak
Pengumpulan Data
Etika Pentaksiran
Tindakan Susulan
Pelaporan
PenganalisisanData
Penyimpanan Data
Perekodan Penilaian
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
TAJUK 1 PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1.0 Pengenalan
Kanak-kanak merupakan golongan yang agak sukar dinilai secara tepat kerana aktiviti
yang mereka lakukan, tumpuan yang singkat dan pencapaian yang tidak konsisten
dalam persekitaran baru. Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pencapaian
mereka termasuk baka, perbezaan budaya dan bahasa, serta ibu bapa yang kadang-
kadang kurang berinteraksi dengan anak mereka. Pentaksiran dalam keadaan yang
santai adalah situasi di mana penilaian amat berkesan dilakukan.
Kepentingan
Prinsip-prinsip
Objektif
Konsep Pentaksiran
Autentik
Pengenalan Pentaksiran Dan
Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Pentaksiran merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan
dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara
berterusan
Pentaksiran kemajuan kanak-kanak bertujuan untuk mengenali ‘basic point’
kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak dalam bentuk yang praktikal bukan
sekadar teori. Sebaliknya berbentuk rujukan kriteria iaitu membandingkan kebolehan
kanak-kanak dengan kriteria yang perlu dicapai mengikut peringkat umur. Pentaksiran
bukan untuk membandingkan tahap pencapaian antara seorang kanak-kanak dengan
kanak-kanak yang lain atau untuk melabel mereka.
Kesimpulannya, pentaksiran dan penilaian dalam prasekolah bermaksud satu
proses pemerhatian yang melibatkan beberapa langkah utama dalam proses
pengumpulan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari aspek
psikomotor, kognitif dan afektif yang dilaksanakan secara berterusan dan tidak
formal dalam tujuan mendapatkan maklumat yang tepat selain memberi
panduan buat guru dalam menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti
pentaksiran merupakan perkara penting dalam melengkapkan proses pentaksiran.
Pertimbangan harus diberi ke atas aspek keperluan, perasaan, psikologi dan teori
perkembangan kanak-kanak semasa merancang proses pentaksiran
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
1.1 Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada
masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas.
Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang
digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira aspek minat, budaya, latar
belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan,
ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari
segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.
Pentaksiran prasekolah dilaksanakan secara pendekatan formatif. Matlamatnya
ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu guru mengesan
penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk
mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara
berulang dan berterusan. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan
membina item, instrumen atau aktiviti.
Kanak-kanak memerlukan kaedah penilaian yang berkesan dalam mengenal pasti
kemajuan mereka menggunakan cara yang sah dan boleh dipercayai. Maka,
pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan
sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan prasekolah dengan
rasional perlu ada sistem yang mentaksir secara bermakna untuk perkembangan
kanak-kanak, sistem pentaksiran yang telus untuk ibubapa dan kanak-kanak dan perlu
ada program jambatan di prasekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan
subjek.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
1.2 Objektif Pentaksiran
Pentaksiran murid di prasekolah menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan
serta perkembangan dan bukan pencapaian semata-mata. Maklum balas yang
diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting
dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan
kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan
kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Bagi memastikan murid
mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan
persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan,selaras
dengan reka bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula
digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010.
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran
dari masa semasa
iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid.
v. Mengesan keberkesanan pengajaran.
vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
Menurut Katz (1997), objektif pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk:
• Meningkatan pembelajaran murid
• Membuat keputusan penempatan
• Membuat diagnosis masalah pembelajaran
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
• Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
• Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa
• Menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuannya sendiri
• Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
• Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum
• Menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama
1.3 Prinsip-prinsip Pentaksiran
James H. McMillan (2000), menyatakan tiga prinsip dalam pentaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak ialah;
• Jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus
• Kons is ten
• Inklusif dan adil
Surayah dan Haslinda (2009), amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak
menyatakan terdapat enam prinsip pentaksiran dan penilaian:
i. Dijalankan secara berterusan.
ii. Mempunyai perancangan strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-
beza sesuai dengan setiap tujuan dan hasil penilaian.
iii. Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan
objektif pembelajaran.
iv. Memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian murid-murid.
v. Dilaksanakan secara tidak formal.
vi. Dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan
kesahihannya
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
1.4 Kepentingan Pentaksiran
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi kanak-kanak dalam pembelajaran.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan secara
menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek
tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama dengan pakar kesihatan semoga
bantuan dapat diberikan pada peringkat awal lagi.
2. Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
Tidak semua murid dapat menerima maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu
guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan
maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap murid.
Penglibatan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif sangat
penting.
3. Membuat perancangan aktiviti
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat
mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan atau pengayaan.
Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil.
4. Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran melalui respons
kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti memberi gambaran berkenaan status
penerimaan. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran dalam memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Maka, guru perlu
membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
dikehendaki. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang secara tersusun
dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
5. Mempelajari keperluan setiap murid
Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam
pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan potensi murid.
6. Menyelesaikan sesuatu masalah
Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa dia
berada di prasekolah. Kanak-kanak dapat mengatasi masalah ‘tiada kawan’
contohnya, apabila guru memberi peluang, masa dan bimbingan kepada mereka.
7. Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa
Setiap catatan yang dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasilan kerja
kanak-kanak merupakan bukti yang kukuh. Rekod prestasi perkembangan ini dapat
dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-kurang dua kali setahun.
8. Memberi laporan kepada pakar.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah daripada segi kesihatan seperti lambat
daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan.
Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal.
9. Menghargai hasil kerja murid
Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang
telah dia hasilkan. Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai.
Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana
pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau.
10. Membuat tindakan susulan serta merta
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi ganjaran
serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan.
Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan murid berkenaan
perlakuannya.
Menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
kepentingan pentaksiran kepada guru adalah seperti berikut;
• Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.
• Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
• Membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta merancang
tindakan susulan.
Manakala kepentingan pentaksiran kepada murid, melalui maklumbalas pentaksiran,
murid akan dapat :
• Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
• Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi
mereka.
Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah
• Mengambil kira psikologi kanak-kanak, fitrah kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak.
• Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.
• Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).
• Dijalankan dalam suasana tidak formal.
• Dijalankan tidak secara langsung.
• Dijalankan dalam keadaan yang tenang.
• Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.
• Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
• Tidak melebelkan murid sebagai pandai / tidak pandai.
• Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan.
• Tidak berfokus kepada ujian pencapaian, tetapi tahap perkembangan murid.
• Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid (autentik)
• Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid.
• Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.
TAJUK 2 PERANCANGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
2.0 Pengenalan
Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu
sebelum memulakan persekolahan formal di tahun satu, pentaksiran merujuk standard
digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard
Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK (rujuk Lampiran A dalam modul ini) perlu
diakuri oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini. Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010
Menentukan masa dan
tempat penilaian
dibuat
Menentukan kemahiran/apa yang hendak
dikesan/ diperhatikan
Menentukan kaedah
pentaksiran
Mengenal pasti kanak-
kanak
Perancangan Pentaksiran
dan Penilaian Kanak-kanak
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
disusun atur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah
perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran.
Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid.
Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk.
Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui
beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan
spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan. lanya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap
Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran.
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator
pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk
memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan.
Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di
prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard.
Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap
perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi
yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan
tingkah laku (proses & produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan
evidens (bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.
Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum
yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda
bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. la memberi definisi
kepada ."kejayaan" dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan
cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan
diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan
pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
prestasi memberi gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang bagaimana
hendak memberi skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid. Standard
Prestasi juga dirujuk semasa guru memberi maklum balas dan membuat pelaporan
tentang murid.
Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau
hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik
tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi
bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri.
Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor. Kriteria
merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara
yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan
mengambil kira perbezaan antara individu. la menjadi rujukan bagaimana prestasi
murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap
penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang
ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai
dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua
kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan.
Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang
digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang
diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ... ) atau markah (1, 2, 3, ... ) yang
hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian
pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata
tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk
menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat
menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang
hendak dicapai.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah
Belum Menguasai ( ), Sedang Maju ( )dan Telah Menguasai ( ). Tiga skor ini
mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan
bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.
Jadual 1: Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 1
Skor(Tahap Penguasaan)
Simbol Kriteria
Telah Menguasai TM Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila.
Sedang Maju SM Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.
Belum Menguasai BM Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat .
Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 2
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Skor(Tahap Penguasaan)
Simbol Kriteria
Menguasai M Boleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga selesai.
Sedang Berkembang SB Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila melakukan aktiviti namun masih boleh melakukan sehingga selesai.
Perlu Banyak Bimbingan
PB Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan.
Tiga tahap penguasaan di Jadual 1 dan 2 boleh menjadi teras (asas) kepada
pernyataan kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk
mentaksir setiap konstruk.
Dengan adanya Standard Prestasi, guru dapat memberi skor dan maklum balas
yang tepat kepada murid tentang prestasi mereka . Sehubungan itu guru boleh
mengatur strategi pengajaran atau intervensi untuk membantu murid. memperbaiki
pembelajaran mereka bagi menguasai tahap yang tertinggi. Daripada maklum balas
guru, murid pula mendapat gambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di
mana kedudukan mereka dan apa lagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju ke arah
sasaran berkenaan.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
2.1 Mengenal pasti kanak-kanak
Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat
pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid.
Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu
guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi
seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti
pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen
atau aktiviti.
Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja,
hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Elakkan daripada
menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat memberi maklumat mengenai
kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid
prasekolah. Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid
ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di
luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau
aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambi! kira aspek minat,
budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan,
ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari
segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.
Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu
guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat
daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh
dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yag lebih jelas dan tanpa ragu-
ragu.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Rajah 1 : MODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Merancang
Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan
melakukan perkara-perkara berikut:
• Tahu tujuan mentaksir
• Tahu apakah konstruk yang ditaksir
• Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSPK
• Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan;
• Tentukan instrumen (aktiviti atau strategi) yang akan digunakan;
• Tentukan bila hendak mentaksir;
• Tentukan tempoh pemerhatian.
Membina Instrumen
Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard
Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat
supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan
pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan
apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran
mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan eviden bagi
lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah ialah
permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.
2.2 Menentukan kaedah pentaksiran
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembamgan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. Justeru, para guru prasekolah perlu merujuk ke enam-enam standarad
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
pentaksiran sebagai mana yang terkandung di dalam KSPK bagi memastikan
amalan pentaksiran yang dilaksanakan adalah mematuhi standard yang sebenarnya.
Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan
tujuan pentaksiran yang ditetapkan.
Tujuan pentaksiran adalah untuk:
• Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
• Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.
• Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran
dari semasa ke semasa.
• Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek
yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
• Mengesan keberkesanan pengajaran guru.
Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan
susulan yang berkesan untuk:
• Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor.
• Membantu pembelajaran murid.
• Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran guru.
Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
• Penerapan nilai
• Pembentukan sikap
• Penguasaan kemahiran
• Status kecergasan
• Status kesihatan
• Kesediaan sosial (social readiness)
Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:
• Penerapan nilai
• Pembentukan sikap
• Penguasaan kemahiran
• Status kecergasan
• Status kesihatan
• Kesediaan sosial (social readiness)
Standard Pentaksiran Ketiga: Pentaksiran dijalankan secara berterusan
sepanjang masa.
Pentaksiran dijalankan berterusan sepanjang masa
Standard Pentaksiran Keempat: Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai
dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan
perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah
seperti berikut:
• Pemerhatian berterusan
• Penilaian hasil kerja
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
• Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:
- Ujian atau peperiksaan formal
- Ujian kertas dan pensil
• Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.
• Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.
• Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau
kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.
• Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik
berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Contoh rekod adalah seperti berikut:
- Senarai Semak.
- Skala Kadar.
- Rekod Anekdot.
- Rekod Berterusan (Running Record).
- Portfolio
Standard Pentaksiran Kelima: Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang
tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan
untuk membantu pengajaran.
• Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat
prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.
• Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat
kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.
• Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid- murid
sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Standard Pentaksiran Keenam: Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh
beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
• Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain,
ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja.
• Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak.
Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat
dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak
pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam
perkembangan kanak-kanak ini kelak.
• Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru
perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau ’B’
dan seterusnya.
• Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi
boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya
berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-
kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat
daripada perempuan.
2.3 Menentukan kemahiran / apa yang hendak dikesan / diperhatikan
Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir (konstruk), rujukan
dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap
Tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Fokus,
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan dengan terperinci
perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan sikap baik (yang
berkaitan dengan kemahiran kebolehan dalam Standard Pembelajaran) juga
diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dan sikap positif
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 3 menunjukkan senarai
konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang sepanjang tempoh pembelajaran
murid di peringkat prasekolah.
Jadual 3: Senarai Konstruk Untuk Pentaksiran Di Prasekolah
TUNJANG KONSTRUK
Komunikasi
BM1 Kemahiran Mendengar
BM2 Kemahiran Bertutur BM3 Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan
Konsonan BM4 Kemahiran Membaca Perkataan BM5 Kemahiran Membaca Ayat BM6 Kemahiran Mencerita Semula BM7 Kemahiran Menulis
,
Kemanusiaan
KM1 Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan
Keluarga, Rakan, Sekolah, Komuniti. KM2 Amalan Sikap yang Baik dalam Hubungan antara Diri
dengan Keluarga, Rakan, Sekolah dan Komuniti KM3 Amalan Tabiat Menjaga Alam Sekitar KM4 Pengetahuan Asas tentang Warisan Budaya Tradisional
Pelbagai Kaum di Malaysia KM5 Pengetahuan Asas tentang Negara Malaysia KM6 Amalan Cintakan Negara
Ketrampilan
Diri
SE1 Kemahiran Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri SE2 Kemahiran Mencapai Emosi yang Positif SE3 Kebolehan Membina Kemahiran Sosial
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Perkembangan
Sosioemosi
Perkembangan
Fizikal dan
Estetika
Perkembangan
Fizikal dan
Penjagaan
Kesihatan
FZ1 Kemahiran Motor Halus FZ2 Kemahiran Motor Kasar FZ3 Kemahiran Menjaga Kebersihan Diri FZ4 Mengamalkan Tabiat Pemakanan yang Berkhasiat FZ5 Kemahiran Menjaga Kebersihan Persekitaran FZ6 Mengamalkan Langkah-Iangkah Pencegahan Jangkitan
PenyakitFZ7 Pengetahuan tentang Sumber Bahaya FZ8 Mengamalkan Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan
Diri
Perkembangan
Fizikal dan
Estetika
Kreativiti
KR1 Kemahiran Menghasilkan Karya Seni Visual Secara
KreatifKR2 Mengamalkan Sikap Apresiasi SeniKR3 Kemahiran dalam MenyanyiKR4 Kemahiran Memainkan Alat PerkusiKR5 Kemahiran Gerakan KreatifKR6 Kemahiran Berlakon dan Main Peranan
Sains dan
Teknologi
( Perkembangan
ST1 Kemahiran MemerhatiST2 Kemahiran Merekod Hasil PembelajaranST3 Kemahiran Membuat Pengukuran Menggunakan Unit
Bukan Piawai
ST4 Kemahiran Membanding dan MembezaST5 Kemahiran MengelasST6 Kemahiran Membuat RamalanST7 Kemahiran Menyelesaikan MasalahST8 Kemahiran Membuat SeriasiST9 Kemahiran Mengecam Corak Berulang dan Membina
Pola
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Kognitif )
Awal Sains
Awal Matematik
ST10 Pengetahuan tentang Nombor 1-20ST11 Pengetahuan tentang 20, 30, 40, 50ST12 Kemehairan Menyelesaikan Operasi Tambah dalam
Lingkungan 10ST13 Kemehairan Menyelesaikan Operasi Tolak dalam
Lingkungan 10ST14 Kemahiran Mengecam Duit yang Berlainan NilaiST15 Pengetahuan tentang Konsep MasaST16 Pengetahuan tentang Kedudukan Objek dalam
RuangST17 Pengetahuan tentang BentukST18 Kemahiran Membuat PembinaanST19 Kemahiran Menggunakan Komputer
Kerohanian,
Sikap dan Nilai
Pendidikan Islam
PI 1 Pengetahuan tentang Rukun IslamPI 2 Pengetahuan tentang Rukun ImanPI 3 Pengetahuan Kalimah SahadahPI 4 Pengetahuan dan Kebolehan Melakukan IbadahPI 5 Pengetahuan tentang Sirah Rasulullah SAWPI 6 Pengamalan Akhlak RasuluJlah SAWPI 7 Pengetahuan Asas Bahasa AI-Quran PI 8 Pengetahuan Asas Tulisan Jawi
Kerohanian, Sikap
dan Nilai
Pendidikan Moral
PM 1 Mengamalkan Nilai Baik Hati PM 2 Mengamalkan Nilai BertanggungjawabPM 3 Mengamalkan Nilai Berterima KasihPM 4 Mengamalkan Nilai Berhemah tinggi PM 5 Mengamalkan Nilai Hormat MenghormatiPM 6 Mengamalkan Nilai Kasih Sayang PM 7 Mengamalkan Nilai KeadilanPM 8 Mengamalkan Nilai Keberanian PM 9 Mengamalkan Nilai Kejujuran PM10 Mengamalkan Nilai Kerajinan PM11 Mengamalkan Nilai KerjasamaPM12 Mengamalkan Nilai KesederhanaanPM13 Mengamalkan Nilai ToleransiPM14 Mengamalkan Nilai BerdikariPM15 Mengamalkan Nilai Berdisiplin
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Nota:
Nilai-nilai murni yang hendak diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral boleh ditaksir secara bersepadu. Pengamalan nilai murni boleh diperhatikan
semasa murid melakukan aktiviti-aktiviti dalam kelas atau semasa kemahiran-
kemahiran lain ditaksir. Tidak semestinya diadakan instrumen atau aktiviti yang khusus
untuk mentaksir nilai-nilai murni sahaja.
2.4 Menentukan masa dan tempat penilaian dibuat
2.4.1 Memilih tempat penilaian
Tempat yang paling ideal untuk menjalankan penilaian adalah di kelas
prasekolah yang kondusif seperti terdapat peredaran udara, cahaya dan ruang yang
sesuai, tiada gangguan dan kurang bunyi bising. Faktor-faktor persekitaran tersebut
harus dipertimbangkan jika guru merancang aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada
penilaian. Kanak-kanak tidak sepatutnya dipindahkan ke tempat yang mereka tidak
biasa apabila membuat penilaian.
2.4.2 Menentukan masa penilaian
Apabila hendak membuat penilaian, kita harus memikirkan dua aspek tentang
masa. Salah satunya adalah penjadualan kemahiran dan sampel tingkahlaku. Ada
sesetengah penilaian seperti ujian penglihatan dan pendengaran, rekod kesihatan dan
profil keluarga adalah sangat membantu sebelum memulakan interaksi dengan kanak-
kanak berkenaan. Penilaian mesti dalam bentuk formatif dan sumatif. Guru boleh
mengumpul sampel-sampel kerja , merancang pemerhatian dan perbincangan dengan
murid. Penilaian terhadap kemahiran dan tingkahlaku tidak boleh dilakukan sehingga
anda berjaya membina hubungan yang baik dengan murid dan peluang yang cukup
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
untuk mengamalkan kemahiran dan tingkahlaku sebelum dinilai. penilaian juga tidak
boleh dijalankan pada masa-masa seperti sebelum rehat, selepas balik dari bercuti
dan seumpamanya kerana pada masa-masa tersebut mereka kurang fokus, sibuk dan
terganggu.
Sumber : Development Appropriate Curiculum. Marjorie J. Kostelnik, Anne K.
Soderman, Alice Phipps Whiren. 5th ed. (2011). Pearson Education, Inc. Upper Saddle
River, New Jersey.
TAJUK 3 PENGUMPULAN DATA
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
3.0 Pengenalan
Pengumpulan data perkembangan kanak-kanak boleh diperolehi melalui pemerhatian.
Pemerhatian ialah memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan,
pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu diperhatikan
adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif dan sebagainya.
Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan tanpa disedari oleh kanak-
kanak.
Perbincangan Dengan Ibu
Bapa
Penilaian Melalui Rekod
Peribadi
Penilaian Melalui Ujian
SaringanTemubual Dengan Pelbagai
Pihak
Rakaman
Penilaian Hasil Kerja
PemerhatianPerbualan
Pemerhatian Tingkah Laku
Pengumpulan Data
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan
tentang pembelajaran murid. Maklumat ini sangat penting untuk dijadikan bukti. Oleh
itu,
• Setiap maklumat mesti dicatatkan nama dan tarikh untuk mudahkan guru
membuat susulan
• Merekod penilaian haruslah sah iaitu ia mesti membekalkan maklumat berkaitan
dengan matlamat dan objektif sesuatu program yang dijalankan.
• Melibatkan pemerhatian yang berulang-ulang.
Pemerhatian yang banyak akan membantu guru menemui pola-pola tingkah laku dan
mengelakkan kepada keputusan yang dibuat dengan tergesa-gesa yang mungkin
berasaskan kepada tingkah laku kanak-kanak yang luar biasa.
• Keputusan yang profesional dan bernas dapat diambil dengan data yang
diperolehi daripada pelbagai sumber dan bahan maklumat
• Kaedah pengumpulan maklumat yang dapat mengesan kelakuan kanak-
kanak
• Memerhati kanak-kanak dalam persekitaran sedia ada
• Merekod perkembangan secara spontan dan peristiwa yang tidak dijangka
• Kelakuan kanak-kanak diperhatikan secara teratur, mengikut prosedur
tertentu dalam satu keadaan yang telah disediakan dengan sengaja
• Penilaian boleh dilakukan dengan memerhati jenis perkembangan atau
pembelajaran tertentu
Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian
dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu
kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau
maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian
yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.
3.1 Pemerhatian Tingkah Laku
Pemerhatian tingkah laku kanak-kanak boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti
seperti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa
mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran
seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan
masalah bersama rakan dan sebagainya.
Tujuan melakukan pemerhatian secara sistematik adalah untuk ;
i menentukan perkembangan kognitif, bahasa,sosio,emosi dan fizikal
kanak-kanak.
ii mengenalpasti minat dan cara gaya pembelajaran kanak-kanak.
iii merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai
iv memenuhi keperluan kanak-kanak secara individu
v mengetahui peningkatan dalam pembelajaran dan tingkahlaku
vi memberi maklumat kepada ibubapa
vii memberi maklumat kepada para profesional untuk mengetahui tentang
diri mereka dan bagaimana membantu kanak-kanak
3.2 Pemerhatian Perbualan
Pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa
perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara
murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan
bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
3.3 Penilaian Hasil Kerja
Guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan
menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan
kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid
dikumpulkan dalam bentuk portfolio.
Antara bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan,
mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, model, video kanak-
kanak dan gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah.
Hasil kerja berupaya membuktikan pencapaian dan kemahiran kanak-kanak.
Catat pencapaian pada masa hasil kerja dilaksanakan dan setiap hasil kerja mesti
ditulis tarikh yang lengkap supaya mudah rujukan dilakukan. Catatan yang dibuat perlu
menggambarkan tahap kebolehan, contohnya ;
• sudah boleh membuat bulatan
• sudah boleh menulis huruf.
Demikian juga dengan sebarang pembetulan, perlu ditanda dan dimaklumkan
kepada kanak-kanak supaya mereka sedar akan kesilapan yang telah dilakukan dan
pembetulan boleh dilakukan. Contohnya, kesalahan dalam tulisan
Hasil kerja disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa
pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti
refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai
pentaksiran kendiri.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Hasil kerja juga membolehkan guru dan ibu bapa mengesan beberapa perkara
iaitu antaranya ;
a. Pola pembelajaran kanak-kanak iaitu sikap mudah faham, teliti, bersedia,
mengambil masa yang lama atau sebaliknya
b. Perubahan dari segi pencapaian di mana ia mempamerkan kemahiran motor
halus yangg lebih terkawal. Contohnya, boleh mewarna dalam gambar yang
diberi dengan kemas
c. Tahap perkembangan – berada dalam peringkat perkembangan yang
ditunjukkan oleh murid yang sama umur dengannya
d. Strategi yang digunakan – setiap murid ada cara atau sistem tersendiri dalam
melaksanakan tugas. Contohnya, meminta bantuan daripada rakan atau banyak
bertanya kepada orang dewasa
3.4 Rakaman
Rakaman secara audio atau visual boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang kukuh. Ia
sesuai diselenggarakan jika ada kemudahan dan kemahiran. Data-data yang
diperolehi mudah untuk diintepretasikan selain mempunyai kesahan yang tinggi.
Maklumat lebih terperinci dan boleh difokus kepada sesuatu aspek perkembangan
(JERIS)
Kelemahan kaedah ini ialah ia memerlukan kemahiran untuk diselenggara. Bagi
melaksanakan rakaman yang berkesan, ia memerlukan tempat strategik dan sesuai
seperti bilik tinjau. Jika tidak, kanak-kanak tidak akan beri tumpuan pada aktiviti
pengajaran sebaliknya kepada kamera. Keadaan ini menghalang pelaksanaan
pentaksiran secara autentik.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
3.5 Temubual Dengan Pelbagai Pihak
Pihak-pihak yang terbabit lazimnya terdiri daripada :
a) Ibu bapa
b) Adik beradik
c) Jiran
d) Penjaga / pengasuh
Bagi memastikan sesi temubual berjalan lancar, soalan temu bual yang berfokus
dengan pihak di atas perlu disediakan lebih awal. Sewaktu membina temubual, ia
mestilah ringkas, berfokus, tidak bercampur aduk pelbagai aspek dalam satu soalan
dan ayat yang digunakan tidak mengelirukan.
Antara soalan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut;
a) Aspek / fokus yang ditemubual berkaitan latar belakang kanak-kanak, seperti
bilangan adik beradik
b) Taraf sosioekonomi keluarga
c) Kesihatan dan fizikal murid seperti alahan, penyakit, kecacatan dan lain-lain
d) Persekitaran sosial murid
e) Tingkah laku murid sewaktu di rumah
f) Pengalaman positif dan negatif
g) Perkembangan JERIS
Semasa sesi temubual, kemahiran mendengar dan mencatat sangat penting.
Sebaiknya guru tidak menyampuk atau memberi komen semasa temubual
berlangsung, lihat reaksi responden dan pelihara adab dan etika.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
3.6 Perbincangan Dengan Ibu Bapa
Sesi perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga adalah sumber maklumat penting
tentang perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa boleh dibimbing untuk merekodkan
pemerhatian perkembangan anak-anak mereka semasa berada di rumah atau di
bawah kawalan mereka. Temu bual dan perbincangan dengan ibu bapa sama ada di
prasekolah atau sesi lawatan ke rumah dapat memberikan maklumat yang tepat
tentang perkembangan anak-anak mereka. Temu janji awal untuk lawatan ke rumah
perlu dibuat dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak supaya tidak menimbulkan
masalah kepada kedua-dua pihak.
3.7 Penilaian Melalui Rekod-rekod Peribadi
Rekod peribadi kanak-kanak mengandungi maklumat diri, keluarga dan fizikal murid.
Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat
kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada
ibubapa/penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah
kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan
murid yang berkaitan.
Pengumpulan maklumat daripada rekod-rekod peribadi meliputi;
a. Latar belakang keluarga
b. Masalah kesihatan termasuk alahan
c. Kecederaan
d. Penyakit yang pernah dihidapi
e. Rekod kehadiran
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
3.8. Penilaian Melalui Ujian Saringan
Ujian Saringan merupakan ujian tapisan awal untuk mengesan murid yang lemah
dalam menguasai kemahiran dalam mata pelajaran. Melalui ujian saringan (screening)
boleh mengenal pasti sama ada murid memerlukan perkhidmatan khas. Contoh,
Denver Developmental Screening Test (1975) iaitu mengenalpasti sebarang
kerencatan perkembangan dalam aspek tertentu seperti kemahiran motor kasar dan
halus, bahasa dan sosial. Soalan bagi Ujian Saringan diambil dan diolah daripada
sukatan pelajaran dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi dan Tunjang Literasi Sains.
Soalan yang dibina hendaklah tidak terlalu sukar kerana tujuan utama soalan ini dibina
adalah lebih kepada menguji aras penguasaan kemahiran asas murid sahaja.
Guru boleh menentukan soalan apa yang hendak diuji tetapi mestilah relevan.
Sebagai contoh, murid tidak tahu membaca, guru tidak boleh meletak soalan
berbentuk ayat yang panjang kerana kelak tiada sesiapa pun murid yang akan
melepasi ujian tersebut.
Perlu diingat, ada sesetengah murid tidak akan dapat menjawab kesemua
soalan dalam set ujian saringan berkenaan. Ada juga murid yang tidak akan jawab
walau satu soalan pun. Guru akan lebih banyak melihat contengan yang tidak
bermakna dalam set ujian saringan tersebut.
Perkara ini perlu diberi perhatian kerana murid berkenaan ternyata bermasalah.
Dalam ujian saringan, tidak ada soalan berunsurkan pilihan jawapan. Guru disyorkan
supaya membina keseluruhan soalan yang boleh ‘memandu’ murid untuk menjawab
soalan secara berstruktur.
Guru dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memberi soalan yang
meminta murid mewarnakan gambar kerana akan membuang masa murid.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Had-had Dalam Kaedah Pemerhatian
1. Kemahiran guru di dalam melaksanakan pemerhatian - apa yang hendak dilihat.
2. Tidak bias kepada perasaan dan interpretasi.
3. Mempunyai kemahiran untuk memilih cara pemerhatian yang sesuai
bergantung pada kemahiran dan pengetahuan guru. Guru mesti mengetahui
tahap perkembangan kanak-kanak, sensitif terhadap kebudayaan, individu dan
personaliti murid yang berbeza. Tahu mengenai kaedah pengajaran, mata
pelajaran dan kandungan kurikulum.
4. Interpretasi yang salah.
Interpretasi tingkah laku tidak cukup hanya melalui maklumat yang sedikit. Ini
mungkin disebabkan oleh factor yang lain yang tidak diambil kira. Kesimpulan
global tingkah laku / menyeluruh – tidak secara spesifik misalnya, “Dia tu nakal
sangat”. Bias personal. Salah focus sama ada pada tingkah laku atau
kebolehan.
5. Tidak mengikut keadaan/situasi yang betul. Kanak-kanak ini berbeza dengan
cara yang lain (sebutkan nama dan rakannya). Kenalpasti siapa yang terlibat
dalam situasi itu.
6. Elak membuat tanggapan awal. Contoh, hyperaktif, lembab, malas dan lain-lain.
7. Penting untuk guru membuat pemerhatian semasa mengajar – tidak perlu
secara sistematik. Kalau hendak menilai tahap kebolehan dan pencapaian
barulah menilai secara sistematik. Buat rekod anekdot dan rekod berterusan
untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah. Adakan dokumen yang khas
untuk mereka.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
TAJUK 4 PEREKODAN PENILAIAN
4.0 Pengenalan
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara
sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan,
kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat
penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi
boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan Standard
Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan
murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru
Rekod dengan alat-alat
elektronik
Rekod Berterusan
RekodAnekdot
Senarai Semak
Perekodan Penilaian
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh
instrumen yang boleh digunakan untuk merekod rnaklumat pentaksiran adalah seperti
berikut:
a) Senarai Semak
b) Rekod Anekdot.
c) Rekod Berterusan ( Running Record )
d) Rekod dengan alat-alat elektronik ( kamera, digital, kamera video )
4.1 Senarai Semak
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada :
sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan sesuatu pelakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan
Prosedur
Perkara yang perlu diberi perhatian :
• Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.• Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas• Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
jadi• Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.• Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan
perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan• Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku
murid• Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat
maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal• Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan
atau kelas
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
4.2 Rekod Anekdot
Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa
atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau
negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi
secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap
murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa
ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara
objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah
peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Secara ringkasnya, rekod
anekdot adalah :
• Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
• Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana berlaku.
• Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.
• Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.
Panduan Merekod Anekdot
• Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan
direkodkan tidak tercicir
• Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat
• Menulis apa yang dilihat secara objektif
• Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid
yang diperhatikan
• Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
• Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan murid
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
CONTOH REKOD ANEKDOT
Interpretasi :
- Maria menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi lam sekitar.- memiliki kecerdasan naturalis
Pemerhatian :
Maria dan Tina duduk di bawah pokok sambil bermain tepuk tangan. Agus datang menghampiri mereka dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetiknya di kawasan tadika. Dia menyepak bunga itu seolah-olah seperti bola raga.Maria menegur: “Mana boleh buat macam tu…” “Tak apa”, kata Agus.“Tak reti..itu bukan bola” kata Maria lagi. “Tak apalah..” , jawab Agus lagi.“Sayang bunga tu…” Maria menarik tangan Tina dan beredar dari situ.
Tarikh: 20.10.2013Tempat: Di luar Kelas
Nama: MariaMasa: 9.00 pagi
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
4.3 Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita 'narrative' yang dibuat ke
atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5
hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh
guru.
Panduan menulis rekod :
• Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
• Rekod hendaklah tepat dan padat.
• Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
• Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
• Gunakan bahasa yang boleh difahami.
• Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.
• Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa
berlaku dan tingkah laku yang ingin diperhatikan.
• Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan "judgmental”.
• Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak
di tempat yang selamat
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
CONTOH REKOD BERTERUSAN
Nama: Asri bin Yusof Umur: 5 tahun Tarikh: 24.4.2013Guru : Mohd Ismail Masa: 11.00 pagi Item: Peraturan
Pemerhatian Ulasan
Asri masih berada diruang mengambil wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu Mohd meminta murid berdiri betul untuk mendirikan solat.
Asri menolak dan merempuh rakan di saf hadapan untuk membolehkannya berada di saf hadapan.
Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. “Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita kena masuk di saf belakang yang masih kosong. Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat ambil wuduk”
Amin menyampuk ,”Tadi dia main air, cikgu.” Asri mengundur masuk ke saf belakang.
Belum memahami tertib mendirikan solat berjemaah
4.4.Rekod dengan alat-alat elektronik
Merekod dengan menggunakan alat-alat elektronik bermaksud seperti berikut;
• Kamera digital (mengambil gambar semasa aktiviti kumpulan atau projek)
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
• Kamera video ( merakam persembahan boneka untuk dianalisis)
• Rakaman audio (merakam semasa aktiviti ‘cicle time .‘
TAJUK 5 PENYIMPANAN DATA
5.0 Pengenalan
Segala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan
dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio menjadi sumber rujukan yang menunjukkan
kemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran yang mereka kuasai. Setiap murid
Rekod dalam bentuk CD,
disket
Rekod peribadi kanak-kanak
Rekod perkembangan kanak-kanak
Portfolio kanak-kanak
Penyimpanan Data
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
mempunyai portfolio yang mengandungi hasil kerja mereka beserta tarikh kerja
dihasilkan dan catatan yang berkaitan.
5.1 Portfolio Kanak-kanak
Definisi Portfolio
Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang terkumpul
berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Tujuan Portfolio
Portfolio bertujuan untuk menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan
dan kejayaan yang diperolehi murid secara individu dan kumpulan. Portfolio boleh
dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk
menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu
bapa murid untuk memaklumkan tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.
Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah:
i. Pelaporan Perkembangan murid
- Rekod Peribadi
- Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid
ii. Hasil kerja terpilih ;
-Perlu dinilai dan diberi ulasan
-Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
-Pemilihan hasil kerja murid dari setiap Tunjang.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
5.2 Rekod peribadi kanak-kanak
Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri, keluarga murid dan fizikal murid.
Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat
kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada
ibubapa/ penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah
kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan
murid yang berkaitan.
Contoh Rekod Peribadi Murid
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
5.3 Rekod perkembangan kanak-kanak
Aspek perkembangan yang boleh dilaporkan berdasarkan tunjang dalam KSPK adalah
seperti berikut :
- Tunjang Koumikasi
- Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai
- Tunjang Keterampilan Diri – Sosioemosi
- Tunjang Fizikal dan Estetika
- Tunjang Sains dan Teknologi
- Tunjang Kemanusiaan
5.4 Rekod dalam bentuk CD, disket
Guru perlu merekod dan menyimpan segala maklumat kanak-kanak dalam bentuk CD atau disket, bagi memudahkan guru untuk membuat tindakan secara sistematik.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Tatacara Pengurusan Dan Penyimpanan Rekod
• Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara kumpulan dan kelas perlu disimpan di dalam fail induk.
• Semua instrumen yang . digunakan untuk menilai murid secara individu perludisimpan di dalam portfolio murid
• Setiap fail perlu dilabelkan.
• Fail induk I individu disimpan di ruang yang selamat dan berstatus sulit.
• Maklumat perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa
TAJUK 6 PENGANALISISAN DATA
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
6.0 Pengenalan
Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau
rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai
murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi
maklumat adalah seperti berikut:
6.1 Membaca dan meniliti maklumat
• Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil
pemerhatian.
Membuat inferen
Membuat ulasan
Membuat analisis
Membaca dan meniliti
maklumat
Penganalisasan
Data
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
• Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek
penting dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus
kepada kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis
• Menganalisis hasil kerja murid.
6.2 Membuat analisis
Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah :
• Gambar atau lukisan
• Sampel tulisan
• Binaan yang disempurnakan
• Cerita yang ditulis
• Buku skrap
Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat
biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya 'sudah boleh membuat
bulatan, sudah boleh menulis huruf. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio
murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan
seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga
dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.
Contoh Analisis Hasil Kerja
Contoh - A Catatan Analisis :Amalina melakar menggunakan
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
dua warna.
la menggunakan banyak
bentuk bulat dalam lukisan.
Dia berjaya meneruskan
lakaran untuk membentuk kaki,
tangan dan rambut
Contoh - B Catatan Analisis :Alice berjaya menceritakan
semula cerita yang dibacakan
melalui lukisan.
Beliau sudah boleh menguasai
motor halus untuk menulis
huruf.
Beliau juga berusaha
memperbaiki kesilapan yang
dibuat.
Mempunyai daya kreativiti
dalam mewarna dan
membentuk serangga.
Contoh - C Catatan Analisis :Faiz tekun menyiapkan hasil
kerjanya.
Dia berjaya menulis huruf dan
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
ayat mudah.
Dia menunjukkan usaha untuk
membetulkan kesilapan sendiri.
6.3 Membuat Ulasan
Maklum balas / ulasan hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali
selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja
berbentuk pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus maklum
balas ialah kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh
memperbaikinya dan apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui maklum
balas yang merujuk kepada standard dan kriteria, murid-murid dapat mengetahui apa
yang patut dicapai, dan sejauh mana mereka telah berjaya mencapai standard dan
kriteria ditetapkan dalam penguasaan sesuatu konstruk (pengetahuan, kemahiran dan
nilai). Murid boleh meneliti dan menilai kerja masing-masing. Mereka akan rasa
dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui maklum balas, murid lebih jelas
tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan mereka akan lebih
bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.
6.4 Membuat Inferen
Berdasarkan data-data yang terkumpul, guru perlu membuat inferen berkaitan
kemahiran dan perkembangan yang telah dikuasai dan dicapai oleh kanak-kanak.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Contohnya , apabila kanak-kanak sudah menguasai kemahiran membaca ayat mudah,
maka antara inferen yang boleh dibuat adalah :
- Kanak-kanak boleh menguasai perbendaharaan kata,
- Kanak-kanak boleh membaca arahan mudah,
- Kanak-kanak boleh berkomunikasi menggunakan ayat mudah,
- Kanak-kanak boleh memeri respon terhadap soalan guru.
TAJUK 7 PENLAPORAN
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
7.0 Pengenalan
Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang
perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
• Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
• Laporan perkembangan murid seharusnya menyeluruh merangkumi kepelbagaian
kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potensi
dan keterampilan diri murid.
• Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis data melalui
kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.
7.1 Membuat laporan
Pelaporan
Membuat laporan Mengemaskini rekod-rekod
Menghasilkan data dalam bentuk grafik
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Kad laporan bukanlah cara yang paling sesuai untuk memberi laporan kepada ibu
bapa. Tetapi guru boleh menulis sedikit penjelasan tentang kemajuan dan memahami
gred anak-anak mereka.Tetapi ada beberapa cara lain bagaimana guru boleh menulis
kad laporan. Antaranya adalah ;
• Menyediakan ruang untuk murid,guru dan ibu bapa melaporkan matlamat pada
penilaian akan datang
• Perjumpaan dengan ibu bapa membincangkan dan mengkaji kemajuan anak.
Contoh surat (Newsletter)
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Ulasan dalam kad laporan
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Kad laporan
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Nota perjumpaan ibu bapa & guru
Sesi perjumpaan ibu bapa & guru
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
7.2 Mengemaskinikan rekod-rekod kemajuan kanak-kanak
Laporan merupakan rumusan yang dibuat oleh guru daripada maklumat yang dikumpul dan
analisis yang dibuat mengenai perkembangan murid secara menyeluruh dan spesifik. Ulasan
yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid.
Rumusan mengenai perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial boleh
dibuat berdasarkan Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan atau aspek
lain yang telah ditentukan.
Aspek perkembangan murid yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:
a. Tunjang Komunikasi
b. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
c. Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosioemosi
d. Tunjang Perkembangan Fizikal dan estetika
e. Tunjang Sains dan Teknologi
f. Tunjang Kemanusiaan
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Contoh format pelaporan
TUNJANG ULASANSEMESTER 1 SEMESTER 2
Komunikasi Boleh bercerita mengenai diri dan keluarga. Boleh berinteraksi secara sopan dengan rakan sebaya. Sudah boleh mengenal dan membunyikan huruf abjad serta membaca perkataan mudah (KV+KV) . Dapat menulis huruf dan perkataan serta mewarna gambar mengikut cara dan arah yang betul.
Fizikal dan Estetika Sudah dapat menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan. Boleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Dapat membezakan objek /situasi yang selamat /berbahaya.
Boleh mengenalpasti nada bunyi tinggi rendah dan rentak lagu dengan tepukan. Suka membantu rakan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Sudah dapat mengenal dan membezakan warna asas.
Kerohanian, Sikap dan Nilai – Pendidikan Islam
Telah menguasai cara mengambil wuduk. Mengetahui dan dapat menyebut nama ahli keluarga dan menceritakan tentang kelahiran Rasulullah S.A.W serta dapat mengecam dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah dan huruf jawi.
Sains dan Teknologi Boleh mengelas mengikut bentuk warna dan saiz. Boleh menambah dua himpunan objek dan menyatakan hasil tambah. Boleh bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.
Kemanusiaan Boleh bekerjasama dalam kumpulan. Boleh bercerita mengenai pengalaman
Ketrampilan – Sosio Emosi
Boleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Boleh membezakan objek /situasi yang selamat /berbahaya.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
7.3 Menghasilkan data dalam bentuk grafik (graf,carta dll)
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid
• Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.
• Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid
• Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain
yang ditentukan
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
TAJUK 8 TINDAKAN SUSULAN
8.0 Pengenalan
Tujuan utama pentaksiran di prasekolah adalah untuk rnerancang tindakan susulan
supaya murid dapat lebih menguasai standard pernbelajaran yang dihasratkan.
Tindakan susulan boleh digolongkan kepada dua jenis seperti berikut :
i. Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk murid
yang sudah rnenguasai standard pembelajaran yang berkenaan.
Latihan tarnbahan yang lebih rnencabar diberikan kepada golongan
rnurid ini.
ii. Bimbingan dan pernulihan. ini adalah untuk rnereka yang belurn atau
dalam proses rnenguasai standard pernbelajaran yang berkenaan.
Kepada golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya
perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang
bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan mungkin perlu digunakan.
Tindakan Susulan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa peringkat
prasekolah
Merancang aktiviti pengukuhan
Melaksanakan aktiviti susulan
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Guru perlu mernaklurnkan kepada ibu bapa mengenai tahap penguasaan anak
mereka untuk mernperoleh sokongan tambahan di rurnah.
8.1 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
• Kecerdasan
- Maju dalam pelajaran
- Berpotensi tinggi
• Masalah neurological yang menjejaskan
- Pemahaman
- Penggunaan bahasa
- Pertuturan
- Berfikir
- Membaca
- Menulis
- Mengeja
- Mengira
8.2 Merancang aktiviti pengukuhan
Sewaktu kanak-kanak mula menguasai kemahiran atau pengetahuan yang baharu
dipelajari, aktiviti-aktiviti pengukuhan perlu diberi. Ini dilaksanakan supaya kemahiran
dan pengetahuan yang mula dikuasai kanak-kanak akan memberikan kesan yang
berpanjangan. Oleh itu, guru harus merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
pengukuhan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak. Maka
aktiviti pengukukuhan diberi supaya aspek yang sudah dipelajari diperkukuhkan dan
penghasilannya berlaku secara semula jadi.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
8.3 Melaksanakan aktiviti susulan
• Dijalankan secara serta merta :
Tindakan yang serta merta apabila pemerhatian menemukan kanak-kanak
sedang menghadapi masalah melaksanakan tugasan yang diberi kerana belum
menguasai sesuatu kemahiran.
Contoh :
Tidak boleh memegang pensel dengan cara yang betul, guru perlu menjalankan
bimbingan serta merta dengan menunjukkan cara memegang alat tulis dengan
betul.
• Dirancang dalam satu tempoh masa :
Tindakan dilaksanakan selepas kesemua rekod-rekod perkembangan kanak-
kanak di analisis dan hasilnya memberikan gambaran kepada guru berkenaan
aspek-aspek yang perlu diberi bimbingan, pengukuhan atau pengayaan. Guru
perlu merancang secara sistematik satu aktiviti atau satu set aktiviti yang perlu
dilaksanakan.
Contoh :
Kanak-kanak kurang upaya membaca ayat mudah. Guru perlu merancang satu
program yang sesuai dengan kemahiran awal membaca.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
TAJUK 9 ETIKA PENTAKSIRAN
9.0 Pengenalan
Etika merupakan kepercayaan peribadi individu tentang hak. Ia merujuk kepada prinsip
kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak dan nilai moral. Dalam penilaian
perkembangan kanak-kanak, etika pentaksiran merujuk kepada garis panduan dalam
membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru prasekolah.
Dalam memastikan aktiviti pentaksiran perkembangan kanak-kanak berjalan lancar
dan berkesan, Akta 308 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan panduan
kepada pihak yang terbabit.
Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :
Seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan
prasekolah,
Etika Pentaksiran
Garis Panduan Membuat Pentaksiran
Peranan Dan Tanggungjawab Guru-Guru Prasekolah Sebagai
Etika Pentaksiran
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab
ini’.
Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan
diperjelaskan lagi dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang
ditulis dalam perenggan :
5 (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang
perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.
22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen
(1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan
prasekolah masing-masing.
Dalam perkara 8. Rekod Kemajuan Murid , akta ini menegaskan bahawa:
Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan
merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar
dari semasa ke semasa.
9.1 Garis panduan membuat pentaksiran
• Menilai murid berdasarkan kepada kerja sebenar mereka
• Menilai murid berdasarkan kepada apa yang sedang mereka lakukan
dan melalui kurikulum
• Menilai apa yang setiap murid boleh lakukan
• Melakukan penilaian sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran
• Belajar tentang murid secara menyeluruh
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
• Melibatkan murid dan ibubapa dalam proses penilaian secara kolaborasi
• Penilaian secara berterusan sepanjang tahun
• Menggunakan teknik dan penilaian bersesuaian perkembangan
Sumber : Early Childhood Education Today. 12 th ed. George S. Morrison (2012).
Pearson Education Inc., Upper Saddle River, New Jersey.
Instrumen (digunakan untuk menilai murid secara kumpulan) disimpan di dalam fail
induk. Instrumen untuk menilai murid secara individu disimpan dalam portfolio. Ia
perlu disimpan di tempat berstatus sulit. Maklumat perlu dikemaskini dari masa ke
semasa.
Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit.
Oleh itu semua rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah
hendaklah disimpan dengan selamat mengikut panduan berikut:
1. Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang
tertentu sahaja iaitu ibu bapa, guru besar, pakar perubatan ataupun orang
yang berkaitan mengikut Akta Pendidikan 1996.
2. Rekod murid tidak boleh dipamerkan
3. Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil gambar
dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.
4. Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa pada akhir tahun.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
9.2 Peranan Dan Tanggungjawab Guru-Guru Prasekolah Sebagai Etika Pentaksiran
• Adil dalam membuat penaksiran
• Mengambil kira perbezaan individu dari aspek keperluan khas
• Tekal dalam melaksanakan penaksiran
• Menjaga kerahsiaan untuk maklumat-maklumat yang sulit
• Memberi maklum balas yang betul kepada ibu bapa terhadap kemahiran
dan perkembangan kanak-kanak
• Membuat tindakan susulan dengan segera jika perlu
• Terangkan maklumat yang dikehendaki oleh pihak yang berkenaan
dengan jujur
• Elakkan dari membuat perbandingan dengan murid-murid lain di dalam
kelas
• Guru mestilah sentiasa sensitif dan peka kepada kesan yang timbul
daripada apa yang diberitahu dan laporan yang ditulis
• Menyimpan data penaksiran secara sistematik di tempat yang selamat
• Merekod data secara sistematik
RUMUS AN
Penilaian adalah proses mendapat, menentukan dan memberi maklumat yang berguna
ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi membuat tindakan selanjutnya. Dalam
proses pembelajaran, penilaian adalah proses mengumpul maklumat, membuat
analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun perkembangan
kanak-kanak.
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
Seterusnya, pentaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan
atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan,
menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperolehi. Di prasekolah
penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru
mengambil tindakan susulan.
Semua maklumat perlu disimpan ditempat yang selamat, tidak boleh dipamerkan
kerana ia adalah sulit. Hanya pihak yang berkenaan sahaja yang boleh mengetahui
maklumat tersebut seperti ibu bapa, penjaga dan pakar kesihatan.
UJI MINDA
1. Apakah pentaksiran autentik dan mengapa ia sesuai dilaksanakan di
prasekolah?
2. Apakah tahap kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia terhadap amalan
pelaksanaan pentaksiran perkembangan kanak-kanak oleh guru prasekolah?