0
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
KPT 6054 – KAJIAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
PENSYARAH
PROF MADYA DATO DR ABD LATIF HAJI GAPOR
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS
JURNAL
DISEDIAKAN OLEH :-SYAKHIRA HUSNA BINTI ILLIAS
M20141000680SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
1
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA:
ANALISIS JURNAL
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and
communication (ICT), kita mampu untuk bergerak seiring dengan kemajuan dan
pembaharuan dalam dunia pendidikan. Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat
yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Bermula dari
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan
kapur,bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan
elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyahut cabaran globalisasi dengan melakukan
transformasi dalam memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan
tinggi. Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti Perkomputeran
dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan mendirikan Sekolah
Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah lagi kepada komputer yang
digunakan untuk proses mengajar dan belajar. Terbaru KPM melancarkan program
pembelajaran maya (Virtual Learning) dan membekalkan kelengkapan ICT kepada semua
sekolah di Malaysia bagi mempertingkatkan perkembangan ICT di kalangan komuniti
sekolah. Namun usaha kerajaan ini tidak akan berjaya jika anggota masyarakat tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan ICT.
Perkembangan dalam teknologi multimedia membuka peluang yang lebih besar dalam
merubah cara pembelajaran, memperoleh maklumat dan mengaplikasikan maklumat dalam
ilmu pengetahuan. Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), Zamri dan Nur Aisyah (2011),
multimedia membuka ruang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik
pengajaran, manakala murid diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi
pembelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa multimedia mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik berbanding kaedah konvensional yang hanya berpandukan
buku teks.
Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memberikan kesan positif
kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Ini kerana, proses
memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
2
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
pembelajaran yang baru dengan lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan media-
media tambahan seperti audio, video, animasi dan grafik. Selain itu, aplikasi multimedia
dalam bidang pendidikan akan melahirkan satu konsep pembelajaran baru gabungan daripada
pendekatan pendidikan dan hiburan, iaitu edutainment (education & entertainment)
(Jamalludin & Zaidatun 2000). Konsep ini akan mengantikan buku teks tradisi kepada buku
teks elektronik yang lebih mesra penggunaannya.
Aplikasi multimedia berkeupayaan menggalakkan murid untuk berfikir secara kritikal,
menyelesaikan masalah dan bermotivasi dalam pembelajaran. Menurut Buckley dan Smith
(2008), penggunaan simulasi multimedia dalam proses pembelajaran mampu meningkatkan
kemahiran murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kemampuan ICT untuk
diintegrasikan dalam sistem pendidikan sebagai satu pendekatan bagi menarik minat murid.
Selain itu, melalui prosiding persidangan, jurnal-jurnal pendidikan, tesis dan disertasi yang
telah dilaporkan banyak mengentengahkan isu-isu berkaitan ICT. Namun begitu, bagi
mengenalpasti kajian-kajian berkenaan menjurus kepada pola tertentu, satu analisis perlu
dibuat di mana ia boleh dijadikan rujukan di masa hadapan.
2.0 METODOLOGI
Dalam kajian ini, sepuluh artikel jurnal telah dipilih bagi melihat pola atau trend tertentu
berkaitan ICT. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis kesemua
artikel di dalam prosiding ini. Metodologi ini digunakan kerana ia memudahkan penyelidik
untuk menyemak data yang banyak secara sistematik (Gao, 1996; seperti dinyatakan dalam
Stemler, 2001) dan membolehkan penyelidik membentuk soalan semasa menganalisis
penulisan untuk menghasilkan keputusan yang boleh dihitung (Carney, 1972). Tujuan
penggunaan analisis kandungan dalam kajian ini adalah untuk mencari dan menghuraikan
fokus penyelidikan yang telah dijalankan dalam pendidikan perguruan. Pada mulanya, semua
artikel yang telah dipilih dianalisis dan kumpulan sasaran telah dikenal pasti. Sebanyak 18
konsep kluster digunakan untuk mengkategorikan konsep yang muncul dalam artikel-artikel
tersebut. Konsep kluster tersebut diubah suai daripada kluster saranan Masood (2004)
berdasarkan analisis kandungan yang beliau lakukan terhadap jurnal teknologi pendidikan
tersohor iaitu Educational Technology, Research and Development (ETR&D) yang
diterbitkan antara tahun 1993 hingga 2002 (10 tahun). Jadual 1 menerangkan 18 konsep
kluster tersebut. Artikel yang berfokus kepada guru pelatih telah dikenal pasti dan dipilih.
Berdasarkan analisis, terdapat 10 artikel yang membincangkan mengenai ICT.
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
3
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
ANALISIS TAHUN JURNAL, NAMA PENULIS DAN TAHUN
BIL TAJUK JURNAL NAMA PENULIS TAHUN NO JURNAL1. Menggunakan Animasi di dalam
Instruksi Khasuntuk Kanak-Kanak Disleksia
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias
2011 J1
2. Software for Teaching Emotions to Students with Autism Spectrum Disorder
J. Lozano, J. Ballesta & S. AlcarazMurcia
2011 J2
3. Teknologi Komunikasi danMaklumat dalam ProgramPendidikan Khas Aliran Teknikdan Vokasional di Malaysia
Baharom Mohamad 2011 J3
4. Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk PembelajaranBahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme
Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah Fathil, Nur Zuhaidah Mohamed Zain, Kamaliah Muhammad
2014 J4
5. Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan KemahiranSukan Bola Baling
Abang Ismail bin Abang Haji Julhi, Mohd. Taib bin Harun
2007 J5
6. Effectiveness Of Facebook Based Learning To Enhance Creativity Among Islamic Studies Students By Employing IsmanInstructional Design Model
Norlidah Alias, Saedah Siraj, Mohd Khairul Azman Md Daud & Zaharah Hussin
2013 J6
7. Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah
2009 J7
8. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan PembelajaranBerasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT
Norazah Mohd. NordinNgau Chai Hong
2009 J8
9. Effect Of Using Facebook To Assist English For BusinessCommunication Course Instruction
Ru-Chu Shih 2013 J9
10. Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS diKota Kinabalu, Malaysia
Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun
2011 J10
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
4
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
KEKERAPAN KONSEP KLUSTER YANG MUNCUL DALAM JURNAL
NO
KONSEP KLUSTER J1ANIMASI
KANAK-KANAK DISLEKSIA
J2SOFTWARE
FOR AUTISM SPECTRUM DISORDER
J3TMK DLM PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS ALIRAN
TEKNIK & VOKASIONAL
J4 “SAYA SUKA
BELAJAR” UNTUK BM
BAGI KANAK-KANAK
AUTISME.
J5KEBERKESANA
N PENGGUNAAN MULTIMEDIA
TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA
BALING
J6KEBERKESANA
N PEMBELAJARA
N BERASASKAN
J7PERBANDINGA
N PENGAJARAN BERASASKAN MULTIMEDIA
DAN TRADISIONAL
J8WEBQUEST
BAGI MATAPELAJAR
AN ICT
J9EFFECT OF
USING FACEBOOK TO
ASSIST ENGLISH FOR
BUSINESS COMMUNICAT
ION COURSE INSTRUCTION
J10PENGGUNAAN
ALAT RANGKAIAN
SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR DI
SEBUAH IPTS DI KOTA
KINABALU
JUMLAH KONSEP MUNCUL
1. Teknologi pendidikan/pengajaran
√ √ √ √ √ √ √ √ 8
2. Bidang atau disiplin lain √ √ √ √ √ √ √ 73. Pemboleh ubah proses
instruksi√ √ √ √ √ √ √ √ 8
4. Elemen proses instruksi √ √ √ √ √ 55. Perspektif
pengajaran/pembelajaran√ √ √ 3
6. Kaedah instruksi √ √ √ √ √ √ 67. Sistem
penyampaian/format media
√ √ √ √ √ √ √ √ √ 9
8. Pembangunan Instruksi √ √ √ √ √ √ 69. Pemboleh ubah Instruksi √ √ √ √ √ √ 610. Hasil Pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 1011. Pemboleh ubah Pelajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 1012. Persekitaran
Pembelajaran√ √ √ √ √ √ 6
13. Penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ 814. Teknologi prestasi &
sistem sokongan prestasi√ √ 2
15. Perubahan Organisasi √ 116. Profesion √ √ 217. Budaya √ √ √ 318. Pemboleh ubah Guru √ 1
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
5
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan konep yang muncul di dalam artikel yang dikaji
iaitu berkaitan penyelidikan ICT di dalam program pendidikan guru di Malaysia. Berdasarkan
kekerapan konsep yang muncul dalam artikel didapati bahawa :
BIL DOMAIN KLUSTER KEKERAPAN1. Hasil pembelajaran atau learner 102. Pemboleh ubah pelajar atau learner variables 103. Sistem penyampaian atau delivery system 94. Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau instructional or
educational technology8
5. Penilaian 86. Pemboleh ubah proses instruksi atau instructional process variables 87. Bidang atau disiplin lain 78. Persekitaran pembelajaran atau learning environment . 69. Pembangunan instruksi atau Instructional Development (ID), pemboleh ubah
produksi atau production variables dan perubahan organisasi atau organisational
6
10. Kaedah instruksi atau instructional 611. Elemen proses instruksi atau instructional process elements, perspektif
pengajaran dan pembelajaran atau teaching and learning perspectives, penilaian atau evaluation serta profesion atau the profession
5
12. Budaya atau culture 313. Perspektif pengajaran/ pembelajaran. 314. Teknologi prestasi dan sistem sokongan prestasi . 215. Profesion. 216. Perubahan organisasi. 117. Pemboleh ubah guru. 1
SASARAN MASALAH KAJIAN
SASARAN MASALAH
KAJIAN
NO JURNAL KEKERAPANJ1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10
GURU √ 1MURID √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
KAEDAH KAJIAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 KEKERAPANKualitatif √ √ √ √ 4Kuantitatif √ √ √ √ √ √ √ 7
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
6
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
OBJEKTIF/PERSOALAN/PERNYATAAN MASALAH
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 KEKERAPANMereka bentuk dan
membangunkan bahan teknologi instruksional
√ √ √ √ √ √ 6
Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap
pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap
guru/pendidik
√ √ 2
Meninjau penggunaan alat berasaskan teknologi di
kalangan pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Meninjau penggunaan teknologi instruksional di
kalangan guru
√ 1
REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk KajianTajuk Jurnal Jumlah
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10Kajian Tinjauan √ √ √ √ √ 5
Kuasi Eksperimen √ 1Kajian Eksperimen √ √ 2
Kajian Kualitatif √ √ 2
JENIS STATISTIK
Jenis StatistikTajuk Jurnal Jumlah
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10Statistik Deskriptif √ √ √ √ √ √ √ √ 8Statistik Inferensi √ √ 2
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
7
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
TAJUK KAJIAN, PEMBOLEH UBAH BERSANDAR DAN PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR
BIL TAJUK JURNALPEMBOLEHUBAH
TIDAK BERSANDARPEMBOLEHUBAH
BERSANDAR
1.Menggunakan Animasi di dalam Instruksi
Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia AnimasiPrestasi murid dalam
pemahaman sifir darab 2
2.Software for Teaching Emotions to
Students with Autism Spectrum DisorderEducational software Kemahiran sosial dan
emosi autism
3.
Teknologi Komunikasi danMaklumat dalam Program
Pendidikan Khas Aliran Teknikdan Vokasional di Malaysia
Teknologi komputer dan maklumat
Penerimaan komputer dalam P&P.
4.Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka
Belajar’ Untuk PembelajaranBahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme
Perisian Kursus
Tingkahlaku dan komitmen murid
dalam matapelajaran BM.
5.Keberkesanan Penggunaan Multimedia
Terhadap Penguasaan KemahiranSukan Bola Baling
MultimediaPenguasaan sukan bola
baling
6.
Effectiveness Of Facebook Based Learning To Enhance Creativity Among Islamic Studies Students By Employing Isman
Instructional Design Model
Perisian Facebook Meningkatkan kreativiti
7.
Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap
Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko
Pengajaran Berasaskan Multimedia dan
Tradisional
Sikap murid terhadap subjek Matematik
8.
Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT
Webquest Pencapaian murid dalam ICT
9.Effect Of Using Facebook To Assist English
For BusinessCommunication Course Instruction
Perisian FacebookPeningkatan
komunikasi pelajar
10.Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di
kalangan Pelajar di sebuah IPTS diKota Kinabalu, Malaysia
Penggunaan Alat Rangkaian Sosial
Tujuan Penggunaan Alat Rangkaian Sosial
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
8
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
ANALISIS TEORI KAJIAN
TEORI KAJIAN NOMBOR JURNAL KEKERAPANJ1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10
Teori Behaviorisme √ 1Teori Konstruktivisme √ √ 2Teori Kognitivisme 0Teori Tingkah laku 0Teori Humanis 0Model Penilaian CIPP 0Model PBL √ 1Model ADDIE √ √ 2Model ARCS 0Model Dick & Carey 0Model Rapid Prototyping 0Model Reka Bentuk √ √ √ √ √ 5
ANALISIS KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
TEORI KAJIAN NOMBOR JURNAL KEKERAPANJ1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10
Bagi menguji pencapaian antara
pemboleh-ubah
MANOVA 0Analisis Regresi Linear
0
Soal selidik √ √ √ √ √ 5ANCOVA √ √ √ 3Ujian t √ √ √ √ 4
Bagi menguji kebolehpercayaan
instrumen
Cronbach Alpha √ √ √ 2Korelasi Pearson √ 1Lawson Scientific Reasoning Test (LSRT)
0
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
9
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
DAPATAN KAJIAN
JURNAL DAPATAN KAJIANJ1 Penggunaan perisian program berbentuk pendidikan mampu meningkatkan,
Menstimulasikan da memotivasikan kanak-kanak autisme mempelajari kemahiran sosial dan emosi
J2 Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
J3 Kesemua responden menunjukkan tingkahlaku yang positif sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisisan kursus.
J4 Kaedah Multimedia lebih berkesan daripada Kaedah Tradisional bagi kemahiran menjaring, hantaran, melantun dan kemahiran penjaga gol
J5 “Facebook”telah menjadi medium pembelajaran bagi meningkatkan kreativiti pelajar
J6 Terdapat perbezaan yang signifikan antara pra dan pasca ujian matematik bagi pelajar berisiko dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
J7 Persembahan keseluruhan Webquest yang bertajuk Computer System: System Concept ini sesuai dan menarik untuk Matapelajaran ICT.
J8 Penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajarJ9 Penggunaan Facebook merupakan gabungan yang sesuai untuk pembelajaran
dan komunikasiJ10 Majoriti pelajar mengaku bahawa LO mudah dan senang digunakan
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
10
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
ANALISIS SISTEM PENYAMPAIAN DAN PEMBOLEHUBAH PELAJAR
No Jurnal
Hasil Pembelajaran
Sistem Penyampaian
(delivery System)
Pembolehubah Pelajar
Pemboleh ubah proses instruksi
J1 Sifir darab duaLearning Object (multimedia)-
AnimasiAkses mental DIMLOM
J2Kemahiran sosial dan emosi autism
Educational software
Tahap perkembangan Tiada
J3Penerimaan
komputer dalam P&P.
Teknologi komputer dan maklumat
Pengetahuan sedia ada Carta Alir ICT
J4
Tingkahlaku dan komitmen murid
dalam matapelajaran BM.
Perisian Kursus Motivasi murid ADDIE
J5Penguasaan sukan
bola balingMultimedia Pengetahuan sedia
ada
Rekabentuk Ujian Pra-Ujian Pasca
Kumpulan Kawalan Tak Serupa
(Ubahsuai dari Weirma 2000)
J6
Effectiveness Of Facebook Based
Learning To Enhance Creativity Among
Islamic Studies Students By
Employing IsmanInstructional Design
Model
Perisian FacebookTahap kreativiti Isman Instructional
Design Model
J7Sikap murid
terhadap subjek Matematik
Pengajaran Berasaskan
Multimedia dan Tradisional
Motivasi murid
Model Saluran Duaan
Pembelajaran Multimedia
(Sumber: Mayer & Sims, 1994)
J8Pencapaian murid
dalam ICTWebquest Gred prestasi /akses
mental
Proses pembangunan
sistem pengajaran dan pembelajaranberasaskan web –
WebQuest
J9Peningkatan
komunikasi pelajarPerisian Facebook Motivasi murid Tiada
J10Tujuan Penggunaan
Alat Rangkaian SosialPenggunaan Alat Rangkaian Sosial
Pengetahuan sedia ada
Tiada
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
11
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
3.0 KESIMPULAN
Melalui proses analisis kandungan yang telah dijalankan, elemen hasil pembelajaran
atau learner outcomes (muncul sebanyak 10 kali), pemboleh ubah pelajar atau learner
variables (muncul sebanyak 10 kali), sistem penyampaian atau delivery system (muncul
sebanyak 9 kali) dan teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau instructional
oreducational technology (muncul sebanyak 8 kali). Ini membuktikan bahawa konsep-konsep
tertentu menjadi pilihan utama pengkaji-pengkaji untuk menjalankan penyelidikan. Elemen
yang diketengahkan menjadi begitu popular kerana ia memberi impak-impak positif dalam
pembangunan kendiri murid. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Penggunaan ICT dapat
mengoptimumkan tahap penguasaan murid yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian
kerana dalam sesebuah kelas, murid mempunyai aras kebolehan dan pemahaman yang
berbeza. Guru yang bijak mengaplikasikan penggunaan ICT mampu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan
alatan ICT tersebut. Melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik ,audio ,video dan
sebagainya membenarkan persembahan yang menarik minat murid dan membawa murid
keluar dari pembelajaran tradisional kepada persekitaran pembelajaran interaktif.
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
12
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL
RUJUKAN
Abang Ismail & Mohd. Taib. 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.
Atikan. 2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia.
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. 2009. Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89.
Chih-Cheng Lin, Hsien-Sheng Hsiao, Sheng-ping Tseng&Hsin-jung Chan. 2014. Learning English Vocabulary Collaboratively In A Technology-Supported Classroom Department of English, National Taiwan Normal. The Turkish Online Journal of Educational Technology January 2014, volume 13 issue 1.
Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 1–14, 2011
J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz. 2011. Software for Teaching Emotions to Students with Autism Spectrum Disorder. Scientific Journal of Media Litreracy; ISSN: 1134-3478; pages 139-147.
Norazah Mohd. Nordin &Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129.
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. 2011. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011.
Ru-Chu Shih. 2013. Effect Of Using Facebook To Assist English For Business Communication Course Instruction. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2013, volume 12 Issue 1.
Salman Firdaus Sidek,Nur Saadah Fathil,Nur Zuhaidah Mohamed Zain & Kamaliah Muhammad. 2014 . Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10
Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. 2011. Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)