NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK
(PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH)
NAMA PELAJAR : NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
NO. KAD PENGENALAN : 900823-09-5084
PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEREMBANG
NAMA PROJEK : PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
TEMPOH PELAKSANAAN : 6 – 13 JULAI 2013
1.0 OBJEKTIF :
Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan
sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi
sekolah.
Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan
kakitangan.
Hasil kerja guru sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila
meninggalkan sekolah kelak.
“ Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak
sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi
kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta
kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada
merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah.
Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah.
Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan
inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan
taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.”
“…inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan
sesuatu amalan” Glosari Teknologi Pendidikan (1995)
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 1
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
Projek yang dijalankan pada internship kali ini pada dasarnya boleh
dibahagikan kepada beberapa aspek seperti aspek keceriaan menaiktaraf
prasarana, kesedaran tentang alam sekitar termasuklah aspek gaya hidup sihat.
Merujuk kepada petikan di atas,kami memandang serius aspek keceriaan sekolah
dan mengambil peluang ini untuk memastikan agar kami dapat meninggalkan suatu
hasilan atau tinggalan yang akan kekal bersama warga sekolah setiap hari. Ianya
kami rangka menjadi satu cadangan projek yang bertunjangkan objektif yang jelas.
Salah satu projek yang dijalankan ialah Program Keceriaan Sekolah. Program
keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan
mengindahkan kawasan sekitar sekolah. Lukisan mural yang dihasilkan terdiri
daripada lukisan berkonsepkan kepada abstrak yang melambangkan sesuatu
terjemahan serta lukisan berkonsep terus yang dapat memberi info dan maklumat
kepada warga sekolah yang melihatnya. Rasional program ini berfokus untuk
menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran
sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah.
Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru,
kakitangan sekolah dan para murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian
ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian
umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan
kepuasan hati penggunanya. Tempat yang dipilih ialah pada dinding makmal
komputer dan dinding bilik pengurusan sukan.
2.0 KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI :
Kekuatan projek ini dapat dilihat pada mesej yang ingin disampaikan melalui
penciptaan mural yang memberi maklumat tertentu kepada murid. Misalnya, pada
dinding yang terdapat di makmal komputer. Ianya berkaitan dengan simpulan
bahasa berkonsepkan pancaindera melalui perlambangan. Sebagai contoh simpulan
bahasa panjang tangan yang bermaksud suka mencuri, maka ianya
diperlambangkan dengan lukisan seorang lelaki yang mempunyai tangan yang
panjang pada gmbar tangan itu tadi, guru pelatih akan melabel makna simpulan
bahasa tersebut. Maka ini memudahkan murid untuk mengingat dan memahami
simpulan-simpulan bahasa yang acapkali digunakan dalam kehidupan seharian. Hal
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 2
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
ini secara tidak langsung membantu murid mengingat simpulan-simpulan bahasa
tersebut dan mengaplikasinya dalam menghasilkan karangan lebih-lebih lagi
sewaktu menduduki peperiksaan. Idea yang menarik ditambah dengan lukisan yang
agak unik menjadikan murid-murid tertarik untuk berhenti di koridor tersebut dan
membacanya. Merujuk kepada mural di bilik pengurusan sukan pula, lukisan yang
dihasilkan berkonsep terus iaitu memaparkan beberapa peralatan sukan yang
melalui pemerhatian kami agak popular di sekolah ini. Walaupun agak ringkas dan
terus, gambar yang nampak “hidup” membuatkan alat-alat tersebut kelihatan seperti
nyata dan ianya amat menarik perhatian murid-murid. Idea ini juga timbul apabila
saya melihat tiada sesuatu pun tanda atau identiti yang menunjukkan bahawa bilik
itu adalah bilik pengurusan sukan. Daripada pandangan luar, bilik ini kelihatan
suram dan tidak ceria. Maka bagi tujuan ini, kami mengambil inisiatif untuk melukis
gmbar dan mural berkaitan sukan agar dapat membuka mata warga sekolah
termasuklah pelawat yang datang akan kepentingan dan keperluan sukan di
sekolah. Dalam aspek kemudahan alatan pula, kami amat berpuas hati kerana
bilangan berus, cat, keperluan lain mencukupi dan ianya sangat membantu
memudahkan tugasan ini.
3.0 KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI :
Antara masalah yang dihadapi sepanjang menyiapkan mural ini ialah aspek kawalan
terhadap murid yang kerap datang melihat secara dekat kerja-kerja mengecat dan
melukis mural ini. Semasa menyiapkan mural, ramai murid datang dan suasana
menjadi agak bising. Hal ini mengganggu perjalanan kerja-kerja mengecat mural
serta menjadikan tempoh yang diambil bagi menyiapkanya lebih panjang atau lama.
Cabaran lain ialah warna cat pada dinding bilik pengurusan luntur setelah terkena
hujan. Hal ini kerana cat tersebut tidak sempat kering dan hujan turun secara tiba-
tiba. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya dan rakan melakukan sapuan kedua
bagi memperbaiki cat yang luntur tersebut dan ianya dijalankan pada hari yang
cuacanya sesuai agar kejadian sama tidak berulang. Berkat kesabaran, masalah ini
selesai dan hasilannya amat memuaskan. Selain itu, saiz mural yang dihasilkan
agak kecil. Hal ini hanya disedari apabila kami selesai dan merenung kembali mural
tersebut. Pada awal kerja-kerja melukis, saya agak kekok untuk menganggar saiz
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 3
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
yang perlu digunakan tambahan pula ianya dilukis secara “free hand”. Pada hemat
saya, draf lukisan tersebut adalah sesuai dan cukup besar namun apabila dicat,
kelihatan agak kecil sedikit dan memberi imej bertumpu di tengah-tengah dinding.
Bagi memperelok mural tersebut saya telah menghasilkan bingkai untuk tujuan
kemasan dan ilusi timbul. Akhirnya gambar yang agak kecil tadi menjadi satu potrait
yang menarik melalui inovasi dan ubahsuai yang dilakukan. Sememangnya,
masalah sebegini tidak mematahkan semangat kami untuk menghasilkan mural yag
terbaik dan menarik malah mendorong kami untuk berusaha lebih giat untuk
menyiapkannya mengikut tempoh yang ditetapkan
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berdasarkan pengamatan saya, projek ini dianggap berjaya malah ianya siap
sepertimana yang ditetapkan dalam kertas cadangan. Namun, beberapa
penambahbaikan perlu dijalankan seperti memulakan kerja lebih awal dan
menyediakan jadual tugasan projek agar perjalanan projek lebih tersusun. Hal ini
perlu kerana tanpa perancangan dan pengurusan masa yang baik, perjalanan kerja
menjadi agak kelam kabut dan tidak efektif. Ianya boleh menyebabkan kadangkala
kami bekerja dalam keadaan stress dan ini memberi kesan kepada hasil kerja kami
iaitu mural tersebut. Pada masa yang sama, mengimbas kembali kepada masalah
gambar atau mural yang tampak kecil, kami sedar bahawa perlunya ada pelan
kedua yang bertindak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui
alternatif lain. Kami berhaap semoga hasilan ini memuaskan hati semua pihak dan
sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada warga Sekolah Kebangsaan
Sungai Berembang (SKSGB)
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, program keceriaan sekolah ini sedikit sebanyak telah dapat
mengindahkan lagi kawasan sekolah ini. Pada masa yang sama, ianya telah dapat
membantu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid tentang simpulan
bahasa serta bidang-bidang sukan yang ada melalui penciptaan mural-mural yang
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 4
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
menarik dan mudah difahami. Saya berharap agar mural yang dihasilkan ini dapat
menjadi tinggalan yang bermanfaat kepada seluruh warga sekolah SKSGB.
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 5
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK
(MINGGU ALAM SEKITAR (MAS))
NAMA PELAJAR : NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
NO. KAD PENGENALAN : 900823-09-5084
PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEREMBANG
NAMA PROJEK : MINGGU ALAM SEKITAR
TEMPOH PELAKSANAAN : 15 – 19 JULAI 2013
OBJEKTIF :
Menerapkan nilai sayangi alam sekitar.
Menyemai serta meningkatkan kesedaran murid-murid dan warga sekolah
mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Mendedahkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kehidupan
seharian bagi menjamin kelestarian alam sejagat.
Mendidik murid-murid dan warga sekolah menjadi masyarakat yang
bertanggungjawab terhadap keseimbangan ekosistem alam sekitar.
Menggalakkan warga sekolah untuk mengumpul barang-barang yang boleh
dikitar semula untuk dijual.
Meningkatkan kreativiti murid-murid dalam memvariasikan kegunaan bahan-
bahan terpakai menjadi satu inovasi baru.
Mengekalkan kehijauan alam sekitar melalui 3R (recycle, reuse & reduce).
Menambah pendapatan sekolah melalui program pengumpulan barang kitar
sekolah/
Menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan seruan “Pemuliharaan Alam
Sekitar, Tanggungjawab Bersama”.
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 6
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI:
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna.Program Kitar
Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan
mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolahlagi. Program Kitar
Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid
waste), mendidik murid-murid tentang cara yang betuluntuk membuang sampah dan
menanamkan sikap kepimpinan dantanggungjawab antara murid-murid. Melalui
taklimat ringkas yang diberi kepada murid-murid dapat membantu mereka
memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua murid juga
berkesempatan mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti
yang disenaraikan. Selain itu,kami menyediakan plastik hitam bersaiz besar
bersama labelnya untuk membezakan kumpulan bahan-bahan kitar semula
misalnya kertas, plastik dantin-tin aluminium. Murid-murid juga sedar akan
kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah
pendapatan dan memupuk sikap jimat cermat melalui risalah yang diberikan kepada
setiap kelas. Mereka juga menggunakan bahan kitar semula yang telah dikumpul
dalam pertandingan pakaian beragam dengan bahan kitar semula pada hari yang
sama. Bertitik-tolak daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa murid-murid
memahamit ujuan Program Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi
sokongan penuh untuk menjayakannya. Seperti yang diketahui, tajuk kitar semula
memang dimasukkan dalam sukatan matapelajaran Sains Tahun Empat. Dengan
melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar yang
kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on learning environment di mana murid
dapat melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan
juga menjadi rakyat yang mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan
penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga. Perkara ini secara tidak langsung
dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama murid-murid dimana ketua kelas
akan membahagikan kerja kepada murid lain supaya mengumpul bahan-bahan
terpakai yang berlainan kategori untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian
saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif
kerana mereka sanggup mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 7
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan murid-murid mula
menyedari tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata hati
dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan
datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentahdan menggunakan
sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Kemuncak
pelancaran Minggu Alam Sekitar ini adalah apabila pihak PPSPPA datang dan
mengutip semua bahan kitar semula yang dibawa murid dari rumah dan ditimbang
beratnya. Hasil timbangan itu nanti akan diberi dalam bentuk duit dan diserahkan
kepada individu pelajar tersebut.
KELEMAHAN PROJEK/ AKTIVITI:
Tempoh masa Program Kitar Semula selama dua minggu ini adalah singkat dimana
kesedaran murid-murid terhadap tujuan sebenar kitar semula tidak jelas dan efektif.
Apa yang difahami oleh murid dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang
boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah memastikan kumpulan mereka
menang dalam pertandingan Pakaian Beragam. Oleh itu, murid-murid telah
membawa semua surat khabar lama, kertas-kertas bercetak, botol plastik dan
sebagainya ke kelas masing masing untuk memenuhkan plastik kitar semula yang
diberi kepada setiap kelas. Mereka tidak menyedari dengan kepentingan kitar
semula yang menyatakan ia dapat menjimatkan kos, sumber dan tenaga atau
mengurangkan penggunaan sumber kerana kami tidak memberi maklumat lanjutan
tentang tindakan yang boleh diambil selain daripada mengumpul bahan-bahan
terpakai. Contohnya, kami tidak menggalakkan murid-murid mengurangkan
penggunaan plastik, polisterindan juga kertas haruslah diggunakan kedua-dua belah
sebelummembuangkannya. Sementelahan itu, mungkin tidak semua murid yang
tahu bahawa bahan-bahan kitar semula ini sebenarnya boleh dijual dan
menambahkan sedikit pendapatan kami di samping memberikan peluang pekerjaan
kepada sesetengah pihak untuk mengurangkan kadar pengangguran rakyat
Malaysia. Info berkaitan penggunaan semula bahan-bahan kitar semula juga tidak
disampaikan oleh semua murid. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami hanya
sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula kepada murid-murid
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 8
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan
dimana-mana jua sahaja anda berada.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya
menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semulabahan-bahan
secara berkesan. Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah
pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam
sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-
kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan
bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi
sekolah boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi
menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula
boleh dijadikan tabiat setiap wargasekolah dengan menyediakan tong-tong sampah
kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat membuang sampah mengikut
kategori yang sesuai danmengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain itu,
pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan
penggunaan plastik ataupolisterin dan menyeru murid-murid membawa bekas
sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar
semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan
sebagainya harus ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga
sekolah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai
oleh semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan
berjaya
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 9
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK
(PENAMBAHBAIKAN DAN TRANSFORMASI
BILIK PENGURUSAN SUKAN)
NAMA PELAJAR : NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
NO. KAD PENGENALAN : 900823-09-5084
PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEREMBANG
NAMA PROJEK : PENAMBAHBAIKAN DAN TRANSFORMASI
BILIK PENGURUSAN SUKAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 14 – 25 JULAI 2013
1.0 OBJEKTIF
Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan
sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi
sekolah.
Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid.
Hasil kerja guru sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila
meninggalkan sekolah kelak.
2.0 KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI:
Prasarana dan pengurusan bilik yang sistematik menjadi agenda penting dalam rutin
seharian di sekolah memandangkan setiap hari akan ada silih berganti kelas-kelas
yang menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Justeru,
sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, bilik ini mestilah berperanan dalam
menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum
demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Menyedari akan keperluan
tersebut, saya telah melakukan beberapa penambahbaikan seperti menyediakan
buku log, membuat label yang lebih menarik dan kukuh, menyediakan satu sudut
informasi serta dan menghias bilik ini dengan pelbagai info sukan dan kesihatan.
Saya amat yakin bahawa dengan adanya transformasi seperti ini, ianya mampu
mencapai cita-cita menjadikan bilik ini sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 10
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu
mengunjungi sekolah.
KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI:
Pada keseluruhannya, saya melihat projek ini memberI banyak manfaat kepada
pengurusan sukan sekolah ini namun terdapat beberapa kelemahan yang saya
jangka akan timbul. Antaranya ialah susun atur alatan yang akan kembali berselerak
sekiranya tiada pengawasan guru termasuklah penggunaan buku log yang
dipandang enteng. Hal ini demikian kerana perubahan ini merupakan perkara baru
dan sistem ini masih kekok untuk guru dan murid sekolah ini.Namun saya akan cuba
memastikan masalah ini dapat diatasi dengan beberapa penambahbaikan agar
sistem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
PENAMBAHBAIKAN:
Merujuk kepada beberapa masalah dan kelemahan yang timbul tadi, saya telah
mengambil beberapa langkah proaktif dengan melantik beberapa orang ahli
jawatankuasa dalam kalangan guru dan murid. Dengan adanya ahli jawatankuasa
ini, saya berharap agar pengurusan bilik ini akan sentiasa berada pada tahap
memuaskan serta urusan keluar masuk alatan dapat berjalan dengan lebih
sistematik.
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 11
NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN
SK SUNGAI BEREMBANG (INTERNSHIP)Page 12