1
SKEMA PEMARKAHAN
KUIZ
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Arahan : Tuliskan jawapan dalam ruangan yang disediakan.
1.Apakah yang dimaksudkan dengan konsep PDK berpusat (centre-based)?PDK dilaksana di lokasi tetap dengan sesi pemulihan menurut jadual yang dirancang dan ditetapkan.(1 markah)
2. Senaraikan dua sebab mengapa kaedah di rumah (home-based) diwujudkan di PDK.
i)OKU menjalani kecacatan/ketidakupaaan yang teruk
ii)Keluarga mempunyai halangan / masalah / limitasi untuk datang ke pusat
iii) Tempat tinggal OKU jauh dari PDK(2 markah)
3.Namakan daerah di mana PDK yang pertama ditubuhkan di Malaysia.
Batu Rakit, Terengganu(1 markah)
4.Bilakah Program PDK yang pertama ditubuhkan di Malaysia?
1984
(1 markah)
5.Nyatakan dua prinsip penubuhan PDK.
i)Mengurangkan impak kecacatan OKU
ii)Penerimaan OKU dalam komuniti secara integrasi sepenuhnya
iii)Sokongan peribadi kepada keluarga OKU
(2 markah)
6.Senaraikan dua objektif penubuhan sesebuah PDK.
i)Integrasi sosial OKU dalam komuniti setempat
ii)Peluang membangun potensi diri OKU
iii)Mewujudkan masyarakat penyayang
iv)Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan
(2 markah)
7. Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara berikut seperti mana yang terdapat dalam Teori Ekologi Urie Brofenbrenner?
i.Sistem Ekso Pengalaman dan persekitaran yang tidak melibatkan OKU secara langsung tetapi keputusan memberi kesan pada OKU
ii.Sistem Makro Perkembangan OKU melibatkan norma, nilai dan amalan masyarakat
(2 markah)
8.Siapakah pengasas Teori Psikososial?Thomas Erikson
(1 markah)
9.Apakah aspek yang menjadi fokus dalam Teori Pembelajaran Sosial?Peniruan / Permodelan(1 markah)
10. Nyatakan dua tujuan kod etika bagi pekerja social ditulis:
i)Menyediakan satu set formula bagi prinsip asas untuk kerja sosial yang boleh
diadaptasi pada tempat dan kehendak sosial
ii)Mengenal pasti masalah dalam kerja sosial
(2 markah)
11.Senaraikan dua kod etika untuk pekerja sosial di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
i)Amal sikap mesra, prihatin, terbuka
ii)Perkhidmatan yang berkualiti
(2 markah)
12.Apakah syarat utama penubuhan PDK bagi sesuatu kawasan?
OKU melebihi 7 orang
(1 markah)
13.Siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk menubuhkan PDK selain daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PDK?
Ibu bapa(1 markah)
14.Apakah nisbah pekerja PDK dengan OKU Spastik/autisme bagi sesebuah PDK?
1 : 2(1 markah)
15.Senaraikan dua tugas Pembantu PDK.i)Merancang dan menyediakan menu khasiat OKU
ii)Memasakak dan menghidang makanan
iii)Memastikan PDK sentiasa bersih, kemas dan ceria
iv)Mengawasi keselamatan
(2 markah)
16.Siapakah Individu yang bertanggungjawab menandatangani surat pelantikan pekerja PDK?
Pengerusi PDK
(1 markah)17. Apakah fokus utama aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program PDK.Pemulihan / Intervensi Awal
(1 markah)
18.Senaraikan tiga prosedur yang perlu diikuti oleh individu berkeperluan khas untuk
membolehkan mereka menyertai sesebuah PDK.
i)Pemeriksaan dan pengesahan pegawai perubatan
ii)Mendaftar di JKM
iii)Mendaftar di PDK setempat
(3 markah)
19.Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah lawatan ( home visit )?Pekerja PDK ke rumah OKU berdaftar di PDK untuk memantau perkembangan OKU di persekitaran hidupnya yang biasa atau bersama keluarga.
(1 markah)
20.Apakah faktor penting yang perlu ditekankan sebelum lawatan ke rumah dijalankan?Kesesuaian masa ibu bapa
(1 markah)
21.Panel Penilai Pemulihan Dalam Komuniti memainkan peranan penting dalam kejayaan
sesebuah PDK. Nyatakan dua tanggungjawab utama panel ini.
i)Menilai prestasi PDK setiap 4 bulan sekali
ii)Merancang program pemulihan OKU
(2 markah)
22. Berapakah had umur kemasukan OKU ke PDK?
Tiada had
(1 markah)
23. Mengapakah OKU di PDK perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Untuk memperoleh insentif-insentif / kemudahan yang disediakan/ layak untuk OKU
(1 markah)
24. Nyatakan dua tujuan kemahiran hidup dan urus diri diajar kepada pelatih di PDK.
i)Melatih hidup berdikari
ii)Meningkatkan kualiti hidup
(2 markah)
25. Namakan dua badan khidmat pelbagai disiplin yang terlibat secara langsung dengan PDK.
i)Kementerian Kesihatan
ii)Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(2 markah)
26. Apakah dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru PDK apabila menyediakan Jadual Tugas Harian di bilik darjah.
i.__________________________________________________________
__________________________________________________________
ii.__________________________________________________________
__________________________________________________________
(2 markah)
27. Berikan dua bentuk khidmat nasihat dan bimbingan yang boleh diberi kepada ibu bapa dan keluarga pelatih di PDK.
i)Kemahiran pra vokasional
ii)Terapi
(2 markah)
28. Senaraikan dua program luar yang boleh dianjurkan secara bersama antara PDK dan kumpulan khidmat sokongan.
i)Bermain bowling
ii)Lawatan ke PetroSains/Pusat Sains Negara/Zoo
(2 markah)
29. Cadangkan dua cara dana PDK dapat dikumpul atau peroleh.
i)Sumbangan komuniti
ii)Aktiviti keusahawanan
(2 markah)
30. Terangkan tiga kebaikan kolaborasi antara PDK dan pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan pemulihan pelatih di PDK.
i)Mewujudkan masyarakat penyayang
ii)Integrasi sosial
iii)Meningkatkan kualiti PDK
(3 markah)Kuiz pdk 2012
Top Related