39
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Disiplin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. Secara lebih terperinci,
disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang
berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap
akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri.
Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam
keseluruhan hidupnya kelak. Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini dikatakan
demikian kerana disiplin merupakan kawalan dalaman terhadap diri seseorang supaya tidak
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang murid yang berdisiplin
sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. Hal ini disebabkan peraturan
yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada murid agar tidak melakukan perkara
yang memberikan implikasi buruk kepada diri sendiri.
Murid yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan
memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Mereka juga tidak mudah terjebak dalam
segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap
pembelajaran. Murid yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual
belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa
depan. Murid-murid ini sanggup memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan
terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain. Peraturan sekolah yang menetapkan para
murid supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih murid dari segi
pengurusan masa. Murid yang berjaya menepati masa akan menjadi murid yang tahu
menghargai masa. Sama juga halnya dengan peraturan sekolah yang menetapkan murid
supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya murid kelihatan berpersonaliti
dan berketerampilan. Lazimnya, murid mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang
diajarkan oleh guru berbanding dengan yang tidak berpersonaliti.
Aspek utama untuk mengamalkan disiplin yang baik ialah murid perlu menghormati
guru. Hal ini mustahak kerana murid tidak dapat lari daripada bimbingan dan tunjuk ajar
guru. Walaupun murid mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun,
pelajar masih memerlukan guru untuk memberikan penerangan kerana buku bukan manusia
yang dapat berinteraksi dengan murid. Seandainya murid tidak menghormati guru maka
bagaimanakah murid akan mendapat ilmu daripada guru? Maka, hubungan harmonis antara
guru dengan murid akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan
utama bagi menentukan kejayaan cemerlang seseorang murid dalam
pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan murid
yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian, dan keagamaan
dapat menempa kejayaan yang cemerlang. Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk
membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin
kejayaan seseorang murid.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Peranan Pengguna Berhemah’
oleh Izani Hj. Daud
Majalah Wadah Siswa, Julai 2012)
WANDA @ SMKHILLCREST Page 40
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti dan berketerampilan. [2 markah]
(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa perkara yang dimaksudkan dengan
disiplin.
Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan disiplin? [3markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah murid yang berdisiplin disenangi oleh
guru-guru dan rakan-rakan sebaya? [4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Surau penuh sesak - kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil,
khusus untuk orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkan kata-katanya :
Perihal lurus hati orang Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah,
segala debar cinta kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat
anak muda itu : "Tanah Melayu pasti merdeka!"
Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun
kemudian - ketika kami bersiap-siap di surau meraikan setahun merdeka - gadis Inggeris
berambut perang dan bermata biru lembut itu muncul semula.
Sejak itu, di banglo estet peninggalan Tuan Booth, anak-anak kampung kami bebas
keluar masuk pada seriap hari.
Barangkali, dek kenangan yang tak pernah lenyap, atau demi kecintaan yang tak
pernah padam, dia mengajar anak-anak kami, menghidupkan kenangan tahun-tahun 30-an
kala di kampung ini, ada seorang budak lelaki bernama Ahmad Mutawakkil - nasionalis
Melayu paling muda.
Dipetik daripada ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’
Murid dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai
menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru
ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan
pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran
yang mulia.
KBAT
WANDA @ SMKHILLCREST Page 41
oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam Antologi Sejadah Rindu,
Sasbadi
(i) Jelaskan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan cerpen di
atas dan satu perwatakan yang lain daripada keseluruhan cerpen itu. [4 markah]
(ii) Cadangkan perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan negara kita dilanda
rusuhan atau terlibat dalam peperangan.
Jelaskan alasan anda. . [5 markah]
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman
dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah
angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke
benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka
Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak meminta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar
Shah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu
menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa
rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi, Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli
Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri
namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus
ke hulu Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Shah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak
membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang
berdatang sembah kepada sultan, "Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya
menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali."
(Dipetik daripada
'Burung Terbang Dipipiskan Lada'
dalam Antologi Sejadah Rindu,
Sasbadi
(i) Apakah sebab-sebab Raja Benua Siam hendak menyerang negeri Melaka? [2 markah]
(ii) Nyatakan persiapan yang dilakukan Paduka Bubunnya untuk menyerang negeri
Melaka. [3 markah]
KBAT
WANDA @ SMKHILLCREST Page 42
(iii) Kemukakan kesan-kesan buruk yang berlaku ketika zaman perang. [3 markah]
Soalan 2 (d) - Gurindam
Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BEBERAPA PETUA HIDUP
Za'ba
Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
Kalung Bunga Za'ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam Antologi Sejadah Rindu,
Sasbadi
GURINDAM DUA BELAS
(Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Mohd. Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Huraikan dua nilai yang dapat diperoleh daripada gurindam-gurindam di atas.
[ 4 markah ]
(ii) Berdasarkan nasihat yang terdapat dalam kedua-dua puisi di atas, cipta serangkap
pantun yang bertemakan nasihat. [ 5 markah ]
KBAT
WANDA @ SMKHILLCREST Page 43
Gunakan maklumat berikut sebagai panduan penciptaan pantun anda.
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) asam garam
(ii) wang ringgit
(iii) sahabat handai
(iv) pantang larang
(v) nenek moyang
(vi) sihat sejahtera
[6 markah]
(b) Pisahkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
(i) Ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung dan sikap cinta akan kebersihan.
(ii) Hanis berasa amat terkejut apabila disergah oleh seorang pemuda dari belakang.
(iii) Media massa melaporkan bahawa kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur semakin
teruk.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Motorsikal berkuasa tinggi menjadi gilaan golongan berada yang berumur
40-an.
(ii) Usaha untuk bermartabat Bahasa Melayu akan dilaksanakan ke seluruh
pelusuk tanah air.
(iii) Upacara perlantikan pengawas sekolah bagi sessi 2016 akan dirasmikan oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest.
[6 markah]
CIRI-CIRI
PANTUN
EMPAT
KERAT
Ada dua baris
pembayang
maksud
Ada dua
baris
maksud
Jumlah suku kata
dalam baris antara
8 hingga 12
Rima akhir
abab
WANDA @ SMKHILLCREST Page 44
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat jatuh darahnya.
(ii) Biskut yang dimakan oleh Ainin Shofea sungguh rapuh dan rasanya teramat
enak sekali.
(iii) Program latih tubi tidak bertujuan untuk mendera peserta tetapi untuk
menerapkan disiplin dan ilmu yang dituntut.
[6 markah]
(e) Baca situasi di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa yang
sesuai dengan situasi ayat-ayat tersebut.
(i) Kugillan membuat kerja sambilan terlebih dahulu sebelum mendapat
pekerjaan yang tetap.
(ii) Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam denggi,
barulah Encik Muhaimin membersihkan persekitaran rumahnya.
(iii) Murid seharusnya boleh menilai kemampuan atau kekurangan diri mereka
sendiri sebelum membuat keputusan tanpa membandingkan dengan
kebolehan orang lain.
[6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut :
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Tirani karya Beb Sabariah
(a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua peristiwa menarik dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.
Mengapa anda berpendapat demikian? [7 markah ]
(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, hasilkan suatu pengakhiran cerita
yang anda fikir sesuai untuk novel tersebut.
[ 8 markah ]
KBAT
KBAT
Top Related