Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab...

6
39 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah- faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Disiplin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. Secara lebih terperinci, disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak. Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini dikatakan demikian kerana disiplin merupakan kawalan dalaman terhadap diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang murid yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada murid agar tidak melakukan perkara yang memberikan implikasi buruk kepada diri sendiri. Murid yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Mereka juga tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Murid yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Murid-murid ini sanggup memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain. Peraturan sekolah yang menetapkan para murid supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih murid dari segi pengurusan masa. Murid yang berjaya menepati masa akan menjadi murid yang tahu menghargai masa. Sama juga halnya dengan peraturan sekolah yang menetapkan murid supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya murid kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. Lazimnya, murid mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajarkan oleh guru berbanding dengan yang tidak berpersonaliti. Aspek utama untuk mengamalkan disiplin yang baik ialah murid perlu menghormati guru. Hal ini mustahak kerana murid tidak dapat lari daripada bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun murid mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun, pelajar masih memerlukan guru untuk memberikan penerangan kerana buku bukan manusia yang dapat berinteraksi dengan murid. Seandainya murid tidak menghormati guru maka bagaimanakah murid akan mendapat ilmu daripada guru? Maka, hubungan harmonis antara guru dengan murid akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran. Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama bagi menentukan kejayaan cemerlang seseorang murid dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan murid yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian, dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang. Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang murid. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Pengguna Berhemah’ oleh Izani Hj. Daud Majalah Wadah Siswa, Julai 2012)

Transcript of Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab...

Page 1: Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut : (i) Leftenan Adnan Wira

39

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-

faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin.

Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Disiplin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. Secara lebih terperinci,

disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang

berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap

akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri.

Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam

keseluruhan hidupnya kelak. Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini dikatakan

demikian kerana disiplin merupakan kawalan dalaman terhadap diri seseorang supaya tidak

melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang murid yang berdisiplin

sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. Hal ini disebabkan peraturan

yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada murid agar tidak melakukan perkara

yang memberikan implikasi buruk kepada diri sendiri.

Murid yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan

memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Mereka juga tidak mudah terjebak dalam

segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap

pembelajaran. Murid yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual

belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa

depan. Murid-murid ini sanggup memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan

terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain. Peraturan sekolah yang menetapkan para

murid supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih murid dari segi

pengurusan masa. Murid yang berjaya menepati masa akan menjadi murid yang tahu

menghargai masa. Sama juga halnya dengan peraturan sekolah yang menetapkan murid

supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya murid kelihatan berpersonaliti

dan berketerampilan. Lazimnya, murid mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang

diajarkan oleh guru berbanding dengan yang tidak berpersonaliti.

Aspek utama untuk mengamalkan disiplin yang baik ialah murid perlu menghormati

guru. Hal ini mustahak kerana murid tidak dapat lari daripada bimbingan dan tunjuk ajar

guru. Walaupun murid mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun,

pelajar masih memerlukan guru untuk memberikan penerangan kerana buku bukan manusia

yang dapat berinteraksi dengan murid. Seandainya murid tidak menghormati guru maka

bagaimanakah murid akan mendapat ilmu daripada guru? Maka, hubungan harmonis antara

guru dengan murid akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.

Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan

utama bagi menentukan kejayaan cemerlang seseorang murid dalam

pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan murid

yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian, dan keagamaan

dapat menempa kejayaan yang cemerlang. Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk

membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin

kejayaan seseorang murid.

(Dipetik dan diubah suai daripada

‘Peranan Pengguna Berhemah’

oleh Izani Hj. Daud

Majalah Wadah Siswa, Julai 2012)

Page 2: Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut : (i) Leftenan Adnan Wira

WANDA @ SMKHILLCREST Page 40

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti dan berketerampilan. [2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa perkara yang dimaksudkan dengan

disiplin.

Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan disiplin? [3markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah murid yang berdisiplin disenangi oleh

guru-guru dan rakan-rakan sebaya? [4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Surau penuh sesak - kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil,

khusus untuk orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkan kata-katanya :

Perihal lurus hati orang Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah,

segala debar cinta kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat

anak muda itu : "Tanah Melayu pasti merdeka!"

Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun

kemudian - ketika kami bersiap-siap di surau meraikan setahun merdeka - gadis Inggeris

berambut perang dan bermata biru lembut itu muncul semula.

Sejak itu, di banglo estet peninggalan Tuan Booth, anak-anak kampung kami bebas

keluar masuk pada seriap hari.

Barangkali, dek kenangan yang tak pernah lenyap, atau demi kecintaan yang tak

pernah padam, dia mengajar anak-anak kami, menghidupkan kenangan tahun-tahun 30-an

kala di kampung ini, ada seorang budak lelaki bernama Ahmad Mutawakkil - nasionalis

Melayu paling muda.

Dipetik daripada ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’

Murid dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai

menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru

ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan

pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran

yang mulia.

KBAT

Page 3: Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut : (i) Leftenan Adnan Wira

WANDA @ SMKHILLCREST Page 41

oleh Zainal Rashid Ahmad

dalam Antologi Sejadah Rindu,

Sasbadi

(i) Jelaskan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan cerpen di

atas dan satu perwatakan yang lain daripada keseluruhan cerpen itu. [4 markah]

(ii) Cadangkan perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan negara kita dilanda

rusuhan atau terlibat dalam peperangan.

Jelaskan alasan anda. . [5 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman

dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah

angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke

benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka

Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak meminta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar

Shah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu

menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa

rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi, Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli

Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri

namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus

ke hulu Pahang.

Maka telah Sultan Muzaffar Shah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh

menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak

membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang

berdatang sembah kepada sultan, "Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya

menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan

perempuan sekali."

(Dipetik daripada

'Burung Terbang Dipipiskan Lada'

dalam Antologi Sejadah Rindu,

Sasbadi

(i) Apakah sebab-sebab Raja Benua Siam hendak menyerang negeri Melaka? [2 markah]

(ii) Nyatakan persiapan yang dilakukan Paduka Bubunnya untuk menyerang negeri

Melaka. [3 markah]

KBAT

Page 4: Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut : (i) Leftenan Adnan Wira

WANDA @ SMKHILLCREST Page 42

(iii) Kemukakan kesan-kesan buruk yang berlaku ketika zaman perang. [3 markah]

Soalan 2 (d) - Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BEBERAPA PETUA HIDUP

Za'ba

Fikir dan Kata

Kurang fikir, kurang siasat,

Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,

Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,

Ibarat beringin, racun dan upas.

Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa,

Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,

Jika tersua janganlah lari.

Kalung Bunga Za'ba, 2008

Dewan Bahasa dan Pustaka

dalam Antologi Sejadah Rindu,

Sasbadi

GURINDAM DUA BELAS

(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd. Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)

dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Huraikan dua nilai yang dapat diperoleh daripada gurindam-gurindam di atas.

[ 4 markah ]

(ii) Berdasarkan nasihat yang terdapat dalam kedua-dua puisi di atas, cipta serangkap

pantun yang bertemakan nasihat. [ 5 markah ]

KBAT

Page 5: Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut : (i) Leftenan Adnan Wira

WANDA @ SMKHILLCREST Page 43

Gunakan maklumat berikut sebagai panduan penciptaan pantun anda.

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham

akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) asam garam

(ii) wang ringgit

(iii) sahabat handai

(iv) pantang larang

(v) nenek moyang

(vi) sihat sejahtera

[6 markah]

(b) Pisahkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.

(i) Ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung dan sikap cinta akan kebersihan.

(ii) Hanis berasa amat terkejut apabila disergah oleh seorang pemuda dari belakang.

(iii) Media massa melaporkan bahawa kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur semakin

teruk.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan

dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Motorsikal berkuasa tinggi menjadi gilaan golongan berada yang berumur

40-an.

(ii) Usaha untuk bermartabat Bahasa Melayu akan dilaksanakan ke seluruh

pelusuk tanah air.

(iii) Upacara perlantikan pengawas sekolah bagi sessi 2016 akan dirasmikan oleh

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest.

[6 markah]

CIRI-CIRI

PANTUN

EMPAT

KERAT

Ada dua baris

pembayang

maksud

Ada dua

baris

maksud

Jumlah suku kata

dalam baris antara

8 hingga 12

Rima akhir

abab

Page 6: Soalan 1 : Rumusan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileSoalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut : (i) Leftenan Adnan Wira

WANDA @ SMKHILLCREST Page 44

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau

istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-

kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu

kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat jatuh darahnya.

(ii) Biskut yang dimakan oleh Ainin Shofea sungguh rapuh dan rasanya teramat

enak sekali.

(iii) Program latih tubi tidak bertujuan untuk mendera peserta tetapi untuk

menerapkan disiplin dan ilmu yang dituntut.

[6 markah]

(e) Baca situasi di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa yang

sesuai dengan situasi ayat-ayat tersebut.

(i) Kugillan membuat kerja sambilan terlebih dahulu sebelum mendapat

pekerjaan yang tetap.

(ii) Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam denggi,

barulah Encik Muhaimin membersihkan persekitaran rumahnya.

(iii) Murid seharusnya boleh menilai kemampuan atau kekurangan diri mereka

sendiri sebelum membuat keputusan tanpa membandingkan dengan

kebolehan orang lain.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib

(ii) Tirani karya Beb Sabariah

(a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Huraikan dua peristiwa menarik dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Mengapa anda berpendapat demikian? [7 markah ]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, hasilkan suatu pengakhiran cerita

yang anda fikir sesuai untuk novel tersebut.

[ 8 markah ]

KBAT

KBAT