1
Ruj. Kami : KPMSP 400-9/2/2Jld.7(46) Tarikh : November 2016
Kepada: SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN YANG SEDANG BERKUATKUASA DI PREMIS-PREMIS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/ INSTITUSI INDUK/ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/ SEKOLAH/ INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Selaras dengan Klausa 1 Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia bagi kontrak di atas melantik YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sebagai wakil Kerajaan untuk bertindak bagi pihak diri saya bagi tujuan penyeliaan dan penguatkuasaan kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di premis-premis Kerajaan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh pihak Kerajaan. Kewajipan saya dan kuasa-kuasa yang diletakhakkan kepada saya di bawah kontrak di atas dan juga berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) adalah dengan ini diwakilkan kepada YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan. 3. Dalam menjelaskan Surat Arahan Pentadbiran ini:
i. "Bahagian" ertinya Bahagian-Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk Lembaga Peperiksaan, kecuali Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti;
ii. "Institusi Induk" ertinya Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Induk;
iii. "Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus dan Kolej Matrikulasi;
KPMSP 400-9/2/2
2
iv. "Ketua Jabatan" ertinya Setiausaha Bahagian, Pengarah Bahagian, Rektor, Ketua Nazir, Pengarah Institusi Induk/ Pendidikan, Pengarah JPN, Ketua Akauntan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar; dan
v. “Pentadbir Kontrak” ertinya Setiausaha Bahagian, Pengarah Bahagian, Rektor, Ketua Nazir, Pengarah Institusi Induk/ Pendidikan, Pengarah JPN, Ketua Akauntan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar atau pegawai yang dilantik oleh Setiausaha Bahagian, Pengarah Bahagian, Rektor, Ketua Nazir, Pengarah Institusi Induk/ Pendidikan, Pengarah JPN, Ketua Akauntan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar untuk mentadbir kontrak di Bahagian/ Institusi Induk/ Institusi Pendidikan.
4. Berikut adalah penjelasan tanggungjawab pihak tuan/puan seperti dinyatakan di bawah:
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
1. Skop
Perkhidmatan
Pematuhan Skop Perkhidmatan
(a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di premis masing-masing bertanggungjawab memastikan pihak kontraktor melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam kontrak.
(b) Tanpa menjejaskan para 1.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah: i. Memastikan bilangan pengawal dan
peralatan mencukupi;
ii. Memastikan pengawal mematuhi tempoh kawalan berdasarkan kontrak; dan
iii. pengawal mematuhi senarai tugas.
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
2. Pembayaran
Pembayaran (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak
bertanggungjawab memastikan semua urusan pembayaran dilaksanakan mengikut terma-terma/ syarat-syarat kontrak dan semua peraturan/ tatacara kewangan/ akaun yang berkuatkuasa.
JPN/
Bahagian/ Institusi
Induk/ PPD/ Institusi
Pendidikan
KPMSP 400-9/2/2
3
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
(b) Tanpa menjejaskan para 2.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:
i. Dokumen Pengesahan
Perkhidmatan a. Invois tuntutan yang lengkap; b. Lesen Agensi Persendirian
masih berkuatkuasa; dan c. Borang Pengesahan Kerja diisi
lengkap dan disahkan berdasarkan perkhidmatan yang telah dilaksanakan.
ii. Dokumen Berkaitan Kontrak a. SST; b. Salinan muka hadapan kontrak; c. Salinan muka surat yang ada
dinyatakan tempoh kuatkuasa kontrak;
d. Salinan muka surat kontrak yang ditandatangani; dan
e. Salinan Jadual Tawaran Harga.
iii. Dokumen Sokongan Yang Lain a. Salinan Sijil Pendaftaran
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF);
b. Salinan Bon Pelaksanaan; dan c. Salinan Buku Bank / Penyata
Kewangan.
iv. Dokumen Tambahan Yang Lain (Jika Berkaitan) a. Salinan SST bagi pertambahan
atau pindaan daripada Kontrak Asal;
b. Salinan Perjanjian Pemfaktoran; c. Salinan Buku Bank/ Penyata
Kewangan Institusi Pemfaktoran; dan
d. Borang Pengesahan Kerja diisi lengkap dan disahkan berdasarkan perkhidmatan yang telah dilaksanakan.
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
KPMSP 400-9/2/2
4
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
v. Peruntukan yang mencukupi
hendaklah disediakan bagi tujuan pembayaran dalam tahun semasa
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
3. Bon
Pelaksanaan
Bon Pelaksanaan (a) Bertanggungjawab memastikan semua
urusan berkaitan Bon Pelaksanaan dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak dan peraturan-peraturan yang dinyatakan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan.
(b) Tanpa menjejaskan para 3.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:
i. mengumpul Bon Pelaksanaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh SST;
ii. menghalang kontraktor memasuki tapak untuk memulakan perkhidmatan sekiranya kontraktor gagal mengemukakan Bon Pelaksanaan;
iii. memastikan nilai dan format Bon
Pelaksanaan dipatuhi dan
mengemukakan permohonan
pengesahan kesahihan Bon
Pelaksanaan kepada pihak
pengeluar Bon Pelaksanaan dalam
tempoh 30 hari daripada tarikh Bon
Pelaksanaan diterima;
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk
KPMSP 400-9/2/2
5
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
iv. mengeluarkan Notis Pembatalan Surat Setuju Terima/ Notis Tujuan Penamatan dan Notis Penamatan sekiranya Kontraktor gagal mematuhi peraturan-peraturan berkenaan Bon Pelaksanaan. Bagi kes-kes tertentu, kelulusan hendaklah diperolehi daripada Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset;
v. mengambil/ merampas sebahagian/ keseluruhan jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan dalam tempoh sah laku Bon Pelaksanaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat/ terma kontrak dan/ atau berlaku penamatan kontrak;
vi. memastikan kontraktor
menggantikan/ mencukupkan semula nilai Bon Pelaksanaan yang telah diambil/ dirampas sebahagian/ keseluruhan daripadanya sekiranya tempoh kontrak masih berkuat kuasa;
vii. melepaskan Bon Pelaksanaan
setelah tamat kontrak dan kontraktor menyelesaikan semua obligasi kontrak; dan
viii. mematuhi Garis Panduan Pengurusan Bon Pelaksanaan Bagi Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, Kebersihan Bangunan Dan Kawasan, Bekalan Makanan Bermasak Dan Bekalan Makanan Mentah.
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/ Institusi Induk
Ketua/ Timbalan
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/ Institusi Induk
Ketua
Jabatan bagi JPN/
Bahagian/ Institusi Induk
Ketua/ Timbalan
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk
Ketua
Jabatan bagi JPN/
Bahagian/ Institusi
Induk/ PPD/ Institusi
Pendidikan
KPMSP 400-9/2/2
6
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
4.
Pekerja, Tanggungan Perbelanjaan
dan Kos
Pengawal, Tanggungan Perbelanjaan Dan Kos (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di
premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan Pengawal, Tanggungan Perbelanjaan Dan Kos dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.
(b) Tanpa menjejaskan para 4.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:
i. pengawal adalah warganegara
Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun sepanjang Tempoh Perjanjian;
ii. kontraktor mengemukakan salinan Sijil Lulus Tapisan Keselamatan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh berkuatkuasa Perjanjian. Sekiranya Kontraktor masih dalam proses mendapatkan Sijil Lulus Tapisan Keselamatan dari Kementerian Dalam Negeri, Kontraktor hendaklah mengemukakan bukti atau dokumen permohonan proses tapisan keselamatan masih di dalam tindakan Kementerian Dalam Negeri;
iii. pengawal menghadiri kursus Certified Security Guard (CSG) yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya pengawal belum menghadiri kursus CSG, Kontraktor hendaklah dipastikan semua pengawal menghadiri kursus tersebut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh berkuatkuasa Perjanjian atau tarikh pengawal mula berkhidmat, mengikut mana yang terkemudian. Salinan Sijil
JPN/
Bahagian/ Institusi
Induk/ PPD/ Institusi
Pendidikan
KPMSP 400-9/2/2
7
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
Kursus CSG perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Pesuruhjaya Sumpah;
iv. penggunaan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan dan pemakaian pakaian seragam yang lengkap;
v. memastikan kontraktor mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan setiap tahun bagi pengawal yang berumur antara 55 tahun sehingga 60 tahun bagi mengesahkan bahawa pengawal-pengawal ini disahkan sihat untuk bekerja (fit for duty) dan tidak menghidap penyakit berjangkit berbahaya oleh pihak hospital atau klinik Kerajaan. Laporan hendaklah dipastikan ditandatangani/ disahkan oleh sekurang-kurangnya Pegawai Perubatan Gred 41. Kelulusan untuk bekerja diberikan secara tahunan tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala pada setiap tahun;
vi. kontraktor membaiki kerosakan aset-aset milik Kerajaan yang disebabkan oleh pekerja atau Kontraktor. Kerosakan yang tidak boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan; dan
vii. kontraktor membayar atau mengganti aset-aset milik Kerajaan yang hilang di dalam Premis tidak terhad kepada kecurian termasuk sebab-sebab lain seperti diambil oleh pihak
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
KPMSP 400-9/2/2
8
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
ketiga yang berpunca atau diakibatkan oleh kecuaian, ketinggalan atau perbuatan pengawal atau Kontraktor dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan.
JPN/
Bahagian/ Institusi
Induk/ PPD/ Institusi
Pendidikan
5.
Maklumat Pengawal,
Pemeriksaan dan
Penggantian Pengawal
Maklumat Pengawal, Pemeriksaan dan Penggantian Pengawal (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di
premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan maklumat pengawal, pemeriksaan dan penggantian pengawal dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.
(b) Tanpa menjejaskan para 5.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:
i. kontraktor dipastikan mengemukakan maklumat pengawal dalam tempoh 14 hari dari tarikh kuatkuasa kontrak;
ii. Kontraktor menggantikan pengawal dalam tempoh 2 jam dari notis bertulis atau makluman secara lisan oleh pihak Kerajaan; dan
iii. Kontraktor memaklumkan mengenai penggantian pengawal secara bersurat sebelum pengawal baru bertugas.
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
6. Laporan
Perkhidmatan
Laporan Harian dan Bulanan Ketua Jabatan di premis masing-masing bertanggungjawab memastikan pihak kontraktor mengemukakan laporan harian dan bulanan perkhidmatan.
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
KPMSP 400-9/2/2
9
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
7.
Perubahan, Modifikasi dan
Pesanan Perkhidmatan
Perubahan, Modifikasi dan Pesanan Perkhidmatan (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di
premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan perubahan, modifikasi dan pesanan perkhidmatan dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.
(b) Tanpa menjejaskan para 7(a) di atas, Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak diberi kuasa untuk membuat perubahan waktu syif pengawal bergantung kepada kesesuaian di Institusi Pendidikan. Walau bagaimanapun, perubahan bilangan syif iaitu daripada 2 syif kepada 3 syif tidak dibenarkan.
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
8.
Hak Kerajaan
Apabila Perkhidmatan
Yang Dilaksanakan
Tidak Mengikut
Terma-Terma Dan Syarat-
Syarat
Hak Kerajaan Apabila Perkhidmatan Yang Dilaksanakan Tidak Mengikut Terma-Terma Dan Syarat-Syarat
(a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan klausa Hak Kerajaan Apabila Perkhidmatan Yang Dilaksanakan Tidak Mengikut Terma-Terma Dan Syarat-Syarat dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.
(b) Tanpa menjejaskan para Hak Kerajaan Apabila Perkhidmatan Yang Dilaksanakan Tidak Mengikut Terma-Terma Dan Syarat-Syarat 8.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:
i. Mengenakan atau mengesyorkan
denda/ pemotongan bayaran atau kedua-duanya sekali sekiranya kontraktor gagal mematuhi mana-mana syarat/ terma kontrak dengan mengikut kaedah pengiraan seperti dinyatakan di dalam kontrak.
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
KPMSP 400-9/2/2
10
Bil. Klausa Kontrak
Penjelasan Tanggungjawab Tindakan
Oleh
ii. Mengesyorkan penamatan
kontraktor berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Denda, Pemotongan Bayaran Dan Penamatan Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, Kebersihan Bangunan Dan Kawasan, Bekalan Makanan Bermasak Dan Bekalan Makanan Mentah.
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
9.
Hak Kerajaan Mendapatkan Perkhidmatan
Dari Punca Lain
Pelantikan Kontraktor Kedua/ Sementara Melantik kontraktor lain bagi menggantikan sebahagian/ keseluruhan perkhidmatan yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor asal dengan mengikut tatacara kewangan dan akaun yang berkuatkuasa. Catatan:
a. Bagi Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, IPGM Kampus, IAB Cawangan dan Kolej Vokasional, pelantikan kontraktor kedua/ sementara dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan bantuan Bahagian KPM/ Institusi Induk.
b. Selain daripada institusi-institusi
pendidikan yang dinyatakan di atas, pelantikan kontraktor kedua/ sementara dilaksanakan oleh pihak JPN/ PPD.
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk/ PPD/
Institusi Pendidikan
10. Penamatan
Penamatan Kontrak Melaksanakan Klausa Penamatan tertakluk kepada had nilai kontrak bernilai RM5 juta ke bawah. Pelaksanaan Penamatan hendaklah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang KPM.
Ketua Jabatan bagi
JPN/ Bahagian/
Institusi Induk
KPMSP 400-9/2/2
11
5. Surat Arahan Pentadbiran ini hendaklah dibaca bersama dokumen kontrak, pekeliling-pekeliling dan garis panduan-garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Arahan Kerajaan yang masih berkuat kuasa. Sebarang pengecualian daripada perkara-perkara yang dinyatakan dalam Surat Arahan Pentadbiran ini hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, KPM. 6. Dengan pengeluaran Surat Arahan Pentadbiran ini, Surat Arahan Pentadbiran asal bernombor rujukan KP(BPPA)600-1/7/2Jilid7(05) yang dikeluarkan pada 27 Mei 2015 dibatalkan.
7. Bagi memastikan semua pentadbir kontrak menerima Surat Arahan Pentadbiran ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan diminta untuk memanjangkannya kepada semua Institusi Pendidikan di bawah seliaan masing-masing. Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATO' SRI ALIAS BIN HAJI AHMAD) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia s.k - YBhg. Tan Sri Dr. KPPM
- YBhg. Datuk Seri TKSU (Pembangunan Pelajaran) - YBrs. TKSU (Pengurusan) - YBhg. Dato’ SUB (Kew) - SUB (BAD) - SUB (BAS)
KPMSP 400-9/2/2
12
SENARAI EDARAN
1. Ketua Akauntan Bahagian Akaun Cawangan Pengurusan & Operasi Aras 8, 10 & 11 Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
2. Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1 - 3, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
3. Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Aras 7, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
4. Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 6, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
5. Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan Aras 6 & 7, Blok E12 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
6. Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian Aras 3, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
7. Pengarah Bahagian Matrikulasi Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
KPMSP 400-9/2/2
13
8. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Aras Bawah dan Aras 2 No 2251 Jalan Usahawan Cyberjaya 63000 SELANGOR
9. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Blok 4803 Suite 0-2 Bangunan CBD Perdana Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya SELANGOR
10. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
11. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan Pelajaran Aras 1, 3 & 6, Blok E2 Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
12. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Aras 2 - 6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
13. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Aras 2, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
14. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Aras 3, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
15. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
KPMSP 400-9/2/2
14
16. Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Maklumat Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
17. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 Cyberjaya 63000 SELANGOR
18. Pengarah Bahagian Sukan Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
19. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Aras 5 & 6, Blok E 14, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
20. Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Aras 1-5 Dan 12-14, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
21. Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Persiaran Bukit Kiara 50604 KUALA LUMPUR
22. Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia Blok 2200 Jalan Persiaran Apec Cyber 6, Cyberjaya 63000 SELANGOR
23. Pengarah
Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai Bandar Enstek 71760 Nilai NEGERI SEMBILAN
KPMSP 400-9/2/2
15
24. Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya SELANGOR
25. Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Aras 1, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
26. Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
27. Ketua Nazir
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
28. Pengarah
Lembaga Peperiksaan Aras 1,2,5 -13, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
29. Ketua Komunikasi Korporat
Unit Komunikasi Korporat Aras 5, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
30. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Tun Abdul Razak 30640, Ipoh PERAK
31. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Jambu Bol 4/3E 40604, Shah Alam SELANGOR
KPMSP 400-9/2/2
16
32. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Bandar Indera Mahkota 25604, Kuantan PAHANG
33. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong 16010 Kota Bharu KELANTAN
34. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tingkat 4, 5 dan 7, Rumah Persekutuan 88300 Kota Kinabalu SABAH
35. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Wisma Pendidikan Jalan Tun Abdul Razak, 80604, Johor Bahru JOHOR
36. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium 05604 Alor Setar KEDAH
37. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Istana 75450 Bukit Beruang MELAKA
38. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Dato’ Hamzah 70990 Seremban NEGERI SEMBILAN
KPMSP 400-9/2/2
17
39. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir 11700 PULAU PINANG
40. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jalan Tun Abdul Razak 01990 Kangar PERLIS
41. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jalan Diplomatik Off Jala Bako Petra Jaya 93050 Kuching SARAWAK
42. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jalan Bukit Kecil 20604, Kuala Terengganu TERENGGANU
43. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Persiaran Duta, Off Jalan Duta 50604 KUALA LUMPUR
44. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 81097 87020 LABUAN
45. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Jalan P16, Presint 16 62150 PUTRAJAYA
Top Related