Download - Surat Persetujuan Peserta Kajian

Transcript
Page 1: Surat Persetujuan Peserta Kajian

340

LAMPIRAN B

SURAT PERSETUJUAN BERPENGETAHUAN PESERTA KAJIAN

Saya………………………………………………………dengan nombor pendaftaran sekolah

…………………di tingkatan………………..bersetuju untuk menyertai projek kajian

tindakan yang dikendalikan oleh Puan Zarah Ahmad (P61937) bertujuan memenuhi

keperluan penulisan tesis ijazah sarjana pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk melihat kesan aktiviti permainan realiti televisyen

iaitu kaedah Jeopardy dalam sesi pengukuhan permainan sains terhadap sikap, minat dan

pencapaian para pelajar dalam topik Haba.

Untuk tujuan di atas, saya maklum dan bersetuju bahawa pemerhatian kelas dan temu bual

akan dijalankan terhadap diri saya. Saya juga maklum bahawa komunikasi dan perilaku

dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang diperhatikan akan

dirakamkan.

Di samping itu, saya juga memberi bersetuju untuk membenarkan penyelidik meneliti jadual

waktu peribadi, pencapaian akademik pelajar serta bahan-bahan yang berkaitan. Walau

bagaimana pun penyelidik bersetuju untuk merahsiakan nama saya di sepanjang penulisan

tesis.

Saya juga mempunyai hak untuk membaca dan meneliti semua maklumat yang dikumpul dan

ditulis dan saya juga mempunyai hak untuk menambah, mengubah dan membuang apa saja

yang saya fikir tidak benar. Saya juga berhak menarik diri daripada melibatkan diri dalam

kajian ini pada bila-bila masa.

Tanda tangan peserta : …………………………………………..

Tanda tangan penyelidik : …………………………………………..

Tarikh : ………………………………………….