ZZZT1052SET 7 & 8
NOR AFIAN HJ. YUSOF 03-8921 6900 [email protected]
Kursus Pembangunan Diri bertaraf U1 Ia terdiri daripada 2 bahagian:◦ ZT 1052 Pembangunan Diri I
Semester 1 Dikecualikan kepada pelajar Fakulti Perubatan sahaja
◦ ZT 1062 Pembangunan Diri II Semester II Dikecualikan kepada pelajar Fak Perubatan dan Fak Kejuruteraan
sahaja
Latar Belakang
Sinopsis KursusKursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas mengenaitajuk berkaitan pembangunan diri yang mendasari pembentukan anggotaorganisasi masyarakat dan warga negara yang terbilang. Kursus inimencakupi tiga tahap pembangunan diri bermula di peringkat individu,masyarakat dan seterusnya di peringkat negara dan global. Secaraumumnya kursus ini dapat memastikan pelajar memperoleh pelbagaikemahiran insaniah. Secara khususnya penekanan akan diberikan kepada• komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, • kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, • kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan
saintifik, dan • kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
Mod pembelajaran yang pelbagai akan digunakan dengan penekananterhadap pembelajaran menggunakan kontrak pembelajaran berasaskan projek, aktiviti dan khidmat. Kursus ini berjalan selama 2 semester iaitu pada semester 1, mod pembelajaran yang digunakan ialah aktiviti interaktif dan kontrak pembelajaran berasaskan kursus. Pada semester 2 mod pembelajaran yang digunakan ialah mod kontrak pembelajaran berasaskan projek,aktiviti dan khidmat.
Hasil Pembelajaran• Pelajar mampu berfikir secara kritis dan dapat menyelesaikan masalah
menggunakan pendekatan saintifik.• Pelajar mahir menguruskan maklumat dan menjadikan proses
pembelajaran sepanjang hayat sebagai cara pembelajaran mereka.• Pelajar mampu memimpin diri sendiri dan orang lain serta mampu
bekerja secara berpasukan. • Pelajar mampu berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
Kandungan Kursus• Bab 1: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
• Bab 2: PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK
• Bab 3: KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
• Bab 4: PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Perjalanan Kursus2 SEMESTER:
Semester 1: • Kuliah• Aktiviti dalam kelas• Penilaian berterusan• Peperiksaan akhir
Semester 2:• Projek
Rubrik Bil
Hasil Pembelajaran
1-3 4-7 8-10
1 Kemahiran komunikasi
Tidak mampu menggunakan penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata, tidak dapat menyampaikan idea dengan sebutan jelas, tersusun, lancar dan nada bersesuaian, tidak mengguna laras bahasa yang sesuai, tidak peka dengan perbezaan budaya dan tidak selesa berinteraksi menggunakan bahasa antarabangsa
Kerap menggunakan penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata, menyampaikan idea dengan sebutan jelas, tersusun, lancar dan nada bersesuaian mengguna laras bahasa yang sesuai, menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi menggunakan bahasa antarabangsa
Sentiasa konsisten dan sangat berkesan dalam penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata, menyampaikan idea dengan sebutan jelas, tersusun, lancar dan nada bersesuaian, sentiasa menggunakan laras bahasa yang sesuai, menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi menggunakan bahasa antarabangsa
2 Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik
Tidak menunjukkan usaha atau gagal untuk mengenalpasti dan mensintesis masalah, serta gagal untuk menjana keputusan
Mampu mensintesis masalah, walaupun beberapa aspek tidak betul atau terkeliru. Perbezaan erti dan detail tidak ada atau tidak diambil kira, dan keputusan dipersembahkan secara relatif.
Mengenalpasti dan mensintesis dengan sangat jelas masalah pokok dan cabang yang dibayangkan tetapi tidak dinyatakan dengan terang. Mengenalpasti hubungan pelengkap yang perlu untuk mensintesis masalah. Keputusan diklasifikasi sebagai bukti terbaik dalam konteksnya, dan keputusan dipertimbangkan dengan sempurna
BilHasil Pembelajaran
1-3 4-7 8-10
3 Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Tidak menunjukkan daya kepimpinan, tiada kerjasama berpasukan dan tidak membantu rakan-rakan secara proaktif
Menunjukkan daya kepimpinan, ada kerjasama berpasukan, dan mudah membantu rakan-rakan secara proaktif
Menunjukkan daya kepimpinan dan kerjasama berpasukan yang sangat berkesan/efektif, dan sangat mudah membantu rakan-rakan secara proaktif
4 Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Tidak mempunyai strategi untuk mendapatkan bahan, tidak berupaya menganalisis masalah secara kendiri dan tidak mampu mencari, mengumpul dan menggunakan maklumat
Mempunyai strategi untuk mendapat bahan, berupaya menganalisis masalah secara kendiri, mencari, mengumpul dan menggunakan maklumat
Sentiasa mempunyai strategi yang kemas untuk mendapatkan bahan-bahan, sangat berupaya menganalisis masalah secara kendiri, mencari, mengumpul dan mengguna maklumat
Tugasan• Semester 1: Aktiviti dalam kelas
• Akan diarah pensyarah dari semasa ke semasa• Mengikut bab• Pengukuhan kursus
• Semester 2: Projek• Berdasarkan kontrak pembelajaran
PenilaianKomponen %
PENILAIAN BERTERUSAN (TUGASAN)
50
KI 1.Kemahiran Berkomunikasi
KI 2. Kemahiran Berfikir
KI 3.Kemahiran Kepimpinan & Kerja Berpasukan
KI 4.Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat
PEPERIKSAAN AKHIR (objektif omr 02) 50
JUMLAH 100
• Telefon: 03-89216900• Emel: [email protected] • Blog : http://pd-0708.blogspot.com• Bilik : No. 29, Pusat Pengajian Umum