IUS 4313
MABAHITH SAMI’YYAT
TAJUK:
TANDA-TANDA KIAMAT (DALIL DAN KRONOLOGI)
NAMA PENSYARAH:
USTAZ MAHADI BIN MOHAMAD
NAMA PELAJAR:
MUNIRAH BINTI MAZUKI (032746)
NADIA’TUL AMIRAH BINTI YUSOF (032694)
NURULHUDA NADHIRAH BINTI MOKTAR (032961)
SITI ZULAYKHAH BINTI MUHTASAR (032678)
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DAN KAUNSELING
Pendahuluan•“Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya hari kiamat tidak
akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda. Lalu Baginda
menyebutkan: munculnya asap, Dajjal, binatang melata,
matahari terbit dari Barat, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj
dan Makjuj, tiga gerhana matahari; di barat, timur, dan jazirah
Arab, dan yang terakhir adalah api yang mengiring manusia ke
tempat mereka dikumpulkan”.
•Berdasarkan hadis tersebut dapatlah diketahui bahawa kiamat
tidak akan berlaku sebelum munculnya tanda-tanda kiamat. Apa
yang kami dapati daripada hasil bacaan dan pengamatan yang
telah kami lakukan, dapat kami simpulkan bahawa rentetan
tanda-tanda berlakunya kiamat adalah sebagaimana berikut:
i. Munculnya Al-Masih Dajjal
ii. Kemunculan Al-Mahdi
iii. Turunnya Isa Al-Masih
iv. Munculnya Yakjuj dan Makjuj
v. Munculnya Ad-Dukhan
vi. Keluarnya Ad-Dabah
vii. Matahari terbit dari barat
viii. Kejadian tiga gerhana matahari
ix. Api yang mengumpulkan manusia
Munculnya Dajjal
1
Kemunculan dajjal adalah antara salahsatu tanda besar terjadinya Kiamat atau
pengakhiran bagi alam ini.
Dajjal adalah salah satu makhluq Allah yang sangat kejam dan terkenaldengan pendusta, digelar sebagai Dajjal oleh kerana kekejaman yang
dilakukannya dan pendustaan yang disebarkannya serta Allah jugamengurniakan kuasa ajaib kepadanya dan menjadikannya sebagai suatu
tarikan untuk menyeru manusia sebagai pengikutnya dan mendakwadirinya sebagai orang yang baik dan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Dan
sebilangan besar pengikutnya adalah dari golongan Yahudi.
Hadis berkaitan kemunculan Dajjal Al-Masih
Terdapat hadis soheh yang meriwayatkan berkaitan cirri-ciri
Dajjal, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim nabi bersabda “Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepadamu, tidak ada
seorang Nabi yang yang tidak memberi peringatan kepada kaumnya,
akan tetapi apa yang akan aku katakan ini tidak pernah di katakana
oleh nabi sebelum ini, Sesungguhnya dia (Dajjal) buta, dan Allah
swt tidak buta”. Hadis ini berkaitan dengan salah satu ciri Dajjal
yang buta matanya dan menafikan kekurangan pada zat Allah swt.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selain keduanya dari Huzaifahdan lafaznya dari Muslim, Sesungguhnya Uqbah berkata kepadanya :
“Beritahu padaku apa yang kamu dengar dari Rasulullah saw berkaitandengan Dajjal, kemudian berkata : Sesungguhnya Dajjal keluar
bersamanya air dan api, sesiapa dari kalangan manusia yang melihat air maka sesungguhnya ianya adalah api yang membakar dan sesiapa yang melihatnya api maka sesungguhnya ainya adalah air yang menyejukkan
dan menghilangkan dahaga, barang siapa yang mengetahui dari merekamelihat api, sesungguhnya ianya adalah menghilangkan dahaga. Berkata
Uqbah, dan aku mendengar dariNya (Nabi Muhammad saw), membenarkan Huzaifah
: “ Bukanlah Dajjal kecuali takut keatas kamu darinya, sekiranya keluarnya ketika aku bersama kalian
maka aku akan berhujah bagi pihak kamu, dan sekiranya keluarnya dan aku tidak bersama kalian maka kalian
haruslah melawan dengan hujah yang tersendiri. Dan aku adalah khalifah Allah keatas seluruh umat Islam,
sesungghnya Dia (Dajjal) berambut kerinting dan matanya sedikit terkeluar, seperti mana seorang hamba Uza
bin Qatan, dan barang siapa bertemu dengannya maka bacalah pembuka surah al-Kahfi, sesungguhnya dia
keluar anatara Syam dan Iraq, membuat keroskaan di kiri dan kanan, wahai hamba Allah swt maka tetaplah
kalian. Kami berkata : wahai rasulullah berapa lama tempoh menetap dibumi? Berkata rasulullah 40 hari,
sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu, dan selepas itu hari-harinya seperti
hari-hari kalian. Berkata lagi: wahai Rasuullah adakah pada ketika itu solatnya cukupkah mengikut waktu
hari? Rasulullah bersabda : tidak, melainkan kadarkan kadarnya. Kami berkata lagi : wahai Rasulullah secepat
mana dia berjalan? Bersabda Rasulullah : seperti hujan ditiup angin maka dating kepada manusia dan menyeru
untuk beriman dengannya, dan menyahut seruannya, dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan
bumi untuk mengeluarkan tumbuhan. Kemudian menyeru seorang lelaki untuk di belah dua dan dipotong dua
bahagian dan di buang kea rah yang lain, kemudian dia cantum kan semula yang terbelah dua tersebut dan
ketawa terbahak-bahak, tatkala dia dalam keadaan seperti itu maka di bangkitkan Nabi Isa bin Maryam, maka
turunlah dari menara putih timur Damsyiq antara dua baju yang kekuningan letak di bahu dua malaikat,
menitis kepalanya dengan titisan titisan dan apabila mengangkat keluarlah seperti permata dan mengejar
Dajjal sehingga ke pintu Negara palestin berdekatan baitul Maqdis dan membunuhnya..”
Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dan Tirmizi dan Ibnu Majah
dan Ahmad dan selain dari mereka, hadis yang panjang berkaitan Dajjal dan
tidak mencukupi masa untuk menceriatakannya kecuali dengan yang
ringkas: Dari Nawas bin Sam’an r.a berkata : Rasulullah saw menyebut
berkaitan dengan Dajjal dengan merendahkan suaranya dan meninggikannya
sehingga berhentinya di tengah-tengah pohon Tamar, ketika hendak pergi ke
kebun Nabi tahu mereka ingin menanyakan sesuatu dari beliau mengenai
Dajjal , maka berkata:
Dajjal berasal dari yahudi, dan akan muncul dari
sebelah timur, terdapat percanggahan mengenai tempat
keluarnya yang tertentu, mata kanannya buta dan terkeluar
serta mempunyai rupa yang hodoh. Tidak ada padanya anak,
dan tidak boleh masuk ke Mekah dan Madinah, tertulis di
dahinya (Kafir) yang telah di terangkan terhadap orang
Islam. Dan pada akhirnya akan di bunuh oleh Nabi Isa as.
Dalam kitab-kitab yang lain terdapat perkaitan antara cuaca yang panas
melampau dengan akhir zaman, akhirnya kita akan temui ianya terkait
dengan turunnya Dajjal.. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan iaitu 3
tahun sebelum kemuculan dajjal, Allah akan sekat langit dari turunnya 1/3
hujan dan Allah SWT perintahkan bumi untuk matikan 1/3 daripada tumbuh-
tumbuhan. Jika kita perasan semasa lebih kurang sebulan lebih musim panas
yang berlaku, apa yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan? Kebanyakan rumput
telah menjadi kuning, di kiri dan kanan lebuhraya kelihatan banyak pokok
sudah terbakar. Begitu juga dengan empangan-empangan, kebanyakkan
empangan sudah kering, seperti di Selangor empangan telah menjadi surut
tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan tahun yang dahsyat
kekeringannya sehingakan kita diarahkan untuk membuat Solat Istiqsa’ yang
tidak pernah dibuat sebelum ini.
Tahun kedua Allah SWT akan menyekat langit dari
menurunkan 2/3 hujan dan 2/3 dari tumbuh-
tumbuhan di bumi akan dimatikan. Tahun ketiga
Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan
3/3 hujan dan Allah SWT kepada hambanya
perintahkan bumi mematikan 3/3 seluruh tumbuh-
tumbuhan, binatang-binatang berkuku, binatang-
binatang bergraham semua akan dimatikan Allah
SWT. Bayangkan bagaimana waktu ketika itu?
hujan tak turun sekian lamanya menyebabkan padi
tidak boleh tumbuh, elektrik juga tidak dapat
berfungsi kerana sumber utama elektrik di
Malaysia yang menggunakan sistem hidroelektrik
adalah daripada air di empangan-empangan yang
menghasilkan kuasa elektrik. Disebabkan tidak turun hujan kita
akan mengalami pelbagai masalah,
masalah elektrik, masalah pekerjaan
dan pelbagai lagi dan kita akan
menghadai saat yang sukar pada
ketika itu, masalah kebuluran
berleluasa dan sebagainya.. Dan
ketika saat sukar begitulah Dajjal
akan turun. Ujian paling besar, fitnah
paling besar kan berlaku di masa tu.
Banyak hadis sahih yang menunjukkan
akan munculnya Al-Mahdi.
Kemunculan Imam Al-Mahdi
merupakan salah satu tanda sudah
dekat-Nya hari kiamat.
Persoalannya
kemunculan Imam Al-
Mahdi adalah tanda-
tanda kiamat yang ke
berapa?
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., ia berkata,
Rasulullah SAW bersabda :
ألرض قسطا ملهدي من اجل اجلهبة اقن االنف يمالء اا
ن , وعدال مك ملئت ظلما وجورا بع س .ي يمل س
“Al-Mahdi itu dari keturunanku, lebar
dahinya dan mancung hidungnya. Ia
memenuhi bumi dengan kejujuran dan
keadilan sebagaimana sebelumnya bumi
dipenuhi dengan kezaliman dan
penganiayaan. Ia berkuasa selama 7 tahun.”
(Sunan Abu Daud, Kitab Al-Mahdi 11:375
hadis nombor 4265. Mustadrak Al-Hakim
4:557 dan dia berkata, “Ini adalah hadis
sahih menurut syarat Muslim, tetapi
beliau berdua (Bukhari dan Muslim) tidak
meriwayatkan hadisnya.”)
Dari Jabir r.a., ia berkata, Rasulullah SAW
bersabda :
نايزنل عيىس بن مري فيقول امريه املهدي ال . فيقول ال, ه ان
ة .امري ض تكرمة هللا لهذه األم
Ibnu Kathir dalam kitab Al-Fitan wal Malahim
mengatakan:
“Saya berpendapat bahawa kemunculan Al-Mahdi terjadi
ketika Isa bin Maryam turun ke bumi.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Isa bin Maryam turun, maka pemimpin mereka Al-
Mahdi berkata, ‘Marilah solat mengimani kami.’ Lalu Isa
menjawab, ‘Tidak! Sesungguhnya sebahagian daripada
kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain,
sebagai penghormatan dari Allah.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Isa bin Maryam akan turun, lalu pemimpin mereka,
Al-Mahdi, berkata, ‘Marilah solat bersama kami!’ Isa
menjawab, “Tidak! Sesungguhnya sebahagian mereka
menjadi amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain
sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini.”
(Hadis riwayat Al-Harits bin Abu Usamah dalam
musnadnya seperti disebutkan dalam Al-Manarul
Minif karya Ibnul Qayyim halaman 147-148, dan
diriwayatkan dalam kitab Al-Hawi fi Al-Fatawa
karya As-Suyuthi 2:64. Ibnul Qayyim berkata,
“Hadis ini isnadnya jayyid (bagus).” Dan disahkan
oleh Abdul ‘Alim dalam Risalahnya tentang Al-
Mahdi halaman 144)
Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya, bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman
dan kekacauan. Dan apabila kezaliman dan kekacauan itu
telah memenuhi, maka Allah SWT akan mengutuskan
seorang lelaki yang berasal dari umatku, namanya seperti
namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Maka dia
akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran,
sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi kezaliman dan
kekacauan sebelumnya. Di waktu itu langit tidak akan
menahan setitis pun air dan bumi tidak akan menahan
sedikitpun tanam-tanamannya. Maka dia akan hidup bersama
kamu selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.”
(Hadith riwayat at_Thibrani, al-Bazzar dan Abu Nu’aim.
Imam as-Suyuthi mengatakan sahih di dalam Ki7tab Al-
Jami’.)
Berdasarkan hadis-hadis di atas,
jelas menunjukkan bahawa
kemunculan Imam Mahdi setelah
berlakunya kekejaman dan
kekacauan yang dilakukan oleh
Dajjal. Kemudian munculnya Nabi
Isa a.s. yang akan saling membantu
Imam Mahdi dalam memerangi
Dajjal.
Al-Hafizh Abul Hasan Al-Aabiri berkata : “Telah mutawatir
berita-berita dan telah melimpah riwayat-riwayat dari
Rasulullah SAW yang menyebutkan tentang Al-Mahdi
bahawasanya beliau berasal dari keluarga baginda , akan
berkuasa selama 7 tahun, akan memenuhi bumi dengan
keadilan, bahawa Isa a.s. akan muncul dan membantu dia
untuk memerangi Dajjal dan dia mengimami umat ini
melakukan solat dan Isa a.s. solat di belakangnya”
(Tahdzibul Kamal Fi Asmair Rijal 3:1194 karya Abul
Hajjaj Yusuf Al-Maziy dan Al-Manarul Munif 142 dengan
tahqiq Abdul Fattah Abu Ghodah)
Semua ini menerangkan bahawa
keluarnya bertepatan dengan rangkaian
peristiwa tanda-tanda besar. Jarak
waktu terjadinya hari kiamat dengan
masa Al-Mahdi sangat dekat dan
hanya tinggal beberapa tanda besar
kiamat untuk sampai pada hari kiamat.
Turunnya Nabi Isa
a.s
3
Maksud sebenarturunnya Nabi Isa a.sialah turunnya beliau
ke bumi selepasterangkatnya ia pada
waktu yang sangatlama dan mengambil
masa bertahun-tahun.
Nabi isa di tempatkan di alam malakut Allah swt, beliau hidup dengankehidupannya yang pertama sebagai seorang Nabi dan Rasul. Beliautinggal beberapa tempoh sahaja di bumi, semasa kebangkitannya dibumi beliau telah mendirikan akiqah sebagai penerus kepada aqidah
yang sedia ada yang telah didirikan oleh Nabi sebelumnya, danmelaksanakan syariah Islamiah sepertimana syariah yang telah di
laksanakan oleh Nabi dan bukannya mengadakan syariah yang baru. Dengan itu juga kelahirannya ke bumi tidak bermaksud sebagai Nabi
terakhir atau menggantikan Nabi Muhammad saw sebagai Nabiterakhir dan Nabi akhir zaman
Dalil al-Quran berkaitanturunnya Nabi Isa a.s
“ Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka mereka dengan mengatakan: ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al-masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah.”Padahal mereka tidak membunuhnya dan memalngnya (di kayu-palang-salib),
tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi
Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham, mengenai Nabi
Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang
menentukan (pembunuhnya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi sangkaan
semata-mata, dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin” (157)
“Bahkan Allah swt telah mengangkat Nabi Isa
kepadanya dan adalah Allah maha kuasa, lagi maha
bijaksana” (158)
“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab
melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan
hari kiamat kelak Nabi Isa as akan menjadi saksi terhadap mereka”(159) Surah Nisa’.
Hadis yang menceritakanberkaitan turunnya Nabi Isa as
Hadis diriwayatkan olehBukhari dan Muslim, dari abu hurairahra nabi bersabda “ Dan demi diriku didalam genggamannya, suatu harinanti akan datang kepada kalian ibnumaryam (Isa as) seorang hakim yangadil, maka dia (Nabi Isa as) akanmenghancurkan salib, membunuhkhinzir dan menghapuskan jizyah, danharta dunia akan melimpah ruahsehingga tidak ada seorang pun yangsanggup menerimanya, sehingga satusujud lebih baik dari dunia danseisinya, Kemudian berkata AbuHurairah bacalah dari kalam Allahberikut “ tidak ada seorang ahli kitabkecuali beriman dengannya (Nabi Isaas) sebelum kewafatannya”
Hadis diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud, Tirmizi dan IbnMajah, daripada Huzaifah bin
Asid Ghafari r.a berkata: “Keluarnabi kepada kami kemudian
bermuzakarah kemudianberkata : apa yang hendak di
bincangkan? Kemudian merekamenjawab; berkaitan dengan
hari kiamat, berkata nabiSengungguhnya kiamat tidak
akan terjadi sehingga wujudnya10 petanda, Keluarnya asap, Keluarnya Dajjal, keluarnyaBinatang melata, Terbitnya
matahari fdari sebelah barat, Turunnya Nabi Isa as, Keluarnya
yakjuj dan makjuj, dan tigagerhana bulan, gerhana ditimur, gerhana di barat da
gerhana di jazirah arab, danakhir dari itu keluarnya api darinegeri yaman dan menghalau
manusia ke mahsyar Allah swt”
Hadis diriwayatkan oleh Ahmaddan Abu Dawud bin Jarir dari AbuHurairah r.a berkata: Rasulullah sawbersabda “Para nabi itu bersaudara,ibunya ramai dan agamanya satu, dansusungguhnya aku manusia paling awaldengan Isa bin Maryam keranasusungguhnya antara aku dan beliauadalah Nabi, dan sesungguhnya diaturun ketika melihatnya maka akanmengenalinya, berbadan sedang, putihkemerah-merahan, mengenakan duapakaian kekuningan seperti dirambutnya terdapat air yang menitisdan apabila terkena tidak basah,memecahkan salib, membunuh khinzir,memansuhkan jizyah, dan menyerumanusia terhadap Islam, danmemusnahkan keseluruhan agamakecuali Islam, menghancurkan Dajjal,menetap di bumi selama 40 tahunkemudian wafat dan manusia solat keatas jenzahnya”
Telah jelaslah nas ayat muhkam dari kitab
Allah yang menerangkan berkaitan dengan
turunnya Nabi Isa as dari kitab Allah swt
seperti apa yang di sebut di dalam hadis-
hadis ini, oleh yang demikian sempurnalah
kesepakatan I’tiqad berkaitan dengan
dengan turunnya Nabi Isa as di akhir
zaman,.
KELUARNYA MAKJUJ
DAN MAKJUJ
4
Pengertian Yakjuj dan Makjuj
Kebanyakan Ulama’ berselisih faham tentang pecahan
(Yakjuj Makjuj), sesetengah mereka berpendapat ianya
berasal dari nyalaan api iaitu kemerahan, yang lainnya
berpendapat ianya adalah percampuran ataupun sangat
panas, pantas berlari dan selain dari itu ada yang
berpendapat ianya adalah air yang sangat masin.
Di samping itu berkaitan dengan
kemunculannya ia wujud di dalam nas yang
sahih yang menunjukkan salah satu tanda
besar akan hampirnya hari kiamat.
“ Hingga apabila di bukakan (tembok)
Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan
cepat dari seluruh tempat yang tinggi” (al-
Anbiya:96)
Asal usul Yakjuj dan Makjuj
Mengikut pandangan sesetengah ulama seperti Imam
al-Alusi, Wahab bin Munabbih dan ramai lagi
termasuklah ulama-ulama sekarang mengatakan
bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan
anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Mereka mengatakan
bahawa keterangan ini telah tersurat di dalam jilid
pertama kitab Taurat dan bab ke sepuluh. “Mereka
(Yakjuj dan Makjuj)
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
sesungguhnya nabi saw bangun dari
tidurnya dan berkata “ Tiada Tuhan
menlainkan Allah, celakalah orang Arab
dari kerusakan yang semakin hampir,
suatu hari akan terbuka tembok Yakjuj
dan Makjuj seperti ini ( menunjukkan
tanda 10 pada jari). Sahabat bertanya
“ya Rasulullah adakah akan musnah juga
sekalipun terdapat orang-orang soleh?”
Jawab Rasulullah: “ya, apabila terlalu
banyaknya maksiat atau penzinaan”
Hadis di atas berkaitan dengan kerosakan dan kemusnahan yang akan berlaku menjelang
munculnya Yakjuj dan Makjuj. Kerosakan dan kemusnahan yang akan di lakukan oleh Yakjuj dan
Makjuj adalah tiada tolok bandingnya, mereka akan memusnahkan seluruh yang ada di bumi ini,
serta keganasan yang di lakukannya. Sesetengah mereka berpendapat, Yakjuj dan Makjuj
melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang
merangkak, liar dan ganas.
Lebih penting di dalamnya terhenti pada had-had dalil yang jelas dan dalil
yang telah diputuskan yang telah disabitkan dengan jelas di dalam al-Quran dan
hadis yang sahih yang telah di ambil dari Rasulullah sa. Maka dengan demikian
kerana sesunggunya Yakjuj dan Makjuj salah satu perkara ghaib dari perkara-
perkara ghaib yang lain yang telah di ceriatakan oleh Allah akan kemunculannya
ketika mana hampirnya Hari Kiamat.
Selain itu juga, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan bahawa
sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah dari Tatar dan Mongul yang mereka itu
datang dan pergi, akan tetapi pandangan ini tidak boleh di pegang kerana tidak
terdapat tujuan yang sebenar terhadap dakwaan dan pandangan tersebut, bahkan
ianya bercanggah dengan nas dan hadis-hadis yang sahih menunjukkan ke atas
mereka yang akan muncul pada waktu turunnya Nabi Isa as bin Maryam dan
selepas keluarnya Dajjal. Dan dengan itu kita tahu sesungguhnya kedatangan
golongan ini pada zahirnya akan menunjukkan kebenaran akan terjadi perkara
tersebut dan tidak diringi dengan syak atau ragu.
Munculnya Ad-Dukhan
• Allah s.w.t berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 10 yang
bermaksud “Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa
langit membawa asap yang jelas nyata ( yang menyebabkan
kebuluran yang dahsyat).
• Tanda besar yang berbentuk Ad-Dukhan merupakan salah satu
ayat kauniyah Allah s.w.t seperti bulan yang terbelah dua,
matahari terbit dari barat dan tiga gerhana matahari. Demikian
juga laut terbelah, matahari dilitupi dan bintang-bintang
berjatuhan ketika hari kiamat nanti.
5
• Semua itu adalah tanda besar dan agung yang berada di bumi.Tanda initerjadi selepas Isa bin Maryam wafat. Setelah semua bentuk keamanan , keselamatan, ketenteraman, keimanan dan ketaatan kepada Tuhansemesta alam menjadi nyata. Islam tersebar di semua Negara yang amandan makmur. Keselamatan dan Islam ini masih tetap berlaku setelahkematian Isa bin Maryam pada masa kekuasaan Al-Maq’ad dan Al-Qathani. Setelah Al- Qathani meninggal dunia, Al-Mawali berkuasa danmenghancurkan kerajaan. Kejahatan kembali dengan pelbagai cara danbentuk dan menguasai manusia tetapi masih ada kaum muslimin yang beriman walaupun jumlahnya sangat sedikit.
• Tambahan lagi, sebahagian mereka tidak mengamalkan syariat dantidak mengamalkan syariat dan tidak lagi menggunakan hukum-hukumnya terutama dalam permasalahan ketaatan dan ibadah. Perkara ini sebagaimana yang dilakukan sebahagian kaum musliminhari ini yang tidak menunjukkan ketaatan, kewajipan dan ibadah. Padahal mereka adalah muslim, beriman, bertauhid dan tidakmengingkari segala keesaan Allah s.w.t.
• Tanda-tanda tersebut adalah sebagai penyeksaan yang pedih bagiorang kafir serta pengajaran bai orang yang beriman untuk kembalike jalan yang lurus. Allah s.w.t telah menunjukkan pelbagai ayat dantanda kepada banyak kaum di sepajang sejarah kehidupan manusiadi bumi agar mereka kembali kepada-Nya seperti apa yang terjadipada kaum Add, Samud, kaum Nabi Nuh, Firaun, kaum Tubba’, kaum Russ dan penduduk Aikah(Madyan). Allah s.w.t hanyamenimpakan azab setelah didahului tanda-tanda sebelumnya.
• Andai sahaja Allah s.w.t mengkehendakinya sebagaimana
firman Allah s.w.t dalam surah As-Syu’araa’ ayat ke 3-4 yang
bermaksud:
“Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad),
membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana
mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman. Kalau Kami
mahu tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu
mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk
kepadanya”.
Keluarnya Al-Dabah
Tentang keluarnya binatang juga telah ditegaskan dalamkitabullah dan juga Sunnah Rasulullah. Allah s.w.t. berfirman:
الابئايتنكانواالناسأنتكلمهمألرضمندآبةلهمأخرجناعليهمالقولوقعوإذا....يوقنون
“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkansejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepadamereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakinkepada ayat-ayat Kami.”(al-Naml: 82)
6
Terbit matahari dari arah barat dan keluarnya al-Dabah (binatangmerayap) adalah merupakan dua tanda yang saling bertemu atauberiringan. Jika salah satu daripadanya keluar dahulu maka yanglain pula akan bakal menyusul.
Abdullah bin Umar berkata, ‘Saya telah hafal daripada Rasulullah s.a.w.’:
قبلكناتفأيتهماضحىالدابةوخروجمغربهامنالشمسطلوعخروجاااليآتأولإن.....أثرهاعلىفاألخرىصاحبتهما
“Sesungguhnya tanda-tanda pertama yang keluar adalah matahari yangterbit dari barat dan binatang yang melata keluar pada waktu dhuha.Mana sahaja yang keluar terlebih dahulu maka yang lain akan menyusulselepasnya.”(HR Ahmad dalam Musnad Ahmad, II/201).
Ringkasan Tentang ad-Dabah
Ciri-ciri
Terdapat banyak hadith daripada para sahabat yangmembicarakan tentang sifat-sifat binatang ini yang manasifat-sifat yang disebutkan adalah tidak bertentangandengan dalil naqli dan juga dalil ‘aqli.
Menurut Ibnu Abbas, binatang ini mempunyai bulu yangbanyak yang mana bulu pada kepalanya adalah berwarna-warni. Setiap warna mempunyai empat garis warna. Secaraterperinci, ia mempunyai warna semua jenis binatang sertamempunyai setiap keistimewaan umat iaitu bijak berbicaradalam bahasa mereka.
Menurut Huzaifah bin Yaman, binatang ini bersinar, mempunyai banyakbulu termasuk bulu kepalanya. Barangsiapa yang hendak mencarinyasudah pasti tidak menjumpainya. Namun begitu, barangsiapa yanghendak lari daripadanya sudah pasti tidak akan dapat berbuatsedemikian.
Seterusya, menurut Abu Hurairah, di badannya terdapat semua warnamanakala di antara kedua tanduknya terdapat tempat yang luas untukditunggangi.
Menurut Ibnu Zubair pula, telingnya adalah seperti telinga gajah,tanduknya pula menyerupai tanduk rusa, bonggolnya seperti bonggolunta, dadanya menyerupai dada singa, warnanya seperti warnaharimau, perawakannya seperti perawakan unta serta jarak antaradua tulang rusuknya adalah bersaiz 12 hasta.
Berdasarkan keterangan di atas, secara ringkasnya “Iaadalah merupakan binatang yang mempunyai sifat khususdengan keistimewaan yang tinggi, besar, berilmu, indahserta diutus oleh Allah s.w.t. untuk kepentingan khusus yangharus dilaksanakannya. Tidak ada seorang pun yang akandapat lari daripadanya atau mengelak daripada tugasbinatang tersebut.
Seandainya sesiapa sahaja yang bertujuan untukmemburunya atau menginginkannya, sudah pasti tidak akanbertemu dengannya. Ia akan mendatangi semua makhlukyang berada di atas bumi ini pada saat itu, seakan-akanpada dirinya terdapat nama-nama mereka kesemuanya.
Perbuatan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda yangbermaksud:
“Akan muncul binatang itu dengan membawa tongkat Musa a.sdan cincin Sulaiman a.s, memberi tanda pada hidung orang kafirdengan cincin tersebut (sebagai cop) dan membersihkan tongkatitu sehingga orang-orang yang memiliki meja makan berkumpul dimeja-meja mereka, lalu yang ini berkata, “Wahai si mukmin” danyang itu berkata, “Wahai si kafir”.
Ini kerana binatang itu mampu berbicara kepada manusia, meletakkancop serta mencela kekafiran, kemaksiatan, kefasikan dan kesesatanmereka. Dengan itu, orang kafir tidak akan terlepas atau menghidaridaripadanya.
Ini juga merupakan satu seksaan yang hina kepada orang kafir di duniasebelum menempuh seksaan di alam akhirat. Hal tersebut kerana coppada keningnya adalah sebagai bukti kehinaan dan kerendahan. Sifat inimenjadi sifat yang tetap dan sesekali tidak boleh dihapuskan dengantaubat, kerana pintu taubat telah pun ditutup. Firman Allah s.w.t dalamsurah Al-Naml: 82 yang bermaksud:
“Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, makakami keluarkan untuk mereka sejenis binatang daripada bumi, yangakan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak meyakiniayat-ayat keterangan dan pengajaran kami”.
Manusia yang tidak percaya menjadi kafir, fasik dansesat. Pada saat penyimpangan, kesesatan dan kefasikanmanusia semakin jauh, Allah s.w.t. mengeluarkan al-Dabah untuk berbicara kepada manusia bahawa merekaadalah kaum yang sesat serta meletakkan cop padawajah mereka sebagai lambang kesesatan dan kekafiran.
Tempat
Terdapat banyak riwayat daripada para sahabat mengenai tempatkeluarnya al-Dabah tersebut. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkanoleh At-Tayalisi di dalam Musnadnya dan Al-Hakim.
Abu Daud meriwayatkan, At-Tayalisi (dalam Musnadnya) meriwayatkan,Hudzaifah berkata, “Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang ad-Dabah. “iakeluar dari hujung kampung dan beritanya sampai ke Mekkah. Setelahberlalu zaman yang panjang, ia keluar lagi, maka beritanya tersebar diperkampungan dan masuk di Makkah”.
Seterusnya Baginda bersabda lagi, “Ketika manusiasedang berada di masjid-masjid yang dijaga oleh Allahs.w.t. kehormatan dan kebaikannya, sedangkan yangpaling mulia di sisi Allah s.w.t. adalah Masjidil Haram.Binatang itu tidak memanggil mereka tetapi bersuara diantara rukun dan Maqam Ibrahim. Ia mengibaskan tanahdengan kepalanya sehingga seluruh manusia serentakmenjauhinya. Namun begitu, sekelompok orang mukmintetap mendiamkan diri kerana mereka mengetahuibahawa sesungguhnya Allah tidak akan membiarkanmereka.
Matahari Terbit Dari Barat
Matahari terbit dari barat adalah merupakan ayat kauniyyah yang agungdan merupakan mukjizat Ilahi yang besar. Kita semua mengetahui bahawaalam ini dihuni dengan pelbagai jenis bintang, planet, bulan, meteorserta galaksinya yang diatur dengan begitu rapi oleh Allah s.w.t.
Dia telah menciptakan semuanya dengan penuh ketelitian sehinggakanmatahari, bintang dan juga bulan tidak bergeseran dengan orbitnya walausedikit. Allah s.w.t.berfirman:
.....يسبحونفلكفىوكلالنهارسابقاليلوالالقمرتدركأنلهاينبغىالشمسال
“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginyamengejar bulan, dan malam pula tidak mudah baginya mendahului siang,kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannyamasing-masing.”(Yasin: 40)
7
Kita semua mengetahui bahawa syarat-syarat iman salah satunyaadalah beriman kepada perkara sam’iyyat iaitu perkara-perkaraghaib, kehendak Allah, kebenaran keesaan serata kewujudan-Nya melalui akal yang dianugerahkan kepada kita. Semua ituakan membawa kita kepada tauhid serta iman kepada Allah s.w.t.dan hari akhirat dengan meyakini bahawa terbitnya mataharidari barat tersebut adalah benar-benar dari-Nya.
Oleh sebab itu, orang-orang yang beriman ketika itu keranapercaya dengan perasaan takut kerana mereka telahmenyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bahawa salahsatu fenomena ghaib adalah sebagai ujian dan juga cubaankepada manusia. Untuk itu, syurga bukanlah satu daganganyang murah bahkan sangat mahal. Oleh itu, ia memerlukankeimanan kepada perkara yang ghaib dan juga amal soleh.Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 1 hinggaayat 4 yang bermaksud:
“Alif laam miin. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguanpadanya: petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu)mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikansolat, dan menafkahkan sebahagian yang kamianugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang berimankepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamudan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu sertamereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.”
Oleh yang sedemikian, beriman kepada perkara-perkara ghaib adalah sebagai syarat yangmenjadi ukuran sama ada iman kita akan diterima atau tidak oleh Allah s.w.t. orang-orangyang beriman kepada Allah s.w.t. serta kafir sebelum matahari terbit dari arah barat, makakeimanannya akan diterima Allah s.w.t. malahan berada dalam keadaan yang terbaik.Segelintir daripada mereka ada yang diizinkan Allah s.w.t. untuk melihat arah terbitanmatahari tersebut dan ini adalah sebagai penambah keyakinan atas keimanan mereka danjanji Allah s.w.t lalu menambahkan keyakinan serta keimanan mereka. Secara tidak langsungiman dan amal soleh mereka akan semakin bertambah. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullahs.a.w. bersabda:
ال تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها فإذا راها الناس امنوا أجمعون فذالك حين الينفع نفسا إيمانها لم تكن امنت
من قبل
“ Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum terbitnya matahari dari arah barat. Apabila manusiamelihat kejadian itu, mereka akan beriman seluruhnya. Itulah saat beriman tidak bergunalagi bagi manusia yang sebelumnya tidak beriman.”(HR al-Bukhari, Muslim, dan Ahmaddalam Fathul Bari, XI/352, Sahih Muslim, hadith no. 157, Musnad Ahmad 11/312).
Muawiyyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لب ال تنقطع الحجرة ما تقبلت التوبة والتزال التوبة مقبولة حتى تطلع الشمس من المغرب فإذا طلعت طبع على كل ق
بما فيه وكفي الناس العمل
“Tugas hijrah itu tidak akan terputus selama taubat masih diterima. Dan taubat itu masihlagi diterima sehingga matahari terbit dari barat; apabila matahari terbit dari barat, makadikuncilah setiap hati dengan apa yang ada di dalamnya. Dan cukuplah bagi manusia apayang telah diamalkannya.”(HR Ahmad dalam Musnad Ahmad, III/133-134).
Abu Musa al-Asy’ari r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda:
اإن هللا يبسط يده باليل ليتوب مسيء النهار ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل حتى تطلع الشمس من مغربه
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerimataubat orang bertaubat orang yang bersalah pada siang hari, dan membentangkantangan-Nya pada siang hari menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari,hingga matahari terbit dari barat.”(HR Muslim dan Ahmad).
Aisyah r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, jikatanda pertama telah keluar iaitu matahari terbit daribarat, pena akan diletakkan, buku catatan dilipat, tugasmalaikat penjaga telah selesai, dan jasad akan menjadisaksi perbuatan.”(HR Ibnu Mardawih).
Huzaifah berkata mengenai suasana malam sebelumpaginya matahari terbit dari barat, ‘Saya bertanyakepada Rasulullah s.a.w., ‘Apa tanda matahari terbitdari barat? Baginda menjawab, Malam menjadipanjang sehingga tempoh dua malam.”(HR Al-Tabrani;sanad sahih).
Kesimpulannya, terbit matahari dari barat adalah suaturealiti yang akan terjadi. Hanya mereka yang sesat sahajaakan mendustakannya. Kerana tanda tersebut adalahsebuah ketetapan di dalam kitabullah dan juga SunnahRasulullah s.a.w.
8
Gerhana matahari kerap kali terjadi dalam sejarah manusia.
Namun begitu, hanya 3 gerhanamatahari sahaja yang diceritakan
oleh Rasulullah SAW sebagai salahsatu tanda besar hari kiamat.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada
Huzaifah bin Usaid al-Ghifari r.a. bahawa ia
berkata,
“Rasulullah SAW bersabda , Sesungguhnya hari
kiamat tidak akan terjadi sebelum kamu melihat
sepuluh tanda. Lalu baginda menyebutkan :
munculnya asap, Dajjal, binatang melata, matahari
terbit dari barat, turunnya Isa bin Maryam a.s., Yakjuj
dan Makjuj, tiga gerhana matahari ; di barat, timur,
dan jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang
mengiring manusia ke tempat mereka dikumpulkan.”)
(Hadis Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim,
Kitab al-Fitan, hadith no. 2901.)
Berdasarkan hadis tersebut, dapat
disimpulkan bahawa tidak ada peristiwa
lagi setelah gerhana kecuali api yang
mengiring manusia ke bumi mahsyar di
Syria.
Perkara ini menunjukkan bahawa
peristiwa ini akan terjadi setelah Islam
semakin lenyap, Kaabah dihancurkan
serta manusia kembali menyembah
berhala-berhala.
Terjadinya gerhana diiringi oleh
kerosakan manusia pada ketika
itu, apa-apa yang diharamkan
Allah SWT akan dihalalkan serta
tidak ada lagi ketaatan dan juga
ibadah. Pada saat itu, keimanan
dan ketaatan akan disia-siakan
serta dipermainkan.
Imran bin Husain r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda :
ة جسف ومسخ وقذف فقال رج من املسلمن رسول هللا ف هذه األم
ومت ذاك قال اذا ظهرات القيان واملازف ورشت امخلور
“Gerhana, al-Maskh, dan Qadzaf (tuduhan zina) akan terjadi pada
umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin bertanya, “Wahai
Rasulullah, bilakah ia akan terjadi?Baginda menjawab, “Jika sudah
muncul budak laki-laki, alat-alat muzik dan khamr (arak)
diminum.”
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi dalam Jamiul Ushul, hadith no.
7933.)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, tiga
gerhana tadi masih lagi belum terjadi.
Gerhana tersebut akan terjadi sesuai
dengan urutannya iaitu sebelum
terjadinya hari kiamat dalam tempoh
waktu yang dekat sekali. Semua
ilmunya ada di sisi Allah SWT hanya
Dia sahajalah yang Maha Mengetahui.
9
Di antara tanda hari kiamat lagi ialah
keluarnya api yang besar yang merupakan
tanda hari kiamat yang besar dan terakhir
serta merupakan tanda pertama yang
menyatakan telah terjadinya hari kiamat.
• Dalam hadis Hudzaifah bin Usaid r.a. yang
membicarakan tanda-tanda hari kiamat yang
besar, antara lain disebutkan sabda Rasulullah
SAW:
ه واخر ذل نر ترج من اليمن طرد الناس . ا ى مش
“Dan yang terakhir ialah api yang keluar dari
Yaman yang mengiring manusia ke tempat
berkumpul mereka (mahsyar mereka).”
(Sahih Muslim, Kitab Al Fitan wa Asyroth
As-Sa’ah 18-27-29)
• Imam Ahmad dan Tirmidzi meriwayatkan dari
Ibnu Umar r.a. ia berkata: Rasulullah SAW
bersabda:
تخرج نر من حرضموت او من بر حرضموت قب يوم القيامة ت س
. الناس
“Akan keluar api dari Hadhramaut atau dari lautHadhramaut sebelum datangnya hari kiamatyang mengumpulkan manusia.”
(Musnad Ahmad 7:133 hadis nombor 5136. Ahmad syakir berkata, “Isnadnya sahih.” Dan Tuhfatul Ahwadzi Syarah Tirmidzi6:463- 464. Al-Albani berkata “Sahih.” Rujuk:Sahih Al-Jami’ush Shaghir 3:203 no. 3603).
• Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a.
bahawa Abdullah bin Salam ketika masuk Islam,
ia bertanya kepada Nabi SAW tentang pelbagai
masalah antara lain tentang tanda pertama
terjadinya hari kiamat. Lalu baginda menjawab:
الن اعة فنار ت ل ارشاط الس ا او ق ا ى املغرب ام .اس من امل
“Adapun tanda-tanda hari kiamat yang
pertama itu ialah api yang mengumpulkan
manusia dari timur hingga barat.”
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadis Al-Anbiya’,
Bab Khalqu Adam wa Dzurriyyatihi
6:462, hadis nombor 3329)
• Cara menjama’ (mengkompromikan) riwayat-riwayat
yang kelihatan bercanggahan, iaitu sebahagian
riwayat mengatakan bahawa api ini merupakan tanda
hari kiamat besar yang terakhir sedangkan pada
riwayat yang lain dikatakan sebagai tanda hari kiamat
yang pertama, ialah bahawa api ini dianggap tanda
terakhir bila dilihat penyebutannya bersama tanda-
tanda yang lain seperti tertera dalam hadis Hudzaifah.
• Dikatakan sebagai tanda yang pertama kerana ia
merupakan tanda hari kiamat yang pertama
memandangkan sesudahnya tidak ada lagi urusan
dunia.
• Dengan berakhir api ini, maka langsung disusuli
dengan tiupan sangkakala.
• Berbeza dengan tanda-tanda lain seperti yang
disebutkan dalam hadis Hudzaifah, kerana setelah
terjadinya tiap-tiap tanda masih ada urusan dunia.
(Fathul-Bari 13:82)
• Tanda-tanda besar hari kiamat adalah hakikat
yang mengawasi rentetan peristiwa kiamat.
Sementara tanda-tanda kecil merupakan tali yang
menghubungkan tanda-tanda besar tersebut.
• Tanda-tanda besar kiamat akan berlaku secara
berturutan dan cepat.
• Ini adalah berbeza dengan tanda-tanda kecil yang
memerlukan masa yang panjang dan silih
berganti dalam kehidupan manusia.
• Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tanda-tanda kiamat itu umpama mutiarayang disusun pada seutas tali. Jika tali itu terputus,
terurailah mutiara itu satu persatu.”
(Hadis Riwayat Al-Hakim)
# Jika berlakunya tanda besar kiamat yang pertama, maka taubat kita tidak lagi akanditerima oleh Allah SWT.
RUJUKAN
• Dr. Muhamed Said Ramadhan al-Buti,2010, Kubra Al Yakiniyyah Al-Kauniyyah, Darul Fikrah Al-Maasir: Suria, Lubnan.
• Syaikh Mahir Ahmad Ash-shufi,2010, Siri Ensiklopedia Akhirat: Kiamat Sudah Dekat “Tanda-tanda Kiamat Besar”, Global Aksara Communication Sdn.Bhd.:Johor Darul Takzim.
• Yusuf bin Abdullah, 1996, Alamat-alamat Besar Kedatangan Hari Kiamat, Era Ilmu Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.
• Muhammad Nurani Maarif, 2010, Fitnah 2012-Konspirasi Galaktik, Hijjaz Records Publising : Selangor.
• Fuad Kauma, 1997, Langit pun Terguncang, Mitra Pustaka: Yogyakarta Indonesia.
Top Related