1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Presiden ANGKASA
Seminar Pengurusan Anti Rasuah &
Standard dalam Koperasi 2019
14 Disember 2019 (Sabtu)
2
3.00 petang
KLIH, KL
Bismillahirrahmaniirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Koperasi
3
Saudara Pengacara Majlis
- YBhg. Dato Haji Kamarudin Ismail
Timbalan Presiden ANGKASA
- YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
Dr. Mohd Azlan Yahya
4
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che
Isa
Prof. Madya Dato’ Hj. Abdul
Rahman Abdul Razak Shaik
- YBhg. Datuk Ahmad Jamil Hashim
Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan)
5
- Pegawai-Pegawai Bahagian
Pendidikan Masyarakat (PenMas)
Bahagian Perundangan &
Pendakwaan (DPP), Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM)
6
- Pegawai - Pegawai dari
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM)
- Pegawai - Pegawai dari Jabatan
Standard Malaysia (JSM)
- Pegawai - Pegawai dari Institut
Koperasi Malaysia (IKM)
7
- Pegawai - Pegawai-Pegawai
Kanan ANGKASA
- Anggota-anggota Koperasi Ahli
ANGKASA
- Dato’-Dato’ /Datin –Datin /Tuan -
Tuan/ Puan-Puan serta Para Hadirin
Sekalian.
8
1. Terlebih dahulu marilah kita
bersama-sama memanjatkan
kesyukuran kehadrat Allah
Subhanahuwataala kerana
dengan limpah kurniaNya dapat
kita bersama-sama menghadiri
Majlis Perasmian “Seminar
Pengurusan Anti Rasuah dan
9
Standard Dalam Koperasi 2019”.
Seminar ini juga adalah sempena
kerjasama di antara SPRM, Jabatan
Standard Malaysia dan ANGKASA.
2. Saya mewakili seluruh warga
kerja ANGKASA ingin merakamkan
ucapan setinggi penghargaan dan
10
terima kasih yang tidak terhingga
kepada hadirin sekelian
terutamanya Pegawai-Pegawai
dari Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia kerana sudi
melapangkan masa, hadir bagi
merasmikan majlis perasmian
11
seminar anti rasuah pada petang
ini.
3. Sekalung tahniah dan setinggi-
tinggi penghargaan juga
dirakamkan buat ahli jawatankuasa
dan kakitangan yang terlibat
dalam seminar ini baik secara
12
langsung mahupun tidak langsung
sekaligus memastikan kejayaan
penganjuran “Seminar Pengurusan
Anti Rasuah & Standard dalam
Koperasi 2019” ini. Syabas dan
tahniah dari saya.
13
4. Harapan saya, agar
penganjuran seminar seumpama ini
akan menjadi jambatan
penghubung antara ANGKASA
dengan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Jabatan Standard Malaysia (JSM).
Insha Allah
14
Hadirin dan Hadirat Sekalian,
Seiring dengan perubahan
dalam era globalisasi kini,
pembangunan lebih tertumpu
kepada kemajuan manusia,
kejayaan dalam bidang
ekonomi, kebendaan termasuk
15
juga tahap penguasaan dalam
bidang teknologi semata-mata.
Penumpuan bagi pembangunan
kepada perkara yang saya
sebutkan tadi sebenarnya semakin
lama semakin mencabar integriti di
peringkat diri mahupun di
peringkat institusi sama ada dari
16
segi moral mahupun undang-
undang. Pelan Antirasuah Nasional
(NACP), yang diperkenalkan
oleh kerajaan merupakan sebuah
pelan strategi yang penting
dalam melaksanakan dasar anti
rasuah di Malaysia. Pelaksanaan
Pelan Anti Rasuah Nasional bagi
17
tempoh lima tahun akan datang ini
amat signifikan dalam
mencerminkan harapan rakyat
untuk membentuk sebuah negara
yang bebas rasuah dengan
warganya membudayakan
ketelusan, akauntabiliti dan
integriti.
18
Para Hadirin yang saya hormati
sekalian.
5. Seperti semua sedia maklum,
rasuah merupakan isu kritikal yang
perlu ditangani secara sistematik
dan menyeluruh kerana ia boleh
menyebabkan berlaku
19
peningkatan pada jumlah kos
modal dan pembangunan bagi
apa jua program atau projek yang
dilaksanakan. Ini sudah tentu
memberikan kerugian besar
kepada negara. Rasuah bukan
semata-mata kesalahan undang-
undang. Tetapi juga kesalahan
20
sosial dan peradaban yang boleh
menjejaskan imej Malaysia di mata
dunia.
6. Menurut statistik yang telah
dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), sebanyak 1049 tangkapan
21
telah dibuat diatas kesalahan
jenayah rasuah sehingga Oktober
tahun 2019. Daripada jumlah ini
didapati 550 orang atau sebanyak
52.4% peratus adalah daripada
pihak swasta, orang awam dan
lain-lain lagi. Manakala penjawat
awam meliputi 47.6% atau 499
22
orang. Angka ini semakin
meningkat dan membimbangkan
kerana jika dibandingkan dengan
tahun-tahun sebelumnya, ia
mencatatkan kurang daripada
tahun ini. Statistik ini merupakan
statistik daripada jumlah tangkapan
yang dibuat oleh SPRM. Bagaimana
23
pula dengan kesalahan yang tidak
dapat dikesan oleh SPRM? Sudah
semestinya jumlah mereka yang
memberi dan menerima rasuah
adalah melebihi jumlah tangkapan
yang disebut di atas.
24
7. Rasuah…..apa itu yang
dikatakan rasuah? Bagaimana
hendak klasfikasikan sesuatu
perbuatan tersebut adalah rasuah.
Rasuah ialah satu bentuk
pemberian berupa sogokan yang
diberikan kepada seseorang atas
sebab tertentu bagi membolehkan
25
sesuatu perkara yang dihajati
dapat diperolehi atau dapat
disegerakan dan sebagainya.
Rasuah dalam perkataan lain
adalah sogokan, makan suap,
tumbuk rusuk yang merupakan
perkara haram dalam agama Islam
seperti firman Allah swt dalam surah
26
Al-Baqarah ayat 188 yang
tafsirnya:- Dan janganlah kamu
makan atau mengambil harta
orang-orang lain di antara kamu
dengan jalan yang salah dan
jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana
27
hendak memakan atau mengambil
sebahagian dari harta manusia
dengan berbuat dosa, pada hak
kamu mengetahui salahnya.
8. Malah Rasulullah SAW sendiri
melaknat mereka yang memberi
dan menerima rasuah seperti
28
sabdanya yang bermaksud:- Dari
Abdillah bin Amru
Radiallahuanhuma ia berkata:
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wassallam melaknat pemberi
rasuah dan penerima rasuah –
(Riwayat Al – Imam At – Tarmizi).
29
Hadirin-Hadirat yang saya hormati
sekalian.
9. Ingin juga saya menyentuh
tentang Pengurusan Tadbir Urus
dalam koperasi melalui Skim
Pensijilan Sistem Pengurusan Anti-
Rasuah (ABMS) yang berdasarkan
30
standard ISO 37001:2016 di mana ia
diperkenalkan oleh SIRIM QAS
International dengan kerjasama
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Persatuan
Pegawai Integriti Bertauliah
Malaysia yang dilihat mampu
membantu dalam memberi
31
panduan kepada sesebuah
organisasi atau koperasi untuk
melaksana dan menambah baik
sistem pengurusan anti rasuah.
10. Berdasarkan kepada kaji selidik
yang dijalankan oleh Transparency
International (TI) pada tahun 2016,
32
lebih dua pertiga daripada 176
buah negara dan wilayah
mempunyai indeks dibawah 50
dengan markah purata global
sebanyak 43. Daripada jumlah
tersebut Malaysia berada di tangga
ke-55 daripada 176 negara dengan
markah sebanyak 49. Oleh itu
33
dengan pelaksanaan pensijilan
ABMS dalam sesebuah organisasi
atau koperasi diharap dapat
meningkatkan reputasi,
mengurangkan kos operasi,
mengukuhkan prestasi kewangan,
membudayakan integriti dan
meningkatkan moral pekerja.
34
Sehubungan itu saya menyeru dan
berharap kepada koperasi-koperasi
ahli ANGKASA agar dapat
menyertai skim pensijilan ABMS ini
agar pencegahan (preventive)
rasuah dapat dibendung di
peringkat awal lagi.
35
11. “Anda Boleh Lakukan
Perubahan, PERANGI Rasuah,
Integriti Amalan Kita”
12. PENUTUP
Akhir kata, sebelum mengakhiri
ucapan saya pada petang ini,
sekali lagi ingin saya rakamkan
36
ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ANGKASA, pihak
SPRM serta Jabatan Standard
Malaysia yang sedia bekerjasama
menjayakan seminar pengurusan
anti rasuah ini.
37
13. Harapan saya, dengan
penganjuran seminar ini juga akan
memberi sejuta makna seribu
manfaat dan dijadikan tauladan
serta sempadan buat kita semua
dalam mengharungi rutin
pekerjaan.
38
Dengan lafaz
“Bismillahirrohmanirrohim” saya
merasmikan Seminar Pengurusan
Anti Rasuah dan Standard Dalam
Koperasi 2019 ini.
39
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah
Wassalamu’alaikum warahmatullah
hitaala Hiwabarakatuh.
Top Related