TERAPI SENI
Oleh :Sharifah Fakhira Syed Mahbar
Dhavasini A/P ArumughamMohd Saiful Azwa bin Jusoh
Pengenalan• Terapi seni direka berlandaskan
kepercayaan bahawa proses melahirkan kreativiti boleh mententeramkan jiwa seseorang.
• Kebanyakan orang yang mengalami trauma psikologi biasanya sukar meluahkan perasaan melalui kata-kata.
• Ia lebih mudah diluahkan melalui lakaran atau lukisan.
• Kanak-kanak,tidak pandai menunjukkan perasaan dengan kata-kata dan biasanya mereka menzahirkan gangguan emosi melalui kelakuan.
• Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan emosi dengan lebih baik serta mudah.
• Terapi seni adalah satu kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan dan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni, terutamanya lukisan.
• Lukisan boleh menjadi cara untuk pesakit berinteraksi dengan orang lain.
Maksud Terapi Seni
Seni dianggap sebagai sublimasi di mana
kehendak tidak sedar kanak-kanak ditunaikan
Mempunyai lambang visual seperti lukisan yang boleh
digunakan sebagai alat diagnosis
Mendorong luahan pemikiran positif dan negatif tentang diri
mereka, keluarga dan dunia Melahirkan keunikan, dan
kreativiti kanak-kanak
Konsep Utama
Potret diriLukisan bebas / spontan
Lukisan keluarga
3 jenis lukisan yang biasa digunakan dalam terapi seni
BERIKUT MERUPAKAN ILUSTRASI EMOSI DARIPADA LUKISAN KANAK-KANAK
Sumber: Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Kanak-kanak meluahkan perasaan melalui ekspresi seni
Sumber: Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Pandangan Tokoh“Proses melukis boleh dipersepsikan sebagai kesempatan untuk ekspresi kendiri secara imaginatif, autentik dan spontan, sesuatu pengalaman dalam tempoh masa yang membawa pemulihan emosi, transformasi dan aktualisasi kendiri. Proses kreatif ini bertujuan membawa penambahbaikan kesihatan dan perkembangan pengalaman.” Malchiodi (2006)
“ Art therapy is based on the ideas that the creative process of art making is healing and life enhancing and is a form of nonverbal communication of thoughts and feelings.” American Art Theraphy Association (1996)
“ Art can be said to be- and can be used as- the externalized map of our interior self.”
Peter London
“ Art is the meeting ground of the world inside and the world outside”
Elinor Ulman
“ Art is a way of knowing what we actually believe.”
Pat Allen
Bahan atau media seni yang diperlukan
krayon
Cat jari Pen marker
Cat tempura
Tanah liat
kertas gunting
Gam
• Terapi seni ini adalah berdasarkan pada keyakinan bahawa proses-proses kreatif seperti menggambar dan melukis boleh menjadi medium luahan perasaan.
• Bagi kanak-kanak khususnya, trauma ataupun perasaan yang dialami adalah sangat sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.
Kaedah pelaksanaan
• Oleh itu, terapi seni adalah sangat berkesan untuk menggambarkan emosi dan perasaan yang amat menyakitkan jika diungkapkan melalui kata-kata.
• Dengan mengikuti terapi seni ini, kanak-kanak akan diminta menggambarkan dan mengeluarkan fikiran dan emosi mereka melalui karya seni.
• Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat.
• Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan.
• Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.
• Kaunselor akan berusaha membantu klien merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.
• Klien berupaya meneroka perasaan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang berkesan dan tidak menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.
• Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien tidak merasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.
Contoh gambaran kanak-kanak mengenai Taufan Katrina melalui kaedah terapi seni
Contoh gambaran kanak-kanak mengenai Tsunami di Sri Lanka melalui kaedah
terapi seni
INTERPRETASI HASIL KARYA SENI TERAPI MELIBATKAN BEBERAPA
PERKARA SEPERTI:
Media seni pilihan kanak-kanak
Proses kreatif yang dilalui bagi menghasilkan karya seni yang
berkenaan
Bentuk dan kandungan hasil mutakhir
Garis panduan Tafsiran Hasil Karya Seni Terapi Kanak-kanak
DIMENSI HASIL KARYA TAFSIRAN
SAIZ DAN KEDUDUKAN
Bentuk-bentuk yang amat kecil dan terletak di satu sudut kecil pada kertas lukisan
Serba kekurangan dan tidak selamat
BAHAGIAN YANG DIGELAPKAN
Bahagian muka digelapkanMatahari digelapkan
Berasa segan akibat akil balighKesedihan
WARNABiru gelapKuningMerah
KetenanganKemesraan dan kegembiraanKemarahan, penuh bertenaga
KANDUNGANLukisan yang penuh dengan lambang hati
Kasih sayang
Alat seperti penukul, pisau dan sebagainya
Kemarahan
DIMENSI HASIL KARYA TAFSIRAN
Kandungan yang melambangkan gangguan emosi
Tiada bentuk manusia – hanya mengandungi binatang peliharaan, rumah, bunga, pokok, dan matahari
Hubungan yang renggang, tidak mesra dengan ahli keluarga dan orang yang signifikan
Bahagian tubuh badan yang putus-putus
Gangguan emosi yang seriusPersonaliti yang tidak terurus
Penggunaan haiwan , makhluk fantasi, objek bagi mewakili diri
Menyembunyikan pemikiran dan perasaan sebenarMempunyai imaginasi yang tinggi
Bentuk yang bersifat robot dan tegar
Bersifat amat difensif
• Penyembuhan peribadi dan meredakan stress.
Membantu kanak-kanak memahami perasaan peribadi mereka dengan mengenali dan mengatasi kemarahan, kesedihan dan emosi-emosi lain.
Ini sangat membantu untuk mengatasi trauma yang dihadapi setelah sesuatu kejadian yang dahsyat dan sebagainya.
Terapi ini boleh membantu menghidupkan kembali semangat kanak-kanak.
Kelebihan Terapi Seni
• Pencapaian peribadi.
Mencipta sebuah karya seni boleh meningkatkan konsep kendiri yang positif serta membangunkan rasa percaya diri dalam diri kanak-kanak.
Ini akan membuatkan mereka menghargai dan mencintai diri sendiri.
• Menguatkan perasaan dalaman.
Mengekpresi apa yang berada dalam diri dan fikiran mereka yang selama ini tidak mampu diluahkan melalui kata-kata atau difahami oleh orang lain.
Melalui cara ini, kanak-kanak boleh mengawal perasaan mereka dengan lebih baik sekiranya berhadapan dengan situasi yang serupa.
• Kaedah terapi seni ini memerlukan kerjasama yang padu daripada klien atau kanak-kanak kerana sekiranya mereka malu atau enggan untuk meluahkan perasaan mereka melalui hasil seni, sesi terapi tidak dapat dijalankan dengan berkesan.
Kelemahan Terapi Seni
• Salah tanggapan atau salah interpretasi daripada kaunselor mengenai lukisan atau hasil seni kanak-kanak akan membawa kepada kegagalan untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak.
• Proses terapi seni ini perlu berterusan dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan penyembuhan yang kekal. Sekiranya tiada komitmen yang konsisten daripada klien sepanjang tempoh terapi tersebut, sesi terapi yang dirancang tidak akan berjaya.
• Tidak menyatakan had waktu kepada kanak-kanak untuk menyiapkan hasil seni mereka.
• Persoalan atau perbualan tidak terus menjurus kepada masalah. Contoh komen kaunselor yang baik :“Saya boleh faham apa yang anda rasai setelah saya melihat lukisan yang anda lukis ini”
Cadangan
• Sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan persepsi sebenar klien tentang hasil seni yang dihasilkan. Mungkin persepsi kaunselor dan klien adalah berbeza terhadap hasil seni yang sama
Cadangan
Terima kasih