TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
KOMPONEN-KOMPONEN MULTIMEDIA
3.1TEKS
o Teks merupakan satu elemen asas dalam penyampaian maklumat.
o Teks ditulis, dilukis dan dihasilkan secara manual.
o Sistem Penulisan Kuno
Manusia telah mencipta simbol dalam bentuk-bentuk
tertentu yang memberi makna terhadap perkara yang
ingin disampaikan.
Dengan simbol-simbol bermakna ini, maklumat dapat
dipersembahkan, direkod, dibaca, dihantar dan
dikongsi.
Heieroglpyh merupakan sistem penulisan kuno mesir.
Ia dilukis atas makam raja-raja Firaun dan
tempat-tempat ibadat untuk mencatat maklumat.
Rajah 3.1 : Sistem Penulisan Kuno Mesir
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
1
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
Tulisan Cina
Antara sistem penulisan yang terawal wujud
dalam peradaban manusia.
Ia ditulis secara piktograf yang mempunyai ciri-
ciri yang hampir sama seperti huruf-huruf
roman.
Media yang digunakan ialah berus dakwat hitam
di mana saiz berus adalah berbeza mengikut
teknik menulis yang dipilih.
Tulisan dilukis pada dinding, kulit haiwan,
bangunan dan kertas dengan membentuk
lengkok, mendaki, bersambung, dibezakan huruf
besar dan huruf kecil dan sebagainya.
Dari medium tradisional maka simbol, huruf,
perkataan dan ayat terus berkembang.
Daripada gabungan huruf, perkataan dihasilkan
dan dapat disusun menjadi ayat yang bermakna.
Melalui penulisan kaligrafi maka berkembangnya
dokumen bercetak dalam pemperosesan
maklumat.
Rajah 3.2 : Tulisan Cina
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
2
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
o Pemprosesan Teks Bercetak
Sebelum kewujudan komputer, mesin key punch
merupakan platform utama yang digunakan dalam
pemprosesan teks dan kemasukan data secara manual.
Key Punch
Pengguna akan menekan kekunci yang
menghasilkan lubang dilokasi ditetapkan oleh
kekunci pada kad punch.
Lubang-lubang tersebut merupakan pengkodan
teks dan nombor, kebiasaannya sebaris program
setiap kad.
Teknologi key punch berkembang sehinggalah
mesin taip dicipta untuk pengguna peribadi.
Dokumen bercetak dapat dihasilkan dengan
mesin taip.
Rajah 3.3 : Key Punch
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
3
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
Mesin Taip
Kelemahan mesin taip ialah sekiranya kesilapan
berlaku ketika menaip.
Pengguna terpaksa menaip semula keseluruhan
baris yang mempunyai kesilapan di kad punch
yang baru.
Rajah 3.4 : Mesin Taip
Plain Text
Teks dapat dimanipulasi secara digital melalui
program penyunting teks yang menghasilkan
plain text.
Wujudnya teknologi perkongsian dimana sistem
pengoperasian membolehkan pengaturcara
boleh membuat capaian terus kepada kerangka
utama sistem komputer.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
4
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
Jadual 3.1 : Perbezaan Antara Fail Plain Text dan Word Processor
Fail Plain Text Fail Word Processor
- Dihasilkan
oleh program penyunting teks
sperti Notepad (Windows) atau
TextEdit(Mac)
- Dihasilkan
oleh program word processor
seperti Microsoft Word,
WordPerfect atau Open Office.
- Paparan teks
terdiri daripada huruf, nombor dan
symbol dalam set aksara sahaja
(Contohnya : ASCII)
- Paparan teks
terdiri kesemua set aksara dan
aksara lain yang didefinisikan
membolehkan fungsi seperti bold,
italic, kolum dan jadual.
- Terdiri
daripada kod sumber, HTML dan
fail kawalan digunakan untuk
pengaturcaraan dan konfigurasi.
- Digunakan
dokumentasi maklumat dan
desktop publishing.
Rajah 3.5 : Fail Plain Text
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
5
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
Rajah 3.5 : Word Processor
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
6
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
o Asas Teks Digital
Asas teks digital mengambil kira dua sifat utama iaitu
kandungan leksikal dan rupa suatu keratan teks.
Kandungan teks merujuk kepada maksud abstrak atau
aksara yang membentuk ayat dan unit lain seperti tanda
bacaan dan simbol matematik, bukannya maksud mesej
yang ingin diterjemah dalam teks tersebut.
Rupa pula ialah ciri visual teks yang terdiri daripada
bentuk tepat aksara, saiz dan bagaimana kandungan
disusun di skrin.
Rajah 3.6 : Dua Keratan Teks yang mempunyai
Kandungan yang sama tetapi rupa yang berbeza.
o Set Aksara
o Apabila aksara-aksara abstrak dikumpulkan, ia menjadi huruf.
o Satu kod aksara paiwai perlu digunakan dalam memproses
teks dalam format digital.
o Kod ASCII (American Standard Code For Information
Interchange), di sebut sebagai ”ask key”
o Ia merupakan satu set aksara piawai yang digunakan untuk
perkakasan digital, komputer dan stesen kerja memproses,
menyimpan, mencetak dan berkomunikasi berasaskan aksara.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
7
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia kepada semua umat Islam seluruh dunia.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia kepada semua umat Islam seluruh dunia.
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
Rajah 3.7 : Kod ASCII
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
8
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
o Font
o Gylph merupakan rekabentuk set aksara yang dipapar pada
skrin.
o Ciri asas glyph ialah rekabentuk, rupa, saiz dan atribut lain.
o Font pula merupakan set gylph yang berkait rapat ciri asas
gylph.
o Font boleh disimpan di dalam komputer sama ada dalam
bentuk bitmap atau vektor.
o Rajah dibawah menunjukkan koleksi aksara yang sama
dipersembahkan menggunakan gylph yang berlainan.
Rajah 3.8 : Glyph untuk huruf kecil ”f”
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
9
f f f f f f
f f f f f
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
o Perbezaan utama font bitmap dan font vektor dapat dilihat
apabila kedua-dua teks ini di zoomkan ke jarak penglihatan
yang dekat.
Jadual 3.2 : Perbezaan Antara Font Bitmap dan Font Vektor
Font Bitmap Font Vektor
- Bergantung
kepada saiz dan jumlah piksel
- Dilukis dalam
sebarang saiz dengan menskalakan
primitif lukisan vektor secara
metamatikal.
- Apabila fail
lebih besar maka saiz font yang
lebih besar perlu ditambah.
- Saiz fail ini
sering lebih kecil berbanding
dengan Font bitmap.
- TrueType dan
Post Sctipt ialah font format vektor
yang digunakan dalam komputer.
- Font bitmap
yang dibesarkan akan
mengakibatkan kesan bergerigi di
bucu aksara. Ini disebabkan oleh
tatasusunan piksel yang bertimbun
ketika imej dihasilkan. Maka kesan
bergerigi ini dapat dibuang dengan
menggunakan teknik anti-aliasing.
- Teknik ini
menggantikan piksel tambahan
pada font dengan warna yang
menyebabkan otak manusia
menafsirkannya sebagai garis yang
bersambungan.
- Ini
menjadikan font bercampur
dengan warna latar.
- Font vektor
merupakan font yang telah
diproses menggunakan teknik anti
aliasing.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
10
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
- Dengan ini
kesan bucu bergerigi dapat
dikurangkan menghasilkan rupa
font yang lebih halus.
Rajah 3.9 : Kesan Bergerigi
o Font Monospace dan Propotional
o Font boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori
berdasarkan ciri perbezaan yang nyata.
Jadual 3.3 : Jenis-jenis Font
Jenis Font Keterangan
Monospace dan Propotional Font Monospace
- Setiap aksara
mempunyai ruang kosong yang lebih
luas berbanding yang lain.
- Memudahkan
pembacaan dalam kebanyakan
konteks.
- Sesuai digunakan
sebagai heading
- Contoh : Courier,
Monaco, Letter Gothic.
Font Propotional
- luas ruang putih bergantung
kepada lebar bentuk tulisan yang kelihatan
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
11
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
seperti tulisan di dalam buku.
- Sesuai digunakan untuk
petikan yang padat dengan teks.
- Membenarkan lebih banyak
bilangan perkataan dimuatkan dalam sebaris teks
di skrin.
- Contoh : Times New
Roman, Garamond, Verdana.
Serif dan San Serif Serif
- Merupakan font yang
mempunyai strok yang terletak di penghujung
bentuk aksara.
- Digunakan dalam
kandungan utama teks kerana serif dikatakan
memberi panduan kepada mata ketika
membaca barisan teks.
San Serif
- Font San Serif tidak
mempunyai strok.
- Digunakan untuk
tajuk petikan dan penyataan bold.
Jadual 3.4 : Ciri-ciri Font
Ciri- Ciri Font Keterangan
Bentuk Tegak atau Italic - Font italic mirip kepada
tulisan tangan senget sedikit ke kanan.
- Font juga direkabentuk
dalam bentuk solid atau outline.
Ketebalan Strok Aksara - Dikenali sebagai Boldface.
- Terdapat beberapa tahap
ketebalan seperti Bold, Ultra Bold, Semi Bold,
Light dan Ultra Light.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
12
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
- Font yang diboldkan
biasanya digunakan untuk menegaskan suatu
perkara kerana teksnya kelihatan timbul
berbanding teks biasa.
Ukuran Point - Satu point bersamaan lebih
kurang dengan 1/72 inci.
- Ketinggian dihitung
berdasarkan ketinggian aksara x tanpa
ascender dan decender.
- Tracking – jarak antara
aksara dengan aksara yang lain dalam satu
perkataan.
- Jarak ini boleh diubah
melalui proses kerning.
- Proses kerning akan
menambahkan dan mengurangkan ruang
kosong antara aksara.
Fail Data Teks
o Terdapat beberapa skema pengkodan data berasaskan teks dalam system
digital.
Jadual 3.5 : Fail Data Teks
Plain Text Rich Text
- Plain Text
ataupun ASCII merupakan teks
dalam bentuk elektronik yang
boleh difahami oleh pengguna
biasa.
- Rich Text
menghampiri sifat plain text tetapi
menyediakan kawalan khas
terhadap aksara dengan fitur
tambahan seperti penambahan
sifat bold, italic dan lain-lain lagi.
- Simbol
backslash (\) merupakan symbol
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
13
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
permulaan sebarang kod rich Text.
- Manakala
simbol (\par) ialah penutup kod
seperti digambarkan dalam satu
contoh keratan Rich Text berikut.
Jadual 3.6 : Penggunaan Rich Teks
Rich Text Hasil
{\rtfl\ansi\{\fontbl\f0\fswissArial;}f0\pardIni
ialah {\b bold} teks.\par}
Ini ialah bold teks.
o Versi Rich Format yang terus dikembangkan dikenali sebagai Enriched
Text digunakan secara meluas dalam aplikasi web khususnya html
(Hypertext Markup Language).
o HTML dikategorikan dalam teks hiper yang menggunakan format Rich
Text bagi membenarkan pengguna bergerak ke seksyen berlainan dalam
dokumen yang sama ataupun dokumen yang berlainan.
Reka Letak Teks
o Reka letak teks pada skrin dan cetakan dapat mempengaruhi pembacaan.
o Ini kerana skrin komputer menyediakan ruang yang terhad untuk
mengetengahkan idea yang kompleks.
o Terdapat beberapa unsur yang boleh dikenalpasti dalam menyusun reka
letak teks pada dokumen digital.
Jadual 3.7 : Unsur-unsur menyusun reka letak teks
Unsur-unsur Penerangan
Justifikasi o Lazimnya, pembacaan huruf rumi bermula
daripada kiri.
o Justeru itu, kandungan teks boleh disusun
dari sebelah kiri.
Pilihan Font o Font Serif merupakan font yang paling selesa
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
14
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)
bai tujuan pembacaan.
o Gunakan serif untuk kandungan teks
manakala san serif untuk petikan.
Peralihan Perhatian o Kita perlu memastikan kawasan bacaan
bebas daripada unsur-unsur yang menggangu
perhatian kita kepada teks utama yang ingin
dibaca.
o Contoh: dalam satu dokumen yang padat
dengan teks, penggunaan latar bercorak, warna-
warna teks berbeza yang berlebihan atau saiz
yang berlainan mestilah di elakkan.
Langkau o Penggunaan langkau adalah penting
digunakan di antara satu kumpulan teks dengan
kumpulan teks yang lain dan dalam satu petikan
yang sama.
o Membantu pengguna menjadikannya sebagai
panduan dan melihat di peringkat mana
pembaca sudah berada.
o Contoh : Penggunaan perenggan, gambar
serta sebarang item bukan berasaskan teks.
Jarak o Dengan ruang yang lebih luas, satu dokumen
teks akan lebih mudah dibaca.
o Teks yang terlalu padat, rapat yang
dimuatkan dalam skrin menyukarkan
pembacaan kerana mata perlu betul-betul fokus
kepada lokasi yang ditetapkan.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
15
Top Related