8/8/2019 Wacana Presentation 101010
1/55
Analisis WacanaCiri-ciri wacana dalam artikel Rintihan Batin Insan YangKehilangan Bahasa.
Haizurah
JEA 080704
Muhammad Marwan bin Mohd Tanos
JEA 080058
Mohamad Arizal Ahmad
JEA 080703
Mohammad Zulfadli Mohd Rashid
JEA 080705
Muhammad Hafiz Said
JEA 080707
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
2/55
Pengenalan: Definisi Wacana
Sanat Md Nasir (2002: 28),
iaitu unit bahasa yang melebihi unit teks. Wacana juga
boleh bermakna bidang kajian terhadap unit tersebut, danini menyamai maksud analisi wacana, analisis teks,
linguistik teks atau linguistik wacana.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
3/55
Pengenalan: Definisi Wacana
Trask (1993:84),
wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang
bersambungan oleh seorang penutur atau lebih.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
4/55
Pengenalan: Definisi Wacana
Cook (1992:6),
wacana sebagai bahasa dalam penggunaan,
untuk perhubungan.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
5/55
Pengenalan: Definisi Wacana
Harimurti Kridalaksana (1984:208)
satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki
gramatikal merupakan satuan tertinggi atauterbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh (novel, buku, seri ensiklopedia,
dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang
membawa amanat yang lengkap.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
6/55
Pengenalan: Definisi Wacana
Tarigan (1987:27),
Wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap
dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atauklausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang
berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir
yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis,
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
7/55
Kedudukan wacana
wacana
ayat
klausa
frasa
kata
morfem
fonem
Unit-unit bahasa/
linguistik
Unit-unit
linguistik
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
8/55
Objektif Kajian
1. Menyenaraikan ciri-ciri wacana yang terdapat dalam
tulisan bahasa Melayu.
2. Menganalisis ciri-ciri wacana yang terdapat dalamartikel Rintihan Batin Insan Yang Kehilangan Bahasa.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
9/55
Data Kajian
Artikel Rintihan Batin Insan Yang Kehilangan Bahasa.
Ditulis oleh Ismail Salleh.
Artikel ini diterbitkan dalam majalah Dewan Bahasaedisi Julai 2010, muka surat 48 50.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
10/55
Ciri-ciri WacanaBeaugrande dan Dressler (1981) menyatakan bahawa terdapat 7 ciri
utama ketekstualan untuk menghasilkan sesebuah wacana
Ciri-ciri wacana yang akan diteliti dalam data ialah seperti berikut:
1. Runtutan
2. Tautan
3. Tujuan
4. Keadaan
5. Penerima
6. Maklumat
7. Interteks
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
11/55
Runtutan
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:524-525)
Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi (atautautan) dan koheren (atau runtutan).
...Koheren pula, yang juga dikenali sebagai runtutan, merupakankesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacanasehingga menjadikan teks itu bermakna.
Coherent seperti yang dinyatakan dalam Introduction To TextLinguistics (1981:84),
A text make sense because there is a CONTINUITYOF SENSEamong the knowledge activated by the expressions of the text (cf.Hormann 1976).
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
12/55
Runtutan
Contoh:
Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia
Barat. Oleh demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya
bahasa Inggeris. Namun begitu, teknologi maklumat telah
tersebar luas ke seluruh dunia, ke alam yang bahasa Inggeris
tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian,
iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi
selari dengan bahasa Inggeris.
Keempat-empat ayat dalam perenggan di atas menjadi koheren dan
bermakna kerana mempunyai kesinambungan idea.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
13/55
Runtutan: Contoh dalam data
Contoh 1Perenggan Ayat
3 Sumber tenaga tawanan perang ini digunakan oleh KerajaanSiam untuk pembangunan dan keselamatan wilayah kerajaannya
daripada ancaman dan gangguan Kerajaan Burma yang menjadi
musuh utama Kerajaan Siam pada masa itu. Tawanan perang inidikerah untuk membina jaringan sistem pengairan untuk
pertanian dengan menggali terusan (klong) bagi mengalirkan
sumber utama air daripada Sungai Chao Praya. Mereka
dikehendaki membuka kawasan pertanian baharu sekitar
Bangkok sebagai sebahagian strategi penyediaan bekalan
makanan untuk keselamatan negara, khasnya bekalan beras.Rangkaian terusan yang dibina juga sekali gus berperanan
sebagai rangkaian pengangkutan air yang berkesan dan masih
digunakan hingga sekarang.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
14/55
Runtutan: Contoh dalam data
Contoh 1 Perenggan tadi mengatakan tentang sumber tenaga tawanan
perang. Terdapat contoh-contoh koheran ataukesinambungan idea yang yang membuatnya dilihat sebagaisatu wacana.
Apabila dibicarakan tentang sumber tenaga tawanan perangterdapat kaitan dengan jaringan system pengairan, kawasanpertanian baharu, bekalan makanan dan rangkaianpengakutan air.
Perkara ini semua mempunyai kesinambungan idea dalam
teks yang dibincangkan di atas. Idea yang selari ini harusada dalam sebuah wacana supaya sebuah wacana itu dilihatdapat masuk akal dan berupa logik.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
15/55
Runtutan: Contoh dalam data
Contoh 2Perenggan Ayat
2 Anak-anak tawanan perang ini terpaksa mengikut ibu bapamereka. Mereka dibawa ke Bangkok dan ditempatkan di
kawasan-kawasan sekitarnya. Di samping itu, terdapat juga
komuniti Melayu dari Selatan Thailand dan juga dari Utara danPantai Timur Semenanjung Tanah Melayu datang menetap di
Bangkok. Pemergian mereka adalah atas jemputan kerajaan Siam
ataupun perpindahan secara sukarela dalam usaha menjaga
kedudukan dan kuasa politik masing-masing. Kumpulan ini
terdiri daripada anggota keluarga raja-raja Melayu atau para
pembesarnya yang rapat dan dipercayai kesetiaannya kepadakerajaan Siam.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
16/55
Runtutan: Contoh dalam data
Contoh 2 Contoh tadi memperlihatkan kaitan kesinambungan idea
ataupun koheren antara anak-anak tawanan perang dengan
bangkok, komuniti Melayu dan kerajaan Siam.
Persoalan pokok atau utama yang diperkatakan dalamperenggan ini ialah tentang perihal anak-anak tawanan
perang.
Selanjutnya ialah perkara-perkara yang berlaku kepada
subjek yang diperkatakan itu seperti Bangkok misalnyakerana anak-anak tawanan perang ini ditempatkan di
Bangkok.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
17/55
Runtutan: Contoh dalam data
Contoh 3Perenggan Ayat
4 Orang Melayu dari Pattani dan negeri-negeri utara dan pantaitimur Semenanjung, ditempatkan oleh kerajaan Siam di
kawasan tebing sungai dan terusan yang digali oleh mereka.
Kegiatan utama mereka adalah bertani, khasnya menanam padisebagai sumber bekalan makanan bagi pusat pemerintahan Siam
di Bangkok. Di samping itu, mereka ini juga dijadikan perisai
manusia dalam strategi peperangan dan keselamatan kerajaan
Siam yang sedang menghadapi ancaman musuhnya di sebelah
barat, iaitu Burma.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
18/55
Runtutan: Contoh dalam data
Contoh 3 Perenggan tadi memperkatakan tentang orang Melayu
Patani. Perkara-perkara yang berkaitan dengan orang
Melayu dari Patani ialah kawasan tebing sungai,
sumber bekalan makanan dan perisai manusia dalamstrategi peperangan dan keselamatan kerajaan Siam.
Idea-idea ini mempunyai kesinambungan dengan orang
Melayu dari Patani.
Ini yang dikatakan sebagai koheren idea yang terdapat
dalam sebuah wacana.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
19/55
Tautan
Halliday dan RuqaiyaHasan (1976:4)
konsep semantik yang merujuk kepada hubungan makna
yang terdapat dalam teks, dan hubungan yang demikian
mendefinisikan teks.
Moeliono dan Soenjono (1988:343)
keserasian hubungan antara unsur yang lain dengan wacana
sehingga terciptalah pengertian yang apik atau koheran.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
20/55
Tautan
Beaugrande dan Dressler (1981: 3-12)
komponen teks permukaan seperti perkataan yang didengar atau
dilihat dihubungkan dalam satu urutan.
segala fungsi yang digunakan untuk menunjukkan hubungan juga
segala fungsi yang digunakan untuk menunjukkan hubungan
antara unsur permukaan.
tautan menjadi salah satu daripada tujuh ciri ketekstualan, dan
bersama-sama runtutan mewujudkan konsep yang berasaskan teks.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
21/55
Tautan
Contoh:
Arizal, Hafiz dan Zul sedang bermain bola di Stadium
Nasional. Merekake sana beberapa hari yang lalu.
Kata mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Arizal, Hafiz
dan Zul. Manakala ke sana merujuk kepada Stadium
Nasional.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
22/55
Tautan: Contoh dalam data
Contoh 1Perenggan Baris Ayat
1 1 Petikan di sebelah merupakan luahan perasaan dan
jeritan batin seorang wanita bergelar nenek, yang
dalam usianyahampir menjejah satu abad.
1 2 Beliau, anak tawanan perang Siam yang berasal dari
Pattani setelah Kerajaan Melayu Pattani Darulsalam
tidak mampu lagi menghadapi Kerajaan Siam.
6 1 Berikut ialah rintihan batin seorang nenek,merangkap pejuang bahasa Melayu yang tidak
bernama, sambil meratap kesal terhadap kehilangan
bahasa ibundanya.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
23/55
Tautan: Contoh dalam data
Contoh 1Perenggan Baris Ayat
6 2 Rakaman ini dibuat pada awal tahun 1970-an. Luahan
hati nenek berkenaan adalah sebagai berkut:
7 1 ...orang tua dan nenek moyang hamba (saya) turun-temurun telah berkata bahawa sejak beratus-ratus tahun
dahulu orang Melayu ditahan dan dibawa ke sini (kawasan
sekitar Bangkok) ... keluarga hamba tinggal di tepi terusan
ini, setelah terusan ini siap digali, hamba dilahirkan di
sini.
8 1 ...ibu bapa hamba bercakap bahasa Melayu...dan hari ini
hamba rasa bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak-
anak dari Pattani...hamba berpeluang bercakap bahasa
Melayu.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
24/55
Tautan: Contoh dalam data
Contoh 1Perenggan Baris Ayat
P8 A2 Hari ini, hamba tak tahu hendak cakap bahasa Melayu
dengan siapa...anak cucu hamba tak faham bahasa Melayu
walaupun sedikit.
P9 A2 Hamba mahu mencari saudara-mara hamba orang Melayu
di Pattani tetapi hamba tak tahu nak cari di mana?....
P10 A2 Hamba amat sayang, terharu serta sedih kerana ibu bapa
hamba sudah berpesan supaya kita orang Melayu Pattani
kena jaga dan cakap bahasa Melayu....
P11 A1 Nukilan percakapan nenek di atas dicatatkan pada
belakang buku kecil yang bertajukSejarah Kerajaan Pattani
(1970), karya seorang penulis yang menggunakan nama
samarannya A. Bangnara.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
25/55
Tautan: Contoh dalam data
Contoh 1Perenggan Baris Ayat
P12 A3 Nukilan percakapan nenek di atas, diturunkan semula
oleh Ahmad Sombon pada bahagian kata penghantar
buku tersebut.
P15 A1 Hakikat ini mempunyai kaitan dengan perasaan dan hati
nurani penuturnya seperti yang tergambar daripada
rintihan jiwa seorang anak bangsa Melayu yang ibu
bapanya menjadi tawanan perang dan dibawa ke negeri
asing dengan persekitaran serba asing termasuk bahasa.
P16 A1 Peristiwa seorang nenek dalam nukilan di atas sebagai
pencinta bahasa ibundanya amat jelas.
P16 A2 Jiwanya merintih melihat anak cucunya tidak tahu lagi
bahasa warisan nenek moyang mereka.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
26/55
Tautan: Contoh dalam data
Contoh 2
Perenggan Baris Ayat
P3 A2 Tawanan perang ini dikerah untuk membina jaringan
sistem pengairan untuk pertanian dengan menggali
terusan (klong) bagi mengalirkan sumber utama air
daripada Sungai Chao Praya.
P3 A4 Rangkaian terusan yang dibina juga sekaligus berperanan
sebagai rangkaian pengangkutan air yang berkesan dan
masih digunakan hingga sekarang.
P4 A1
O
rang Melayu dariP
attani dan negeri-negeri utara danpantai timur Semenanjung, ditempatkan oleh kerajaan
Siam di kawasan tebing sungai dan terusan yang digali
oleh mereka.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
27/55
Tautan: Contoh dalam data
Contoh 2
Perenggan Baris Ayat
P7 A1 ...orang tua dan nenek moyang hamba (saya) turun-
temurun telah berkata bahawa sejak beratus-ratus tahun
dahulu orang Melayu ditahan dan dibawa ke sini (kawasan
sekitar Bangkok) ... keluarga hamba tinggal di tepi terusanini, setelah terusan ini siap digali, hamba dilahirkan di
sini.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
28/55
Tautan: Contoh dalam data
Contoh 3
Perenggan Baris Ayat
P5 A1 Strategi pertahanan ini dibuat selepas kerajaan Siam
menghadapi pengalaman pahit diserang oleh Burma yang
mendatangkan kemusnahan besar terhadap kota Ayudhia
sebagai pusat pemerintahan Siam lama.
P5 A2 Selepas bencana inilah, kota Bangkok dibangunkan
sebagai pusat pemerintahan kerajaan Siam yang baharu
untuk menggantikan kota Ayudhia.
P
5 A1 Strategi pertahanan ini dibuat selepas kerajaan Siammenghadapi pengalaman pahit diserang oleh Burma yang
mendatangkan kemusnahan besar terhadap kota Ayudhia
sebagai pusat pemerintahan Siam lama.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
29/55
Tujuan
Beaugrande & Dressler, (1981:7)
Intentionality designates all the ways in which text producers
utilize text to pursue and fulfil their intentions.
Tujuan wacana itu ditentukan penulis ataupun
pembicaraannya.
Tujuan menentukan hubungan tindak balas penulis/
penutur dan penerima yang terjadi melalui teks tadi.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
30/55
Tujuan
Tujuan penting untuk menimbulkan interaktif yang
komunikatif.
Tujuan akan menentukan jenis wacana yang
digunakan. Menerusi perancangan yang dilakukan penulis/ penutur yang
berbeza daripada segi persediaan yang dapat dilakukan dapat
juga menentukan tujuan.
Illocutionary acts (Searle 1969:23) such as promising,
threatening, stating, asserting, describing or questioning.
Tujuan juga dapat membezakan genre wacana yang
digunakan.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
31/55
Tujuan
Seseorang yang mahukan sesuatu maklumat atau fakta
akan menggunakan ayat tanya.
Penulis yang ingin menyatakan sesuatu yang terbuku
dalam hatinya akan menggunakan ayat penyata.
Penulis yang mahu menyatakan perasaan atau
menyampaikan sesuatu mesej akan menulis novel,
cerpen, ataupun sajak.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
32/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 1
Tujuan: Menerangkan nasib orang Melayu Patani yang menjadi tawanan
perang antara Kerajaan Melayu Pattani Darulsalam dengan Kerajaan Siam.
Perenggan Ayat Contoh:
1 1 &2 Petikan di sebelah merupakan luahan perasaan danjeritan batin seorang wanita bergelar nenek, yang dalam
usianya hampir mencecah satu abad. Beliau, anak tawanan
perang Siam yang berasal dari Pattani setelah Kerajaan
Melayu Pattani Darussalam tidak mampu lagi menghadapi
Kerajaan Siam
2 1&2 Anak-anak tawanan perang ini terpaksa mengikut ibu bapa
mereka. Mereka dibawa ke Bangkok dan ditempatkan di
kawasan-kawasan sekitarnya.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
33/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 1
Tujuan: Menerangkan nasib orang Melayu Patani yang menjadi tawanan
perang antara Kerajaan Melayu Pattani Darulsalam dengan Kerajaan Siam.
Perenggan Ayat Contoh:
3 1. 2& 3
Sumber tenaga tawanan perang ini digunakan olehKerajaan Siam untuk pembangunan dan keselamatan
wilayah kerajaannya daripada ancaman dan gangguan
Kerajaan Burma yang menjadi musuh utama Kerajaan
Siam pada masa itu. Tawanan perang ini dikerah untuk
membina jaringan sistem pengairan untuk pertanian
dengan menggali terusan (klong) bagi mengalirkan sumberutama air daripada Sungai Chao Praya. Mereka
dikehendaki membuka kawasan pertanian baharu sekitar
Bangkok sebagai sebahagian strategi penyediaan bekalan
makanan untuk keselamatan negara, khasnya bekalan
beras
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
34/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 1
Tujuan: Menerangkan nasib orang Melayu Patani yang menjadi tawananperang antara Kerajaan Melayu Pattani Darulsalam dengan Kerajaan Siam.
Perenggan Contoh:
4 Orang Melayu dari Pattani dan negeri-negeri utara dan pantai
timur Semenanjung, ditempatkan oleh kerajaan Siam di kawasantebing sungai dan terusan yang digali oleh mereka. Kegiatan utama
mereka adalah bertani, khasnya menanam padi sebagai sumber
bekalan makanan bagi pusat pemerintahan Siam di Bangkok. Di
samping itu, mereka ini juga dijadikan perisai manusia dalam
strategi peperangan dan keselamatan kerajaan Siam yang sedang
menghadapi ancaman musuhnya di sebelah barat, iaitu Burma.
7 "... orang tua dan nenek moyang hamba (saya) turun temurun telah
berkata bahawa semenjak beratus-beratus tahun dahulu orang
Melayu ditahan dan dibawa ke sini (kawasan sekitar Bangkok) ...
keluarga hamba tinggal di tepi terusan ini, setelah terusan ini siap
digali, hamba dilahirkan di sini.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
35/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 2
Menceritakan strategi perang Kerajaan Siam.
Perenggan Contoh:
1 Sumber tenaga tawanan perang ini digunakan oleh Kerajaan
Siam untuk pembangunan dan keselamatan wilayah kerajaannya
daripada ancaman dan gangguan Kerajaan Burma yang menjadimusuh utama Kerajaan Siam pada masa itu. Tawanan perang ini
dikerah untuk membina jaringan sistem pengairan untuk
pertanian dengan menggali terusan (klong) bagi mengalirkan
sumber utama air daripada Sungai Chao Praya. Mereka
dikehendaki membuka kawasan pertanian baharu sekitar
Bangkok sebagai sebahagian strategi penyediaan bekalanmakanan untuk keselamatan negara, khasnya bekalan beras.
Rangkaian terusan yang dibina juga sekaligus berperanan sebagai
rangkaian pengangkutan air yang berkesan dan masih digunakan
hingga sekarang.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
36/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 2
Menceritakan strategi perang Kerajaan Siam.
Perenggan Contoh:
4 Orang Melayu dari Pattani dan negeri-negeri utara dan pantai
timur Semenanjung, ditempatkan oleh kerajaan Siam di kawasan
tebing sungai dan terusan yang digali oleh mereka. Kegiatanutama mereka adalah bertani, khasnya menanam padi sebagai
sumber bekalan makanan bagi pusat pemerintahan Siam di
Bangkok. Di samping itu, mereka ini juga dijadikan perisai
manusia dalam strategi peperangan dan keselamatan kerajaan
Siam yang sedang menghadapi ancaman musuhnya di sebelah
barat, iaitu Burma. Mengingatkan orang Melayu tentangkepentingan memelihara dan menggunakan bahasa Melayu.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
37/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 2
Menceritakan strategi perang Kerajaan Siam.
Perenggan Contoh:
8, 9, 10 ... ibu bapa hamba bercakap bahasa Melayu ... dan hari inihamba rasa bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak-anak
dari Pattani ... hamba berpeluang bercakap bahasa Melayu. Hari
ini, hamba tak tahu hendak cakap bahasa Melayu dengan siapa ...
anak cucu hamba tak faham bahasa Melayu walaupun sedikit.
... di sekolah pun tak ajar... di kampung amat sedikit atau jarang-
jarang orang bercakap bahasa Melayu ... Hamba mahu mencari
saudara-mara hamba orang Melayu di Pattani tetapi hamba tak
tahu nak cari di mana? .... Di sini walaupun mereka berketurunan Melayu Pattani tetapi
mereka tak pandai cakap Melayu. Hamba amat sayang, terharu
serta sedih kerana ibu bapa hamba sudah berpesan supaya kita
orang Melayu Pattani kena jaga dan cakap bahasa Melayu ...."
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
38/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 3
Menceritakan tentang diasporaCina.
Perenggan Contoh:
20 Keadaan ini mungkin ada kelainan sedikit jika
dibandingkan dengan diaspora Cina, walaupun gejala yang
sama dengan bangsa-bangsa lain tetap berlaku.
Kelainannya adalah wujudnya rangkaian sesama bangsa
mereka di bawah naungan China Town di merata bandar
besar di seluruh mandala bumi ini. Selain bahasa
Mandarin atau dialek-dialeknya, pelbagai aspek budaya
warisan kaum mereka masih diamalkan dengan rasabangga walau di mana-mana pun komuniti mereka berada.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
39/55
Tujuan: Contoh dalam data
Contoh 3
Menceritakan tentang diasporaCina.
Perenggan Contoh:
21 Suasana seperti perayaan tahun baru, tarian naga atau
singa, perarakan tanglung, opera Cina, jenis-jenis seni
pertahanan diri, pertandingan perahu naga, seni kaligrafi
Cina, seni busana Cina, dan pelbagai sajian makanan
masih kekal hidup dalam kalangan diaspora Cina, khasnya
di China Town yang menjadi pusat tumpuan komuniti
Cina. Di Malaysia, hakikat ini adalah dalam pengalaman
kita semua.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
40/55
Keadaan
Keadaan berkaitan dengan faktor untuk menjadikan
sesuatu wacana itu relevan dengan situasi sesuatu tujuan
itu.
Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengankeadaan dan juga pemeran yang menjadi tujuan wacana itu.
Oleh itu, bagi menyesuaikan wacana tersebut dengan
keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.
Wacana juga perlu berlandaskan hubungan antara
penghasil wacana dengan khalayak.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
41/55
Keadaan
Teks Rintihan Insan yang Kehilangan Bahasa, tulisan
Ismail Salleh (2010) yang diterbitkan dalam Majalah
Dewan Bahasa Oktober 2010 ini merupakan wacana
jenis laras rencana.O
leh itu, penulisan dalam wacanaini menggunakan diksi formal.
Walaupun penulisan ini untuk tujuan pembaca, teks
tersebut juga turut ditujukan kepada khalayak pembaca
masyarakat Melayu Pattani yang menjadi isu utamapenulisan dalam teks ini.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
42/55
Keadaan: Contoh dalam data
Contoh 1
Teks ini merupakan teks bacaan umum. Oleh itu, pemilihan kata, frasa dan
ayat adalah mudah dan bermaklumat, sesuai dengan tujuan penulisan.
Perenggan Contoh:
2 Anak-anak tawanan perang ini terpaksa mengikut ibu bapa
mereka. Mereka dibawa ke Bangkok dan ditempatkan di
kawasan-kawasan sekitarnya. Di samping itu, terdapat juga
komuniti Melayu dari Selatan Thailand dan juga dari
Utara dan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu
datang menetap di Bangkok. Pemergian mereka adalah
atas jemputan kerajaan Siam ataupun perpindahan secara
sukarela dalam usaha menjaga kedudukan dan kuasapolitik masing-masing. Kumpulan ini terdiri daripada
anggota keluarga raja-raja Melayu atau para pembesarnya
yang rapat dan dipercayai kesetiaannya kepada kerajaan
Siam.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
43/55
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
44/55
Keadaan: Contoh dalam data
Contoh 3
Selain itu, teks ini juga turut ditujukan kepada golongan pencinta bahasa
Melayu, iaitu tidak tertumpu hanya masyarakat Melayu Pattani sahaja.
Pemilihan diksi yang dapat memberikan impak dan kesedaran kepada
pembaca, terutamanya pencinta bahasa Melayu
Perenggan Contoh:
12 Peristiwa seorang nenek dalam nukilan di atas sebagai pencintabahasa ibundanya amat jelas. Jiwanya merintih melihat anak
cucunya tidak tahu lagi bahasa warisan nenek moyang mereka.
Orang kampung sudah tidak bercakap bahasa Melayu lagi, dan
jika ada pun amat sedikit atau jarang-jarang sahaja. Golongan tua
sebagai penyambung lidah bahasa ibundanya, apabila mereka
meninggalkan dunia yang fana ini, bahasa mereka juga ikutberkubur. Bahasa ikut ditalkinkan bersama jenazah penuturnya
setelah keranda berada sedalam enam kaki dalam perut bumi
ditimbus rata.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
45/55
Interteks
Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepadawacana yang akan yang memainkan peranan penting bagimembantu seesorang itu memahami sesuatu wacana yangsedang dibaca ataupun didengarnya.
Ini bermaksud, dalam sesebuah wacana terdapat wacana lain yang membantu dan menambahkan lagi pemahamanpembaca (bagi wacana tulisan) wacana tersebut.
Teks Rintihan Insan yangKehilangan Bahasa (Ismail Salleh,
2010) turut mempunyai ciri interteks dalamnya. Namunbegitu, hanya satu sahaja ciri tersebut ditemui, iaitu sepertipetikan yang berikut:
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
46/55
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
47/55
Interteks: Contoh dalam data
Contoh 1 (samb.)
... di sekolah pun tak ajar... di kampung amat sedikit atau jarang-
jarang orang bercakap bahasa Melayu ... Hamba mahu mencari
saudara-mara hamba orang Melayu di Pattani tetapi hamba tak
tahu nak cari di mana? ....
Di sini walaupun mereka berketurunan Melayu Pattani tetapi
mereka tak pandai cakap Melayu. Hamba amat sayang, terharu
serta sedih kerana ibu bapa hamba sudah berpesan supaya kita
orang Melayu Pattani kena jaga dan cakap bahasa Melayu ..."
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
48/55
Penerimaan / Khalayak
Seseorang penulis yang akan menghasilkan sesuatu wacana
mestilah tahu sasaran khalayak yang hendak ditujukan
wacana tersebut dan penulis akan menggunakan laras yang
berlainan atau sesuai berdasarkan khalayak yang ditujukan
wacana tersebut.
Hubungan antara penulis wacana dengan khalayak dapat
dikaitkan dengan tujuan dan penerimaan wacana itu.
Seseorang penutur akan menggunakan bahasa mesra
sekiranya khalayak merupakan kaum keluarga yang rapatdengannya. Manakala khalayak yang mempunyai jurang
sosial akan digunakan bahasa yang lebih bersifat formal.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
49/55
Penerimaan / Khalayak:
Contoh dalam dataWalaupun penulis tidak menulis perkataan anda atau pembacasekalian di dalam naskhahnya, seseorang yang membaca teks ini
sudah semestinya tahu bahawa artikel ini ditujukan untuk
pembacaan dan pengamatan pembaca umum.
Perenggan Contoh
1 Petikan di sebelah merupakan luahan perasaan dan jeritan
batin seorang wanita bergelar nenek, yang dalam usianya
yang hampir mencecah satu abad.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
50/55
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
51/55
Maklumat lama: Contoh dalam data
Contoh 1
Maklumat Lama:
Mengisahkan mengenai diaspora orang-orang Melayu dari Pattani dan
negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung.
Perenggan Contoh:
1 Beliau, anak tawanan perang Siam yang berasal dariPattani setelah Kerajaan Melayu Pattani Darussalam tidak
mampu lagi menghadapi Kerajaan Siam.
2 Anak-anak tawanan perang ini terpaksa mengikut ibu bapa
mereka
3 Sumber tenaga tawanan perang ini digunakan oleh
Kerajaan Siam untuk pembangunan dan keselamatan
kerajaannya
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
52/55
Maklumat lama: Contoh dalam data
Contoh 2
Maklumat Lama:
Mengenai pendapat seorang wanita tua tentang bahasa Melayu.
Perenggan Contoh:
1 Petikan di sebelah merupakan luahan perasaan dan jeritan
batin seorang wanita bergelar nenek, yang dalam usianya
hampir mencecah satu abad.
6 Berikut ialah rintihan batin seorang nenek, merangkap
pejuang bahasa Melayu yang tidak bernama, sambil
meratap kesal terhadap kehilangan bahasa ibundanya.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
53/55
Maklumat baru: Contoh dalam data
Contoh 1
Maklumat Baru:
Mengenai tempat tercatatnya rakaman luahan perasaan wanita tersebut.
Perenggan Contoh:
7 Nukilan percakapan nenek di atas dicatatkan pada
belakang buku kecil yang bertajukSejarah Kerajaan Patani
(1970), karya seorang penulis yang menggunakan nama
samarannya iaitu A. Bangnara.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
54/55
Maklumat baru: Contoh dalam data
Contoh 2
Maklumat Baru:
Mengenai bahasa yang digunakan dalam tulisan buku-buku sejarah kerajaan
Pattani dan tujuannya.
Perenggan Contoh:
9 Semua karya sejarah di atas ditulis dalam bahasa Thai
untuk memudahkan pengawasan dilakukan oleh kerajaan
secara terbuka dan telus.
8/8/2019 Wacana Presentation 101010
55/55
Kesimpulan
Data Rintihan Batin Insan yang Kehilangan Bahasa yang
ditulis oleh Ismail Salleh ini mengandungi ketujuh-tujuh
ciri wacana yang perlu ada dalam sebuah artikel.
Dengan adanya ciri-ciri wacana sedemikian, artikel yangditerbitkan dalam majalah Dewan Bahasa edisi Julai 2010
ini memperlihatkan kepekaan penulis kepada khalayak dan
kecendekiaan beliau dalam menyampaikan mesejnya kepada
pembacanya dengan cara yang tersusun.
Oleh yang demikian, artikel ini boleh dianggap sebuah
tulisan yang utuh.