Puºsýi ýRCi1'ý MALAYSIA SÄIUdW K
i.
HUBUNGAN MALAYSIA-BRITAIN: ANALISIS KERJASAMA PERTAHANAN MALAYSIA-BRITAIN
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
ýIIIIýIýIIIIflN 1000240021
ASFAH BTE. ASMARA
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian
Kajian Antarabangsa(SmSS)
FAKULTI SAINS SOSIAL U1vIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1997
Pusat Kbidmat MskiumAt Akademik UNIVF, RSITI MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
PENGHARGAAN ........................................................................... i
ABSTRAK .................................................................................... ii
ABSTRACT .................................................................................. iii
BABI
PENDAHULUAN ......................................................................... 1
1.1 Pengenalan .................................................................................. 1
1.2 Kenyataan Masalah ...................................................................... 6
1.3 Objektif Kajian ...........................................................................
7
1.4 Kepentingan Kaj ian ......................................................................
7
1.5 Had Kajian ................................................................................... 8
1.6 Kajian Lepas ............. .............................................................. .... 9
1.7 Metodologi ................................................................................... 12
BAB II
SEBELUM KEMERDEKAAN
11.1 Sejarah Awal Hubungar Malaysia-Britain .................................... 13
BAB III
SELEPAS KEMERDEKAAN ......................................................... 24
III. 1 Pembentukan Malaysia ............................................................... 24
111.1.1 Penglibatan Britain Dalam Pembentukan Malaysia .........
29
Ill. 1.2 Penglibatan Indonesia dan Filipina ................................... 32
111.2 Konfrantasi Malaysia-Indonesia Secara Ringkas .........................
36
111.3 Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya .......................................
45
111.4 Bantuan Pertahanan Britain Semasa Konfrantasi ......................... 48
BAB IV
KESINAMBUNGAN KERJASAMA PERTAHANAN MALAYSIA-BRITAIN ................................................................... 59
IV. I Pemansuhan PPIM .................................................................... 59
IV. 2 Pembentukan FPDA (Peraturan Pertahanan Lima Buah Negara) ................................ 61
BAB V
KERJASAMA PERTAHANAN MALAYSIA-BRITAIN SELEPAS 1971 ...............................................................................
70
V. 1 Masa Depan FPDA ................................................................... 70
KESIMPULAN ............................................................................. 76
BIBLIOGRAFI ............................................................................ 83
PENGHARGAAN
Menyediakan sebuah latihan Ilmiah bukanlah sesuatu yang mudah. Namun dengan bantuan dan kerjasam pelbagai piliak, akhimya ia dapat disiapkan dengan jayanya. Untuk ini, saya mengucapkan ribuan terima kasl dan penghargaan kepada Dr. Rashid Abdullah dan Prof. Madya Dr. Othman Yatim selaku penyelia dan pensyarah saya. Kerjasama yang mereka berikan seperti memberi teguran yang membina telah menjadi asas untuk saya membaiki dan menjadikan penulisan saya lebih bermutu.
Penghargaan ini saya tujukan juga kepada para tutor, rakan-rakan terutama Aton yang menolong untuk mencetak tesis ini dan Cikgu Osman yang banyak memberi bantuan dan kerjasama dalam menghasilkan penulisan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua.
Akhir sekali dan yang paling istimewa sekali penghargaan ini saya tujukan kepada ibu dan ayah yang sentiasa memberi sokongan padu untuk saya menamatkan pengajian di UNIMAS. Pengorbanan yang diberikan adalah amat saya hargai dan semoga ianya akan membuahkan kejayaan buat saya. Buat Along, Angah dan adik-adik, terima kasib atas bantuan, sokongan dan kerjasama yang telah disumbangkan.
Sekian.
Asfah Asmara Universiti Malaysia Sarawak Jalan Datuk Muhammad Musa 94300 Kota Samarahan Sarawak.
1
ABSTRAK
Penulisan ini melihat kajian permasalahan dalam hubungan pertahanan di antara Malaysia
dan Britain sejak 1957 hinggalah pada tahun 1996. la bertujuan untuk mengenalpasti
situasi perhubungan mereka dalam pertahanan dan kesinambungan kerjasama ini dalam
FPDA (Peraturan Pertahanana Lima Buah Negara). Bagi mencapai objektif kajian ini,
kaedah perpustakaan digunakan di mana in banyak merujuk kepada buku-buku berkaitan
dan akhbar-akhbar yang terkini. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa Malaysia dan
Britain telah bermula sejak sebelum wujudnya Malaysia lagi. Kerjasama pertahanan antara
mereka dikukuhkan oleh Perjanjian Malaysia dan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya
pada tahun 1957. Di bawah perjanjian ini, Malaysia-Britain berjaya mengatasi masalah
komunis dan ancaman daripada Indonesia dan Filipina. Di samping itu, turnt berlaku
perselisihan di antara dua negara ini apabila Singapura keluar dari Malaysia pada tahun
1965. Namun ini tidak mengganggu perjanjian yang sedia ada dan kerjasama pertahanan
diteruskan. Pada awal tahun 1990-an Britain sekali mengalami perselisihan dengan
Malaysia apabila Dr. Mahathir Mohammad mengumumkan polisi "Buy British Last".
Tetapi ini dapat diatasi dengan cara diplomasi dan selesai dengan mudah. Kerjasama
pertahanan mereka juga tidak terjejas dan diteruskan dalam pembelian senjata dan latillan
ketenteraan bersama dalam satu organisasi iaitu FPDA. Hingga ke hari ini, organisasi ini
dapat bertahan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirangkakan. Dan perkara yang
paling utama, kerjasama di antara Malaysia dan Britain tetap wujud walau tidak seakrab
awal kemerdekaan Malaysia.
ii
ABSTRACT
This thesis is written to study further about the issue of defence relation between
Malaysia and Malaysia since 1957 until 1996. Its objective is to know the situation of their
relations in defence and its continuety in FPDA( Five Power Defence Arrangement). In
order to achieve this objective, library method is used where a lots of books is referred to
and some updated newspapers. From this study, the result is that the relation between
Malaysia and Britain was first started before it's existence. The cooperation between this
two states is strengthened by the agreement of Malaysia Agreement and AMDA(Anglo-
Malayan Defence Agreement). Under these agreements, Malaysia and Britain has
successfully overcome the communist threats and the threats from neighbour states which
are Indonesia and Philippine. Besides that, there also occurred disagreement among them
when Singapore walk out from Malaysia in 1965. In early 1990's, this disagreement rose
once again when Dr. Mahathir Mohammad raised the "Buy British Last" policy. But these
did not make their relations worst. Instead, they could solved it by diplomacy. Their
defence cooperation remains good in buying arms and army exercises under one
organisation which is FPDA. Until now, this organisation still maintain its responsibility
with the activities that they have agreed on. The most important thing that is found in this
research is that Malaysia-Britain defence relations still remain although it not as close as
the early Malaysian independency.
iii
BAB I
PENDAHULUAN
Bab ini akan menjelaskan berkenaan dengan pengenalan awal bagi kajian untuk
memudahkan pemahaman pembaca. Turut dijelaskan ialah kenyataan masalah yang
hendak dikaji, objektiif, had, metodologi yang digunakan, kepentingan dan kajian lepas
yang ditulis oleh penulis-penulis terdahulu.
1.1 PENGENALAN
Penjajahan Inggeris terhadap Malaysia telah bermula sejak dari tahun 1786 lagi
apabila Pulau Pinang diserahkan kepada Francis Light(wakil British). Kemudiannya
satu demi satu daerah Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) jatuh ke tangan British
dan bermulalah penjajahan negara tersebut ke atas Tanah Melayu. Penjajahan yang
hampir 155 tahun itu telah banyak memberikan pengalaman pahit-mania kepada Tanah
Melayu. Banyak peristiwa yang berlaku telah membuka akal fikiran masyarakat
setempat untuk mengubah corak hidup mereka dan mencari kebebasan daripada
penjajahan. Umpamanya penubuhan Malayan Union, eksploitasi sumber ekonomi oleh
British, ancaman ke atas hak-hak peribumi Tanah Melayu dan sebagainya telah
memberikan kesedaran kepada masyarakat ini untuk mencapai kebebasan itu.
Dalam keadaan yang tidak menentu ini, seorang anak Melayu telah muncul bagi
merealisasikan impian mereka. Kehadiran Tengku Abdul Rahman Al-Haj yang pro-
barat dan berpendidikan barat telah memulakan usaha ke arah kemerdekaan dan ketika
ini hubungan antara Tanah Melayu dan British adalah cukup balk. Pada awal tahun
1955, British telah mula kehilangan taringnya untuk terus bertapak di rantau Asia
1
2
Tenggara kerana menghadapi masalah dalaman dan sisihan daripada negara-negara
Eropah yang lain. Selepas perbincangan demi perbincangan diadakan antara Tanah
Melayu dan kerajaan Britain, akhirnya pada 31 Ogos 1957 telah menjadi detik terakhir
penjajahan British di Tanah Melayu. Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang
merdeka dan bebas untuk pemerintahan sendiri.
Namun, walaupun Tanah Melayu telah merdeka, British tidak terus pergi
meninggalkan negara itu kerana risau akan keselamatannya yang masih `setahun
jagung'. Perkembangan ideologi komunisme juga mendorong British untuk tetap
berada di Tanah Melayu bagi mengelakkan negara itu jatuh ke tangan komunis. Jika
keadaan ini berlaku, pastinya Bitish akan mendapat malu kerana pada masa yang sama
Perang Dingin sedang berlaku di antara kuasa komunis dan kuasa demokrasi. Di Tanah
Melayu, PKM (Parti Komunis Malaya) sedang gist menyebarkan ideologi ini. Oleh itu,
kedua-dua negara telah meneruskan kerjasama dalam bidang pertahanan dengan
menandatangani perjanjian pertahanan sebagai jaminan bantuan ketenteraan akan
diberikan jika Tanah Melayu diancam oleh kuasa komunis atau negara asing yang mahu
menguasainya. Perjanjian itu dipanggil Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya (PPIM)
yang ditandatangani pada 12 Oktober 1957 bagi membantu pertahanan Tanah Melayu
jika berada dalam bahaya. PPIM ini telah diuji peranannya apabila Tanah Melayu di
bawah Tengku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan
Malaysia pada tahun 1961. Penentangan daripada negara jiran, Indonesia telah
membawa kepada konfrantasi pads awal Februari 1963.
Konfrantasi Malaysia-Indonesia yang lebih serius bermula pada September
1963 iaitu tidak lama selepas perisytlaran Malaysia (gabungan negeri-negeri
Singapura, Sarawak dan Borneo Utara) pada 16 September 1963 di mana ja
3
merupakan punca utama berlakunya konfrantasi tersebut. Namun begitu, is tidak
menggugat penerimaan negeri-negen nu untuk memasuki Malaysia yang mana telah
memberi peluang kepada mereka untuk mencapai kemerdekaan dan jaminan
pembangunan yang lebih baik. Ide ini telah mendapat sokongan British pada tahun
1961 yang menyatakan pembentukan Malaysia adalah cara yang terbaik untuk
dekolonisasi dan menyatakan akan keyakinan bahawa negeri-negeri tersebut akan
menerimanya dengan baik (Smith & Bastin, 1967: 80). Malah is juga diterima baik oleh
Singapura.
Ide penubuhan Malaysia telah bermula pada awal 1961 lagi dalam perbincangan
di antara Perdana Menteri Tanah Melayu dan Perdana Menteri Singapura pada 27 Mei
1961. la telah dibentangkan di Parlimen Tanah Melayu pada 15 Ogos 1962
sebagaimana yang diakui oleh Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman;
" On August 15,1962, I submitted the Malaysia Agreement for the approval of Parliement and it was unanimously approved. "(Turku Abdul Rahman, 1987: 77)
Perlaksanaan rancangan ini dijangkakan pads 31 Ogos 1963 tetapi terpaksa
ditangguhkan kerana mendapat tentangan daripada Filipina dan Indonesia.
Penentangan ini adalah disebabkan tuntutan Sabah oleh Filipina dan pads masa yang
sama, Indonesia yang juga telah menjadi negara merdeka daripada Belanda mempunyai
perancangannya yang tersendiri iaitu mahu menubuhkan satu negara yang besar dan
disegani di rantau Asia. Indonesia amat berharap dapat menjadi penaung kepada Sabah
(Borneo Utara) dan Sarawak selepas British keluar dari negeri-negeri tersebut.
Pemimpinnya Sukarno juga menganggap Selat Melaka dan Singapura sebagai kawasan
perairan mereka. Penentangan ini juga dibuat dengan alasan Malaysia adalah sebuah
negara neo-kolonialisme (Abdullah Ahmad, 1987: 44) yang mana menurut behau, Sabah
4
dan Sarawak berhak mendapat kemerdekaan dan mempunyai pemerintahan send. iri.
Tengku Abdul Rahman telah dituduh sebagai colonial stooge (Haro1d, 1971: XVii) oleh
Sukarno. Namun ini hanyalah sebagai alasan untuk Indonesia menguasai negeri-negeri
tersebut kerana sejarah kemerdekaannya yang tragis telah memberikannya suatu
perasaan tidak senang dengan kejayaan Tanah Melayu yang dengan mudah
mendapatkan kemerdekaan dan menguasai dua negeri yang berjauhan dan sepatutnya
menjadi sebahagian daripada kawasan naungannya (bid). Tentangannya semakin hebat
dengan memberikan sokongan kepada Partai Rakyat Brunei di bawah A. M. Azahari
yang melakukan rusuhan yang akhirnya membawa kepada penolakan untuk menyertai
Malaysia (Abdullah Ahmad, 1987: 43). Brunei tidak bersetuju untuk memasuki Malaysia
kerana bimbang akan kedudukan sultannya dan yakin dapat menjadi sebuah negara
dengan hasil minyak yang banyak untuk perkembangan ekonomi negaranya. Singapura
yang pada mulanya amat bersetuju dengan penubuhan Malaysia telah berasa tawar hati
untuk meneruskan penyertaannya pada tahun 1965 dan menyatakan kehendaknya
untuk keluar dari Malaysia kerana mengalami perselisihan dengan Tengku berkenaan
dengan kedudukan negerinya dalam pentadbiran kerajaan pusat. Keadaan ini
memburukkan lagi keadaan. Indonesia berasa yakin bahawa Malaysia akan runtuh
selepas Singapura keluar dari Malaysia. Bagi mencapai impiannya, ia menghebatkan
lagi penentangannya selepas lebih dua tahun menjalankan kegiatan subversifnya.
Penentangan yang dijalankan sejak akhir 1962 semakin agresif dan mengancam
ketenteraman Malaysia. Impian Sukarno untuk membina ̀ Indonesia Raya' dirasakan
semakin menjadi kenyataan. Kemerdekaan yang diperolehinya dari Belanda telah
membuka peluang kepadanya untuk membesarkan empayarnya di Malaysia dan
Kepulauan Borneo. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Lee Kuan Yew pada 1963;
Not K6ideat Mýkü-®st ýoak
pHryER31T1 1y, ýWYSU SARAWAK 5
"Recent events show that nations in Asia as just like those in Europe: they like to grow bigger and more important and more prosperous. " (Smith & Bastin, 1967: 99-100)
Sepanjang tiga tahun berlakunya konfrantasi Indonesia ini, banyak kegiatan
ekonomi dan politik di antara kedua-dua buah negara telah tergugat dan banyak juga
negara-negara yang berusaha untuk menamatkan pertelingkahan ini. Tindakan
Indonesia menyerang Malaysia telah mendapat kutukan daripada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu serta negara-negara jiran Indonesia dan Malaysia seperti Thailand,
Jepun, Australia dan New Zealand. Usaha-usaha seperti mengadakan perbincangan di
Tokyo atas inisiatif negara Jepun, penubuhan MAPHII, INDO (Malaysia, Filipina dan
Indonesia) pada tahun 1963 tidak memberikan kesan kepada jaminan bahawa
konfrantasi tersebut akan berakhir. Ini adalah kerana Sukarno yang dipengaruhi oleh
ideologi komunis (Patti Kornunis Indonesia atau PKI) dan ditambah pula dengan
kebenciannya terhadap Barat yang telah menjajah kawasan Asia Tenggara termasuk
dirinya sendiri tidak mahu mengalah serta inginkan penguasaan yang mutlak di negeri-
negeri Sabah dan Sarawak dengan sokongan Patti Komunis Bawah Tanah Sarawak.
Dalam usaha mengatasi konfrantasi ini, Malaysia yang masih lagi serba
kekurangan daripada segi pembangunan dan ekonomi tidak mampu untuk mengatasi
masalah ini secara bersendirian. Malaysia amat mengharapkan bantuan daripada luar
khasnya Komanwel di bawah Britain bagi mengatasi masalah tersebut. Bantuan yang
diberikan oleh Britain yang berupa ketenteraan, kapal terbang perang, alat-alat perang
dan sebagainya telah banyak membantu Malaysia mengatasi ancaman dari Indonesia
dan akhirnya menamatkan konfrantasi tersebut apabila kedua-dua negara
menandatangani perjanjian perdamaian pada tahun 1966 dan disahkan oleh Indonesia
6
pada Ogos 1966. Penglibatan negara-negara luar khasnya Filipina, Thailand dan
negara-negara Komanwel dalam memberikan kerjasama menyelesaikan konfrantasi
tersebut akhirnya berjaya.
Dalam kajian ini, bidang yang akan diterokai adalah merangkumi peristiwa
yang berlaku semasa konfrantasi dan difokuskan kepada kerjasama yang terjalin antara
Malaysia-Britain dalam pertahanan untuk menamatkan konfrantasi tersebut. la juga
melihat perkembangan kerjasama tersebut hingga ke hari ini. Walaupun pada masa ini,
hubungan Malaysia dan Britain menjadi tegang dengan tindakan perpisahan Singapura
dan tindakan Malaysia yang tidak mahu British campurtangan dalam hal-ehwal
negaranya, namun kerjasama yang ditunjukkan oleh British amat baik dan mereka
berpegang teguh kepada perjanjian yang ditandatangani.
1.2 KENYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, perkara yang menarik perhatian adalah kerjasama yang
diwujudkan oleh Malaysia dan Britain selepas pelepasan Tanah Melayu dari penjajahan
British. Walaupun pada masa konfrantasi berlaku, Britain tidak lagi menjadi pemerintah
Malaysia, namun perjanjian antara kedua-dua buah negara dalam bidang pertahanan
telah memberi kebaikan kepada Malaysia untuk mendapat bantuan daripada Britain
dalam menyelesaikan konfrantasi yang sedang berlaku. Jangkamasa yang akan dikaji
ialah bermula dari selepas kemerdekaan (1957) membawa kepada penubuhan Malaysia
yang menjadi punca konfrantasi wujud, penglibatan negara-negara luar khasnya Britain
dalam mengatasinya dan kesinambungan kerjasama yang terjalin sehinggalah ke hari
ini.
7
Kerjasama yang diberikan oleh Britain menjadi sesuatu yang menarik kerana
pada masa itu Britain mengalami masalah ekonomi yang agak teruk dan hubungannya
dengan negara-negara Eropah adalah tidak baik. Keretakan hubungan yang wujud di
antara Malaysia-Britain turnt berlaku tetapi ini tidak menjejaskan bantuan pertahanan
mereka. Apa yang mendorong Britain untuk menjadi sahabat yang begitu setia kepada
Malaysia adalah kebimbangan Britain bahawa rantau Asia akan jatuh ke tangan
komunis dan Indonesia(Abdullah Ahmad, 1987: 43). Oleh itu, kajian akan dibuat di
sekitar permasalahan ini yang mana hubungan Malaysia-Britain pada saat ini adalah
akrab dari segi pertahanan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan Britain dalam pertahanan
Malaysia selepas kemerdekaannya hinggalah ke hari ini. Kerjasama antara dua buah
negara ini teruji semasa konfrantasi Malaysia-Indonesia dan selepas kejadian itu,
keadaan aman yang dialami oleh Malaysia tidak menamatkan kerjasama ini. Kajian ini
juga bertujuan untuk melihat bentuk pertahanan yang diberikan oleh Britain kepada
Malaysia.
Selain daripada itu, kajian ini diharapkan dapat `membongkar' asal
terbentuknya kerjasama ini dan sejauh mana ia dapat bertahan hingga ke hari ini.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Oleh kerana kajian lebih banyak menjurus kepada kajian sejarah maka ia sangat
mustahak dalam kita mencari peristiwa-peristiawa yang harus diingati sebagai suatu
sejarah hubungan antarabangsa antara negara Malaysia dan Indonesia. la juga
8
memaparkan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain yang terlibat dalam
mencetuskan dan menamatkan konfrantasi yang berlarutan sehinggan tiga tahun.
Selain itu, ia juga dapat menjadi rujukan kepada pelajar untuk mengkaji
hubungan antara Malaysia-Britain semenjak awal abad ke-18 dan ia bertambah
kompleks selepas kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
1.5 HAD KAJIAN
Kajian ini mengkaji perhubungan awal Malaysia dan Britain semasa is menjadi
tanah jajahan. Pada masa itu, Malaysia belum lagi wujud dan hanya dikenali secara
berasingan iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Semasa penjajahan, British
menitikberatkan pentadbirannya atas dasar ekonomi. Kemudiannya selepas Tanah
Melayu merdeka dan terbentuknya Malaysia, is masih bertapak di situ bagi membantu
Malaysia ke arah pemerintahan sendiri. Masalah yang wujud selepas kemerdekaan
iaitu konfrantasi yang dilancarkan oleh Indonesia dan perluasan ideologi komunisme di
Asia Tenggara menjadi alasan untuk British memberikan bantuan ketenteraan kepada
Malaysia.
Seterusnya ialah pergerakan konfrantasi pada September 1963 hinggalah usaha-
usaha dibuat untuk menamatkan konfrantasi ini pada tahun 1966(Bab 3). Kajian-akan
ditumpukan kepada tindakan Indonesia `mengganyang' Malaysia, kerjasama yang
dibuat antara Malaysia dan Britain daripada segi pertahanan dan seterusnya usaha-
usaha yang dijalankan oleh negara Thailand, Filipina, Jepun, Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu dan Britain dalam menangani masalah tersebut. Peringkat ini berakhir
dengan termeterainya perjanjian antara Malaysia dan Indonesia di Bangkok pada tahun
1966.
9
Akhir sekali adalah kesinambungan kerjasama Malaysia-Britain selepas
tamatnya konfrantasi dan pemansuhan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya pada
tahun 1971. la telah digantikan oleh FPDA( Peraturan Pertahanan Lima Buah Negara)
dan dilihat juga masa depan kerjasama ini di bawah peraturan baru itu.
1.6 KAJIAN LEPAS
Terdapat ramai penulis yang menulis berkenaan dengan peristiwa pembentukan
Malaysia dan konfrantasi terhadap Malaysia oleh Indonesia pads tahun 1963. Ia ditulis
berdasarkan kepada rentetan peristiwa dalam sejarah Malaysia. Ia juga dianggap
sebagai suatu contoh yang penting dalam hubungan antarabangsa Malaysia dengan
jirannya Indonesia. Salah sebuah buku yang menerangkan secara jelas mengenai
peristiwa ini ialah The Undeclared War yang ditulis oleh James Harold dan Denis
Sheil-Small pada tahun 1967. Perjalanan peristiwa konfrantasi adalah jelas diterangkan
berdasarkan kepada kegiatan gerila-gerila Indonesia dan tentera keselamatan Malaysia.
Security Forces atau Tentera Keselamatan yang dibentuk untuk mengawal kemaraan
komunis dan gerila Indonesia adalah di bawah pimpinan pegawai-pegawai Inggeris
yang tidak sahaja dari Britain malah dari New Zealand dan Australia.
Harold dan Sheil-Small telah menerangkan punca tercetusnya konfrantasi di
mana perselisihan faham di antara dua pemimpin Malaysia dan Indonesia iaitu Presiden
Sukarno dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahmen Putra. Perbezaan ideologi serta
sejarah kemerdekaan mereka telah sedikit sebanyak mempengaruhi cita-cita mereka
untuk pembentukan sebuah negara yang lebih baik dan besar. Penulis-penulis ini telah
menerangkan juga berkenaan cita-cita kedua-dua pemimpin di mana Sukarno mahu
membina ̀ Indonesia Raya' yang disertai oleh Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah
10
dan Sarawak (xvi). Jika tidak pun, behau amat berharap bahawa Sarawak dan Sabah
akan menjadi sebahagian daripada negeri naungannya selepas British keluar dari negeri-
negeri tersebut. Manakala Tunku pula amat berharap dengan penyatuan negeri-negeri
ini, negeri negeri tersebut akan dapat dimerdekakan dengan lebih cepat dan menjadi
sebuah negara yang lebih besar. Ini adalah kerana Tanah Melayu dianggap kecil untuk
menjadi sebuah entiti antarabangsa (xvi).
Secara keseluruhannya, buku ini menumpukan kepada rentetan pengalaman
yang dialami oleh tentera Malaysia bersama tentera Komanwel (Britain, Australia, New
Zealand dan India). Dalam buku ini, kita dapat lihat bahawa tentera British yang turut
dibantu oleh tentera Malaysia dan negara-negara Komanwel berusaha keras untuk
mempastikan wilayah tersebut tidak dapat ditembusi oleh gerila Indonesia. Ia juga
banyak menceritakan pengorbanan tentera asing bersama tentera Malaysia sebagai
bukti kebenaran kerjasama mereka. Namun tidak dapat dipastikan apakah asas
kerjasama ini dan ia tidak menjelaskan bantuan yang diberikan kepada Malaysia kecuali
ketenteraan. Tamatnya konfrantasi Indonesia telah memberikan mereka kepuasan dan
kejayaan yang besar ertinya kepada hubungan Malaysia dan Britain serta negara-negara
lain yang terlibat.
Selain itu, sebuah lagi buku yang menjurus kepada hubungan antara Malaysia
dan Britain selepas kemerdekaan Tanah Melayu ialah buku yang bertajuk Tengku
Abdul Rahman Dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970 yang dikarang oleh Dato'
Abdullah Ahmad pada tahun 1987. Perjanjian pertahanan yang ditandatangani selepas
kemerdekaan telah mengeratkan lagi hubungan mereka di mana Britain akan membantu
Tanah Melayu sekiranya ia diserang atau diancam oleh negara lain. Selepas
pembentukan Malaysia, perjanjian ini menghadapi ujiannya yang pertama dengan
11
berlakunya pencerobohan oleh tentera Indonesia yang dipanggil Konfrantasi Indonesia-
Malaysia. Abdullah Ahmad banyak menyentuh tentang persahabatan baik yang wujud
di antara Malaysia dan Britain dari segi pertahanan. Di samping itu, dijelaskan juga
bahawa hubungan antara kedua negara ini renggang akibat pemisahan Singapura dari
Malaysia dan sikap pemimpin Melayu yang tidak disenangi oleh pegawai-pegawai
British. Namun ini tidak berlarutan dan ia tidak menggugat hubungan kedua negara
dalam kerjasama pertahanan mereka.
Selain daripada itu, beberapa buah buku lain seperti The Awakening hasil
karangan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1987, Soldiers And Stability in
Southeast Asia yang ditulis oleh J. Soedjati Djiwandono pada tahun 1990 dan
Defence Spending in Southeast Asia oleh Chin Kin Wah pada tahun 1990 turut
membincangkan perkara yang sama terutama sekali berkenaan dengan penglibatan
British dalam mengatasi masalah konfrantasi. Persoalan yang kurang dijelaskan oleh
penulis-penulis ini ialah kesinambungan kerjasama di antara Malaysia dan Britain
selepas Konfrantasi Malaysia-Indonesia tamat dan sejauh mana kerjasama ini
mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara itu.
Oleh itu, kajian ini akan lebih menumpukan kepada kerjasama pertahanan
Malaysia dan Britain dalam mengatasi masalah keselamatan di Malaysia bermula
dengan pembentukan Malaysia hinggalah terbentuknya satu persefahaman baru antara
negara-negara ini iaitu FPDA (Peraturan Pertahanan Lima Buah Negara) sehingga ke
hari ini. Konfrantasi Indonesia adalah sebagai suatu contoh utama bagi menerangkan
hubungan pertahanan antara kedua buah negara ini kerana ia merupakan peristiwa
pertama yang telah menguji Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya (PPIM) yang
ditandatangani selepas kemerdekaan Tanah Melayu. PPIM menjadi asas kepada
12
terbentuknya kerjasama pertahanan antara kedua buah negara dan termansuhnya ia
tidak bermakna kerjasama tersebut terus hilang. Bantuan ketenteraan, latihan dan
peralatan perang banyak diberikan di bawah perjanjian ini dan Perjanjian Malaysia
yang ditandatangani bersama Singapura. Selepas 1 November 1971, PPIM tidak lagi
wujud dan satu peraturan pertahanan yang baru telah dibentuk bagi meneruskan
hubungan mereka. la digantikan dengan Peraturan Pertahanan Lima Buah Negara
(FPDA) yang dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Britain, New Zealand dan
Australia. FPDA telah memungkinkan hubungan pertahanan antara mereka berkekalan
hingga ke hari ini.
1.7 METODOLOGI
Oleh kerana kajian ini lebih berupa kajian sejarah, penulis menggunakan kaedah
kajian perpustakaan sebagai kaedah untuk mendapatkan bahan utama dan sekunder.
Antara bahan-bahan yang digunakan ialah buku-buku sebagai bahan utama. Selain itu,
esei-esei jurnal turut digunakan, buku-buku yang dihasilkan oleh ISEAS (Institute of
Southeast Asian Studies) dan juga akhbar-akhbar lama yang diterbitkan antara tahun
1960 hingga kini sebagai bahan sekunder. Antara akhbar yang digunakan ialah Borneo
Post, Berits Harian, New Strait Times, Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak.
13
BAB II
SEBELUM KEMERDEKAAN
Bahagian ini menyentuh berkenaan dengan sejarah awal penglibatan Inggeris
(Britain) di negara-negara Asia Tenggara khasnya di Kepulauan Melayu yang kaya
dengan hasil bumi pada abad-abad ke-16, ke-17 dan ke-18. Ia juga mengemukakan
bagaimana Inggeris berjaya menakhilci keseluruhan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
setelah ia berjaya menguasai perdagangan di wilayah-wilayah tersebut. Pada masa ini,
Tanah Melayu belum lagi wujud sebagai sebuah negara dan kewujudan Malaysia
merupakan wawasan yang tidak pernah difikirkan oleh negeri-negeri Melayu pada
masa itu sehinggalah ia mencapai kemerdekaan daripada British.
Bahagian ini juga menyingkap mengenai pertahanan yang disediakan oleh
British bagi mengatasi masalah yang berlaku di dalam dan luar Tanah Melayu.
Masalah-masalah seperti ancaman daripada kuasa-kuasa luar seperti Belanda, Siam dan
China dan perlanunan di perairan Kepulauan itu mengganggu perdagangan dan
pentadbiran Inggeris.
2.1 SEJARAH AWAL HUBUNGAN MALAYSIA-BRITAIN.
Bermula dari Persetiaan Inggeris-Belanda 1824 yang menamatkan persaingan
di antara Inggeris (British) dan Belanda di Gugusan Kepulauan Melayu sehinggalah
penjajahan Inggeris ke atas negeri-negeri di Tanah Melayu, sesungguhnya Britain telah
menjadi asas kepada terbentukya sebuah negara yang lebih besar dan baru. Penglibatan
Britain di rantau ini telah banyak meninggalkan kesan khasnya dalam bidang politik
kepada Tanah Melayu dan Malaysia khasnya.
14
persetiaan Inggeris-Belanda yang ditandatangani telah menjadi asas kepada
Inggeris untuk meluaskan pengaruhnya di Singapura dan Tanah Melayu. Inggeris mula
bertapak di rantau ini dengan pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles pada tahun
1819. la dijadikan sebuah pelabuhan bagi jalan perdagangan Timur dan Barat. Negara
ini akhimya menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal di rantau Asia.
Kedudukan Inggeris bertambah kukuh apabila ia melibatkan diri dengan pergolakan
yang berlaku di negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu seperti di Kedah. Wilayah
Kedah iaitu Pulau Pinang telah diserahkan kepada wakil Inggeris iaitu Francis Light
pada tahun 1786. Penyerahan ini dibuat oleh Sultan Muhammad bagi mendapatkan
perlindungan daripada Inggeris yang diancam oleh Siam. Sebenamya pada awal abad
ke-16,17 dan 18, negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu mengalami banyak masalah
dalaman dan luaran seperti perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, perebutan
kawasan perlombongan oleh kongsi-kongi gelap dan pembesar-pembesar negeri dan
ancaman daripada negara-negara jiran seperti Siam, China dan Belanda (kuasa asing
yang menjajah sebahagian Kepulauan Melayu). Di Selangor misalnya, `Sultan Ibrahim
telah membuat perjanjian perdagangan dengan Inggeris atas desakan Inggeris.
Akibatnya, ia bermusuhan dengan Belanda yang menakluki Melaka. Belanda tidak
mengiktiraf perjanjian Selangor dengan British, oleh itu ia mengadu kepada British bagi
mendapatkan perlindungan daripada diserang oleh Belanda. Setelah Melaka menjadi
milik Inggeris, Kepulauan Tanah Melayu terdedah kepada penguasaan Inggeris kerana
setiap negeri-negeri Melayu mempunyai kepentingan ekonomi yang tersendiri kepada
Inggeris'(Abdul Halim Abdul Rahman, 1991: 339). British mula campurtangan dalam
hal-ehwal negeri-negeri Melayu seperti di Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874,
diikuti oleh Selangor (1874), Pahang(1888) dan Negeri Sembilan (1895)(i'bid: 469).
15
Seterusnya pada tahun 1909, negeri-negeri di utara(Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu) yang berada di bawah Siam menjadi naungan British apabila Siam
menyerahkan negeri-negeri tersebut kepadanya. Maka dengan ini, lengkaplah
keseluruhan negeri-negeri di Tanah Melayu dikuasai oleh British termasuk Negeri-
negeri Selat (Johor, Melaka dan Singapura).
Penjajahan British ini adalah disebabkan oleh keperluan mendapatkan bahan
mentah bagi memenubi keperluan revolusi industri yang mula berkembang di Eropah.
Tanah jajahan ini juga dapat digunakan sebagai pasaran untuk menjual hasil industri
mereka (ibid: 469). Selain daripada itu, ia juga mahu bersaing dengan kuasa Eropah
yang lain seperti Sepanyol, Perancis dan Belanda yang sama-sama mahu meluaskan
kuasanya di rantau Asia khasnya (ibid).
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, pelbagai kegiatan termasuk
memperkenalkan satu sistem pentadbiran British dalam politik negeri-negeri Melayu.
Secara tradisionalnya, negeri-negeri ini diperintah oleh golongan bangsawan yang
diketuai oleh sultan. Keseluruhan tugas pentadbiran, pemungutan hasil negeri atau
cukai, menjaga perbendaharaan negeri dan menjadi panglima tentera adalah terdiri
daripada golongan bangsawan. Pentadbiran di setiap negeri juga adalah secara
berasingan dan mereka mempunyai negara atau negeri penaung. Misalnya, negeri-
negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis adalah di bawah naungan Siam Setelah
Inggeris menguasai negeri-negeri tersebut, mereka kehilangan kuasa yang ada kerana
diambil alih oleh kerajaan British dan pegawai-pegawainya. Pihak British menyediakan
pegawai-pegawai penasihat yang dikenali sebagai Residen dan mereka menguasai
banyak bidang kecuali adat-istiadat orang Melayu dan agama (Ranjit Singh
16
MaThi., 1992: 44). Akibat daripada ini juga, mereka kehilangan punca pencarian dan
Sultan kehilangan banyak kuasa pentadbiran kerana dikawal oleh Residen.
Pentadbiran Inggeris bermula dengan penyatuan setiap negeri bagi
memudahkan pentadbiran. Pengalaman terdahulu mengenai pentadbiran secara
berasingan telah membawa banyak kerumitan seperti tiada komunikasi antara satu
negeri dengan negeri yang lain, Residen bertindak sesuka hati dan perbelanjaan yang
besar diperlukan untuk mengupah lebih ramai pegawai British (ibid: 46). Negeri-negeri
Melayu telah disatukan dalam suatu persekutuan seperti Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). NNMB
terdiri daripada Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Tujuannya adalah untuk
memudahkan pentadbiran dijalankan tanpa kos yang banyak. Penyelarasan ini lebih
mudah kerana kesemua negeri ditadbir di bawah satu sistem pentadbiran yag dikuasai
oleh seorang ketua. Di samping itu, negeri-negeri ini dapat membantu antara satu sama
lain dalam bidang ekonomi. Turnt ditubuhkan adalah Persidangan Raja-Raja untuk para
sultan bersidang dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran.
Manakala NNMTB pula terdiri daripada negeri-negeri di utara iaitu Perlis, Kelantan,
Terengganu dan Kedah. Maka bermula dari sini, Inggeris sedikit demi sedikit membuat
perubahan dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu bagi mendapatkan lebih kuasa
pemerintah. Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga cabang iaitu NNMB, NNMTB
dan Negeri-negeri Selat cuba disatukan di bawah satu kerajaan pusat.
Bagi Sabah pula, is mula terlibat dengan Inggeris apabila negara itu menguasai
Pulau Balambangan untuk dijadikaan pusat perdagangan mereka dan dijadikan
pelabuhan yang penting di kawasan itu. Mereka juga berjaya memaksa Sultan Sulu
(Filipina) untuk menyerahkan beberapa kawasan di bawahnya kepada Inggeris (Abdul
Top Related