6) PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN 5) KESIMPULAN 4) NASIONALISME MASA
KINI 3) PERKEMBANGAN NASIONALISME 2) PERBEZAAN ANTARA NASIONALISME
DAN PATRIOTISME 1) DEFINISI 2. NASIONALISME: Definisi / konsep
- Cinta pada tanah air, bangsa atau sejarah budaya bersama; suatu
keinginan kemerdekaan politik, keselamatan dan martabat bangsa
sertadoktrin yang menyatakan bahawa bangsanya sendiri harus dominan
atau tertinggi di antara bangsa-bangsa lain dan harus bertindak
agresif
3. JP Ongkili
- Suatu bentuk kesedaran kesedaran bahawa masyarakat dalam suatu
wilayah itu ialah suatu rakyat yang mempunyai ciri-ciri penghidupan
yang sebahagian besarnya, unik bagi mereka. Maka untuk
memperlihatkan nasionalisme, rakyat suatu wilayah itu menggunakan
lambang-lambang kenegaraan seperti sempadan dan ibu kota yang akan
menentukan letaknya negara bangsa, keperibadian kebangsaan yang
kebiasaannya terhurai dalam perlembagaan negeri, kewarganegaraan
dan bahasa kebangsaan, perekonomian, kebudayaan dan kesenian,
bendera dan lagu kebangsaan, kadang-kadang juga agama
kebangsaan.
4. NASIONALISME: Definisi / konsep
- SENTIMEN DI KALANGAN PENGHUNI SESUATU WILAYAH YANG
TERTENTU.
- Perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam /
semangat kebangsaan
- Perasaan ini dilihat apabila rakyat sesebuah wilayah itu
menggunakan lambang-lambang tertentu sempadan dan ibu kota bagi
menentu taraf bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan,
bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu
kebangsaan dan lain-lain(Abdul Latif Abu Bakar, 1998)
5.
- Kesedaran individu @ kumpulan akan keahliannya dalam sesebuah
negara serta keinginan untuk memperkukuhkan negaranya,
mempertahankan kebangsaan dan mempertingkatkan kemakmuran.
- Individu @ kumpulan ini akan merasa yang mereka mempunyai taat
setia yang tidak berbelah bagi terhadap negara tersebut
6. Marshall
- Sentimen aspiration, and consciousness are all terms applied to
what constitutes nationalism, or valuation of nation-state above
all else. However, it also entails certains assumptions about the
will to self-determination, the existence and indeed desirability
of diversity, the superiority of the sovereign state over forms of
rule, and the centrality of national loyalty to political power as
basic form of legitimation
7. RUMUSAN
- Sikap mental dan tingkahlaku indidvidu atau masyarakat yang
merujuk kepada kesetiaan atau pengabdian terhadap bangsa dan
negaranya. Ini bermakna mereka meletakkan kepentingan negaranya di
atas segala kepentingan yang lain sama ada peribadi mahupun kaum.
Ringkasnya nasionalisme adalah tekad untuk hidup sebagai satu
bangsa di bawah satu negara yang sama, terlepas daripada perbezaan
etnik, ras, agama ataupun golongan.
8. NASIONALISME MELAYU
- Menurut Musa Hitam (1986):
- Nasionalisme Melayu khas utk orang Melayu sbg manifestasi
cetusan rasa dan keinsafan bangsa Melayu
- Dr.Burhanuddin Al-Helmi (1954):
- Kebangsaan kita Melayu, kebangsaan yang memelihara dan
menghidupkan hak kebangsaan Melayu.
9.
- Dr. Burhanuddin menolak fahaman nasionalisme bersifat assabiyah
(berpuak-puak dan bangga dgn puak masing-masing)
- Nasionalismedan patriotisme tidak seharusnya mengorbankan
nilai-nilai murni, keadilan, kebenaran, persaudaraan dan
kemanusiaan sejagat.
10. Nasionalisme Mengikut Sarjana Islam
- Menolak fahaman nasionalisme kerana beranggapan nasionalisme
adalah sejenisethnocentrismyang akan melahirkanracismyang
angkuh
- Nasionalisme yang memberi manfaat kpd bangsa dan selagi tidak
melibatkan kezaliman diterima oleh Islam
11. PATRIOTISME :DEFINISI KONSEP
- RASA CINTA DAN SAYANG KEPADA NEGARA YANG WUJUD DALAM DIRI
SETIAP ANAK WATAN DAN IA BERBENTUK PSIKOLOGI.
- Contohnya hormat kepada bendera negara, lagu kebangsaan,
sayangkan pemimpin negara, merindui tanah air semasa berada di luar
negara, rasa bimbang kepada keselamatan negara dan lain-lain.
12.
- Patriotisme juga selalunya dikaitkan dengan kecintaan yang
mendalam dalam jiwa dan raga setiap warganegara sehingga sanggup
mengorbankan dirinya untuk tanah air tercinta.
- Patriotisme meluapkan perasaan kesetiaan kepada negara dan ia
menjadi unsur penting nasionalisme (Abdul Latif Abu Bakar,
1998)
13. PERBEZAAN ANTARA NASIONALISME DAN PATRIOTISME
- NASIONALISME Perasaan yang lahir dari rasa cinta/patriotik
terhadap pemilikan dan kepunyaan dalam diri seseorang.
- NASIONALISME Wujud secara kolektif yang mendorong kepada
pertumbuhan kesatuan, parti-parti yang berbentuk kebangsaan ataupun
kesukuan.
- PATRIOTISME Api yang membakar nasionalisme.
- PATRIOTIK Elemen yang wujud dalam diri individu.
14. KEWUJUDAN NASIONALISME DAN PATRIOTISME DIDORONG OLEH :
- KEBIMBANGAN DAN KESEDARAN TENTANG NASIB BANGSA DAN NEGARA
- PENGETAHUAN TENTANG SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TERHADAP PEMBINAAN
BANGSA DAN NEGARA
- KEINGINAN UNTUK MEMARTABATKAN MARUAH DAN PRESTIJ BANGSA DAN
NEGARA
15. FAKTOR PENYEBAB NASIONALISME
- PENINDASAN & PENYELEWENGAN PENJAJAH
- DASAR PENJAJAH YANG MENGABAIKAN KEPENTINGAN RAKYAT
- USAHA RAKYAT UNTUK MEMBENTUK & MENGUKUHKAN NEGARA
16.
- PERKEMBANGAN NASIONALISME
17. NASIONALISME AWAL / BERSENJATA (RADIKAL)
- MENENTANG PORTUGIS, BELANDA INGGERIS
- Bermula dgn pencerobohan Portugis di Melaka (1511) faktor
ekonomi, agama
- Penentangan yg diasaskan kepada Centric Melayu Melaka
- Sultan Mahmud, Pateh Kadir, Patih Unus (kerabat diraja Jawa)
cuba serang Portugis utk rampas semula Melaka ttp gagal
18.
- 1641- Tun Jenal, putera kpd Tun Sri Lanang berjaya bantu
Belanda kalahkan Portugis ttp menyebabkan Melaka jatuh pula ke
tangan Belanda
- Raja Haji berjuang rebut kemerdekaan dari Belanda (1874) ttp
beliau gugur di Teluk ketapang, Melaka
- Perjanjian Inggeris Belanda (1824)- menyebabkan Melaka ditakluk
British
- 1874- Perjanjian Pangkor antara Inggeris dan Raja-raja Melayu
sebagai titik permulaan campur tangan British di Tanah Melayu
19. FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN NASIONALISME AWAL
- Inggeris ambil alih tugas pungut cukai, perkenal sistem cukai
baru/ pas
- Digunakan utk bayar gaji pegawai British termasuk residen/
penasihat
- Membebankan rakyat, pembesar kehilangan sumber pendapatan
20.
- POLITIK/ KEPIMPINAN (Pemberontakan pembesar)
- Mengurangkan kuasa sultan Melayu dan pembesar dlm hal
pentadbiran
- Residen berfungsi sbg pensihat kpd sultan/ raja dan b/jawab
pula kpd Residen Jeneral
- -residen menjalankan tugas yg diarahkan oleh Kerajaan British
dan bukannya Sultan
- Sultan hanya dipertanggungjawabkan dlm urusan agama dan adat
istiadat shj
21.
- British membawa nilai-nilai baru yg menyebabkan pertembungan
budaya/ peradaban- Clash of Civilizations
- Sistem pendidikan- wujud sekolah Inggeris, penyebaran agama
Kristian- dianggap mencemarkan kemurnian nilai-nilai tradisional
Melayu
- Penghapusan sistem hamba yg menjadi amalan pembesar-pembesar
Melayu dianggap melanggar adat resam
22. PEJUANG-PEJUANG YANG MENENTANG INGGERIS
- DATO MAHARAJA LELA -PASIR SALAK
- TOK JANGGUT/ HAJI MAT HASSAN- PASIR PUTIH
- HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG- TELEMONG
- PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH INI KESEMUANYA MENEMUI
KEGAGALAN
23.
- SIRI PEMBERONTAKAN INI GAGAL KERANA:
- bersifat gerakan tani, tidak ada objektif dan jangkaan jangka
panjang yang jelas
- Berbentuk setempat, tidak menyeluruh dan tidak ada esprit de
corp di kalangan penduduk
- Tidak ada pemimpin yang berwibawa
- Masyarakat Melayu bersifat pasif dan takut kepada label
penderhaka
- British berjaya mempengaruhi sultan Melayu agar tidak menyokong
gerakan penentangan orang-orang Melayu
24. NASIONALISME KEINTELEKTUALAN(BUKAN BERSENJATA)
- GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA
- Dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Asia Barat pimpinan
Jamaludin al-Afghani, Muhammad Abduh & Rashid Redha.
- Dikenali sebagai kaum muda/golongan reformis/(anti
establishment)- menentang pandangan dan prinsip golongan kaum tua
yg dianggap konservatif/ beku
- TOKOH-TOKOH PENTING : SYED SHEIKH AHMAD AL-HADI, SYEIKH MOHD
TAHIR JALALUDDIN AL-AZHARI, HJ ABAS MOHD TAHA DAN SYEIKH MOHD SALIM
AL-KALALI.
25.
- Mereka membawa idea reformasi serta memberi semangat bahawa
bangsa Melayu sebenarnya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain
di dunia (Revolusi mental)
- Menerbitkan akhbar/ majalah- Saudara, Edaran Zaman, Neraca, Al-
Iman, Al- Ikhwan
- membuat perubahan dalam struktur kurikulum persekolahan Melayu
-lebih cenderung kpd sains, matematik dan
perdagangan/perniagaan
- Ditentang oleh ulama-ulama tradisional yang konservatif yang
dikenali kaum tua.
26.
- B)GOLONGAN BERPENDIDIKAN SEKULAR (MELAYU )
- Berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ,TANJUNG MALIM
1922
- Lahirkan ramai nasionalis kelas menengah Melayu
- ANTARA TOKOH: HARUN MUHAMMAD AMIN (HARUN AMINURRASHID),ABDUL
HADI HJ HASSAN, MOHD ISA MAHMUD, HASSAN MANAN DAN ABDUL KARIM
RASHID
27.
- Menyebarkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat
melayu untuk tentang inggeris
- Banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalis indonesia
- Penentangan ditonjolkan dalam bentuk penulisan buku &
rencana
28.
- Antaranya : Cenderamata (1923) dan majalah Guru (1924)
- Pelajar MPSI juga terlibat dalan beberapa pertubuhan radikal
sepertiikatan pemuda pelajar (1929), belia malaya (1930) dan
KESATUAN MELAYU MUDA (1938)
- Kegiatan golongan ini dibimbangi oleh British.
29.
- Guru-guru telah ditukarkan & pertubuhan yang terlibat
dengan nasionalisme telah diharamkan
- Ramai dari kalangan pimpinan pertubuhan radikal telah ditangkap
oleh pihak british
- ANTARA YANG TERLIBAT BURHANUDDIN HELMY, IBRAHIM YAAKOB, AHMAD
BOESTAMAM (ABDULLAH SANI RAJA KECHIL) DAN ISHAK HJ MOHAMAD.
30.
- C) GOLONGAN BERPENDIDIKAN SEKULAR (INGGERIS)
- Berpusat di MCKK (1905) & terdiri dari kalangan anak
bangsawan melayu
- Dilatih untuk jawatan tinggi dalam pentadbiran british
- Kebanyakkan pro dan lebih mendapat perhatian inggeris
31.
- TOKOH PENDIDIKAN INGGERIS: RAJA CHULAN, SULTAN ABDULLAH,
MUHAMMAD EUNOS ABDULLAH, ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZABA), DAN SIR RAJA
TUN UDA.
- Mereka memperjuang agar orang Melayu diberi hak yang lebih luas
dalam ekonomi, pentadbiran & pelajaran
32. NASIONALISME KEPARTIAN
- Masyarakat Melayu ketika itu tidak ada kesepaduan sosial,
politik/ ekonomi disebabkan oleh:
- SISTEM PENDIDIKAN YANG RENDAH
- HUBUNGAN YANG SENGGANG ANTARA PEMIMPIN DAN RAKYAT
- KESAN DASAR PECAH PERINTAH BRITISH
- Semangat kebangsaan telah diterjemahkan melalui kesedaran
sosial lebih banyak mengajak masyarakat melayu bersatu padu
33. PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK
- PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) 1930
- - Parti politik paling awal di Tanah Melayu
- - Berorientasikan China Centric/ fahaman komunis
- KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) 1936
- Ditubuhkan oleh kumpulan guru dan pentadbir Melayu Ibrahim
Yaakob, Ishak Haji Muhammad
- Bersifat radikal- berorientasikan konsep Melayu Raya
34.
- PERTUBUHAN DAN KESATUAN-KESATUAN MELAYU
- Dibentuk oleh anak negeri pejuang nasib Melayu
- PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU (1942-1945)
- -Kemenangan Jepun menentang Inggeris beri kesan psikologi
terhadap orang Asia dan Orang Melayu
35.
- PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL
ORGANIZATION) 11 MEI 1946
- Cetusan gelombang pemikiran dan kesedaran seluruh rakyat Melayu
terhadap nasib dan masa depan mereka
- Satu kejayaan kpd golongan berpendidikan MCKK- anak-anak
bangsawan Melayu
36. NASIONALISME KOMPROMI
- Perkembangan selepas perang Dunia ke 2 bawa perubahanterutama
dari segi tuntutan kemerdekaan di negara-negara tanah jajahan kuasa
Barat dan kebangkitan fahaman komunis
- Di Tanah Melayu, Malayan Chinese Association (MCA) telah
ditubuhkan pada 27 Februari 1949 atas kepentingan masyarakat Cina
dan strategi politik British
- Diketuai oleh TAN CHENG LOCK
37.
- Bagi mengimbangi keadaan dan untuk menjaga kepentingan kaum
India, Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada 1949.Diketuai
oleh JOHN THIVY
- Kedua-dua parti ini bertujuan mengalihkan tumpuan dan
pergantungan politik masyarakat imigran dari negara asal dan
mengubah orientasi pertubuhan-pertubuhan kaum selari dengan dasar
dan kepentingan British juga untuk membela nasib kaum
masing-masing.
38. PARTI PERIKATAN
- Syarat British- kemerdekaan akan hanya diberikan kpd Tanah
Melayu sekiranya ketiga-tiga kumpulan kaum utama berjaya menunjukan
perpaduan
- Untuk mempercepatkan kemerdekaan, UMNO, MCA dan MIC bergabung
dan dikenali sebagai PARTI PERIKATAN pada tahun 1951
39. PAKATAN MURNI
- Satu konsensus permuafakatan dari pemimpin-pemimpin
perikatan
- Dikenali juga dengan Quid Pro Quo, Kompromi Merdeka dan 4 +
1.
- Orang Melayu: Menerima semua rakyat imigran bukan Melayu
melalui prinsip jus soli
40. Orang bukan Melayu menerima:
- Raja-raja Melayu sebagai pemerintah
- Hak istimewa orang-orang Melayu
- Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
- Agama Islam sebagai agama rasmi
41. NASIONALISME MASA KINI
- Generasi sekarang ini kurang menghayati erti nasionalisme
kerana :
- Asas pengetahuan sejarah, agama, bangsa dan negara yang
kurang.
- Mudah terpengaruh dan terpedaya
- Pengawasan ibu bapa yang berkurangan
- Masyarakat yang bertambah individualistik
- Tumpuan pendidikan agama dan moral yang merosot.
42. PENILAIAN
- KESEDARAN TENTANG NASIONALISME ADALAH PENTING DALAM KEWUJUDAN
SESEBUAH NEGARA. NASIONALISME DAN RASA CINTA PADA TANAH AIR
MERUPAKAN INTIPATI KEUTUHAN SESEBUAH NEGARA.
- ADALAH DIHARAPKAN KITA SEMUA DAPAT TERUS MENYUBURKAN RASA CINTA
KEPADA NEGARA DAN TANAH AIR BERASASKAN KEPADA PEPATAH MELAYU DI
MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.
43. PENILAIAN DAN PEMAHAMAN
- SEBAGAI ANAK KELAHIRAN SELEPAS MERDEKA, PADA PENDAPAT ANDA
ADAKAH NASIONALISME RELEVAN DALAM ERA NEGARA HARI INI? JIKA TIDAK,
KENAPA?
- JIKA YA, BAGAIMANAKAH BENTUK DAN KEPERLUAN SEMANGAT
NASIONALISME MASA KINI?