5. Pdp Akidah

Post on 19-Dec-2015

65 views 0 download

description

P

Transcript of 5. Pdp Akidah

Teknik PdP AQIDAH

KEPENTINGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN AKIDAH

• Membebaskan Manusia daripada perhambaan Selain Allah

- Allah menyuruh manusia berhubung langsung kepadanya tanpa menggunakan orang perantaraan atau benda-benda yang lain. Yang demikian Islam mengajarkan tauhid sebagai tiang seri kehidupan yang sebenar dan jalan yang betul

Membersihkan Rohani dan Hati

- mempelajari akidah bukan sahaja mampu menyucikan hati dan rohani, malah jasmani juga. Maka tepatlah pada hakikat ini Allah menegaskan bahawa agama Islam itu adalah fitratullah atau fitrah semula jadi manusia. Yang bererti Allah menjadikan manusia dari tiada dan menciptakan pula agama Islam untuk panduan hidupnya, sebagai suatu cara hidup yang lengkap sempurna, sesuai dengan tabiat semulajadi manusia itu sendiri.

Memelihara Jiwa dari Mengikut Hawa Nafsu

- Penghayatan akidah Islam juga bertujuan untuk memelihara jiwa manusia dari bertuhankan hawa nafsu yang sentiasa cuba mendorong manusia supaya ingkarkan Allah SWT.

Meneguhkan Pendirian atau Istiqamah

- akidah sebagai sifatnya asas kepada binaan akhlak ataupun pembentukan istiqamah dalam diri. Ia merupakan motif yang amat nyata dan praktik untuk manusiamelakukan amalan yang baik, juga menjadi faktor yang besar yang dapat menahan manusia dari mengikut hawa nafsu.

Teknik P&P BERKESAN AKIDAH

BIL.BIL. Teknik P&P AKIDAHTeknik P&P AKIDAH MINMIN

11 BERSOAL JAWABBERSOAL JAWAB 3.383.38

22 KULIAHKULIAH 3.353.35

33 PERBINCANGANPERBINCANGAN 3.213.21

44 BERCERITABERCERITA 3.123.12

55 SUMBANG SARANSUMBANG SARAN 3.003.00

66 ANOLOGIANOLOGI 2.672.67

SAMBUNGAN…

77 KAJIAN PERPUSTAKAANKAJIAN PERPUSTAKAAN 2.442.44

88 AKHBAR DALAM DARJAHAKHBAR DALAM DARJAH 2.402.40

99 PROJEKPROJEK 2.342.34

1010 MENULIS RENCANAMENULIS RENCANA 2.342.34

1111 FORUMFORUM 2.322.32

1212 LAWATAN LAWATAN 2.222.22

1313 LAIN - LAINLAIN - LAIN 0.680.68

1.Teknik SYARAHAN/ KULIAH

• Teknik syarahan atau kuliah merupakan satu Teknik pengajaran dengan guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan kepada pelajar. Pembelajaran dengan Teknik ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak pergantungan pelajar kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat dan sanjungan pelajar kepada guru.

2. Teknik DIALOG

• Teknik dialog ialah Teknik yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Teknik ini lazimnya digabungkan dengan beberapa teknik lain, iaitu soal jawab dan perbincangan yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar dan lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru.

3. Teknik BERCERITA

• Teknik bercerita atau kisah yang terkandung dalam al-Quran dengan gaya yang indah dan menarik mendatangkan pengajaran yang amat baik dan memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia.

• Cerita-cerita yang dipilih sewajarnya cerita yang mengandungi banyak nilai-nilai murni dan teladan-teladan yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

4. Teknik SOAL JAWAB

• Menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dengan murid. Teknik ini secara murni tidak dimulai dengan kuliah, tetapi murid terlebih dahulu diberi tugas supaya membaca isi pembelajaran tertentu. Kemudian guru akan bersoal jawab di dalam kelas sebelum bermulanya sesi pengajaran dan guru akan memberi jawapan sekiranya persoalan yang diutarakan tidak dapat dijawab

5. Teknik PERBINCANGAN

• Rasulullah s.a.w menggunakan Teknik perbincangan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kefahaman dan pendidikan. Allah SWT mengajar rasul-Nya supaya sering bermusyawarah dan berbincang bagi memutuskan sesuatu perkara kerana mengambil keputusan berdasarkan Teknik itu adalah lebih sempurna serta kukuh • Dalam pengajaran akidah guru boleh

membuat sesi dialog dan perbincangan daripada pemahaman pelajar tentang kekuasaan Allah SWT

6. Teknik NASYID

• Merupakan suatu Teknik dengan para pelajar menjalankan kegiatan yang bertujuan untuk menarik minat mereka menerusi aktiviti bernasyid yang melibatkan pembelajaran dalam bentuk lagu. Teknik nasyid sesuai digunakan dalam P&P akidah kerana dengan Teknik ini menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis sesuai dengan naluri remaja.

7. Teknik PROJEK

• suatu Teknik yang melibatkan pelajar menjalankan sesuatu kajian atau kegiatan dalam situasi yang sebenar dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu hasil

• agar pelajar mendapat pengetahuan baru atau penggunaan pengetahuan yang sedia ada kepada situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk.

8. Teknik PENGGUNAAN BUKU AKHMA

• Keratan akhbar yang dikumpulkan sebagai satu koleksi berperanan sebagai Pembina dan penjana minda untuk mendapatkan idea yang kreatif dan mempunyai nilai KBKK yang diperlukan dalam P&P

• dapat meningkatkan keyakinan diri, mencungkil dan mengasah bakat pelajar serta menggalakkan kerjasama di kalangan ahli kumpulan dan memperoleh pengalaman secara langsung.

9. Teknik PENGGUNAAN TEKNOLOGI

• Teknik ini dapat menjadikan pengajaran lebih efektif serta dapat menarik minat pelajar. Selain itu, Teknik ini juga dapat menjimatkan kos kerana tidak memerlukan tenaga pelajar sepenuhnya. Pada masa yang sama sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan berulang-ulang kali • Penggunaan perisian dengan gabungan

elemen multimedia juga dapat membantu menyampaikan maklumat kepada pelajar yang kurang cekap membaca.

10. Teknik KAJIAN KES

• sebagai alat P&P berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan.

• sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku.

KESIMPULAN

• Teknik yang digunakan berdasarkan kepada metod yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika mengajar para sahabat mengenai akidah.

• Sesungguhnya pendidikan akidah pada dasarnya amat penting kepada manusia. Sejak kecil lagi anak-anak diajar tentang iman dan Islam untuk menerapkan nilai dan peribadi mulia.