Post on 31-Oct-2019
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
2
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN......................................................................................................... 3
RAHSIA KEKALKAN STAF GEN Y ................................................................................ 6
STRATEGI 1 : KENALKAN VMO SYARIKAT KEPADA STAF ....................................... 11
STRATEGI 2 : TUNJUKKAN CAREER PATH STAF ..................................................... 14
STRATEGI 3 : BANGUNKAN SOP (Standard Operation Procedure) ...................... 17
STRATEGI 4 : FAHAMKAN RANGKA TUGAS SETIAP STAF ...................................... 19
STRATEGI 5 : BERI INSPIRASI PADA STAF ............................................................... 20
KESIMPULAN ........................................................................................................... 23
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
3
PENDAHULUAN
Nak mula dalam bisnes tu mudah sebenarnya. Sebabnya adalah kita
bermula secara seorang diri. Apa yang lebih susah adalah fasa untuk kita survive
dan sustain dalam bisnes selepas bisnes mula dijalankan.
Orang bisnes yang lebih merasa peritnya untuk survive dalam bisnes adalah
mereka yang telah mendaftar syarikat Sdn Bhd. Jatuh bangun dalam bisnes Sdn
Bhd tidak sama dengan bisnes Enterprise.
Strategi untuk kekalkan bisnes Sdn Bhd adalah lebih mencabar. 3 tahun
pertama dalam bisnes adalah fasa survive. Fasa ini adalah dimana kita bermula
untuk mencari rentak dalam berbisnes.
Saat ini, kita akan merasa fasa staf yang keluar dan masuk ke dalam syarikat
secara silih berganti. Ramai staf yang tak mampu untuk kekal di dalam syarikat
yang masih di dalam fasa start-up. Kecuali mereka adalah staf yang betul-betul
cekal.
Sebagai pemilik bisnes, kita perlu jelas dengan visi, misi dan objektif (VMO)
penubuhan syarikat kita. Apabila kita dah jelas, ia akan lebih mudah untuk kita
pandu bisnes kita.
Ebook 5 Strategi Buatkan Staf Gen Y Setia Dalam Syarikat ni akan
membongkar strategi-strategi bagaimana kita nak kekalkan staf yang berkualiti di
dalam syarikat.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
4
Zaman kini, skop kerja untuk jana pendapatan bisnes semakin berbeza jika
dibandingkan dengan dulu. Perbezaan yang macam mana tu?
Sebagai contoh, seorang staf di Bahagian Jualan yang memegang jawatan
Sales Person banyak fokus secara offline. Kini, jawatan Sales Person di-upgrade
sebagai Customer Service di mana mereka ni perlu jawab mesej di Messenger
Facebook Page dan closed sales di whatsapp.
Betul ke betul?
Tambahan pula, syarikat yang kita bina ni berdasarkan kepada atas talian
dan ikut peredaran teknologi. Ada agen, stokis, dropship, affiliate, shopping cart
di website dan sebagainya.
Jadi, tuntutan tanggungjawab, skop kerja dan tindakan akan banyak
perbezaan daripada yang sedia ada dan perlukan sentuhan cara baru yang lebih
berkesan.
Tidak dinafikan ada staf Gen Y yang sangat efisien dalam kerja. Mereka
mampu untuk hasilkan kerja yang sangat berkualiti, memenuhi deadline yang
diberikan, menyumbangkan idea yang hebat dalam penghasilan kerja serta ada
keinginan untuk belajar dan menunjukkan prestasi yang terbaik dalam setiap
tugasan yang diberikan.
Namun, mereka ni juga tak suka statik di sesuatu syarikat dalam tempoh
masa yang lama. Lebih-lebih lagi bila keperluan atau hasrat diri mereka tidak
dipenuhi oleh syarikat dan mereka asyik buat kerja yang sama berulang kali.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
5
Mereka sukakan kelainan dan perkembangan karier dalam bidang yang
mereka ceburi. Berbeza dengan mak ayah kita (generasi Baby Boomers) dan
generasi X yang boleh setia bekerja selama 10 tahun malah lebih dalam sesuatu
organisasi.
Maka, kita sebagai majikan dan pemimpin perlu faham asas psikologi,
bagaimana dapat buatkan mereka kekal dalam syarikat bagi tempoh masa yang
lama dengan letakkan mereka di tempat yang betul melalui kemahiran, bakat dan
kelebihan yang mereka ada.
Oleh tu, ebook ini turut berkongsi beberapa cara untuk bantu pemilik
bisnes kembangkan syarikat dengan berjaya ikat staf Gen Y yang berkualiti.
Sebelum kita teruskan pembacaan, kami nak beritahu, mungkin ada
beberapa perkara yang bertentangan dengan konsep yang selama ini pembaca
pegang tentang gaya didikan Gen Y yang kami terapkan di pejabat.
Namun, ini adalah apa yang kami lakukan di mana ia terbukti berkesan
dalam dunia realiti kembangkan staf Gen Y berdasarkan apa yang kami belajar
dan ia berpandukan kajian terkini.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda kerana sudi download
ebook ini. Selamat mempraktikkan ilmu ini! Diharapkan ebook ini dapat memberi
manfaat kepada anda.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
6
RAHSIA KEKALKAN STAF GEN Y
Gen Y = anak muda di mana mereka ini lahir pada tahun 1980 hingga tahun
1995.
Andai kita selalu hadapi situasi staf keluar masuk syarikat, ponteng kerja,
lari entah ke mana dan tidak dapat dihubungi, ketahuilah kita wajib belajar nak
uruskan mereka ini dengan ada ilmu.
Kata Saidina Umar RA, “Didiklah anak-anak mengikut pada zamannya.”
Ayat di atas bukan tertakluk untuk anak-anak sahaja, namun juga kepada
staf yang bekerja dalam syarikat ikut generasi. Nak kekalkan mereka dalam
syarikat, kita perlu faham diri mereka, personaliti mereka, apa yang mereka mahu
dalam hidup dan apa yang mereka fikir.
Berikut merupakan fakta dan pengenalan tentang Gen Y :
#1 - 60% staf Gen Y mengatakan bahawa meraka takkan kekal dengan majikan
yang sama untuk seumur hidup mereka.
#2 - Ikut kajian, hanya 1/3 daripada Gen Y rasa kerja yang mereka buat sekarang
adalah career yang mereka inginkan dalam hidup.
#3 - 6 daripada 10 orang Gen Y pernah bertukar kerja paling minimum sekali.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
8
#7 -
#8 -
#9 -
Baik, kami yakin ada di antara pembaca dah dapat tangkap apa rahsia
untuk buatkan staf Gen Y setia dengan syarikat.
Secara asasnya, mereka ini kita tak boleh kekalkan dalam syarikat. Apabila
dikaji, kebanyakan daripada staf Gen Y gemar bertukar tempat kerja dalam
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
9
tempoh masa yang singkat. Mereka akan mudah bertukar kerja apabila kehendak
mereka tidak dapat dipenuhi oleh syarikat.
Namun sebagai seorang pemilik bisnes yang bijak menguruskan staf, kita
boleh kembangkan potensi diri mereka dalam syarikat. Di mana secara tidak
langsung, ia akan menyebabkan staf tersebut tidak sedar bahawa diri mereka
akan kekal lama dalam syarikat.
Sebelum kita teruskan, jawab soalan ini terlebih dahulu.
#1 – Apa nilai yang kita dah beri kepada staf kita untuk mereka terus berkembang
dalam hidup mereka?
#2 – Apa gelaran atau panggilan yang kita panggil staf?
#3 - Adakah kita anggap staf hanya sekadar sebagai seorang staf yang buat kerja
macam robot atau sebagai staf yang ada sifat kemanusiaan?
Persoalan ini yang kita sebagai majikan perlu jawab dahulu sebelum kita
terus ke strategi buatkan staf setia dalam syarikat. Ini kerana semuanya bermula
dengan diri kita terlebih dahulu.
Ada pepatah pernah menyatakan, “jika majikan miliki 10 orang staf dan 7
dari mereka bermasalah, maka itulah cerminan diri majikan tu. Namun jika
majikan ada 10 orang staf dan 2 atau 3 orang bermasalah, itulah ujian.”
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
10
Staf kita adalah cerminan diri kita sebagai majikan. Sama seperti anak-anak
adalah cerminan diri mak ayah.
Kita nak staf yang hebat, buat kerja bagus, mereka buat yang terbaik dalam
syarikat, namun diri kita sendiri sebagai seorang ketua pun tidak seperti itu.
Bagaimana kita nak dapatkan seorang staf yang terbaik?
Ramai majikan sering pandang rendah kepada staf. Mereka ingat staf
adalah orang biasa-biasa, umpama robot yang boleh tunaikan sebarang kerja
yang majikan nak ikut suka hati. Sebab tu staf tak kekal lama dalam syarikat.
Kerana tak dihargai dan dipandang tinggi oleh majikan. Sedangkan staf
adalah aset yang paling bernilai dalam perkembangan syarikat. Ingat ini, syarikat
tidak akan berkembang jika staf, manusia di dalamnya tidak berkembang.
Oleh itu, mindset pemilik bisnes yang perlu dibetulkan terlebih dahulu. Kita
kena anggap staf adalah asbab rezeki datang lebih banyak ke dalam syarikat kita.
Anggap staf ini adalah pelengkap kepada diri kita untuk bantu kembangkan
syarikat.
Anggap mereka ini adalah harta yang patut kita hargai kerana tanpa
mereka, syarikat kita pun tiada apa-apa untuk dibanggakan. Anggap mereka ini
sama seperti kita yang mahukan keperluan atau hasrat diri tercapai. Tipulah kalau
staf pun tidak mahu merasa ada kereta dan rumah impian serta nak bagi ibu bapa
yang terbaik melalui gaji yang mereka perolehi pada setiap bulan.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
11
Jagalah staf kita hingga jadi kuda perang. Dipanggil Stallion. Sentiasa kuat
dan pandai cari solusi untuk setiap cabaran. Bagus dalam bekerja dan bijak pimpin
staf bawahan walaupun pemilik bisnes tidak selalu ada di dalam syarikat.
STRATEGI 1 : KENALKAN VMO SYARIKAT KEPADA STAF
VMO adalah perkara paling penting sebelum kita mahu terjun dalam dunia
bisnes. Tanpa VMO yang jelas, tidak pelik jika staf asyik keluar masuk dalam
syarikat.
VMO ialah Visi, Misi dan Objektif yang kita tetapkan dalam syarikat.
Secara mudah nak faham, visi umpama alamat destinasi yang kita bakal
tiba. Contohnya visi sebuah syarikat penerbitan content Pengurusan Bisnes ialah;
“Menjadi online portal No 1 di Malaysia yang mengeluarkan pelbagai content
tentang dunia urus bisnes yang dapat tawarkan fast solution kepada owner
bisnes untuk kembangkan syarikat dan bangunkan staf di dalamnya menjelang
Ogos 2021.”
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
12
Misi pula jalan yang dipilih untuk sampai ke destinasi tu. Contohnya:
1. Menghasilkan content seperti penulisan artikel di laman web, penerbitan
ebook dan buku yang dapat selesaikan masalah pemilik bisnes secara
mudah dan pantas dalam pengurusan bisnes.
2. Syarikat mempunyai 10 orang penulis yang sedia belajar perkara baru,
mampu ikut budaya kerjasama dan berkaliber dalam bangunkan content-
content berkualiti pada tahun 2019.
3. Jualan syarikat mencecah RM10 juta menjelang 31 Disember 2021.
Manakala objektif adalah kenderaan apa yang kita mahu guna untuk lalu
jalan di atas. Antara contoh objektif:
1. Menerbitkan 5 ebook percuma, 5 buku dan 50 artikel yang berkualiti pada
tahun 2018.
2. Syarikat berjaya menembusi pemasaran secara efektif melalui Media TV,
majalah, billboard dan kedai-kedai buku di seluruh Malaysia menjelang
tahun 2019.
3. Membudayakan tabiat suka membaca dalam kalangan pemilik bisnes
secara pantas, mudah faham dan jelas melalui pembangunan content yang
bersifat infografik.
Staf mesti tahu sepenuhnya apa VMO syarikat kerana VMO dapat
membantu untuk menampakkan kepada staf kemana syarikat bakal pergi dan apa
hala tuju syarikat kita dalam tempoh masa beberapa tahun kedepan. Staf akan
kekal dalam syarikat apabila mereka tahu dan jelas serta faham di mana mereka
bakal berada di penghujung jalan.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
13
Maka, tugas kita sebagai pemilik bisnes adalah wajib terapkan VMO ini
dalam diri mereka. Bayangkan bila kami berjumpa dengan pihak ESQ 165
Malaysia, top management sentiasa terapkan VMO dalam minda staf sebanyak 3
kali dalam seminggu.
Setiap kali sesi sharing 3 kali pada waktu pagi, mereka akan sentiasa
fahamkan staf mengapa mereka berada di dalam syarikat, apa yang mereka buat
dan semuanya sebagai satu peringatan.
Staf Gen Y akan setia dengan kita bila mereka tahu betapa besarnya
syarikat kita akan berkembang dalam masa 5 tahun datang akan datang kerana
mereka tahu sekurang-kurangnya masa depan mereka terjamin melalui VMO
syarikat.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
14
STRATEGI 2 : TUNJUKKAN CAREER PATH STAF
Setelah kita pasakkan VMO syarikat kepada staf, secara tak langsung kita
sepatutnya nampak apa keperluan, skill dan bakat staf yang diperlukan bagi
mencapai VMO yang ditetapkan.
Macam mana tu?
Begini, kita ambil contoh visi ABC Sdn Bhd di mana target syarikat adalah
untuk berjaya jadi online portal no.1 di Malaysia dalam content dunia pengurusan
bisnes berbahasa Melayu bagi 5 tahun akan datang.
Jadi, majikan telah kenalpasti bahawa syarikat wajib ada staf content
writer, designer, web developer, customer service dan staf technical marketeer.
Makna kata, telah wujud career path setiap staf untuk terus bersama dalam
perkembangan syarikat supaya VMO tercapai.
Faham dah?
Penting untuk staf nampak masa depan mereka : di mana mereka berada
dan apa yang bakal mereka jadi setelah beberapa tahun bekerja dengan syarikat.
Usah kata staf, kita pun sama. Cuba tanya semula diri kita, “adakah aku nak
kerja dengan syarikat yang aku pun tak tahu syarikat ni ke mana sebenarnya dan
career path aku samar-samar?”
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
15
Career path adalah tangga kerjaya.
Terangkan pada staf Gen Y tentang career path dengan jelas. Contoh :
mereka bermula sebagai trainee atau pembantu dalam tempoh 3 bulan
percubaan. Kemudian, jika prestasi kerja bagus, mereka akan dapat jadi staf kekal
dalam syarikat (permanent staff).
Lepas tu, boleh dinaikkan pangkat jadi Executive > Manager > Chief >
Director syarikat. Maklumkan juga ada tempoh percubaan untuk setiap kenaikan
jawatan yang ditetapkan dalam syarikat.
Inilah yang dikatakan visualization, cerita-ceritakan bahawa masa depan
mereka cerah bersama syarikat andai mereka mahu jadi somebody dalam syarikat
untuk gantikan tempat kita kelak.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
16
Career path untuk seorang staf perlu dibangunkan dengan jelas
berdasarkan bidang tugas mereka serta bakat yang ada dalam diri mereka.
Bermula daripada proses kenal staf, barulah kita boleh susun career path mereka
dalam syarikat.
Dalam Mastery My Human (MMH), ada dijelaskan tentang teknik
bagaimana membina career path untuk seorang staf. Kita perlu kembangkan
seorang staf sebelum mereka terpengaruh untuk terus kekal dalam syarikat.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
17
STRATEGI 3 : BANGUNKAN SOP (Standard Operation Procedure)
Kami percaya ramai pemilik bisnes dah dengar tentang SOP terutama bagi
mereka yang pernah bekerja. Dalam syarikat kita pun sama. SOP menjadi tunjang
utama sesuatu bisnes berkembang dengan adanya sistem.
SOP akan membantu majikan dan ketua pasukan untuk pantau gerak kerja
staf di bawah jagaan masing-masing dengan lebih efisien. SOP akan membantu
untuk selaraskan gerak kerja staf. Selain itu juga, kepantasan staf menyiapkan
sesuatu tugasan akan lebih pantas dengan adanya SOP yang betul.
Macam mana staf boleh speed?
Jawapannya melalui SOP. Kita boleh gunakan skrip ini dan sentiasa
tanamkan dalam minda staf “buat SOP bila you ada cara yang lebih baik daripada
sekarang dan jimat masa dalam siapkan kerja. Make it simple and worth. Supaya
next you ada orang bawah, delegate SOP ini kepada mereka. You takde atau cuti
nanti, staf bawah you boleh buat ikut SOP yang diberi.”
Kita ajar staf Gen Y untuk jadi lebih malas, namun bukan sebarang malas
ya. Malas yang dimaksudkan adalah kita selalu fikir dalam minda, bagaimana kita
boleh buat satu perkara yang dirasakan sangat susah jadi sangat senang dan
mudah?
Skrip tadi boleh digunakan kepada staf Gen Y. Ketahuilah bahawa Gen Y ni
tidak suka untuk mendengar dan menerima arahan. Maka, skrip tu dibuat supaya
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
18
arahan untuk arahkan mereka buat SOP tak kedengaran seperti arahan dan
mereka terasa diri mereka didorong.
Andai perasan, secara tidak langsung kita telah terapkan 3 perkara kepada
mereka saat menggunakan skrip tersebut iaitu:
1. Mereka dah bayangkan ada staf bawah dan siapa lagi nak pimpin kalau
bukan mereka. Ada staf untuk mereka urus, makna kata mereka naik
jawatan dan gaji.
2. Galakkan pembangunan SOP yang jadi sistem untuk syarikat berkembang
cepat, kurang kesalahan kerja dibuat, kerja lebih speed, berkualiti dan
efisien serta produktiviti staf meningkat.
3. Staf Gen Y rasa tidak terpaksa buat kerja dan mereka gembira kerana
proses pembuatan kerja mereka dihargai.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
19
STRATEGI 4 : FAHAMKAN RANGKA TUGAS SETIAP STAF
Ciri-ciri pemimpin syarikat yang hebat ialah bila mana kita berjaya yakinkan
staf untuk jalankan tanggungjawab masing-masing. Kita buatkan staf faham apa
peranan masing-masing dalam pembangunan syarikat kerana rangka tugas setiap
staf memang tak sama.
Ada staf yang kerjanya memang dengan handphone, ada staf yang kerjanya
asyik buka YouTube, ada staf yang kerjanya memang selalu buka website dan
layari internet.
Sekali pandang, nampak macam tidak buat kerja. Hakikatnya, itulah kerja
mereka. Staf yang gunakan handphone, itulah customer service – tugasnya adalah
berurusan dengan pelanggan melalui whatsapp dan PM (private message).
Staf yang sentiasa buka YouTube, itulah designer yang nak tengok tutorial
untuk buat sesuatu design. Manakala staf yang asyik layari internet, itulah writer
yang perlu buat research untuk dapatkan content berkualiti.
Kita sebagai seorang ketua, wajib untuk fahamkan setiap staf tentang
rangka tugas masing-masing supaya kurang timbul salah faham dalam kalangan
staf. Syarikat senang berkembang saat staf saling menghormati antara satu sama
lain kerana kerja berpasukan akan membentuk hubungan yang utuh.
Banyak syarikat jadi bermasalah atas isu tidak tahu memimpin manusia
dengan betul. Ia jadi parah kerana kita sendiri tidak jelaskan tentang job scope
staf secara spesifik. Staf ini buat apa dan staf itu kerjanya apa.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
20
STRATEGI 5 : BERI INSPIRASI PADA STAF
Antara cara buatkan staf Gen Y setia bersama kita adalah dengan beri
inspirasi kepada mereka. Tunjukkan pada mereka bahawa kita memang rasa
sangat beruntung dan bertuah sebab ada staf seperti mereka. Nampakkan pada
mereka yang kita betul-betul hargai kedatangan mereka ke dalam syarikat.
Ibarat handphone yang mesti di-cas selalu supaya tak mati, sama juga
dengan manusia. Perlukan inspirasi untuk boost momentum setiap hari. Soalnya
nak bagi inspirasi yang macam mana jika kita sebagai ketua pun masih biasa-
biasa?
Kadang kita pun kurang keyakinan dengan diri kita sendiri. Bagaimana kita
nak tingkatkan tahap keyakinan dalam diri kita? Nak nampak gah dan hebat di
mata staf kita.
Gah yang dimaksudkan ni adalah pandangan materialistik dan mata kasar
diri kita ni bagaimana. Sudah semestinya kita tak sepatutnya memandang
daripada sudut material sahaja. Namun hakikatnya, manusia suka memandang
dan menilai perkara sebegini.
Tak dinafikan, akan ada staf yang pandang kita dari sudut itu. Ada staf yang
akan judge melalui gambaran luaran yang dapat dilihat oleh mereka. Namun yang
jauh lebih penting adalah nilai yang kita paparkan melalui diri kita.
Umpama kata Pak Ary Ginanjar Agustian, pengasas ESQ 165, “Kita mengira
bahawa imej diri kita dibangun melalui rumah, kereta, jam tangan, kasut, beg
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
21
tangan atau barang lain yang kita anggap branded. Padahal branding diri kita
adalah nilai terdalam (personal values) yang melahirkan tindakan. Itulah spiritual
branding kita.”
Untuk bagi inspirasi, sangat mudah sebenarnya. Cuba tanya staf kita
dengan menggunakan skrip ni, “apa yang buatkan kalian terinspirasi untuk kerja
lebih baik dan jadikan kalian setia berada dalam syarikat ni?”
Kita akan dapat pelbagai jawapan daripada staf. Daripada semua jawapan
yang diperolehi, kita boleh rangkulkan apa sebenarnya yang menjadi tali yang
mengikat mereka untuk terus kekal dalam syarikat kita. Berdasarkan apa yang
pernah kami laksanakan dalam syarikat, antara perkara yang diperhatikan dan
dinilai oleh staf ialah;
1. Nilai dan sikap yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan syarikat.
Pihak pengurusan syarikat yang terbaik adalah pihak pengurusan yang
dapat menguruskan syarikat dan staf dengan baik. Staf akan mudah
untuk patuh pada peraturan syarikat apabila melihat pihak pengurusan
yang tegas dalam menguruskan hal syarikat dan staf.
2. Ketua Jabatan yang berdedikasi.
Seorang ketua yang berdedikasi dalam menguruskan staf, membantu
staf dibawah tanggungjawab masing-masing dalam memastikan segala
gerak kerja berjalan lancar, bekerjasama dalam pelaksanaan tugas dan
bertoleransi dalam segala aspek untuk memastikan staf sentiasa
bersemangat untuk bekerja. Itulah ketua yang didambakan oleh semua
staf.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
22
3. Energi positif.
Energi positif yang disalurkan kepada semua staf akan memberi impak
kepada mereka untuk terus bekerja keras dalam memastikan semua
kerja dapat memenuhi kehendak syarikat. Energi positif menjadikan
pemikiran, tindakan serta suasana kerja staf berada dalam keadaan baik
dan terkawal.
Inilah yang menjadikan staf Gen Y sanggup bersusah-payah dan bersama-
sama mengharungi suka dan duka dalam membangunkan syarikat. Terutamanya
bagi staf di syarikat start up yang masih memerlukan komitmen yang tinggi dalam
memastikan syarikat dapat berkembang dengan jayanya.
Jika masih susah nak uruskan emosi staf Gen Y, kita boleh gunakan BMG
50 Skrip Power Ikat Emosi Pekerja untuk pastikan mood dan energi mereka
sentiasa berada di tahap yang tinggi.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
23
KESIMPULAN
Alhamdulillah ya Syakur, tahniah kerana berjaya selesaikan pembacaan
ebook ini. Harap ia bermanfaat untuk kita praktikkan dalam syarikat masing-
masing.
Kami akui dalam syarikat pasti wujud kepincangan, kelemahan, salah
faham dan konflik. Kerana kami juga lalui fasa yang sama seperti mana pembaca
sebagai pemilik bisnes lalui.
Tipulah kalau kami tak pernah rasa tingkah laku staf Gen Y bermasalah,
ego, banyak membantah, tidak mahu akui kesilapan yang dibuat, sentiasa
bersangka-sangka dan tidak bertanya untuk mendapat penjelasan terhadap
sesuatu perkara, kerja tidak mengikut deadline yang diberi serta pelbagai
masalah yang melibatkan emosi.
Stres dengan staf Gen Y?
Perkara yang melibatkan staf Gen Y secara spesifik memang boleh
menjadikan kita sebagai pemilik bisnes menjadi stres. Pelbagai masalah perlu
ditangani untuk pastikan staf dapat jalankan tugas dengan baik.
Bina syarikat ni ibarat kita bermain game. Ada 3 fasa iaitu easy, middle dan
hard. Setiap fasa ada ujian yang tersendiri. Apabila kita dah lepas 1 level, kita akan
naik 1 level yang berikutnya. Jika kita belum lepas level tersebut, kita berhadapan
dengan cabaran yang sama sampai kita berjaya temui jalan keluar.
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
24
Itulah yang berlaku kepada bisnes kita. Bilamana ada masalah yang
bertimpa-timpa dalam syarikat, kita akan stuck di tempat yang sama untuk satu
tempoh masa yang lama. Kita perlu pantas bertindak untuk cari jalan keluar.
Atau boleh jadi tersilap langkah. Kita mungkin pernah lari dengan sangat
pantas, terkeluar daripada track dan melebihi limit. Kalau kita penat dalam
bisnes, jangan pernah berhenti. Dapatkan rehat buat seketika.
Pesan salah satu guru kami : apa yang kita perlu buat adalah bercuti secara
total untuk sehari dua dan fikir balik apa big why kita buat sesuatu perkara.
Dikisahkan sebelum manusia di-upgrade ke level yang lain, manusia tu
hadapi tekanan yang dahsyat. Jika kita berhenti, game over. Andai kita teruskan,
kita berada pada tahap yang baru. Itulah rahsia untuk lonjakkan diri dan syarikat
ke level lebih tinggi.
Berlian hanya terhasil dari tekanan yang tinggi. Ia tidak akan membentuk
sebutir berlian jika terhasil ketika tekanan yang rendah. Sebaliknya ia hanya akan
menjadi karbon. Senang berderai jika dipecahkan.
Di Mastery My Human (MMH) ada dibincangkan strategi pengurusan staf
secara lebih mendalam. Bagaimana kita boleh kenali personaliti seorang staf
untuk pastikan kita letakkan mereka di posisi yang betul. Seterusnya kita faham
bagaimana untuk uruskan staf dengan lebih bersistem.
Selain itu juga, perjalanan karier seorang staf di dalam syarikat kita adalah
bergantung kepada strategi kita sebagai majikan dalam memastikan karier
5 Strategi Buatkan Tim Gen Y Setia Dalam Syarikat
25
mereka akan terus berkembang. Kita perlu pastikan mereka sentiasa di upgrade
ilmu pengetahuan serta skill dalam bidang mereka.
Akhir kata, kami doakan supaya kita semua berjaya dapat staf yang
berkualiti dan bersedia untuk berkembang bersama dengan syarikat. Amin Ya
Mujib.