Post on 29-May-2019
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS MENANDATANGANI
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI
2
ANTARA ANGKASA DENGAN
KOMARDI
21 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)
9.00 PAGI
BILIK SADIK, ANGKASA
3
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum WBT
Terima Kasih Pengacara Majlis
Dr. Yuslan Saruddin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Seksyen Tenusu, Bahagian
4
Pembangunan Komoditi Ternakan,
Veterinar
YBhg. Barisan Ahli Jawatankuasa
Bahagian Perladangan, Pertanian
Dan Industri Asas Tani ANGKASA
5
YBhg. Dato’ Haji Kamarudin Ismail
Timbalan Presiden ANGKASA
YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA
❖ Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan
❖ Hj Mohammad Azmi Omarudin
❖ Dr.Hj. Mohd Azlan Yahya
6
❖ Dato’Hj. Che Mohd Shukree Che
Isa
Tn Hj. Nasir Khan Yahya
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
7
Datuk Hj Md Yusof Hj Shamsudin
Penasihat Korporat (Sektor Koperasi)
Pengurus-Pengurus Besar
Pegawai-Pegawai Kanan
ANGKASA
8
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
__________________________________
1. Syukur Alhamdulillah ke
hadrat Allah Subhanawa Ta’ala
kerana diberi kesempatan untuk
9
kita mengadakan Majlis
Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) antara
KOMARDI dengan ANGKASA.
2. Tahniah saya ucapkan
kepada pihak ANGKASA khasnya
kepada Sektor Pertanian dan
10
Industri Asas Tani kerana berjaya
mengwujudkan jalinan kerjasama
dalam industri tenusu dengan
KOMARDI.
3. ANGKASA sentiasa mengalu-
alukan kerjasama seumpama ini,
bukan sahaja sesama koperasi
11
tetapi dengan sektor awam dan
juga swasta.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
4. Industri ternakan di Malaysia
merupakan antara sektor penting
12
dalam pembangunan dan
menyumbangkan nilai bilion ringgit
kepada sektor pertanian dan
pengeluaran makanan negara. Ia
juga merupakan antara 6 bidang
keberhasilan utama negara yang
disarankan Dasar Koperasi Negara
(DKN) 2011 – 2020 yang melibatkan
13
penternakan lembu, kerbau,
kambing, bebiri, ayam, itik, lembu
tenusu dan burung walit.
5. Koperasi antara yang terlibat
secara langsung dalam projek
ternakan lembu tenusu. Ini selaras
dengan matlamat yang digariskan
14
di bawah “National Key Economic
Area” (NKEA). ANGKASA sentiasa
berusaha meningkatkan
penglibatan koperasi dalam bidang
penternakan lembu dengan
mewujudkan koloni-koloni di bawah
projek berkelompok koperasi.
15
6. Melalui kerjasama ANGKASA
dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) telah berjaya berganding
bahu membentuk koloni-koloni di
bawah projek berkelompok
koperasi iaitu:
16
a. Koloni Mersing -
gabungan 10 buah Koperasi
b. Koloni Gadong - KOMARDI
c. Koloni Londah - 3 buah
koperasi
17
7. Kesinambungan dari
kejayaan membentuk koloni-koloni
ini, ANGKASA dengan KOMARDI
akan mengadakan usahasama
membangunkan projek ‘heifers
park’ iaitu mengeluarkan baka
lembu tenusu sendiri. Justeru itu,
projek ‘Heifers Park’ ini dipilih
18
menjadi program CEP 1 bagi Sektor
Pertanian Dan Industri Asas Tani.
8. Pelan pembangunan ini
dilihat dapat memberi banyak
manfaat dan faedah kepada pihak
koperasi dan penternak-penternak
lembu susu. Di antaranya kualiti
19
baka bermutu tinggi setanding luar
negara, kos belian baka lebih
murah dan pengeluaran susu yang
tinggi.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
20
9. Bagi merealisasikan
pembangunan industri tenusu ini,
banyak kemudahan yang
disediakan pihak kerajaan melalui
agensi-agensi seperti Kementerian
Pertanian Dan Industri Asas Tani
(MOA), SKM, Jabatan Veterinar,
MARDI dan Lain-lain. Saya menyeru
21
koperasi mengambil peluang
mendapatkan perkhidmatan dan
kemudahan yang ditawarkan.
10. Di samping itu, pihak
ANGKASA juga akan menjalinkan
kerjasama dengan pihak NACF
Korea dari segi pemindahan
22
teknologi dan kepakaran ke arah
penternakan yang lebih sistematik.
Melalui kerjasama ini, diharapkan
akan menjadi titik permulaan bagi
pembangunan industri tenusu yang
lebih produktif dan mampu
meningkatkan pendapatan
koperasi.
23
11. Untuk makluman, trend
permintaan susu negara meningkat
terutama di bandar menyebabkan
import susu meningkat. Negara
mengeluarkan kira-kira 25 juta liter
susu setahun, namun 95 %
permintaan susu dan produk susu
masih melalui import. Suatu tahap
24
sara diri diperlukan dalam negara
untuk industri ini. Peratusan sara diri
pengeluaran susu Malaysia 9.30 %,
selebihnya terpaksa diimport dari
luar negara.
12. Justeru, ANGKASA akan
terus berusaha mencari jalan untuk
25
membantu meningkatkan
penglibatan koperasi dalam industri
ini. Kejayaan gerakan koperasi tidak
dijayakan oleh sebuah koperasi
sahaja tetapi oleh seluruh gerakan
koperasi di Malaysia.
26
13. Akhir kata, saya sekali lagi
ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada pihak KOMARDI dan
agensi-agensi yang terlibat kerana
sudi berkerjasama dengan pihak
ANGKASA dalam usaha
membangunkan industri tenusu
27
untuk disalurkan kepada koperasi-
koperasi.
Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah.
28
Wassalamu’alaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh.