Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
1/26
TEMA TUGASAN
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan1.2 Objektif1.3 Persoalan kajian1.4 Hipotesis Kajian1.5 Kawasan KajianBAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Latar Belakang kejadian tanah runtuh
2.2 Apa itu tanah runtuh
2.3 Konsep
2.4 Jenis-jenis tanah runtuh
2.5 Faktor-faktor kejadian tanah runtuh
2.6 Risiko kejadian tanah runtuh
2.7 Kesan kejadian tanah runtuh
2.8 Pendidikan dan kesedaran awam
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Metodologi kajian
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pembentangan dan pembentangan hasil kajian
BAB 5
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
5.3 Rumusan
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
2/26
TEMA TUGASAN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PengenalanMasalah bencana alam di Malaysia akhir-akhir ini semakin membimbangkan. Kita sering
dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai tanah runtuh, yang merupakan satu
daripada fenomemena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau
akibat aktiviti manusia.
Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli
sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa
diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku lebih teruk lagi.
Antara berita yang mengejutkan, 11 Disember 1993 berlakunya gelinciran tanah yang
menyebabkan rebahnya Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa. 25 Disember
1997 berlakunya runtuhan tanah dan sampah di KM 17 Lebuh raya Ampang yang
memyebabkan 3 nyawa melayang. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun terkorban
apabila berlakunya tanah runtuh di satu-satunya laluan masuk ke Bukit Antarabangsa
pada 15 Mei 1999. 1 November 2002 berlakunya runtuhan tanah yang meranapkan
bangle milik bekas PAT Malaysia di Taman Hill View yang mengorbankan 8 nyawa. 31
Mei 2006 berlakunya tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang yang mengorbankan 4
nyawa. 30 November 2008 berlakunya tanah runtuh di Ulu Yam yang mengorbankan 2
beradik . Sejarah kembali berulang 6 Disember 2008 berlakunya tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa yang turut mengorbankan 4 nyawa. 12 Mei 2011 berlakunya tanah runtuh
di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa. 7 Mac 2012
seorang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia beberapa jam selepas operasi
menyelamat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Belfield berhampiran Kampung Atap.
Rentetan daripada kronolologi tanah runtuh yang berlaku di Malaysia telah memberi satu
pengajaran kepada semua tentang pentingnya kesedaran tanah runtuh di kalangan rakyat
Malaysia.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
3/26
TEMA TUGASAN
1.2 ObjektifObjektif kajian analisis tahap kesedaran lapisan masyarakat tentang bahaya tanah runtuh
di Malaysia adalah bertujuan untuk;
1. Mendapatkan maklum balas masyarakat di Malaysia mengenai kesedaran bahayatanah runtuh.
2. Mengenalpasti keperluan kesedaran yang perlu diberi perhatian dan diketengahkanuntuk setiap lapisan masyarakat sebagai persediaan untuk menghadapi bahaya
bencana gempa bumi.
3. Mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi bencana gempabumi untuk berusaha mengatasi masalah tersebut
1.3 Persoalan kajian/ Research QuestionsPersoalan atau skop kajian ini hanya melibatkan kajian terhadap tahap kesedaran tentang
bahaya tanah runtuh bagi masyarakat di Malaysia sahaja. Ianya hanya melibat kejadian
tanah runtuh di Malaysia atau kesan-kesan yang sampai dan dirasai di Malaysia. Kajian
tahap kesedaran bahaya tanah runtuh lebih menjurus sekitar Kuala Lumpur.
Antara persoalan kajian ialah seperti berikut:
i. Memahami sifat tanah dan jenis-jenis tanah runtuh?ii. Apakah faktor yang menyumbang kepada kejadian tanah runtuh?iii. Apakah kesedaran yang perlu diambil tindakan oleh setiap lapisan masyarakat?
1.4 Hipotesis kajianHipotesis ini dilaksanakan berdasarkan jangkaan kajian mengenai hubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah.
i. Terdapat hubungan yang signifikan antara sifat tanah dengan kejadian tanahruntuh.
ii. Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor kejadian tanah runtuhdengan manusia dan alam.
iii. Terdapat hubungan yang signifikan antara tindakan manusia dengan kesedarantentang kejadian tanah runtuh.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
4/26
TEMA TUGASAN
1.5 Kawasan Kajian
Kajian dilakukan di lakukan di sekitar Kuala Lumpur, secara terperinci ,kajian tertumpu
pada cerun bermasalah yang terdapat di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur dalam lingkungan zon tropika lembab dengan suhu yang hampir seragam
sepanjang tahun dan jumlah penerimaan hujan tahunan yang tinggi menjadikannya
mudah terdedah kepada tindakan agen geomorfologi yang berupaya meningkatkanpotensi kejadian tanah runtuh di kawasan bercerun.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
5/26
TEMA TUGASAN
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Latar Belakang Kejadian Tanah Runtuh.
(i) I su-isu Pengurusan Alam Sekitar F izikal . Pengarang: Mohd Johari Ab Hamid.
Mengkaji kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam alam sekitar dan
kebergantungan antara kedua-duanya. Hubungan yang dilakukan oleh manusia melalui
aktiviti pembangunan menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap
persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat
ruang atau system ini perlu diurus dengan sewajarnya agar tidak memberi impak
terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, peningkatan suhu mikro, kemusnahan
hutan dan sebagainya akibat daripada aktiviti pembangunan guna tanah seperti
perindustrian,pembandaran, pelancongan dan lain-lain. Masalah yang wujud perlu
ditangani dengan segera. Pengurusan alam sekitar secara bersepadu mampu mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar secara mampan di peringkat global.
(ii ) Media dan I su Alam Sekitar . Jurnal Hadhari 2(2)(2010)1-17; Mohd Yusof
Othman
Jurnal ini menekankan pendekatan yang paling sesuai ialah pendidikan yang
wajar dilaksanakan dalam pelbagai peringkat dan bentuk. Satu polisi dan dasar perlu
diwujudkan bagi memastikan masyarakat akan sedar tanggungjawab kepentingan
pemuliharaan alam sekitar. Peranan media massa juga amat penting sebagai agen
penyampai maklumat dan membudayakan masyarakat agar sensitif tentang isuisu alam
sekitar.
Kejadian tanah runtuh merupakan satu fenomena biasa bagi mana-mana Negara
tropika, dan tidak terkecuali Malaysia. Secara umumnya runtuhan dikaitkan dengan
pergerakan batuan , debris dan kelompok tanah menuruni cerun (Cruden,1991). Runtuhan
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
6/26
TEMA TUGASAN
tanah mudah berlaku pada cerun yang curam dan bahan cerun yang mempunyai ikatankumin yang lemah.
Kejadian tanah runtuh adalah sebahagian daripada petunjuk kepada kegagalan
sesebuah cerun. Ibrahim (1985/86) menghuraikan beberapa faktor kegagalan cerun yang
dapat dikaitkan dengan persekitaran Malaysia. Faktor tersebut adalah (i) kejadian hujan
lebat bagi suatu tempoh yang lama,(ii)perubahan sifat bahan bumi melalui proses
geomorfologi, (iii) ketakselanjaran satah batuan, dan (iv) hakisan tanih oleh tindakan air
hujan dan air larian.
Dalam konteks Malaysia , kejadian tanah runtuh sering dikaitkan dengan faktor
pembangunan tanah yang pesat. Pembangunan tanah di Malaysia kebiasaannya
melibatkan pertukaran kawasan litupan hutan kepada pembangunan pertanian,
perbandaran,perindustrian, infrastruktur dan perumahan. Pembangunan sedemikian
sering melibatkan potongan cerun dan salah urus cerun yang bersifat tidak mesra alam
sehingga memungkinkan berlaku pergerakan jisim yang boleh mengakibatkan kejadian
tanah runtuh.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
7/26
TEMA TUGASAN
2.2 Apa itu Tanah Runtuh?
Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering
berlaku samada secara semulajadi atau akibat daripada aktiviti manusia. Proses kejadian
tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan
yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan gravity.
Sekiranya ia berlaku secara kecilan atau perlahan, ia mungkin kurang membahayakan
alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi
kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.
Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang
disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang dihadapi
oleh beberapa terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko
gempabumi dan gunung berapi (volcano)
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
8/26
TEMA TUGASAN
2.3 Konsep
Rajah 2.3
Beberapa konsep asas tentang tanah runtuh dapat dinyatakan . Pergerakannyaadalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak
balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa
seperti aliran air atau tidak.
Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan
kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah
boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan
atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarahuntuk pembinaan jalan raya ataupun bangunan-bangunan.
Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa
bumi,letusan volcano atau saliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana
tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalami penstrukturan
semula supaya menjadi lebih stabil.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
9/26
TEMA TUGASAN
i. Komposisi
Komposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir,
gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan batuan yang bercampur tanah
disebut debris atau puing. Bahan-bahan ini dipercayai mengalami kegagalan akibat
beberapa faktor penyebab. Kandungan bahan ini boleh mencapai jumlah yang besar
sehingga 1,000,000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang besar daripada
kawasan sekitarnya.
2.4. Jenis-jenis tanah runtuh
1. Geluncuran (Gelongsoran)
Geluncuran merupakan satu lagi pergerakan jisim cepat yang berlaku dengan tiba-tiba.
Pergerakan ini melibatkan pergerakan tanah-tanih dan bongkah batuan dalam skala besar
di cerun-cerun yang umum. Terdapat tiga jenis geluncuran iaitu robohan, geluncuran puin
dan geluncuran batuan.
i . Geluncuran jenis robohan melibatkan pergerakan pergerakan bongkah-bongkah batuan
di cerun-cerun bukit atau gunung yang curam. Pergerakan ini berlaku apabila beban yang
berat di lapisan atas menyebabkan lapisan batuan lembut di bawah runtuh dan ini
membolehkan batuan lapisan atas turut bergerak menuruni cerun.
ii. Geluncuran puin pula merupakan pergerakan serpihan batuan secara golekan di
sesuatu cerun yang curam. Biasanya pergerakan jenis ini melibatkan pergerakan serpihan
batuan atau puin-puin yang kurang padat serta yang kering. Tarikan graviti memainkan
peranan penting terhadap pergerakan ini.
iii. Geluncuran batuan ialah melibatkan pergerakan bongkah-bongkah batu yang besar dicerun yang agak curam. Pergerakan jenis ini berlaku terhadap batuan berlapis-lapis yang
tersusun secara serong. Struktur batuannya mempunyai banyak retakan dan rekahan.
.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
10/26
TEMA TUGASAN
2. Runtuhan
Pergerakan jenis ini pula melibatkan pergerakan puin-puin dan bongkahan batu secara
tiba-tiba di cerun yang sangat curam, seperti di tebing tinggi. Terdapat dua jenis runtuhan
iaitu runtuhan batu dan runtuhan puin.
i. Pergerakan jisim jenis runtuhan batu biasanya disebabkan struktur batuan yang telah
menjadi lemah akibat proses-proses luluhawa dan pelbagai aktiviti manusia. Tarikan
graviti penting terhadap pergerakan jenis ini. Runtuhan ini biasanya mengandungi
pelbagai saiz dan bentuk batu. Apabila ia terjatuh akan terlonggok membentuk kun talus
di kaki-kaki tebing tinggi atau kaki gunung.
ii. Pergerakan runtuhan puin pula melibatkan pergerakan serpihan batuan di cerun-cerun
curam seperti di tebing tinggi. Pergerakan ini mungkin merupakan kesinambungan dari
proses geluncuran puin di cerun-cerun yang lebih landai.
3. Aliran Tanah
Pergerakan jenis ini melibatkan pemindahan bahan seperti tanah liat dan lumpur yang
sangat basah di cerun-cerun bukit. Pergerakan ini biasanya berlaku di cerun-cerun yang
agak landai iaitu gradian 5 darjah hingga 30 darjah. Aliran ini dianggap lebih perlahan
berbanding dengan pergerakan jenis aliran lumpur. Di Gurun panas, hujan yang berkala
lebat akan menyebabkan pergerakan jenis ini. Pergerakan ini tidak berlaku di alur-alur
atau lurah-lurah tetapi bergerak secara menyeluruh di permukaan cerun.
Di Tropika lembap panas, hujan yang lebat dalam jangka masa yang lama akan
menyebabkan lapisan atas tanah bertambah berat kerana tepu dengan air. Tekanan tinggi
terhadap lapisan bawah menyebabkan lapisan bawah geluncur dan mengalir menjadi
aliran tanah.
4. Aliran Lumpur
Pergerakan ini sangat giat di kawasan-kawasan gurun panas dan separa gurun terutama di
bahagaian cerun-cerun yang curam. Berbanding dengan aliran tanah , aliran lumpur lebih
pantas pergerakannya. Hujan berkala dan lebat menyebabkan lapisan tanah yang longgar
di permukaan yang tepu dengan air menghasilkan lumpur. Bahan lumpur ini akan
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
11/26
TEMA TUGASAN
bergerak dengan cepat melalui alur-alur atau lurah-lurah di lereng-lereng bukit ataugunung.
Akhirnya muatan ini akan dimendapkan sebagai kipas lanar di kaki-kaki bukit. Aliran
jenis ini lebih aktif di permukaan cerun yang terdedah dan kurang litupan bumi. Aliran
lumpur dipengaruhi oleh beberapa keadaan fizikal yang menggalakkan fenomena
tersebut.
- Kewujudan permukaan bumi dengan bahan-bahan yang longgar serta butiran bentuk
kecil yang mudah mengalir apabila terkena hujan atau air dan pencairan salji.
- Permukaan bumi yang bercerun curam sangat sesuai untuk pergerakan jisim jenis aliranlumpur.
- Bekalan air yang banyak akan berfungsi sebagai pelincir serta media pengangkutan
terhadap butir kecil seperti tanah liat dan lumpur.
2.5. Faktor-faktor kejadian tanah runtuh.
Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas.
Tanah runtuh berlaku apabila kandungan air menjadi tinggi yang akan menyebabkan
tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohensifnya. Ini akan menyebabkan tanah menjadi
lembap dan mudah bergerak seterusnya mengalir ke tempat lain sehingga cerun menjadi
tidak stabil. Seterusnya , letusan gunung berapi akan menghasilkan mendakan piroklas,
hujan lebat dan aliran lumpur dengan banyak yang boleh memasuki sungai-sungai atau
tasik. Apabila berlakunya gempa bumi, ia akan menyebabkan gegaran yang boleh
mengakibatkan struktur cerun menjadi lemah untuk mengalami runtuhan atau pergerakan
sesar(discontinuity) yang akan menjadi lebih aktif.
Selain daripada faktor di atas, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor
lain seperti faktor alam dan faktor manusia.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
12/26
TEMA TUGASAN
i. Faktor AlamFaktor alam yang boleh dibincangkan ialah geomorfologi. Penimbusan tanah yang
banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.
Geomorfologi terjadi apabila ada gelongsoran, di mana satu cerun yang curam di atas
satu permukaan yang mempunyai kekuatan bahannya yang rendah. Jenis dan ketebalan
bahan juga merupakan salah satu faktor alam. Faktor alam yang seterusnya ialah
pemendakan yang memainkan peranan signify dalam permulaan bagi tanah runtuh.
Pemendakan akan bertambah pada musim sejuk kerana kekuatan tanah berkurang akibat
air berlebihan. Air berlebihan boleh menyebabkan pertambahan beban pada bahan dalam
sistem di samping tekanan liang juga akan bertambah dengan pengurangan kekuatanbahan. Hal ini akan mengakibatkan kegagalan cerun berlaku.
ii. Faktor manusia.Faktor manusia pula ialah pengubahsuaian cerun atau oversteeping yang biasanya berlaku
di jalan raya, pembinaan landskap. Puncak cerun overloading juga merupakan faktor
manusia di mana berat isi dan struktur-struktur bahagian atas cerun diletakkan bagi
bahan-bahan di bawah. Sekiranya muatan bertambah ianya boleh mengakibatkan
gelongsoran. Pemindahan tumbuh-tunbuhan yang kerap juga akan menyebabkan
berlakunya tanah runtuh
2.6 Risiko
Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat
ketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landau dan rata.
Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia .
Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, pengangkutan dan
merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagi faktor dan contoh kejadian tanah
runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran
dikalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah
runtuh daripada berlaku lebih teruk lagi
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
13/26
TEMA TUGASAN
2.7 Kesan Tanah Runtuh
Tanah runtuh merupakan satu malapetaka major dunia kerana ia tersebar luas dan
memberi impak yang besar termasuk negara Malaysia. Kesan daripada malapetaka tanah
runtuh ini berbahayakepada manusia dan juga kepada benda hidup yang lain.
Contohnya, bahan di cerun yang tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau
aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah
dan kereta dan menghalang laluan jambatan . Aliran sungai bercampur lumpur yang
dasyat boleh menyebabkan pasir sepanjang laluannya.
Begitu juga dengan air batu floes yang terbentuk dalam sungai tersumbat dengan air batu
dan mengalir dengan lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan
tenaga yang mengcukupi bagi meruntuhkan jambatan. Air batu boleh terkumpul di tubir
atau di atas lapisan salji yang lemah atau tidak stabil menyebabkan runtuhan berlaku.
Aliran piroklas (pyroclastic) yang berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun,
dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas boleh
memakan apa sahaja yang dilalui memberi kesan kemusnahan dan kematian.
Rajah 2.6
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
14/26
TEMA TUGASAN
2.8 Pendidikan dan Kesedaran Awam
Amaran tahap pertama sebenarnya lebih merupakan tahap penerapan ilmu
pengetahuan tentang sains kejadian alam bumi dan proses tabii alam yang sentiasa
berlaku di sekeliling kita. Salah satu ilmu pengetahuan yang penting tentang bagaimana
proses-proses dalaman dan luaran bumi berlaku dan berinteraksi bagi menjamin
keseimbangan kitaran pelbagai unsur bumi.
Dengan adanya pendidikan umum berkenaan proses geologi diharapkan akan lahir
masyarakat berilmu dan sensitif terhadap perkaitan antara kehidupan seharian dengan
peristiwa geologi samada yang mendatangkan bencana atau yang mendatangkan manfaatpastinya akan lebih menyayangi alam tabii dan tidak akan menjadi mahkluk perosak
bumi tanpa berfikir panjang.
Penekanan juga hars diberi terhadap pengetahuan tentang tanda-tanda awal kedatangan
sesuatu bencana alam juga amat penting untuk kita ketahui. Tanda-tanda sebelum
berlakunya tanah runtuh seperti;
1. Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atauterjadi.
2. Retakan baru serta pembekan tanah, jalan atau kaki lima.3. Ketandusan tanah pada foundation sesuatu pembinaan.4. Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain seperti senget/bergerak
daripada struktur utama rumah.
5. Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit.6. Kepecahan serta kebocoran pada paip air.7. Kecondongan pada tiang telefon/eletrik , pokok, dinding penahan atau pagar.8. Garisan lurus pagar menjadi bengkang bengkok.9. Pemendapan ketara permukaan jalan10.Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
15/26
TEMA TUGASAN
BAB 3
METODOLOGI
3.0 Metodologi KajianLangkah-langkah dalam membuat kajian ini ialah;
1. Membaca dan memahami berkenaan dengan topik tanah runtuh. Membaca berkenaan gempa bumi daripada jurnal-jurnal yang
berkaitan dengan tanah runtuh dan juga yang diperolehi daripada
internet.
2. Mendapat dan meneliti beberapa pelan tindakan persediaan tanah runtuh yangtelah digunakan dinegara-negara yang sering dilanda tanah runtuh seperti
Jepun.
Sumber ini didapati di internet berkenaan dengan pelan tindakan yangtelah dibuat oleh beberapa negara sebagai panduan untuk menghadapi
bencana tanah runtuh.3. Input dari pembacaan akan menghasilkan pengenalan dan kajian literature.
Hasil maklumat daripada pembacaan yang telah dijalankan itu dapatmemberi pemahaman .
4. Membuat satu borang kajian selidik untuk orang ramai mendapat maklumbalas berkenaan tahap kesedaran mereka terhadap bahaya tanah runtuh.
Membuat sedikit kajian berkenaan cara-cara membuat boring kajiselidik yang baik lalu menghasilkan satu boring kaji selidik berkenaan
situasi sebenar ketika bencana tanah runtuh.
5. Data daripada kaji selidik tersebut dianalisis bagi menentukan tahapkesedaran.
Borang soal selidik yang dihasilkan itu dihantar kepada responden dansetelah dikembalikan ianya dibuat analisis untuk menentukan sejauh
mana tahap kesedaran berkenaan bahaya tanah runtuh.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
16/26
TEMA TUGASAN
Dalam metodologi kajian ini, secara ringkas menunjukkan aliran mengenai cara kajian ini:
Mengenalpasti masalah tentang kajian.
Membuat hipotesis tentang kajian
Menentukan matlamat
Menentukan objektif kajian
Membuat kajian literatur
Memahami konsep tanah runtuh
Membuat borang kaji selidik dan diedarkan kepada golongan sasar
Menganalisa data daripada maklumbalas kaji selidik tersebut
Membuat kesimpulan.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
17/26
TEMA TUGASAN
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS
4.0 PENGENALAN
Kajian dalam tugasan ini ialah adalah berkisarkan kepada kesedaran golongan sasar
mengenai apa yang patut dilakukan jika gempa bumi terjadi. Maklumat utama mendapatkan
statistik terhadap tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya tanah runtuh.
Rancangan yang dibuat merangkumi maklumat yang akan dikumpulkan, kaedah
pengambilan sampel, kaedah analisis data yang digunakan dan responden yang terlibat. Bab
ini juga turut menghuraikan teknik dan kaedah pengumpulan data dari sampel yang diambil.
Pihak yang disoal selidik adalah guru-guru sekolah, pensyarah, pelajar dan mereka yang
terbabit dengan sektor pembinaan.
Bahagian ini menerangkan mengenai rancangan kajian yang akan dilakukan meliputi
perkaraperkara berikut:
i. Kaedah pengumpulan data dan maklumat.
ii. Maklumat dan data yang akan dikumpulkan.
iii. Sasaran individu/pihak responden yang terlibat mewakili data yang dikehendaki.
iv. Masalah yang dihadapi dan cadangan yang disyorkan oleh responden.
Melalui kaedah soal selidik ini, ia meliputi beberapa peringkat yang mana ia merupakan
proses penting dalam pengumpulan maklumat yang dikehendaki di dalam kajian ini. Proses-
proses yang terlibat dalam kaedah ini adalah seperti:
i. Peringkat penyediaan soal selidik.
ii. Peringkat pengedaran soal selidik.
iii. Penerimaan borang soal selidik.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
18/26
TEMA TUGASAN
Penghasilan borang soal selidik adalah berdasarkan daripada objektif dan skop yang telahditetapkan pada awak kajian.
i. Bahagian A.
Bahagian A menghendaki responden mengisi maklumat tentang diri responden kitu sendiri.
Maklumat-maklumat ini adalah seperti jantina, umur dan pekerjaan responden.
ii. Bahagian B mempunyai 10 soalan yang kebanyakan soalannya berhubungkait dengan apa
tindakan yang patut diambil jika keadaan tanah runtuh itu terjadi. Dalam bahagian ini, soalan1 hingga 10 mempunyai 2 jawapan samada Ya atau Tidak.
4.1 Pembentangan dan perbincangan hasil kajian.
Pengumpulan data yang diperolehi telah dianalisis . Ini bertujuan untuk mendapatkan
keputusan kajian di mana ia berperanan untuk mendapatkan kesimpulan kajian. Analisis
terperinci dijalankan berdasarkan segala data dan maklumat yang dikumpul dengan menyusun,
mengubah dan menguraikan segala data dengan terperinci agar ia dapat menemukan kehendak
objektif kajian. Proses analisis terperinci ini merupakan kesinambungan daripada analisis awaldan data-data yang diambil daripada kaedah soal selidik yang dijalankan sebelum ini.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
19/26
TEMA TUGASAN
BAHAGIAN A
Latarbelakang Responden
Bilangan Peratus
Jantina Lelaki
Perempuan
41
43
49%
51%
Umur 21-25 tahun
26-30 tahun
31-35 tahun
36-40 tahun40 tahun ke atas
34
13
4
429
40%
15%
5%
5%35%
Pekerjaan Pensyarah universiti
Guru sekolah
PelajarTerlibat dengan sektor
pembinaan
8
36
298
10%
44%
36%10%
JADUAL 1
Daripada Jadual 1, dapat dikenal pasti seramai 41 orang adalah responden lelaki dan 43 orang
adalah responden perempuan. Daripada peratusan ini dapat diketahui bahawa responden
perempuan lebih ramai menjawab borang soalselidik yang diedarkan iaitu lebih 3% berbandingresponden lelaki. Hasil daripada keputusan ini dan memang diakui bahawa penduduk perempuan
lebih ramai daripada penduduk lelaki di Malaysia, jadi keberangkalian untuk responden
perempuan mengisi boring soal selidik lebih tinggi berbanding responden lelaki.
Dalam borang soal selidik dimasukkan soalan yang berkaitan umur adalah untuk mengetahui
secara terperinci umur responden. Bahagian umur juga adalah penting untuk mengetahui tahap
usia responden untuk dikaitkan dengan tahap kesedaran bahaya tanah runtuh. Daripada jadual
menunjukkan peratusan tertinggi yang menjawab soalan ini adalah umur 21 hingga 25 tahun .
Dapat disimpulkan di sini, bahawa umur antara 21 hingga 25 tahun adalah golongan dewasa dan
menunjukkan golongan yang tertinggi menjawab soal selidik ini.
Peratusan yang paling tinggi melengkapkan borang soal selidik ini terdiri daripada responden
yang bekerja sebagai guru sekolah. Keputusan sedemikian diperolehi disebabkan borang
soalselidik diedarkan kepada rakan sejawat. Kebanyakan pelajar sebagai responden kedua
tertinggi merupakan rakan-rakan adik yang belajar di UM begitu juga dengan pensyarah
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
20/26
TEMA TUGASAN
universiti. Responden yang terlibat dalam pembinaan mendapat kerjasama dari rakan yangbekerja di bidang berkenaan.
BAHAGIAN B
SOALAN YA
(%)
TIDAK
(%)
1. Adakah anda mempunyai pengalaman mengahadapi tanahruntuh?
11 89
2. Pada pendapat anda, adakah ada kemungkinan untuk berlakutanah runtuh di kawasan anda?
75 25
3. Pada pendapat anda, adakah struktur bangunan di Malaysiakuat untuk menanggung gegaran jika tanah runtuh berlaku?
12 88
4. Adakah tanda-tanda untuk berlakunya tanah runtuh dapatdiketahui/ dirasai?
58 42
5. Adakah anda pernah didedahkan dengan pengetahuanberkaitan dengan persediaan mengahadapi bencana tanahruntuh?
30 70
6.
Adakah anda dan keluarga pernah berbincang mengenai tanahruntuh dan apa yang perlu dilakukan jika berlakunya tanah
runtuh?
30 70
7. Adakah anda dan keluarga anda mempunyai tempatperlindungan yang selamat jika berlaku tanah runtuh?
6 94
8. Adakah anda dan keluarga anda mempunyai alat-alat atauubatan kecemasan yang mungkin digunakan jika berlakutanah runtuh?
15 85
9. Adakah anda tahu siapa/pihak yang patut dihubungi untukmeminta bantuan jika bencana tanah runtuh berlaku?
48 52
10.Apakah anda tahu di mana untuk mendapat maklumat terkiniberkenaan tanah runtuh?
32 68
Daripada keputusan yang didapati jelas menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak
pernah mengalami pengalaman tanah runtuh. Keputusan sedemikian diperolehi disebabkan
bukan semua kawasan di Malaysia mempunyai risiko tanah runtuh. Hanya kawasan tanah tinggi
bercerun curamsahaja berisiko tinggi. Kebanyakan responden tinggal di kawasan tanah rata.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
21/26
TEMA TUGASAN
Dalam soalan kedua, menjurus kepada mendapatkan pandangan responden berkenaankemungkinan untuk berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman masing-masing.Seramai 75%
menyatakan tidak ada kemungkinan untuk berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman
masing-masing dan selebihnya menyatakan ada kemungkinan berlakunya tanah runtuh di
kawasan kediaman mereka.Pada pandangan sebilangan besar responden menyatakan tidak
berlaku , ini kerana kawasan kediaman mereka di kawasan yang selamat dan kurang berisiko.
Bagi soalan 3 juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat responden. Soalan ini
meminta pendapat berdasarkan pengalaman samada struktur bangunan di Malaysia ini kuat
untuk menangggung gegaran tanah runtuh. Daripada peratusan yang ditunjukkan dapat dilihat
bahawa kebanyakan bangunan di Malaysia tidak mengambil kira faktor kedudukan mahupunstruktur bangunannya.
Dalam soalan 4 berkaitan tentang sebelum kejadian tanah runtuh itu sama ada terdapat tanda
tanda yang boleh dirasai atau dikesan .58% responden bersetuju bahawa tanda-tanda sebelum
tanah runtuh dapat dirasai atau dikesan. Responden berpendapat sedemikian mungkin kerana
tanah runtuh dapat dilihat daripada perubahan persekitaran dan juga dengan kemajuan teknologi
bagi mengesan tanda-tanda tanah runtuh. Manakala bakinya merasakan tanda-tanda tidak dapat
dirasai atau dikesan. Responden menyatakan sedemikian mungkin kerana tidak ada pengalaman
dan tidak pernah menghadapi suasana tanah runtuh.
Soalan 5 responden didedahkan dengan soalan yang berkaitan dengan pengetahuan atau ilmu
berkaitan dengan persediaan menghadapi tanah runtuh sama ada pernah didedahkan ataupun
tidak. Ianya mungkin didedahkan secara formal atau tidak seperti dari buku-buku, surat khabar
atau daripada ibubapa dan rakan-rakan. Daripada jadual , didapati 30% responden sahaja yang
pernah terdedah dengan pengetahuan menghadapi bencana tanah runtuh. Manakala sebaliknya
mengatakan mereka tidak pernah didedahkan. Ianya satu peratusan yang membimbangkan
kerana kejadian tanah runtuh boleh berlaku di mana-mana sahaja, kemungkinan ketika bercuti
kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Genting Highland.
Di dalam soalan 6, responden diutarakan dengan soalan yang berkaitan sama ada keluarga
responden pernah berbincang tentang tanah runtuh dan apa yang seharusnya dilakukan jika
tanah runtuh. Dalam kes ini ianya boleh dipanggil pendedahan secara tidak formal dan dibincang
di rumah dan diberi dalam bentuk nasihat ataupun peringatan antara ahli keluarga. 70%
mengatakan tidak pernah berbincang mengenai tanah runtuh. Daripada peratusan ini jelas
menunjukkan yang ibubapa dan penjaga tidak ada kesedaran terhadap bahaya tanah runtuh.
Situasi ini agak kurang baik kerana apabila penjaga atau ibubapa tidak menyerapkan kesedaran
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
22/26
TEMA TUGASAN
bahaya tanah runtuh ini dibimbangi anak-anak dan ahli keluarga tidak tahu dan tidak sedar apayang patut dilakukan jika tanah runtuh terjadi.
Soalan 7 berkaitan sama ada responden dan ahli keluarga mereka mempunyai tempat
perlindungan yang selamat jika tanah runtuh terjadi. Soalan ini bermaksud sama ada responden
dan ahli keluarga mempunyai satu tempat yang boleh ditujui dan selamat untuk didiami jika
sesuatu bencana terjadi. Ianya akan menjadi tempat perlindungan untuk ahli keluarga selepas
berlaku tanah runtuh sementara menunggu untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan
penyelamat. Secara jelas menunjukkan 94% responden menyatakan yang mereka tidak
mempunyai tempat yang selamat untuk perlindungan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan
daripada kita tidak sedar dan tidak membuat persediaan bagi menghadapi tanah runtuh. Hanyasebilangan kecil 6% sahaja yang tahu dan sedar sebuah tempat perlindungan yang selamat amat
perlu jika berlaku insiden tanah runtuh.
Dalam soalan 8, responden diajukan dengan soalan yang berkaitan sama ada mereka dan
keluarga mereka mempunyai alat-alat dan ubatan kecemasan dalam simpanan mereka yang
mungki digunakan jika berlakunya tanah runtuh. Alat-alat dan ubatan kecemasan ini akan
menjadi sangat penting semasa mengahadapi bencana tanah runtuh. Jika seseorang itu
mempunyai ubat kecemasan mereka secara tidak langsung akan dapat merawat ahli keluarga
yang tercedera semasa tanah runtuh tanpa menunggu pihak penyelamat kerana semasa bencana
pihak penyelamat sukar untuk mengesan kedudukan dan mengambil masa yang lama untuksampai ke tempat bencana. Peratusan responden tidak bersedia amat tinggi, adalah menjadi satu
tanggungjawab jika kita berusaha menyelamatkan nyawa dan boleh memberi rawatan dengan
segera kepada mereka yang tercedera.
Soalan 9 menanyakan responden sama ada mereka tahu ataupun tidak kepada siapa pihak yang
patut mereka hubungi untuk meminta bantuan jika bencana tanah runtuh terjadi serta adakah
responden tahu untuk menghubungi pihak yang boleh membantu mereka ketika kecemasan
ataupun pihak penyelamat seperti bomba dan pertahanan awam. Peratusan responden yang tahu
siapa dan pihak yang patut mereka hubungi untuk meminta bantuan semasa bencana tanah
runtuh adalah sebanyak 48%, manakala peratusan responden yang tidak tahu untuk memintabantuan adalah sebanyak 52%. Peratus responden yang tidak tahu agak besar iaitu lebih separuh
daripada responden. Mungkin kerana tiada pendedahan dan kurang membaca menjadi faktor
kepada ketidaksedaran responden daripada mengetahui siapa pihak yang patut dihubungi jika
terjadi keadaan sedemikian. Mungkin dalam hal ini kerajaan seharusnya memainkan peranan
yang lebih besar untuk menyedarkan rakyat melalui kempen atau penyebaran maklumat melalui
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
23/26
TEMA TUGASAN
media massa ataupun elektronik. Dengan penyebaran berkenaan topic kesedaran bencana alamseperti tanah runtuh dan seumpamanya akan menyedarkan rakyat.
Di dalam soalan 10 ia berkaitan dengan tempat untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan
dengan tanah runtuh selepas sesuatu bencana itu terjadi. Maklumat terkini berkenaan tanah
runtuh penting kerana melaluinya kita mengetahui sama ada ia berakhir ataupun tidak. Siapa
mangsa yang terkorban, di mana ahli keluarga kita berada, di mana untuk mendapatkan bekalan
di mana untuk mendapatkan rawatan susulan dan apa garis panduan yang dikeluarkan oleh
pemerintah untuk diikuti oleh orang ramai supaya keadaan selepas gempa bumi dapat dikawal
dan gtidak timbul suasana panik di kalangan penduduk.Sebanyak 68% responden yang
menjawab soalan ini tidak tahu di mana untuk mendapatkan maklumat gterkini. Ini jelasmenunjukkan tahap kesedaran yang rendah dikalangan penduduk Malaysia.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
24/26
TEMA TUGASAN
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
Hasil daripada borang kaji selidik yang telah dikaji dan dianalisis, secara keseluruhannya
memberi gambaran bahawa tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap bahaya tanah runtuh
masih rendah jika dibandingkan dengan tahap kesedaran masyarakat Jepun dan Taiwan. Inikerana di negara-negara tersebut, pendedahan b erkenaan bencana ini diterapkan sejak kecil lagi
dan ianya menjadi satu kemestian di sekolah-sekolah melakukan pendedahan kepada pelajar-
pelajarnya.
Dilihat daripada analisis yang dilakukan, terdapat keadaan di mana responden tidak tahu apa
tindakan yang patut mereka ambil jika terjadi gempa bumi. Diharapkan dengan kerjasama semua
pihak satu usaha boleh dilakukan dalam merubah paradigm dan cara berfikir rakyat Malaysia
agar sediakan paying sebelum hujan. Kita maklum kawasan yang sering terjadi tanah runtuh
ialah kawasan tanah tinggi. Kawasan tanah tinggi yang sensitif merupakan sumber alam yang
harus di jaga buatgenerasi seterusnya. Pembangunan seperti pembinaan lebuhraya, perumahandan pusat perlancongan haruslah dikawal. Undang-undang perlu diperketatkan agar tidak
disalahgunakan oleh pihakpihak tertentu.
Hambatan perkembangan yang semakin pesat dan drastic kini mencetuskan implikasi negative
kepada manusia dan alam sekitarnya. Tragedi-tragedi yang melakar sejarah negara seperti
Highland Towers, kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan banyak lagi haruslah dijadikan
iktibar. Perancangan yang kemas dan teratur dalam pembangunan amat diperlukan . Kegilaan
untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nyawa manusia dan kepentingan
alam sekitar tidak seharusnya menjadi budaya pembangunan terutama di kawasan tanah tinggi.
Sewajarnya pihak kerajaan peka negeri peka terhadap masalah yang timbul akibat pembangunanyang tidak terkawal, terutamanya kesan terhadap ekologi.
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
25/26
TEMA TUGASAN
5.2 Cadangan
Setelah dibuat kesimpulan, beberapa cadangan yang boleh digunakan olh pihak-pihak tertentu.
Cadangan-cadangan yang diberikan adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah
dijalankan.
Antara cadangannya:
1. Menerapkan nilai-nilai kesedaran dan pengetahuan berkenaan persediaan menghadapibencana tanah runtuh di peringkat sekolah rendah lagi.
2. Mengadakan satu kempen tentang kesedaran bahaya tanah runtuhdi seluruh negaramelibatkan semua pihak termasuk penglibatan media massa dan elektronik serta
mengedarkan brosur.
3. Sentiasa mengadakan latihan kecemasan terutama di bangunan-bangunan tinggi sepertipejabat dan pasaraya.
4. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai berkenaan kesedaran bahaya tanah runtuh kepadaanak-anak semasa di rumah.
5. Menyediakan frasarana mesra tanah runtuh seperti susun atur perabot dan alatan yangmudah pecah.
6. Ibu bapa mengajar anak-anak pelan kecemasan terutama berlaku bencana seperti tanahruntuh.
7. Fungsi bilik seperti ruang tidur yang berisiko di tukar kepada bilik bacaan .
7/27/2019 asgmt jmg314.docx
26/26
TEMA TUGASAN
5.3 RUMUSAN
Bencana ini merupakan petanda semulajadi ekoran daripada perubahan ekologi atau ekosistem
alam. Pelbagai faktor telah menyebabkan berlakunya perubahan ekologi secara mendadak
sehingga meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Tidak dinafikan kejadian tanah runtuh
adalah semulajadi. Namun begitu bukan sekadar langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan
malahan tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia perlu ditingkatkan dalam mengurus alam
sekitar.
Bertepatan dengan objektif, masyarakat perlu lebih peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isuyang melibatkan pembangunan lestari, pengetahuan tentang alam sekitar. Dengan pengetahuan
yang sewajarnya, sikap dan amalan masyarakat terhadap alam sekitar akan lebih positif sejajar
dengan matlamat meningklatkan pembangunan lestari nasional. Secara keseluruhannya,
perkembangan dalam bidang pendidikan alam sekitar menunjukkan harapan yang positif untuk
terus maju. Pendokong pendidikan alam sekitar haruslah memastikan bahawa bidang ini akan
terus kekal dan relevan selaras dengan perkembangan dunia masa kini.