Bab 2 fungsi kawalan motor

Post on 19-Aug-2015

464 views 40 download

Transcript of Bab 2 fungsi kawalan motor

FPTV, UTHMFPTV, UTHM

BBBBVV

3300110033

FUNGSI KAWALAN FUNGSI KAWALAN MOTORMOTOR

Fungsi kawalan motor pada asasnya mempunyai 5 kategori utama iaitu :

1. Hidup-henti2. Mempercepatkan3. Kawalan kelajuan4. Gerakan mara-songsang5. Pembrekan

Hidup – Henti

STARTING MOTOR

(i) DIRECT ONLINE

STARTER(permulaan talian terus)

(iv) SOFT STARTER(pemula lembut)

(ii) STAR DELTA

(pemula bintang-delta)

(iii) AUTO-TRANSFORMER STARTING

Menghubungkan terminal motor terus

kepada punca bekalan dan menghasilkan

arus permulaan bermula pada motor.

Sesuai digunakan kepada motor kecil <5 hp

(3.75 kW).

Kebanyakan motor boleh bergerak arah dan

arah lawan jam tertakluk kepada litar yang

dibina.

Biasanya digunakan untuk memulakan pam

air, mesin-mesin pemampat (compressors),

kipas dan pengangkut (conveyor).

M

Line

Fuses

Contactor

Thermal Relay

Motor

Kebaikan Keburukan

• Kos rendah.

• Tiada had untuk jumlah bermula.

• Menggunakan ruang yang kurang ketika pemasangan .

• Arus permulaan tinggi:

• Kejatuhan voltan.

• Pelindung komponen mesti amat besar (kabel, penyentuh).

•Menghasilkan kilas puncak.

• Penyenggaraan dan kerosakan-kerosakan mekanikal meningkat.

Apabila sampai pada tahap maksimum, sambungan delta

disambungkan dan berterusan sehingga butang henti ditekan.

Untuk merendahkan arus permulaan motor.

Sambungan star boleh kurangkan permulaan arus sebanyak 1/√3

daripada arus penuh.

Biasanya digunakan untuk pengempar (mesin dengan daya emparan

untuk memisahkan sebatian), alat kawalan pengudaraan, dan pam.

Prinsip kendalian?

• Pada mula motor arus

melalui sambungan star.

• Apabila motor beroperasi

pada kelajuan normal, suis

sambungan star akan

terbuka.

Kebaikan

• Kos rendah.

• Tiada had untuk jumlah bermula.

• Pemasangan menggunakan ruang yang kecil.

• Arus mula kurang kepada 1/3 daripada arus nominal.

Keburukan

• Memerlukan 6 buah kotak terminal.

• Voltan talian = voltan fasa sambungan star

• Motor mesti sampai sekurang-kurangnya 90% daripada kadar kelajuan permulaan.

• Tendangan arus yang tinggi apabila proses penukaran litar bintang ke delta.

• Arus mula hanya kurang kepada 1/3 sahaja daripada arus nominal .

Untuk merendahkan arus permulaan motor.

Mempunyai 3 sesentuh utama supaya aliran arus pada motor

sentiasa ada (tiada gangguan pada aliran arus).

Prinsip kendalian?

• Bekalan masuk ke sesentuh

pertama (bekalkan 415V) dan

seterusnya ke sesentuh

kedua (bekalkan 240V).

Kemudia masuk ke

transformer yang akan

membekalkan 240V ke motor,

pada aras seterusnya, akan

alirkan 415V ke motor.

Keburukan

• Jumlah arus permulaan adalah terbatas .

• Kos tinggi.

• Lebih berat dan bersaiz besar.

Kebaikan

• Motor tidak disambungkan kepada auto-transformer ketika naik turun voltan.

• Pembolehubah voltan permulaan – 65V untuk 90% voltan talian.

• Digunakan untuk motor elektrik AC (bagi sementara ) untuk

mengurangkan beban dan kilas dalam motor semasa

permulaan.

• Ini mengurangkan bebanan mekanikal pada motor dan shaft

dan juga bebanan elektrodinamik pada kabel kuasa dan

rangkaian pengagihan elektrik, memanjang sistem tersebut.

• Mengandungi peranti mekanikal atau elektronik atau gabungan

kedua-duanya.

Mekanikal: Mengandungi clutch, coupling

Elektronik: mengawal sistem yang mengurangkan kilas

secara sementara dengan mengurangkan arus

dan voltan masukan atau peranti yang bertindak

menyusun sementara perjalanan motor yang

disambungkan kepada liter elektrik.

Kebaikan

• Permulaan yang lembut merangkumi peranti elektrik and mekanikal - mengurangkan kejutan ketika ketika naik turun voltan.

•Mempunyai pad kekunci atau alat kawalan jauh.

• Perlindungan penuh pada motor.

• Beban beroperasi secara beransur-ansur.

• Beban berhenti secara beransur-ansur.

• Jimat tenaga.

Kawalan CepatanKawalan Cepatan

Dikelaskan kepada:1. Kawalan cepatan Manual2. Kawalan cepatan Automatik3. Kawalan cepatan Arus-Had4. Kawalan cepatan Frekuensi-Gelincir

Bagi motor sangkar-tupai boleh disesuaikan bergantung kepada keperluan beban dan kelajuan.

Bagi motor lilitan-rotor, pengawalan gelendong(controller-drum) dapat dilakukan dengan berkesan seperti yang diperlukan untuk memberi kelajuan yang sesuai.

Salah satu kawalan cepatan automatik ialah kawalan masa-tepat.

Satu geganti lewat masa(Delay relay,time) akan digunakan untuk setiap kelajuan.

Contoh:Amali 4 (kawalan turutan berulang)Amali 5 (kawalan turutan paksa)

Ia dilakukan mengikut kelajuan dan cepatan yang diperlukan.

Kelemahan: tidak memberi kesan kepada keadaan mesin, beban atau arus motor.

Kerana kawalan hanya pada masa.

Digunakan untuk mempercepatkan pergerakan motor.

Sesuai bagi peralatan yang tidak mampu bertahan daripada daya kilas penuh sehingga beban telah sampai ke satu kelajuan yang diberi.contoh tali sawat atau gear dengan berat sifat tekun yang tinggi.

Setiap kelajuan akan dibawa oleh satu geganti arus yang tidak akan menutup litar untuk kelajuannya sehingga arus menurun ke satu nilai selamat.

Sistem ini sesuai digunakan pada motor jenis:Motor lilitan-rotorMotor segerak

Oleh sebab frekuensi bagi motor lilitan-rotor berkadaran kepada kelajuan, maka geganti frekuensi sensitif boleh digunakan untuk memberikan tenaga kepada setiap kelajuan.

Kelemahan: kawalan ini mesti dihidupkan pada permulaan llaju tahap paling rendah.

Sebelum memilih sesuatu cara kawalan cepatan,beberapa perkara perlu diperhatikan.

Jenis kawalan cepatan Sensitif kepada

Manual Tindak balas pengendali

Masa-tepat Selang masa

Arus-had Beban ke atas motor

Frekuensi-gelincir Kelajuan pada motor

Kawalan KelajuanKawalan Kelajuan

Kebanyakan mesin memerlukan hanya suatu pengurangan laju untuk hidupan dan untuk suatu kelajuan angkatap semasa kendalian

Kawalan laju jenis ini boleh dicapai dengan menggunakan penghidup voltan-kurang samada ke atas motor sangkar tupai, lilitan rotor ataupun motor segerak.

Kelajuan yang berubah-ubah menjadi suatu keperluan memandangkan sesebuah motor mesti dikendalikan oleh beberapa kelajuan yang berbeza-beza mengikut kehendak pengendali

Kawalan jenis ini boleh dicapai melalui penggunaan motor lilitan-rotor dengan satu pengawalan pendua atau motor A.U jenis komutator

Kawalan jenis ini memerlukan pertukaran kelajuan semasa beban rendah

Kawalan jenis ini hanya dibezakan sedikit daripada kawalan laju yang berubah-ubah iaitu dengan tidak memerlukan perubahan kelajuan semasa beban rendah

Motor sangkar tupai pelbagai kelajuan adalah sesuai untuk perkhidmatan jenis ini

Dengan adanya kawalan jenis ini, sesebuah mesin dapat dipercepatkan melalui beberapa jejak kelajuan kepada satu kendalian laju yang sudah ditentukan

Kedua-dua motor sangkar-tupai dan lilitan rotor adalah sesuai untuk perkhidmatan jenis ini.

Motor Arus Terus banyak digunakan kerana ciri-ciri kawaln lajunya yang boleh memberikan keperluan pemacuan yang paling baik

Kelajuan motor sesiri dikawal oleh sejumlah rintangan yang berterusan disambung sesiri dengan angker dan medan sesiri.

Kawalan yang biasa untuk kawalan laju bagi motor sesiri ialah kawalan gelendong yang digunakan dengan perintang kekisi kerja berat.

Kawalan laju bagi motor pirau dan campuran pula ialah cantuman penghidup empat-poin dan kawalan laju

Gerakan Mara-Gerakan Mara-SongsangSongsang

Sebuah motor aruhan 3 fasa boleh diubah putarannya dengan menukarkan mana-mana 2 daripada 3 punca motor tersebut.

Motor yang digunakan untuk dua arah putarannya ini dibekalkan dengan satu penghidup : dinamakan penghidup mara- songsang.

F

R

M

M

PB2

Penghidup mara- songsang ini disertakan dengan alat kait punca ( interlock).

Kait punca bermaksud satu penghalang daripada kedua-dua gegelung bagi membolehkan sesuatu litar mendapat tenaga elektrik secara serentak.

Contoh: Apabila gegelung F mendapat tenaga elektrik,gegelung R mesti dihalang daripada mendapat tenaga elektrik.

PembrekanPembrekan

Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa menghentikan sesebuah motor.

Bagi sesetengah mesin, perkara yang mustahak ialah memutuskan punca-punca motor itu dan membiarkannya berhenti sendiri.

Boleh dilakukan secara manual atau automatik.

Penghentian secara automatik dilakukan melalui penggunaan suis had, suis apung atau sebarang alat pandu kendalian.

Motor dihentikan dengan menekan punat tekan henti pada litar kawalan.

Tidak semua mesin boleh diberhentikan secara sendirian. Contohnya seperti kren atau mesin angkut.

Apabila menggunakan mesin seperti ini, mestilah memikirkan tentang beban yang mempunyai satu kecenderungan kepada putaran motor.

Ia dinamakan sebagai satu beban baik-pulih.

Motor arus ulang-alik jenis lilitan rotor biasa digunakan kerana hentian dilakukan secara beransur-ansur melalui beberapa jejak.

Cara perlahan-lahan ini boleh membantu membatalkan beban baik-pulih.

Sebaik sahaja motor itu tanggal daripada talian, satu brek mekanikal akan di bekalkan secara automatik.

Brek ini akan mengunci motor yang di sambungkan pada beban.

Dilakukan dengan menggunakan motor yang terlibat sebagai janakuasa.

Menyambungkan satu tenaga-usiran rintangan yang melintangi punca setelah ia diputuskan daripada talian.

Digunakan untuk pelbagai jenis motor contohnya motor aruhan dan motor segerak.

Bila punat tekan henti ditekan Motor ditanggal sambungannya daripada

bekalan 3 fasa Lilitan stator diuji dengan arus terus. Kemudian satu medan magnet pegun akan

ditimbulkan oleh arus terus pada lilitan stator

Motor berputar – arus tinggi(besar) akan timbul seterusnya bertindak dengan medan pegun bagi stator supaya daya kilas songsang timbul untuk menghentikan motor

Rajah di bawah menunjukkan penghidup magnet melintangi talian dengan pembrekan secara dinamik.

Melalui penanggalan talian daripada motor

Meletakkan satu perintang melintangi punca motor

Akan menjadikan ia satu janakuasa. Perintang merupakan satu bebanan

yang berat kepada janakuasa dan menyebabkan janakuasa berhenti serta merta.

Perintang yang digunakan mestilah mampu menghilangkan kuasa terjana semasa motor dihentikan.

Tidak boleh digunakan dengan kerap – perintang mesti mempunyai masa untuk sejuk sebelum kendalian lain diteruskan

Motor yang perlu dihentikan secara serta-merta dan tepat tetapi tidak perlu memegang beban bolehlah menggunakan cara yang di sebut henti plagging.

Dilakukan melalui penggunaan suis plaging automatik atau satu punat tekan palgging yang bersangkutan dengan satu penghidup songsang.

Dalam sesetengah penggunaan motor tiga fasa, adalah mustahak untuk menghentikan motor tersebut dengan serta merta.

Jika sambungan bagi mana-mana dua punca talian yang disambungkan ke motor disongsang, satu daya kilas songsangan akan timbul, memberikan penghentian motor yang cepat dan kemudian kembali pada arah songsang.

Penghidup yang dilakukan untuk tujuan ini ialah suis motor magnet melintangi talian yang disertai oleh alat-alat songsangan. Satu geganti plagging mestilah digunakan dengan penghidup ini.

Sambungan bagi satu kawalan henti-cepat dapat dilihat daripada contoh litar tersebut.

Litar Kawalan Automatik dengan Geganti Plagging

SEKIAN, TERIMA KASIH