Post on 12-Nov-2014
description
Mineral – unsur atau sebatian kimia yang terdapat secara semula jadi di dalam kerak Bumi.
Contoh mineral – emas, perak, batu kapur dan bijih timah.
Mineral wujud dalam bentuk unsur atau sebatian.Mineral yang wujud dalam bentuk unsur adalah
tidak aktif – bebas di dalam kerak Bumi tanpa bergabung dengan unsur lain.
Mineral dalam bentuk sebatian terdiri daripada gabungan beberapa jenis unsur yang berlainan.
Mineral semulajadi
Jenis bijih Kandungan mineral
Unsur-unsur dalam mineral
Bauksit Bijih aluminium
Aluminium oksida
Aluminium dan oksigen
Kasiterit Bijih timah Timah oksida Timah dan oksigen
Hematit Bijih besi Besi oksida Besi dan oksigen
Magnetit Bijih magnesium
Magnesium karbonat
Magnesium, karbon dan oksigen
Malakit Bijih kuprum Kuprum karbonat
Kuprum, karbon dan oksigen
Pirit besi Bijih besi Besi sulfida Besi dan sulfur
Galena Bijih plumbum
Plumbum sulfida Plumbum dan sulfur
Kalkosit Bijih kuprum Kuprum sulfida Kuprum dan sulfur
Batu kapur/marm
ar
- Kalsium karbonat
Kalsium, karbon dan oksigen
Tanih liat - Aluminium silikat
Aluminium, silikon dan oksigen
Mika - Kalium aluminium silikat
Kalium, aluminium, silikon dan oksigen
BAUKSIT(BAUXITE)
KASITERIT(CASSITERIT
E)
MAGNETIT(MAGNETITE
)
HEMATIT(HEMATITE)
MALAKIT(MALACHITE
)
PIRIT BESI(IRON
PYRITE)
GALENA(GALENA)
KALKOSIT(CHALCOCIT
E)
BATU KAPUR(LIMESTONE
)
MARMAR(MARBLE)
TANIH LIAT(CLAY)
MIKA(MICA)
Sifat mineral dibahagi kepada:Sifat kimia – warna, kekerasan, kekilauan, dan
bentuk hablurSifat fizik – ketelarutannya dalam air, tindak
balas secara kimia, dan tindakan haba ke atasnya. Mineral mempunyai warna yang berlainanKekerasan mineral merujuk kepada ketahanan
terhadap hakisan atau goresan.Mineral yang keras dapat menggores mineral
yang kurang keras.Amnya, semua oksida, sulfida dan karbonat logam
adalah mineral yang keras.
Mineral semula jadi Warna
Hematit Perang
Malakit Hijau
Bauksit Putih
Kasiterit Hitam
Galena Kelabu
Pirit Besi Hitam
Batu Kapur Putih
Warna mineral
Kebanyakan mineral adalah tidak larut dalam air.
Mineral seperti oksida logam dan silikat biasanya tidak terurai oleh haba.
Sesetengah mineral seperti karbonat dan sulfida logam mudah diuraikan dengan cara pemanasan.
Tindakan haba dapat menguraikan sebatian itu kepada unsurnya atau sebatian lain.
1) Tindakan haba ke atas karbonat logama) Haba dapat menguraikan karbonat logam
kepada oksida logam dan membebaskan karbon dioksida.
b) Sebagai contohnya,
c) Gas karbon dioksida yang terbebas dapat diuji dengan menggunakan air kapur. Air kapur akan menjadi keruh jika terdapatnya gas karbon dioksida.
Karbonat logam Oksida logam + Karbon dioksida
dipanaskan
Zink karbonat Zink oksida + Karbon dioksida
dipanaskan
2) Tindakan haba ke atas sulfida logama) Hampir semua sulfida logam terurai apabila
dipanaskan untuk membebaskan gas sulfur dioksida dan membentuk oksida logam:
b) Sebagai contohnya,
c) Gas sulfur dioksida ialah gas berasid dapat diuji dengan:
i. Larutan kalium manganat (VII) berasid. Gas ini melunturkan warna ungu larutan ini
ii. Larutan kalium dikromat (VI) berasid. Gas ini menukarkan warna jingga larutan ke hijau.
Sulfida logam + oksigen Oksida logam + Sulfur dioksida
dipanaskan
Magnesium sulfida + oksigen Magnesium oksida+ Sulfur dioksida
dipanaskan
Logam adalah unsur yang mempunyai permukaan yang berkilau, mulur dan boleh ditempa.
Periuk, kuali, sudu, pisau dan sebagainya diperbuat daripada logam.
Contoh logam termasuk zink, magnesium, natrium, besi, kuprum, plumbum, emas dan perak.
Bukan logam adalah unsur yang mempunyai permukaan yang pudar dan rapuh.
Contoh-contoh bukan logam termasuk grafit (karbon), sulfur, oksigen dan klorin.
Kebanyakan logam bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk oksida logam.
Logam yang berlainan bertindak balas dengan oksigen mengikut kereaktifan yang berbeza.
Logam seperti natrium dan kalium sangat aktif dan mudah berpadu dengan oksigen walaupun terdedah kepada udara sahaja.
Logam seperti emas dan perak bertindak sangat perlahan dengan oksigen.
Logam + oksigen Oksida logam
Magnesium + oksigen Magnesium oksida
Logam Pemerhatian semasa tindak balas logam
dengan oksigen
Keraktifan tindak
balas
Persamaan tindak balas
Magnesium Terbakar dengan api putih
berkilauan
Sangat cergas
Magnesium + Oksigen Magnesium oksida
Aluminium Terbakar dengan nyalaan yang
terang
Sangat cergas
Aluminium + Oksigen Aluminium Oksida
Zink Nyalaan terang merebak secara
perlahan
Cergas Zink + Oksigen Zink Oksida
Besi Baraan merebak secara perlahan
Cergas Besi + Oksigen Besi Oksida
Plumbum Baraan panas merah
Kurang cergas
Plumbum + Oksigen Plumbum Oksida
Kuprum Baraan malap Kurang cergas
Kuprum + Oksigen Kuprum Oksida
Kebanyakan logam bertindak balas dengan sulfur untuk membentuk sulfida logam.
Contoh:
Seperti tindak balas antara logam dengan oksigen, logam yang berlainan bertindak balas dengan sulfur mengikut kereaktifan yang berbeza.
Logam + sulfur Sulfida logam
Besi + sulfur Besi sulfida
Zink + sulfur Zink sulfida
Silikon – unsur bukan logam yang kedua banyak ditemui dalam kerak Bumi.
Silikon tidak ditemui sebagai unsur bebas dalam semula jadi.
Silikon biasanya berpadu dengan unsur lain seperti logam dan oksigen untuk membentuk sebatian silikon.
Silika dan silikat merupakan sebatian silikon.
Silika juga dikenali sebagai silikon dioksida.
Silika terdiri daripada gabungan unsur silikon dan oksigen mengikut persamaan yang berikut:
Contoh silika ialah pasir, kuarza dan batu api.
Silikon + Oksigen Silikon dioksida
(Silika)
Silikat – Sebatian silikon yang mengandungi unsur silikon, logam dan oksigen
Silikat terbentuk apabila silikon bergabung dengan oksigen dan logam
Contoh silikat termasuklah tanih liat, mika, feldspar dan asbestos. Kebanyakan batu perhiasan sperti jed, rubi dan topaz adalah silikat.
Silikon + Oksigen + Logam Silikat
Sebatian silikon
Silika Silikat
Silikon, oksigenSilikon, oksigen,
logam
Pasir, kuarza, batu api
Tanah liat, mika, feldspar, asbestos
• Tidak larut dalam air• Tidak bertindak balas dengan
asid• Tidak terurai oleh haba
Terdiri daripada
Terdiri daripada
Contoh Contoh
Sifat Sifat
Kegunaan silika dalam kehidupan harian
Pasir digunakan membuat bata, mortar, simen, konkrit dan barangan kaca
seperti kelalang dan cermin.
Batu api digunakan untuk menyalakan pemetik api dan
dapur gas.
Kuarza dicampurkan di dalam simen untuk membuat konkrit
Kegunaan silikat dalam kehidupan harian
Asbestos digunakan sebagai penebat haba dalam bentuk kepingan. Asbestos
juga digunakan untuk membuat pakaian ahli bomba.
Topaz, rubi, nilam, zamrud dan jed digunakan sebagai batu
perhiasan.
Mika digunakan sebagai penebat elektrik di dalam alat elektrik.
Tanih liat (aluminium silikat) digunakan untuk membuat barangan seramik
seperti pasu bunga, tembikar, pinggan mangkuk, periuk dan jubin
Air kaca (natrium silikat) digunakan untuk mengawet telur, membuat pengilap perabot
dan lantai, dan membuat gel silika untuk menyerap wap air.
Silikon tulen – digunakan membuat cip elektronik. Cip elektronik kadangkala disebut cip silikon.
Cip elektronik – digunakan dalam alat elektronik seperti komputer, kalkulator dan jam digital.
Gentian yang dibuat daripada sebatian silikon disebut gentian optik. Gentian optik digunakan untuk:a) Menggantikan wayar kuprum bagi
menghantar maklumat seperti data bunyi, video dan lain-lain pada kelajuan cahaya.
b) Memerhatikan organ-organ dalam seperti perut tanpa pembedahan pada pesakit dalam bidang perubatan.
Sebatian kalsium karbonat terbentuk daripada gabungan unsur kalsium, karbon dan oksigen.
Kalsium karbonat wujud dalam pelbagai jenis batuan semulajadi seperti marmar, kalsit dan batu kapur.
Batu karang, kulit telur, kulit kerang, cengkerang siput, tulang haiwan dan gigi manusia semuanya kalsium karbonat.
Kalsium karbonat adalah pepejal putih yang keras.
Sebatian kalsium karbonat tidak larut dalam air.
Sebatian kalsium karbonat bertindak balas dengan asid menghasilkan garam, air dan membebaskan karbon dioksida.
Jenis garam yang terhasil bergantung pada jenis asid yang digunakan.
Gas karbon dioksida yang terbebas dapat diuji dengan menggunakan air kapur.
Kalsium karbonat + asid cair garam kalsium + karbon dioksida + air
Kalsium karbonat + asid sulfurik cair kalsium sulfat + karbon dioksida + air
Contoh:
Kalsium karbonat + asid hidroklorik kalsium klorida+ karbon dioksida + air
Kalsium karbonat + asid nitrik kalsium nitrat + karbon dioksida + air
Kalsium karbonat (batu kapur atau marmar) terurai menghasilkan kalsium oksida (kapur tohor) dan membebaskan karbon dioksida apabila dipanaskan dengan kuat.
Karbon dioksida yang dibebaskan mengeruhkan air kapur.
Kalsium karbonat (batu kapur) kalsium oksida + karbon dioksida
(kapur tohor)
dipanaskan
1) Apabila dipanaskan dengan kuat, kalsium karbonat (batu kapur atau marmar) terurai untuk membentuk kalsium oksida (kapur tohor) dan membebaskan karbon dioksida.
2) Serbuk putih kapur tohor terbentuk di lapisan luar batu kapur.
Kalsium karbonat (batu kapur) kalsium oksida + karbon dioksida
(kapur tohor)
dipanaskan
3) Apabila beberapa titik air dititiskan ke atas kalsium oksida (kapur tohor) dalam keadaan panas, bunyi desiran kedengaran. Banyak haba terbebas.
4) Pepejal yang terbentuk ialah kalsium hidroksida (kapur mati)
5) Kalsium oksida (kapur tohor) berpadu dengan air untuk membentuk pepejal kalsium hidroksida (kapur mati)
Kalsium oksida (kapur tohor) + air pepejal kalsium hidroksida (kapur mati)
6) Jika sedikit air ditambahkan, pepejal kalsium hidroksida akan larut sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan kalsium hidroksida yang disebut air kapur.
7) Hasil yang terbentuk ialah air kapur kerana larutan ini:
Bersifat alkali yang menunjukkan pH lebih daripada 7
Digunakan untuk mengesahkan kehadiran gas karbon dioksida.
Pepejal kalsium hidroksida (kapur mati) + air larutan kalsium hidroksida
(air kapur)
8) Pembentukan kalsium oksida dan kalsium hidroksida diringkaskan seperti yang berikut:
Kalsium karbonat(batu
kapur/marmar)
Kalsium oksida
(kapur tohor)
Pepejal kalsium hidroksida
(kapur mati)
Larutan kalsium hidroksida(air kapur)
dipanaskan
Tambah sedikit air
Larut dalam air
1) Batu kapur digunakan untuk:
• Membuat kapur tohor
• Membuat kaca• Menbuat simen
apabila dicampurkan
dengan tanah liat dan air
• Menyingkirkan bendasing dalam
proses pengekstrakan bijih
logam2) Marmar digunakan
untuk membuat sebahagian
daripada bangunan seperti lantai.
Kapur tohor digunakan untuk:• Mengeringkan gas
ammonia dan alkohol
• Membuat kapur mati
• Membuat air kapur
1) Kegunaan kapur mati termasuk:
a) Meneutralkan keasidan tanah
b) Dimakan dengan daun sirih
c) Menjadikan tanah liat lebih telap
d) Mengurangkan keasidan air di takungan air
e) Mengumpalkan zarah-zarah
f) Membuat kapur pengecat
g) Membuat plaster
Kegunaan Kalsium karbonat
Kegunaan Kalsium oksida
Kegunaan Kalsium hidroksida
Sumber bahan api semula jadi yang terdapat di kerak Bumi termasuk:
a)Petroleumb)Gas aslic)Arang Batud)Kayu KayanPetroleum dan gas asli adalah sebatian
hidrokarbon kerana kedua-duanya terdiri daripada campuran sebatian yang hanya dibina daripada unsur hidrogen dan karbon sahaja.
Sejenis cecair hitam yang likat
Terbentuk daripada pereputan haiwan dan tumbuhan laut mati
yang terenap dalam laut berjuta-juta tahun dahuluEnapan organisma ini akan
bertukar menjadi petroleum apabila dikenakan suhu dan tekanan yang tinggi untuk
tempoh yang panjang
Petroleum dalam kerak bumi biasanya terperangkap antara dua lapisan batuan tak telap dan diperoleh bersama-sama
gas asli.Pelbagai sebatian hidrokarbon
ini dapat diasingkan secara penyulingan berperingkat.
Hal ini kerana semua jenis hidrokarbon yang berlainan
mempunyai takat didih yang berbeza.
Semakin tinggi takat didih suatu pecahan petroleum:
a)Semakin gelap warnanyab)Semakin tinggi kelikatannya
c)Semakin sukar untuk membakard)Semakin banyak jelaga nyalaan
yang terhasilSemua pecahan petroleum
adalah tidak larut dalam air
Suhu penyulingan Hasil penyulingan
Di bawah 25 ˚C Gas petroleum (gas bahan api)
40 – 75 ˚C Petrol
75 – 150 ˚C Nafta
150 – 230 ˚C Kerosin
230 – 250 ˚C Diesel
250 – 300 ˚C Minyak pelincir
300 – 350 ˚C Minyak bahan api
Lebih daripada 350 ˚C Bitumen (sisa)
Suhu dan hasil penyulingan berperingkat petroleum
Pecahan petroleum
Kegunaan
Gas petroleum • Sebagai bahan api masak
Petrol • Sebagai bahan api untuk kenderaan seperti kereta, motosikal dan kapal terbang
Nafta • Sebagai sumber bahan kimia• Membuat plastik• Sebagai pelarut
Kerosin • Sebagai bahan api kapal terbang jet• Sebagai bahan api untuk memasak dan pelita
Diesel • Sebagai bahan api kenderaan berat seperti lori, bas, kereta api, kapal, traktor, dan jentera
Minyak pelincir • Sebagai bahan pelincir enjin kenderaan dan mesin
Minyak bahan api • Sebagai bahan api kapal dan penjana tenaga elektrik
Bitumen • Sebagai bahan pembinaan (tar) jalan raya• Sebagai bahan kalis air
Pecahan petroleum dan kegunaannya
Gas asli – Sebatian hidrokarbon yang biasanya diperoleh bersama-sama petroleum.
Gas asli digunakan:a) Sebagai bahan api di kilang dan di
rumahb) Untuk membuat ammonia dan
baja bernitrogen (baja urea)
Arang batu – terbentuk daripada tumbuhan paya yang mati berjuta-juta tahun dahulu dan dimampatkan oleh lapisan tanah diatasnya.
Tekanan dan suhu tinggi yang bertindak ke atas tumbuhan tersebut menukarkannya kepada arang batu.
Kandungan utama arang batu ialah karbon.
a) Menjana tenaga elektrik di stesen penjana terma elektrik
b) Mengekstrak logam daripada bijihnya dalam relau bagas dengan menggunakan arang batu
c) Membuat bahan kimia seperti pencelup dan naftalena (ubat gegat) daripada tar arang batu.
d) Memanaskan ruang rumah pada musim sejuk.
a) Sebagai bahan api dalam bentuk kayu api dan arang batu. Arang kayu biasanya berasal daripada pokok bakau.
b) Papan digunakan untuk membuat perabot, rumah dan jambatan.
c) Dijadikan palpa untuk membuat kertas
Langkah penggunaan sumber bahan api semula jadi dengan berkesan
Mencipta dan menggunakan alat yang
menjimatkan penggunaan bahan api
Lebih mengutamakan penggunaan sumber tenaga yang
boleh diperbaharui seperti tenaga suria
Memperkembangkan teknologi untuk
mempertingkatkan kecekapan memproses dan
menggunakan sumber tenaga ini
Mengitar semula bahan seperti plastik. Penggunaan semula
bahan kimia daripada barangan terpakai mengurangkan
penggunaan bahan kimia mentah seperti petroleum dalam industri
pembuatan.
END OF CHAPTE
RCreated by fariha subri