Post on 06-Feb-2018
BAB III
REKABENTUK DAN METODOLOGI
PENDAHULUAN
Di dalam bab pertama, pengkaji telah pun mengutarakan permasalahan
dan tujuan utama kajian dijalankan iaitu untuk (a) mengenalpasti tahap
kompetensi komunikatif bahasa Arab, (b) melihat hubungan beberapa
pembolehubah dengan tahap kompetensi komunikatif pelajar, (c)
mengenalpasti halangan-halangan untuk berkomunikasi bahasa Arab dan
(d) mengenalpasti strategi komunikasi yang digunakan pelajar ketika
berkomunikasi. Sementara di dalam bab kedua pula, pengkaji telah
menerangkan (a) teori pembelajaran bahasa kedua dan ketiga, (b)
model-model strategi komunikasi. Pengkaji juga memaparkan kajian
lampau berkaitan (a) pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua /
bahasa asing dan (b) penggunaan strategi komunikasi oleh pelajar
bahasa kedua.
Bab ini pula akan membincangkan tentang langkah-langkah yang
diambil oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian iaitu (a) rekabentuk
kajian, (b) kaedah kajian, (c) subjek kajian, (d) instrumen kajian, (e) kajian
rintis dan (f) prosedur analisis data kajian.
108
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang akan dilaksanakan secara
keratan rentas (cross-section) dengan menggunakan kaedah analisis data
secara kuantitatif dan kualitatif. Newman dan Benz (1998) menjelaskan ;
“All behavioral research is made up of a combination of
qualitative and quantitative constructs … We believe that
conceptualizing the dichotomy (using separate and distinct
categories of qualitative and quantitative research) is not
consistent with a coherent philosophy of science”
(m.s: 9)
Mengikut Patton (1990), pendekatan kuantitatif mampu mengukur
reaksi dan tindak balas responden terhadap soal selidik yang terhad dan
dapat menganalisis masalah yang dikaji dengan ringkas dan tepat. Ini
kerana data kuantitatif adalah sistematik, piawai, mudah dianalisis dan
dikemukakan dalam masa yang singkat.
109
“The advantage of quantitative approach is that it’s possible
to measure the reaction of a great many people to a limited
set of questions , thus facilitating comparison and statistical
aggregation of the data. This gives abroad, generalizable
set of findings presented succinctly and parsimoniously”
(Patton, 1990 m.s :14)
Analisis data secara kualitatif pula digunakan untuk mengenalpasti
dan mengkategorikan bentuk-bentuk strategi komunikasi verbal dan
nonverbal yang digunakan pelajar ketika berkomunikasi di dalam
beberapa aktiviti tugasan komunikasi lisan. Cara pendekatan ini juga telah
digunakan oleh pengkaji-pengkaji lalu di dalam mengkaji strategi
komunikasi pelajar bahasa kedua (Ang Lai Hoon; 1992, Aminah Mahmud;
1996, Sri Juriati Ownie; 1997 dan Sheila March Rocky; 1998).
Pengkaji telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah (a)
tinjauan dan (b) kajian kes. Dalam kaedah tinjauan, pengkaji
menggunakan instrumen borang soal selidik dan ujian kompetensi lisan.
Kaedah tinjauan dipilih untuk mengumpul maklumat mengenai profil
responden, mengenalpasti tahap kompetensi responden dan melihat
hubungan pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan
kompetensi komunikatif mereka. Sementara kaedah kajian kes digunakan
pengkaji untuk mengenal pasti penggunaan strategi komunikasi bahasa
Arab di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
110
(SMKA) terdapat di negeri Selangor melalui transkripsi rakaman video
beberapa aktiviti tugasan komunikasi lisan yang diberikan kepada 18
orang responden yang terpilih (purposive sampling) berdasarkan tahap
kompetensi komunikatif mereka.
Dua kategori pembolehubah terlibat dalam kajian ini, iaitu
pembolehubah bebas (independent variable) dan pembolehubah berkait
(dependent variable). Pembolehubah bebas terdiri daripada aspek-aspek
profil responden iaitu jantina, aliran pengajian dan keputusan bahasa
Arab Komunikasi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Di samping itu,
pembolehubah bebas juga ialah pembolehubah-pembolehubah yang
berkaitan dengan pembelajaran bahasa iaitu (a) sikap, (b) motivasi, (c)
strategi pembelajaran pelajar, (d) pendekatan pengajaran guru dari
persepsi pelajar, (e) pendedahan luaran dan persekitaran bahasa Arab di
sekolah, masalah kekurangan kosa kata serta bentuk-bentuk strategi
komunikasi yang digunakan pelajar ketika berkomunikasi.
Manakala pembolehubah berkait (dependent variable) ialah skor
tahap kompetensi komunikatif bahasa Arab pelajar-pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang diperolehi melalui ujian
kompetensi lisan yang dijalankan terhadap setiap subjek.
111
Rekabentuk kajian ini dapat digambarkan seperti dalam rajah 3.1
berikut ;
Pembolehubah Bebas (independent variable)
(a) Sikap (b) Motivasi
(c) Strategi Pembelajaran (d) Pendekatan Pengajaran
(e) Pendedahan Persekitaran (f) Pendedahan Luaran
Tahap kompetensi komunikatif
(a) Aras Kompetensi Tinggi (b) Aras Kompetensi Sederhana
(c) Aras Kompetensi Rendah
Pembolehubah Bersandar
(dependent variable)
Strategi Komunikasi
Rajah 3.1 : Rekabentuk Kajian
ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF
[analisis min, peratus, frekuensi]
Skor Ujian Kompetensi
Lisan Bagi
Menilai 7 elemen Kompetensi
Komunikatif Pelajar
Korelasi P
earson r Transkripsi R
akaman V
ideo Aktiviti Kom
unikasi Lisan
112
PROSEDUR KAJIAN
Prosedur kajian dapat dijelaskan secara berperingkat-peringkat dari
bermula dari kelulusan cadangan kajian sehinggalah analisis data dibuat.
Setelah cadangan tesis ini diluluskan oleh Jawatankuasa Ijazah Tinggi,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, pengkaji mengemukakan
permohonan kepada Bahagian Perancangan dan Kajian Dasar
Pendidikan (BPPRD) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mendapatkan kebenaran menjalankan kajian ini.
Kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah
menengah kebangsaan agama di Negeri Selangor dan Wilayah
Persekutuan telah juga diperolehi dari Pengarah Jabatan Pendidikan
Selangor dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah. Setelah itu,
pengkaji mengadakan membuat lawatan awal ke sekolah terbabit untuk
berbincang dengan pihak pentadbir sekolah mengenai prosedur
menjalankan kajian termasuklah menentukan masa dan sampel yang
akan terlibat di dalam kajian yang akan dijalankan. Lawatan seterusnya
oleh pengkaji ke sekolah-sekolah berkenaan adalah mengedarkan (a)
borang soal selidik, (b) mengadakan ujian kompetensi lisan dan (c)
mengadakan aktiviti tugasan komunikasi lisan.
Data kajian dikumpul melalui tiga peringkat, iaitu pertama
responden diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan
113
maklumat mengenai profil mereka, sikap dan motivasi mereka terhadap
bahasa Arab, strategi pembelajaran bahasa Arab, pendekatan pengajaran
guru dan persekitaran budaya bahasa Arab di sekolah serta halangan-
halangan komunikasi yang dihadapi responden untuk berkomunikasi
dalam bahasa Arab. Responden diberi penerangan terlebih dahulu
sebelum mereka menjawab soal selidik dan menjalani ujian kompetensi
lisan. Ianya bagi mengelakkan daripada berlaku keraguan dan salah
faham. Masa diperuntukkan untuk menjawab soalan kaji selidik ialah
selama satu jam.
Dalam peringkat kedua, responden menjalani sesi ujian
kompetensi lisan. Ianya tujuan mengenalpasti tahap kompetensi
komunikatif mereka di dalam tujuh elemen kemahiran bertutur yang
diambil dari sukatan bahasa Arab Tinggi Edisi Semakan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002). Tiada masa dihadkan untuk setiap
responden menjawab soalan ujian kompetensi lisan. Ini memberi
keselesaan dan peluang kepada mereka memberi respon terhadap setiap
soalan yang dikemukakan.
Pengendalian borang soal selidik dan ujian kompetensi lisan
dijalankan oleh pengkaji dan dibantu oleh dua orang guru bahasa Arab di
setiap sekolah berkenaan. Ianya bertujuan bagi mewujudkan suasana
yang lebih mesra dan bersahaja responden ketika menghadiri sesi ujian
114
kompetensi lisan. Ini kerana mereka sudah pun mengenali guru-guru
berkenaan.
Peringkat ketiga pula, satu sesi aktiviti tugasan komunikasi lisan
diadakan terhadap 18 orang subjek yang mempunyai tahap kompetensi
komunikatif bahasa Arab yang berbeza. Pemilihan mereka ini
berdasarkan persampelan terpilih (purposive sampling). Subjek ini
dikenalpasti berdasarkan skor yang mereka perolehi semasa menjalani
ujian kompetensi lisan. Kajian dilakukan dengan menggunakan data
ujaran lisan (speech production) yang dipungut secara keratan rentas
(cross-section) daripada sekelompok responden yang terpilih di dalam
satu masa (Dulay, Burt & Krashen,1992). Ia bertujuan bagi mengenalpasti
bentuk strategi komunikasi yang mereka gunakan ketika menghadapi
masalah untuk menyampaikan sesuatu mesej. Korpus data mentah dalam
aktiviti tugasan komunikasi lisan ini ialah penghasilan pertuturan (speech
production) 18 orang pelajar yang mewakili tiga tahap kompetensi
komunikatif iaitu (a) tahap rendah, (b) tahap sederhana dan (c) tahap
tinggi.
Bagi memastikan semua ujaran lisan dan tingkah laku responden
dapat cerap dan diperhatikan, alat perakam video Panasonic NV-DS60
digunakan semasa aktiviti komunikasi lisan dijalankan. Rakaman ini
dijalankan setelah pengkaji mendapat kebenaran secara lisan dari
responden terbabit. Data rakaman video ini penting kerana ianya dapat
membantu pengkaji semasa menganalisis dan mentranskripsikan data.
115
Pengisian borang soal selidik, ujian kompetensi lisan dan aktiviti
tugasan komunikasi lisan bagi setiap sekolah yang terlibat dijalankan
pada hari yang berlainan. Proses pemungutan data melalui ujian
kompetensi lisan dan aktiviti tugasan lisan mengambil masa dua minggu
bagi sebuah sekolah. Ia bertujuan untuk memberi keselesaan kepada dan
keyakinan kepada responden memberi respon terhadap soal selidik dan
ujian kompetensi lisan serta aktiviti tugasan komunikasi lisan yang
dikemukakan pengkaji.
Jadual Pelaksanaan Kajian
Ringkasnya kajian ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: (a)
Mengenalpasti tahap kompetensi bahasa Arab Pelajar, (b) Mengenalpasti
hubungan beberapa pembolehubah terpilih dengan tahap kompetensi
komunikati pelajar dan (c) Mengenalpasti strategi komunikasi yang
digunakan pelajar apabila menghadapi masalah menyampaikan mesej .
Ini dijelaskan dalam rajah 3.2 berikut.
116
Rajah 3.2 Tiga Peringkat Pelaksanaan Dalam Kajian Ini
Bagi peringkat yang pertama iaitu mengenalpasti tahap kompetensi
bahasa Arab Pelajar , langkah-langkah berikut dalam rajah 3.3 berikut
telah dilaksanakan pengkaji;
Peringkat 2 : Kajian Deskriptif Mengenalpasti hubungan beberapa pembolehubah terpilih dengan tahap
kompetensi komunikati pelajar
Peringkat 3 : Kajian Kes Mengenalpasti strategi komunikasi yang digunakan pelajar apabila menghadapi
masalah menyampaikan mesej
Peringkat 1 : Kajian Deskriptif Ujian kompetensi bahasa Arab Pelajar
117
Langkah 1
Temubual bersama guru bahasa Arab dari
3 buah sekolah terbabit.
Langkah 2
Taklimat kepada responden tentang
prosedur ujian kompetensi lisan
Langkah 3
Melaksanakan Ujian Kompetensi Lisan
Langkah 4
Menganalisis Data Menggunakan Perisian
SPSS
Langkah 5
Menulis laporan kajian
Rajah 3.3 : Langkah-Langkah Peringkat Pertama
Bagi peringkat yang kedua iaitu mengenalpasti hubungan beberapa
pembolehubah terpilih dengan tahap kompetensi komunikati pelajar,
pengkaji telah melaksanakan langkah-langkah rajah 3.4 berikut;
118
Langkah 1
Memilih sampel secara rawak berlapis dari
kelas tingkatan 4
Langkah 2
Taklimat kepada responden tentang
objektif soal selidik dijalankan
Langkah 3
Mengedar soalselidik kepada responden
dan memberi waktu yang mencukupi untuk
responden memberi respon
Langkah 4
Menganalisis Data Menggunakan Perisian
SPSS
Langkah 5
Menulis laporan kajian
Rajah 3.4: Langkah-Langkah Peringkat Kedua
Bagi peringkat yang ketiga pula iaitu mengenalpasti strategi-
strategi komunikasi yang digunakan responden ketika menghadapi
masalah komunikasi dalam bahasa Arab, pengkaji telah melaksanakan
langkah-langkah dalam rajah 3.5 berikut;
119
Langkah 1
Memilih sampel secara purporsive
sampling melalui skor yang diperolehi
respondan semasa ujian kompetensi lisan
Langkah 2
Taklimat kepada responden tentang
objektif aktiviti tugasan komunikasi yang
dijalankan.
Langkah 3
Menjalankan aktiviti tugasan komunikasi
lisan secara berpasangan
Langkah 4
Menjalankan rakaman sepanjang aktiviti
tugasan lisan setelah mendapa persetujuan
responden
Langkah 5
Menjalankan transkripsi setiap ujaran lisan
yang terhasil semasa aktiviti tugasan lisan.
Langkah 6 Menganalisis transkripsi bagi
mengenalpasti strategi komunikasi yang
digunakan
Langkah 7 Menulis laporan
Rajah 3.5: Langkah-Langkah Peringkat Ketiga
120
KAJIAN RINTIS
Kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji pada 14 September 2004
hingga 26 September 2005. Seramai 25 orang pelajar tingkatan empat
Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur telah terlibat di dalam kajian
rintis ini.
Tujuan kajian rintis ini dijalankan ialah untuk ; (a) menguji
kebolehpercayaan dan meneliti ketekalan alat pengukuran yang
digunakan, (b) menentukan jangka masa yang diperlukan oleh responden
untuk menjawab soal selidik, menjalani ujian kompetensi lisan dan
mengikuti sesi aktiviti lisan yang dijalankan, (c) menentukan kesesuaian
format ujian kompetensi lisan dan aktiviti komunikasi lisan dengan tujuan
kajian dan (d) memastikan perkataan yang digunakan di dalam ujian
kompetensi lisan mempunyai maksud yang jelas bersesuaian dengan
laras bahasa pelajar.
SAMPEL KAJIAN
Terdapat dua peringkat sampel kajian ini. Peringkat pertama ialah sampel
bagi ujian kompetensi lisan dan borang soal selidik. Sampel kajian
peringkat pertama ini ialah 155 pelajar tingkatan empat yang belajar di
tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang terdapat
di negeri Selangor . Sampel kajian ini dipilih menggunakan kaedah rawak
121
barlapis. Bilangan sampel ini adalah memadai bagi kajian berbentuk
tinjauan atau deskriptif kerana menurut Fraenkel dan Norman (1996) ;
“There are a few guidelines that we would suggest with
regard to minimum number of subjects needed. For
descriptive studies, we think a sample with minimum
number of 100 is essential. For correlational studies, a
sample of at least 50 is deemed necessary to establish
the existence of a relationship…”
(m.s: 106)
Kaedah rawak berlapis dipilih digunakan bertujuan memastikan
bahawa sub-kumpulan di dalam populasi terpilih akan diwakili mengikut
kadar yang sama seperti populasi terpilih di dalam sampel. Ini penting
untuk mendapatkan kesimpulan yang sah berdasarkan analisis data.
Teknik ini digunakan kerana sub-kumpulan di dalam populasi ini adalah
tidak seragam seperti jumlah pelajar berdasarkan pencapaian bahasa
Arab PMR, yang berlainan jantina dan jumlah aliran pengajian pelajar
dari sekolah SMKA yang berbeza kuantitinya. Melalui teknik ini, saiz sub-
kumpulan yang kecil akan diambil kira bagi mengawal kehilangan subjek
dari sampel dan memenuhi kehendak analisis statistik.
122
Sementara dalam peringkat kedua kajian, pengkaji memilih
seramai 18 orang sampel secara purposive sampling yang mewakili tiga
tahap kompetensi komunikatif yang berbeza. Pemilihan ini berdasarkan
kepada skor yang mereka perolehi semasa ujian kompetensi lisan yang
telah dijalankan. Sampel dalam bahagian kedua ini adalah untuk
mengenalpasti bentuk strategi komunikasi yang digunakan sampel melalui
aktiviti tugasan komunikasi lisan yang diberikan kepada mereka.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah
berbentuk (a) soal selidik, (b) ujian kompetensi lisan, dan (c) aktiviti
tugasan komunikasi lisan yang dirakam dan ditranskripsikan.
Soalselidik
Instrumen soal selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan dalam
pengumpulan data (Mohd Majid Konting,1990). Untuk tujuan ini, pengkaji
akan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden untuk
mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan.
Item-item di dalam soal selidik sikap dan motivasi terhadap bahasa
Arab telah diadaptasi daripada beberapa kajian lalu di antaranya
123
Mohamad Awang (1996), Tarmizi Ahmad (1997), Ibtisam Mahmoud
Hassan Naji (1999) dan Hassan Mohamed Doka (2000). Sementara
instrumen soal selidik berkaitan strategi pembelajaran diubahsuai
daripada Strategi Inventory for Language Learning (Oxford, 1990).
Manakala item berkaitan pendekatan pengajaran bahasa Arab, faktor
persekitaran dan luaran dibina hasil daripada perbincangan pengkaji
dengan pensyarah penasihat. Kajian rintis telah dilakukan bagi menguji
kebolehpercayaan (reliability) dan meneliti ketekalan (validity) alat
pengukuran yang digunakan di mana pekali kebolehpercayaan yang
didapati daripada kajian rintis ini ialah alpha 0.8517.
Pembahagian Item Soalselidik
Kandungan borang soal selidik ini terbahagi kepada 6 bahagian iaitu A,
B ,C, D , E, F dan G. Ia adalah seperti berikut ;
BAHAGIAN A : Lata belakang responden
Bahagian ini mengandungi 4 item mengenai maklumat diri responden.
Item-item berkaitan dengan jantina, aliran pengajian, tahap pencapaian
Bahasa Arab PMR dan nama sekolah.
BAHAGIAN B : Sikap dan Motivasi Pelajar
Bahagian ini mengandungi 12 item bagi meninjau sikap dan motivasi
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
124
Pengelasan soalan adalah seperti berikut ;
Bil Pembolehubah Nombor item
1. Sikap B1, B2, B4, B7, B9, B11
2 Motivasi B3, B5, B6, B8, B10, B12
BAHAGIAN C : Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Pelajar
Bahagian ini mengandungi 20 item bagi mengetahui strategi
pembelajaran yang biasa diamalkan dalam pembelajaran bahasa Arab.
Terdapat enam elemen dalam strategi ini yang diadaptasi dari Strategy
Inventory for Language Learning (Oxford, 1990) iaitu;
Bil Pembolehubah Nombor item
1 Strategi mengingat (memory strategies) C1, C2, C3,
2 Strategi kognitif (cognitive strategies) C4, C5, C6, C7, C8
3 Strategi kompensasi (compensation
strategies)
C9, C10, C11,
4 Strategi meta-kognitif (meta-cognitive
strategies)
C12, C13, C14,
5. Strategi afektif (affective strategies) C15, C16, C17,
6. Strategi sosial (social strategies). C18, C19, C20
BAHAGIAN D : Pendekatan dan Teknik Pengajaran Bahasa Arab
Bahagian ini mengandungi 22 item yang berkaitan dengan amalan
125
pendekatan komunikatif yang diamalkan oleh guru ketika mengajar
bahasa Arab berdasarkan prinsip pendekatan komunikasi Littlewood
(1981) dan teknik-teknik pengajaran. Pengkelasan soalan adalah seperti
berikut ;
Bil Pembolehubah Nombor item
1. Prinsip komunikasi D1, D2, D3,
2. Prinsip tugasan D4, D5, D6,
3. Prinsip bermakna D7,D8, D9, D10,
D11,
4. Aktiviti komunikasi D12i,D12ii,D12iii,
D12iv, D12v,
D12vi, D12vii,
D12viii, D12ix,
D12x, D12xi, D12xii
BAHAGIAN E : Pendedahan Luaran dan Persekitaran B. Arab Sekolah
Bahagian ini mengandungi 12 item yang berkaitan dengan pendedahan
luaran dan persekitaran sekolah, iaitu
Bil Pembolehubah Nombor item
1. Aktiviti Kokurikulum E1, E2
2. Iklim bahasa Arab dalam persekitaran
sekolah
E3, E4, E5, E6
126
3. Bahasa komunikasi di luar Kelas. E7, E8,
4. Menghadiri kelas tuisyen dan kursus
bahasa Arab
E11, E12
5. Pengaruh media massa. E9, E10
BAHAGIAN F : Halangan-Halangan Berkomunikasi Di Dalam Bahasa Arab
Bahagian ini mengandungi 10 item bagi meninjau masalah yang dihadapi
pelajar berkomunikasi dalam bahasa Arab iaitu;
Bil Pembolehubah Nombor item
1. Halangan psikologi F1, F2, F7, F8,
2. Halangan kekurangan leksikal bahasa
Arab
F3, F4, F5, F6,
F9, F10
Pengkelasan Item Soal selidik
Di dalam menganalisis soal selidik ini, pengkaji menggunakan skala Likert
sebagai pengukuran bagi membolehkan data ini dianalisis menggunakan
statistik paramartik. Skala yang digunakan untuk mengkaji hubungan
pelbagai pembolehubah dan kompetensi komunikatif pelajar telah
diseragamkan bagi memudahkan kefahaman responden dan kaedah
menganalisis data oleh pengkaji.
127
Skala yang diberi kepada setiap pernyataan berhubung (a) sikap,
(b) motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab dan (c)
halangan-halangan yang dihadapi pelajar untuk berkomunikasi di dalam
bahasa Arab, seperti berikut;
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Amat setuju
Sementara skala yang diberi kepada setiap pernyataan berhubung
(a) strategi komunikasi yang digunakan pelajar, (b) strategi pembelajaran
pelajar, (c) pendekatan pengajaran guru bahasa Arab dan (d)
pendedahan luaran dan persekitaran sekolah seperti berikut;
1 Tidak pernah
2 Jarang-jarang
3 Kadang-kadang
4 Kerap kali
5 Selalu
128
Skala ini memberi lima nilai skor yang perlu dijawab oleh responden iaitu
nilai 1, 2, 3, 4 dan 5. Responden perlu memilih satu nilai bagi setiap
pernyataan yang diberi pada ruang yang disediakan mengikut maklum
balas yang difikirkan sesuai. Nilai skor yang tinggi iaitu 4 dan 5 mewakili ;
a. Sikap yang positif dan motivasi yang tinggi responden
terhadap bahasa Arab.
b. Pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran
dalam memupuk kompetensi bahasa Arab yang
berkesan.
c. Pendekatan komunikatif dan kepelbagaian teknik
pengajaran kerap diamalkan guru semasa pengajaran.
d. Persekitaran sekolah dan pendedahan luaran banyak
memberi input bahasa Arab kepada pelajar.
e. Pelajar menghadapi banyak masalah untuk berkomunikasi
dengan bahasa Arab.
Manakala nilai skor yang rendah pula iaitu 1, 2 dan 3 mewakili sebaliknya
iaitu ;
a. Sikap yang negatif dan motivasi yang rendah responden
terhadap bahasa Arab.
b. Pelajar kurang menggunakan pelbagai strategi
pembelajaran dalam mempelajari bahasa Arab.
129
c. Guru kurang mengamalkan pendekatan komunikatif ketika
mengajar.
d. Persekitaran sekolah dan pendedahan luaran banyak
memberi input bahasa Arab kepada pelajar
e. Pelajar tidak menghadapi banyak halangan untuk
berkomunikasi di dalam bahasa Arab.
Ujian Kompetensi Lisan
Untuk mengenalpasti tahap kompetensi komunikatif pelajar, definisi
kompetensi komunikatif Canale dan Swain (1980) digunapakai dan model
ujian kompetensi lisan Skehan (1998) telah diaplikasikan oleh pengkaji.
Model ujian kompetensi lisan ini dapat dilakarkan dalam rajah 3.6 berikut ;
130
Berdasarkan model ini, pengkaji menentukan dimensi kompetensi
komunikatif pelajar yang ingin dinilai iaitu tujuh elemen kemahiran
bertutur terpilih yang terkandung di dalam sukatan bahasa Arab Tinggi
Tingkatan Empat Edisi Semakan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2002).
Elemen-elemen yang akan diuji dalam ujian kompetensi lisan ialah
seperti berikut; (a) menyampaikan ucapan bertatasusila, (b)
mengungkapkan sesuatu mengenai perasaan, emosi dan keinginan (c)
menerangkan sesuatu mengenai diri, keluarga dan masyarakat, (d)
Rater
Scale Criteria
Performance Interactants Examiners
Other Candidates
Task Tasks characteristics
Task condition
Candidate
Ability for use Dual Coding
Underlying competences
Score
Rajah 3.6 : Model Ujian Kompetensi Lisan Skehan (1998)
131
menyampaikan arahan dan panduan, (e) mengutarakan pendapat
mengenai isu-isu semasa, (f) menyebut angka serta menggunakan di
dalam ungkapan, dan (g) menterjemahkan ungkapan bahasa Melayu ke
dalam bahasa Arab secara spontan.
Setelah elemen-elemen ini dikenal pasti, pengkaji menentukan nilai
skor yang digunakan untuk tujuan penilaian iaitu dari skor 1 hingga 5.
Seterusnya pengkaji menentukan kriteria bagi setiap nilai skor. Skor yang
diberi bagi setiap item ujian lisan dinilai secara holistik bagi semua jenis
kompetensi komunikatif Canale dan Swain (1980) iaitu (a) kompetensi
tatabahasa (kebolehan bertutur dalam bahasa kedua dengan tatabahasa
yang betul), (b) kompetensi sosiolinguistik (kebolehan untuk menghasilkan
pertuturan yang sesuai dengan situasi komunikasi ), (c) kompetensi
wacana dan (d) kompetensi strategik. Pengkaji menggunakan skala skor
min yang diadaptasi dari Panduan Penilaian Bahasa Arab Kendalian
Sekolah Menengah, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Ianya seperti jadual berikut;
132
Jadual 3.1 : Nilai Skor Ujian Kompetensi Lisan dan
Kriteria PenilaianKompetensi Komunikatif
Skor Kriteria Kompetensi Komunikatif
1
Sangat Lemah Responden berdiam diri, tidak dapat difahami apa yang
diujarkan tentang tajuk yang dipilih, tema yang diberi dan
gambar bersiri yang dikemukakan.
2
Lemah Ujaran lisan susah hendak difahami, kosa kata sangat
terhad dan terdapat banyak kesilapan tatabahasa dan
konteks wacana tidak bersesuaian dengan situasi yang
diberikan.
3
Sederhana Ujaran lisan masih lagi boleh difahami oleh penutur jati,
terdapat sedikit kesalahan tatabahasa dan konteks wacana
kurang bersesuaian.
4
Baik Ujaran lisan tidak sebaik dengan penutur jati, fasih
menggunakan bahasa Arab bagi tajuk yang diperbualkan,
penguji mudah memahami apa yang diujarkan, kesilapan
tatabahasa di tahap minima dan konteks wacana
bersesuaian dengan situasi yang diberikan.
5
Cemerlang Ujaran setaraf dengan penutur jati, fasih menggunakan
bahasa Arab bagi tajuk yang dibualkan dan penguji sangat
mudah memahami apa yang dituturkan dan tidak melakukan
sebarang kesilapan tatabahasa serta konteks wacana amat
bersesuaian dengan situasi yang diberikan.
133
Pembahagian Soalan Ujian Kompetensi Lisan
Ujian kompetensi lisan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu A, B ,C, dan
D. Ia adalah seperti berikut ;
BAHAGIAN A : Melafazkan Ungkapan
Bahagian ini mengandungi 10 item yang merangkumi aspek kemahiran
menyampaikan bertatasusila seperti ucapan selamat sejahtera, ucapan
tahniah, ucapan takziah dan membalasnya .
BAHAGIAN B : Perbualan Tentang Sesuatu Tajuk
Bahagian ini mengandungi item 5 yang merangkumi aspek kebolehan
pelajar mengutarakan pendapat dan menganalisis maklumat yang
berkaitan individu, masyarakat, persekitaran dan isu-isu semasa.
BAHAGIAN C : Berucap Menurut Tema
Bahagian ini mengandungi 2 gambar yang bertujuan menilai kebolehan
pelajar memberi arahan dan panduan. Gambar pertama meminta
pelajar memberi arahan berdasarkan pelan perjalanan dan gambar
kedua meminta pelajar menerangkan cara-cara membuat minuman teh.
134
BAHAGIAN D : Menterjemahkan Ayat Secara Spontan
Bahagian ini mengandungi 5 item. Pelajar diminta untuk
menterjemahkan 5 ungkapan bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab
secara spontan.
Pengkaji akan mencari nilai skor min yang diperoleh responden
pada setiap elemen kompetensi lisan yang diuji. Ianya bertujuan
mengenalpasti tahap kompetensi komunikatif responden bagi setiap
elemen kemahiran bertutur. Ianya adalah seperti jadual # berikut ;
Jadual 3.2 : Nilai Skor Min dan Aras Kompetensi Komunikatif
Nilai Skor Min Deskripsi
3.67 – 5.00 Pelajar mempunyai aras kompetensi komunikatif
bahasa Arab Tahap Tinggi.
2.34 – 3.66 Pelajar mempunyai aras kompetensi komunikatif
bahasa Arab Tahap Sederhana.
1.00 –2.33 Pelajar mempunyai aras kompetensi komunikatif
bahasa Arab Tahap Rendah.
135
Aktiviti Komunikasi Lisan
Aktiviti komunikasi lisan digunakan pengkaji bagi mengenal pasti dan
mengklasifikasikan bentuk strategi komunikasi yang digunakan oleh
responden semasa aktiviti tugasan komunikasi lisan dijalankan.
Instrumen ini dipilih kerana kajian ini memberi tumpuan kepada strategi
komunikasi lisan verbal dan nonverbal pelajar yang mana ianya hanya
dapat dicerap melalui pemerhatian. Instrumen ini telah diguna pakai oleh
pengkaji-pengkaji lalu di dalam kajian mereka dalam menentukan strategi
komunikasi pelajar bahasa kedua (Ang Lai Hoon; 1992, Aminah Mahmud;
1996, Sri Juriati Ownie; 1997 dan Sheila March Rocky; 1998).
Walaupun pemerhatian lebih sinonim kepada kajian kualitatif,
namun kini ianya mula popular digunakan di dalam kajian kuantitatif.
Menurut Seliger dab Shoamy (1990) ;
“Observations have always been considered a major data
collection tool in qualitative research. Recently, how ever,
the more structured types of observations have also been
used for collecting data in quantitative studies”
(hlm : 162)
Bentuk strategi komunikasi yang akan dikenalpasti melalui
pemerhatian berstruktur ini adalah menggunakan taksonomi Tarone
136
(1983) iaitu; (a) Penghampiran, (b) Penciptaan perkataan baru, (c)
Penghuraian, (d) Terjemahan literal, (e) Penukaran kod bahasa, (f)
rayuan kerjasama, (g) penggunaan Isyarat (mime) , (h) pengelakan topik
dan (i) peninggalan mesej
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat
penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah
kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan
diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Majid
Konting, 2000)
Kesahan
Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran
(truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan
(usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan
(Fraenkel Jack. R dan Norman. E. Wallen, 2005). Tujuan penyelidik
membuat kesahan instrumen (Fraenkel Jack. R dan Norman. E. Wallen,
2005) adalah bagi menjamin keesahan item-item (instrumen) agar
bersifat ; (a) defensibility (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan
berguna), (b) accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian), (c)
137
appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian), (d)
meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)
dan (e) usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan
berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana
keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang
bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk
menginferenkan data kajian) .
Menurut Fraenkel, Norman & Wallen (2005) , terdapat tiga teknik
dalam menentukan validity instrument;
(a) content-related evidence of validity Ia merujuk kepada ketepatan
kandungan dan format instrumen, sifat komprehensif instrumen,
kebolehgunaan variabel, ketepatan dan kecukupan kandungan item-item
yang boleh memberi kefahaman kepada sampel untuk menjawabnya
serta ketekalan kandungan dan format item untuk diukur dan dinilai oleh
sampel. Teknik ini menggunakan sekumpulan pakar rujuk (expert
judgment / intelligent judgment) bagi membuktikan ketepatan kandungan
item ketika menilai instrumen.
(b) criterion-related evidence of validity Ia merujuk kepada perhubungan
antara skor yang diperolehi dari satu instrumen dengan skor yang
diperolehi daripada satu atau lebih instrumen yang lain untuk melihat
bagaimana kekuatan hubungan instrumen-instrumen tersebut.
138
(c) construct-related evidence of validity. Ia merujuk kepada darjah
pembuktian yang total yang diperolehi secara tekal daripada pelbagai
bukti yang berbeza.
Bagi instrumen soal selidik dan ujian kompetensi lisan, penyelidik
telah menggunakan teknik Criterion – Related Evidence untuk
mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen
melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgment). Penyelidik telah
melantik beberapa orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian
seperti jadual 3.3 . Jadual 3.3 berikut menunjukan senarai pakar rujuk
bagi mengesahkan kesahan luaran dan kesahan kandungan instrumen
soal selidik dan instrument ujian kompetensi lisan.
Jadual 3.3: Senarai Pakar Rujuk Kesahan Instrumen
Bil Aspek Rujukan Pakar Nama Panel dan Jawatan
1. Menilai aspek kandungan
instrumen menepati
kehendak kurikulum
Bahasa Arab Tinggi
Tn. Hj. Mohd. Zahidi B. Ariffin
Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Kurikulum,
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Menilai aspek kandungan
instrumen menepati
En. Mohd. Zuhair bin Abdul Rahman
Penolong Pengarah Kanan,
139
kehendak buku teks Buku
Teks Bahasa Arab Tinggi
Tingkatan 4.
Bahagian Buku Teks,
Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Menilai aspek tata bahasa
instrument menepati
kaedah tata bahasa Arab
Dr. Mohamad bin Seman
Ketua Jabatan Bahasa Timur Tengah
Fakulti Bahasa dan Linguistik
Universiti Malaya
4. Menilai aspek laras bahasa
instrumen menepati aras
bahasa arab pelajar
Tingkatan 4 di SMKA
Ustazah Siti Aisyah bte Hj. Ashari
Ketua Panatia Bahasa Arab,
SMKA Nibung Tebal,
Pulau Pinang
Kebolehpercayaan Instrumen
Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan
ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama
diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang
berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama
atau hampir sama (Howard Wainer & Henry I. Braun,1988). William
Wiersma (2000 ) menjelaskan;
“Reliability means consistency, an observed score can be seen as
consisting of two parts, one part in individual’s “true” score and the
other part an “ error “ score”.
(m.s : 297)
140
Pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima mengikut
pengamal penyelidikan dalam sains sosial ialah lebih daripada a = .60.
Dengan menggugurkan butiran-butiran yang merendahkan pekali
tersebut (dalam construct dan indicator item), penyelidik boleh
meningkatkan nilai reliabiliti terhadap alat ukur. Mengikut Mohd. Majid
Konting (2000) tahap a = 0.71 – 0.99 adalah tahap yang terbaik
.Fraenkel dan Wallen (1996) meletakkan nilai reliability item yang diterima
pada tahap a = 0.70 – 0.99 . Kubiszyn dan Borich (2000) menentukan nilai
a = .80 - .90 reliability coefficients yang diterima.
Dalam kajian ini, penyelidik telah telah menjalankan kajian rintis
untuk melihat nilai pekali kebolehpercayaan. Pekali kebolehpercayaan
yang didapati daripada kajian rintis ini ialah Cornbach alpha 0.8517.
Menurut Sakaran (1992), semakin hampir nilai Cornbach alpha kepada
1.0 maka semakin tinggi tahap kebolehpercayaannya. Nilai alpha yang
kurang dari 0.6 dianggap lemah, 0.7 boleh diterima, manakala melebihi
0.8 dianggap baik. Lantaran itu, nilai Cronbach alpha instrumen soal
selidik kajian ini adalah tinggi dan berada dalam julat yang sesuai dan
ketekalan alat pengukuran boleh dipercayai.
Hasil kajian rintis menunjukkan soal selidik dan ujian kompetensi
lisan yang digubal mudah difahami oleh pelajar serta menepati objektif
kajian. Namun demikian, beberapa ayat yang kurang jelas maknanya
telah dibaiki bagi memantapkan lagi soal selidik tersebut agar ia lebih
senang difahami. Responden juga memberi respon terhadap hampir
141
setiap item yang terkandung di dalam ujian kompetensi lisan yang
dijalankan. Ini menunjukkan format soalan dan aras bahasa Arab yang
digunakan di dalam ujian kompetensi lisan bersesuaian dengan tahap
pelajar tingkatan empat di sekolah menengah.
PROSEDUR ANALISIS DATA
Terdapat dua jenis data yang diperoleh melalui 3 jenis instrumen kajian
iaitu (a) data kuantitatif yang diperoleh melalui instrumen soal selidik dan
ujian kompetensi lisan dan, (b) data kualitatif iaitu ujaran lisan (speech
production) yang diperoleh dalam kajian kes melalui aktiviti komunikasi
lisan yang dijalankan terhadap 18 orang responden. Berikut adalah
prosedur analisis data bagi data kuantitatif dan data kualitatif.
Prosedur Analisis Data Kuantitatif
Untuk tujuan kajian ini, analisis data berkomputer SPSS For Windows
Release 14.0 (Statistical Package for Social Science) digunakan pengkaji
bagi menganalisis data kuantitatif. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk
(a) min, (b) sisihan piawai, (c) frekuensi, (d) peratusan dan statistik
inferensi iaitu ujian korelasi Pearson r digunakan untuk menganalisis data
yang diperolehi dan digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Secara
spesifik dijelaskan seperti berikut;
142
Analisis Min, Frekuensi dan Peratusan
Kaedah analisis statistik deskriptif ini digunakan untuk mendapat
maklumat mengenai demografi sampel. Ia juga digunakan untuk
menjawab persoalan pertama kajian iaitu mengenalpasti tahap
kompetensi komunikatif pelajar dan persoalan ketiga kajian iaitu
mengenalpasti halangan-halangan pelajar untuk berkomunikasi di dalam
bahasa Arab serta strategi komunikasi yang biasa digunakan pelajar
ketika berkomunikasi.
Korelasi Pearson r
Korelasi Pearson r digunakan untuk mencari hubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah sikap, motivasi, strategi pembelajaran
pelajar, pendekatan pengajaran guru dan pendedahan luaran serta
persekitaran bahasa Arab sekolah dengan tahap kompetensi komunikatif
pelajar. Ianya bagi menjawab persoalan kedua kajian. Kaedah korelasi
pearson r digunakan pada aras signifikan p<0.05. Nilai r di antara +1 dan
-1 digunakan dalam perkiraan tersebut.
Sekiranya r = +1 bermakna terdapat korelasi yang tinggi antara
dua pembolehubah. Sekiranya r = -1 bermakna sebaliknya.
Sekiranya r = 0 bermakna tidak terdapat korelasi antara dua
pembolehubah berkaitan. (Yahaya Mahamood, 2001)
143
Bagi menganalisis korelasi di antara hubungan tahap kompetensi
responden dan pembolehubah-pembolehubah terpilih, penyelidik telah
menggunakan sistem pengekodan atau “coding system”. Menurut Majid
Koting (2000), pengekodan data perlu dilakukan untuk membolehkan
data-data berkenaan diproses dan dianalisis oleh perisian komputer.
Dalam kajian ini, setiap soal selidik responden diberi kod bermula dari 001
sehingga 155. Dalam ujian kompetensi lisan, setiap responden diberi kod
yang sama dalam soalselidik iaitu bermula dari 001 sehingga sehingga
155. Kemudian skor yang diperolehi oleh responden dalam ujian
kompetensi lisan dikorelasikan dengan skor min responden dalam item-
item soal selidik mengikut urutan kod 001 sehingga 155 untuk pemperoleh
nilai r.
Prosedur Analisis Data Kualitatif Kajian Kes
Analisis data kualitatif ini digunakan pengkaji bagi menerangkan
bagaimana responden mengatasi masalah komunikasi yang timbul akibat
kekurangan kosa kata bahasa Arab dalam menyampaikan sesuatu mesej
ketika memberi respon semasa sesi aktiviti komunikasi lisan dijalankan.
Ini bagi menjawab persoalan keempat kajian. Prosedur analisis data
kualitatif kajian kes ini melalui tiga peringkat iaitu (a) rakaman video, (b)
transkripsi ujaran lisan, (c) menganalisis bentuk-bentuk strategi
komunikasi.
144
Rakaman Video Digital
Data kualitatif ini diperolehi melalui rakaman video yang dilakukan semasa
sesi temubual ke atas 18 orang responden. Rakaman video dilakukan
bagi membolehkan pengkaji menggunakannya berulang kali bagi
mengesan bentuk strategi komunikasi yang digunakan pelajar. Proses
menganalisis data melalui instrumen rakaman video melibatkan tiga
peringkat. Ia dinyatakan seperti rajah 3.7 di bawah;
RAKAMAN VIDEO
DIGITAL
UJARAN LISAN
TRANSKRIPSI (pengolahan
data)
TULISAN
ANALISIS (perolehan
data)
KUALITATIF &
KUANTITATIF
Rajah 3.7 : Proses Analisis Data Kualitatif Kajian Kes
Transkripsi Rakaman Video Digital
Ujaran lisan yang dirakamkan menggunakan perakam video digital ini
perlu ditranskripsikan ke dalam data tulisan untuk memudahkan kerja-
kerja menganalisis data. Pengkaji akan menganalisis data yang
ditranskripsikan berdasarkan pemerhatian terhadap CD rakaman. Proses
transkripsi ini melibatkan empat langkah ;
145
Pertama : Pengkaji menonton seluruh CD rakaman video sambil
mengkategorikan bahagian-bahagian item yang terdapat di
dalam aktiviti lisan tersebut.
Kedua : Pengkaji menonton ulangan keseluruhan CD rakaman
beberapa kali. Pemerhatian dan tumpuan diberikan kepada
ciri-ciri penggunaan strategi komunikasi.
Ketiga : Pengkaji menonton sekali lagi CD rakaman sedikit demi
sedikit sehingga selesai seluruh CD rakaman, sambil
mentranskripsikan semua data ujaran lisan oleh responden
kajian. Di samping itu, maklumat tambahan tentang konteks
wacana juga dicatatkan pada data transkripsi. Ia termasuklah
perasaan responden, gerak badan, mimik muka dan tempoh
selang waktu responden mengeluarkan ujaran.
Keempat : Hanya bahagian data transkripsi yang berkaitan penggunaan
strategi komunikasi sahaja dipilih untuk dianalisis. Manakala
transkripsi data yang tidak berkaitan diasingkan.
Kriteria Mengenal pasti Strategi Komunikasi
Pengkaji telah merujuk beberapa kriteria yang dicadang Tarone
(1983) untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan.
Semasa transkripsi data melalui CD rakaman video digital dilakukan,
146
pengkaji mengesan dan mengenal pasti strategi komunikasi berdasarkan
kriteria berikut ;
Berlaku komunikasi tergendala yang menunjukkan responden mengalami
masalah untuk menyampaikan mesej. Tanda-tanda ini dikenalpasti
apabila responden berhenti bercakap untuk memikirkan sesuatu.
a. Responden bersungguh-sungguh untuk menyampaikan sesuatu
mesej seperti percubaan menyampaikan mesej yang sama
berulang-kali.
b. Responden melahirkan ujaran yang janggal yang sama sekali
menyalahi peraturan tatabahasa Arab yang standard.
c. Responden berusaha mencari jalan lain untuk menyampai maksud
seperti mengolah semula susunan ayat atau meminta bantuan dari
rakan yang sama-sama mengikuti aktiviti komunikasi lisan.
d. Responden menggunakan unsur-unsur paralinguistik dan bukan
verbal seperti mimik muka. Ianya hanya dapat dicerap melalui
pemerhatian terhadap cd rakaman video yang dimainkan berulang-
ulang kali..
147
KESIMPULAN
Bab ini menjelaskan tentang metodologi kajian. Ia meliputi rekabentuk dan
kaedah kajian yang menjadi garis panduan dalam menjalankan kajian ini.
Di samping itu, dijelaskan juga tentang subjek kajian, instrumen kajian dan
prosedur analisis data kajian yang menggunakan gabungan pendekatan
kuantitatif dan kualitatif. Diharap kajian ini merupakan langkah rintis di
Malaysia dalam mengkaji kompetensi komunikatif dan strategi komunikasi
pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua mereka.