BAHASA KEBANGSAAN Pendidik pejuangkan (Bahasa...

Post on 02-Sep-2020

18 views 0 download

Transcript of BAHASA KEBANGSAAN Pendidik pejuangkan (Bahasa...

32 0 -NASIONAL

BAHASA KEBANGSAAN

Pendidik pejuangkan (Bahasa Jiwa BangsaJ

U ngkapan 'Bahasa Jiwa Bangsa' ayat ringkas yang sangat klise. Se­nang disebut dan sedap didengar. Narnun, ada

amanah, tanggungjawab dan makna yang signiflkan dalarn ung­kapan tersebut bagi setiap bangsa di dunia ini. Seperti diutarakan oleh Sasterawan Negara, Anwar Ridhwan, bahawa Bahasa Melayu tidak merujuk kepada bangsa dan negara tertentu. .

Di Malaysia, bahasa Melayu adalah milik semua etnik di ne­gara ini. Melayu, Cina, India, Ka­dazan dan Iban perlu berganding

. bahu mendaulatkan bahasa Me­layu. Sesiapa sahaja yang men­cemarkan bahasa Melayu sarna ada dalarn bentuk pertuturan, penulisan dan perlambangan memberi kesan langsung kepada jiwa bangsa Malaysia.

Sekiranya orang bukan Melayu tidak menggunakan bahasa Me­layu dengan betul, hakikatnya bu­kan mencemarkan maruah etnik Melayu, tetapi maruah dan re­putasi Malaysia. Ini kerana ba-

t- hasa Melayu ialah bahasa rasmi negara ini seperti termaktub da­larn Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.

FORUM Pembaca yang iogin

menyuarakan pandangan berhubung

isu semasa boleh menghatat sumbangan

menerusi e-mel: bhforu ....

bhariIn.-.my

Kita masih boleh bertolak an­sur dengan slanga Melayu-Cina, Melayu-Jndia dan dialek Melayu mengikut daerah dan negeri ke­rana slanga sedernikian masih terkandung jiwa Melayu dari segi kesopanan dan kesusilaannya.

Perkosaan bahasa Melayu Perkosaan bahasa Melayu merun­tun jiwa bangsa berlaku apabila penggunaannya dicarnpuraduk­kan dengan bahasa lain dan di­pendekkan ejaannya sesuka hati.

® KHAMIS 10 OGOS 2015

• Warga pendidik menjadi teladan memperkasakan 'Bahasa Jiwa Bangsa' dalam memastikan ke/estarian bahasa Melayu terus diperkasa dan melahirkan generasi patriotik. [GAMBAR HIASAN)

Penggunaan bahasa sedernikian, menghilangkan jiwa bangsa dari segi kelembutan budi danjati diri Malaysia.

Pendidik adalah ejen peruba­han. Pada masa sarna, mereka adalah ejen kelestarian tradisi bangsa. Justeru, pendidik bertang­gungjawab mempertahankan 'Ba­hasa Jiwa Bangsa.' Pendidik mesti menjadi teladan kepada pelajar dan masyarakat dan segi mem­pertahankan tradisi penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Penulisan menerusi Short Mes­saging System (SMS), Facebook dan WhatsApp pada hari inijelas menunjukkan tidak rarnai yang menggunakan penulisan bahasa Melayu yang betul, termasuklah dalarn kalangan pendidik dan ba­kal pendidik. Kesalahan dan ke­pendekan yang tidak mengikut

garis panduan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh ditemui da­larn penulisan akademik pelajar pada semua peringkat pengajian. Merekajuga tidak boleh bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu ringkas, padat dan tepat.

Senario membimbangkan Senario tersebut sememangnya membimbangkan. Apabila pen­didik sendiri tidak dapat menilai 'Bahasajiwa bangsa,' siapa lagi di negara ini yang kita harapkan untuk mempertahankan warisan bangsa untuk generasi masa ha­dapan. Generasi akan datang ti­dak lagi mengenali jati diri bang­sa Malaysia, sekiranya tiada siapa yang mempertahankan ketule­nan bahasa Melayu.

Penggunaan kependekan ejaan dan kesalahan bahasa yang di-

sengajakan atau tidak menjadi petunjuk kepada sikap malas ber­fikir sebelum menulis. Apabila kemalasan ini berulang secara ke­rap, proses melemahkan daya fl­kir berlaku secara berterusan yang akhirnya melahirkan rarnai individu yang tidak beridentiti bangsa Malaysia.

Kepada pendidik budiman dan sejati, luaskan akal budi, tajarn- . kan jati diri, berbaktilah kepada ibu pertiwi dengan mengguna­kan bahasa Melayu betul dan ter­kini. Jadilah pemimpin bahasa yang boleh diteladani. Di tangan anda keperkasaan, 'Bahasa Jiwa Bangsa, sepatutnya tercipta se­cara realiti dan hakiki.

Prof Madya Dr Ahmad Esa, Pengarah, Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia