Campuran pemasaran-promosi

Post on 20-Jun-2015

1.420 views 1 download

Transcript of Campuran pemasaran-promosi

CAMPURAN PEMASARANPromosi

Definasi PengiklananPengiklanan didefinisikan sebagai

sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk , perkhidmatan ataupun idea oleh penaja yang dikenalpasti.

MEMBENTUK KEMPEN PENGIKLANAN

Objektif-objektif Pengiklanan

Menetapkan Belanjawan Pengiklanan

Penentuan belanjawan pengiklanan dipengaruhi oleh lima faktor berikut:

1. Peringkat kitaran hayat keluaran

2. Persaingan dan bilangan pengiklanan (competition and clutter)

3. Kekerapan pengiklanan (advertising frequency)

4. Perbezaan keluaran (product differentiation)

5. Ciri-ciri pasaran (market characteristics)

PROMOSI JUALAN

Promosi jualan membawa maksud segala rangsangan secara langsung yang menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan, agihan keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera.

Alat untuk menjayakan promosi jualan boleh dibahagikan mengikut sasaran pasaran seperti berikut:

1. Promosi jualan pengguna

2. Promosi jualan perdagangan

3. Promosi tenaga jualan

Objektif promosi pengguna

Menggunakan promosi jualan pengguna adalahbertujuan untuk:

menggalakkan pengguna mencuba suatu produk baru.

menggalakkan pengguna untuk meningkatkan penggunaan dan pembelian produk yang telah memasuki peringkat matang

mengekalkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia.

Objektif promosi perdagangan

Promosi jualan perdagangan diadakan adalah untuk:

menggalakkan peruncit/pemborong membantu menjual item-item baru keluaran syarikat pengeluar

menggalakkan peruncit/pemborong untuk membantu mengiklankan produk pengeluar

menggalakkan peruncit/pemborong untuk terus membeli

Objektif promosi tenaga jualan

Objektif tenaga jualan berkemungkinan untuk:

menggalakkan dan meningkatkan sokongan lebih ramai tenaga jualan terhadap pemsaran produk atau keluaran baru syarikat.

menggalakkan tenaga jualan agar berusaha dengan lebih baik

MEMILIH ALAT ATAU TEKNIK PROMOSI JUALAN YANG BERSESUAIAN

Alat promosi jualan penggunaa) Sampel b) Kuponc) Tawaran pembayaran kembali tunai

(cash refund offers) d) Tawaran berkembar e) Promosi di tempat pembelian (point of

purchase/POP) f) Peraduan, cabutan bertuah ,

permainan

MEMILIH ALAT ATAU TEKNIK PROMOSI JUALAN YANG BERSESUAIAN

Alat promosi jualan perdagangan- menggalakkan para peruncit atau

pemborong untuk membawa sesuatu jenama, memberikannya ruang peragaan, mempromosikannya dalam pengiklanan dan menjualnya kepada pengguna

Peraduan Diskaun Tawaran percuma untuk membeli suatu item

pengeluar

Memilih Alat atau Teknik Promosi Jualan yang Bersesuaian

Alat promosi tenaga jualan

kempen pertandingan

Pakej pelancongan

program-program lain yang dapat

menarik perhatian tenaga jualan

membuat jualan.

PERHUBUNGAN AWAM

Perhubungan awam adalah merupakan aktiviti-aktiviti ataupun program-program yang dijalankan oleh syarikat untuk mendapatkan kepercayaan, penerimaan pemahaman daripada orang ramai, serta untuk membina imej sesebuah syarikat.

perhubungan awam yang boleh dilakukan untuk mendapatkan publisiti yang positif dan membina imej koporat yang baik

FUNGSI-FUNGSI PERHUBUNGAN AWAM

Hubungan akhbar atau wakil akhbar

Publisiti keluaran

Lobi

ALAT-ALAT UTAMA PERHUBUNGAN AWAM

Berita Ucapan Peristiwa istimewa Bahan-bahan bertulis Bahan-bahan pandang dengar Bahan-bahan identity korporat spt logo

JUALAN PERIBADI

Ia adalah satu kaedah komunikasi penjualan yang membolehkan komunikasi dua hala tentang idea, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat . Komunikasi berlaku di antara penjual dengan pengguna dan ia tidak melibatkan perantaraan media seperti televisyen, radio, majallah atau akhbar.

JUALAN PERIBADI

TUJUANNYA ADALAH UNTUK …….

menjual produk yang dikeluarkan dan mendapat maklumbalas yang cepat daripada pengguna tentang idea, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat

BILAKAH JUALAN PERIBADI SESUAI DIGUNAKAN?

Kawasan pasaran sasaran tertumpu

Produk yang dijual mempunyai nilai unit yang tinggi, agak teknikal atau rumit dan mungkin memerlukan kepada demonstrasi.

Produk yang dijual merupakan produk yang perlu disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Contohnya insuran.

BILAKAH JUALAN PERIBADI SESUAI DIGUNAKAN?

Produk berada di peringkat pengenalan dalam kitaran hayat pengeluaran

Organisasi tidak mempunyai kos yang banyak untuk melaksanakan kempen pengiklanan.

KELEBIHAN JUALAN PERIBADI

Dapat memahami gelagat pelanggan

Komunikasi terus kepada pelanggan

Matlamatnya untuk membuat jualan tercapai.

KELEMAHAN JUALAN PERIBADI

Kesukaran memperolehi jurujual yang mahir dan cekap

Kos Yang Tinggi

% # @ & !*>?

?????

Tugasan:

Tajuk: Pengiklanan

Sediakan satu iklan yang mempromosi sesuatu produk/perkhidmatan. Tentukan objektif iklan dan sasaran iklan anda. Persembahan iklan

perlu disediakan dalam bentuk power point. Anda dinasihatkan supaya menumpu pada satu

jenama produk sahaja.