Ciri Ciri Atau Aspek Aspek Pembinaan Item

Post on 14-Jun-2015

9.808 views 9 download

Transcript of Ciri Ciri Atau Aspek Aspek Pembinaan Item

PEMBINAAN ITEM

KEPERLUAN MENULIS ITEM YANG BAIK

Tahu dengan baik konstruk atau perkara yang ditaksir

Kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif mata

pelajaran

Memahami psikologi pendidikan tentang individu yang diuji

Mahir komunikasi verbal

Berpengetahuan dalam pelbagai jenis item

Kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi

Cadangan Cara Membina Item Benar-Palsu

• Pernyataan/butir sebenarnya benar atau palsu• Hindarkan menggunakan penentu spesifik atau

penunjuk• Taksir idea yang mustahak dan penting• Elakkan menyalin idea terus daripada buku teks• Pernyataan ditulis sama panjang • Bilangan pernyataan sama

CONTOH1 Jus perut mengandungi enzim ..................... dan .....................

2 Larutan yang dapat mengkonduksi elektrik dipanggil .....................................

3 ............................................ialah kuantiti oksigen yang digunakan untuk pengoksidaan biokimia bahan organik dalam sampel air.

4 Satu meter bersamaan dengan ........ ela (nyatakan hingga satu angka perpuluhan)

5 Apakah nama pena pengarang novel Ranjau Sepanjang Jalan?................................................................

Cadangan Cara Membina Item Pelengkap

1 Soalan terus lebih digemari daripada soalan pelengkap.

2 Butiran perlu ditulis secara spesifik dan jelas.

3 Sediakan tempat kosong di hujung ayat.

4 Elakkkan menyalin butiran bulat-bulat daripada buku teks untuk dijadikan soalan.

5 Untuk butiran pelengkap hadkan ruang kosong kepada satu atau selebih-lebihnya dua.

6 Ruang kosong sepatutnya sama saiz bagi setiap butiran untuk mengelakkan kesan berupa petunjuk.

7 Tentukan perincian jawapan yang diperlukan dengan spesifik seperti dalam matematik hingga berapa tempat perpuluhan.

CADANGAN CARA MEMBINA ITEM PADANAN

1 Pastikan kandungan premis dan kandungan respons atau gerak balas adalah sama jenis.

2 Jangan menggunakan bilangan premis yang sama dengan respons dan beri arahan sama ada respons boleh digunakan sekali atau atau lebih atau tidak digunakan langsung.

3 Tulislah ayat premis dan respons dengan ringkas tetapi jelas dan tepat .

4 Arahan tentang apa yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah amat penting. Arahan perlu jelas. Asas perhubungan antara premis dan respons perlu diberitahu dengan jelas.

5 Letakkan semua komponen bagi premis dan respons dalam muka surat yang sama. Ini memudahkan calon membaca gerak balas dan premis serta merujuk arahan tanpa membalik muka surat.

KELEMAHAN SEMASA MEMBINA ITEM ANEKA PILIHAN

1. Stem mestilah lengkap dengan sendirinya dan mempunyai makna dari segi kebolehannya

mengutarakan sesuatu masalah kepada calon. Setelah membaca stem soalan, calon seharusnya faham akan tujuan stem soalan itu,

iaitu respons yang diharapkan oleh pembina atau penulis soalan itu.

Lemah : Stem tidak lengkap dan jelas

Kecergasan Fizikal ialahA ciri individu yang sihat B ukuran keaktifan sesesorang

individuC dapat menjalankan aktiviti harian

dengan cergasD dapat menjalankan aktiviti fizikal

dalam tempoh yang lama

Lebih baik : Stem lengkap dan jelas

Antara berikut yang manakah ciri individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi ?

A Mudah tercedera semasa latihan fizikal B Mudah mengalami masalah pernafasanC Mudah mengatasi cabaran dalam aktiviti fizikal seharianD Mudah hilang daya penumpuan semasa menjalankan aktiviti fizikal

2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan berkaitan ke dalam stem soalan (elakkan window dressing) dan opsyen.

Lemah : Menggunakan ayat atau keterangan yang tidak perlu

Melihat kepada perkembangaan masa kini dalam bidang perhubungan dan teknologi , beberapa kemajuan pesat telah dicapai . Merenung kembali sumbangan yang sangat besar ertinya, yang manakah sumbangan pereka terkenal Alexander Graham Bell?

A KapalB KeretaC TelefonD Jambatan

Lebih baik : Stem lebih padat dan jelas

Antara berikut yang manakh direka oleh Alexander Graham Bell?

A Kapal

B Kereta

C Telefon

D Jambatan

Lemah : Menggunakan perkatan yang berulang-ulang dalam opsyen

Antara berikut apakah fungsi kalori meter bom?A Alat untuk mengukur tenaga yang

dibebaskan oleh sampel makananB Alat untuk mengukur kandungan

nutrien dalam sampel makananC Alat untuk mengukur kadar

respirasi organisma kecilD Alat untuk mengukur denyutan

nadi

Lebih baik : Perkataan tidak diulang dalam opsyen

Kalori meter bom berfungsi untuk mengukur

A tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan

B kandungan nutrien dalam sampel makanan

C kadar radiasi organisma kecil

D mengukur denyut nadi

3.Elakkan menggunakan pernyataan negatif dalam stem kecuali jika benar-benar diperlukan. Misalnya perkataan tidak, kecuali, melainkan.Jika sekiranya perlu menggunakan perkataan itu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan gelap seperti tidak, kecuali, melainkan,atau digariskan seperti tidak, kecuali, melainkan,supaya mudah kelihatan kepada calon.

4.Semua opsyen mestilah tekal dan homogen dari segi tatabahasa apabila disambungkan kepada stem. Calon yang bijak akan akan dapat memilih jawapan dengan hanya melihat cara opsyen itu disambungkan dengan stem.

Lemah : Menggunakan opsyen yang tidak homogen dan tatabahasa yang tidak tekal dengan stem

Penilaian berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian adalah untuk A pencapaian objektif sesebuah sekolah

ditentukanB menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajarC prestasi individu dibandingkan dengan piawai kebangsaanD menginterpretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu

Lebih Baik : Menggunakan opsyen yang homogen dan tatabahasa yang tekal dengan stem

Penilaian berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian adalah untuk A menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajar B menentukan tahap pencapaian sesuatu objektif sesebuah sekolah C membandingkan prestasi individu dengan prestasi piawai kebangsaanD menginterpretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu

5.Semua distraktor sepatutnya kelihatan munasabah kepada calon yang lemah. Bagi item yang baik setiap opsyen adalah menarik. Distraktor yang munasabah akan dipilih oleh calon, ini dikatakan distraktor yang berfungsi.

Lemah : Opsyen tidak sama jenis

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bungaA rayaB emasC melurD kenanga

Lebih Baik : Opsyen sama jenis

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bungaA rayaB melurC mawarD kenanga

6.Elakkan wujud perkaitan bahasa antara stem dengan kunci jawapan. Jika wujud persamaan dari segi penggunaan bahasa antara stem dengan opsyen ini akan menjuruskan calon yang kurang berpengetahuan tetapi mahir bahasa mendapat jawapan yang betul.

Lemah : Perhubungan ketara antara stem dengan opsyen dari segi perkataan yang digunakan

Antara berikut agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap alam sekitar?

A Kementerian Buruh

B Kementerian Pertanian

C Kementerian Sains dan Alam Sekitar

D Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

Lebih Baik : Tiada perhubungan ketara antara stem dengan opsyen dari segi perkataan yang digunakan

Antara berikut agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap masalah penebangan hutan yang berleluasa?

A Kementerian Buruh

B Kementerian Pertanian

C Kementerian Sains dan Alam Sekitar

D Kementerian Kebudayan dan Pelancongan

7.Elakkan menjadikan panjang opsyen sebagai petunjuk / bayangan jawapan. Dalam usaha untuk memberikan jawapan yang lengkap ada kecenderungan untuk membina jawapan/kunci lebih panjang daripada distraktor. Jika ini berlaku lebih baik distraktor yang lain dipanjangkan juga.

Lemah : Opsyen terlalu panjang

Gred atau markat sepatutnya dikonsepsikan sebagaiA penilaian prestasi pelajarB indeks pengetahuan pelajarC pengukuran pencapaian pelajarD satu anggaran prestasi pelajar

berdasarkan peralatan dan teknik tertentu

Lebih Baik : Opsyen diseragamkan panjangnya

Gred atau markat sepatutnya dikonsepsikan sebagaiA satu anggaran prestasi pelajar berdasarkan peralatan dan teknik tertentuB suatu indeks pengetahuan pelajar tentang

sesuatu kursus yang diikutinyaC suatu pengukuran pencapaian pelajar yang

mutlak tentang sesuatu kursusD penilaian guru terhadap prestasi pelajar

tentang sesuatu kursus yang diajar

8.Susun opsyen dalam bentuk satu senarai dari atas ke

bawah. Opsyen juga perlu disusun mengikut susunan

yang bermakna seperti mengikut nilai, saiz, darjah,

yang menggambarkan kronologi atau susunan

abjad.

Suhu badan orang yang sihat ialahA 98.00 FB 98.40 FC 99.00 FD 99.40 F

9.Elakkan daripada menggunakan pendapat

peribadi pembina dalam item yang dibinanya.

Perdana menteri yang manakah memberi sumbangan terbesar dalam dasar luar Malaysia?

A YTM Tunku Abdul Rahman Putra

B YAB Tun Abdul Razak HussainC YAB Tun Hussein OnnD YAB Dato' Seri Dr. Mahathir

Mohamad

10.Elakkan opsyen bertindih. Setiap opsyen mestilah berdiri sendiri bukan sebahagian daripada opsyen lain. Jika terdapat opyen saling bertindih (mutually exclusive)bagi calon yang arif-ujian dapat mengesan jawapan betul dengan mudah

Lemah : Opsyen bertindih

Berapakah jumlah penduduk Malaysia?

A Melebihi 10 juta

B Melebihi 12 juta

C Melebihi 14 juta

D Melebihi 17 juta

Lebih Baik : Opsyen tersendiri

Berapakah jumlah penduduk Malaysia?A 10 jutaB 12 jutaC 14 jutaD 17 juta

11.Jika sekiranya hanya ada satu jawapan adalah lebih baik menggunakan aneka pilihan daripada aneka pelengkap.

12. Semak dari segi tatabahasa, laras bahasa yang digunakan, istilah, kesesuaian perkataan yang digunakan, tanda ayat yang betul dan lain-lain, lay out ini perlu diambil kira. Gunakan satu sistem penulisan yang tekal.

13. Idea, konsep atau fakta

yang hendak ditaksir/diuji

sepatutnya mustahak atau

penting diketahui oleh

pelajar dalam pelajarannya.

14. Tulis item sesuai dengan

tahap kebolehan calon

dan sesuai dengan

tujuan ujian itu.

15.Elakkan item yang berkaitan antara satu sama lain. Untuk menjawab item kedua memerlukan jawapan yang betul bagi item pertama.

16.Sepatutnya hanya ada satu jawapan sahaja.

Elakkan item seperti di bawah:

Antara berikut yang manakah punca penyakit jantung?

A KolesterolB MerokokC Tekanan darah yang tinggiD Makan terlalu banyak protein

17. Pastikan perkara yang diuji adalah terkini

18. Item jangan sekali-kali mengandungi unsur yang menyinggung pelajar atau

cenderung kepada kumpulan pelajar.

22.Selepas item di bina (mengikut spesifikasi ) dan

disemak (mengikut prosedur menyemak semula item ) item itu perlu dikelaskan.

CONTOH ITEM 1

Dia sering ________ apabila ditanya kerana takut kejadian di sungai itu diketahui oleh kawan-kawannya.

A berulang-ulang

B bersimpang-siur

C berpusing-pusing

D berdoalk-dalik