Penggubalan Item

download Penggubalan Item

of 32

description

sce3111

Transcript of Penggubalan Item

  • Penggubalan Item/soalan ujian

  • Langkah am Penyediaan Item Ujian1) Menyediakan JPU2) Menulis item Ujian2) Menyemak item Ujian2) Menilai item Ujian2) Membuat kajian rintis item Ujian

  • 1. Menyediakan JPU Mengkaji sukatan pelajaran, analisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

    Tujuan : Item-item ujian yang dibina mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran.

  • 2. Menulis Item Ujian Prinsip-prinsip: i. Arahan menjawab ringkas dan mudah difahami. ii. Bahasa yang mudah dan jelas. iii. Beri jawapan spesifik daripada tajuk pengajaran. iv. Arahan menjawab jelas. v. Bagi soalan pengiraan dan lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.

  • 3. Menyemak Item Ujian Item ujian disemak oleh pembina/penulisnya.Prinsip-prinsip : i. Arahan menjawab tepat dan mudah difahami. ii. Penggunaan bahasa yang mudah difahami. iii. Soalan yang mencukupi dan seimbang. iv. Soalan tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan.

  • 4. Menilai Item Ujian Disemak dan dinilai oleh pakar matapelajaran.Prinsip-prinsip : i. Arahan menjawab dan bahasa mudah difahami. ii. Soalan jelas dan mengandungi maklumat yang cukup untuk menjawabnya. iii. Soalan mencukupi dan seimbang. iv. Jawapan mengikut kehendak soalan dan dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

  • 5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Item Disemak dan dinilai oleh pakar matapelajaran.Kajian awal tentang kesesuaian item-item terhadap keupayaan pelajar sasaran.Untuk menjaga kerahsiaan ujian.Tujuan: i. Arahan dan bahasa difahami serta tiada kesilapan ejaan dan istilah. ii.Kehendak soalan yang jelas dan Bermaklumat. iii. Soalan sepadan atau bersesuaian dengan kandungan pelajaran. iv. Jawab soalan dalam masa yang diperuntukkan.

  • PENGGUBALAN ITEM OBJEKTIF

  • PENGGUBALAN ITEM OBJEKTIF

  • 1.ITEM BERANEKA PILIHANITEMBERANEKAPILIHAN

    STIMULUSSTEM /BADANJAWAPAN /PILIHANSoalan berbentukteks, grafik, jadualatau perbualanSoalan yangMengandungitugasanJawapan pilihanberbentuk angkasimbole, frasa,gambarajah ataujadual

  • ITEM BERANEKA PILIHAN (samb)

    STIMULUS

    TERBUKA

    TERTUTUPItem stem terbukamengandungi ayat yang tidak lengkap danpelajardikehendakimelengkapkadengan memilih satu jawapan yang betul. Hanya satu pilihanjawapan sahaja menghasilkan ayat dan fakta yanag betul

    Item stem tertutup pula mengemukakan pertanyaan atau masalah dalam ayat yang lengkap. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul

  • Contoh item beraneka pilihan

  • Item Betul - salah

    ITEM BETUL - SALAH

    STIMULUS JIKA ADA

    PERNYATAAN

    JAWAPAN PILIHAN BETUL ATAU SALAH

  • CONTOH ITEM BETUL - SALAH

  • 3. ITEM MENGISI RUANG KOSONG

    ITEM MENGISI RUANG KOSONG

    STIMULUS JIKA ADA

    PERNYATAAN

  • CONTOH ITEM MENGISI RUANG KOSONG

  • 4. ITEM PADANAN Item padanan terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep.

  • PENGGUBALAN ITEM SUBJEKTIFItem subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapanterbuka iaitu :Tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberi. Pelajar dapat mempamerkan pengetahuan yang dimilikiSesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi (menganalisis, mensintesis dan menilai). Pelajar bebas mempersembahkan jawapan (panjang/pendek).

  • Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif Item subjektif ini biasanya berbentuk esei,sama ada: 1. Jawapan pendek. 2. Jawapan sederhana. 3. Jawapan panjang.

  • 7 Prinsip Am Penyediaan Item Soalan Esei

  • Kata Tugas Item Subjektif Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.

    Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.

  • CONTOH KATA TUGAS

  • PENGGUBALAN ITEM SUBJEKTIF

    PEMBINAAN ITEM ESEI

    1. ESEI BERJAWAPAN PENDEK

    2. ITEM ESEI BERJAWAPAN TERBUKA

  • 1. PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN PENDEK Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif daripada soalan esei berjawapan terbuka. Namun, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif.

  • Contoh Item Esei Jawapan Pendek Senaraikan warna-warna tali pinggang tae kwan do dannyatakan bila seseorang pelatih itu dikurniakan warna-warna tersebut?

    Iris adalah bahagian mata yang berwarna. Jelaskan bagaimana iris membantu kita untuk melihat.

  • 2. PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN TERBUKA Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas.Pelajar dapat mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logik dan memberi penilaian terhadap sesuatu pemikiran.Pelajar boleh menggunakan kemahiran menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

    Kekuatan Item Esei Berjawapan Terbuka Dapat menggalakkan pelajar: Meneroka pelbagai cara atau pendekatan dalam menyelesaikan masalah. Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat. Mempamerkan sesuatu idea yang asli. Menggabungkan pelbagai pengetahuan. Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara dalam bentuk komunikasi bertulis.

  • Kelemahan Item Esei Berjawapan Terbuka Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan. Memerlukan masa yang panjang untuk memeriksa jawapan berbanding item objektif. Mengambil masa yang panjang untuk pelajar menulis jawapan. Pelajar perlu menulis jawapan dengan jelas dan boleh dibaca.

  • PERBEZAAN JENIS-JENIS ITEM UJIAN