Post on 01-Jul-2015
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
PERKARA MUKA SURAT
Halaman Pengakuan 2
Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Jadual Pelaksanaan Tugas 5-6
Soalan Tugasan 7-8
Hasil Tugasan 9-18
Refleksi Individu 19-23
Borang Kolaborasi 24
Bibliografi 25
Lampiran 26
1
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Dengan ini, kumpulan kami, iaitu
CYRILLYNE MARK MADINAH, NO K/P : 910925-12-5634,
VELERIA CHUNG SIAW LEN, NO K/P : 900513-12-5110
PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011 mengaku bahawa hasil tugasan kami adalah
asli kecuali sumber-sumber yang dibenarkan.
( ………………………………)
CYRILLYNE MARK MADINAH
PISMP BM SEMESTER 1
( ………………………………)
VELERIA CHUNG SIAW LEN
PISMP BM SEMESTER 1
2
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Salam sejahtera diucapkan kepada Encik Abdul Rahman Ismail selaku
pensyarah bagi mata pelajaran WAJ 3101: Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS), juga kepada tuan dan puan yang memeriksa tugasan Kerja Kursus Pendek
(KKP) untuk subjek TITAS ini. Pertama sekali, kami ingin mengungkapkan rasa
kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan berkat dan kemuliaanNya telah memberi
kekuatan dalam diri kami untuk sentiasa bersemangat bagi menyempurnakan
tugasan ini sehingga selesai secara berkumpulan.
Seterusnya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas
segala tunjuk ajar dan luangan masa yang diberikan kepada kami dan rakan-rakan
sekelas yang lain semata-mata untuk menjelaskan dengan lebih tepat lagi mengenai
pelaksanaan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga perkongsian maklumat daripada
beliau yang banyak membantu kelancaran pelaksanaan tugasan kami ini. Terima
kasih juga atas segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh beliau yang
memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang kami lakukan.
Ungkapan terima kasih juga kami ingin ucapkan kepada rakan-rakan sekuliah
kami atas kerjasama yang baik kepada kumpulan kami melalui perkongsian
maklumat, teguran dan juga nasihat sepanjang tempoh kami bersama-sama mencari
dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Sesunguhnya hanya Tuhan
saja yang dapat membalas jasa mereka.
Akhir sekali ucapan terima kasih juga kami ingin ucapkan kepada keluarga
kami, terutamanya ibu dan bapa kami kerana memberikan dorongan dan sokongan
yang berterusan kepada kami sehingga kini. Segala jasa dan pengorbanan ibu dan
bapa amat kami hargai.
3
PENGHARGAAN
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Seperti yang diberitahu kepada semua guru pelatih, tugasan KKP ini meminta
para guru pelatih untuk menjawab beberapa soalan yang dibahagikan kepada satu
soalan bagi setiap kumpulan.
Kerja Kursus Tamadun Islam bermatlamat untuk melahirkan guru yang
menghayati sifat toleransi dan bangga dengan aspirasi dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Hal ini juga bertujuan untuk melahirkan guru yang mengetahui konsep
dan prinsip asas Tamadun Islam serta menyedari sumbangan tamadun ini terhadap
prinsip hidup universal yang telah melahirkan kesejahteraan hidup manusia.
Kumpulan kami mendapat soalan yang ketiga dimana kami dikehendaki untuk
berbincang dan menerangkan peranan yang dimainkan oleh peradaban cina
dalam proses pembentukan Tamadun Malaysia.
Keseluruhan tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan dan setiap
kumpulan hendaklah menyiapkan tugasan ini dan dihantar pada tarikh yang telah
ditetapkan, iaitu pada 18 Februari 2011.
4
PENDAHULUAN
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
JADUAL PELAKSANAAN TUGAS
TARIKH PERKARA CATATAN
25 JANUARI 2011 Penerimaan soalan
(perbincangan) dengan
pensyarah.
Memahami kehendak
soalan.
25 JANUARI 2011 Berbincang dengan rakan
mengenai soalan.
Memahami soalan
dengan lebih dalam lagi.
27 JANUARI 2011 Mencari buku berkaitan
tajuk
- Tamadun cina
- Pembentukan
tamadun malaysia
Fotostet bahan
berkenaan.
27 JANUARI Mengagihkan tugasan
dengan rakan kumpulan
Pengagihan tugas
28 JANUARI Memulakan penaipan
pengharagaan/pendahulua
n dll.
Menyiapkan bahagian-
bahagian kecil tugasan.
30 JANUARI Menyambung menaip
tugasan
Menyiapkan tugasan
31 JANUARI Mencari maklumat
tambahan mengenai
peradaban tamadun cina.
Fotostet maklumat.
5
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
2 FEBUARI Menaip tugasan
-pengenalan mengenai
tamadun cina dan
pembentukan Tamadun
Malaysia
Menyiapkan tugasan
4 FEBUARI - Menaip tugasan
(proses
pembentukan
Tamadun Malaysia)
Menyiapkan tugasan
7 FEBUARI - Menaip kawapan
soalan (perana
tamadun cina)
Menyiapkan tugasan
9 FEBUARI - Menyambung
peranan tamadun
cina dalam
pembrntukan
tamadun Malaysia.
Menyiapkan tugasan.
10 FEBUARI - Mencari maklumat di
internet (mengenai
peradaban cina)
- Menyiapkan bahan
lampiran KKP
11 FEBUARI - Menyiapkan jawapan
soalan (perana
tamadun cina)
- Menyiapkan
tugasan
12 FEBUARI - Menyemak tugasan - Penyemakan
terakhir
6
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
7
SOALAN TUGASAN
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
SOALAN TUGASAN KUMPULAN
1) Bincangkan peranan yang telah dimainkan oleh peradaban cina dalam
proses pembentukan Tamadun Malaysia.
8
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
9
HASIL TUGASAN
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
1.0PENGENALAN
1.1 Maksud Peradaban
KAMUS DEWAN (EDISI KETIGA) membawa maksud peradaban sebagai
keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu
bangsa, masyarakat,tamadun dan sebagainya.
1.2 Tamadun China
Orang cina merupakan salah satu bangsa yang mencapai peradaban yang paling
awal. Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia.
Peradaban yang mula-mula di negara China ialah di Sungai Kuning di utara, kira-
kira 4000 hingga 2000 Sebelum Masihi. Era ini dikenali sebagai Zaman Batu
Terakhir. Perkembangannya selama 4000 tahun yang telah membawa kepada
kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera,
unsur moral, penciptaan dan sains. Budaya tradisi masyarakat cina dapat dilihat
daripada pencapaian dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam
masyarakat cina, hubungan dengan keluarga merupakan struktur social yang
terpenting. Pendidikan dalam tamadun China pula amat menentingkan
kebijaksanaan dan pembentukan akhlak, di mana kerajaan melibakan system
peperiksaan yang melibatkan sejarah, pilotik, ekonomi dan kesusasteraan.
1.3 Pembentukan Tamadun Malaysia
Negara Malaysia merupakan satu dataran bagi pertembungan beberapa
tamadun utama Timur dan Barat kerana kedudukannya yang strategic, oleh itu
Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dengan berbilang kelompok etnik dan
masing-masing mempunyai budaya yang berakar umbi dalam tamadun-tamadun
yang bertembung itu. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, integrasi
nasional diberikan penekanan dalam proses pembinaan negara dan pemantapan
tamadun Malaysia.
10
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
2.1 Kehidupan Berasaskan Humanisme
Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan
tamadun-tamadun dunia yang lain selain integratif dan dinamik dalam menghadapi
cabaran-cabaran dalam proses perkembangan yang panjang begitu juga dengan
cabaran-cabaran daripada tamadun-tamadun dunia yang lain. Kehidupan
masyarakat tamadun cina adalah berasaskan humanisme yang membawa kepada
konsep sifat perikemanusiaan yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan
maruah manusia serta moralisme seperti yang terkandung dalam buku The Great
Unity.
Ajaran yang terkandung dalam buku demikian sememangnya menekankan
keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal yang demokrasi
dalam kehidupan masyarakat cina.. Sifat perikrmanusiaan yang terkandung dalam
buku berkenaan sesungguhnya memberi kesesuaian yang telah menjadi ikutan
kepada negara Malaysia dalam memantapkan bidang politik tamadun Malaysia. Hal
ini telah dilakukan dalam pemberian tumpuan kepada integrasi nasional disamping
menekankan juga ideal demokrasi khasnya kematangan, kemuafakatan, keamanan
dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara oleh pemimpin negara
dalam bidang politik.
2.2 Sosial
11
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Dalam bidang sosial , pembentukan tamadun Malaysia mengidamkan sebuah
masyarakat yang bermoral dan beretika, berbudaya penyayang, bersifat terbuka dan
toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama,
bersifat saintifik dan pembentukan masyarakat yang berasaskan institusi keluarga
yang kukuh. Manakala Tamadun China mempunyai struktur masyarakat sosial yang
bersifat terbuka dan bertolak ansur selaras dengan pengalama interaksi masyarakat
cina dengan tamadun yang pelbagai. Sistem etika China sejak zaman purba adalah
berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati serta
keharmonian dalam hubungan.
Dalam konsep kekeluargaan, masyarakat Cina terdiri daripada unit keluarga
yang menjadi asas struktur sosial. Hubungan antara individu, lelaki dan perempuan,
orang tua dengan orang muda adalah penting dalam sesebuah keluarga. Dalam
sesebuah keluarga, lelaki yang paling berumur merupakan ketua keluarga yang aka
bertanggungjawab seluruhnya terhadap keluarga, isteri hanya menguruskn halhal
dalam keluarga seperti menjaga anak-anak manakala anak-anak sebagai generasi
baru yang akan mewarisi harta benda dan keunikan sesebuah keluarga. Anak-anak
mesti patuh kepada arahan ibu bapa dan menghormati mereka.
Sesungguhya dalam aspek perhubungan sosial dan nilai dalam masyarakat,
nilai-nilai sosial dalam tamadun China sangat sesuai dengan konsep yang ingin
diketengahkan dalam pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai contoh, Malaysia
yang ingin membentuk masyarakat bermoral, beretika, mengamalkan budaya
penyayang, bersifat terbuka dan mengamalkan sikap toleransi dalam diri. Penerapan
pembentukan masyarakat yang sedemikian boleh dilihat secara kasar melalui
beberapa ajaran dalam agama dan cara hidup masyarakat dalam tamadun China
seperti ajaran Konfusianisme yang menekankan hubungan kekeluargaan yang
memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan
pembangunan masyarakat yang beretika, liberal, bebas dari segi agama dan budaya
begitu juga dengan ajaran Taoisme yang melibatkan hubungan harmoni antara
manusia dengan alam sekitar. Kesemua nilai hidup dalam masyarakat cina adalah
sesuai untuk menjadi ikutan dalam proses pembentukan tamadun Malaysia.
2.3 Psikologi
12
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Dalam bidang psikologi, proses pembentukan tamadun Malaysia membawa
kepada target rakyat yang harus dibangunkan psikologinya agar selaras dengan
aspek pembangunan yang lain, terutamanya pembangunan kebendaan. Sifat-sifat
psikologis yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga,
besifat teguh terhadap pelbagai cabaran dan tabah. Peradaban Cina yang bercirikan
personalisme membawa kepada pemupukan kendiri bahawa manusia berkeupayaan
untuk mencapai semaksima kebaikan dan memberi manfaat. Oleh itu kepercayaan
bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakang harus dididik dan boleh dididik
diberi penekanan.
Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina yang bertujuan untuk
kepentingan keluarga, negara dan dunia dan bukan untuk diri semata-mata sangat
bersesuaian dengan sifat-sifat masyarakat yang ingin dibangunkan dalam Negara
Malaysia. Bentuk pemikiran sebegini sememangnya relevan sebagai pedoman untuk
merancang pedagogi bagi pembangunan psikologi yang diingini dalam pembentukan
tamadun Malaysia. Hal ini bermaksud proses pembentukan di Malaysia dipengaruhi
oleh peradaban Cina dari segi psikologi.
2.4 Ideal Konfusianisme
13
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Dari sudut kesesuaian, Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah
negara beretika bersesuaian untuk menjayakan wawasan 2020 dalam proses
pembentukan tamadun Malaysia. Hal ini kerana, perkara tersebut mempunyai
konsepsi yang sama mengenai kepercayaan, ideal dan penerapan nilai hidup.
Sebagai contoh, keluarga yang dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang
harus dipelihara dan dipertahankan dalam tamadun Cina bersesuaian dengan
konsep yang ingin diketengahkan dalam negara Malaysia dalam proses
pembentukan tamadun malaysia.
Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu negara yang mempunyai bangsa-
bangsa moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan berdasarkan
kepercayaan dan perkembangan sepenuh potensi manusia yang bermula daripada
peringkat perseorangan. Dalam skop yang komprehensif, Konfusianisme yang
dikembangkan lebih kurang 2500 tahun dahulu oleh tamadun Cina masih lagi
digunaakan pada masa kini, terutamanya konsep mengenai perhubungan sosial.
Nilai, sifat moral dan prinsip etika yang berlkisar dalam lima perhubungan sosial
adalah penting dan cukup sesuai untuk memberikan ilham kepada mereka yang
memikirkan satu sistem nilai yang sewajarnya.
2.5 Ekonomi
14
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Selain itu, peradaban tamadun Cina juga memainkan peranan dari segi
ekonomi dalam proses pembentukan tamadun Malaysia. Kegiatan pertanian seperti
sutera dan logam merupakan asas ekonomi manakala kegiatan memburu dan
menternak lembu dan kambing merupakan ekonomi sampingan bagi negara China.
Tamadun Cina mementingkan nilai keadilan dan sikap berpatutan dalam bidang
ekonomi. Hal ini merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dalam
The Grand Unity dan pekerjaan tanpa mengira bangsa.
Ekonomi tamadun China terbahagi kepada sistem ekonomi sara diri dan
sistem ekonomi komersil. Seperti zaman Dinasti Shang, ekonomi Malaysia pada
masa dahulu masih bersifat primitif. Peralatan tradisional seperti cangkul dan bajak
digunakan dalam aktiviti pertanian. Penduduk Shang turut menjalankan aktiviti
penternakan seperti yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia pada masa dahulu.
Dalam sistem ekonomi komersil pula, hasil tanaman dikeluarkan dalam jumlah yang
banyak untuk tujuan perdagangan. Kaedah penanaman secara bergilir dan
penggunaan baja digunakan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanuan.
Contoh aktiviti perdagangan ialah tekstil dan kraftangan.
Seterusnya, nilai-nilai seperti kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab,
integriti dan ketaatan membawa kebaikan kepada pertubuhan perniagaan. Manakala
nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma
dan peraturan, disiplin diri, semangat bekerjasama pula mendatangkan kesan baik
bagi teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi
perindustrian. Kesemua nilai tersebut berfungsi dalam untuk membentuk tamadun
Malaysia selaras dengan cabaran kelapan dalam Wawasan 2020.
2.6 Pendidikan
15
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Di samping itu, tamadun Cina memainkan peranan untuk membentuk
tamadun Malaysia dalam aspek pendidikan. Konfusianisme dan tradisi lain mampu
digunakan dalam pembentukan tamadun Malaysia bagi mengembangkan kurikulum
dan strategi pengajaran dan mengajar. Warisan tamadun Cina yang pertama ialah
kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan
individu atau berkumpulan. Seterusnya ialah pendidikan sentiasa diutamakan.
Warisan tamadun Cina ketiga pula ialah kepercayaan bahawa setiap individu harus
dan boleh dididik. Keempat pula merupakan pembentukan keperibadian atau ajaran
moral dan etika diberikan keutamaan. Warisan tamadun Cina yang kelima ialah guru
harus dihormati dan diberi suatu status yang tinggi. Warisan-warisan yang
berunsurkan humanisme, personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam
tamadun Cina ini dijadikan panduan untuk merealisasikan Wawasan 2020 di
Malaysia.
Selain itu, sistem pendidikan Cina turut memberi sumbangan kepada
tamadun di Malaysia. Mengikut sejarah, terdapat tiga peringkat dalam pendidikan
dalam peradaban Cina, iaitu peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat
tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan
mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa
memahami maknanya. Kemahiran tersebut mempunyai sedikit persamaan dengan
aspek membaca dan menulis dalam kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira) di Malaysia. Sistem peperiksaan awam di China terbahagi kepada tiga
tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin
Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama manakala tahap kedua setaraf
dengan sarjana. Tahap ketiga pula setaraf dengan doktor falsafah yang wujud di
Malaysia pada era globalisasi ini.
2.7 Pemeliharaan alam sekitar
16
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Seterusnya, bidang pemeliharaan alam sekitar dalam peradaban Cina juga
berperanan dalam proses pembentukan tamadun di Malaysia. Mengikut peradaban
China, tamadun perlu saling berinteraksi untuk mencapai satu konsepsi yang
rasional tentang alam dan tugas manusia untuk membendung kemusnahan alam
sekitar. Sehubungan dengan itu, manusia perlu menjalankan tanggungjawab mereka
untuk memelihara dan memulihara alam sekeliling. Sekiranya alam sekitar
mengalami masalah seperti pencemaran dan kepupusan spesies flora dan fauna,
manusia harus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya.
Berdasarkan ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme atau Buddhisme
dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam. Hal ini
bermaksud manusia dan alam adalah saling memerlukan dan bergantung antara
satu sama lain. Sebagai contoh, jika alam seperti tumbuh-tumbuhan tidak wujud,
maka manusia tidak akan dapat hidup kerana tiadanya oksigen, Demikian juga
dengan sebaliknya. Tumbuh-tumbuhan tidak mampu hidup tanpa karbon dioksida
yang dikeluarkan oleh manusia. Oleh itu, manusia harus berusaha memahami
prinsip-prinsip alam semesta (tian) agar tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai
“kesatuan tian dengan manusia”. Dengan adanya fahaman ini, manusia dan alam
semesta dapat hidup secara harmoni Fahaman ini bersifat transendesi atau logik
dan bukannya empirik. Justeru, peradaban Cina dijadikan sebagai rujukan untuk
mementingkan dan mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam
semula jadi dalam pembentukan tamadun Malaysia.
PENUTUP
17
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Sesungguhnya, tamadun China sememangnya memainkan peranan yang
banyak dan penting dalam proses pembentukan tamadun Malaysia pada masa kini.
Daripada ketujuh-tujuh aspek yang dimainkan oleh tamadun cina tersebut maka
dapat disimpulkan bahawa tamadun China mempunyai tahap pencapaian
ketamadunan yang tinggi. Hal ini kerana kebanyakan ideologi yang diketengahkan
dalam pembinaan dan perkembangan tamadun cina sehingga menjasi salah satu
tamadun yang unggul adalah menjadi ikutan kepada negara Malaysia dalam proses
pembangunan tamadun Malaysia.
Tamadun China mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu berkembang
sehingga ke dunia Barat. Hal ini menunjukkan tamadun China berupaya bersaing
dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun China telah memberi pandangan baru
kepada tamadun Malaysia. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kehadiran
masyarakat cina serta budayanya yang unik telah memperkaya dan mengukuhkan
lagi peradaban dan kehidupan harmoni pelbagai kaum yang sesuai dalam proses
pembentukan tamadun Malaysia.
18
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
CYRILLYNE MARK MADINAH
PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 1
19
REFLEKSI INDIVIDU
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah subjek Tamadun Islam dan
Asia (TITAS) Encik Abdul Rahman, pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa
syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatNya saya berjaya menyiapkan tugasan
ini dalam masa yang ditetapkan. Seperti yang diberitahu kepada semua guru pelatih,
tugasan ini merupakan tugasan kerja kursus pendek (KKP), dijalankan secara
berkumpulan dan dikehendaki hantar pada masa yang ditetapkan. Sebaik sahaja
menerima soalan tugasan ini, saya dan Veleria Chung rakan kumpulan saya mula
bertanya beberapa soalan mengenai pelaksanaan tugasan ini daripada rakan-rakan
saya agar saya dapat memahami dengan lebih jelas lagi mengenai kehendak
soalan. Tugasan ini menugaskan guru pelatih secara individu untuk menjawab satu
soalan yang telah ditentukan bagi setiap kumpulan.
Kumpulan saya mendapat soalan perbincangan mengenai peranan yang
dimainkan oleh peradaban cina terhadap proses pembentukan Tamadun Malaysia.
Sebelum memulakan tugasan ini, saya dan rakan kumpulan saya terlebih dahulu
mencari bahan rujukan iaitu buku rujukan TITAS di perpustakaan, beberapa
maklumat daripada rakan-rakan yang ada maklumat mengenai taamadun cina dan
pembentukan tamadun Malaysia. Kami juga bersama-sama mencari bahan
maklumat daripada internet.
Setelah mendapat bahan maklumat yang mencukupi, saya dan rakan
kumpulan membuat pembahagia isi yang harus kami ketengahkan dan huraikan
dalam usaha memberi jawapan kepada peranan yang dimainkan oleh peradaban
cina dalam proses pembentukan tamadun Malaysia. Untuk ini, saya telah memilih
untuk menghuraikan peranan tamadun cina dari segi kehidupan berasaskan
humanisme, dari segi sosial dan juga psikologi. Sepanjang pengamatan daripada
ketiga-tiga aspek ini, saya dapat belajar dan dapat mengetahui lebih mendalam lagi
mengenai tamadun China berdasarkan pengenalan yang saya sertakan pada
permulaan tugasan ini begitu juga dengan proses pembentukan tamadun Negara
kita, Malaysia.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, secara langsung telah menambahkan
pengetahuan saya mengenai tamadun cina terutamanya dari segi asas kehidupan
masyarakat yang hidup dalam tamadun China. Sesungguhnya masyarakat cina
hidup dengan mengutamakan bilai-nilai perikemanusiaan dan menekankan
20
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
moralisme dalam kehidupan mereka seharian. Kesemua nilai hidup dan sifat
perikemanusiaan yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat cina terkandung
dalam karya mereka yang dipangil buku The Great Unity. Tuntasnya, peradaban
kehidupan bermasyarakat yang diamalkan oleh tamadun Cina boleh menjadi ikutan
yang baik kepada Negara Malaysia dalam proses pembentukan tamadun Malaysia.
Seterusnya saya huraikan mengenai peradaban tamadun China dalam aspek
sosial, kehidupan masyarakat cina dalam aspek sosial mengutamakan konsep
kekeluargaan. Ibu bapa hendaklah memberikan kehidupan yang baik kepada anak-
anak, manakala anak-anak mestilah menghormati ibu bapa dan taat kepada arahan
mereka. Selain itu, masyarakat cina juga mementingkan perhubungan baik antara
manusia dengan alam sekitar, hal ini adalah untuk memastikan manusia akan
mendapat kehidupan yang baik berdasarkan hubungan baik mereka dnegan alam
sekeliling mereka. Aspek yang terakhir ialah aspek psikologi, masyarakat cina
berpegang kepada konsep bahawa setiap orang tanpa mengira latra belakang
harus dididik dan boleh dididik. Tamadun China adalah bersifat personalisme yang
membawa kepada pembentukan manusia yang berkeupayaan untuk mencapai
kebaikan dan memberi manfaat. Hal ini adalah sangat bersesuaian dengan target
Negara Malaysia untuk membentuk masyarakat yang saintifik dan berilmu
pengetahuan yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Daripada ketiga-tiga aspek di atas, saya dapat memahami dengan dalam
mengenai sumbangan yang turtu diberikan oleh tamadun China secara langsung
dan tidak langsung dalam proses pembentukan tamadun Malaysia. Sesungguhnya
tugasan seperti ini membawa kepada pengalaman dan pengetahuan kepada saya
dan rakan kumpulan saya dalam bidang ketamadunan ini. Selain dapat mendalami
aspek ketamadunan, saya juga belajar untuk mencari bahan maklumat daripada
pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini, kerjasama dalam kumpulan juga
mengajar saya untuk senantiasa menyiapkan tugasan dan memastikan rakan
kumpulan saya senang bekerjasama dengan saya.
VELERIA CHUNG SIAW LEN
PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER
21
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
25 Januari 2011 lalu, Encik Abdul Rahman Ismail selaku pensyarah bagi
subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) telah memberikan kerja kursus
kepada kami. Sebelum saya memulakan kerja kursus, saya mencari ahli kumpulan
kerana tugasan ini merupakan tugasan kumpulan. Saya dan rakan kumpulan
membahagikan soalan tugasan masing-masing. Semasa dalam tempoh
menjalankan kerja kursus ini, kami telah melakukan rujukan melalui media cetak dan
media elektronik. Kami mencari buku rujukan di pusat sumber dan melayari internet.
Selepas tugasan ini telah selesai, kami berasa bersyukur kerana dapat
menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Saya juga memperoleh banyak
manfaat hasil daripada perlaksanaan kerja kursus ini.
Salah satu manfaat yang saya perolehi adalah dapat menambah ilmu
pengetahuan dalam subjek TITAS. Saya dan rakan saya telah diberikan amanat
untuk melakukan soalan mengenai peranan yang telah dimainkan oleh peradaban
cina dalam proses pembentukan Tamadun Malaysia. Kami membahagikan peranan
tersebut kepada tujuh aspek, iaitu humanisme, sosial, psikologi, konfusianisme,
ekonomi, pendidikan dan pemeliharaan alam sekitar. Maka, kami dapat menguasai
tajuk ini kerana kami telah mengkaji dan mendalami tajuk ini. Justeru, tugasan ini
secara tidak langsung dapat membantu kami untuk menjawab soalan ujian akhir
kursus nanti.
Selain itu, saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama
lain menerusi perlaksanaan tugasan ini. Hal ini disebabkan saya sering berjumpa
dengan rakan kumpulan saya, Cyrillyne Mark Madinah untuk membincangkan
tugasan ini. Saya berterima kasih kepadanya kerana dia banyak memberikan
kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini.
Saya sedar bahawa bukan senang untuk melakukan sesuatu tugas secara
berkumpulan. Hal ini kerana sikap saling percaya dan toleransi adalah penting bagi
mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan faham.
Di samping itu, saya dapat menerapkan sifat-sifat keguruan dalam diri saya.
Sifat-sifat yang dimaksudkan adalah seperti berdedikasi, menepati masa dan
22
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
berdikari dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang baik, individu perlulah
berdikari mencari bahan rujukan dan membuat kajian mengenai tajuk yang akan
disampaikan kepada murid. Melalui tugasan ini, saya juga melakukan hal yang
sama. Saya dan rakan kumpulan mencari maklumat sendiri melalui bahan rujukan di
pusat sumber, laman web dan juga hasil pertukaran maklumat dengan rakan dari
kumpulan lain. Secara tidak langsung, saya dapat membimbing dan mendidik diri
saya untuk menjadi seorang guru yang berketerampilan kelak.
23
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
BIBLIOGRAFI
Buku rujukan:
(2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
24
BORANG KOLABORASI
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009). BUKU TEKS
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Akashah Ismail (2007). Sejarah. Selangor, Pelangi Publishing Group Bhd.
Azhar Haji Mad Aros (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (kertas 1). Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mahdi Shuid dan Saliza Saad (2008). Teks Pra-U STPM Tamadun Dunia. Selangor
Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd
Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir dan Siti Halimah
Putung (2011).Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Ruslan Zainuddiin (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Laman web:
http://m-mohaj.blogspot.com/2009/03/tamadun-china.html (28/010/2011)
http://fasisbh1-kamin.zoom-a.com/wawasan2020.html (28/01/2011)
25
PISMP BM SEM 1
WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
26
LAMPIRAN