Post on 05-Dec-2014
description
1.0 PENGENALAN
Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan
pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan
kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah,
memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru
terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah
satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses
ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan
seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses
perkembangan intelek seseorang.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya,
kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami
persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.
1
2.0 Ujian Konservasi Piaget
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak : Teori Jean
Piaget
Latar Belakang Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.
Bapanya bernama Arthur Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam
bidang Sejarah dan ibunya bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak
pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.
Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat
muda iaitu pada umur 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean
melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel dan mendapat PhD semasa
berumur 22 tahun. Jean mula berminat pada Psikologi apabila beliau terpilih
menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva dan beliau dilantik
sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."
Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat
penting pada abad ke dua puluh. Latar belakang beliau memberikan banyak
sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi
membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak
berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak,
tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan
Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan
bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-
2
kanak. . Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan
analisis bilangan kecil kanak-kanak. Dia menumpukan perhatian kepada 3
anaknya sendiri yang dilahirkan antara 1925 dan 1931. Bagaimana pun
pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutama ahli psikologi
behavioris apabila dia cuba menerangkan peristiwa-peristiwa mental ('mental
events').
Dia sungguh tertarik dengan cara siput atau 'mollusks' menyesuaikan diri
dengan keadaan persekitaran. Menggunakan idea daripada biologi dia
mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utama iatu
organisasi dan adaptasi. Organisasi ialah sifat dalaman organisma untuk
bertindak untuk menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian
dengan persekitaran fizikal. Maksud lain ialah organisasi ialah proses dalaman
dan adaptasi ialah proses luaran. Namun, teori yang beliau kemukakan adalah
memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Konsep Perkembangan Kognitif
Piaget telah menggunakan idea daripada biologi yang dicadangkan
bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utama iaitu organisasi dan
adaptasi. Organisasi ialah sifat dalaman organisma untuk bertindak untuk
menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian dengan
persekitaran fizikal. Dengan perkataan lain organisasi ialah proses dalaman dan
adaptasi ialah proses luaran. Oleh itu, Piaget telah memperkenalkan 4 konsep
dalam kognitif iaitu skema (schema), asimilasi (assimilation), akomodasi
(accomodation), dan keseimbangan (equilibrium).
3
"From the biological point of view organisation is inseparable from
adaptation: They are two complementary processes of a single
mechanism, the first being the internal aspect of the cycle of which
adaptation constitutes the external aspect"
[Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955).
Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran
mereka, memahami situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan
berasa kurang selesa jika berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak
menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka. Ketidakselesaan ini
mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali
individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun
pengalaman-pengalaman di dalam minda masing-masing dan membentuk satu
sistem di panggil skema (schema).
Skema ialah struktur-struktur kognitif atau mental yang diperolehi oleh
individu untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan mengorganisasi
persekitaran berkenaan. Skema tidak statik tetapi sentiasa berubah dan
diandaiakan seperti konsep atau kategori berkaitan sekumpulan objek, peristiwa
atau ciri. Orang dewasa memiliki banyak skema manakala bilangan skema bayi
terhad dan bertambah apabila membesar.
Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu
dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian
beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya, sewaktu dilahirkan,
bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali
sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang,
4
kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.Oleh
itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan
seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana
bayi bertindak balas dengan persekitarannya.
Proses perubahan dan penukaran skema lama kepada skema baru di
panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu
asimilsi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Asimilasi merupakan
satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang
sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti
sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema
yang sedia ada) dan merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan
mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama
untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Akomodasi berfungsi apabila
skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum
lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget, proses
mengorganisai, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang
digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Contohnya, dalam
mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan “d” sebagai “b” apabila
diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba
memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada.
Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama
untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara
5
pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema baru. Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru
untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru ia berjaya maka
keseimbangan akan berlaku tetapi sekirannya skema baru tidak memberi
penyesuaian yang baik maka keseimbangan akan berlaku dan kita akan terus
membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru.
Peringkat Pra-Operasi (Kanak-Kanak 2 Hingga 7 Tahun)
Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak sudah boleh
menggunakan skema-skema fizikal yang mudah. Seterusnya pada peringkat ini,
kanak-kanak akan beralih ke peringkat menggunakan minda untuk membentuk
skema-skema baru. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting tahap
ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula
menggunakan simbol dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai
kereta apabila ditolak di atas lantai. Tetapi, dari segi kualiti, pemikiran kanak-
kanak masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan orang
dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-
kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu
perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang berulang-ulang,
rangkaian tingkah laku menjadi kukuh dan digeneralisasikan sehingga menjadi
skema tingkah laku yang stabil supaya difahami oleh individu bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku.
6
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti
berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan
dan bayangan.. Pengamatan merupakan suatu proses kanak-kanak memberikan
sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat manakala ingatan ialah satu
proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai
peristiwa lalu. Bayangan pula merupakan satu proses yang menyebabkan
sensasi yang statik supaya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di
bahagian mental.
Pada tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu Tahap
Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap
pra-konseptual, kanak-kanak belum dapat membeza dan memahami dua atau
lebih dimensi pada masa yang sama kerana mereka belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam pemikiran.
Kecerdasan selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,
ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian
terhadap hubungan peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama
proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat,
peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.
Prinsip ketekalan merupakan pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak
berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-
kanak yang tidak memahami prinsip, mereka tidak akan tahu bahawa jumlah,
isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan
susunannya berubah.
7
Peringkat Operasi Konkrit (7 Hingga 11 Tahun)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku
semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak
belum berfikir secara egosentrik seperti pada tahap praoperasi. Perasaan ingin
tahu menjadikan kanak-kanak gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat
mereka kepada orang yang lebih dewasa. Perkembangan semangat inkuiri
menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain dan pada tahap ini,
kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang
sebaya kerana mereka mula memasuki zaman persekolahan.
Perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sudah mula memahami unsur-
unsur pemikiran logik. Mereka memahami konsep-konsep nombor, berat,
susunan, padatan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walau
bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap ini masih belum memahami atau
menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,
ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-
konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan
sebagainya.
Tuntasnya, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak
pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi
tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
8
Peringkat Operasi Formal (11 Tahun Ke Atas)
Pada peringkat ini,Piaget menyatakan bahawa perkembangan
kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini
melibatkan umur sebelas hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian
pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata kerana mereka
mampu membuat keputusan dan dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.
Individu ini dapat menyelesaikan masalah secara rasional dan lebih sistematik.
Piaget menyatakan remaja pada tahap, patuh dan berhati-hati dengan
pendapat dan pegangan seperti mereka mula memikir tentang diri mereka dan
peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat
perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang terdapat dalam
masyarakat.
Kesimpulannya, pemikiran baru dihasilkan oleh individu berbentuk
abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal
bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang
digunakan (Burbulus & Linn 1988)
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah
disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada
konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang
sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut
perkembangan fizikal individu.
9
Menurut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku.
Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses
akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan
keperluan situasai pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses
akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah
menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Piaget telah mengemukan beberapa cadangan mengajar kanak-kanak
mengikut peringkat-peringkat. Untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7
tahun iaitu peringkat praoperasi, guru di sekolah haruslah mengajar
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya, kanak-kanak
menggunakan bahan-bahan maujud seperti batu, guli, batang aiskrim untuk
belajar kemahiran menambah dan menolak. Pada peringkat ini, guru perlu
memberi arahan yang pendek dan memberi contoh kepada murid seperti arahan
untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti
diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh
melakukan demonstrasi sebelum menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu.
Kebiasaannya kanak-kanak pada peringkat praoperasi susuh memahami
sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain seperti guru memberi
penjelasan tentang nilai atau nasihat diberikan dalam ayat yang mudah difahami.
Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan perkataan
kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala sesuatu perkataan tersebut
membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai
makna contohnya Lila memberitahu cikgunya “nak baring” yang bermaksud dia
sebenarnya hendak tidur. Di dalam kelas, guru digalakkan memberi peluang
kepada kanak-kanak melakukan “hand on” terhadap sesuatu kemahiran seperti
membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf. Pihak sekolah harus
10
menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai pada kanak-kanak tahap
ini seperti membuat lawatan ke Zoo Negara, taman, Balai Bomba dan sebaginya.
Menurut Piaget, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan berubah
dan meningkat dari satu peringkat ke peringkat lain. Pada peringkat operasi
konkrit untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, guru harus meneruskan
penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang
baru seperti model-model tiga demensi (3D) untuk mewakili objek-objek yang
baru pelajari. Di dalam kelas, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk
memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar contohnya membuat
eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari
untuk proses fotosintesis tumbuhan. Guru-guru haruslah memastikan
pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun seperti mulakan
pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks.
Bahagikan pembentangan kepada langkah-langkah yang mudah. Dalam
pembelajaran, seelok-eloknya gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan
dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih
kompleks dan perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang
memerlukan pemikiran logik dan analitik.
Pada peringkat operasi formal iaitu berumur 11 tahun dan keatas,
pembelajaran mereka telah meningkat dari senang ke tahap yang susah. Kanak-
kanak pada tahap ini akan memahami pelajarannya apabila guru menggunakan
bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks seperti
menggunakan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri
sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Dalam kelas, guru-
guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternative
penyelesaian dan membuat hipotesis dan menyelesaikan masalah serta
memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Dalam pengajaran,
11
guru digalakkan mengemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat
dengan fakta-fakta dan biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep
tersebut.
Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli kelab mazhab neokognitif :
konstruktivisme) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif
Piaget. Mengikut kajian mereka, langkah yang pertama perlu dilakukan oleh guru
ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar,
menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar dan sengaja memberi idea
yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah yang seterunya
ialah dalam pengajaran, guru harus memberi tugas yang berkaitan untuk
pemindahan pembelajaran dan dalam kelas, guru digalakkan membentuk
kumpulan yang mengadungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan
kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat
perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan
kognitif yang lebih rendah.
12
Jenis – Jenis Ujian Konservasi Jean Piaget
Jean Piaget telah menjalankan pelbagai ujian bagi memahami keupayaan
kognitif dan perspektif kanak-kanak. Ujian ini yang bertujuan menilai keupayaan
kanak-kanak memahami pengekalan ciri-ciri bahan, terdiri daripada:
1. Pengekalan kuantiti atau bilangan ( bilangan)
2. Pengekalan ruang ( jarak, kawasan)
3. Pengekalaan isi padu ( cecair, jisim)
4. Pengekalan berat
Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas:
a) Prinsip identiti. Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau
dikurangkan, bilangan/ amaun objek adalah sama walaupun bentuknya
berubah.
b) Prinsip ganti rugi. Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan
diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.
c) Prinsip keterbalikan. Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara
mental kepada keadaan asal semula.
13
Berikut adalah Ujian Konservasi Piaget. Pastikan ujian tersebut dijalankan
secara nyata dan bukan abstrak.
14
3.0 Laporan Tentang Profil Kanak – kanak
MODEL KANAK-KANAK 1
Nama : Lim Ken Wei
Umur : 6 tahun
Jantina :Lelaki
No surat beranak :051212-07-0087
Keturunan :Cina
Agama :Buddha
Ketinggian :115 cm
Berat badan :21 kg
17
MODEL KANAK-KANAK 2
Nama : Ong Yee Ling
Umur : 6 tahun
Jantina :Perempuan
No surat beranak :050104-02-0846
Keturunan :Cina
Agama :Buddha
Ketinggian :121 cm
Berat badan :20 kg
18
MODEL KANAK-KANAK 3
Nama : Teh Yun Hui
Umur : 6 tahun
Jantina :Perempuan
No surat beranak :050216-07-0138
Keturunan :Cina
Agama :Buddha
Ketinggian :123 cm
Berat badan :21 kg
19
4.0 Laporan Langkah – langkah Kajian Ujian Konservasi Piaget
Ujian yang dipilih : Pengekalan Kuantiti atau Bilangan (Nombor)
Pengekalan Ruang (Jarak)
Pengekalan Berat (Bentuk)
Tempat ujian dijalankan : Bilik Prasekolah
Tarikh ujian dijalankan : 21 / 3 / 2011 (Hari Isnin)
Masa ujian dijalankan : 10.15 – 11.30 pagi
20
Ujian Konservasi Piaget
Kanak-kanak : 1 / 2 / 3
Umur Kanak-kanak : ________
Ujian Kedudukan Asal Transformasi
Nombor
Adakah sama bilangan duit syiling di setiap baris?
Jawapan kanak-kanak.Sama ( )Tidak ( )
Sekarang adakah bilangan duit syiling masih sama ataupun ada yang lebih banyak?
Jawapan kanak-kanak.Sama ( )Tidak ( )
Jarak Adakah panjang kedua-dua tali ini sama?
Jawapan kanak-kanak.Sama ( )Tidak ( )
Sekarang adakah kedua-dua tali ini sama panjang ataupun salah satunya lebih panjang?
Jawapan kanak-kanak.Sama ( )Tidak ( )
Bentuk
Adakah tanah liat yang bulat ini sama berat?
Sekarang adakah kedua-dua tanah liat ini masih sama berat ataupun salah satunya lebih berat?
21
Duit syiling dirapatkan.
Baris duit syiling
yang kedua
dijarakkan.
3 Piaget Conservation Tasks
Rajah 1
Rajah 2
UJIAN 1:-
1. 2 baris duit syiling disusun sama panjang dan setiap baris mempunyai 5
biji duit syiling.
2. Kemudian salah satu baris duit syiling itu dipanjangkan.
3. Soalan yang ditanya: Adakah bilangan duit syiling bagi kedua-dua baris
masih sama?
23
Tali yang sama panjang.
1 tali masih lurus dan 1
tali yang bengkok.
Rajah 3
Rajah 4
UJIAN 2:-
1. 2 baris tali disusun sama panjang dan selari.
2. Kemudian salah satu baris duit syiling itu dibengkokkan.
3. Soalan yang ditanya: Adakah tali bagi kedua-dua baris masih sama?
24
Rajah 5
Rajah 6
UJIAN 3:-
1. 2 tanah liat yang sama berat dan saiz dibulatkan
2. Kemudian salah satu tanah liat dileperkan
3. Soalan yang ditanya: Adakah tanah liat yang bulat dan dileperkan masih
sama berat?
25
Tanah liat yang
sama dibulatkan
1 tanah liat masih
bulat dan 1 lagi dileperkan.
5.0 Pengendalian Ujian Konservasi Piaget
Data Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Nama
kanak
UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3
Lim
Ken
Wei
Menjawab soalan
dengan salah.
Bilangan duit
syiling yang
dijarakkan lebih
banyak.
Menjawab soalan
dengan salah.
tali yang tidak
dibengkok lebih
panjang.
Menjawab soalan
dengan salah.
tanah liat yang
dileperkan adalah
tidak sama berat
dengan tanah liat
yang bulat.
Ong
Yee
Ling
Dapat menjawab
soalan dengan
betul.
Menjawab soalan
dengan salah.
tali yang tidak
dibengkok lebih
panjang.
Menjawab soalan
dengan salah.
tanah liat yang
dileperkan adalah
tidak sama berat
dengan tanah liat
yang bulat.
Teh
Yun
Hui
Dapat menjawab
soalan dengan
betul.
Dapat menjawab
soalan dengan
betul.
Dapat menjawab
soalan dengan
betul.
Dapat
menjelaskan
sebab-sebab atau
teorinya.
JADUAL 1: Keputusan ujian kognitif bagi kanak-kanak 6 tahun.
26
Huraian Data Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Nama
kanak
UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3
Lim Ken Wei
Menjawab soalan dengan salah.
Bilangan duit syiling yang dijarakkan lebih banyak.
Menjawab soalan
dengan salah.
tali yang tidak dibengkok lebih panjang.
Menjawab soalan
dengan salah.
tanah liat yang dileperkan adalah tidak sama berat dengan tanah liat yang bulat.
Jadual 2: Keputusan ujian kognitif bagi kanak-kanak tahap kognitif yang lemah.
Berdasarkan Jadual 2, kanak-kanak tahap kognitif yang lebih lemah akan
menjawab semua soalan dengan salah. Contohnya, ujian 1, setelah duit syiling
telah dijarakjauhkan, mereka akan menjawab bilangan duit syiling yang telah
dijarakkan lebih banyak.Dalam ujian 2, mereka akan menganggap tali yang tidak
dibengkok lebih panjang. Manakala dalam ujian ketiga, kanak-kanak akan
menyatakan tanah liat yang dileperkan adalah tidak sama berat dengan tanah
liat yang bulat.
Nama
kanak
UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3
Ong
Yee
Ling
Dapat menjawab soalan dengan betul.
Dapat menjawab soalan dengan betul.
Menjawab soalandengan salah.
tanah liat yang dileperkan adalah tidak sama berat dengan tanah liat yang bulat.
Jadual 3 : Keputusan ujian kognitif bagi kanak-kanak tahap kognitif yang
sederhana.
27
Berdasarkan Jadual 3, kanak-kanak tahap kognitif yang sederhana dapat
menjawab semua soalan. Contohnya, ujian 1, setelah duit syiling telah
dijarakjauhkan, mereka masih menjawab bilangan duit syiling yang telah
dijarakkan adalah sama. Dalam ujian 2, mereka akan menyatakan kedua-dua
tali adalah sama panjang. Dalam ujian ketiga, mereka akan menjawab tanah
liat yang dileperkan adalah tidak sama berat dengan tanah liat yang bulat.
Nama
kanak
UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3
Teh
Yun
Hui
Dapat menjawab soalan dengan betul.
Dapat menjawab soalan dengan betul.
Menjawab soalan dengan betul.
Dapat menjelaskan sebab-sebab atau teorinya
Jadual 4: Keputusan ujian kognitif bagi kanak-kanak tahap kognitif yang tinggi.
Berdasarkan Jadual 4, kanak-kanak tahap kognitif yang tinggi dapat menjawab
semua soalan. Contohnya, ujian 1, setelah duit syiling telah dijarakjauhkan,
mereka masih menjawab bilangan duit syiling yang telah dijarakkan adalah
sama. Dalam ujian 2, mereka akan menyatakan kedua-dua tali sama panjang.
Dalam ujian ketiga, mereka akan menjawab betul. Mereka dapat menjelaskan
sebab-sebab dan teorinya dengan betul.
28
6.0 Analisis Laporan Kajian Ujian Konservasi Piaget
Berdasarkan eksperimen yang saya jalankan, saya dapat membuat
kesimpulan bahawa kanak-kanak yang berumur 7 tahun tidak dapat membuat
pertimbangan dengan baik sekali. Contohnya, mereka menjawab soalan
1,bilangan duit syiling yang dijarakkan lebih banyak. Dalam soalan 2, mereka
juga memberi jawapan bahawa tanah liat yang dileperkan adalah tidak sama
berat dengan tanah liat yang bulat. Dan terakhirnya dalam soalan 3, mereka
memberi jawapan bahawa tanah liat yang dipanjangkan adalah tidak sama
dengan tanah liat yang dibulatkan.
Dalam eksperimen yang saya jalankan, semua kanak-kanak berusia 9 tahun
telah berupaya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya dengan
betul. Contohnya dalam ujian 1, mereka akan menjawab bilangan duit yang
dirapatkan dan dijarakkan adalah sama, dan ujian 2, mereka juga dapat
menjawab soalan dengan tepat sekali. Yang terakhir, mereka juga memberi
jawapan yang sama iaitu tanah liat yang dibulatkan dan dipanjangkan adalah
sama berat.
Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun dapat menjawab semua
soalan. Contohnya, ujian 1, setelah duit syiling telah dijarakjauhkan, mereka
masih menjawab bilangan duit syiling yang telah dijarakkan adalah sama. Dalam
ujian 2, mereka akan menyatakan kedua-dua tanah liat sama berat. Dalam ujian
ketiga, mereka akan juga menyatakan kedua-dua tanah liat sama berat.
29
7.0 Rumusan Keseluruhan Ujian Konservasi Piaget Kanak-kanak yang tahap kognitifnya lemah akan menjawab semua soalan
dengan salah. Contohnya, ujian 1, setelah duit syiling telah dijarakjauhkan,
mereka akan menjawab bilangan duit syiling yang telah dijarakkan lebih banyak.
Ini adalah kerana baris duit syiling yang telah dijarakkan lebih panjang. Jadi,
mereka menganggap baris itu lebih panjang. Dalam ujian 2, mereka akan
menganggap tali yang tidak dibengkok lebih panjang. Mereka hanya nampak apa
yang berada di mata depan dan tidak befikir secara teliti. Manakala dalam ujian
ketiga, tahap kognitif kanak-kanak lemah akan menyatakan tanah liat yang
dileperkan adalah tidak sama berat dengan tanah liat yang bulat kerana bentuk
tanah telah berubah. Mereka tidak tahu bahawa berat kedua-dua tanah liat
adalah sama walaupun bentuk telah berubah.
Pemikiran kanak-kanak yang mempunyai tahap kognitif yang lemah lebih
bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada
ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Mereka masih belum berupaya berfikir
secara logik dan rasional. Ciri ini dikatakan sebagai pemusatan. Oleh itu, kanak-
kanak pada peringkat ini juga masih tidak dapat menguasai proses transformasi,
keterbalikan dan menaakul. Sebagai contoh, berdasarkan ujian 1 di atas, kanak-
kanak akan mengatakan bahawa baris yang dipanjangkan itu mempunyai lebih
banyak duit syiling daripada baris yang asal. Hal yang demikian kerana mereka
tidak dapat melaksanakan transformasi. Mereka menganggap pemanjangan
baris sebagai baris yang baru dan bukan proses pemanjangan baris yang lama.
Manakala, kanak-kanak yang tahap kognitifnya sederhana dapat
menjawab satu soalan. Contohnya, ujian 1, setelah duit syiling telah
dijarakjauhkan, mereka menjawab bilangan duit syiling yang telah dijarakkan
adalah sama. Mereka dapat mengira bilangan duit syiling. Jadi, mereka dapat
menjawabnya. Dalam ujian 2, mereka akan menyatakan kedua-dua tali sama
panjang. Mereka tahu walaupun tali itu telah dibengkok, tali masih sama
panjang dengan tali yang tidak dibengkok. Dalam ujian ketiga, mereka menjawab
tanah liat yang dileperkan adalah tidak sama berat dengan tanah liat yang bulat.
30
Mereka akan nampak bentuk tanah liat dan membuat kesimpulan bahawa
kedua-duaberat tanah liat adalah yang sama.
Seterusnya, kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang sederhana
berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat
dengan situasi yang konkrit. Mereka sepatutnya memahami proses transformasi,
keterbalikan dan menaakul. Sebagai contoh, berdasarkan ujian 1 di atas, kanak-
kanak sepatutnya sudah boleh menyatakan bahawa bilangan duit syiling adalah
sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Selain daripada ujian 1, ujian 2 juga
dapat menunjukkan kanak-kanak pada peringkat ini adalah mampu memahami
bahawa jarak tali adalah sama banyak kerana tiada penambahan dan
pengurangan tali dilakukan. Mereka akan memahami bahawa perubahan jarak,
iaitu tali yang dibengkok tidak membawa perubahan kepada pengurangan
panjang tali. Apabila tali yang dibengkok diluruskan semula, ia akan menjadi
panjang kedua-dua tali sama.
Kanak-kanak yang tahap kognitifnya tinggi dapat menjawab semua soalan
dengan betul dan menjelaskannya dengan teori-teori tertentu. Contohnya, ujian
1, setelah duit syiling telah dijarakjauhkan, mereka masih dapat menjawab
bilangan duit syiling yang telah dijarakkan adalah sama. Mereka akan mengira
bilangan duit syiling terdahulu dan baru menjawabnya. Dalam ujian 2, mereka
akan menyatakan kedua-dua tali adalah sama saiz. Mereka akan nampak tali itu
dan menganalisis serta fikirnya. Mereka tahu kedua-dua tali itu sama panjang
walaupun salah satu tali dibengkok. Dalam ujian ketiga, mereka akan menjawab
betul. Mereka dapat mengetahui bahawa berat tanah liat adalah sama walaupun
bentuk ia yang berbeza. Mereka dapat menimbang berat tanah liat dan membuat
kesimpulan bahawa kedua-dua tanah liat mempunyai berat yang sama.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang tahap kognitifnya tinggi dapat menjelaskan
sebab-sebab dan teorinya dengan betul.
Kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang tinggi boleh melakukan
proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian
berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan
31
konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat
hipotesis walaupun ianya bukan reality. Mereka juga boleh berfikir secara
sistematik untuk member beberapa kemungkinan penyelesaian. Mereka
mempunyai pemikiran induktif iaitu berfikir aspek yang khusus kepada
generalisasi yang lebih luas. Contohnya, dalam ketiga-tiga ujian mereka dapat
menjawab jawapan yang betul dan lepas itu akan menyatakan sebab-sebab dan
teori dengan betul.
Ini telah menunjukkan tahap kognitif kanak-kanak yang berbeza. Tahap ini
adalah tahap ketiga dari empat tahap. Muncul antara usia enam sampai dua
belas tahun dan mempunyai ciri berupa penggunaan logika yang memadai.
Proses-proses penting dalam tahap ini adalah:
Pengurutan—kemampuan untuk menilai objek menurut ukuran, bentuk, atau ciri
lainnya. Contohnya, bila diberi benda berbeza ukuran, mereka dapat
membezakannya dari benda yang paling besar ke yang paling kecil.
Klasifikasi—kemampuan untuk memberi nama dan mengidentifikasi
serangkaian benda menurut tampilannya, ukurannya, atau karakteristik lain,
termasuk gagasan bahawa serangkaian benda-benda dapat menyertakan benda
lain ke dalam rangkaian tersebut. Anak tidak lagi memiliki keterbatasan logika
berupa animisme (anggapan bahawa semua benda hidup dan berperasaan)
Decentering—anak mulai mempertimbangkan beberapa aspek dari suatu
permasalahan untuk boleh memecahkannya. Sebagai contoh anak tidak akan
lagi menganggap bekas lebar tapi pendek lebih sedikit isinya dibanding bekas
kecil yang tinggi.
Reversibility—anak mulai memahami bahawa jumlah atau benda-benda dapat
diubah, kemudian kembali ke keadaan awal. Untuk itu, anak dapat dengan cepat
menentukan bahwa 4+4 sama dengan 8, 8-4 akan sama dengan 4, jumlah
sebelumnya.
32
Konservasi—memahami bahawa kuantiti, panjang, atau jumlah benda-benda
adalah tidak berhubungan dengan pengaturan atau tampilan dari objek atau
benda-benda tersebut. Sebagai contoh, bila anak diberi bekas yang seukuran
dan isinya sama banyak, mereka akan tahu bila air dituangkan ke gelas lain yang
ukurannya berbeza, air di gelas itu akan tetap sama banyak dengan isi bekas
lain.
Penghilangan sifat Egosentrisme—kemampuan untuk melihat sesuatu dari
sudut pandang orang lain (bahkan saat orang tersebut berfikir dengan cara yang
salah). Sebagai contoh, tunjukkan komik yang memperlihatkan Azman
menyimpan boneka di dalam kotak, lalu meninggalkan ruangan, kemudian Ujang
memindahkan boneka itu ke dalam laci, setelah itu baru Azman kembali ke
ruangan. Anak dalam tahap operasi konkrit akan mengatakan bahawa Azman
akan tetap menganggap boneka itu ada di dalam kotak walau anak itu tahu
bahwa boneka itu sudah dipindahkan ke dalam laci oleh Ujang.
Faktor-faktor kematangan biologi merupakan faktor yang penting untuk
mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan kanak-kanak yang berbeza
dari segi jasmani, intelek,emosi dan sosial di antara satu sama lain. Proses
pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor baka.Tahap kognitif kanak-kanak
telah dipengaruhi oleh genetik ibu bapa mereka juga. Keturunan genetic ibu
bapa yang baik akan mewarisi kepada anak-anak mereka.
Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran. Baka
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu
mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan merupakan
satu bahagian yang saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud
pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-berbeza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku
mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja,
dewasa dan seterusnya. Kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran untuk
33
memahami perkara-perkara yang berlaku. Persekitaran contohnya rumah dan
sekolah adalah penting untuk mepengaruhi kanak-kanak.
Faktor pengalaman sosial juga memainkan peranan yang penting untuk
mempengaruhi kognitif kanak-kanak. Perkembangan kognitif depengaruhi oleh
pengaulan kanak-kanak dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa,
adik-beradik, rakan, guru dan sebagainya. Oleh itu perkembangan adalah aspek
perubahan yang dialami individu dan bersifar kualitatif tetapi jelas berubah
melalui peredaran masa. perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-
peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu
serta dijangkakan.
34