Post on 17-Mar-2019
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR
MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH-
SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA
HALIJAH BINTI YUSOH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR
MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH-
SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA
HALIJAH BINTI YUSOH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
iii
iv
DEDIKASI
Sekalung Ucapan Terima Kasih :
Buat ibu dan ayahku
Kedua ibu dan bapa mertua
Serta seisi keluarga…
Di atas segala dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi…
Buat suami yang dikasihi
Segala bentuk pengorbanan yang diberikan menjadikan kekuatan buat diriku
Untuk meneruskan azam ini…
Buat anak-anak yang menjadi sumber kebahagianku
Kehadiranmu membuatku tabah untuk mencapai cita-cita…
Kupanjatkan segala kesyukuran kepadamu Ya Allah,
Berkatilah segala usaha dan ilmu yang yang kau berikan….
Amin……..
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya maka
Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada En. Yahya Bin Buntat selaku pensyarah pembimbing di atas
bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dalam tempoh kajian ini dijalankan.
Kesungguhan dan kerjasama yang diberikan telah membantu pengkaji dalam
melengkapkan projek.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan mana-mana pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses untuk mendapatkan
maklumat dalam menjalankan kajian ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan dihadiahkan kepada rakan-
rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi pandangan dan pendapat
yang membina di saat-saat ianya diperlukan.
vi
ABSTRAK
Pengajaran Mata Pelajaran Vokasional di sekolah akademik akan memenuhi
tuntutan negara terhadap keperluan sumber tenaga manusia di dalam bidang teknologi
pada masa akan datang. Pelajar-pelajar di beri peluang untuk memperolehi
kemahiran- kemahiran tersebut dan diharapkan berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran atau mendapatkan latihan selanjutnya setelah tamat dari sekolah menengah.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah akademik di Daerah Alor
Gajah, Melaka di dalam memilih mata pelajaran vokasional (MPV). Kaedah soal
selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat ke atas sampel yang berjumlah
seramai 80 orang. Data diproses dengan menggunakan program SPSS 11.5 serta
dianalisis menggunakan statistik diskriptif untuk mendapatkan frekuensi, peratusan
dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor guru dan masyarakat luar
banyak mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan bagi mengikuti mata
pelajaran MPV. Manakala faktor pentadbir dan ibu bapa didapati sederhana
pempengaruhi pemilihan pelajar dalam PMV. Melalui hasil dapatan kajian yang
dijalankan ini di harapkan guru, dapat membantu pentadbir ,ibu bapa dan pihak-pihak
tertentu dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan MPV dalam melahirkan tenaga
kerja yang benar-benar berkualiti dan berpengetahuan.
vii
ABSTRACT
The (MPV) subject is considered as a vocational education and is taught in the
academic schools, form four student onwards. The presence of the subject in the
academic school is to fulfill the manpower requirement needed in the future. The
students taking this subject are given the opportunity to posses the technical skills and
they can advance this knowledge to a level at the universities for higher technical skills
program. A study is carried out to identify what are the factors that influence the form
four students in the academic school in the district of Alor Gajah, Malacca to take this
subject. Questionnaires were distributed to the samples in order to collect the raw data of
the study for analysis purposes. The data were processed by using the SPSS program to
analyze the frequency, percentage and the mean of the factors that influence the students
to why they chose the MPV. The result of the study showed that the teachers and the
community had played an important role in influencing the students in choosing the MPV
subject. Whilst the administrative and the parents factors played less role in guiding
them to choose the vocational subject.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
AKUAN PENSYARAH ii
AKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
PENGENALAN
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakaang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
ix
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Terminologi Kajian 9
1.8.1 Faktor 9
1.8.2 Pemilihan 9
1.8.3 Pelajar 10
1.8.4 Mata Pelajaran Vokasional 10
1.8.5 Sekolah Akademik 11
1.8.6 Mempengaruhi 11
1.8.7 Pencapaian Akademik 11
1.8.8 Masyarakat Luar 11
SOROTAN KAJIAN
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 13
2.2.1 Penawaran Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) 14
2.2.2 Objektif 15
2.2.3 Kriteria Pemilihan sekolah 15
2.2.4 Tenaga Pengajar Dan
Latihan 17
2.3 Masyarakat Luar 18
2.4 Pihak Pentadbir Sekolah 19
2.5 Guru 20
x
2.6 Ibu Bapa 21
2.7 Pemilihan Pekerjaan 22
2.8 Ringkasan 23
METHODOLOGI KAJIAN
III METHODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Prosedur Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel 25
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Bahagian A 27
3.5.2 Bahagian B 27
3.6 Kesahan Soal Selidik 29
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Analisis Akhir dan Klasifikasi Semula 31
xi
ANALISIS DATA
IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 32 4.2 Profil Responden 33 4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 33
4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 1 36
4.4 Analisis Data Persoalan Kajian 2 38
4.5 Analisis Data Persoalan Kajian 3 40
4.6 Analisis Data Persoalan Kajian 4 43
4.7 Kesimpulan 46
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Perbincangan 48
5.2.1 Adakah Faktor Masyarakat Luar
Mempengaruhi Pelajar Memilih MPV 49
5.2.2 Adakah Faktor Pentadbir Mempengaruhi
Pelajar Dalam Memilih MPV 50
xii
5.2.3 Adakah Faktor Guru Telah Mempengaruhi
Pelajar Dalam Memilih MPV 51
5.2.4 Adakah Faktor Ibu Bapa Mempengaruhi
Pelajar Dalam Memilih MPV 52
5.3 Rumusan 53
5.4 Cadangan 55
5.4.1 Pentadbir 55
5.4.2 Masyarakat Luar 56
5.4.3 Guru 56
5.4.4 Ibu Bapa 57
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58
5.6 Penutup 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN A-D 64
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Analisa Mengikut Mata Pelajaran MPV Bagi Negeri
Melaka Bagi Tahun Perlaksanaan 2002 – 2004 7
2.1 Senarai Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Cadangan
Tahun Perlaksanaan (Tahun 2002 – 2005 ) 14
2.2 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) Di Sekolah Akademik Bagi Perlaksanaan
Tahun 2002 (Bagi Negeri Melaka) 16
2.3 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) Di Sekolah Akademik Bagi Perlaksanaan
Tahun 2003 (Bagi Negeri Melaka) 16
3.1 Senarai Bilangan Populasi dan Sampel 26
3.2 Senarai Item Soalan Mengikut Persoalan Kajian 27
3.3 Jadual Markat Skala 5 Mata 28
3.4 Skala Pemeringkatan Yang Dipermudahkan 30
3.5 Penilaian Terhadap Analisis Kajian 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Peratusan Bidang
Kursus 33
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 34
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.4 Taburan Keputusan PMR Responden 35
4.5 Taburan Gred Bagi Keputusan Kemahiran Hidup 35
xiv
4.6 Analisis Terhadap Faktor Masyarakat Luar Mempengaruhi
Pelajar Memilih MPV 37
4.7 Analisis Terhadap Faktor Pentadbir Yang Mempengaruhi
Pelajar Memilih MPV 39
4.8 Analisis Terhadap Faktor Guru Mempengaruhi Pelajar
Memilih MPV 42
4.9 Analisis Terhadap Faktor Ibu Bapa Yang Mempengaruhi
Pelajar Memilih MPV 45
5.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih MPV
Di Sekolah 47
xv
SENARAI SINGKATAN
MPV Mata Pelajaran Vokasional
PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru
BBPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
PMR Penilaian Menengah Rendah
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
MLVK Majlis Latihan Vokasional Malaysia
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 64
B Surat BPDPP 70
C Surat JPN Melaka 72
D Jadual Populasi Krejcie dan Morgan 73
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Menjelang 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang
berkembang dengan kadar yang begitu pesat dalam sektor perindustrian dan
pembuatan. Perkara ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia
dalam salah satu kertas kerjanya “Malaysia: Melangkah ke Hadapan
(Wawasan 2020)” yang telah meletakkan sasaran negara untuk menjadi
sebuah negara perindustrian sebagai teras kepada pembangunan negara.
Sehubungan dengan itu dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa
keperluan sumber tenaga manusia untuk menangani masalah tersebut
merupakan satu cabaran yang besar kepada Sistem Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Di dalam usaha kerajaan menyediakan sumber tenaga manusia
yang bakal diperlukan dalam sektor perindustrian ini, sistem pendidikan yang
teratur dan berkesan amat penting. Pelajar pada hari ini merupakan asset yang
sangat penting kepada negara bagi menyahut cabaran dalam wawasan 2020.
Justru itu, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik
dan Vokasional telah menyediakan satu program yang dapat membantu negara
memenuhi keperluan tenaga manusia dengan melatih serta mendedahkan para
2
pelajar kepada suasana perindustrian. Jika dilihat sejarah pendidikan di
Malaysia, di dalam Penyata Raman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961, di
antara penekanan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah untuk
memenuhi keperluan tenaga mahir. Aspirasi negara ini telah direalisasikan
dengan terlaksananya satu Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang
bernaung di bawah Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional pada tahun
2002. Mohd. Salleh (1998) menyatakan juga, “oleh sebab dasar pendidikan
sekarang lebih menitikberatkan kepada bidang pendidikan sains dan teknologi,
maka Kementerian Pendidikan Malaysia memberatkan agar generasi baru
pada hari ini lebih menumpukan bidang tersebut daripada bidang sastra”.
Berdasarkan senario pendidikan negara dan hasrat negara ke arah
negara perindustrian, satu sistem pendidikan teknik dan vokasional telah
diwujudkan bagi tujuan pembangunan sumber manusia di kalangan pelajar
yang cemerlang, sederhana mahupun yang lemah dalam bidang akademik
mereka . Secara amnya Mata Pelajaran Vokasional (MPV) ini merupakan satu
program yang berfungsi sebagai persediaan awal negara di dalam
menyediakan guna tenaga bagi memenuhi keperluan negara dalam sektor
perindustrian .
Dengan sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan terhadap mata
pelajaran vokasional ini terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa
pendidikan vokasional ini telah menjadi satu keperluan yang begitu mendesak
bagi melahirkan tenaga kerja yang benar-benar berkemahiran. Jika dilihat dari
segi program pendidikan , kebanyakan Negara Industri Baru (NIB) di Asia
Timur memberi penekanan yang lebih kepada pendidikan sains, teknikal dan
vokasional. Senario masyarakat di Malaysia yang menganggap pendidikan
teknik dan vokasional adalah berkaitan dengan pekerjaan kolar biru haruslah
ditinggalkan memandangkan keadaan di negara –negara membangun seperti di
Taiwan membuktikan bahawa pekerja yang bergaji lumayan terdiri daripada
pekerja perpendidikan vokasional.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembangunan ekonomi sesebuah negara itu berkait rapat dengan
pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan oleh negara tersebut.
Negara Malaysia adalah di dalam proses menuju keperingkat pembangunan
ekonomi berteraskan industri dan teknologi, maka segala harapan untuk
mencapai matlamat tersebut adalah terletak pada peranan yang dimainkan oleh
bidang pendidikan teknik dan vokasional.
Menurut Sharil (1999), “Hanya melalui kebolehan, kemahiran dan
daya usaha rakyatnya sahaja sesebuah negara boleh menjadi maju. Oleh itu
apa yang perlu dilakukan adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada
pembangunan sumber tenaga manusia terutama dalam bidang vokasional dan
teknikal”. Berdasarkan kepada Reformasi Pendidikan yang berlaku di sekitar
1982, apa yang perlu dilakukan oleh sistem pendidikan adalah untuk
memenuhi tuntutan semasa serta cabaran masa depan. Menurut Laporan
RM8, Kementerian Pendidikan (2000), berpandukan kepada Piagam
Pelanggan Kementerian Pendidikan Malaysia ke –8, memastikan agar
kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak –kehendak dan
keperluan pelanggan-murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan. Jadi di
sini adakah pihak sekolah benar-benar berpandukan kepada masyarakat di
luar sekolah atau masyarakat setempat di dalam mewujudkan mata pelajaran
vokasional
( MPV) di sekolah yang boleh membekalkan tenaga kerja untuk
menghasilkan produk bagi kegunaan masyarakat setempat di masa akan
datang?
Menurut Fayol ( dalam Zaidatul Akmaliah Lope Pihie,1998) kaedah
saintifik dalam pengurusan dapat meningkatkan produktiviti dan organisasi
yang kompleks dapat diurus dengan baik dan sistematik. Kejayaan sesebuah
organisasi seperti organisasi sekolah boleh dicapai melalui perancangan yang
baik,pengelolaan arahan, penyelarasan dan kawalan yang betul. Oleh itu
pengetua sekolah yang mengamalkan prinsip pengurusan Fayol, dapat
4
mengarahkan pelajar-pelajar untuk bekerjasama dan mengikuti mata pelajaran
yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Bagi memastikan terdapatnya
keselarasan tujuan, pelajar-pelajar yang terdapat dalam organisasi sekolah
hendaklah melaksanakannya atau mengikuti matapelajaran yang ditawarkan
agar mempunyai tujuan yang sama dengan pentadbir sekolah dengan
menggunakan perancangan yang telah ditentukan. Dapatlah dilihat , adakah
pihak pentadbir sekolah telah menyediakan satu garis panduan yang patut
diikut dalam menentukan siapakah pelajar yang patut mengikuti Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) yang ditawarkan di sekolah tersebut. Adakah
pemilihan pelajar tersebut berdasarkan pencapaian akademik di peringkat
PMR?
Bagi menentukan pendidik yang mengajar Mata Pelajaran Vokasional
ini, berkualiti, pihak maktab dan universiti telah menyediakan latihan-latihan
yang menjurus ke arah kemahiran yang diperlukan dalam mata pelajaran
tersebut secara intensif. Bagi rancangan masa panjang beberapa buah maktab
dan institusi pengajian tinggi di negara ini telah mengeluarkan produknya
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran MPV di sekolah-sekolah .
Di antara institusi-institusi pengajian tinggi yang terlibat dengan giatnya
adalah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Universiti Teknologi
Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Kolej Teknikal Kebangsaan
Malaysia. Benarkah tenaga pengajar berkualiti menyebabkan pelajar begitu
yakin untuk mengikuti matapelajaran tersebut.
Duda dan Hann, (1993) dalam Mohd. Sofian (2002) menyatakan
bahawa ibu bapa juga menentukan sasaran kepada anak-anak untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang cemerlang kepada anak-anak mereka. Untuk
mempastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran seterusnya dapat memilih
kerjaya yang sesuai, ibu bapa sering membantu anak-anak dalam memilih
matapelajaran elektif yang sesuai, apa yang perlu dipelajari oleh anak-
anaknya. Adakah ini benar-benar berlaku dalam pemilihan mata pelajaran
vokasional (MPV) yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan dua
tahun yang lalu?
5
1.3 Pernyataan Masalah
Melalui program mata pelajaran vokasional (MPV) ini pelajar-pelajar
yang
mengambil elektif-elektif yang ditawarkan diharap dapat menerima dan
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang
yang relevan untuk membolehkan mereka berusaha mendapatkan pekerjaan,
memulakan satu perniagaan atau dapat meneruskan latihan ke peringkat yang
lebih tinggi. Bagi mempastikan pelajar di sekolah akademik berpeluang
mengikuti latihan bercorak vokasional ini, mereka telah diperkenalkan dengan
matapelajaran berkaitan, yang pemilihan pelajarnya bergantung kepada
beberapa faktor tertentu.
Bagi sesebuah institusi sekolah yang ingin melihat kejayaannya, ianya
boleh disaksikan dengan melihat keputusan peperiksaan terakhir iaitu
pencapaian para pelajar yang telah dididik atau dihasilkan. Pencapaian dan
kemajuan pelajar tersebut dilihat melalui pencapaian kurikulum di sekolah
tersebut. Setiap sekolah mempunyai strategi tersendiri dalam memilih pelajar-
pelajarnya bagi mengikuti sesuatu aliran yang ditawarkan dengan tujuan untuk
mencapai kejayaan yang dibanggakan dalam bidang kurikulum. Terdapat
beberapa faktor yang telah dijadikan kriteria dalam memilih pelajar-pelajar
mengikuti mata pelajaran vokasional (MPV) khususnya. Faktor-faktor
pemilihan pelajar yang biasa diamalkan di sekolah sedikit sebanyak akan
membawa kepada kecemerlangan pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Oleh
itu satu kajian perlu dijalankan untuk mengetahui adakah faktor-faktor
masyarakat di sekitar sekolah, pentadabir, guru dan ibu bapa mempengaruhi
pelajar dalam memilih mata pelajaran vokasional (MPV) yang telah
dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai bagi
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar –pelajar tingkat 4
milih MPV sebagai mata pelajaran pilihan. Di antara objektif –objektif kajian
ini adalah:
i. Mengenalpasti faktor masyarakat luar dalam pemilihan pelajar
mengikuti matapelajaran vokasional ( MPV) disekolah.
ii. Mengenalpasti sama ada pihak pentadbir meletakkan garispanduan
(keputusan Kemahiran Hidup PMR) dalam menentukan pemilihan
pelajar untuk mengikuti matapelajaran (MPV).
iii. Menggenalpasti sama ada faktor guru yang berkualiti iaitu mahir
mengajar dalam bidang yang diajarnya telah mendorong pelajar untuk
mengikuti matapelajaran vokasional (MPV) di sekolah.
iv. Mengenalpasti sama ada ibu bapa terlibat di dalam menentukan anak-
anak mereka untuk mengikuti matapelajaran vokasional (MPV) di
sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan agar pengkaji dapat menghuraikan beberapa
persoalan yang timbul berhubung dengan pemilihan pelajar-pelajar untuk
mengikuti mata pelajaran vokasional ( MPV). Di antara persoalan yang akan
dikaji adalah:
i Adakah faktor masyarakat luar mempengaruhi pelajar memilih
matapelajaran vokasional ( MPV).?
ii Adakah faktor pentadbir mempengaruhi pelajar dalam pemilihan mata
pelajaran vokasional di sekolah?
iii Adakah faktor guru telah mempengaruhi pelajar dalam memilih mata
pelajaran vokasional (MPV)?
iv Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam memilih mata
pelajaran vokasional ( MPV)?