Post on 05-May-2019
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DALAM
PENGAJARAN SEHARIAN
NUR BAIZURA BINTI MAHYIDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DALAM
PENGAJARAN SEHARIAN
NUR BAIZURA BINTI MAHYIDIN
Laporan Projek Ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
DEDIKASI
Syukur kehadrat Ilahi
kerana masih memberi kekuatan dan kesabaran kepadaku
di dalam menuntut ilmu selama ini……….
Buat abah, ma dan keluraga yang dikasihi………….
Terima kasih diatas segala pergobanan dan penat lelah kalian selama ini
serta sokongan yang diberi untuk melihat diriku berjaya……
kalian sungguh bermakna dalam hidupku
Buat para pensyarah yang disanjungi…….
Terima kasih di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan selama ini
serta kesabaran kalian dalam mendidik ku
menjadi manusia berguna
Buat kawan-kawan yang disayangi……..
Semoga kejayaan yang dikecapi ini dapat memberi
seribu satu makna di atas penat lelah kita selama ini…..
Aku sayang kamu semua
Terima kasih semua……..
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka saya
telah memperolehi kesabaran dan kekuatan untuk menyiapkan projek ini bagi memenuhi
syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam).
Justeru itu, dikesempatan ini ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada
Pensyarah Penyelia saya iaitu Tuan Haji Mohd Mohsin bin Uzir, di atas kesudian beliau
memberi tunjuk ajar dalam melengkapkan projek ini. Kesabaran dan ketegasan beliau
banyak membantu mendisplinkan diri saya serta menjadikan saya lebih memahami projek
ini.
Tidak lupa juga buat Pihak Fakulti Pendidikan terutama sekali Encik Baharin
yang banyak menyumbang tenaga dalam memastikan kelancaran perjalanan projek ini.
Buat pihak pelajar tahun 3PKPG UTM dan buat para guru Sekolah Menengah Teknik
Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, ucapan terima kasih dirakamkan di atas
kesudian menghulurkan kerjasama dalam kajian sebenar.
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih kerana sudi berkongsi buah fikiran
dalam menyiapkan projek ini. Mudah-mudahan setiap yang kita kongsi itu dapat
memberikan manafaat di masa akan datang. Semoga usaha kita semua akan diberkati
oleh Allah S.W.T.
Akhir sekali buat semua pihak lain yang terlibat, saya amat menghargai di atas
setiap kerjasama yang diberikan. Sekian terima kasih….
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang menggalakan penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal di dalam pengajaran seharian.
Pembolehubah yang dikaji adalah dari segi penggunaan alat bantu mengajar di
kalangan guru-guru teknikal, perbezaan penggunaan alat bantu mengajar di kalangan
guru lelaki dan guru perempuan dan faktor-faktor yang menggalakkan guru-guru
menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka. Seramai 50
orang responden yang terlibat di dalam kajian ini. Instrumen kajian adalah berbentuk
soal selidik di mana ianya mengandungi dua bahagian iaitu A yang melibatkan latar
belakang responden, manakala bahagian B pula melibatkan kajian yang akan
dilakukan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.744. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian mendapati penggunaan alat bantu mengajar berada
pada tahap sederhana.
ABSTRACT
This research was conducted to identify the practice of using teaching aids tools
among technical teachers in daily teaching. The point of interest is mainly on the
availability of teaching aids equipment, the differences in the level of using teaching
aids based on the gender and the factors influence technical teachers using teaching
aids in their daily teaching. Fifty respondents were involved in this research. The
instrument used in a questionnaire which consists of two parts, namely part A that
involves the respondent background and part B is about the research. The reliability
of the instrument is 0.744. For overall, the result shows that the using teaching aids
tools among technical teachers in daily teaching are at medium level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI SINGKATAN xii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Istilah / Definisi 8
viii
1.8.1 Pengajaran 8
1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 9
1.8.3 Guru-guru Teknikal 10
1.8.4 Model 10
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kriteria Pemilihan Alat Bantu
Mengajar Yang Baik 13
2.3 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu 15
Mengajar Dalam Pengajaran
Faktor Yang Menggalakkan Penggunaan 19
Alat Bantu Mengajar
2.4.1 Faktor Indiviu Guru 19
2.4.2 Kerjasama / Bantuan Pihak Sekolah 21
2.4.3 Penyediaan Alat Bantu Mengajar 22
2.4.4 Penutup 23
III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Bahagian A 26
3.5.2 Bahagian B 27
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Analisis Kajian 28
3.8 Batasan Kajian 29
ix
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisa Data 30
4.2.1 Analisis Data Bahagian A 31
(Latar Belakang Responden)
4.2.2 Analisis Data Bahagian B 33
(Analisis Deskriptif)
4.2.2.1 Mengetahui Faktor Kemudahan 34
Fizikal Yang Menggalakan
Guru-Guru Menggunakan Alat
Bantu Mengajar Di Dalam
Pengajaran Seharian Mereka
4.2.2.2 Mengetahui Faktor Bantuan Pihak 36
Sekolah Yang Menggalakan
Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu
Mengajar Di Dalam Pengajaran
Seharian Mereka
4.2.2.3 Mengetahui Faktor Individu Guru Yang 38
Menggalakan Guru-Guru Menggunakan
Alat Bantu Mengajar Di Dalam
Pengajaran Seharian Mereka
4.2.2.4 Mengetahui Faktor Kemahiran Guru 40
Yang Menggalakan Guru-Guru
Menggunakan Alat Bantu Mengajar
Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka
4.2.2.5 Mengetahui Faktor Kepentingan 42
Penggunaan Yang Menggalakan
Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu
x
Mengajar Di Dalam Pengajaran
Seharian Mereka
4.2.2.6 Mengetahui Perbezaan Penggunaan 44
Alat Bantu Mengajar Di Kalangan
Guru Lelaki Dan Guru Perempuan
V PERBINCANGAN, RUMUSAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan 49
5.3 Perbincangan 51
5.3.1 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor 51
Kemudahan Fizikal Yang Menggalakkan
Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar
Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka.
5.3.2 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor 52
Bantuan Pihak Sekolah Yang Menggalakkan
Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar
Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka.
5.3.3 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor Individu 54
Guru Yang Menggalakkan Guru-Guru
Menggunakan Alat Bantu Mengajar Di Dalam
Pengajaran Seharian Mereka.
5.3.4 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor Kemahiran 55
Guru Menggunakan ABM Yang Menggalakkan
Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar
Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka.
5.3.5 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor 56
Kepentingan Penggunaan ABM Yang
Menggalakkan Guru-Guru Menggunakan Alat
xi
Bantu Mengajar Di Dalam Pengajaran
Seharian Mereka.
5.3.6 Untuk Mengetahui Perbezaan Penggunaan 57
Alat Bantu Mengajar Di Kalangan
Guru Lelaki dan Guru Perempuan
5.4 Cadangan 58
5.4.1 Pihak Kementerian 59
5.4.2 Pihak Pendidikan Negeri 59
5.4.3 Pihak Sekolah 59
5.4.4 Cadangan Lanjutan 60
5.5 Penutup 60
BIBLOGRAFI 61
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
No TAJUK HALAMAN
3.1 Skala Sikap Kaedah Likert 5 mata 27
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 31
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 31
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 32
Pengalaman Mengajar
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 32
Kelulusan Akademik
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengkhususan 33
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor 34
Kemudahan Fizikal Dan Peralatan
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Bantuan 36
Pihak Sekolah Dalam Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Individu 38
Guru Dalam Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Kemahiran 40
Guru Dalam Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Kepentingan 42
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
4.11 Peratus Dan Min Bagi Mengetahui Penggunaan Alat Bantu 44
Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Berdasarkan
Faktor Individu Guru
xiii
4.12 Peratus Dan Min Bagi Mengetahui Penggunaan Alat 46
Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal
Berdasarkan Faktor Kemahiran Guru
4.13 Perbezaan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan 48
Guru Lelaki Dan Guru Perempuan
xiv
SENARAI RAJAH
NO TAJUK HALAMAN
2.1 Jenis Pengalaman Pembelajaran Yang Disusun 16
Mengikut Darjah Penglibatan Murid
(Edgar Dale, 1969)
xv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A - Borang Soal Selidik
Lampiran B - Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Lampiran C - Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
xvi
SENARAI SINGKATAN
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
ABM - Alat Bantu Mengajar
SPSS - Statistical Package For Social Science
PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam
PKE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
% - Peratus
f - Frekuensi
OHP - Over Head Projector
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke hari. Dalam era
pembangunan yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan
dititikberatkan bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan berpendidikan.
Jika dahulu hanya menggunakan batu dan kulit-kulit pokok sahaja, tetapi sekarang
dengan adanya teknologi yang canggih, segala peralatan dan bahan untuk belajar telah
berubah dari zaman ke zaman. Dari kulit kayu kepada kertas sehinggalah sekarang ini,
penggunaan ICT telah banyak membantu tahap pendidikan di Malaysia.
Dalam kenyataan Falsafah Pendidikan Negara, dinyatakan bahawa pendidikan di
sekolah adalah satu usaha yang berterusan ke arah melahirkan individu yang berpotensi
dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang, dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini
dapat dijadikan garis panduan bagi setiap pendidik di dalam mendidik setiap pelajar
mereka. Menurut Robiah (1993), sesuatu sistem pendidikan itu ditetapkan oleh
perkembangan yang terdapat hari ini dan juga perkembangan yang berlaku pada masa
lalu. Ini menunjukkan pendidikan hari ini akan menjadi asas kepada generasi akan
2
datang dan sedikit sebanyak harus diterapkan pada masa sekarang. Oleh itu pengajaran
yang berkesan perlu dilaksanakan supaya pembelajaran akan menjadi lebih sistematik
dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Menurut Mohd Sobri (2000), proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada
penggunaan buku teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja,malah lebih dari itu
termasuklah penggunaan komputer yang meyediakan pembelajaran secara interaktif bagi
menarik minat pelajar. Pengajaran yang dilaksanakan haruslah melibatkan pelbagai-
bagai teknik agar tidak hanya menghasilkan pengajaran yang mendatar. Ini akan
menjadikan pembelajaran pelajar tidak menarik. Di dalam Mohd Fazreen (2003) ada
dinyatakan bahawa pembelajaran lebih berpusatkan guru sahaja (dalam bentuk satu hala)
di mana guru menyampaikan isi pelajaran dan pelajar hanya mendengar telah
menjadikan pelajar peserta pasif atau ‘passive learner’. Ini akan menyebabkan pelajar
akan merasa mudah bosan dan sedikit sebanyak akan melunturkan minat pelajar untuk
belajar. Strategi yang digunakan ini bolehlah dikatakan sebagai kaedah tradisional dan
haruslah di perbaiki agar dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di
mana pelajar turut berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, penggunaan
alat bantu mengajar amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah bagi
melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru.
Di dalam Asri(2000), dinyatakan alat bantu mengajar dapat menarik minat dan
perhatian pelajar memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran yang mudah, mewujudkan
suasana pengajaran yang aktif dan menarik. Pelajar juga dikatakan akan terus tertarik
untuk belajar dan berinteraksi dengan aktif. Proses ini dikatakan dapat mendorong ke
arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang hanya
menggunakan sumber yang ada semata-mata seperti buku teks, kapur tulis, papan hitam
dan buku latihan bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran yang mengenepikan
teknologi pengajaran terkini yang banyak menggunakan komputer sebagai kaedah
terbaru di dalam pembelajaran.
3
Jesteru, pengajaran menggunakan alat bantu mengajar haruslah dilaksanakan
oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar berfikir tentang benda-benda yang
abstrak terutamanya guru-guru teknikal kerana kebanyakan subjek-subjek di dalam
teknikal memerlukan pelajar berfikir tentang benda-benda yang abstrak. Oleh itu,
penggunaan alat bantu mengajar ini amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam bidang teknikal.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan alat bantu mengajar di dalam pengajaran bilik darjah masih lagi
belum mencapai tahap yang memuaskan (Mohd Fazree, 2003). Pengajaran yang hanya
menggunakan buku teks dan papan hitam masih menjadi pilihan utama guru-guru. Atan
Long (1982) menyatakan bahawa bahan pengajaran dan alat bantu mengajar adalah
pelbagai. Bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta dan slaid. Ini menunjukkan
bahawa, pengajaran tidak hanya boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan buku
teks dan papan hitam sahaja malah ianya boleh juga dilaksanakan dengan menggunakan
bahan-bahan lain seperti model, komputer dan sebagainya. Segala alat yang menyokong
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dipanggil alat bantu mengajar.
Tujuan pendidikan adalah untuk mewujudkan satu pola tingkah laku pelajar.
Oleh itu guru memainkan peranan yang penting agar pengajaran yang dilakukan dapat
meninggalkan kesan yang baik terhadap pelajar. Teknik pengajaran yang diaplikasikan
oleh guru haruslah sesuai agar ianya dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat
dikalangan pelajar. Ini menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Menurut
Rohani (1998) dalam Mohd Fazreen (2003), penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai secara umumnya menjadikan pendidikan lebih konkrit, cenderung untuk
menimbulkan rasa ingin tahu dan minat serta menambah variasi kepada corak
pengajaran di dalam kelas. Pengajaran yang dilakukan dengan hanya menggunakan buku
4
teks semata-mata boleh menimbulkan perasaan yang hambar dan kurang berkesan.
Pelajar akan sukar untuk mendapatkan idea dan memperkembangkan pemikiran mereka
tentang sesuatu perkara terutamanya di dalam membayangkan sesuatu bahan itu
berfungsi dan ini menjadikan pemikiran pelajar tidak berkembang. Adalah menjadi tugas
guru untuk menggunakan alat bantu mengajar agar ianya dapat memahamkan pelajar
tentang apa yang diajar.
Menurut Mohd Sobri (2000), penggunaan alat bantu mengajar sedikit sebanyak
dapat mengoptimakan masa pengajaran. Seterusnya pelajar akan mempunyai masa yang
banyak untuk berbincang dan memikirkan serta membayangkan sesuatu perkara tentang
pembelajaran pada masa tersebut. Ini akan menjadikan pembelajaran pada masa tersebut
lebih aktif dan pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif. Penggunaan alat bantu
mengajar yang sesuai dapat melahirkan pemikiran yang kreatif serta kritis dikalangan
pelajar kerana alat bantu mengajar dapat menerangkan sesuatu konsep dengan lebih
berkesan. Menurut Ford Le Roy (1982), guru yang mahir bukan sahaja merupakan
seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang boleh
memahami perbezaan individu. Beliau turut menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan
sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran, tetapi kemahiran
guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.
Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tetumpu kepada
mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan
peneguhan supaya pelajar lebih cepat memahami dan mengingati dengan berkesan.
Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar dapat mengukuhkan
pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar. Dengan ini penggunaan
alat bantu mengajar dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih ceria di mana pelajar
bukan sahaja dapat mendengar penerangan dari guru malah juga dapat melihat dan
merasa dan ini sedikit sebanyak memotivasikan mereka untuk belajar mengaplikasikan
apa yang diajar oleh guru.
5
Sememangnya alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam
proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Menurut Atan Long (1982), kesedaran
terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan
kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar
keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi tugas
guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk memahamkan
pembelajaran yang akan diajar nanti. Sobri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga
kepentingan alat bantu mengajar iaitu:
1. Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya
memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi
pelajaran.
2. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku.
3. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam proses pengajaran, penerangan yang memerlukan penggunaan seribu satu
bahasa dapat diterangkan dengan mudah jika alat bantu mengajar digunakan. Dengan
menggunakan alat bantu mengajar ini akan memudahkan para guru terutamanya guru-
guru teknikal untuk menerangkan sesuatu topik yang diajar agar para pelajar dapat
belajar dalam suasana yang harmonis dan menjadikan mereka lebih kreatif untuk berfikir
terutamanya tentang sesuatu yang abstrak.
6
1.3 Penyataan Masalah
Secara amnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru semasa mengajar
amatlah perlu dititikberatkan kerana ianya dapat mempengaruhi minat pelajar dalam
mempelajari sesuatu perkara. Oleh yang demikian, di sinilah alat bantu mengajar
memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar. Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru teknikal menggunakan alat
bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah faktor kemudahan fizikal yang menggalakkan guru-guru teknikal
menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?
2. Apakah faktor bantuan pihak sekolah yang menggalakkan guru-guru teknikal
menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?
3. Apakah faktor individu guru yang menggalakkan guru-guru teknikal
menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?
4. Apakah faktor kemahiran guru yang menggalakkan guru-guru teknikal
menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?
5. Apakah faktor kepentingan penggunaan yang menggalakkan guru-guru teknikal
menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?
6. Apakah terdapat perbezaan penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru
lelaki dan guru perempuan?