Post on 04-Apr-2018
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
1/18
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
2/18
i
ABSTRAK
Penulisan ini merupakan satu kajian ilmiah mengenai metodologi yang
diaplikasikan oleh Imam al-Sakhawi dalam penulisan kitab al-Maqasid al-HasanahfiBayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah . Kajian ini terlebih
dahulu mengemukakan perbincangan mengenai latar belakang masalah kajian, objektifkajian, permasalahan kajian, skop kajian, huraian terhadap tajuk, huraian terhadappenulisan terdahulu serta metodologi kajian. Dalam bab seterusnya, penulis
membincangkan tentang biografi Imam al-Sakhawi seperti nama dan nasabnya, laqab,tarikh serta tempat lahir dan wafatnya, guru-gurunya, murid-muridnya serta pandangan
ulama terhadap beliau. Selanjutnya tumpuan diberikan terhadap pengertian hadith
mashhur dan hal-hal yang berkaitan dengan hadith mashhur. Di dalam bab keempat,
tumpuan diberikan secara khusus terhadap pengenalan kitab al-Maqasid al-Hasanah fi
Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah dan metodologi penulisan
hadith di dalam kitab al-Maqasid al-Hasanah. Kajian ini diakhiri dengan bab kelima
sebagai penutup yang mengandungi kesimpulan, saranan dan cadangan-cadangan
daripada kajian yang telah dijalankan.
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
3/18
ii
ABSTRACT
This writing is a scientific study of methodology which is applied by Imam al-
Sakhawi in writing the book ofal-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith
al-Mushtahirah `ala al-Alsinah. The study consists of the background of study, the
objectives of study, the case of study, the scope of study, the review of topic, the reviewtoward previous study and the methodology of study. In the following chapter, theauthor reviews Imam al-Sakhawi biography, his name and his descendant, his famous
name, his place and date of birth and his demise, his teachers, his followers as well theviews of scholars. In the next stage will be focused on the meaning of hadith mashhur
and all cases related to hadith mashhur. In chapter four, the focus would be centered on
the introduction of the bookal-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-
Mushtahirah `ala al-Alsinah and the methodology of hadith condification in the book
al-Maqasid al-Hasanah. The study is ended in chapter five as the closing that consists
of the summary and conclusion of the study.
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
4/18
xi
Abstrak i
Abstract ii
Penghargaan iii
Senarai kependekan vi
Kaedah transliterasi viii
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar belakang masalah kajian 1
1.2 Pengertian tajuk 3
1.3 Masalah kajian 5
1.4 Objektif kajian 5
1.5 Skop kajian 5
1.6 Kajian lepas 6
1.7 Kepentingan kajian 13
1.8 Metodologi kajian 14
1.8.1 Metode penentuan subjek 15
1.8.2 Metode pengumpulan data 15
1.8.2.1 Metode dokumentasi 16
1.8.2.2 Metode historis 16
1.8.3 Metode penganalisisan data 17
1.8.3.1 Metode induktif 17
1.8.3.2 Metode deduktif 17
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
5/18
xii
1.8.3.3 Metode komparatif 18
1.9 Sistematika penulisan 18
BAB DUA
BIOGRAFI IMAM AL-SAKHAWI
2.0 Pendahuluan 21
2.1 Latar belakang kehidupan Imam al-Sakhawi 212.1.1 Nama dan nasabnya 212.1.2 Pengembaraan Imam al-Sakhawi dalam menuntut ilmu 242.1.3 Keluarga 30
2.2 Guru-gurunya 352.3 Murid-muridnya 412.4 Karya-karyanya 482.5 Pandangan ulama terhadap Imam al-Sakhawi 592.6 Meninggal dunia 672.7 Penutup 70
BAB TIGA
HADITH MASHHUR
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
6/18
xiii
3.0 Pendahuluan 71
3.1 Pengertian hadith mashhurdari segi bahasa dan istilah 713.1.1 Bahasa 713.1.2 Istilah 72
3.2 Sebab dinamakan dengan hadith mashhur 74
3.3 Pembahagian hadith mashhur 74
3.4 Hukum hadith mashhur 82
3.5 Al-Mustafid 82
3.6 Kesan hadith mashhurkepada masyarakat 85
3.7 Karya berkaitan hadith mashhur 87
BAB EMPAT
METODOLOGI IMAM AL-SAKHAWI DALAM KITAB AL-MAQASID
Al-HASANAH
4.0 Pendahuluan 94
4.1 Pengenalan kitab 94
4.1.1 Nama kitab 94
4.1.2 Topik pembicaraan dalam kitab al-Maqasid al-Hasanah 96
4.1.3 Penyusunan kitab 96
4.1.4 Sebab penulisan kitab al-Maqasid al-Hasanah 99
4.1.5 Jumlah hadith dalam kitab 100
4.1.6 Pandangan ulama terhadap kitab al-Maqasid al-Hasanah 100
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
7/18
xiv
4.2 Metodologi penulisan kitab al-Maqasid al-Hasanah 101
4.3 Penutup 125
BAB LIMA
KESIMPULAN DAN SARANAN
5.0 Pendahuluan 127
5.1 Kesimpulan 127
5.2 Saranan dan cadangan 131
5.2.1 Saranan kepada pihak kerajaan 131
5.2.2 Saranan kepada para cendekiawan Islam 132
5.2.3 Saranan untuk APIUM 133
5.2.4 Saranan untuk masyarakat 136
5.3 Penutup 136
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
8/18
125
BAB LIMA
KESIMPULAN DAN SARANAN
5.0 Pendahuluan
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian berkenaan dengan Imam al-
Sakhawi dan metodologi yang beliau aplikasikan dalam Kitab al-Maqasid al-Hasanah
fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah. Melalui kajian yang
telah dijalankan, penulis telah membuat beberapa kesimpulan dan saranan.
5.1 Kesimpulan
Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan, penulis dapat
menyimpulkan bahawa:
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
9/18
126
5.1.1 Melalui keperibadian yang ditonjolkan oleh Imam al-Sakhawi sejak daripada
kelahirannya, pembelajarannya sejak kecil yang mana beliau telah menghafaz al-
Quran dan juga belajar daripada ramai ulama terkemuka pada zamannya,
seterusnya pergaulannya bersama tokoh hadith terkenal, seperti Ibn Hajar
membuatkan beliau meningkat maju seiring dan setaraf dengan gurunya.
5.1.2 Penghasilan karya-karya yang begitu menakjubkan dan banyak memberi
manfaat, memberi pertanda bahawa sumbangannya dalam bidang hadith sangat
tidak sia-sia, bahkan memberi kesan yang positif kepada bidang hadith.
5.1.3 Setelah melihat karya-karya yang dihasilkan oleh Imam al-Sakhawi sama ada
dalam bidang hadith mahupun bidang yang lainnya, penulis dapat
menyimpulkan bahawa Imam al-Sakhawi memang seorang ulama yang terkenal
dan ketinggian ilmunya tiada tolok bandingnya.
5.1.4 Karya-karya beliau dalam bidang sejarah juga boleh dikatakan sangat
membanggakan kerana karyanya dalam bidang ini telah diperakui oleh ramai
ulama.
5.1.5 Imam al-Sakhawi adalah seorang tokoh hadith (muhaddith) yang sangat terkenal
dalam dunia Islam. Kepakarannya dalam bidang hadith telah mendapat
pengiktirafan dalam kalangan ulama hadith khususnya, dan ulama Islam
umumnya. Beliau mendapat pelbagai gelaran dan julukan dalam bidanghadith
seperti al-imam, al-`allamah, al-hafiz, al-musnid, al-muhaddith, al-naqid, al-
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
10/18
127
shaykh dan lain-lain gelaran yang menunjukkan kepakaran beliau dalam bidang
ini.
5.1.6 Pengkajian terhadap biodata dan gerak kerja tokoh-tokoh ulama Islam seperti
Imam al-Sakhawi akan dapat memperlihatkan kewibawaan ilmu dan peribadi
tokoh tersebut di dalam memperkemas dan memperkembangkan ilmu-ilmu asas
Islam. Daripada pengkajian ini jelas menunjukkan bahawa Imam al-Sakhawi
yang hidup dalam abad ke-9 Hijrah sememangnya mempunyai latar belakang
pendidikan dan kehidupan yang begitu rapat dengan suasana keilmuan.
5.1.7 Sumbangan Imam al-Sakhawi terhadap hadith diperlihatkan melalui tumpuan
terhadap beberapa karyanya dalam bidang ini. Beliau sebenarnya telah
menghasilkan sejumlah karya-karya hadith yang meliputi aspek teks hadith,
aspek huraian hadith dan aspek istilah-istilah hadithyang dikenali dengan usul
al-hadith. Daripada karya-karya beliau yang meliputi setiap aspek tersebut
terbukti bahawa Imam al-Sakhawi sememangnya memiliki ilmu yang luas dalam
bidang ini dan perbahasan dalam karya-karyanya begitu lengkap dan sangat
teliti.
5.1.8Hadith merupakan khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah sebagai petunjuk
kepada umat Islam. Baginda telah memberi jaminan kepada sesiapa sahaja yang
berpegang dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah bahawa dia tidak akan sesat
selama-lamanya. Hadith juga menjadi penerang kepada ayat-ayat al-Quran yang
terlalu umum dan juga sebagai penguat kepada nas-nas al-Quran.
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
11/18
128
5.1.9Hadith dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama mengikut jenisnya daripada
sudut bilangan perawi yang meriwayatkan sesebuah hadith, iaitu mutawatirdan
ahad.Hadith mutawatir terbahagi kepada dua, iaitu mutawatir ma`nawi dan
mutawatir lafzi.Hadith ahad pula mempunyai tiga bahagian, iaitu mashhur,
`aziz dan gharib.
5.1.10 Hadith mashhurialah hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih
pada setiap peringkat sanaddan ianya tidak mencapai darjat hadith mutawatir.
Dinamakan dengan hadith mashhurkerana ianya tersebar luas dalam kalangan
orang ramai.
5.1.11 Hadith mashhur hanya boleh diamalkan daripada sudut pengamalan dan
penggunaannya sebagai hujah ialah apabila ia telah menepati syarat-syarat
sebuah hadith sahih, iaitu sanadnya yang bersambung, semua perawi di dalam
sanad itu bersifat adil dan dabitdan juga hadith itu tidak terdapat kekeliruan
atau pun kecacatan.
5.1.12 Turun naik sesuatu martabat hadith bergantung kepada jalan periwayatan yang
lain yang dapat menguatkan sesebuah hadith tersebut; Adakah perawi hadith
tersebut kurang teliti? Adakah hadith tersebut banyak kekeliruan atau ada cacat?
Adakah hadith tersebut mawqufatau marfu`? Semua ini hendaklah dibandingkan
dengan hadith yang sama, tetapi daripada sanadyang berbeza.
5.1.13 Tidak semua hadith mashhur dalam Kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan
Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah bermartabat sahih, tapi
sebaliknya ada juga yang bertarafhasan, da`if, mawdu` dan lain-lain.
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
12/18
129
5.1.14 Antara metodologi yang telah diaplikasikan oleh Imam al-Sakhawi menerusi
Kitab al-Maqasid al-Hasanah ialah menyebutkan takhrij, shahid, ayat al-Quran,
syair, menyatakan taraf hadith dan juga rijal hadith dan lain-lain.
5.1.15 Dalam kitab ini juga, Imam al-Sakhawi telah memasukkan sanad-sanad hadith
dan juga matan-matan hadith yang ada kaitan dengan hadith yang beliau
bahaskan dalam kitabAl-Maqasid al-Hasanah.
5.1.16 Dalam menyatakan taraf kepada matan hadith dan juga rijal hadith beliau telah
menggunakan dua cara iaitu beliau sendiri yang menyatakan taraf dari matan
hadith dan rijal hadith dan cara kedua adalah dengan merujuk kepada pendapat
ulamak muktabar
5.2 Saranan dan cadangan
Berdasarkan kepada kajian yang telah penulis jalankan, penulis berasa terpanggil
untuk mengemukakan beberapa saranan dan cadangan. Mudah-mudahan dengan
saranan-saranan yang dibuat, beberapa perkara dan maklumat yang penting dapat
dikongsi bersama demi memartabatkan ilmu Islam di mata dunia.
5.2.1 Saranan kepada pihak kerajaan
Pihak kerajaan perlu menggubal satu akta atau enakmen yang boleh mendakwa
golongan yang menolak hadith dan menghalang penyebaran hadith-hadith mashhur
yang berkaitan dengan akidah dengan sewenang-wenangnya, kecuali hadith-hadith
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
13/18
130
tersebut adalah hadith-hadith yang sudah dikenal pasti sebagai hadith sahih atau pun
hasan, dan bukan hadith da`if.
Penulis juga mencadangkan agar pihak kerajaan juga mengeluarkan satu garis
panduan terutama kepada penceramah-penceramah bebas supaya menyebutkan status
hadith ketika menyampaikan kuliah mereka. Ini kerana kebanyakan hadith-hadith yang
disampaikan bercampur antara hadith yang sahih dan hadith da`if. Ia menyukarkan
orang awam untuk menilai hadith-hadith tersebut.
Pihak kerajaan juga perlu menubuhkan satu jabatan khusus untuk menilai
hadith-hadith Rasulullah daripada kalangan ulama yang benar-benar alim dan ahli
dalam bidang ini.
Menyediakan peruntukan yang lebih banyak untuk mewujudkan sekolah-sekolah
agama yang berasaskan ilmu-ilmu hadith bagi melahirkan generasi yang pakar dalam
bidang hadith. Tidak hanya menguasai ilmu hadith,bahkan menjadi hafiz dalam bidang
hadith seperti ulama-ulama hadith masa lalu.
Mengkaji semula silibus-silibus pembelajaran agama Islam khususnya dalam
bahagian hadith. Perlunya lebih banyak ruang untuk menonjolkan ilmu hadith dan
tokoh-tokoh yang berkaitan dengan bidang ini. Ini adalah penting bagi melahirkan
generasi baru yang mencintai dan mengenali tokoh-tokoh dalam bidang ini.
Memberi bantuan kewangan kepada pengkaji yang ingin membuat kajian yang
mendalam dalam bidang hadith, terutamanya yang berkaitan dengan personaliti-
personaliti dalam bidang hadith.
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
14/18
131
5.2.2 Saranan Kepada Para Cendekiawan Islam
Para ilmuan dan sarjana masa kini sewajarnya berusaha sekuat tenaga untuk
terus memaparkan ketokohan dan sumbangan ulama Islam terhadap bidang ilmu Islam.
Ini supaya ianya dapat dihayati dan menjadi model kepada umat Islam seluruhnya.
Melalui usaha seperti ini akan dapat terus mengangkat martabat ulama sebagai pewaris
Nabi daripada sudut ilmu dan pengamalannya.
Memberi pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat
mengenai ketokohan serta personaliti dalam bidang hadith. Ini penting supaya
masyarakat Islam lebih mengenal personaliti dalam bidang hadith dan mengikuti jejak
langkah mereka dalam mengembangkan ilmuhadith.
Menjalankan kajian ke atas kitab-kitab hadith dan membuat ringkasan dalam
bahasa Melayu. Ini kerana terlalu banyak kitab-kitab hadith yang dituliskan dalam
bahasa Arab yang boleh menyelesaikan permasalahan umat Islam, tetapi tidak ramai
yang boleh membacanya kerana ia ditulis dalam bahasa Arab.
Usaha-usaha penterjemahan terhadap karya-karya berkaitan pengajian hadith
sangat perlu dilaksanakan oleh para cendekiawan Muslim. Ini kerana kebanyakan
karya-karya yang dihasilkan oleh ulama Timur Tengah terbukti mampu menjawab
persoalan-persoalan semasa yang ditimbulkan oleh mereka yang sengaja ingin meragui
agama Islam.
Berusaha menterjemahkan buku-buku mengenai ilmu-ilmu hadith dan tokoh-
tokoh dalam bidang ini termasuk sumbangan mereka. Seperti menterjemahkan Kitab al-
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
15/18
132
Maqasid al-Hasanah karya Imam al-Sakhawi, Kitab Tamyiz al-Tayyib karya
Muhammad Ibn `Umar al-Shaybani dan lain-lain.
5.2.3 Saranan Untuk Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu-ilmu hadith dan tokoh hadithsama
ada ulama hadith di Timur Tengah mahu pun di Nusantara perlu didedahkan lebih lagi
kepada pelajar.
Mata pelajaran takhrij hadith tidak boleh dipandang ringan. Seboleh-bolehnya
mata pelajaran tersebut didedahkan lagi dan dijadikan kursus wajib untuk semua pelajar
di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, terutamanya untuk peringkat Master.
Mewujudkan kelas bahasa Arab khusus untuk pelajar-pelajar yang berminat
dalam bidang hadith. Kelas ini perlu dijalankan memandangkan mereka yang ingin
mahir dalam bidang hadith, seperti penguasaan ilmu takhrij sangat perlukan kepada
kemahiran dalam bahasa Arab
Penulis juga mencadangkan agar pihak Universiti Malaya mengasingkan Jabatan
al-Quran dan al-Hadith menjadi dua jabatan yang berasingan. Ini supaya silibus
pembelajaran terhadap dua aspek ini lebih fokus dan mendalam. Pelajar di Jabatan
Hadith lebih memfokuskan pembelajarannya kepada mata pelajaran yang berkaitan
dengan ilmu hadith dan tokoh-tokoh hadith. Begitu juga pelajar di Jabatan al-Quran
lebih memfokuskan pembelajarannya kepada mata pelajaran yang berkaitan dengan
ilmu-ilmu tafsir serta tokoh-tokoh tafsir.
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
16/18
133
Penulis juga mencadangkan agar bilangan pensyarah dalam bidang hadith
ditambah. Setakat ini hanya terdapat empat orang pensyarah sahaja. Ianya tidak
mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah pelajar di jabatan ini. Sekurang-kurangnya
memerlukan kepada lima atau enam orang pensyarah yang pakar dalam bidang hadith.
Seminar-seminar dan penerangan terhadap hadith dan tokoh-tokoh dalam bidang
hadith harus lebih dipertingkatkan kerana dewasa ini ianya mendapat sambutan yang
semakin baik daripada masyarakat.
Kajian-kajian ilmiah (tesis mahupun disertasi) yang telah dihasilkan oleh pelajar
di Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya (APIUM) mahupun di universiti
lainnya di Malaysia sewajarnya diketengahkan kepada masyarakat umum. Keadaannya
yang hanya tersimpan di perpustakaan amatlah kurang mendatangkan input yang baik
kepada masyarakat kerana hanya daripada kalangan tertentu sahaja yang dapat
mengambil manfaat daripadanya. Oleh itu, APIUM seharusnya mengambil tindakan dan
memainkan peranannya sebagai instituti yang layak mengetengahkan perkara ini.
APIUM juga seharusnya menyarankan kepada perpustakaan yang berada di
APIUM supaya membuat salinan kitab-kitab hadith dan kitab-kitab dalam bidang
lainnya yang berada di Perpustakaan Akademi Pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan.
Ini kerana banyak kitab-kitab yang susah didapati di Perpustakaan APIUM, tetapi
terdapat di Perpustakaan APIUM di Nilam Puri. Ramai pelajar yang berhajatkan bahan
dari Perpustakaan Nilam Puri, tetapi terhalang oleh faktor waktu dan bilangannya yang
terhad.
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
17/18
134
Penulis juga mencadangkan agar pihak APIUM membeli kitab-kitab karangan
Imam al-Sakhawi. Penulis dapati di Perpustakaan APIUM hanya terdapat lima sahaja
kitab karangan Imam al-Sakhawi, sedangkan beliau merupakan ilmuan Islam yang
hebat.
Menterjemahkan Kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir Min al-Ahadith
al-Mushtahirah `ala al-Alsinah karangan Imam al-Sakhawi ke dalam bahasa Melayu
supaya ia boleh dimanfaatkan. Ini kerana majoriti masyarakat tidak memahami bahasa
Arab. Sedangkan kitab ini merupakan kitab yang mengandungi hadith-hadith yang
tersebar secara meluas dalam kalangan masyarakat.
Pihak APIUM lebih menggalakkan pelajar untuk mengkaji dan
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu kitab-kitab hadith yang berhubungan
dengan hadith mashhur `ala alsinah kerana ianya sangat penting bagi masyarakat pada
masa sekarang ini.
5.2.4 Saranan untuk masyarakat
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu
yang berkaitan dengan al-Quran dan hadith. Al-Quran bukanlah sekadar untuk dibaca,
lebih daripada itu ia perlu dikaji isi kandungannya agar segala amalan yang dilakukan
bertepatan dengan tuntutan Allah s.w.t. Begitu juga dengan penghayatan terhadap
hadith Rasulullah dan pengamalannya dalam kehidupan bermasyarakat.
Menyertai dan menghadiri majlis-majlis ilmu, terutamanya ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan al-Quran dan hadith dengan harapan agar mereka dapat memahami
7/30/2019 Hadis - Andriana 2009
18/18
135
Islam dan mengamalkannya, seterusnya mereka mampu mendidik kelurga serta
masyarakat sesuai dengan ajaran Islam.
Masyarakat seharusnya menjadikan tokoh-tokoh dan personaliti dalam bidang
hadith sebagai contoh dalam penerapan akhlak dan pembudayaan ilmu kepada generasi
baru. Kegigihan dan kesungguhan mereka dalam menimba ilmu amat mengkagumkan
ditambah pula dengan sifat rendah diri dan tawaduk mereka yang seharusnya dijadikan
contoh bagi generasi baru.
5.3 PENUTUP
Kesungguhan dan ketelitian Imam al-Sakhawi dalam menghasilkan kitab hadith
patut dijadikan tauladan dalam usaha memelihara ilmu-ilmu hadith. Karya yang
dihasilkan beliau khususnya Kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-
Ahadith al-Mushtahirah `ala Alsinah merupakan sumbangan beliau yang besar dalam
dunia penulisan ilmu Islam.
Untuk akhirnya, penulis memohon kemaafan di atas kekurangan dan kesilapan
yang mungkin wujud dalam kajian yang diketengahkan ini. Sebagai penutup kajian ini,
penulis memanjatkan doa agar penulisan yang kecil ini mendapar keredhaan daripada
Allah s.w.t. dan memberi faedah kepada generasi yang akan datang dalam menghayati
dan mengkaji hasil karya para ulama Islam.