Post on 26-Nov-2015
GOLONGAN KATAGOLONGAN KATA
KATA NAMA
KATA
ADJEKTIF
KATA
KERJA
KATA
TUGAS
DEFINISIDEFINISI
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Manusia , orang: ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar
Binatang: ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
Tumbuh- tumbuhan: pokok, betik, rumput, lalang Benda: pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen,
buku
Tempat: pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
KATA NAMA AMKATA NAMA AMKata nama am dapat dibahagikan kepada:
konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat Contoh: buku, meja, kawan, petani, sekolah, dan sebagainya
abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. Contoh: cerita, tangisan, perayaan, kehendak dan sebagainya
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. (Pada akhir ayat)
Gajah itu berbadan besar. (Pada awal ayat)
DEFINISIDEFINISIKata nama khas ialah kata
nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebutsesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf
pertamapada awal perkataan perlu ditulis dengan huruf
besar.
Manusia: Zaidi, Mei Fong, Subramaniam
Binatang: Tompok (kucing), Jalak (ayam)
Tempat: Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
Bangunan: Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
Judul buku: Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
Benda: Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)
KATA KATA ADJEKTIFADJEKTIF
•kata yang digunakan untuk menyatakan keadaan atau sifat bagi sesepatah kata nama atau sebaris frasa nama.
•Kata adjektif yang dikenali juga dengan nama kata sifat
•boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti sangat, amat, sungguh, terlalu, terlalu, banyak dan sebagainya.
KATA ADJEKTIF JARAKKATA ADJEKTIF JARAK
KATA ADJEKTIF SIFATKATA ADJEKTIF SIFAT
KATA ADJEKTIF CARAKATA ADJEKTIF CARA
KATA ADJEKTIF UKURANKATA ADJEKTIF UKURAN
KATA ADJEKTIF PANCAINDERAKATA ADJEKTIF PANCAINDERA
KATA ADJEKTIF WARNAKATA ADJEKTIF WARNA
KATA ADJEKTIF PERASAANKATA ADJEKTIF PERASAAN
KATA ADJEKTIF BENTUKKATA ADJEKTIF BENTUK
KATA ADJEKTIF WAKTUKATA ADJEKTIF WAKTU
1
7
5
43
2
8
6
9
KATA ADJEKTIF SIFAT
10. Budak bijak itu menerima hadiah daripada pengetua sekolah.
11. Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam.
12. Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus.
13. Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana.
14. Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar.
KATA ADJEKTIF WARNA
15. Wanita itu memakai selendang sutera biru.
16. Daun-daun pokok itu hijau dan buahnya lebat.
17. Bendera kebangsaan negara baru itu merah, biru, kuning dan putih.
KATA ADJEKTIF UKURAN
18. Pembaris panjang itu dipatahkan oleh adik.
19. Sekolah rendah itu akan ditutup tidak berapa lama lagi.
20. Dia sudah selesai membaca buku yang tebal itu.
KATA ADJEKTIF BENTUK
21. Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya.
22. Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu.
23. Bola yang dipegangnya lonjong.
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA
35. Masakan di restoran baru itu sangat lazat.
36. Dia makan pisang yang kelat itu.
37. Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya.
38. Suara penyanyi itu lunak dan lantang.
KATA ADJEKTIF WAKTU
24. Baju yang baharu itu berwarna-warni.
25. Usah dikenang kisah-kisah silam itu.
26. Makanan segera biasanya kurang berkhasiat.
KATA ADJEKTIF CARA
30. Penyanyi lincah itu akan berlakon filem.
31. Lelaki gemuk itu gopoh sewaktu bekerja.
32. Penerangannya tentang pelajaran itu sangat jelas.
KATA ADJEKTIF PERASAAN
32. Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya.
33. Sultan gembira kerana dikurnia seorang putera.
34. Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal dunia.
KATA ADJEKTIF JARAK
27. Dia nyaris ditabrak oleh sebuah teksi.
28. Peristiwa itu berlaku dekat dengan rumah saya.
29. Kolam renang itu hampir dengan sekolahnya.
KATA KERJA
Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.
KATA KERJA TRANSITIF
1. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggarperaturan.
2. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratucantik.
3. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untukmempelajari muzik di Singapura.
Kata Kerja Tak Transitif
KKTT tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh
berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.Contohnya:
Semua orang pulangAdik saya masih tidur.Padi sedang menguning.Pemuda itu tersenyum.
Mereka asyik berbual.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek namun boleh hadir unsur keterangan.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
1.
Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.
Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota
Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras.
Pokok itu layu kerana tidak disirami air.
Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penatsemalam.
Kata Kerja boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.
NAMA KERJA TERBITAN
AWALAN AKHIRAN APITAN
bergerak (gerak) pecahkan (pecah) beralaskan (alas)
menggertak (gertak) tujukan (tuju) mengajarkan (ajar)
terjatuh (jatuh) lepaskan (lepas) berguguran (gugur)
KATA KERJA TAK TRANSITIF
IMBUHAN
KATA TUGASKATA TUGAS Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya
semata-mata untuk memungkinkan kata lain berperanan
dalam ayat, sama ada sebagai penerang, penentu,penguat, pemeri, pemb
antu, atau tugas lain.
CIRI KATA TUGAS
• Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.
• Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain.
• Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas.
• Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.
KATA PENYAMBUNG AYAT
•Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan.
Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk.
•Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa.
•Tiga jenis kata hubung, iaitu:
* kata hubung gabungan ( dan, lalu, sambil, tetapi….)
* kata hubung pancangan ( yang, bahawa, kerana , untuk…)
* kata hubung berpasangan (baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah,
entah...entah,jangan...pun…)
KATA PRAKLAUSA
•Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan
predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk
mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa.
•Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:
* kata seru( amboi!) * kata tanya (apakah)* kata perintah(sila, jangan) * kata pembenar (ya, tidak) * kata pangkal ayat(maka, lalu, kemudian)
KATA PRAFRASA
•Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata majmuk).•Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah: * kata bantu- suasana perbezaan masa cth: sedang, dulu, sekarang * kata penguat – cth: terlalu, paling, agak * kata penegas –cth:…kah…lah * kata nafi- perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan- ada 2= 1) bukan 2) tidak * kata pemeri =2. 1) ialah 2) adalah * kata sendi nama. cth=di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, dsbgnya.. * kata arah= atas, bawah, tepi, antara, depan… * kata bilangan= ada 6 1) Kata bilangan tentuContoh: satu, dua, tiga2) Kata bilangan tak tentuContoh: beberapa, banyak, segala3) Kata bilangan himpunanContoh: kedua-dua, berbulan-bulan4) Kata bilangan pecahanContoh: setengah, tiga suku5) Kata bilangan pisahanContoh: tiap-tiap, masing-masing6) Kata bilangan tingkatContoh: pertama, kedua, ketiga
KATA PASCAKATA•Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda.•Kata yang termasuk dalam pascakata ialah: * kata penekan- yang memberi penekanan .contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya * kata pembenda =yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama. contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya