Humanistik dalam Pembelajaran

Post on 15-Apr-2016

103 views 5 download

description

sekolah

Transcript of Humanistik dalam Pembelajaran

HUMANISTIK SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN UPSI KOHORT 8 2016KUMPULAN PEEJAY

APA ITU HUMANISTIK? KAMUS DEWAN EDISI KE 4 - BERSIFAT KEMANUSIAN

TEORI HUMANISTIC -Tujuan untuk memanusiakan manusia

- pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME-ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing-menekankan keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza.-pendekatan berpusatkan pelajar. 

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam.

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. proses belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Dalam proses belajar setap murid harus berusaha agar lambat laun mereka mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner, 1991) ialah :

i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain. 

ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. 

iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. 

iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. 

v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi. 

PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN HUMANISME Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik seperti berikut:

i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka.

ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan.

iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. 

iv. Perasaan adalah sama penting dengan fakta. 

v. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman. 

PEMBELAJARAN MENURUT TEORI HUMANISME  Aliran humanistik tidak mempunyai teori belajar khusus, tetapi hanya bersifat ekletik, yang bermaksud menggunakan teori yang sesuai (kognitif) asalkan tujuan pembelajaran tercapai.

PERANAN PENDIDIK DALAM PENDEKATAN HUMANISME ADALAH SEBAGAI FASILITATOR ATAUPUN PEMBIMBING, YANG BERPERANAN: 

a) Menciptakan iklim belajar. 

b) Memenuhi keperluan pelajar

c) Membantu mengungkapkan emosi pelajar.

d) Membantu pelajar belajar.

TOKOH-TOKOH PENDEKATAN HUMANISME Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles

Dua orang tokoh utama bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan Abraham Maslow.

Carl R. Rogers adalah seorang ahli psikologi humanistik yang gagasan-gagasannya berpengaruh terhadap pemikiran dan amalan psikologi di semua bidang, Rogers mengutarakan pendapat tentang prinsip-prinsip belajar yang humanistik, yang meliputi hasrat untuk belajar, pembelajaran yang bermakna, belajar tanpa ancaman, belajar atas inisiatif sendiri, dan belajar untuk perubahan (Rumini,dkk. 1993).

CIRI-CIRI TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS IALAH • Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri.

• Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. 

• Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yg berbeza dgn org lain. 

• Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. 

• Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi, 

IMPLIKASI TEORI HUMANISTIK KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.

KESIMPULAN Pendidikan humanistik merupakan model pendidikan yang berorientasi dan memandang manusia sebagai manusia (humanisasi), yakni makhluk ciptaan Tuhan dengan fitrahnya. 

Kurikulum humanistik dipercayai sebagai fungsi kurikulum yang memberikan pengalaman kepada pelajar untuk menunjang secara intrinsik tercapainya perkembangan dan kebebasan pelajar.

Konsep kurikulum humanistik memandang kurikulum sebagai alat untuk mengembangkan diri setiap individu.

Aliran yang termasuk dalam  pendidikan humanis iaitu pendidikan konfluen, kritikisme Radikal, dan Mistikisme Modern.

Kriteria kurikulum humanistik iaitu : ·  Adanya hubungan yang harmoni antara guru dan pelajar ·  Integrasi ·  Total atau menyeluruh ·  Model Evaluasi (berkaitan penilaian) tidak ada kriteria pencapaian.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA… IKHLAS DARI KAMI :

BASRI ZAKARIA

OSMAN ZAINI

EDDIE SURIA BIN YUSOF

LINDAWATI BINTI ABDUL AZIZ

SANIYAH BT KARIM