Post on 25-Nov-2015
description
Induksi merupakan kursus atau program orientasi yang diadakan untuk pekerja baru. Semasa program induksi , pihak pengurusan akan menerangkan polisi dan peraturan organisasi , tanggungjawab pekerja sebagai penyandang jawatan dan ahli organisasi serta memperkenalkan pekerja lain kepada pekerja baru. Pekerja baru juga akan dibawa untuk melawat persekitaran
Orientasi didefinisikan sebagai tujuan ( dan bertindak sesuai dengan tujuan ) yang hendak dicapai oleh seseorang, kelompok dan kumpulan atau organisasi.
Membantu pekerja untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran tempat kerja yang baru Memperkenalkan pekerja kepada ketua dan pekerja yang lain Menerangkan polisi , prosedur dan peraturan organisasi kepada pekerja Menerangkan struktur organisasi kepada pekerja Menerangkan aspek-aspek penting yang berkaitan dengan kerja atau jawatan kepada pekerja.
TUJUAN PROGRAM INDUKSI DIJALANKAN ADALAH UNTUK :
NoTopikHari pertama2 minggu2 bulan1PenerimanBorang rekod peribadiPengenalan kepada bosSyarat-syarat kontrak2Organisasi/JabatanTata atur Struktur organisasi3SyarikatProduk/PerkhidmatanPeraturan/Prosedur disiplinPolisi dan nilai-nilai
No.TopikHari pertama2 minggu2 bulan4Kemudahan/faedahKafe/Kemudahan bereakreasiFaedah perubatanSistem gajiProsedur minta cutiPerkhidmatan kaunselingLatihan dan peuang pekerjaan5Kesihatan dan keselamatanPakaian perlindunganLatihan kebakaran
Nama dan Tandatangan pekerja..Nama dan Tandatangan penyelia.Tarikh : .
Penyelia jabatan tidak memberikan kerjasama
Penceramah atau pegawai induksi tidak mempunyai kemahiran komunikasi untuk menyampaikan maklumat berkenaan kandungan program kepada pekerja. Ini termasuk keupayaan untuk menggunakan bahasa yang jelas , menarik, dan mudah difahami supaya tidak membosankan pekerja.PEGAWAI TERLIBAT TIADA KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Penyelia jabatan mungkin tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya untuk membenarkan pekerja bawahannya menyertai program induksi atas alasan kekurangan tenaga pekerja . Sikap sedemikian akan menjejaskan kelancaran program induksi tersebut . PENYELIA JABATAN TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA
Kekurangan maklumat dan pengetahuan pegawai induksi mengenai perkara tertentu akan menyukarkan proses penyampaian maklumat yang sepatutnya diketahui oleh pekerja baru .PEGAWAI INDUKSI KEKURANGAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN
Program induksi melibatkan kos pengendalian yang tinggi seperti perbelanjaan untuk menempah tempat induksi , membuat bayaran kepada penceramah dan mencetak bahan bacaan program .MELIBATKAN KOS PENGENDALIAN YANG TINGGI
Proses pengambilan pekerja yang berterusan dalam organisasi menyukarkan pihak pengurusan untuk memilih masa yang sesuai bagi mengadakan program induksi.PEMILIHAN MASA YANG KURANG SESUAI
SEKIAN TERIMA KASIH !
*