Post on 08-Jul-2015
Aspek Huraian JSU
Definisi
Ia menghuraikan aspek- aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan
Langkah membina
1. Menyenaraikan tajuk yang hendak diuji.
2.Menentukan soalan yang akan dibina
3. Menentukan aras kesukaran berdasarkan taksonami objektif pendidikan bloom
4.Nyatakan jenis ujian
5. Menentukan bilangan soalan
6. Menyatakan mata pelajaran tingkatan dan susunan nombor soalan
Ciri-ciri
1. Penentuan tajuk dan aras kemahiran yang hendak diuji
2. Paksi menegak - tajuk dan isi pelajaran
3. Paksi mendatar - kemahiran atau konstruk ,bilangan soalan,dan menentukan kesahan setiap ujian.
Kepentingan
1. Ujian digubal secara sistematik
2. Kesahan daripada segi persampelan sukatan pelajaran terjamin
3.Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
4. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
5. Dapat membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.
6. Panduan untuk membentuk format ujian
Fungsi
1. Mengawal soalan yang akan dihasilkan
2. Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
3. Sebagai garis panduan kepada penggubal soalan
4.menstabilkan taraf dan mutu ujian
5. menyelaras aras kesukaran ujian
6. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal lain.
1.0 Jadual Spesifikasi ujian
1.1 Definisi.
Ujian yang baik mestilah mempunyai perancangan yang rapi. Oleh itu ,cara yang
baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan jadual spesifikasi
ujian. Jadual spesifikasi ujian adalah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu
ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir ,pemberat setiap konstruk
,konteks dan pemberatan taburan aras kesukaran. Jadual spesifikasi ujian juga
menghurai aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan . Penggubalan sesuatu kertas ujian
perlu mengikut spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Banyak pertimbangan yang
harus di buat semasa menyediakan soalan ujian
. Ujian sepatutnya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin
merangkumi komponen pengetahuan ,kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan
.Pertimbangan ini , bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan
yang relevan dengan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang telah
disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai
proses termasuk jadual spesifikasi ujian (JSU )
1.2 Maklumat dalam JSU
JSU mempunyai beberapa maklumat berkaitan kandungan ujian yang berupa topik
–topik pelajaran serta aras-aras kemahiran yang mengikut taksonomi bloom iaitu
aras pengetahuan, aplikasi ,kefahaman, analisis, sintesis dan penilaian. Pemberatan
( % ) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan
kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk-bentuk ujian ditentukan sama ada
berbentuk objektif ,esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item juga
ditentukan mengikut bentuk kandungan dan aras kemahiran dan aras kesukaran.
Kepayahan dan kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80 % .JSU
merupakan satu carta yang mempunyai dua hala di mana paksi tegak mengandungi
tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar pula mengandungi jenis kemahiran
yang diuji.JSU juga memastikan sama ada unit –unit pembelajaran telah dikuasai
dengan baik oleh para pelajar. Selain daripada itu JSU yang dirancang dengan baik
akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian
kerana ia merangka secara nyata bidang yang akan diuji .Pembahagian soalan
untuk tiap-tiap kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam
pengajaran.
1.3 Pembinaan Dan Penggunaan JSU
Seorang guru perlu tahu cara membina JSU dengan betul agar dapat menyediakan
soalan ujian yang baik dan berkaitan dengan topik serta kemahiran yang telah
dipelajari oleh pelajar. Terdapat beberapa langkah membina JSU.
Langkah pertama ialah guru harus memilih atau menyenaraikan tajuk-tajuk yang
dipilih dan hendak diuji, Tajuk yang hendak diuji mestilah tajuk-tajuk yang telah
diajar .Guru tidak boleh menguji soalan berkaitan dengan topik yang belum pernah
diajar. Selepas itu ,langkah kedua ialah menentukan soalan yang akan dibina.
Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskan pertimbangan yang baik, Terdapat
beberapa perkara yang mesti diambil kira dalam langka ini ialah tujuan ujian itu
diadakan, masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan ujian, umur murid dan
bilangan murid yang akan diuji.
Contoh Seorang guru ingin membina 20 soalan objektif manakala setiap soalan
yang betul akan mendapat satu markah. Maka jumlah soalan bagi setiap topik ialah
dikira dengan menggunakan formula berikut
Langkah ketiga untuk membina JSU ialah guru perlu menentukan aras kesukaran
item. Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom yang
merangkumi 3 domain iaitu kognitif bagi aktiviti mental, afektif bagi menitik beratkan
sikap ,emosi dan perasaan. Manakala, psikomotor pula khusus untuk aktiviti fizikal.
Terdapat enam aras soalan yang digunakan iaitu aras pengetahuan ,kefahaman,
aplikasi analisis sintesis dan penilaian. Seterusnya, langkah keempat ialah langkah
yang menyatakan jenis ujian itu diuji iaitu sama ada ujian objektif, struktur ,esei dan
lain-lain. Manakala, langkah ke lima ialah menentukan bilangan soalan bagi setiap
komponen iaitu objektif ,struktur,dan esei .Guru juga perlu menentukan aras
kesukaran soalan ,iaitu daripada soalan mudah kepada susah serta menentukan
cara pemarkahan setiap soalan.Akhirnya pada langkah keenam ialah guru perlu
Jumlah masa x jumlah soalan
Jumlah masa keseluruhan
menyatakan mata pelajaran yang diuji, tingkatan dan susunan nombor soalan
mengikut tajuk.