Post on 21-Jun-2015
description
2.3 PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. Ali
bin Hj. Deros, tuan pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan kerana telah
membenarkan kami untuk menggunakan kemudahan di sekolah bagi memulakan kajian
ini.
Kemudian,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Murniza binti
Jidin iaitu guru matapelajaran Sejarah saya yang tidak jemu menerangkan dan memberi
tunjuk ajar kepada kami semua sepanjang kami menjalankan kajian ini.
Selain itu,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang ibu bapa
saya iaitu En. Sidek bin Hj. Said dan Pn. Sarimah binti Yahu atas segala sokongan
mereka dari segi mental,fizikal dan juga kewangan untuk saya menyiapkan folio ini.
Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya
untuk mendapatkan maklumat untuk kajian ini iaitu saudari Amirah Liyana binti Ibrahim,
Nurfazira binti Ruslan,dan Nur Atiqah binti Matassan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responden kami Cik
Shan Oi Sooi yang telah memberi beberapa maklumat kepada saya dan kawan-kawan.
2.4 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif yang saya dapati daripada Kajian Sejarah Tempatan ini ialah agar
saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang perayaan kaum Cina di Malaysia iaitu
perayaan Tahun Baru Cina.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui tuah yang diperolehi dan pantang larang
yang perlu dipatuhi yang berkaitan dengan perayaan tersebut.
Seterusnya, kajian ini juga saya jalankan untuk saya mengambil iktibar daripada
sejarah yang telah berlaku yang mewujudkan perayaan ini.
Akhir sekali, kajian ini dijalankan agar masyarakat dapat menghargai warisan
khazanah perayaan ini dan bekerjasama untuk mengekalkan perayaan yang telah diwarisi
sejak turun-temurun ini.
2.5 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat untuk
menghasilkan folio ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah temu ramah, analisis
dokumen internet dan penyelidikan perpustakan.
Saya dan rakan-rakan saya iaitu saudari Amirah Liyana binti Ibrahim, Nurfazira
binti Ruslan, dan Nur Atiqah binti Matassan telah pergi ke kediaman Cik Shan Oi Sooi di
alamat No. 0298, Kampung Sungai Keling, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan untuk
menemuramah beliau tentang perayaan Tahun Baru Cina. Kami bertanyakan soalan yang
berkaitan dengan tujuan, pantang larang, tuah dan banyak lagi yang berkaitan dengan
perayaan tersebut.
Selain itu, saya juga telah menganalisis beberapa buku ilmiah untuk mendapatkan
maklumat. Antara buku yang telah saya analisis ialah Kebudayaan, Jasiman Ahmad dan
Nora Hj Samat, Jade Green Publications Sdn. Bhd dan juga Integrasi di Malaysia,
Integrasi Melalui Etnik, Noura Syifa dan Zariana Zumail, Sabunai Media Sdn. Bhd.
Kemudian, saya juga merujuk internet di laman web yang beralamat alamat
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina.
Akhir sekali, saya dan rakan-rakan telah menggunakan kaedah penyelidikan
perpustakaan sebanyak beberapa kali untuk mencari informasi tambahan daripada bahan-
bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan awam.
2.6 HASIL KAJIAN
1. PERAYAAN TRADISI
1.1 Nama Perayaan/Nama Lain
Nama yang paling dikenali oleh semua golongan masyarakat untuk perayaan
kaum cina ini ialah ’Tahun Baru Cina’. Selain itu, perayaan ini juga dikenali dengan
gelaran perayaan tersebut dalam bahasa Mandarin iaitu ’Gong Xi Fa Cai’. Nama lain
yang jarang digunakan untuk menggelar perayaan ini ialah ’Perayaan Musim Bunga’ dan
’Tahun Baru Qamari’.
1.2 Pihak/Etnik/Kaum yang Terlibat
Antara kaum lain yang terlibat dengan perayaan Tahun Baru Cina ini ialah mana
-mana kaum atau penduduk yang dipengaruhi oleh negara China seperti penduduk negara
Mongolia, Vietnam, Miao, dan Korea.
1.3 Tarikh/Tempoh Masa Dirayakan
Pada tahun 2010, perayaan Tahun Baru Cina ini telah diadakan pada 14 Februari.
Setiap tahun, perayaan ini akan diadakan pada hari pertama kalendar cina ataupun juga
dikenali sebagai kalendar Qamari.
1.4 Tujuan Perayaan
Tujuan utama perayaan Tahun Baru Cina ini disambut oleh kaum yang terlibat
adalah untuk menyambut tahun Baru yang bakal mendatang dengan harapan bahawa
tahun seterusnya akan menjadi lebih baik dan dilimpahi rezeki yang lebih banyak.
Perayaan tersebut juga melambangkan sebuah permulaan baru bagi nasib dan kehidupan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Sejarah/Asal Usul Perayaan
Sebelum dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Ada kemungkinan bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan
12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa ’bulan lompat’ yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari
dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan dipakai untuk memastikan kalendar
qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang
menurut catatan tulang orakel yang masih wujud dan Zhou menurut Sima Qian. Maharaja
pertama China iaitu Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10
pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1,atau
kedua-duanya itu tidak di ketahui. Pada 104 SM,Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun,yang masih kekal sampai masa ini.
Selain itu,menurut lagenda,perayaan ini disambut untuk menghalau Nian iaitu
seekor raksasa pemakan manusia yang kalah dengan warna merah dan bunyi bising. Oleh
itu, masyarakat yang menyambut perayaan tersebut akan menggunakan warna merah dan
membakar mercun kerana kepercayaan mereka itu.
2.2 Upacara Khusus Dalam Perayaan
Antara upacara khusus yang terdapat dalam perayaan Tahun Baru Cina ini ialah
makan besar,ziarah-menziarahi,menyembah Maharaja Jed dan Chap Goh Mei. Keluarga
yang menyambut perayaan tersebut akan berkumpul dan makan bersama-sama di meja
bulat. Mereka juga akan saling berziarah ke rumah sanak saudara yang lain dan
terutamanya ibu bapa mereka. Kaum Cina juga akan menyembah Maharaja Jed di
kayangan di tokong agama Tao. Chap Goh Mei juga disambut bagi menandakan hari-hari
terakhir Tahun Baru Cina.
2.3 Individu yang Mengetuai Upacara Khusus
Kebanyakkan upacara-upacara khusus pada Tahun Baru Cina ini akan diketuai
oleh tuan rumah ataupun antara orang yang paling tua dalam sesuatu keluarga tersebut.
2.4 Tempat Khusus Sambutan Dijalankan
Biasanya sambutan Tahun Baru Cina ini diadakan di rumah ibu bapa masyarakat
yang menyambut perayaan tersebut. Seluruh ahli keluarga akan berkumpul di rumah
orang yang paling tua dalam keluarga kembangan mereka pada malam Tahun Baru Cina.
3. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
3.1 Sebelum
Sebelum hari sambutan Tahun Baru Cina, mereka yang menyambut perayaan
tersebut akan membersihkan rumah sebersih-bersihnya kerana mereka mempercayai
bahawa apabila membersihkan rumah pada waktu perayaan akan menyapu sekali segala
tuah dan rezeki-rezeki sekali. Kebanyakkan mereka akan mengecat rumah, pintu, sisi
tingkap dengan warna merah. Mereka juga menghiasi rumah mereka dengan potongan-
potongan kertas yang tertulis pepatah yang mengatakan kebahagiaan dan kemakmuran
dalam bahasa Cina. Jamuan pertemuan semula juga diadakan pada malam Tahun Baru
Cina. Di China Utara,ada adat untuk mereka memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana bentuknya yang seakan-akan tongkol emas Cina.
Ang-pau diberikan kepada pengunjung yang masih bujang. Ang-pau melambangkan tuah
dan kehormatan.
3.2 Semasa
Hari Pertama
Hari mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakkan
mereka tidak akan memakan daging untuk memastikan mereka lanjut usia.
Mereka semua akan mengunjungi ahli keluarga yang paling tua sekali
seperti ibu bapa,datuk nenek atau moyang. Ada juga keluarga yang
mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut
tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
Hari Kedua
Hari kedua ialah hari membuka tahun. Anak perempuan yang telah
berkahwin akan menziarahi ibu bapa kandung mereka kerana tradisi
mengatakan bahawa anak perempuan yang telah berkahwin mung sekali
tidak mempunyai peluang untuk menziarahi keluarga kandung mereka
sendiri.
Hari Ketiga
Pada hari ini,mereka tidak digalakkan untuk menziarahi antara satu sama
lain kerana mempercayai bahawa hari tersebut ialah hari ”mulut merah”
yang bermaksud amat mudah untuk membawa pergaduhan. Mereka yang
mengalami kematian dalam jangkamasa 3 tahun lalu tidak akan
menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati.
Hari ini wajar sebagai hari menziarahi kubur.
Hari Kelima
Pada hari kelima, ladu dijadikan sarapan pada pagi ’pecah lima’ . Hari ini
merupakan hari kelahiran Cai Shen,iaitu dewa kekayaan Cina. Di Taiwan
perniagaan dibuka semula pada hari ini dan diserikan dengan pemetik api.
Hari Ketujuh
Hari ketujuh dikenali sebagai ’hari jadi orang ramai’,iaitu hari dimana
umur setiap orang ditambah setahun menurut pengiraan kalendar qamari
Cina.
Pada hari ini,salad ikan mentah lambung,yee sang,akan dimakan. Seluruh
kaum keluarga akan berkumpul untuk melambung salad tersebut yang
bewarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan
dan kemakmuran. Adat ini diamalkan oleh masyarakat Cina di rantau Asia
Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,tetapi jarang diamalkan oleh
kaum Cina di serata dunia.
Hari Kesembilan
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk
menyembah Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan
pula,hari ini dianggap sebagai ”tahun baru” suku kaum Hokkien. Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru,suku Hokkien
menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini
termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku kaum
Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang
sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
Hari Kelima Belas
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai
’Yuanxiao jie’,atau Chap Goh Mei dalam bahasa Cina Hokkien,versi Cina
bagi ’Valentine’. Tangyuan,bebola pulut manis dalam sup,dimakan pada
hari ini. Tangyuan ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada
tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola,kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air
mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung
kepada amalan setempat,hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan
Tanglung.
3.3 Selepas
Selepas sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat yang telah merayakan perayaan
tersebut akan menyambut Chap Goh Mei iaitu sambutan yang menandakan berakhirnya
perayaan Tahun Baru Cina.
3.4 Peraturan/Pantang-larang/Amalan Sampingan
TUAH BAIK
Antara amalan yang boleh membawa tuah baik ialah dengan membuka pintu dan
tingkap serta membiarkan lampu menyala semalaman. Dengan membuka pintu dan
tingkap, mereka mempercayai bahawa ia akan menjemput masuk tuah. Manakala,
memasang lampu semalaman pula dipercayai akan dapat mengusir puaka dan anasir-
anasir jahat dari rumah. Selain itu, mereka juga memakan gula-gula untuk memaniskan
nasib mereka sepanjang tahun yang bakal mendatang. Mereka juga membersihkan setiap
sudut rumah supaya mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Akhir sekali, ada
diantara mereka yang akan memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru dengan
kepercayaan bahawa mereka akan memijak orang yang bercakap tentang perihal yang
tidak baik tentang dirinya.
TUAH BURUK
Selain mengamalkan amalan untuk mendapatkan tuah baik, kaum Cina juga
mengelak dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang tuah buruk ataupun
nasib malang. Antara amalan yang di elakkan oleh mereka ialah membeli kasut atau
seluar baru untuk perayaan kerana ’kasut’ dalam bahasa Kantonis bermaksud ’kasar’.
Manakala ’seluar bagi Kantonis bermaksud ’pahit’. Namun ada juga yang beranggapan
positif kerana ’seluar’ juga bermaksud ’kaya’ dalam sejenis dialek. Selain itu, mereka
juga ditegah dari menggunting rambut kerana ’rambut’ sama maknanya dengan ’hasil’.
Maka,mereka percaya bahawa perbuatan memotong rambut sama seperti memotong
hasil. Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan. Perbualan
mengenai kematian juga dianggap tidak baik. Akhir sekali, mereka dilarang sama sekali
untuk menyapu lantai rumah pada hari pertama tahun baru kerana mempercayai bahawa
menyapu lantai itu sama seperti menyapu keluar tuah dari rumah pada tahun baru.
4. KESAN PERAYAAN
4.1 Kekeluargaan
Dari segi kekeluargaan,perayaan Tahun Baru Cina dapat mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan keluarga yang menyambutnya. Keeratan keluarga ini dapat
dilihat daripada amalan mereka yang saling kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara
mereka yang lebih tua.
4.2 Perpaduan
Perayaan Tahun Baru Cina ini dapat mengukuhkan perpaduan yang terdapat pada
seluruh kaum Cina. Mereka bersepadu untuk mengekalkan perayaan warisan mereka ini
agar tidak ditelan zaman.
4.3 Kebudayaan
Kebudayaan masyarakat Cina yang unik dapat didedahkan kepada semua kaum
mahupun bangsa dan memperkembangkannya lagi serta mengekalkan budaya tersebut
untuk diwarisi oleh generasi masa hadapan..
4.4 Pengekalan Tradisi
Tradisi perayaan Tahun Baru Cina dapat dikekalkan dengan memberi pendidikan
warga muda agar mereka terus merayakan perayaan ini.
2.7 RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah saya buat, antara rumusan yang dapat saya
rumuskan ialah terdapat beberapa unsur patriotisme yang dapat dikaitkan dengan
perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya ialah, masyarakat Cina dapat memupuk
semangat kekitaan dalam diri masing-masing. Mereka telah menunjukkan sifat saling
hormat-menghormati serta bersatu padu dan berharmoni dalam menjayakan perayaan ini.
Selain itu, mereka yang mengamalkan perayaan ini juga akan terdidik dengan sifat
berdisiplin secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana mereka akan mematuhi pantang
larang yang telah diajar untuk mendapatkan tuah baik atau mengelakkan tuah buruk.
Seterusnya, perayaan ini juga dapat membuatkan semua bangsa berbangga menjadi
warga Malaysia dengan melihat kerjasama antara kaum Cina untuk mereyakan perayaan
tersebut.
Di samping itu, terdapat juga iktibar yang terdapat didalam perayaan ini. Iktibar
tersebut ialah agar tidak memulakan sebarang pergaduhan. Sebagai contoh, mereka tidak
digalakkan untuk menziarahi keluarga mereka pada hari ketiga perayaan untuk
mengelakkan sebarang pergaduhan.
2.8 LAMPIRAN
Haiwan Dahan bumiTikus 子 zǐLembu 丑 chǒuHarimau 寅 yínArnab 卯 mǎoNaga 辰 chénUlar 巳 sìKuda 午 wǔKambing 未 wèiMonyet 申 shēnAyam 酉 yǒuAnjing 戌 xūKhinzir 亥 hàiLampiran 1; Nama tahun baru Cina berdasarkan nama haiwan.
Lampiran 2; Malam Tahun Baru Cina
Lampiran 3; Tanglung.
Lampiran 4; Sambutan Tahun Baru Cina.
Lampiran 5; Hiasan tulisan tangan yang mengandungi kata-kata atau peribahasa dalam
bahasa Cina dijadikan hiasan pintu utama.
Lampiran 6; Tarian singa.
Sumber Rujukan
Buku ilmiah
Internet
Bahan rujukan
Perpustakaan
Orang sumber
2.9 RUJUKAN
BUKU ILMIAH
Jasiman Ahmad,Nora Hj Samat. Kebudayaan, Perayaan Pelbagai Kaum.
Jade Green Publications Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.
Siti Amnah binti Sahran, Rosiah binti Nawi, Rahimah binti Ibrahim, Nik
Zubaidah binti Nik Yusoff. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3. Attarbiah Sdn. Bhd:Selangor Darul Ehsan.
Noura Syifa, Zariana Zumail. Integrasi di Malaysia, Integrasi Melalui
Etnik. Sabunai Media Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.
Jasiman Ahmad. Kepelbagaian Budaya Malaysia. Jade Green Publications
Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.
Jasiman Ahmad,Nora Hj Samat. Kepelbagaian Tarian. Jade Green
Publications Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.
Aida binti Othman, Norsilawani binti Nor. Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tingkatan 4. Asia Galaxy Sdn. Bhd:Selangor Darul
Ehsan.
AKHBAR
Saturday METRO,6 February 2010,EVENTS.
The Borneo Post, Saturday,February 13,2010
ORANG SUMBER
Cik Shan Oi Shooi, 35 tahun. No.0298,Kg. Sungai Keling,87000,Wilayah
Persekutuan Labuan.
INTERNET
My Metro,
http://myMetro\chinese_new_year.com/
Utusan Malaysia Online,
Mhtml:file://J:\elemen sejarah\Utusan Malaysia Online – Johor.mht
Wikipedia,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina