Post on 27-Dec-2015
description
1. Pasukan unit beruniform sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Tulis laporan yang lengkap tentang perkhemahan itu.
Laporan Perkhemahan Pengakap di Hutan Pulai
Pada 16 Mei, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng telah mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Pulai. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang ahli pengakap dan 3 orang guru pengiring. Perkhemahan ini diadakan untuk memupuk sifat berdikari dan semangat bekerjasama antara pengakap.
Pada pagi hari tersebut, ahli-ahli pengakap berkumpul di dewan sekolah. Selepas guru memberikan taklimat, kami pun bertolak dengan bas yang disewa. Setibanya di destinasi, guru-guru mencari tempat yang berdekatan dengan sungai supaya mudah mendapat air. Murid-murid bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah.
Mula-mula, guru pengiring membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya termasuklah memungut kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya. Kami bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Walupun panas terik, kami masih bermandi peluh semasa menjalankan tugas.
Pada waktu petang, kami menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, ahli-ahli pengakap menjalankan aktiviti lasak. Antaranya termasuklah meredah hutan, mendaki bukit dan mengharungi sungai. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami dapat memupuk sifat berdikari dan semangat keyakinan. Selain itu, kami juga mengadakan pertandingan mencari harta karun. Akhirnya, Kumpulan Harimau memenangi pertandingan itu. Selepas itu, guru juga memberikan sijil kepada semua peserta.
Pada waktu malam, ahli-ahli pengakap dan guru menyalakan unggun api. Kami telah mengadakan banyak persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan. Persembahan itu menarik hati. Semua murid memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sungguh meriah.
Pada keesokan harinya, semua ahli pengakap dan guru mengemaskan khemah untuk pulang. Dalam perkhemahan tersebut, ahli-ahli pengakap telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan. Kami berpeluang mengenali flora dan fauna di dalam hutan. Perkhemahan ini amat bererti kerana dapat mendedahkan ahli-ahli kepada alam sekitar.
Laporan disediakan oleh, 23 MEI 2013.
Ng Kim Leng
(NG KIM LENG)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng.
2. Pada cuti semester yang lalu, kamu sekeluarga telah pulang ke kampung. Tuliskan pengalaman kamu.
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah. Jalan menuju ke kampung bengkang-bengkok seperti ular kena palu.
Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan terbuka. Di kampung, datuk mengajar saya dan adik bermain wau dan gasing.Saya dan adik berasa gembira.
Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai sangat jernih seperti cermin. Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambil menikmati pemandangan yang indah. Udara di sana sangat nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Di kampung, kami sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum seperti tusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Kami menolong datuk mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama. Kami makan dengan gelojoh.
Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua durian sudah habis dijual.
Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.
3. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin. Tuliskan catatan tentang Hari Kantin tersebut.
Rabu, 15 Disember 2013
6.30 pagi : Murid-murid membuat persediaan. Antaranya termasuklah menghias gerai, mendirikan gerai , menyediakan makanan dan minuman, membersihkan padang dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.
8.00 pagi : Semua murid berkumpul di dewan. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir. keadaan di padang penuh sesak seperti ikan di dalam belat.
8.30 pagi : Guru Besar memberikan ucapan kepada semua hadirin. Beliau menasihati kami supaya selalu berbudi kerana tangan yang memberi sentiasa lebih mulia daripada tangan yang menerima. Kemudian, beliau merasmikan hari kantin.
9.30 pagi : Hari kantin bermula. Banyak gerai didirikan di padang. Terdapat juga gerai permintaan lagu. Gerai itu memainkan banyak lagu yang halwa telinga. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang. Guru-guru dan murid-murid sibuk melayan pelanggan dengan mesra. Mereka melaung-laung untuk menarik perhatian pelanggan. Banyak pelanggan membeli barang dengan menggunakan kupon.
11.00 pagi : Barang jualan hampir habis dijual. Pengunjung-pengunjung mulai beredar. Guru-guru mengarahkan kami mengemaskan barang-barang.
2.00 petang : Hari kantin tamat dengan lancar. Kami bergotong-royong membersihkan padang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing.
4. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis laporan tentang sambutan itu selengkapnya.
Laporan Sambutan Hari Guru SJK (C) Zhi Ling
Pada 13 Mei 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakan 举办 sambutan Hari Guru.
Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru 珍惜老师的功劳和牺牲.
Sebelum sambutan Hari Guru, murid-murid sibuk membuat persediaan 忙着做准备untuk mencantikkan dewan sekolah 美化学校礼堂. Antaranya termasuklah 其中就包括menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid
bekerjasama 分工合作 menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan
sekolah kelihatan 看起来 bersih dan cantik seperti istana.
Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul 集合 di dewan sekolah.
Keadaan di sana penuh sesak 很拥挤 seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar
dijemput 被邀请 untuk memberikan ucapan 给予致词 . Dalam ucapan Guru Besar, beliau
menasihati 劝告 murid-murid supaya menghargai jasa guru kerana guru umpama lilin
sanggup membakar diri untuk menerangi masa depan murid-murid 老师就好比蜡烛愿意燃烧自己为了照亮学生们的前途. Guru Besar juga mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada
guru-guru. Kemudian, beliau merasmikan 开幕 sambutan Hari Guru.
Pelbagai persembahan pentas yang menarik 精彩的舞台表演 telah dijalankan
untuk menghiburkan hati para penonton 娱乐诸位观众的心. Antaranya termasuklah
nyanyian, tarian dan sketsa 话剧. Persembahan kemuncak 最高潮的表演 ialah pertunjukan
silap mata 魔术表演 yang dipersembahkan 被呈现 oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket.
Persembahannya berjaya mempesonakan 使…迷住 perhatian para penonton. Para
penonton bersorak-sorai 欢呼 dan memberikan tepukan yang gemuruh 热烈的鼓掌.
Suasana yang meriah 热闹的气氛 telah menyelubungi 笼罩着 seluruh dewan pada ketika itu.
Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke
kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan 茶会 dengan guru kelas masing-masing.
Murid-murid menikmati 享用 makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas. Akhirnya, murid-murid memberikan hadiah yang disediakan kepada guru. Antaranya termasuklah bunga, coklat, pen dan sebagainya. Guru-guru berasa suka hati
开心 apabila menerima hadiah.
Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Guru pun tamat. Guru-guru dan murid-
murid pun pulang ke rumah dengan puas hati 心满意足. Sambutan Hari Guru telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini.
Laporan disediakan oleh, 16 Mei 2013.
Lim Keong Seng
(LIM KEONG SENG)
Ketua Murid,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling.
5. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis laporan tentang sambutan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Zhi Ling
Pada 2 Oktober 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakan 举办 sambutan Hari
Kanak-kanak. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menggembirakan kanak-kanak 使到小孩开心.
Sebelum sambutan Hari kanak-kanak, murid-murid sibuk membuat persediaan 忙着做准备 untuk mencantikkan dewan sekolah 美化学校礼堂. Antaranya termasuklah 其中就包括 menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid
bekerjasama 分工合作 menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan
sekolah kelihatan 看起来 bersih dan cantik seperti istana.
Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul 集合 di dewan sekolah.
Keadaan di sana penuh sesak 很拥挤 seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar
dijemput 被邀请 untuk memberikan ucapan 给予致词 kepada murid-murid. Dalam ucapan
Guru besar, beliau menasihati 劝告 murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh kerana
usaha tangga kejayaan 努力是成功的阶梯. Beliau juga mengucapkan “Selamat Hari Kanak-
kanak” kepada murid-murid. Kemudian, beliau merasmikan 开幕 sambutan Hari Kanak-kanak.
Pelbagai persembahan pentas yang menarik 精彩的舞台表演 telah dijalankan
untuk menghiburkan hati para penonton 娱乐诸位观众的心. Antaranya termasuklah
nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan kemuncak 最高潮的表演 ialah pertunjukan
silap mata 魔术表演 yang dipersembahkan 被呈现 oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket.
Persembahannya berjaya mempesonakan 使…迷住 perhatian para penonton. Para
penonton bersorak-sorai 欢呼 dan memberikan tepukan yang gemuruh 热烈的鼓掌.
Suasana yang meriah 热闹的气氛 telah menyelubungi 笼罩着 seluruh dewan pada ketika itu.
Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke
kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan 茶会. Murid-murid menikmati 享用makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas.
Murid-murid juga menjalankan banyak permainan 游戏 di kelas. Akhirnya, guru kelas juga
membahagikan bungkusan hadiah 分配包装礼物 kepada murid-murid. Murid-murid berasa
suka hati 开心 apabila menerima hadiah.
Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Kanak-kanak pun tamat. Murid-murid pun pulang ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini.
Laporan disediakan oleh, 4 OKTOBER 2013.
Lim Keong Seng
(LIM KEONG SENG)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling.
6. Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tuliskan catatan tentang sukan tahunan tersebut.
Jumaat, 2 Julai 2013.
6.30 pagi - Murid-murid membuat persediaan terakhir. Antaranya termasuklah menghias padang dengan panji-panji, menyusun kerusi, mengutip sampah-sarap dan lain-lain. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.
8.00 pagi - Murid-murid berkumpul di padang. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir. Keadaan di padang penuh sesak seperti ikan dalam belat.
8.30 pagi - Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru tiba. Guru Besar menyambut kedatangan beliau. Mula-mula, Pegawai Pendidikan Daerah memberikan ucapan. Beliau menasihati murid-murid supaya mementingkan sukan dan jangan menjadi ulat buku. Selepas itu, beliau merasmikan sukan tahunan.
9.30 pagi - Acara sukan bermula. Antaranya termasuklah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lumba lari dan lain-lain. Setiap peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang.
11.30 pagi - Acara sukan tamat dengan lancar. Rumah kuning menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Saat yang dinanti-nanti sudah tiba. Guru Besar menyampaikan piala kepada pemenang. Beliau juga menasihati para peserta supaya yang menag jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa.
2.00 petang - Murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira.
7. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Sebagai setiausaha, Tulis laporan lawatan tersebut selengkapnya.
Laporan Lawatan ke Zoo Negara
Pada 10 Januari 2013, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C) Ming Hwa telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring.
Pada awal-awal pagi, kami berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, Guru Besar memberikan taklimat kepada kami. selepas itu, kami pun bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki bas yang disewa.
Kami mengambil masa selama 1 jam untuk tiba di destinasi. Seorang pegawai Zoo Negara yang bernama Encik Lim telah menyambut kami dengan tangan terbuka. Encik Lim ditugaskan untuk memberikan penjelasan tentang haiwan-haiwan yang terdapat di zoo.
Kami berpeluang melihat banyak haiwan yang istimewa. Antaranya termasuklah
landak 箭猪, cipan 貘,tupai 松鼠,badak sumbu 犀牛,serigala 狼 dan sebagainya. Kami
berasa kagum 惊讶 seperti rusa masuk ke kampung.
Pada hari itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet. Pertunjukan itu sungguh menarik hati kami. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sangat meriah. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan monyet yang comel itu. Pada pukul 3.00 petang , kami pun berehat sambil makan makanan di sebuah restoran.
Menjelang waktu petang , kami pun pulang ke sekolah. Kami berasa gembira kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan.
Disediakan oleh, 20 JANUARI 2013.
Tan_______
( TAN MENG KEONG )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa.
8. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’.
Saya tinggal di sebuah pekan kecil. Jiran-jiran saya terdiri daripada orang Melayu,
Cina dan India. Ibu dan bapa selalu menasihati 劝告 saya supaya berbaik-baik dengan jiran.
Apabila kita menghadapi kesusahan 面对困难 , orang yang pertama sekali menolong kita
ialah jiran, bukan saudara kita yang tinggal jauh 远.
Jiran di sebelah kanan rumah saya ialah Encik Tan. Encik Tan berumur 35 tahun. Dia
bekerja sebagai guru di sebuah sekolah. Sekolah itu berhampiran 靠近 dengan kawasan
perumahan kita. Jika saya ada masalah dalam pelajaran , saya akan bertanya dengan Encik Tan. Dia akan mengajar saya dengan penuh sabar.
Isterinya ialah seorang suri rumah tangga. Mereka mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Tan Feng. Saya dan Tan Feng belajar di sekolah yang sama. Oleh itu, kami selalu berjalan kaki ke sekolah.
Encik Tan sekeluarga peramah dan bersikap lemah-lembut 温柔. Apabila kami
bertemu, mereka akan bertegur sapa 打招呼 dengan kami. Kami juga suka berbual-bual dengan mereka. Pada masa lapang, saya akan mengajak Tan Feng bermain badminton di gelanggang sekolah.
Isteri Encik Tan juga selalu memberikan kuih-muih yang dibuat olehnya kepada
kami. Kami suka akan masakan isteri Encik Tan. Pada hari-hari perayaan 节日, kami juga
akan kunjung-mengunjungi 互相拜访.Oleh itu, hubungan 关系 kami dengan Encik Tan
sekeluarga sangat erat 密切 seperti isi dengan kuku.
Saya bersyukur 感激 kerana mempunyai jiran yang baik. Saya berharap agar Encik Tan sekeluarga selalu sihat dan sejahtera.
9. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ‘Aku Sebuah Beg Sekolah ‘.
Aku sebuah beg sekolah yang berjenama 有品牌. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Aku bernama Swan. Aku diperbuat daripada kain yang
bermutu tinggi 高品质. kecantikkan aku telah menjadi buah mulut 话题 orang ramai.
Selepas siap dibuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai beg. Kami
dipamerkan 被展示 di atas rak dengan kemas. Tuan kedai melabelkan harga 贴上价钱 pada badan kami. Aku berharga RM50.00.
Setiap hari, banyak pelanggan datang ke kedai ini. Pada suatu hari, sepasang suami isteri datang ke kedai. Mereka membelek-belek semua beg sekolah dengan teliti. Akhirnya,
mereka tertarik oleh 被吸引 kecantikan aku. Mereka membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, mereka menghadiahkan aku kepada anak emas mereka.Anak
mereka berasa gembira seperti itik mendapat air 如鱼得水. Kini, aku mempunyai seorang tuan. Tuan aku bernama Ramli.
Setiap hari, tuan aku akan membawa aku ke sekolah. Perut aku selalu diisi dengan pelbagai jenis buku. Selepas pulang dari sekolah, tuan aku akan meletakkan aku di dalam almari.
Setiap minggu, tuan aku juga akan mencuci badan aku sehingga bersih. Tuan aku menjaga 照顾 aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh 无微不至.
Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Saya berharap agar dapat
berkhidmat 服务 kepada tuan aku selama-lamanya.
TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A
Tip UPSR: Penulisan Bahagian A
Bahasa Melayu Penulisan
BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.
Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.
BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:
Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).
Langkah kedua
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu
cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.
Langkah ketiga
Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).
Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.
Langkah keempat
Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.
Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.
Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan"
dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.
Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.
Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.
Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.
KARANGAN Cara penulisan karangan cereka.
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
Memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.
Contoh soalan cereka
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.
1. Cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
2. Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.
3. Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4. Jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikan
*Pengenalan - tinggal sendirian - baca buku cerita
Perenggan ke-2 -mendengar suara riuh-rendah -menjenguk ke luar -suatu kebakaran berlaku
Perenggan ke-3 - ramai orang mula berkumpul -cuba membantu memadamkan kebakaran -membantu memunggahkan barang
Perenggan ke-4 - aku terus menelefon pihak bomba -ahli-ahli bomba tiba
Penutup -kebakaran dapat dikawal -berasa sungguh gembira
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita. Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku. Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan
kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya. Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ. Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.
KARANGAN BERBENTUK PENGALAMAN
Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk ‘ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan’ Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek. Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang. Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan. Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri. Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.situasiKeputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ? Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi. Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya. Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.
......................................................................................................................................Cara penulisan Karangan jenis berita
1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?3. Apa ?Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan beritaMemberi maklumat kepada keseluruhan berita4. Siapa ?
Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkapJika perlu sertakan usia pelaku5. Bila ?Menerangkan masa peristiwa itu berlakuTarikh yang tepat
Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu’
1. Mengapa ?Sebab-sebab peristiwa berlakuJika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”
2. Di mana ?Tempat kejadian peristiwaJika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
3.Bagaimana ?Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya. Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas
CONTOH KARANGAN BERITASOALAN;Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI
a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah seorang ialah pakar mekanik.
c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.
3.PENUTUP
seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelakiberkenaan.
CONTOH KARANGAN.
KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut. Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut. Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.
MARI KITA BUAT LATIHAN BERSAMA-SAMA.
SENARAI 40 NILAI MURNI / PENGAJARAN
Bil Nilai Murni / Pengajaran Penyataan
1 adil
2 amanah
3 baik hati
4 bekerjasama
5 berani
6 berazam, bercita-cita tinggi
7 berdikari
8 berdisiplin
9 berhati-hati,berwaspada
10 berhemah tinggi
11 berjimat-cermat
12 bersatu padu
13 bersimpati
14 bersopan-santun, peramah
15 bersyukur
16 bertanggungjawab
17 berterima kasih
18 bertoleransi
19 ikhlas
20 jujur
21 kasih sayang
22 kebebasan
23 kesederhanaan
24 mematuhi undang-undang
25 mencintai alam sekitar
26 menepati masa
27 menghargai masa
28 menghormati
29 menjaga kebersihan fizikal
30 menjaga maruah / harga diri
31 patriotik
32 pemurah
33 prihatin
34 rajin,tekun,gigih
35 rasional
6 sabar
37 taat, patuh
38 tabah, cekal
39 tolong-menolong
40 yakin
Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah.
bil Penyataan Nilai Murni
1 bangun awal
2 basuh tangan / mandi
3 beratur di kantin
4 berdiri tegak semasa nyanyian Negaraku
5 bersarapan bersama keluarga
6 bersembahyang
7 beruniform sekolah dengan lengkap dan kemas
8 gotong-royong
9 hendak menjadi ahli perniagaan yang berjaya
10 jangan suka membuang masa
11 jangan suka meninggi diri
12 keras kepala
13 makan dengan tertip
14 memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas
15 membaca buku
16 memberi nasihat
17 memberi tempat duduk kepada orang tua
18 memberi ucap selamat
19 membuang paku di atas jalan
20 memulangkan barang orang lain
21 menderma / menghulurkan bantuan
22 mengemas bilik tidur
23 menghormati jiran
24 mengucap terima kasih
25 mengulang kaji pelajaran
26 mengunci rumah / basikal
27 mengutip sampah di kawasan sekolah
28 Menolong ibu bapa
29 menolong menjaga adik
30 menumpangkan kawan
31 menunggang basikal berhati-hati
32 menutup suis kipas sebelum keluar kelas
33 menyesal kerana tidak mendengar nasihat
34 menyimpan wang
35 menziarahi kawan yang sakit
36 ringan tulang
37 sampai awal ke sekolah
38 tidak membantah pendapat rakan
39 tidak meminta balasan setelah membantu
40 tidak memperkecilkan orang lain
AYAT JAWAPAN BAHAGIAN C.
bersopan santunberdikari
jujur menjaga keselamatan
menghormati mengenang budi
bekerjasama bertanggungjawab
pemurah berhati-hati
Kita hendaklah _______________
Kita mestilah _______________
Kita haruslah _______________
Kita boleh _______________
Kita harus _______________
Siapa Kata bantu Nilai murni / Pengajaran Huraian atau contoh
Kita hendaklah menghormati guru dan ibu bapa.
Kita mestilah
Kita haruslah
Kita boleh
Kita harus
Kita digalakkan*
(JANGAN menggunakan perkataan jangan, tidak boleh dan tidak harus dalam jawapan anda)
Contoh: Gangga sentiasa membaca buku kerana dia hendak berjaya.
Jawapan: Kita hendaklah rajin membaca buku.
............................................................................................................................
SOALAN YANG POPULAR DALAM PENULISAN UPSR MENGIKUT TEMA.
TEMA KELUARGA
1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita’.
2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.
3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.
4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.
5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan kamu pada hari tersebut.
6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan kamu dengan penjual barang runcit itu.
7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ” Bagai Mencurahkan Air
ke Daun Keladi”.
8. Lengkapkan karangan ini.
Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………
9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.
10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.
11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.
13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.
14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan
tentang lawatan kamu itu.
15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit di kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.
17. Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum
pulang.Tiba-tiba……………….
18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu bercuti di kampung datuk kamu.
19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan Tebing”.
20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.
21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
untuk menceritakan pengalaman kamu.
22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.
23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.
................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.
24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.
25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada
Rebungnya”
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.
27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.
28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.
29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.
TEMA MASYARAKAT
30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’
31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.
32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
Catatan kamu pada hari itu.
33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu
34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.
35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.
36. Tulis karangan yang bertajuk ’Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan’
37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.
38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon Awam”
39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.
TEMA : SEKOLAH
40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”.
41. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah”.
42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.
43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang kem motivasi tersebut.
44. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
45. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang hari tersebut selengkapnya.
47. Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.
48. Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.
49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.
50. Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.
51. Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan kamu ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan syarahan kamu itu.
52. Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.
53. Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.
54. Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara berkumpulan”
55. Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.
56. 17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”
57. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.
58. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.
59. Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.
60. Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
Itu selengkapnya.
.................................................................................................................
TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A
http://www.slideshare.net/cikgupaklong/penulisan-bhga-upsr
................................................................................................................................
Koleksi cadangan isi karangan yang terpilih
1. Anda sedang berbual-bual dengan rakan anda tentang masalah pencemaran air dan langkah- langkah yang dapat diambil untuk menjamin kebersihan air.Tulis dialog antara anda dengan rakan anda itu.
Pendahuluan.
- air penting untuk kegunaan harian
Isi-isi.
1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai penyakit – sakit taun, cirit-birit, dan penyakit
kulit
2.langkah untuk menjamin kebersihan air – memasak air untuk membunuh kuman
3.menggunakan penapis – air terjamin bersih
4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga
Penutup
- menjaga kebersihan air untuk menjamin
kesihatan
2. Anda mewakili kelas anda dalam suatu pertan dingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk
syarahan itu ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Tulis syarahan itu.
Pendahuluan.
- kata-kata aluan
- kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup
Isi-isi
1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya alam sekitar tidak bersih
2.tidak dapat belajar dan bekerja – negara akan mundur
3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.
4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur – rakyat perlu berganding bahu –
mengawal pencemaran
Penutup
- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar
3.Lengkapkan cerita di bawah ini.
Aku sedang memancing dengan kawanku di tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang akan
sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu kawanku. Kami mendekati
benda itu …
Pendahuluan.
- seperti perenggan di atas.
Isi-isi
1.menyangkakan benda yang terapung itu batang kayu – cuba menguis-nguisnya
2.terkejut – benda tersebut ialah seekor buaya lari ke tebing sungai
3.memberitahu orang kampung – membuat laporan
4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya
Penutup
- buaya tersebut ditempatkan di zoo
4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan sekolah telah mengadakan projek
secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan tentang gotong-
royong yang telah dijalankan itu.
Tulis laporan tersebut.
Pendahuluan
- menyatakan tarikh, masa dan tempat gotong-
royong diadakan
Isi-isi
1.tujuan untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus sekolah - memupuk hubungan mesra
2.bermula dengan ucapan ringkas Guru Besar
3.mengecat bangunan kantin – menanam pokok-pokok bunga
4.berhenti rehat – jamuan ringan
5.menyambung kerja – membersihkan longkang
Penutup
- berterima kasih – berharap agar aktiviti yang
serupa lebih kerap diadakan
5. Ibu rakan karib anda dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit jantung.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menyatakan rasa simpati anda kepadanya.
Pendahuluan
- menanyakan khabar dirinya dan ibunya
Isi-isi
1. terkejut mendengar berita – ibunya dimasukkan ke hospital
2. meminta maaf – tidak dapat melawat ibunya
3. ibu bersalin di hospital – menjaga adik-adik di rumah.
4. berharap agar dia tidak berkecil hati
Penutup
- berharap ibunya cepat sembuh
6. Lengkapkan cerita di bawah.
Sudah lama kasut roda itu kuidamkan. Aku ingin benar memilikinya tetapi bagaimana? Ibu
bapaku tidak akan melayan kehendakku. Aku kurang memberikan perhatian pada pelajaran
berbanding dengan adikku. Dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaannya. Aku…
Pendahuluan
- seperti petikan di atas
Isi-isi
1. ayah berjanji untuk membeli kasut roda syaratnya belajar bersungguh-sungguh
2. berazam – tidak mahu ponteng sekolah tekun mengulang kaji
3. cikgu hairan – semakin rajin bertanya
4. keputusan akhir tahun – tempat pertama ayah membeli kasut idaman
Penutup
- berasa bangga – berazam untuk mengekalkan
prestasi cemerlang
7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu peristiwa yang menyedihkan anda. Tulis suatu
cerita yang berkaitan dengan peristiwa sedih tersebut.
Pendahuluan
- bercuti di kampung nelayan – rumah kawan baik – keluarganya susah
Isi-isi
1. suatu malam – rumah jirannya terbakar - terjaga – segera membantu
2. api merebak ke rumah kawanku - tidak sempat menyelamatkan barang-barang
3. jeritan meminta tolong – anaknya terperangkap
4. bomba datang – tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di dewan – sungguh sedih
Penutup
- bapa datang menolong keluarga kawanku
- aku insaf atas kejadian yang berlaku
8. Baru-baru ini negara kita telah dilanda jerebu. Keadaan ini menyebabkan kita tidak selesa. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman anda menghadapi suasana tersebut.
Pendahuluan
- punca jerebu – aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan bermotor, asap dari kilang
Isi-isi
1. radio, televisyen, akhbar – menyiarkan berita mengenai jerebu
2. kurang bermain di luar rumah – tiada aktiviti kokurikulum di sekolah
3. tidak berapa sihat – batuk-batuk, mata pedih- suasana sekeliling berkabus
4. Negeri Sarawak diisytihar darurat – membeli makanan untuk bekalan
Penutup
- dua minggu kemudian – jerebu berkurang
9. Anda telah terpilih untuk menyertai suatu pertandingan akhir yang diadakan di sekolah anda. Berbagai-bagai persiapan telah diatur menjelang hari tersebut.
Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.
Pendahuluan
- menyatakan tarikh, tempat, dan nama pertandingan yang disertai
Isi-isi
1. persediaan awal – berlatih bersungguh-sungguh - menyediakan pakaian yang sesuai
2. pada hari pertandingan – berdebar-debar
3. tiba giliran – persembahan penuh bertenaga dan yakin
4. tidak sangka menang – peserta yang lain hebat
Penutup
- gembira kerana berjaya – tidak melupakan orang yang memberi sokongan – impian tercapai
10. Baru-baru ini pusat sumber sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Berbagai-
bagai aktiviti telah diadakan Tulis suatu laporan mengenai aktiviti yang telah
dijalankan.
Pendahuluan
- diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April
2012
Isi-isi
1. pelbagai aktiviti diatur – pertandingan melukis poster – terbuka kepada semua murid
2. pertandingan syarahan – Syazlin Sazali menjadi johan
3. diadakan pertandingan perbahasan antara kelas
4. pertandingan mendeklamasikan sajak
5. murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku – sepanjang minggu itu
Penutup
- segala aktiviti berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya
..................................................................................................................................
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )
Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;
1. Surat ucap tahniah2. Surat ucap takziah3. bertanya khabar berita4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain8. dan sebagainya
Tahukah kamu ?Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8 Februari 2012
Cara B : 8 hb. Februari, 2012
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
.Nama penulis.........................
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................
Tarikh :
(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat ) .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Saudara, (atau yang lain)(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
.............................................................................................................................................................
.
.............................................................................................................................................................
.
.............................................................................................................................................................
...
............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )
Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.
1 Nama dan alamat pengirim (kanan)2 Tarikh (kanan)3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis6 Perenggan ke-2 buah-buahan sedang masak ayah memajak sebahagian sahaja keluarga serta kawan-kawan dapat merasai7 Perenggan ke-3 boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama terima kasih8 Penutup9 Tandatangan pengirim (kanan)7 Perakuan diri (kanan)
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )Tahukah kamu ?Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis
nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ‘ketinggalan zaman’ jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.
............................................................................................
Karangan Jenis Surat Rasmit Rasmi
Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a. memohon pekerjaanb. membuat aduan / bantahan / cadanganc. membuat rayuand. membuat jemputan rasmie. menempah baranganf. meminta kebenarang. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
3. Perhatikan format di bawah.
Alamat Penulis__________________________________________________________________________________(garisanpanjang)_____________Jawatan / penerimaAlamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)Tuan / Puan,Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)(Penutup)Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)__________Nama Penuh ( HURUF BESAR)Jawatan ( Huruf Kecil )Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.Rangka1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi- memerlukan bola baru ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )9. perenggan ke-3 berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu10. perenggan ke-4 mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan11. penutup terima kasih12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.
Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.
CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI
Pasukan Bola Jaring,Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,22000 Jerteh,Terengganu.------------------------------------------------------------------------------------------Encik Musa Bin Hassan,Setiausaha Sukan,Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu. 24 APRIL 2012.
Tuan,
Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama
Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.
3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.
4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.Sekian, terima kasih
Yang benar,
Widyawati…………………( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )Ketua Pasukan,Pasukan Bola Jaring,Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )- isi mengikut perenggan biasa
.........................................................................................
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ……………… Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. ) Contoh : Perhatikan soalan di bawah ini. Soalan 1 Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
Soalan 2 Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. - susun isi mengikut urutan kepentingannya. - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. - Isi penting jangan diulang-ulang.
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu
perenggan.- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )Perenggan PendahuluanPerenggan isi pertamaPerenggan isi keduaPerenggan isi ketigaPerenggan isi keempatPerenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangana. 4 minit mencari isi b. 24 minit menulis karanganc. 2 minit menyemak semula karanganJumlah = 30 minitKamu mesti menepati masa yang ditetapkan.Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tip Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.Tahukah kamu ?Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh di bawah :Contoh A ( dicadangkan )“Kamu baru pulang ?”“Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.”“Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.Contoh B ( mengelirukan )“Kamu baru pulang ?” “Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.” “Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.
& PETUA BILA MENULIS KARANGAN
· Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.· Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.· Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.
...........................................................................................................................................
CONTOH KARANGAN BERBENTUK CERITA .(Soalan UPSR kertas 2)
CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR
1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …
(Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …”)
Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang kami lakukan.
“Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,” kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu.
“Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,” kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.
Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai anak yatim piatu aku dijaga……………..
(Mulakankarangan anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap yang hidup kan mati.”
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,”Sekali air bah, sekali pantai berubah”.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih yang kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.
3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.
… aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh”. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( … kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.
KARANGANGAMBARAN
1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.
Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun sampai.
2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira, menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.
3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.
“Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.
4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang “Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah”.
Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.
RENCANA: USAHA MENJAGA KEBERSIHAN SUNGAI (LAUT)
Pencemaran Sungai: Perlu Dinoktahkan SegeraOleh: Roslan bin Daud
.....Sungai merupakan anugerah daripada Tuhan yang tidak ternilai. Mencemarkan sungai bermaksud kita tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan. Mayapada, sungai di Malaysia semakin tercemar teruk seperti Sungai Tiram, Sungai Klang dan Sungai Perak. Hal ini disebabkan oleh kegiatan perindustrian dan pembangunan yang kian rancak di pinggir sungai ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan bagi menjaga kebersihan sungai di negara kita?
.....Antara usaha perdana adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Kementerian Alam Sekitar perlu membuat pemeriksaan secara mengejut kepada penduduk berhampiran sungai. Disarankan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang menjadi tumpuan penduduk membuang sampah sarap perlu dilakukan. Pihak berkuasa tempatan pula perlu mengenakan denda atau saman kepada kilang yang menyalurkan sisa toksik terus ke dalam sungai. Jika masih ingkar, mereka wajar diberikan pengajaran dengan cara menyita harta syarikat seterusnya melumpuhkan operasi kilang mereka.
.....Selain itu, kempen Cintai Sungai Kita perlu digiatkan ke seluruh pelosok negara. Penyebaran informasi tentang kesan mencemarkan sungai bukan sahaja dilakukan melalui kaca televisyen tetapi juga perlu dilakukan di radio dan media cetak seperti akhbar arus perdana. Ceramah dan pengedaran risalah tentang penjagaan kebersihan sungai dan impak pencemaran sungai juga boleh dilakukan di kawasan perumahan supaya masyarakat sedar akan tabiat buruk membuang sampah sarap ke dalam sungai. Kini, penggunaan internet juga dilihat sebagai senjata baru dalam memastikan kempen yang dicanang berjaya membekas di hati masyarakat.
.....Di samping itu, sekolah juga boleh memainkan peranan melalui pendidikan kesedaran. Guru-guru perlu menyelitkan kepentingan memeliharan kebersihan sungai melalui mata pelajaran yang sesuai seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sains. Realitinya, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah mampu menyemai perasaan cinta akan sungai dalam diri anak-anak. Benarlah kata bijak pandai dahulukala, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika anak-anak ini dapat dipupuk dengan rasa tersebut, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dinoktahkan pada masa hadapan memandangkan merekalah generasi yang akan meneruskan legasi kehidupan.
.....Seterusnya, penduduk setempat melalui rukun tetangga perlu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Umpamanya, penduduk boleh mengutip plastik, botol dan kayu yang ada di dalam sungai. Malah, sepanjang sungai boleh dibina laluan pejalan kaki dan taman yang dihiasi oleh jajaran pokok bunga. Jadi, secara tidak langsung, sungai menjadi
kawasan rekreasi untuk penduduk. Dengan cara ini, penduduk lebih menghargai kewujudan sungai dalam kehidupan mereka.
.....Akhir kalam, usaha menjaga kebersihan sungai menuntut sinergi yang bersepadu daripada segenap lapisan masyarakat. Sekiranya sungai semakin tercemar, hidupan akuatik bukan sahaja terancam tetapi kita juga turut menerima tempias yang sama. Hal ini demikian kerana sumber air bersih semakin berkurang. Kita tidak mahu generasi akan datang tidak dapat menikmati segala keindahan sungai. Ingatlah, alam ini merupakan pinjaman generasi mendatang, dan kita hanya pemegang amanah.
Sekiranya karangan mengajukan langkah memelihara dan memulihara kebersihan laut, isi ini juga boleh digunakan. Cuma, pelajar perlu menukar sungai kepada laut, juga contoh-contoh laut di Malaysia seperti Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Johor.
Gotong-royong di Sekolah
7.45 pagi
Semua peserta gotong-royong yang hadir mendaftarkan diri mengikut kategori masing-masing. Selepas itu, kami berkumpul di Dataran Budi untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing. Aku dan rakan-rakanku ditugaskan di kelas kami. Kami dibekalkan dengan alatan seperti penyapu, cat dan berus cat.
8.00 pagi
Gotong-royong bermula. Kami bersama-sama guru kelas membersih dan mengemas kelas. Aku dan Kamal ditugaskan mengecat dinding kelas yang comot. Setelah selesai kelas kami kelihatan sungguh bersih dan ceria. Kami berasa seronok dan rindu untuk ke sekolah pada hari Isnin nanti.
10.00 pagi
Kami berehat di kantin sambil menikmati hidangan mi goreng dan air sirap limau. Hidangan tersebut disediakan oleh kumpulan guru-guru dan kaum ibu yang hadir ke gotong-royong kali ini.
10.30 pagi
Kami masuk ke kelas semula untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai. Kami mengeas semua alatan yang telah digunakan. Kami juga
membuang semua sampah ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).
11.00 pagi
Kami berkumpul semula di Dataran Budi untuk mendengar taklimat penutup yang disampaikan oleh Cikgu Azman Ahmad. Setelas kesemua alatan dikumpulkan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
http://bloghaslinda.blogspot.com/
KEBAIKAN BERSUKAN
Panduan Guru
Bersukan dapat membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:
1.Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung. 2.Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan. 3.Meningkatkan keyakinan diri. 4.Meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar. 5.Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis. 6.Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram. 7.Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam sukan. 8.Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan. 9.Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi. 10.Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.
Contoh Karangan
Persatuan Alam Sekitar sekolah anda telah menyertai suatu aktiviti secara bergotong-royong untuk membersihkan sebatang sungai. Aktiviti ini diadakan bersama-sama dengan penduduk kampung anda. Tulis laporan lengkap tentang aktiviti tersebut.
Pendahuluan
- menyatakan tarikh, masa dan tempat aktiviti diadakan - jumlah ahli persatuan yang terlibatIsi-Isi(a) penerangan diberikan oleh wakil penduduk - langkah-langkah keselamatan(b) ahli dipecahkan kepada beberapa kumpulan - diketahui oleh seorang penduduk kampung - setiap kumpulan berbeza tugasnya
(c) ahli persatuan diberi tugas mengumpulkan sampah - dipungut dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam - ditanam(d) kaum ibu turut sama menyediakan hidangan tengah hari untuk para pesertaPenutup- aktiviti tamat pada pukul enam petang - sungai dan kawasan sekitarnya kelihatan bersih
Laporan Aktiviti Gotong-Royong Pada 12 Mei 2008 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di Kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.17 pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing. Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk Kampung Sri Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong. Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya termasuklah mengumpul sampah,menyapu dan sebagainya. Satu daripada kumpulan tersebut diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar. Selepas aktiviti gotong-royong selesai dijalankan,kaum wanita telah manyediakan hidangan tengah hari.Semua yang terlibat berehat dan makan dengan penuh berselera..Selain itu,wakil penduduk Kampung Sri Aman turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama kami membersihkan kawasan sungai. Aktiviti ini tamat pada pukul 6.00 petang.Meskipun keletihan, namun kami berasa sungguh gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Tajuk:Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.
Contoh Jawapan:
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.
Kunci1.Baik Hati Membantu orang yang dalam kesusahan1.1Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan orang lain1.2Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain1.3Pemurah Member bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan(menderma, berkongsi, memberikan…)1.4Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.1.5Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memaafkan2.Berdikari Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain3.Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba4.Berhemah tinggi Tidak sombong/ rendah diri5.Bersopan-santun/ berbudi bahasa Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan(mengucapkan terima kasih, bertanya khabar…)6. Mengakui kesilapan diri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat7.Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang8.Hormat- menghormati Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka8.1Hormat dan taat kepada ibu bapa Memulia dan patuh kepada mereka8.2Hormat kepada kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara8.3Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum9.Patuh kepada undang-undang Mematuhi undang-undang setiap masa 10.Kasih sayang Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas11.Sayang kepada alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup12.Adil Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian12.1Saksama Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan13.Kebebasan di sisi undang-undangBoleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama14.Keberanian Gagah dan berani14.1Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi14.2Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata15.Menjaga kebersihan diri Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat16.Menjaga kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kekotoran dan pencemaran17.Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannyaBil.Nilai MurniPenerangan/ Kata Kunci18.Jujur Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain19.Amanah Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain20.Bercakap benarMenyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung21.IkhlasMelakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan22.RajinBerusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti23.DedikasiBerminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah24.BekerjasamaMelakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong)25.ToleransiBertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan26.Perpaduaan/ Bersatu-paduBersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa27.Kesederhanaan27.1Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhanaBertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain27.2Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan
diri dan orang lainMembuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain28.Kesyukuran/ BersyukurPatuh dan menerima nasib atau takdir 29. Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasaPenghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian30.RasionalBerupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan31.Semangat bermasyarakatSupaya hidup dalam keadaan yang harmoni31.1BermaufakatMengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama31.2Semangat kejirananBerbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat31.3Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatinPeka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya32.Semangat patriotik32.1Cintakan negaraBerbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara32.2Berkorban untuk negaraSanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh
101 Nilai Murni Dalam Kehidupan Seharian
1. BANGUN AWAL: BERDISIPLIN
2. MENGEMAS KATIL: BERDIKARI
3. MANDI: MENJAGA KEBERSIHAN
4. MEMBACA DOA MEMAKAI BAJU: BERTAWAKAL
5. SOLAT SUBUH BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA: TAAT
6. MENYALAM IBU BAPA: HORMAT-MENGHORMATI
7. MENCIUM IBU ATAU AYAH: KASIH SAYANG
9. BERJALAN KAKI KE SEKOLAH: BERDIKARI
10: BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: MENJAGA KESELAMATAN
11. MENGGUNAKAN JEJANTAS UNTUK MELINTAS JALAN RAYA: BERWASPADA
12. MEMBERI SALAM APABILA TERSEREMPAK DENGAN GURU: HORMAT-MENGHORMATI
13. MENGEMAS KELAS SEBELUM KE SURAU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT HAJAT: MENGHARGAI MASA
14. SEGERA MENGAMBIL WUDHU’ DAN MEMAKAI TELEKUNG: MENGHARGAI MASA
15. MENUNAIKAN SOLAT HAJAT: TAAT
16. MENDOAKAN AKAN KESEJAHTERAAN DIRI DAN ORANG LAIN: BAIK HATI
17. SEGERA PERGI KE KELAS MASING-MASING: MENGHARGAI MASA
18. BERDIRI APABILA GURU MASUK KE DALAM KELAS: HORMAT-MENGHORMATI
19. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI
20. MEMBACA DOA: BERTAWAKAL
21. MENDENGAR PENERANGAN YANG DIBERIKAN DENGAN TELITI: TEKUN
22. MEMBUAT KERJA YANG DIARAHKAN: PATUH
23. MENOLONG GURU MEMADAM PAPAN PUTIH: RAJIN
24. BERDIRI APABILA GURU HENDAK KELUAR DARI KELAS: HORMAT-MENGHORMATI
25. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI
26. BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH: TEKUN
27. GURU MEMBENARKAN MURID-MURID BEREHAT: BERTANGGUNGJAWAB
28. BERATUR SEBELUM KE KANTIN: BERDISIPLIN
29. PENGAWAS MENJALANKAN TUGAS MENJAGA KAWASAN YANG TELAH DIARAHKAN: BERTANGGUNGJAWAB
30. PENGAWAS MENEGUR MURID YANG MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA: BERTANGGUNGJAWAB
31. MEMBUNYIKAN LOCENG APABILA WAKTU REHAT TAMAT: MENEPATI MASA
32. BERASA KASIHAN APABILA TERLIHAT SEORANG GURU MEMBAWA BUKU-BUKU YANG BANYAK: SIMPATI
33. MENOLONG GURU TERSEBUT MEMBAWA BUKU-BUKU ITU: BAIK HATI
34. MENGUTIP SAMPAH YANG BERTERABURAN: MENJAGA KEBERSIHAN
35. PERGI KE KELAS DENGAN SEGERA: MENGHARGAI MASA
36. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI
37. MEMINTA MAAF KERANA TERLAMBAT: INSAF
38. BERTANYA TENTANG KERJA YANG DIBERIKAN TANPA MEMBUANG MASA: MENGHARGAI MASA
39. MEMBUAT KERJA DENGAN TELITI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH: TEKUN
40. MENGHANTAR BUKU APABILA SIAP SEPERTI YANG DIARAHKAN: PATUH
41. MEMBERI SALAM APABILA GURU MASUK: HORMAT-MENGHORMATI
42. MEMINTA IZIN UNTUK KE TANDAS: HORMAT-MENGHORMATI
43. MEMBACA DOA SEBELUM MASUK KE TANDAS: BERTAWAKAL
44. MEMBACA DOA KELUAR DARI TANDAS: BERTAWAKAL
45. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI
46. SEGERA BERTANYA TENTANG KERJA YANMG DIBERIKAN TANPA MEMBUANG MASA: MENGHARGAI MASA
47. MEMBUAT KERJA SEWAKTU LAPANG: MENGHARGAI MASA
48. GURU MENGARAHKAN MURID-MURID BERATUR DI LUAR KELAS MASING-MASING: BERTANGGUNGJAWAB
49. MURID-MURID BERATUR DI LUAR KELAS DENGAN SENYAP: BERDISIPLIN
50. PENGAWAS MENJAGA BARISAN DAN MEMASTIKAN MURID-MURID SENYAP AGAR TIDAK MENGANGGU MURID LAIN: BERTANGGUNGJAWAB
51. MURID-MURID DIARAHKAN UNTUK MELETAKKAN BEG DI DALAM DEWAN DAN DIBENARKAN BEREHAT DIKANTIN OLEH GURU BERTUGAS: BERTANGGUNGJAWAB
52. MURID-MURID MELETAKKAN BEG DENGAN SENYAP DAN TERATUR DI DEWAN SEBELUM REHAT: PATUH
53. PENGAWAS MENJAGA BARISAN PELAJAR YANG INGIN MEMBELI MAKANAN: BERTANGGUNGJAWAB
54. MURID-MURID MENDENGAR SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG CARA-CARA MENGAMBIL WUDHU’ MENGGUNAKAN AIR YANG SEDIKIT DEMGAN TELITI: TEKUN
55. MURID-MURID PEREMPUAN MEMAKAI TELEKUNG DENGAN SEGERA: MENGHARGAI MASA
56. MURID-MURID MELAKUKAN SOLAT ZUHUR BERJEMAAH BERAMAI-RAMAI DI DEWAN: TAAT
57. SEMUA MURID MENGAMINKAN DOA YANG DIBACA OLEH IMAM: BERTAWAKAL
58. PELAJAR PEREMPUAN SEGERA MELIPAT TELEKUNG MANAKALA PELAJAR LELAKI MEMAKAI KASUT: MENGHARGAI MASA
59. MURID-MURID DIARAHKAN GURU UNTUK BERATUR DI DEWAN SEGERA: MENGHARGAI MASA
60. MURID- MURID SEGERA BERATUR DIDEWAN UNTUK PEMBAHAGIAN UNIT BERUNIFORM: MENGHARGAI MASA
61. GURU BERTUGAS MEMBERIKAN SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG KETUA GURU UNIT BERUNIFORM MASING-MASING: BERTANGGUNGJAWAB
62. MURI-MURID BERGERAK KE TEMPAT YANG DIARAHKAN: PATUH
63. GURU-GURU TUNAS PUTERI MEMBUAT PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA MENGIKUT UNDIAN TERHADAP CALON: ADIL
64. AHLI-AHLI BERGANDING BAHU BERSEPAKAT APABILA MELAKUKAN SESUATU: BEKERJASAMA
65. MENGADAKAN LATIHAN HOKI TAMBAHAN UNTUK PERSEDIAAN MENJELANG PERLAWANAN DISAMPING MENGISI MASA LAPANG: MENGHARGAI MASA
66. MENOLONG GURU MENGANGKAT KAYU HOKI YANG BERAT: RINGAN TULANG
67. MENGETUAI SENAMAN: BERANI
68. MENDENGAR ARAHAN GURU DENGAN TELITI: TEKUN
69. TIDAK MARAH APABILA RAKAN TERPUKUL KAKI: SABAR
70. MEMBELIKAN AIR UNTUK CIKGU MENGGUNAKAN DUIT YANG DIBERI: AMANAH
71. MEMULANGKAN BAKI DUIT KEPADA CIKGU: JUJUR
72. MEMBERIKAN UPAH KEPADA KAMI: PEMURAH
73. BEREHAT: MENJAGA KESIHATAN
74. TIDAK MARAH APABIL DILANGGAR SALAH SEORANG PEMAIN PIHAK LAWAN DI DALAM PERLAWANAN KECIL ANTARA KAWAN: SABAR
75. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DI DALAM PERLAWANAN: TEKUN
76. MENYATAKAN KEKURANGAN PASUKAN DI DALAM BENTUK PERBINCANGAN: JUJUR
77. MELAKUKAN SENAMAN PENYEJUKAN BADAN: MENJAGA KESIHATAN
78. MURID-MURID SEGERA MEMBUAT BAYARAN UNTUK JERSI HOKI WAKIL SEKOLAH TANPA BERTANGGUH UNTUK MEMASTIKAN MEREKA TIDAK TERLEWAT DAN PERLU MEMBAYAR BANYAK BENDA : MENGHARGAI MASA
79. MURID-MURID MENYALAM GURU PEREMPUAN SEBELUM PULANG: HORMAT-MENGHORMATI
80. BERJALAN KAKI PULANG KE RUMAH: BERDIKARI
81. MELINTAS JALAN MENGGUNAKAN JEJANTAS: MENJAGA KESELAMATAN
82. BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: BERHATI-HATI
83. TERDENGAR BUNYI KUCING MENGIAU: PRIHATIN
84. BERASA SIMPATI APABILA TERLIHAT SEEKOR ANAK KUCING BASAH KUYUP DI DALAM LONGKANG: BELAS KASIHAN
85. TURUN KE DALAM LONGKANG UNTUK MENGAMBIL ANAK KUCING TERSEBUT: BERANI
86. MEMBAWA ANAK KUCING TERSEBUT PULANG KE RUMAH: KASIH SAYANG
87. MEMANDIKAN ANAK KUCING TERSEBUT: MENJAGA KEBERSIHAN
89. MEMBERIKAN LEBIHAN MAKANAN KUCING YANG TELAH MATI DAHULU: BERJIMAT CERMAT
90. MELETAKKAN ANAK KUCING TERSEBUT DI DALAM RUMAH SEBELUM MELETAKKANNYA DI DALAM SANGKAR: KEBEBASAN
91. MENOLONG IBU MENCEDOK NASI DAN LAUK KE DALAM PINGGAN: RAJIN
92. MEMBACA DOA MAKAN: BERTAWAKAL
93. MAKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA DI RUANG MAKAN: MENJAGA KESIHATAN
94. MEMBACA DOA SELEPAS MAKAN: BERTAWAKAL
95. MENOLONG IBU MEMBASUH PINGGAN: RAJIN
96. MENGELAP MEJA MAKAN: MENJAGA KEBERSIHAN
97. MEMBUAT KERJA SEKOLAH: MENGHARGAI MASA
98. MEMBACA SOALAN DENGAN TELITI: TEKUN
99. MENGEMAS BEG SEKOLAH: BERDIKARI
100. MENYALAM TANGAN AYAH DAN MENCIUM IBU SEBELUM TIDUR: KASIH SAYANG
101. MEMBACA DOA SEBELUM TIDUR: BERTAWAKAL
Karangan: Pengalaman Menghadiri Gotong-Royong
Ceritakan pengalaman kamu menghadiri kegiatan gotong-royong di kawasan perumahan kamu.
Aku berasa sangat teruja kerana pagi esok aku akan membersihkan taman yang terletak berdekatan rumahku. Aku berasa bangga kerana semua penduduk mengambil bahagian. Aku juga berharap ia akan berjalan dengan lancar.
Keesokan pagi, aku bangun awal dan membawa peralatan untuk membersihkan taman. Aku berpakaian sukan dan berjalan bersama-sama rakanku, Humaira. Dia juga membawa peralatan yang sesuai. Kami berjalan sambil berbual-bual.
Sesampainya aku di taman, semua orang turut membawa peralatan meraka seperti pencakar, plastik hitam, sarung tangan dan sebagainya. Para ibu pula membawa makanan dan minuman serta cawan polisterin dalam jumlah yang banyak. Kami semua berkumpul di kawasan lapang untuk mendengar taklimat daripada penghulu kampung.
Beberapa minit kemudian, penghulu kampung pun tiba. Kami diberi taklimat berkenaan aturcara aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami memulakan operasi membersihkan kawasan perumahan. Semua orang berpecah menuju tempat tugasan masing-masing.
Aku dan rakan-rakanku ditugaskan untuk mengutip tin-tin minuman dan plastik-plastik yang berada di merata tempat. Aku dan rakan-rakanku terbongkok-bongkok memungut sampah. Sampah-sarap tersebut boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes yang membawa maut.
Aku melihat sekeliling. Semua orang tekun melaksanakan tugasan yang diberi. Beberapa orang pemuda sedang membersihkan longkang. Segelintir mereka pula sedang mencantas beberapa dahan pokok yang hampir terkena kabel elektrik yang boleh mengundang bahaya. Sesetengah mereka pula sedang mengemop lantai balai raya yang sudah berhabuk dan pastinya bersawang.
Tong-tong sampah pula dibersihkan sepenuhnya agar tidak berbau busuk yang menusuk ke dalam hidung setiap penduduk. Rumput-rumput yang selama ini bermaharajalela sudah tidak mengganggu panorama indah taman. Kolam ikan yang berlumut dibersihkan. Bunga-bunga disiram manakala alas pasunya dicuci.
Beberapa jam kemudian, kerja-kerja kami telah pun selesai. Tiada lagi sampah-sarap, rumput yang panjang dan sebagainya. Kami menghela
nafas lega. Taman kami telah menjadi bersih dan sedap mata memandang. Sebelum pulang, kami menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh para ibu. Selesai menjamu selera, kami mengemaskannya lalu pulang ke rumah masing-masing.
Sebulan kemudian, taman kami diiktiraf sebagai taman terbersih di daerah Johor Bahru. Usaha kami tidak sia-sia malah menghasilkan hasil lumayan.
Idola yang Saya Kagumi
Negara kita tidak kurang tokoh yang sudah mencipta nama dalam bidang masing-masing. Dalam bidang bahasa, nama Profesor Dr. Haji Awang bin Sariyan bukanlah nama yang asing. Saya amat mengagumi ketokohan beliau itu.
Dr. Awang Sariyan dilahirkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor pada 20 Oktober 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Kerang. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Menengah Teluk Kerang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.
Minat dan ketokohan Dr. Awang dalam bidang bahasa terbukti apabila beliau diberi peluang menjadi tutor sambilan sewaktu menuntut dalam tahun tiga di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika itu beliau diminta membantu Pak Asraf atau Asraf bin Abdul Wahab mengajarkan bidang tatabahasa bahasa Malaysia kepada mahasiswa UKM.
Dr. Awang memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan dengan kepujian, Diploma Pendidikan dari UKM. Beliau meneruskan pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Malaya (UM). Dalam lapangan kerjaya, beliau pernah bekerja di syarikat penerbitan swasta. Beliau kemudiannya bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik. Di DBP, Dr. Awang menjadi editor Jurnal Dewan Bahasa.
Kerjaya Dr. Awang Sariyan adalah berkaitan dengan bidang yang menjadi minat beliau. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan bidang Penguasaan Bahasa di UM, pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Pertanian Malaysia dan pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa.
Tokoh bahasa ini telah mengasilkan ratusan makalah, puluhan kertas kerja dan buku ilmiah dalam bidang bahasa. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah, termasuklah Hadiah Bahasa pada tahun 1985. Beliau juga ialah Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.
Ketokohan Dr. Awang Sariyan memang saya kagumi. Beliau yang pernah menjadi Pengarah Jabatan Bahasa, DBP, Profesor Linguistik di Universiti di Universiti Putra Malaysia dan di Akademik Pengajian Melayu Universiti Malaya ini telah menyumbangkan fikirannya untuk memajukan bahasa Malaysia di Nusantara.