Post on 28-Jan-2020
KEMAHIRAN KEBOLEHGAJIAN, ESTIM KENDIRI DAN EFIKASI
KENDIRI PELAJAR TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG
BERMASALAH PENDENGARAN DI POLITEKNIK DAN KOLEJ
KOMUNITI, MALAYSIA
Oleh
FAZLINDA BINTI AB HALIM
Tesis Yang Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti
Putra Malaysia Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Doktor
Falsafah
Jun 2013
ii
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Univesiti Putra Malaysia sebagai
memenuhi keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah
KEMAHIRAN KEBOLEHGAJIAN, ESTIM KENDIRI DAN EFIKASI KENDIRI
PELAJAR TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG BERMASALAH
PENDENGARAN DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI, MALAYSIA
Oleh
FAZLINDA BINTI AB HALIM
Jun 2013
Pengerusi: Profesor Ab Rahim Bakar, PhD
Fakulti: Pengajian Pendidikan
Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan
kemahiran kebolehgajian, estim kendiri dan efikasi kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran yang mengikuti program Sijil Kemahiran Khas di
politeknik dan kolej komuniti. Tahap penerapan kemahiran kebolehgajian oleh
pensyarah serta kemahiran kebolehgajian yang dianggap penting oleh majikan industri
terhadap pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran turut dikaji. Seramai
175 orang pelajar, 96 orang pensyarah dan 23 orang majikan industri terlibat dalam
kajian ini. Terdapat tiga set soal selidik digunakan iaitu Secretary’s Commission on
iii
Achieving Necessary Skills (SCANS) bagi mengkaji kemahiran kebolehgajian,
Rosenberg Self-Esteem Scale bagi mengkaji estim kendiri dan The General Self-Efficacy
Scale (GSE) untuk mengkaji efikasi kendiri. Analisis statistik yang terlibat pula adalah
seperti peratusan, pangkatan, skor min, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi
pelbagai.
Hasil kajian menunjukkan kemahiran kebolehgajian dan estim kendiri pelajar berada
pada tahap sederhana. Manakala efikasi kendiri pelajar berada pada tahap tinggi. Kajian
ini telah mengenal pasti bahawa terdapat perbezaan pada kemahiran kebolehgajian dan
estim kendiri pelajar dari segi jantina dan kursus yang diikuti. Namun begitu tidak
terdapat sebarang perbezaan pada efikasi kendiri pelajar berdasarkan jantina, kursus
yang diikuti dan juga pengalaman bekerja. Dapatan juga menunjukkan wujudnya
hubungan positif yang lemah pada estim kendiri dan hubungan positif yang kuat pada
efikasi kendiri dengan kemahiran kebolehgajian mereka. Terdapat dua faktor yang
meramal kemahiran kebolehgajian pelajar iaitu efikasi kendiri dan juga kursus yang
diikuti pelajar. Kadar penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah juga tinggi.
Majikan industri pula meletakkan skor yang tinggi pada kemahiran kualiti peribadi,
kemahiran asas dan kemahiran interpersonal yang menunjukkan bahawa kemahiran
tersebut amat penting kepada pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
yang ingin bekerja.
Justeru, pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang majikan
perlukan agar dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia memasuki alam pekerjaan.
Para pelajar perlu meningkatkan ketrampilan diri dengan melibatkan diri dengan
iv
kegiatan kokurikulum, kursus-kursus pembinaan peribadi dan juga motivasi agar dapat
meninggikan estim kendiri dan juga efikasi kendiri pelajar. Peranan dan tanggungjawab
yang dimainkan oleh pensyarah juga besar bagi memastikan matlamat ini tercapai. Oleh
itu, pensyarah perlu lebih kreatif dalam menerapkan kemahiran ini dan menekankan
elemen-elemen kemahiran yang dikehendaki oleh majikan industri. Golongan
berkeperluan khas ini boleh dibentuk agar menjadi aset yang boleh menyumbang kepada
keperluan modal insan negara yang besar suatu masa nanti.
v
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of
the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.
EMPLOYABILITY SKILLS, SELF- ESTEEM AND SELF- EFFICACY OF
TECHNICAL AND VOCATIONAL STUDENTS WITH HEARING
IMPAIRMENT AT POLYTECHNICS AND COMMUNITY COLLEGES,
MALAYSIA
By
FAZLINDA BINTI AB HALIM
June 2013
Chair: Professor Ab Rahim Bakar, PhD
Faculty: Educational Studies
This quantitative survey study aims to explore the mastery of employability skills, self-
esteem and self-efficacy of the technical and vocational with hearing impaired students
enrolled in Special Skills Certificate programme in polytechnics and community college.
The adoption level of employability skills among lecturers as well as the employability
skills that are seen important by the industrial employers on the technical and vocational
with hearing impaired students are also being studied. A total number of 175 students,
96 lecturers and 23 industrial employers were selected as respondents for this study.
Three sets of questionnaires were used such as Secretary's Commission on Achieving
Necessary Skills (SCANS) to study the employability skills, Rosenberg Self-Esteem
vi
Scale to study the self-esteem and the General Self-Efficacy Scale (GSE) to study the
self-efficacy. Statistical analysis involved were as percentage, ranking, mean score, one-
way ANOVA, Pearson correlation dan multiple regression.
The results show that the employability skills and self-esteem of the students are at
moderate level. While on the other hand, the student’s self-efficacy is high. This study
has identified that there are differences in employability skills and self-esteem of
students in terms of gender and course enrollment. However, there are no differences in
students' self-efficacy based on gender, course enrollement and also working experience.
Moreover, the results show that there is a weak, positive correlation between self-esteem
and employability skills but strong, positive correlation between self-efficacy and
employability skills of the students. The two factors that predict the employability skills
of the students are self-efficacy and courses enrolled by the students. The adoption level
of employability skills among lecturers are also high. Industrial employers have put
high scores on personal quality skills, basic skills and interpersonal skills that shows
these skills are very important to the technical and vocational with hearing impaired
students who wish to get employed.
Therefore, the technical and vocational students with hearing impaired should equip
themselves with all the skills that the employers need in order to prepare them before
entering the workforce. The students also need to improve their characteristic by
engaging in extra-curricular activities, personal development courses and motivation in
vii
order to enhance their self-esteem and self-efficacy. The roles and responsibilities
played by lecturers are also great for ensuring this goal can be achieved. In addition,
lecturers need to be more creative in adopting these skills and emphasizing the elements
of the skills that are required by the industrial employers. The special needs group can
be formed to be an asset that can contribute to a large country's human capital someday.
viii
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan berkat dan rahmat-Nya penulisan tesis ini telah
berjaya disempurnakan. Ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Kementerian
Pengajian Tinggi dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia selaku pihak yang telah
memberi kebenaran dan menaja pengajian saya di peringkat PhD ini.
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa
Penyeliaan, Prof. Dr Ab Rahim bin Bakar yang telah banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan penghargaan ini juga
ditujukan kepada ahli Jawatankuasa Penyeliaan tesis iaitu Dr. Abdullah Mat Rashid dan
Prof. Madya Dr. Ramlah Hamzah yang sering memberi cadangan dan pandangan yang
membina. Ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada pensyarah-pensyarah yang
terlibat dalam mengajar kursus di peringkat Doktor Falsafah iaitu Prof. Madya Dr.
Rohani Ahmad Tarmizi, Dr. Roslan Baki, Prof. Dr. Kamariah Abu Bakar dan Prof.
Madya Dr. Soh Kim Geok atas tunjuk ajar yang diberikan. Penghargaan dan terima
kasih juga ditujukan kepada barisan panel pengesahan instrumen iaitu Prof. Madya Dr.
Yahya Buntat, Prof. Madya Dr. Manisah Mohd Ali dan Pn Suaiza Bt Khairi atas
kesudian meluangkan masa untuk menyemak dan mengesahkan instrumen dari segi
kandungan dan juga bahasa. Tidak lupa juga kepada Cik Irene Wan Yoke Quin, terima
kasih atas kesanggupan untuk menyemak terjemahan instrumen kajian. Setiap
pertolongan yang dihulurkan amat saya hargai.
ix
Rakaman penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pelajar
bermasalah pendengaran di politeknik kajian dan juga kolej komuniti, pensyarah-
pensyarah yang terlibat serta majikan-majikan dari industri yang turut menjayakan
kajian ini. Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan
seperjuangan Normah Bt Zakaria, Mazidah Mohd Dagang, Rahimah Bt Jamaludin,
Adilah Md Zain, Salmiah Jaba, Mohamad Khairi Othman, Hafzan Ariffin dan lain-lain
lagi. Kalian semua pembakar semangat untuk diri ini meneruskan perjuangan
menyiapkan tesis ini.
Akhir sekali, tidak dilupakan kepada abah dan mak, Hj Ab Halim Bin Hj Ab Razak dan
Hjh Paridah Bt Hussin, terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa mendoakan,
memberi semangat dan dorongan untuk angah belajar sehingga ke peringkat ini. Buat
suami, Ibrahim bin Ismayatim dan anak-anak tercinta, Adam Izzuddin dan Nur Zahraa
Amilin terima kasih kerana memahami kesibukan mama belajar dan tidak pernah jemu
memberi semangat dan dorongan buat mama. Kepada kakak dan adik tersayang,
Farhalina dan Ahmad Fitri, terima kasih kerana sentiasa memberi nasihat dan galakan
kepada angah. Tidak lupa juga kepada mertua saya, Hj Ismayatim bin Musa dan Hjh
Mardziah binti Abu Bakar, terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan.
Terima kasih semuanya.
xiii
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
ABSTRAK ii
ABSTRACT v
PENGHARGAAN viii
PENGESAHAN x
PERAKUAN xii
SENARAI JADUAL xix
SENARAI RAJAH xxv
SENARAI SINGKATAN xxvi
SENARAI LAMPIRAN xxviii
BAB
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.2.1 Dasar-dasar dan akta kerajaan 2
1.2.2 Masalah kerjaya golongan berkeperluan khas 4
1.2.3 Usaha-usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup
golongan berkeperluan khas
7
1.2.4 Pendidikan teknikal dan latihan vokasional pelajar
berkeperluan khas
9
1.2.5 Kriteria pekerja pilihan majikan 11
1.3 Penyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 17
1.5 Soalan Kajian 18
xiv
1.6 Hipotesis kajian 19
1.7 Kepentingan Kajian 20
1.8 Batasan Kajian 22
1.9 Definisi Operasi 23
Rumusan 27
2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 28
2.1 Golongan berkeperluan khas 28
2.2.1 Klasifikasi golongan berkeperluan khas 31
2.3 Golongan bermasalah pendengaran 32
2.3.1 Konsep kendiri golongan berkeperluan khas 33
2.3.2 Persepsi majikan terhadap golongan berkeperluan
khas
34
2.3.3 Perkembangan kerjaya golongan berkeperluan khas 37
2.4 Pendidikan khas 38
2.5 Transisi Sekolah ke Kerjaya 41
2.6 Teori-teori berkaitan kajian 45
2.6.1 Teori Modal Insan 45
2.6.2 Teori Kognitif Sosial 49
2.7 Konsep kemahiran 51
2.8 Kemahiran kebolehgajian 52
2.8.1 Model-model kemahiran kebolehgajian 55
xv
2.8.2 Penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah 61
2.8.3 Kemahiran kebolehgajian yang dikehendaki oleh
majikan
65
2.8.4 Kajian-kajian lepas berkaitan kemahiran
kebolehgajian
70
2.9 Konsep kendiri 75
2.9.1 Estim Kendiri 77
2.9.2 Efikasi Kendiri 82
2.10 Kerangka kajian 87
Rumusan 90
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 91
3.2 Reka bentuk kajian 91
3.3 Lokasi kajian 93
3.4 Populasi dan prosedur persampelan 93
3.5 Pemboleh ubah kajian 100
3.6 Instrumen kajian 100
3.7 Penilaian instrumen 111
3.8 Prosedur pengumpulan data 115
3.9 Analisis data 116
Rumusan 125
xvi
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 126
4.2 Kadar maklum balas soal selidik 127
4.3 Pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran 129
4.3.1 Latar belakang pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran
129
4.3.2 Kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran
133
4.3.3 Estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran
135
4.3.4 Efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran
137
4.3.5 Perbezaan kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal
dan vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
jantina
138
4.3.6 Perbezaan kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal
dan vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
kursus yang diikuti
140
4.3.7 Perbezaan kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal
dan vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
pengalaman bekerja
143
4.3.8 Perbezaan estim kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
jantina
145
4.3.9 Perbezaan estim kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
kursus yang diikuti
146
4.3.10 Perbezaan estim kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
pengalaman bekerja
147
4.3.11 Perbezaan efikasi kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
jantina
148
xvii
4.3.12 Perbezaan efikasi kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
kursus yang diikuti
149
4.3.13 Perbezaan efikasi kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
pengalaman bekerja
150
4.3.14 Hubungan antara estim kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran dengan
kemahiran kebolehgajian
151
4.3.15 Hubungan antara efikasi kendiri pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran dengan
kemahiran kebolehgajian
152
4.3.16 Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran
153
4.4 Pensyarah 156
4.4.1 Latar belakang pensyarah program Sijil Kemahiran
Khas
156
4.4.2 Penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah 159
4.5 Majikan industri 162
4.5.1 Latar belakang majikan industri 163
4.5.2 Kemahiran kebolehgajian yang dikehendaki oleh
majikan industri
165
4.5.3 Kesediaan majikan industri menerima dan memberi
peluang kepada pelajar bermasalah pendengaran dan
berkeperluan khas yang lain bekerja.
167
4.5.4 Soalan respon terbuka 169
Rumusan 171
xviii
5 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 173
5.2 Rumusan 174
5.2.1 Objektif kajian 174
5.2.2 Metodologi 175
5.3 Dapatan kajian 176
5.3.1 Pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
177
5.3.2 Pensyarah 178
5.3.3 Majikan industri 179
5.4 Perbincangan 181
5.4.1 Pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
181
5.4.2 Pensyarah 202
5.4.3 Majikan 207
5.5 Kesimpulan 217
5.6 Implikasi kajian 219
5.7 Cadangan 222
5.8 Cadangan kajian lanjutan
224
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
BIODATA PELAJAR
xix
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
2.1 Tahap kepekakan 33
2.2 Komponen-komponen Sistem Sekolah ke Kerjaya 43
2.4 Perbandingan rangka kerja kemahiran kebolehgajian
berdasarkan empat buat negara
56
2.5 Ciri-ciri individu berdasarkan konsep kendiri 76
2.6 Sumber utama dalam efikasi kendiri 83
3.1 Taburan populasi pelajar berdasarkan institusi pengajian 94
3.2 Taburan populasi pelajar berdasarkan kursus yang diikuti 94
3.3 Persampelan rawak berlapis berdasarkan kursus 97
3.4 Taburan populasi pensyarah berdasarkan institusi 98
3.5 Persampelan rawak berlapis berdasarkan institusi 99
3.6 Bahagian soal selidik pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran
101
3.7 Item-item bagi instrumen kemahiran kebolehgajian pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
103
3.8 Interpretasi skor skala likert lima tahap bagi kemahiran
kebolehgajian pelajar
103
3.9 Interpretasi skor skala likert lima tahap bagi estim kendiri
pelajar
104
3.10 Interpretasi skor skala likert lima tahap bagi efikasi kendiri
pelajar
105
3.11 Bahagian soal selidik pensyarah 106
3.12 Item-item bagi instrumen penerapan kemahiran
kebolehgajian oleh pensyarah
107
xx
3.13 Interpretasi skor skala likert lima tahap bagi penerapan
kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah
108
3.14 Bahagian soal selidik majikan 108
3.15 Item-item bagi instrumen keperluan kemahiran
kebolehgajian oleh majikan
109
3.16 Interpretasi skor skala likert lima tahap bagi keperluan
kemahiran kebolehgajian oleh majikan
110
3.17 Interpretasi skor skala likert lima tahap bagi kesediaan
majikan
110
3.18 Interpretasi skor alpha cronbach 113
3.19 Kebolehpercayaan instrumen kajian rintis bagi pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
113
3.20 Kebolehpercayaan instrumen kajian rintis bagi pensyarah 114
3.21 Pemarkatan dan interpretasi untuk penguasaan kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
119
3.22 Pemarkatan dan interpretasi untuk kadar penerapan
kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah
120
3.23 Pemarkatan dan interpretasi kemahiran kebolehgajian yang
dikehendaki oleh majikan
120
3.24 Pemarkatan dan interpretasi untuk tahap estim kendiri dan
efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
120
3.25 Interpretasi korelasi Pearson 122
3.26 Ujian statistik yang digunakan berdasarkan soalan dan
hipotesis kajian
123
4.1 Kadar maklum balas soal selidik ke atas responden 128
4.2 Taburan pelajar berdasarkan jantina 129
4.3 Taburan pelajar berdasarkan umur dan jantina 130
xxi
4.4 Taburan pelajar berdasarkan kursus dan jantina 131
4.5 Taburan pelajar berdasarkan jantina dan pengalaman kerja 131
4.6 Taburan pelajar berdasarkan kursus dan pengalaman kerja 132
4.7 Analisis deskriptif bagi kemahiran kebolehgajian pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran dan
elemennya
133
4.8 Analisis deskriptif bagi item-item dalam kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
134
4.9 Analisis deskriptif bagi tahap penguasaan kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
135
4.10 Analisis deskriptif bagi item-item estim kendiri 136
4.11 Analisis deskriptif bagi tahap estim kendiri pelajar teknikal
dan vokasional bermasalah pendengaran
136
4.12 Analisis deskriptif bagi item-item efikasi kendiri 137
4.13 Analisis deskriptif bagi tahap efikasi kendiri pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
138
4.14 Perbezaan kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan jantina
(n=80 lelaki, 95 perempuan)
139
4.15 Min kemahiran kebolehgajian pelajar bermasalah
pendengaran berdasarkan kursus yang diikuti
141
4.16 Analisis Anova Sehala terhadap perbezaan kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran berdasarkan kursus yang diikuti
142
4.17 Perbezaan antara status pengalaman bekerja terhadap
kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran (n=67 ada pengalaman bekerja,
n= 108 tiada pengalaman bekerja)
144
4.18 Perbezaan estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan jantina (n=80 lelaki,
145
xxii
95=perempuan)
4.19 Min estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan kursus yang diikuti
146
4.20 Analisis Anova Sehala terhadap perbezaan estim kendiri
pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
berdasarkan kursus yang diikuti
147
4.21 Perbezaan estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan pengalaman bekerja
(n=67 ada pengalaman bekerja, n=108 tiada pengalaman
bekerja)
148
4.22 Perbezaan efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan jantina (n=80 lelaki,
95=perempuan)
148
4.23 Min efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan kursus yang diikuti
149
4.24 Analisis Anova Sehala terhadap perbezaan efikasi kendiri
pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
berdasarkan kursus yang diikuti
150
4.25 Perbezaan efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan pengalaman bekerja
(n=67 ada pengalaman bekerja, n=108 tiada pengalaman
bekerja)
151
4.26 Korelasi Pearson (r) antara estim kendiri dengan
kemahiran kebolehgajian dan elemennya
152
4.27 Korelasi Pearson (r) antara efikasi kendiri dengan
kemahiran kebolehgajian dan elemennya
153
4.28 Analisis regresi pelbagai untuk estim kendiri, efikasi
kendiri, kursus yang diikuti, jantina dan pengalaman
bekerja bagi meramal kemahiran kebolehgajian pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
154
4.29 Taburan pensyarah berdasarkan jantina 156
4.30 Taburan pensyarah berdasarkan umur 157
xxiii
4.31 Taburan pensyarah berdasarkan tahap pendidikan tertinggi 157
4.32 Taburan pensyarah berdasarkan mata pelajaran yang diajar 157
4.33 Taburan pensyarah berdasarkan pengalaman mengajar
pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
158
4.34 Taburan pensyarah berdasarkan status mengikuti kursus 158
4.35 Taburan pensyarah berdasarkan pengalaman bekerja di
industri
159
4.36 Taburan pensyarah berdasarkan tempoh bekerja di industri 159
4.37 Kadar penerapan kemahiran kebolehgajian dalam kalangan
pensyarah
160
4.38 Analisis deskriptif bagi item-item dalam penerapan
kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah
161
4.39 Analisis kekerapan bagi kadar penerapan kemahiran
kebolehgajian oleh pensyarah
162
4.40 Taburan jenis industri majikan 163
4.41 Taburan jawatan responden 164
4.42 Taburan tempoh responden memegang jawatan 164
4.43 Taburan status penggajian pekerja bermasalah
pendengaran
164
4.44 Analisis deskriptif bagi kemahiran kebolehgajian yang
dikehendaki oleh majikan industri
165
4.45 Analisis deskriptif bagi item-item dalam kemahiran
kebolehgajian yang dikehendaki oleh majikan industri
166
4.46 Analisis deskriptif terhadap kesediaan majikan untuk
menerima dan memberi peluang kepada pelajar teknikal
dan vokasional bermasalah pendengaran atau berkeperluan
khas yang lain bekerja
168
4.47 Analisis kekerapan bagi kesediaan majikan untuk
menerima dan memberi peluang kepada pelajar teknikal
dan vokasional bermasalah pendengaran atau berkeperluan
khas yang lain bekerja
168
xxiv
4.48 Analisis kemahiran tambahan yang difikirkan penting oleh
majikan berserta alasan
170
4.49 Analisis cabaran yang dihadapi oleh majikan berserta
alasan
171
xxv
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
2.1 Teori Modal Insan 48
2.2 Teori Kognitif Sosial 50
2.3 Kompetensi Tempat Kerja Berdasarkan SCANS 61
2.4 Pemeringkatan Aspek Kemahiran Kebolehgajian 68
2.5 Pembentukan Kendiri 77
2.6 Model Pembentukan Estim Kendiri 79
2.7 Kerangka Kajian 89
xxvi
SENARAI SINGKATAN
ACCI Australian Chamber of Commerce and Industry
ANTA Australian National Training Authority
AOKU Akta Orang Kurang Upaya
APD Analisis Penerokaan Data
CBC Conference Board of Canada
DEB Dasar Ekonomi Baru
DKN Dasar Kebajikan Negara
DOKU Dasar Orang Kurang Upaya
GSE General Self Efficacy
HOKU Hari Orang Kurang Upaya
ILO International Labour Organization
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
JAG Jobs for American Graduates
JICA Japan International Cooperation Agency
JKMM Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
JKPPOKU Jawatankuasa Kebangsaan Penggalakan Penggajian Orang Kurang Upaya
JPPKK Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
JTKSM Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
NCVER National Centre for Vocational Education Research
OKU Orang Kurang Upaya
PASW Predictive Analytics SoftWare
xxvii
PTLV Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
SCANS Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills
VET Vocational Education and Training
xxviii
SENARAI LAMPIRAN
A(i) Soal selidik kajian (Pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran)
A(ii) Soal selidik kajian (Pensyarah- Program Sijil Kemahiran Khas)
A(iii) Soal selidik kajian (Majikan Industri)
B Surat kebenaran menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat
C Surat kebenaran mengadaptasi soal selidik
D Semakan dan pengesahan soal selidik
E Pengesahan terjemahan soal selidik
F Surat kebenaran menggunakan soal selidik yang telah diterjemah
G Jadual persampelan Bartlett
H Analisis Penerokaan Data (APD) bagi pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran
I Ujian Kesamaan Varian
J Analisis Penerokaan Data (APD) bagi pensyarah
K Analisis item-item kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran
L Analisis item-item estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
M Analisis item-item efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran
N Ujian lanjutan perbandingan Tukey HSD bagi perbezaan kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
berdasarkan kursus yang diikuti
P Ujian lanjutan perbandingan Dunnett’s C bagi perbezaan kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
berdasarkan kursus yang diikuti
Q Ujian lanjutan perbandingan Dunnett’s C bagi perbezaan estim kendiri
pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan kursus
xxix
yang diikuti
R Analisis item-item penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah
S Analisis item-item kemahiran kebolehgajian yang dianggap penting oleh
majikan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan mengenai asas kajian yang telah dijalankan. Ia dimulai dengan
perbincangan mengenai latar belakang masalah yang meliputi corak kecenderungan
penempatan atau penggajian pekerja berkeperluan khas di Malaysia. Bab ini juga
menyentuh mengenai permasalahan yang berlaku dengan mendalam, menyenaraikan
objektif dan juga persoalan kajian. Selain daripada itu, perkara-perkara yang menjadi
batasan kepada kajian serta kepentingan kajian juga turut dibincangkan. Akhir sekali
adalah huraian mengenai definisi operasi yang dapat dijadikan panduan kepada
pembaca.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Malaysia menunjukkan negara sedang
mengalami pertumbuhan pesat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Wawasan 2020
yang telah sekian lama dijadikan matlamat kejayaan setiap rakyat hampir tidak mustahil
untuk direalisasikan. Salah satu penyumbang utama kepada kejayaan negara adalah
dengan memiliki rakyat yang berilmu, bekerjaya, berkemahiran, dan berdaya saing. Ke
2
arah memperkasakan pembangunan modal insan, tiga dokumen dasar utama, iaitu Pelan
Induk Pendidikan 2006-2010, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara: Melangkaui
Tahun 2020 dan Pelan Induk Tindakan Pengajian Tinggi 2007-2010 telah dilancarkan
bagi menyediakan asas terhadap perwujudan tenaga kerja berinovatif dan berkemahiran
(Laporan Ekonomi 2007/2008). Namun begitu, sepertimana negara sedang membangun
yang lain, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan masalah
pengangguran. Laporan Ekonomi 2007/2008 melaporkan terdapat 93,314 orang pencari
kerja berdaftar dari tahun 2003 sehingga Jun 2007 dan sebanyak 55,715 orang masih
tidak memperoleh pekerjaan dalam tempoh masa yang sama. Anggaran kadar
pengangguran dari tahun 2003 hingga 2007 adalah seperti berikut; 2003 (3.6%), 2004
(3.5%), 2005 (3.5%), 2006 (3.3%) dan 2007 (3.3%).
1.2.1 Dasar-dasar dan akta kerajaan
Ekoran dari fenomena pengangguran yang berlaku, kerajaan telah mengambil beberapa
inisiatif bagi menjaga kepentingan rakyat. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan adalah
menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan
perpaduan negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan,
penempatan dan sebagainya (Jabatan Penerangan Malaysia, 2009). Ini selaras dengan
hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
menitikberatkan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang kepada semua lapisan
masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008). Menerusi DEB, kerajaan
berusaha untuk membasmi kemiskinan dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada
3
rakyat yang masih menganggur. Seiring itu juga, perhatian yang lebih diberikan dalam
usaha membantu memperbaiki nasib golongan berkeperluan khas berdasarkan Dasar
Kebajikan Negara (DKN).
DKN ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kestabilan masyarakat demi
pembangunan negara. Dasar dan program kepada golongan berkeperluan khas di negara
ini adalah berdasarkan strategi dan matlamat yang terkandung dalam DKN untuk
mencapai keyakinan diri dan persamaan peluang di samping mewujudkan semangat
saling membantu serta berbudaya penyayang (Jabatan Kebajikan Masyarakat malaysia,
2008). Ini sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi wawasan 2020 yang ingin
menjadikan Malaysia sebagai negara yang menitikberatkan pembangunan yang
menyeluruh dan seimbang kepada semua lapisan masyarakat.
Di samping adanya DEB dan DKN, kerajaan juga berjaya mewujudkan satu lagi dasar
dan akta yang memfokuskan kepada golongan berkeperluan khas iaitu Dasar Orang
Kurang Upaya (DOKU) dan Akta Orang Kurang Upaya (AOKU) 2008. DOKU menjadi
asas kesaksamaan hak dan peluang kepada golongan ini bagi penyertaan penuh dalam
masyarakat bagi membolehkan mereka hidup berdikari, menghapuskan diskriminasi atas
sebab ketidakupayaan serta mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat
mengenai hak golongan berkeperluan khas. AOKU pula telah diluluskan di Parlimen
pada 24 Disember 2007, diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7
Julai 2008. Akta ini memberikan pengiktirafan hak dan menukar konsep kebajikan
4
kepada konsep right-based terhadap golongan berkeperluan khas. Di samping itu, akta
ini menekankan perkara berkaitan dengan pendaftaran, perlindungan, pemulihan,
pembangunan dan kesejahteraan hidup (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008).
1.2.2 Masalah kerjaya golongan berkeperluan khas
Golongan berkeperluan khas merupakan golongan minoriti iaitu hanya 2.6 juta orang
berbanding jumlah penduduk Malaysia yang seramai 27.5 juta orang. Sehingga kini
terdapat lebih kurang 220,250 golongan berkeperluan khas yang telah berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) (Rekod Pendaftaran JKMM, 2007).
Walau apa jua istilah yang diberikan kepada golongan ini, aspek penekanan masa depan
golongan ini merupakan antara isu utama yang telah mula mendapat perhatian di mata
dunia. Pihak kerajaan telah mula memantau beberapa perkara dari segi kesihatan,
pemulihan, pendidikan, pekerjaan, pembangunan sumber manusia, perumahan dan
banyak lagi.
Ismail (2005) menyatakan terdapat perkaitan langsung antara kemiskinan dan kurang
upaya. Justeru, salah satu penyelesaian terhadap masalah ini ialah menerusi pekerjaan.
Dengan mempunyai pekerjaa, dapat menjamin kehidupan golongan ini dan keluarga
mereka di samping mengurangkan kebergantungan mereka terhadap keluarga dan pihak-
pihak lain seperti kerajaan dan juga badan bukan kerajaan. Namun fenomena
pengangguran yang melanda negara menyukarkan dan mengecilkan lagi peluang
5
golongan ini untuk mendapat pekerjaan. Terdapat pelbagai halangan yang dilalui oleh
golongan berkeperluan khas dalam menempatkan diri mereka ke alam pekerjaan. Khor
(2002), membahagikan halangan tersebut kepada halangan fizikal, mental dan polisi.
Halangan fizikal bermaksud penyertaan dalam pendidikan dan program latihan yang
tidak seimbang. Estim kendiri yang rendah, keluarga yang terlalu melindungi, sikap
negatif dan prejudis majikan dan rakan sekerja pula merujuk kepada halangan mental
dan akhir sekali ialah halangan polisi seperti pelaksanaan dasar undang-undang yang
kurang dipraktikkan.
Selain daripada itu, sikap juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk
mendapatkan pekerjaan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh
Safani dan Salleh (2000) yang menyatakan bahawa sikap golongan berkeperluan khas
ini juga merupakan punca kepada masalah pengangguran yang dihadapi. Mereka lebih
cenderung untuk bersama rakan senasib sekiranya ingin menceburi sesuatu bidang. Ini
menunjukkan mereka kurang yakin dengan kebolehan dan keupayaan diri mereka untuk
bekerja dengan golongan normal yang lain. Oleh itu, mereka akan tertumpu kepada
suatu jenis pekerjaan sahaja tanpa memikirkan keperluan-keperluan lain yang boleh
menjamin masa depan apabila menceburi alam pekerjaan.
Reichardt (2008) pula menyatakan bahawa terdapat beberapa alasan golongan ini sukar
untuk mendapatkan pekerjaan, antaranya ialah tiada pekerjaan yang sesuai dengan
mereka, kekurangan kemudahan pengangkutan, tiada maklumat yang tepat mengenai
6
pekerjaan, latihan yang tidak mencukupi atau bersesuaian dan tidak mendapat galakan
daripada keluarga dan rakan-rakan untuk bekerja. Selain daripada itu, sikap rendah diri
dan tidak yakin dengan keupayaan diri menyebabkan golongan berkeperluan khas ini
sukar untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi. Mereka juga beranggapan
kecacatan yang dialami merupakan halangan utama bagi mereka untuk bekerja (Safani
dan Salleh, 2000). Di samping itu, peluang pendidikan dan latihan kepada golongan
berkeperluan khas cacat pendengaran amat terhad dan program pendidikan yang sedia
ada kurang menepati kehendak pasaran serta perkembangan ekonomi negara (Noraini,
Khalid & Nor Aishah, 2001). Di tambah pula dengan faktor globalisasi yang
menyumbang kepada perubahan ekonomi, sosial dan teknologi, pekerjaan dan juga
kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan itu berubah dengan cepat dan
menjadi lebih kompleks. Bagi golongan berkeperluan khas, perubahan yang berlaku
meninggalkan impak yang amat besar terhadap mereka.
Selain daripada itu, kesukaran dalam mendapatkan maklumat mengenai pendidikan
lanjutan, latihan serta servis pemilihan kerjaya yang sesuai bagi membimbing mereka ke
arah pasaran kerja juga merupakan penyebab golongan berkeperluan khas ini tidak
memperoleh pekerjaan (National Disability Authority, 2004). Majikan juga menghadapi
kesukaran dalam mencari maklumat mengenai golongan ini bagi menawarkan pekerjaan.
Ini menunjukkan kolaborasi majikan dengan institusi latihan atau pengajian adalah
penting bagi memudahkan majikan mendapatkan maklumat mengenai golongan
berkeperluan khas ini. Mereka juga dikatakan tidak mendapat latihan dan pendidikan
7
yang bersesuaian, servis sokongan yang mereka perlukan tidak dapat disediakan, dan
tiada sokongan daripada undang-undang atau polisi.
Di samping halangan yang timbul untuk mendapatkan pekerjaan, golongan ini juga
terpaksa berhadapan dengan pandangan dan persepsi negatif pihak majikan. Majikan
juga memberikan beberapa alasan untuk tidak mengambil golongan berkeperluan khas
ini bekerja seperti syarikat tidak dapat bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu
kepada pekerja yang berstatus berkeperluan khas disebabkan mereka kekurangan
belanjawan dan mereka lebih cenderung untuk mengambil pekerja asing. Hanya
sebilangan kecil majikan sahaja yang mahu memberi peluang pekerjaan kepada
golongan berkeperluan khas ini. Golongan ini juga sering dipandang serong sebagai
membebankan dan kebajikan mereka perlu ditanggung oleh keluarga atau kerajaan
(Rosliwaty, 2007). Menyedari akan perkara yang berlaku dan kesannya terhadap
golongan minoriti ini, kerajaan telah melancarkan pelbagai program bagi membaiki
status kehidupan mereka.
1.2.3 Usaha-usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup golongan
berkeperluan khas
Pengistiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran The
World Programme of Action Concerning disabled Person 1982 telah membuka ruang
kepada golongan berkeperluan khas membaiki kualiti hidup mereka apabila kerajaan
Malaysia turut memperkenalkan pelbagai polisi dan program berdasarkan propaganda
8
”Kebajikan Tanggungjawab Bersama”. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
(JTKSM) juga tidak terkecuali dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan
berkeperluan khas ini. Jabatan ini mengendalikan pendaftaran dan penempatan
pekerjaan bagi golongan berkeperluan khas di sektor kerajaan dan swasta.
Pada pertengahan tahun 1990, JTKSM telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa
Kebangsaan Penggalakan Penggajian Orang Kurang Upaya (JKPPOKU) di sektor
swasta sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya dalam usaha membantu golongan
berkeperluan khas mendapat pekerjaan di sektor tersebut (Jabatan Tenaga Kerja Negeri
Selangor). Selain daripada itu, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Japan
International Cooperation Agency (JICA) telah memperkenalkan job coach pada tahun
2006 bagi membantu menempatkan golongan berkeperluan khas di pasaran kerja. Job
coach ini menjadi perantaraan antara golongan berkeperluan khas dan majikan bagi
membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja, mengambil kira
keupayaan mereka supaya dapat bekerja dalam keadaan selesa dan produktif (Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008). Ini bertepatan dengan Mandat Rancangan
Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu untuk golongan berkeperluan khas (United Nations
Global Programme on Disability) yang menyarankan tiga objektif utama iaitu golongan
berkeperluan khas perlu diberi peluang dan galakan untuk membangunkan diri dan
menyertai masyarakat secara berkesan, hak asasi dan maruah mereka mesti dilindungi
serta memberikan persamaan peluang untuk mendapat pekerjaan, pendidikan, maklumat,
barangan dan peralatan juga perkhidmatan (Tan, 2007).
9
Pada peringkat permulaan kempen penempatan golongan berkeperluan khas mendapat
respon yang baik dan menggalakkan daripada pihak majikan, namun bilangan
penempatan golongan ini dalam sektor pekerjaan semakin berkurangan dari tahun ke
tahun (Bathmavatthi, 2004). Persepsi masyarakat khususnya majikan perlu diubah
kerana masih ramai majikan yang kurang yakin terhadap kebolehan dan potensi
golongan berkeperluan khas ini. Menurut Netty (2003), Malaysia telah menandatangani
Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di
Rantau Asia dan Pasifik, sempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang
Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002 pada 16 Mei 1994. Menerusi
pengisytiharan tersebut, kesejahteraan hidup golongan berkeperluan khas akan dapat
dipertingkatkan termasuklah kemudahan yang secukupnya dan memberi kesedaran
dalam kalangan masyarakat untuk memberi hak yang sama kepada golongan ini. Namun
begitu, pengisytiharan tersebut masih belum memadai untuk membela nasib golongan
berkeperluan khas di Malaysia.
1.2.4 Pendidikan teknikal dan latihan vokasional pelajar berkeperluan khas
Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan sistem
Pendidikan teknikal dan latihan vokasional menerusi sekolah teknik dan juga kolej
vokasional. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional ini merupakan salah satu bidang
yang tepat bagi golongan berkeperluan khas bagi menyediakan golongan ini ke arah
pasaran terbuka dan industri. Pusat pemulihan dan sekolah khas pula merupakan institusi
yang menyediakan program khas latihan teknikal dan vokasional kepada golongan ini
10
berdasarkan kecacatan mereka. Program-program pemulihan dan latihan tersebut
ditawarkan adalah mengikut kemampuan serta minat golongan ini seperti kursus asas
jahitan, komputer, kraftangan, membaiki peralatan elektrik dan lain-lain lagi. Program-
program yang telah dianjurkan serta aktiviti-aktiviti yang melibatkan penerapan modal
insan ini adalah bertujuan agar golongan ini dapat membangunkan diri sendiri dan
keluarga serta menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara. Di seluruh
negara terdapat lebih kurang 25 buah sekolah khas cacat pendengaran dan 46 program
intergrasi di sekolah biasa bagi kecacatan yang lain (Lokman, 2004). Usaha pihak
kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup golongan berkeperluan khas ini dimantapkan
lagi dengan pewaran Sijil Kemahiran Khas menerusi politeknik dan kolej komuniti.
Walaupun mempunyai kemahiran dan kelayakan untuk bekerja, masih ramai lagi
golongan ini yang tidak mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti golongan normal
yang lain. Seperti sedia maklum, destinasi utama setiap graduan adalah ke pasaran kerja.
Ini bertepatan dengan misi dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja profesional dan
separa profesional yang dapat menyokong kemajuan dan peningkatan daya saing
industri dalam era k-ekonomi serta menyumbang kepakaran dalam kerja-kerja
pembangunan sosio-ekonomi negara. Kecanggihan teknologi yang membawa perubahan
pesat dalam dunia pekerjaan menunjukkan bahawa akan terdapat persaingan kepada para
graduan dalam mencari pekerjaan. Graduan-graduan yang berstatus berkeperluan khas
pula perlu bersaing dengan graduan normal yang lain dalam mencari pekerjaan.
Tuntutan dalam kehidupan yang semakin meruncing pula menyebabkan orang ramai
berlumba-lumba untuk memperbaiki taraf hidup dengan mendapatkan pekerjaan yang
11
menjanjikan gaji yang lumayan, tempat kerja yang kondusif dan lain-lain lagi. Untuk
mencapai semua itu, para graduan perlu memiliki sesuatu yang lebih dari hanya
segulung sijil yang melayakkan mereka untuk bekerja. Kebanyakan graduan gagal pada
fasa ini kerana mereka tidak berjaya menonjolkan sesuatu yang majikan ingin lihat
selain daripada sebuah fail yang mengandungi sijil-sijil. Bagi pihak majikan pula,
mereka lebih berhati-hati dalam menawarkan pekerjaan kepada graduan.
1.2.5 Kriteria pekerja pilihan majikan
K-ekonomi dan globalisasi telah menghasilkan ledakan keperluan modal manusia
profesional dan semi-profesional serta buruh yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Pekerja yang berpengetahuan (K-workers) menjadi pilihan majikan untuk menggerakkan
industri mereka seiring dengan pertumbuhan ekonomi. Berdasarkan Laporan Eksekutif
Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2007 yang dijalankan oleh JPPKK (2008), kadar
bekerja graduan amat dipengaruhi oleh pola penawaran pekerjaan yang terbit daripada
anjakan ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian dan seterusnya
ekonomi yang didominasikan oleh sektor perkhidmatan. Anjakan ekonomi tersebut telah
mempertingkatkan penawaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang memerlukan
tenaga kerja professional dan separa professional yang bukan sahaja berkemahiran
teknikal tetapi juga yang memiliki kemahiran kebolehgajian, soft skills dan ketrampilan
diri yang mantap.
12
Ini sejajar dengan pendapat beberapa pengkaji; Khor (2002), Abdul Aziz (2005),
Reichardt (2008) dan Overtoom (2000) yang menyenaraikan kemahiran yang penting
dan perlu ada pada individu yang ingin bekerja ialah mempunyai kebolehan membaca
dan menulis, kemahiran kerja generik, kemahiran teknikal, kemahiran mengurus diri,
bekerja dalam satu kumpulan, kemahiran interpersonal, menyelesaikan masalah, berfikir
secara kritis dan kemahiran perniagaan bagi yang ingin bekerja sendiri dan membuka
perniagaan sendiri. Kemahiran-kemahiran yang disenaraikan tersebut adalah sebahagian
daripada elemen-elemen kemahiran kebolehgajian. Ini menunjukkan kemahiran
kebolehgajian adalah penting dan merupakan salah satu elemen yang dinilai dalam
proses mendapatkan pekerjaan. Kelemahan dalam penguasaan kemahiran kebolehgajian
ini mungkin akan merendahkan peluang seseorang itu mendapatkan pekerjaan.
Johannes, Beatrice dan Tonette (2008) menyatakan kemahiran kebolehgajian penting
dalam membuka ruang kepada pekerjaan dan kenyataan mereka disokong oleh para
majikan. Perkara ini menggambarkan peningkatan permintaan tenaga kerja bukan sahaja
yang memiliki kelayakan akademik dan teknikal malahan juga yang memiliki kemahiran
kebolehgajian (Ahmad Muhaimin, Jamalludin dan Baharudin, 2008).
Bagi memastikan graduan berkeperluan khas ini boleh menempatkan diri mereka ke
pasaran kerja, penguasaan kemahiran kebolehgajian atau disebut juga kemahiran
kebolehkerjaan adalah amat penting di samping pengetahuan mereka dalam bidang yang
diceburi. Dalam konteks kemahiran kebolehgajian ini juga, tenaga pengajar memainkan
peranan penting dalam menerapkan kemahiran ini kepada para pelajar (SCANS, 2002).
Kenyataan ini disokong oleh Robinson (2000) yang menyatakan kemahiran
13
kebolehgajian ini merupakan kemahiran yang boleh diajar atau diterapkan. Di samping
pendedahan kepada kemahiran kebolehgajian, para pelajar juga perlu didedahkan
dengan strategi mencari kerja, pendidikan mengenai peluang pekerjaan dan lebih
maklumat mengenai kerjaya yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran mereka
(Reichardt, 2008). Selain daripada itu, Stern (2002) berkata kunci kejayaan bagi
mendapatkan pekerjaan tidak terhad kepada penguasaan pengetahuan akademik sahaja.
Bagi setiap aktiviti yang ingin dilakukan, persediaan yang rapi haruslah ada. Begitu juga
dalam proses mencari pekerjaan. Persediaan ke arah kerjaya adalah perlu dilakukan bagi
memastikan kesenangan dalam mencari pekerjaan. Persediaan ini seharusnya bermula
semasa di peringkat pengajian lagi.
Di samping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, individu yang ingin
melangkah ke alam pekerjaan juga perlu memantapkan diri dengan unsur-unsur
psikologi terutamanya estim kendiri dan efikasi kendiri. Bagi golongan berkeperluan
khas, untuk memiliki kemahiran kebolehgajian yang baik, mereka perlu memiliki
semangat, keyakinan dan penghargaan diri atau disebut juga sebagai estim kendiri yang
tinggi serta percaya pada diri akan kebolehan dan keupayaan diri iaitu efikasi kendiri
mereka walaupun mempunyai kecacatan pada diri. Berdasarkan isu-isu yang timbul
berkaitan golongan berkeperluan khas, pengangguran dan kerjaya, satu kajian untuk
merungkaikan isu-isu tersebut perlu dijalankan. Kajian tersebut perlu merangkumi
aspek-aspek seperti kemahiran kebolehgajian, estim kendiri dan efikasi kendiri pelajar
berkeperluan khas, penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah serta pendapat
majikan mengenai kemahiran kebolehgajian yang perlu ada pada pelajar berkeperluan
14
khas. Kurangnya pengetahuan dan kefahaman mengenai golongan berkeperluan khas
menyebabkan majikan dan orang awam cenderung untuk mempunyai persepsi yang
salah mengenai kebolehan dan potensi yang ada pada golongan ini. Dengan adanya
pendedahan dan penguasaan kemahiran kebolehgajian yang baik, peluang bagi pelajar
berkeperluan khas ini untuk bekerja lebih terbuka luas.
1.3 Penyataan Masalah
JTKSM (2008) melaporkan dari tahun 2000 hingga 2008, bilangan golongan
berkeperluan khas yang mendaftar untuk bekerja ialah 6,909 orang manakala jumlah
mereka yang berjaya mendapat pekerjaan hanyalah 3,476 orang atau 50.3% sahaja.
Daripada jumlah yang berjaya mendapat kerja, golongan pekak dan bisu adalah seramai
1296 orang atau 36.4%, golongan cacat anggota seramai 1521 orang atau 43.8% dan
golongan cacat penglihatan hanya seramai 209 orang atau 6.01% sahaja. Fenomena yang
berlaku ini bertepatan dengan kenyataan oleh Levinson dan Palmer (2005) serta
Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO)(2001) yang melaporkan bahawa 50% hingga 80%
golongan berkeperluan khas tidak mempunyai pekerjaan, menerima pendapatan yang
minimum dan mengalami ketidakpuasan bekerja. Walaupun kerajaan telah menggubal
Akta OKU 2007 dengan memperuntukkan satu peratus kuota pekerjaan kepada
golongan berkeperluan khas namun sokongan daripada pihak majikan masih kurang
memberangsangkan.
15
Dalam era K-ekonomi ini, para majikan lebih cenderung untuk mengambil pekerja yang
mempunyai ciri-ciri kemahiran generik kebolehgajian yang baik seperti dapat berfiir
secara kreatif dan kritikal sebagai usaha untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
Justeru, majikan mengharapkan institusi pengajian yang akan mengeluarkan para
graduan yang memiliki kemahiran-kemahiran tersebut dan tidak lagi memerlukan latihan
daripada industri. Oleh itu, kualiti para graduan merupakan isu yang hangat diperkatakan
iaitu yang berkait rapat dengan kebolehpasaran mereka setelah tamat pengajian nanti.
Secara umumnya, penekanan dan perhatian diberikan terhadap kurangnya kemahiran
terutamanya kemahiran kebolehgajian (Saemah, Seri Bunian & Ruhizan, 2011). Dalam
konteks graduan teknikal pula, Davis dan Woodward (2006) menyatakan kemahiran
teknikal sahaja tidak dapat menjamin kerjaya kepada graduan dalam bidang profesional
atau separa profesional.
Berdasarkan kajian-kajian lepas dalam bidang pendidikan teknikal mendapati, para
graduan sememangnya kurang menonjol dari segi kemahiran teknikal dan juga
kemahiran kebolehgajian (Saemah et al., 2011). Dalam konteks golongan berkeperluan
khas pula, kajian oleh Zinaida (2006), mendapati institusi latihan vokasional yang
melatih golongan berkeperluan khas tidak mampu menyediakan para pelajar dengan
elemen kemahiran kebolehgajian yang diperlukan. Menurut JPPK (2008) dalam Laporan
Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat 2007 menyatakan bahawa penilaian pelajar
terhadap komponen khidmat bimbingan kerjaya khususnya dalam aspek pemupukan
kemahiran kebolehgajian oleh institusi pengajian masih tidak mencapai tahap
memuaskan.
16
Di samping itu, keadaan individu yang kurang upaya memberi kesan ke atas
pembangunan psikososial mereka (Rohany, 2003). Konteks psikologi sosial merujuk
kepada perwatakan, sikap dan pencapaian individu dalam kehidupan mereka
termasuklah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh kerana golongan
berkeperluan khas sering dikaitkan dengan masalah keyakinan diri, keupayaan dan
kebolehan mereka yang sering dipertikaikan (Khor (2002) & Safani dan Salleh (2000)),
maka nilai-nilai psikologi yang merujuk kepada golongan berkeperluan khas seperti
estim kendiri dan efikasi kendiri juga perlu diambil kira. Nilai-nilai kendiri juga
termasuk dalam faktor persekitaran yang menyumbang kepada tahap kemahiran
kebolehgajian berdasarkan kenyataan oleh Dickerson dan Green (2002). Dari sudut
pendidikan pula, kajian oleh Lizzio, Wilson dan Simons (2002) serta Smith dan Bath
(2006) mendapati bahawa komuniti pembelajaran dan pendekatan pengajaran
merupakan peramal yang paling signifikan terhadap pembangunan kemahiran
kebolehgajian pelajar. Oleh itu pensyarah memainkan peranan yang penting dalam
menerapkan kemahiran kebolehgajian ini kepada para pelajar.
Namun begitu, di Malaysia kajian yang merangkumi aspek-aspek kemahiran
kebolehgajian, estim kendiri dan efikasi kendiri yang melibatkan pelajar berkeperluan
khas adalah terhad berbanding kajian terhadap aspek-aspek yang sama ke atas pelajar
tanpa berkeperluan khas seperti kajian oleh Ivan (2007), Fitrisehara (2008), Sharifah
Kamaliah (2008) dan Rohana (2010). Kajian-kajian tersebut juga ada menyentuh
mengenai faktor jantina, kursus yang diikuti dan pengalaman bekerja yang telah
memberi sumbangan ilmu dalam bidang yang dikaji. Berdasarkan senario di atas, kajian
17
empirikal ini amat wajar dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran kebolehgajian
yang dimiliki oleh pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran, estim
kendiri dan juga efikasi kendiri mereka. Di samping itu, pengelibatan pensyarah juga
penting dalam kajian ini bagi mengenal pasti tahap penerapan kemahiran kebolehgajian
kepada para pelajar berkeperluan khas. Maklumat berkaitan kemahiran kebolehgajian
yang dianggap penting oleh majikan mereka terhadap pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran juga perlu dikenal pasti agar dapat menjadi panduan kepada
pensyarah dan juga para pelajar bagi melengkapkan diri dengan kemahiran yang majikan
perlukan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah mengkaji mengenai kemahiran kebolehgajian, estim
kendiri dan efikasi kendiri. Kemahiran kebolehgajian ini dikaji meliputi penguasaannya
oleh pelajar, penerapannya oleh pensyarah dan kemahiran yang dikehendaki oleh
majikan. Objektif kajian yang lebih khusus adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran kebolehgajian, estim kendiri dan
efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran.
2. Mengenal pasti perbezaan kemahiran kebolehgajian, estim kendiri dan efikasi
kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan
jantina, kursus yang diikuti dan pengalaman bekerja.
18
3. Mengenal pasti hubungan antara estim kendiri dan efikasi kendiri pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran dengan kemahiran
kebolehgajian mereka.
4. Mengenal pasti pemboleh ubah peramal yang menyumbang kepada kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran.
5. Mengenal pasti tahap penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah ke atas
pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran.
6. Mengenal pasti kemahiran kebolehgajian yang dikehendaki oleh majikan dan
kesediaan majikan industri menerima pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran bekerja.
1.5 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang telah dikenal pasti, soalan kajian telah dibentuk dan
disusun bagi mendapatkan jawapan yang tepat agar matlamat kajian yang dijalankan ini
tercapai sepenuhnya. Soalan kajian yang telah digubal adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap penguasaan kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran?
2. Apakah tahap estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran?
3. Apakah tahap efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah
pendengaran?
19
4. Apakah tahap penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah ke atas pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran?
5. Apakah kemahiran kebolehgajian yang dikehendaki oleh majikan terhadap pelajar
teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran?
6. Apakah tahap kesediaan majikan untuk menerima pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran bekerja?
1.6 Hipotesis kajian
1. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan jantina.
2. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan kursus yang diikuti.
3. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara kemahiran kebolehgajian pelajar teknikal dan
vokasional bermasalah pendengaran berdasarkan pengalaman bekerja.
4. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan jantina.
5. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan kursus yang diikuti.
6. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara estim kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan pengalaman bekerja.
7. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan jantina.
8. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional
20
bermasalah pendengaran berdasarkan kursus yang diikuti.
9. Ho : Tidak terdapat perbezaan antara efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran berdasarkan pengalaman bekerja.
10. Ho: Tidak terdapat hubungan antara estim kendiri pelajar bermasalah pendengaran
dengan kemahiran kebolehgajian mereka.
11. Ho: Tidak terdapat hubungan antara efikasi kendiri pelajar bermasalah pendengaran
dengan kemahiran kebolehgajian mereka
12. Ho : Estim kendiri, efikasi kendiri, kursus yang diikuti, jantina dan pengalaman
kerja bukan merupakan peramal yang signifikan terhadap kemahiran
kebolehgajian pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai pelbagai kepentingan kepada beberapa pihak seperti pengelola
pentadbiran, majikan industri, masyarakat sekeliling dan yang paling utama kepada
pelajar berkeperluan khas. Kajian ini penting kepada pentadbir PTLV di politeknik dan
kolej komuniti agar dapat mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti kurikulum yang sedia
ada bagi memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas yang telah menamatkan
pengajian akan memperoleh pekerjaan. Di samping itu, kajian ini dapat dijadikan
rujukan bagi pembangunan pendidikan dan latihan pada masa akan datang terutamanya
kepada golongan berkeperluan khas. Ini selari dengan dasar Pendidikan Teknikal dan
Vokasional untuk memberikan akses, ekuiti dan pentadbiran yang berkualiti kepada
21
pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang
teknikal dan vokasional.
Kajian ini juga dapat memberikan maklumat berkaitan pelajar teknikal dan vokasional
bermasalah pendengaran kepada majikan yang sentiasa mengharapkan tenaga kerja yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan keperluan dan
pembangunan industri. Selain daripada itu, kajian ini dapat dijadikan panduan dan
rujukan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan berkeperluan khas
mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan mengatasi masalah pengangguran dalam
kalangan mereka. Demikian juga kepada masyarakat terutamanya ibu bapa yang
memupnyai anak berkeperluan khas yang ingin anak mereka melanjutkan pelajaran
dalam bidang PTLV, maka kajian ini memberikan maklumat yang berguna.
Kajian ini juga berkait rapat dengan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan negara
termasuk Malaysia, iaitu kesukaran menempatkan golongan berkeperluan khas yang
berkemahiran ke sektor industri. Dapatan kajian ini yang melibatkan aspek kemahiran
kebolehgajian dari perspektif pelajar berkeperluan khas bermasalah pendengaran,
pensyarah dan majikan, estim kendiri dan efikasi kendiri pelajar berkeperluan khas
bermasalah pendengaran diharap dapat dijadikan rujukan bagi memberi sokongan
kepada sistem PTLV, mempertingkatkan lagi kompetensi para pelajar sehingga dapat
menghasilkan graduan yang berdaya saing tinggi dan seterusnya menyokong
pertumbuhan ekonomi negara. Sumber manusia yang berteraskan golongan berkeperluan
22
khas yang berketrampilan, berkebolehan serta mahir dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak majikan adalah menjadi harapan dan
kebanggaan semua pihak.
1.8 Batasan Kajian
Terdapat beberapa perkara yang menjadi batasan kepada kajian ini telah dikenal pasti.
Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar-pelajar bermasalah pendengaran sahaja.
Justeru, hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar
berkeperluan khas yang lain seperti yang mempunyai kecacatan fizikal, cacat
pengelihatan, cacat mental dan bermasalah pembelajaran. Kajian ini hanya
menggunakan kaedah kuantitatif sahaja dalam pengumpulan data, pengolahan dan
analisis dapatan kajian. Batasan kajian juga tertumpu kepada populasi kajian di mana
populasi kajian ini terhad kepada pelajar bermasalah pendengaran yang mengikuti
program Sijil Kemahiran Khas di IPTA sahaja.
Para pelajar bermasalah pendengaran yang terpilih adalah daripada aliran teknikal dan
vokasional sahaja. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh IPTA
tersebut mungkin berbeza dengan institusi lain yang menawarkan pengajian kepada
golongan bermasalah pendengaran. Oleh sebab itu, hasil kajian ini nanti tidak dapat
digeneralisasikan kepada institusi lain yang berbeza sistem perlaksanaannya. Selain
daripada itu, para majikan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang
pernah mengambil pekerja atau pelajar bermasalah pendengaran bekerja semasa latihan
23
industri sahaja. Rasional pemilihan majikan tersebut adalah kerana majikan yang
mempunyai pengalaman bekerjasama dengan golongan bermasalah pendengaran lebih
sesuai untuk menilai sejauhmana kepentingan sesuatu elemen kemahiran kebolehgajian
terhadap pelajar bermasalah pendengaran ini. Skop kajian ini juga terhad kepada dua
faktor sahaja iaitu faktor latarbelakang dan psikologi yang melibatkan atribut seperti
jantina, kursus yang diikuti dan pengalaman bekerja serta estim kendiri dan efikasi
kendiri sebagai asas bagi mendapat gambaran mengenai kemahiran kebolehgajian yang
dianggap penting dalam sektor pekerjaan pada masa ini.
Ujian-ujian yang dijalankan bagi tujuan analisis data juga terhad kepada beberapa jenis
ujian sahaja. Hanya ujian ANOVA Sehala, Ujian T, Korelasi Pearson dan Regresi
Pelbagai akan digunakan. Akhir sekali, batasan yang penting adalah dalam pentafsiran
hasil kajian iaitu andaian yang digunakan dalam kajian seperti kejujuran dan integriti
responden dalam memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan. Pengkaji
mempunyai andaian bahawa semua responden yang menjawab soal selidik mempunyai
kejujuran yang tinggi, sehinggakan hasil analisis terhadap data yang diperolehi
mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
1.9 Definisi Operasi
Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang penting dan selalu digunakan. Oleh itu,
makna istilah-istilah yang digunakan perlu diperjelaskan bagi mengelakkan kesalahan
pemahaman oleh pembaca. Istilah-istilah tersebut didefinisikan seperti berikut:
24
Golongan berkeperluan khas
Golongan ini merupakan individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal,
mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh
menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta Orang
Kurang Upaya, 2007). Dalam kajian ini, para pelajar yang dikaji tergolong dalam
golongan berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran.
Bermasalah pendengaran
Individu yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang
jelas yang berlaku secara semulajadi iaitu diperingkat janin atau semasa kelahiran atau
selepas kelahiran yang disebabkan oleh kemalangan, penyakit atau pendedahan kepada
bunyi yang kuat secara berterusan (Safani dan Mohd Hanafi, 2009). Dalam kajian ini,
pelajar yang terlibat menjadi responden kajian merupakan pelajar bermasalah
pendengaran yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dalam program Sijil Kemahiran
Khas.
Majikan
Menurut Education and Employers Taskforce (2009), majikan adalah individu atau
organisasi yang menggaji seseorang untuk bekerja. Majikan juga mempunyai kuasa dan
tanggungjawab dalam urusan pentadbiran serta merancang dan melaksanakan polisi-
polisi syarikat. Dalam kajian ini, majikan merupakan responden kajian yang akan
memberikan maklumat mengenai kemahiran kebolehgajian yang perlu ada pada pelajar
berkeperluan khas bermasalah pendengaran.
226
BIBLIOGRAFI
Ab Rahim, B., & Ivan, H. (2007). Assessing Employability Skills of Technical-Vocational
Students in Malaysia. Journal of Social Sciences 3 (4) , 202-207.
Abd Hair, A., Azimi, H., Rahmah, I., & Jegak, U. (2004). Kemahiran bolehkerja: keseimbangan
antara tuntutan majikan dan penguasaan pelatih. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan
Siswazah Pengajian Pendidikan UPM. Serdang: Penerbit UPM.
Abdul Aziz, M. (2005). Cara mudah mencari pekerjaan. Kuala Lumpur: PTS Publications and
Distributors.
ACCI. (2002). Employability skills- An employer perspective: getting what employers want out
of the two hard basket. Retrieved Julai 15, 2012, from http://www.acci.asn.au
Ahmad, E., Jailani, M. Y., & Noraini, K. (2005). Persepsi pensyarah terhadap penerapan
kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan. 17: 1-13.
Ahmad Muhaimin, M., Jamalluddin, H., & Baharuddin, A. (2008). Kelemahan penguasaan
kemahiran di kalangan pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai pendekatan penyelesaian.
Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008. Skudai: Penerbit UTM.
Aini, H., Che Husna, A., Dzuraidah, A. W., Noriah, I., & Siti Rahayah, A. (2005). Penerapan
kemahiran generik dalam pengajaran menggunakan model tersebati. Seminar Pengajaran
dan Pembelajaran Berkesan 2005, (pp. 129-145).
Akta Orang Kurang Upaya. (2007). Retrieved Julai 26, 2008, from http://www.parlimen.gov.my
/bilindex/pdf/DR522007.pdf
Akta Pendidikan. (1996) Retrieved Januari 15, 2010, from http://ipt.mohe.gov.my/RUJUKAN/
akta/akta%_20pendidikan%201996.pdf
Amla, M. S. (2010). Pendidikan kerjaya dan pembangunan modal insan. Bangi: Penerbit UKM.
Andi Audryanah, M. N. (2007). Kepimpinan pengajaran dan efikasi kendiri pengetua sekolah
menengah dan hubungannya dengan pencapaian akademik sekolah. Tesis sarjana tidak
diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
ANTA. (2003). Defining generic skills. Retrieved Julai 15, 2009, from www.ncver.edu.au
Ary, D., Jacobs, L., & Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education (6th
ed.).
United State: Wadsworth Thomson Learning.
227
Asmah, O. (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
National Disability Authority. (2004). Retrieved April 20, 2009, from http://www.nda.ie
/cntmgmtnew.nsf.
Azizi, Y., Fawziah, Y., Zurihanmi, Z., & Noordin, Y. (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai:
Penerbit UTM.
Azizi, Y., Yusof, B., Jamaludin, R., Jaafar, S. L., Fawziah, Y., & Amir, H. (2004). Konsep
kendiri. In Psikologi sosial (pp. 33-85). Skudai: Penerbit UTM.
Azlina, A. B. (2002). Psikologi personaliti individu. Shah Alam: Karisma Publiction Sdn bhd.
Bahaman, A. S., & Turiman, S. (1999). Statistic for social research with computer applications.
Kuala Lumpur: JJ Print & Copy.
Bailey, L. (2003). Working career success for the 21st century (3rd
ed.). United State: Thomson
South-Western Publication.
Bailey, T., Hughes, K., & Moore, D. (2004). Working knowledge: Work-based learning and
education reform. New York: Routledge Falmer.
Bandura, A. (1993). Perceived self-efficacy in cognitive development and functioning.
Educational Psychologist, 28 , 117-148.
Bandura, A. (1977). Self-efficacy: toward a unifying theory of behavioral change. Psychological
Review, 84 , 191-215.
Bandura, A. (1986). Social foundation of thought and action: A social cognitive theory. New
Jersey: Prentice Hall.
Bartlett, J., Kortlik, J., & Higgins, C. (2001). Organizational research: detemining appropriate
sample size in survey research. Information Technology and Performance Journal, vol
19.
Bates, R., & Phelan, K. (2002). Characteristics of a globally competitive workforce. Journal of
Advances in Developing Human Resources 2002, 4 (121), 121-132.
Bathmavatthi, K. (2004, Disember). Memaksimumkan potensi golongan orang kurang upaya
cacat anggota. Dasar Sosial Negara, 9-10.
Bennet, N., Dunne, E., & Caree, C. (2000). Skills development in higher education and
employment. Philadelphia: Open University Press.
228
Bennet, T. (2006). Defining the importance of employability skills in career/technical education
(Tesis sarjana). Boleh diperoleh dari ProQuest Information and Learning Company. UMI
No. 3245459
Bernard, H. (2000). Social research methods: quantitative and qualitative approaches.
Callifornia: Thousand Oaks.
Berns, R. M. (2004). Child, family, school, community socialization and support (6th ed.).
United States, America: Thomson Learning.
Blackwell, A., Bowes, L., Harvey, L., Hesketh, A., & Knight, P. (2001). Transforming work
experience in higher education. British Educational Research Journal 27 (3) , 269-285.
Blake, T., & Rust, J. (2002). Self-esteem and self-efficacy of college student with disabilities.
College Student Journal .
Borich, G., & Tombari, M. (1997). Educational psychology: A contemporary approach. New
York: Longman.
Brase, G. L., & Guy, E. C. (2004). The Demographics of Mate Value and Self-Esteem.
Personality and Individual Differences, 36 , 471-484.
Brolin, D. (1982). Life centered career education for exceptional children. Focus on Exceptiol
Children 14(7).
Brown, J. (1998). The self. New York: McGraw-Hill.
Bryman, A. (2004). Social research methods. Oxford: Oxford University Press.
Burton, L., Chaves, J., & Kokaska, C. (1987). Employability skills: A survey of employers'
opinions. Journal of Rehabilitation, 71-74.
Callan, V. (2003). Understanding vocational education and training teacher and student
attitudes. Adelaide: NCVER.
CBC. (2002). Employability profile: The critical skills required of the canadian workforce.
Ottawa, Ontario: The Coperate Council on Education Center.
Chan, K. S. (2002). Interating the curriculum: How do secondary school teacher belief influence
the integration? Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan, University of Hong Kong, Hong
Kong.
Chubon, R. (1992). Attitudes toward disability: addressing fundamentals of attitude theory and
research in rehabilitation education. Rehabilitation Education, 301-312.
229
Clark, M. (1999). Language through daily living for hearing impaired children. London: British
Cataloging in Publication data.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research methods in education. New York:
Routledge.
Coopersmith, S. (1967). The antecedents of self-esteem. San Francisco: Freeman.
Crandal, R. (1973). The measurement of self-esteem and related constructs. In J. Robinson, & P.
Shaver, Measures of Social Psychological Attitudes. Ann Arbor: ISR.
Creed, P., Patton, W., & Bartrum, D. (2004). Internal and external barriers, cognitive style and
the career development variables of focus and indecision. Journal of Career Development
30(4) , 277-294.
Creswell, J. (2008). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and
qualitative research. Lincoln: Pearson Prentice Hall.
Creswell, J. (2003). Research design qualitative, quantitative and mixed methods approaches.
New Jersey: Sage Publications.
Cristal, J. P., Emeliana, E., & Mohd Sofi, N. (2010). Perkembangan kurikulum pendidikan khas
teknik dan vokasional. Skudai: Edupress, UTM.
Davis, D. C., & Woodward, B. (2006). An Analysis of Required of Graduates of an Information
System Program. Information Technology, Learning and Performance 24(2) , 11-21.
Denton, R. (2004). Assessment of key competencies. In J. Gibb, Generic skills in vocational
education and training (pp. 173-178). Adelaide: NCVER Ltd.
Department for Education and Skills (2000). Skills for all: research for the national skills task
force. United Kingdom.
Fitriehara, K. (2008). Kemahiran employability dalam kalangan pelajar institut kemahiran mara
di Malaysia. Tesis sarjana tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.
Flynn, H. K. (2003). Self-esteem Theory and Measurement: A Critical Review. Retrieved Julai
15, 2012, from http://www.thirdspace.ca/articles/kohlflyn.htm
Educational Employers Taskforce. (2009). Understanding the education system- glossary.
Retrieved Januari 17, 2013, from Employers' Guide: Education and Employers Working
Togather For Young People: www.employers-guide.org/understanding-the-education-
system-glossary.aspx
Eight Malaysia Plan. (2001). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
230
Fugate, M., Kinicki, A., & Ashforth, B. (2004). Employability: A psychosocial construct, its
dimension and applications. Journal of Vocational Behavior 65(2) , 14-38.
Gunasegaran, K. (2004). Pemahaman falsafah pendidikan khas. Prosiding Pendidikan Khas (pp.
20-33). Bangi: Penerbit UKM.
Hashim Fauzy, Y., & Ishak, M. S. (2007). Efikasi diri dan pencapaian akademik: kajan kes ke
atas pelajar institusi pengajian tinggi awam. Skudai: UTM.
Hawthorne, N. (2007). High turnover antidote: hire employees with disabilities. Retrieved Ogos
20, 2008, from http://www.esight.org
Helmreich, R., & Stapp, J. (1974). Short forms of the texas social behavior inventory (TSBI), an
objective measure of self-esteem. Bulletin of Psyconomic Society, pp. 473-475.
Heward, W. (2000). Exceptional children: An introduction to special education. Ohio: Merrill.
Holmes, R., Hazadiah, M. D., & Habibah, A. (2006). A Guide to research in the social sciences.
Kuala Lumpur: Prentice Hall Sdn. Bhd.
ILO. (2001). Disability and the World of Work. Retrieved Ogos 20, 2008, from
http://www.ilo.org.com
ILO. (2003). Learning and Training For Work in the Knowledge Society. Geneva: International
Labour Office.
Ismail, M. S. (2005, Mac). Status & taraf kedudukan ekonomi orang kurang upaya di Malaysia.
Pengupayaan Wanita Menerusi Pembangunan Keusahawanan , pp. 18-21.
Ivan, H. (2007). Perlaksanaan pendidikan dan latihan teknik-vokasional di German Malaysian
Institute, Malaysia. Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan, Uiversiti Putra Malaysia.
Jabatan Penerangan Malaysia. (2009, Januari 1). Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Retrieved Mei 4, 2012, from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/237-dasar-ekonomi-
baru-.html
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. (2008). Statistik pekerjaan. Putrajaya: Jabatan
Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor. (2007) Retrieved November 15, 2008, from http://www.
iiu.edu.my/kurnia/Jabatn%Tenaga%Kerja%Negeri%Selangor.pdf
Jabatan Kebajikan Masyarakat (2007). Rekod Pendaftaran JKMM;. Kuala Lumpur: Penerbit
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
231
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2008). Retrieved Ogos 22, 2008, from www.jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2010) Retrieved Mac 29, 2012, from http://www.jkm.gov.my
/index.php?option=com_content&view=article&id=95%3Afaedah-pendaftaran-
oku&Itemid=98&lang=ms
Jackson, W. (2002). Methods: Doing social research (3rd
ed). Toronto: Prentice-Hall.
Jamaluddin, R. (2010). Pengertian konsep kendiri. Retrieved Mei 3, 2012, from
http://www.eprints.utm.my/10353/1/bab6.pdf
Job Outlook 2007. (2007). Retrieved Disember 10, 2009, from http://navajo.nsuok.edu/
careerservices/pdfs/JobOutlook2007.pdf
Johannes, G., Beatrice, I., & Tonette, S. (2008). Toward the employability–link model: Current
employment transition to future employment perspectives. Human Resource
Development Review, 165-183.
JPPKK. (2008). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat Politeknik 2007. Selangor:
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
JPPKK. (2009). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat Politeknik dan Kolej Komuniti
2008. Selangor: Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
JPPKK. (2010). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat Politeknik 2009. Selangor:
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
Juriah, L., & Zainal, A. (2006). Keberkesanan bahasa melayu. Retrieved November 18, 2010,
from Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV: http://www.kongresbahasa.org/wp-
content/uploads/2006/11/047.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi. (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi. (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi.
Khor, H. (2002). Employment of persons with disabilities in Malaysia. Penang: Penang State
Government.
Kirby. (2000). Work performance clinical laboratory. Retrieved Mac 16, 2010, from
Occupational Therapy: http://www.washingtonuniversity/sch_med/112.htm
232
Kiwanis Disability Information and Support Center. (2009). Retrieved Mac 29, 2012, from
http://www.disabilitymalaysia.com/index2.php? type=view&table=factsheet&id=68
Laporan Ekonomi 2007/2008- Pengurusan dan Prospek Ekonomi. (2008, Oktober 16). Retrieved
Jun 7, 2012, from Kementerian Kewangan Malaysia: http://www.treasury.gov.my/pdf
/ekonomi/le/0708/bab1_0708.pdf
Leech, N., Barrett, K., & Morgan, G. (2008). SPSS for intermediate statistics use and
interpretation (3rd
ed). New York: Taylor & Francis Group.
Lees, D. (2002). Graduate employability. Retrieved April 28, 2008, from LTSN Generic Centre:
http://www.gla.ac.uk/employability/documents/litrev.rtf
Levinson, E. M., & Palmer, E. J. (2005, April). Preparing students with disabilities for school-
to-work transition and postschool life. Retrieved Julai 20, 2009, from www.transition
%20planning%20WEB.pdf
Lilihana, B., & Zahari, I. (2007). Self-esteem. In H. Fatimah, & B. Lilihana, A statistical
snapshot of the 18 years old malaysian adolescent. Kuala Lumpur: Institut Sosial
Malaysia.
Ling, D. (1989). Foundation of Spoken Language for Hearing Impared Children. Washington,
D.C: Alexander Graham Bell association for the deaf.
Lizzio, A., Wilson, K., & Simons, R. (2002). University Students Perception of the Learning
Environment and Academic Outcomes: Implication for Theory and Practice. Studies in
Higher Education 27(1) .
Lokman, M. T., Nurul Qistin, M., & Mohd Hanafi, M. Y. (2009). Pendidikan teknik dan
vokasional untuk pelajar berkeperluan khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan , 73-87.
Lokman, S. (2004). Pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran, satu anjakan paradigma.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Luszczynska, A., Scholz, U., & Schwarzer, R. (2005). The general self efficacy scale:
Multicultural validation studies. The Journal of Psychology, 439-457.
Malhi, R. (2005). Retrieved November 23, 2012, from Importance of self-esteem: http://www.
tqm.com.my/web/05_bookArticle_17.html
Malhotra, N.K. (2008). Essential of marketing: An applied orientatioan (2nd
ed.). Australia:
Pearson Education.
233
Maloof, J. (2004). Using the jigsaw method of cooperative learning to teach from primary
source. Retrieved November 10, 2012, from http://www.doit.gmu.edu/inventio
/past/display-past.asp?pID=spring04&sID=Maloof.pdf
Martin, D., & Joomis, K. (2007). Buiding teachers: A constructivist approach to introducing
education. Belmont: Wadsworth.
McFarlin, D., Song, J., & Soontag, M. (1991). Integrating the disabled into the work force: A
survey of fortune 500 company attiudes and practices. Employee Responsibilities and
Rights Journal 4(2) , 107-123.
McMillan, J., & Schumacher, S. (2010). Research in education. Evidence-based inquiry. New
York: Person Education.
Megat Aman Zahiri, M. Z., Baharudin, A., Jamaluddin, H., & Mohd Zolkifli, A. H. (2007).
Hubungan antara kemahiran generik dengan jantina, pengkhususan dan pencapaian guru-
guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan
Profesionalisme Keguruan, (pp. 1-6).
Misi, Visi dan Objektif. (2011). Retrieved November 16, 2012, from Unit Pendidikan Khas:
http://www.upkkl.com/2011/04/misi-visi-objektif.html
Mitchell, M. (2001). Importance of workplace skills needs for entry level employment as
perceived by secondary vocational students and employers. Tesis dokor falsafah tidak
diterbitkan, Wayne State University, USA.
Mohd Sattar, R., Md Yusof, I., Napisah, I., Rashid, R., & Roseamnah, A. R. (2009). Aspek
kemahiran employability yang dikehendaki majikan industri pembuatan masa kini. Jurnal
Pendidikan Malaysia , 67-69.
Mohd Yusof, H., & Ramlee, M. (2009). Penilaian kemahiran employability dalam kalangan
pelajar kejuruteraan politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seminar
Kebangsaan Pembangunan Keusahawanan UKM. Bangi: Penerbit UKM.
Mok, S. S. (2003). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesinalisme keguruan)
Sekolah rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok, S. S. (2008). Pedagogi untuk kursus diploma perguruan. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman.
Morgan, G., Leech, N., Barrett, K., & Gloeckner,G. (2007). SPSS for introductory statistics use
and interpretation (3rd
ed). New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
234
Muhammad Rashid, R., & Fathiyah, M. K. (2010). Persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap
masalah pembelajaran yang di hadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional di
taman sinar harapan, cheras. (pp. 1-9). Skudai: Penerbit UTM.
Muhammad Rashid, R., & Yahya, B. (2001a). Kajian-kajian berkaitan dengan aspek-aspek
kemahiran “employability” yang diperlukan oleh para majikan industri. Buletin Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia .
Muhammad Rashid, R., & Yahya, B. (2001b). Kemahiran “employability”: Konsep dan
pengertian dari pengkaji barat. Buletin Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Munro, J. (2007). Fostering internationally referenced vocational knowledge: A challenge for
international curricular. Journal of Research in International Education 6(67) , 67-93.
Nasser, R. &. (2003). Occupational attainment through lebanon's higher education: Using
individual, societal, structural and gender factors as predictors. Career Development
International , 328 -338.
National Economic Advisory Council. (2003). Study the Unemployment Situation in Malaysia.
Bangi: Pakarunding Sdn.Bhd.
National Cntre for Vocational Education Research (NCVER). (2008). Retrieved April 7, 2009,
from VET Glossary: http://www.ncver.edu.au/publications/2029.html
National Cntre for Vocational Education Research (NCVER). (2004). Generic Skills in
Vocational Education and Trainng. ANTA.
Netty, A. (2003). Golongan istimewa dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Newman, M., & Begum, A. (2009). Evaluation of Students' Experinces of Developing
Transferable Skills and Business Skills Using a Business Simulation Game. Manuskrip
tidak diterbitkan.
Nik Mustapha, R. (2007). Institusi pengajian tinggi penjana pembangunan modal insan kelas
pertama. Prosiding Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007,
Ke Arah Peningkatan Kualiti Modal Insan. Serdang: Penerbit UPM.
Noor Hayati, M., & Abdullah, M. (2001). Persepsi remaja terhadap masa hadapan. jurnal
Pendidikan , 37- 52.
Noraini, M. N., & Haslina, M. (2010). Persepsi majikan terhadap faktor yang mempengaruhi
pemilihan pekerja oku (fizikal) di industri sederhana (Kejuruteraan Mekanikal) Daerah
Johor Bharu. UTM (pp. 1-6). Skudai : UTM.
235
Noraini, M. S., Khalid, A., & Nor Aishah, B. (2001). Job opportunities for special needs
population in Malaysia. Jurnal Pendidikan 27 , 77-85.
Norma, I., & Noraini, M. S. (2004). Persediaan awal pelajar berkeperluan khas ke alam
pekerjaan. Prosiding Pendidikan Khas. Jilid 1 (pp. 276-288). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Olson, D., Coff, M., Yovanoff, P., & Mark, D. (2000). Employers' perceptions of employees with
mental retardation. Manuskrip tidak diterbitkan.
Overtoom, C. (2000). Employability skills. ERIC Digest , p. 220.
Pajares, F. (2002). Overview of social cognitif theory and self-efficacy. Retrieved Ogos 12, 2010,
from http://www.emory.edu/EDUCATION/mfp/eff.html
Pajares, F., & Miller, M. (1994). Self efficacy and self concept beliefs in mathematical problem
solving: A path analysis. Journal of Educational Psychology (2) , 193-203.
Pallant, J. (2007). SPSS Survival Manual, A Step by Step Guide to Data Analysis using SPSS (3rd
ed). Australia: Allen & Unwin.
Paul, R. (2001). The school-to-work transition: Problem and indictors, King's College. Journal of
Economic Literature .
Quek, A. (2005). Learning for the workplace: A case study in graduate employees’ generic
competencies. Journal of workplace learning , 231-242.
Rahil, M., Habibah, E., Loh, S. C., Muh Fauzi, M., Noreen, N., & Maria, C. A. (2006). The
Relationship Between Students' Self-Efficacy and Their English Language Achievement.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 21 , 61-71.
Ramlee, M. (1999). The role of vocational and technical education in the industrialization of
Malaysia as perceived by educators and employers. Tesis doktor falsafah tidak
diterbitkan, Purdue University.
Ramlee, M., Manisah, M. A., Ruhizan, M. Y., & Safani, B. (2002). Technical and vocational
education for all: The case of special needs students in technical higher education in
Malaysia. Prosiding Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Reichardt, C. (2008). Unseen barriers keep person with disabilities from seeking, acquiring and
maintaining meaningful employment. Tesis sarjana tida diterbitkan, State University of
New York.
236
Robert, L. (2000). Disability issues, trends and recommendations for the world bank. Tesis
doktor falsafah tidak diterbitkan,
Robinson, J. (2000). What are employability skills? Retrieved Januari 12, 2008, from
www.aces.com/skills.html
Rohana, A. R. (2010). Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti
dan pilihan kerjaya pelajar vokasional pertanian di Semenanjung Malaysia. Tesis doktor
falsafah tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.
Rohany, N. (2003). Isu-isu kaunseling dan perkembangan kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rosenberg, M. (1985). Self-concept and psychological well-being in adolescence. In R. Leary,
The development of the self. New York: Academic Press.
Rosenberg, M., & Schooler, C. (1989). Self-esteem and adolescent problems: Modeling
reciprocal effects. American Sociological Review: 54 , 1004-1018.
Rosliwaty, R. (2007). Bersama membangunkan modal insan OKU. Retrieved Ogos 5, 2008, from
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/index.php
Rothwell, A., & Arnold, J. (2007). Self-perceived employability: Development and validation of
a scale. Emerald Personnel Review, 36(1) , 23-41.
Roziah, M. R. (2009). Career Success of the Managers and The Moderating Roles of Gender
and Managerial Level in the Malaysia Public Sector. Tesis doktor falsafah tidak
diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.
Saemah, R., Seri Bunian, M., Ruhizam, M. Y., Kamaruzaman, J., & Mohd Izham, M. H. (2011).
Learning Environment and the Development of Student's Generic Skills. Middle-East
Journal of Scientific Research 7(5) , 663-668.
Safani, B., & Mohd Hanafi, M. Y. (2009). Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran. In M.
J. Zalizan, Pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas: Konsep dan amalan (pp. 140-
163). Bangi: Penerbit UKM.
Safani, B., & Salleh, A. (2000). Halangan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar berkeperluan
khas dalam latihan kemahiran teknik dan vokasional. Prosiding Seminar Pendidikan
Kebangsaan 2000.
Safarin, M., & Kamarudin, M. T. (2004). Kemahiran generik- kepentingannya dalam memenuhi
keperluan majikan masa kini. Seminar Kebangsaan Penyelidikan dalam Pendidikan.
237
Salsali, M., & Silverstone, P. (2003). Low self-esteem and psychiatric patients: Part II- The
relationship between self-esteem and demographic factors and psychosocial stressors in
psychiatric patients. Ann General Hospital Psychiatry.
SCANS Report. (1996, Ogos 14). What work requires of schools: A Scans report for american
2000. Retrieved September 12, 2009, from Workplace Know-How: www.uni.edu/darrow
/frames/scans.html
Schneider, D. (1988). Introduction to social psychology. San Diego: Harcourt Brace Jovanovich.
Schunk, D. (1985). Participation in goal setting: Effects on self-efficacy and skills of learning
disabled children. Journal of Special Education, 19 , 307-317.
Schunk, D. (1994). Self-efficacy and academic motivation. In H. Clarizio, W. Mehrens, & W.
Hapkiew, Contemporary issues in educational psychology. New York: Mc Graw Hills.
Schwarzer, R. (2009). Everything you wanted to know about the general self-efficacy scale but
afraid to ask. Retrieved Ogos 13, 2010, from http://userpage.fu-berlin.de/~
health/faq_gse.pdf
Schwarzer, R. (1992). Self-efficacy: Thought control of action. WA: Himesphere.
Schwarzer, R., & Hallum, S. (2008). Perceived teacher self efficacy as a predictor of job stress
and burnout: Mediation analyses. Applied Psychology: An Interntional Review on Special
Issue: Health and Well Being , 152-171.
Schwarzer, R., & Jerusalem, M. (1995). Generalizad self-efficacy scale. In J. Weinman, S.
Wright, & M. Johnston, Measures in health psychology: A user's portfolio. causal and
control beliefs. Windsor: NFER-Nelson.
Seri Bunian., & Ramlee, M. (2010). Pengaruh faktor persekitaran pembelajaran terhadap
kemahiran generik dan perspektif pelajar politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah , 43-56.
Sharifah Noor Putih. (2001). Perlaksanaan program sekolah ke kerjaya. Seminar Kebangsaan
Pendidikan Khas Vokasional. Kuala Lumpur.
Siti Rahayah, A., Jamil, A., & Nur 'Ashiqin, N. (2010). Pembangunan instrumen kemahiran
generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan menggunakan model pengukuran
rasch pelbagai facet. Jurnal pendidikan Malaysia, 35(2) , 43-50.
Siti Sarawati, J. (2011). Dimensi personaliti psikotisisme di kalangan ketua dan impaknya
terhadap estim kendiri pekerja di tempat kerja. International Conference on Humanities.
Kuala Lumpur.
238
Smith, C., & Bath, D. (2006). The Role of Learning Community in the Development of Dicipline
Knowledge and Generic Graduate Outcomes. Australia: Higher Education.
Stadjkoviv, A., & Luthans, F. (1998). Social cognitive theory and self-efficacy: Going beyond
traditional motivational and behavioural approaches. Organizational Dynamics 26(4) ,
62-77.
Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia. (2008). Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia.
Stern, D. (2002). Building the bridge between community college and work for students with
learning disabilitis. Retrieved Ogos 7, 2008, from http://wwwIdonline.org/article
Stone, J., & Josiam, B. (2000). The impact of school supervision of work and job quality on
adolescent work attitudes and job behaviors. Journal of Vocational Education Research,
25(4) , 532-574.
Suriyani, Y., Fatahyah, y., & Aina Razlin, M. R. (2009). Hubungan Antara Perkahwinan dengan
Self-Esteem. Jurnal Kemanusiaan bil 13 , 30-45.
Syarifah Kamaliah, S. S. (2008). Participant of vocational trainees in a supervised work
experience and the acquisition of employability skills. Tesis doktor falsafah tidak
diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.
Tan, P. (2007). Kemerdekaan untuk siapa? Retrieved April 15, 2010, from The Digital
Awakening: http://www.petertan.com/blog1205/08/31/kemerdekaanuntuksiapa.
Tetty Henny, Z., & Zafri, N. (2000). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan
Malaysia.
Umi Nadiha, M. N., Mahamod, Z., & Jamaludin, B. (2011). Penerapan kemahiran generik dalam
pengajaran guru bahasa melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
vol 7. Bil 2 , 71-84.
Unger, D. (2002). Employers' attitudes toward person with disabilities in the workforce: myth or
realities. Focus on Autism and Other Developmental Disabilities .
Unger, D., & Luecking, R. (1998). Work in progress: Including students with disabilities in
school-to-work initiatives. Journal on Autism and Other Developmental Disabilities vol
13 , 94-100.
Vukasovic, M. (2004). Employability in the context of bologna process, Bled Slovenia. Retrieved
Mei 2, 2012, from Final Report: http://www.bologna-
bergen2005.no/EN/Bol_sem/Seminars/041022-23Bled/041022-23_General_Report.pdf
239
Wan Haslina, W. Z. (2003). Efikasi kendiri dan masalah di kalangan pelajar cacat pengelihatan.
Tesis sarjana tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.
Weihrich, H., Seidenfuss, K., & Goeble, V. (1996). Managing vocational training as joint
venture - Can the German approach of co-operative education serve as a model for the
United States and other countries? European Business Review 96(1) , 31-40.
Wood, R. E., & Bandura, A. (1989). Impact of conceptions of ability on self-reulatory
mechanism and complex decision making. Journal of Personality and Social Psychology,
56 , 407-415.
Wood, R., & Bandura, A. (1989). Social cognitive theory of orgnizational management.
Academy of Management Review 14(3) , 361-384.
Yahya, B. (2004). Integrasi Kemahiran "Employability" Dalam Program Pendidikan Vokasional
Pertanian dan Industri di Malaysia. Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Yahya, B., & Muhammad Rashid, R. (2001). Aspek-aspek penting dalam kemahirn
employabiliti. Buletin Fakulti Pendidikan.
Yaso, T., & Ginger, G. (2003). Diffusion of teaching innovations in higher education. Hawaii
International Conference on Education. Hawaii.
Zainudin, H., Mohd Anuar, A. R., Mohd Najib, A. G., & Kamariah, Z. (2005). Penerapan
kemahiran generik dalam pengajaran kejuruteraan di sekolah menengah teknik di
Terengganu. Retrieved Julai 5, 2011 , from
www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpaper /2005/zainudinUTM.pdf
Zalizan, M. J. (2009). Pendidikan inklusif. In M. J. Zalizan, Pendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas: Konsep dan Amalan (pp. 110-139). Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zamri, M., Norasmah, O., & Mohammed Sani, I. (2008). Profesionalisme guru novis: Model
latihan. Bangi: Penerbit UKM.
Zamri, S. (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar khas (cacat
pendengaran) dalam mata pelajaran vokasional- satu tinjauan kes di sekolah menengah
pendidikan khas vokasional, Seksyen 17, Shah Alam. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.
Zimmermman, B. (1989). A social cognitive vview of self efficacy related academic learning.
Journal of Educational Psychology , 329-339.
240
Zimmermman, B., Bandura, A., & Martinez-Pons, M. (1992). Self motivation for academic
attainment: the role of efficacy belief and personal goal setting. American Educational
Research Journal , 663-676.
Zinaida, A. (2006). Kerjaya untuk orang kurang upaya. Kuala Lumpur: PTS Professionl
Pubishing.
Zinser, R. (2002). Career and technical teachers' perception of career nd employability skills.
Retrieved Januari 15, 2011, from http://voc.ed.psu.edu/projecys/ublications/books/
FALL2004 /WEF_falll20041.html
Zunker, V., & Osborn, D. (2002). Using assessment results for career development . Pacific
Grove: CA Brooks Cole.