Kemahiran melaksana intervensi

Post on 25-Jun-2015

2.275 views 7 download

description

edu

Transcript of Kemahiran melaksana intervensi

Kemahiran Asas Kaunseling Kemahiran Melaksana Intervensi

Disediakan oleh :

Mohamad Syazwan bin Mat Shom

Mazri bin Ishak

Intervensi

Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai,

memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri.

Intervensi biasanya diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang sangat teruk.

Hal ini termasuklah merokok, menghisap dadah, bergaduh, dan sebagainya.

Kemahiran ini sering digunakan sekiranya klien mengalami masalah tekanan emosi dan mental

yang membahayakan.

Intervensi Langsung

• Melibatkan klien (pelaku) sama ada seorang mahupun secara berkumpulan.

• Diadakan secara berhadapan tanpa sebarang halangan.

• Bagi mencari dan berbincang tentang punca dan kaedah peneguhan kepada tindakan yang telah diambil.

Intervensi Tidak Langsung

• Kerjasama keluarga klien.• Dijalankan bagi menyelidik selok-

belok klien dengan lebih terperinci.• Dapat menyelesaikan masalah

dengan lebih efisyen.

Intervensi Awal Kanak-Kanak

Definisi

Memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat

kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan

atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak.

(Kail, 2001)

BERPUSATKAN PADA GURU

• Kaedah untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku.

• Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.

• Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan,model dan demonstrasi, memberi arahan kepada anak-kanak dan memantau kemajuan mereka.

BERPUSATKAN PADA MURID

• Sesuai untuk pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993)

• Istilah berpusatkan murid membawa imej tentang murid itu sendiri yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.

BERPUSATKAN KELUARGA

• Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga.

• Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.