Post on 23-Dec-2015
description
Kemunculan kontrak sosial ini merupakan usaha semua kaum di Tanah
Melayu yang bertujuan untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur
politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang
tersendiri. Kontrak sosial merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan
pelbagai kaum.
Beberapa perkara penting yang terdapat dalam kontrak sosial ialah
perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan yang
akhirnya amat berpengaruhi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia pada
masa kini. Tanpa kontrak sosial ini, mungkin kita tidak akan dapat mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan
permuafakatan itu sebagai prasyarat. Oleh sebab itu, kontrak sosial adalah anak
kunci kepada hubungan kaum di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan. Ia juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan yang telah
menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan
konsep negeri dan persekutuan.
Permuafakatan kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan
musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat
sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan
raya 1955. Sepertimana yang disenaraikan sebelum ini iaitu perkara-perkara
yang utama dalam kontrak sosial ialah yang berkaitan dengan perlembagaan,
kemerdekaan, hubungan kaum dan akhir sekali sistem pemerintahan.
Perlembagaan adalah undang-undang asas negara yang berperanan
sebagai panduan bagi membentuk undang-undang. Perlembagaan Malaysia
mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual yang bersifat untuk
menyentuh tentang bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif. Selain
itu menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan
sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang Negara kita. Perlembagaan
merupakan hasil kajian daripada kontrak sosial yang membawa kepada
kemerdekaan Malaysia.
Kemerdekaan pula ialah pemerintahan negara dengan sendiri oleh
penduduk-penduduk dalam Negara kita yang secara amnya menuntut
kedaulatan. Kemerdekan Negara kita adalah dicapai pada 31 Ogos 1957 yang
telah diusahakan oleh beberapa pemimpin yang berwibawa. Dengan
kebijaksanaan mereka, kemerdekaan Negara telah dicapai tanpa menumpahkan
darah. Sikap kerjasama dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata
sepakat telah menjadi pendekatan yang terbaik bagi masyarakat majmuk di
Persekutuan Tanah Melayu. Kepentingan kontrak sosial di sini adalah sebagai
pemangkin kemerdekaan Tanah Melayu kerana kontrak sosial telah mendapat
persetujuan daripada semua kaum di Tanah Melayu.
Hubungan kaum di Negara kita masih amat harmonis kerana sikap
bertolak ansur dan saling memahami. Walaupun Negara kita terdiri daripada
pelbagai kaum termasuk orang Dayah, Bidayuh, Dusun dan sebagainya selain
daripada Melayu, Cina dan India. Kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan
kemajuan pembangunan bagi sesuatu negara banyak bergantung kepada
perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia kita sendiri untuk mencapai
perpaduan. Penduduk kita terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi
agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kita tetap boleh hidup perpaduan dalam satu kelompok
yang amat harmonis kerana mengetahui tentang kepentingan untuk menjaga
hubungan etnik di negara kita iaitu Malaysia. Dengan adanya kontrak sosial yang
seragam, hubungan kaum di Malaysia tidak menjadi huru-hara kerana kita
semua mengetahui bahawa satu perjanjian telah dipersetujukan dalam kontrak
sosial tersebut dan tidak ada sesiapapun boleh membangkang isu-isu dalamnya.
Elemen terakhir yang berkaitan dalam kontrak sosial ialah sistem
pemerintahan di Malaysia. Ia adalah sistem beraja yang memang telah wujud di
negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lagi. Menurut sistem beraja ini, raja
mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran seperti
yang termaktub dalam perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja Melayu tidak
boleh dipersoalkan.
Kenapa keempat-empat elemen ini berkaitan dengan kontrak sosial yang
ingin dibincangkan disebabkan dengan adanya kontrak sosial tersebut, barulah
mempunyai sistem pemerintahan yang bersistematik yang membawa kepada
perpaduan antara hubungan kaum di Malaysia yang lalu memudahkan proses
pencapaian kemerdekaan. Akhirnya perkara-perkara yang dibincangkan dalam
kontrak sosial diambil pertimbangan dalam pembentukan perlembagaan
Malaysia yang merupakan undang-undang asas bagi sesebuah negara.
Secara keseluruhannya, kontrak sosial ini adalah bertujuan untuk
mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Dengan
kepadatan isu-isu yang dibincangkan dalamnya yang mengambil kira kebaikan
setaip kaum, kita harus mengetahui tentang kepentingan-kepentingan yang
boleh didapati daripada kontrak sosial ini. Dengan tuntutan orang Melayu dan
bukan Melayu, persoalan kerakyatan dan sistem pemerintahan dan sebagainya.
Dengan kajian tentang kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia, dapatlah kita membuat sedikit rumusan tentang kepentingan yang
dibawa kepada kita. antaranya ialah tanpa kontrak sosial, tidak ada
perlembagaan yang telah dijadikan sebagai undang-undang asas negara kita
kerana isu-isu yang disebutkan dalam kontrak sosial memang berguna dalam
pembangunan negara terutamanya dengan tujuan untuk mengurangkan masalah
perkauman yang mungkin tercetus di Malaysia.